panduan kepada penyelia organisasi/industriastar.kptm.edu.my/v3/images/kptm/... · di dalam buku...

6
1 KOLEJ POLY-TECH MARA KAMPUS CAWANGAN ALOR SETAR, KEDAH PANDUAN KEPADA PENYELIA ORGANISASI/INDUSTRI Disediakan oleh: Unit Latihan Industri Kolej Poly-Tech MARA Kampus Cawangan Alor Setar

Upload: vandan

Post on 24-Apr-2018

255 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PANDUAN KEPADA PENYELIA ORGANISASI/INDUSTRIastar.kptm.edu.my/v3/images/kptm/... · di dalam buku log (weekly report) . memberi maklumbalas mengenai prestasi pelajar kepada penyelaras,

1

KOLEJ POLY-TECH MARA

KAMPUS CAWANGAN ALOR SETAR, KEDAH

PANDUAN KEPADA PENYELIA

ORGANISASI/INDUSTRI

Disediakan oleh:

Unit Latihan Industri

Kolej Poly-Tech MARA

Kampus Cawangan Alor Setar

Page 2: PANDUAN KEPADA PENYELIA ORGANISASI/INDUSTRIastar.kptm.edu.my/v3/images/kptm/... · di dalam buku log (weekly report) . memberi maklumbalas mengenai prestasi pelajar kepada penyelaras,

2

KANDUNGAN

MUKASURAT

1.0 PENGENALAN 1

1.1 Latarbelakang 1

1.2 Kursus Yang Terlibat Dengan Latihan Industri 1

2.0 MATLAMAT LATIHAN INDUSTRI 1

3.0 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI 1

4.0 SKOP DAN PROGRAM LATIHAN 1 - 2

5.0 CATATAN DAN LAPORAN PELAJAR 2

6.0 PERANAN ORGANISASI/INDUSTRI 2 - 3

7.0 PENILAIAN LATIHAN 3

8.0 KEHADIRAN SEMASA LATIHAN 3

9.0 PENYELIA KOLEJ 3 - 4

10.0 INSURAN 4

11.0 PENUTUP 4

Page 3: PANDUAN KEPADA PENYELIA ORGANISASI/INDUSTRIastar.kptm.edu.my/v3/images/kptm/... · di dalam buku log (weekly report) . memberi maklumbalas mengenai prestasi pelajar kepada penyelaras,

3

1.0 PENGENALAN

1.1 Latarbelakang

Semua pelajar dari kursus di peringkat Diploma dikehendaki menjalani latihan

industri semasa tempoh pengajiannya. Setiap pelajar dikehendaki

menjalankan latihan industri ini tidak kurang daripada 16 minggu. Ia dilakukan

selepas pelajar menamatkan semester 5 pengajian mereka di

organisasi/industri yang berkaitan dengan kursus yang diikuti.

1.2 Kursus Yang Terlibat Dengan Latihan Industri

Kursus-kursus di peringkat Diploma di Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar yang

terlibat dengan Latihan Industri adalah seperti berikut:-

i) Diploma Teknologi Maklumat

ii) Diploma Sistem dan Rangkaian Komputer

iii) Diploma Perakaunan

iv) Diploma Pengurusan Perniagaan

vi) Diploma Pengurusan Pelancongan Usahasama Dengan UiTM

2.0 MATLAMAT LATIHAN INDUSTRI

Matlamat Latihan Industri ialah untuk mendapat pendedahan, pengalaman dan

kemahiran profesional bagi melahirkan individu yang cekap dan

bertanggungjawab.

3.0 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Objektif Latihan Industri ialah untuk membolehkan para pelajar:

i) Mempelajari beberapa aspek pekerjaan di organisasi/industri bagi mendapat

kemahiran asas profesional dalam jangkamasa yang ditetapkan.

ii) Mempraktik teori yang dipelajari dalam situasi pekerjaan sebenar.

iii) Menghayati nilai etika profesional.

iv) Menjalin hubungan dengan ahli profesional di luar kampus.

v) Membina daya kreativiti dan menyumbang buah fikiran yang berkualiti

kepada organisasi/industri.

4.0 SKOP DAN PROGRAM LATIHAN

Skop latihan merupakan segala pengalaman yang akan dilalui oleh pelajar di

organisasi/industri berkenaan yang meliputi pelbagai aspek seperti:

i) Memerhati operasi kilang

ii) Mencadangkan pemasangan rangkaian bagi organisasai/industri yang

bersetuju dan memerlukan.

iii) Menjalankan kerja-kerja senggaraan dan pemulihan komputer.

iv) Membina sistem yang sesuai dan boleh digunapakai oleh organisasi/industri

berkenaan.

v) Mengaplikasi prinsip dan kemahiran yang berkaitan dengan perakaunan,

pengurusan, pemasaran, kewangan, ekonomi dan undang-undang

perniagaan di mana aplikasi itu bermanfaat untuk sesuatu organisasi

perniagaan.

vi) Berkebolehan menggunakan teknik kemahiran serta perisian perakaunan untuk

perlaksanaan perniagaan.

Page 4: PANDUAN KEPADA PENYELIA ORGANISASI/INDUSTRIastar.kptm.edu.my/v3/images/kptm/... · di dalam buku log (weekly report) . memberi maklumbalas mengenai prestasi pelajar kepada penyelaras,

4

vii) Berkebolehan menunjukkan etika profesional dan tanggungjawab moral yang

berkait rapat dengan sumber kemanusiaan serta pengurusan organisasi.

Walau bagaimanapun skop dan program latihan yang sebenarnya adalah

bergantung kepada jenis industri/organisasi yang terlibat. Pihak kolej berharap

latihan yang diberi akan terdiri dari sebahagian besar aspek-aspek di atas.

Perlu diingatkan program yang menghendaki pelajar menjalankan kerja

“operator kilang” semata-mata adalah tidak memadai dan tidak akan

diperakukan oleh pihak kolej.

Penyelia Kolej Poly-Tech MARA Alor Setar atau penyelia kolej cawangan (bagi

tempat latihan industri di luar Kedah/Perlis/Pulau Pinang) akan melawat tempat

latihan untuk melihat perkembangan pelajar serta berbincang dengan pihak

organisasi/industri.

Penyelia organisasi/industri dipohon untuk mengemukakan laporan sejurus selepas

berakhirnya latihan industri.

5.0 CATATAN DAN LAPORAN PELAJAR

Semua pelajar yang menjalani latihan industri dikehendaki oleh pihak kolej untuk:

i) mencatatkan rancangan latihan (setelah berbincang dengan penyelaras

latihan) dan kerja/aktiviti yang dilakukan semasa menjalani latihan di dalam

buku log (weekly report)

ii) menyediakan satu laporan akhir secara menyeluruh mengenai program

latihan yang telah diikuti.

6.0 PERANAN ORGANISASI/INDUSTRI

Untuk memastikan program latihan industri berjalan dengan lancar,

organisasi/industri diharapkan dapat memainkan peranan yang dicadangkan

seperti berikut:-

i) Melantik penyelaras latihan

Di antara tanggungjawab penyelaras latihan adalah:

Page 5: PANDUAN KEPADA PENYELIA ORGANISASI/INDUSTRIastar.kptm.edu.my/v3/images/kptm/... · di dalam buku log (weekly report) . memberi maklumbalas mengenai prestasi pelajar kepada penyelaras,

5

� merangka rancangan latihan (Industrial Training Schedule) secara

keseluruhan setelah berbincang dengan wakil bahagian-bahagian yang

terlibat dengan program latihan. Program yang dirangka seboleh-

bolehnya dapat memberi sebanyak mungkin pengalaman/pendedahan

selaras dengan kemudahan yang ada di organisasi/industri serta

mengambil kira tahap akademik pelajar.

� memberi taklimat mengenai latarbelakang organisasi/industri dan

memaklumkan rancangan latihan kepada pelajar.

� melengkapkan laporan penyelaras organisasi/industri (Industrial Supervisor

Report Form hendaklah diserahkan kepada pensyarah yang akan

melawat pelajar) setelah berbincang dengan penyelia bahagian yang

terlibat dengan program latihan, jika perlu.

ii) Melantik penyelia bahagian

Di antara tanggungjawab penyelia bahagian adalah:

� berbincang dengan pelajar untuk memperincikan aktiviti mingguan.

� menyelia kerja-kerja pelajar

� membuat penilaian mingguan bagi kerja-kerja yang dilakukan oleh pelajar

di dalam buku log (weekly report).

� memberi maklumbalas mengenai prestasi pelajar kepada penyelaras, jika

perlu.

Penerangan (i) dan (ii) di atas ialah untuk keadaan di mana program latihan

melibatkan pelbagai bahagian. Sekiranya program latihan melibat satu

bahagian sahaja, penyelaras latihan dan penyelia bahagian boleh jadi

pegawai yang sama dan oleh itu pegawai tersebut perlulah melaksanakan

kedua-dua tanggungjawab (i) dan (ii) di atas.

iii) Memberi kemudahan yang munasabah kepada pelajar (contoh: komputer).

iv) Mempertimbangkan pemberian elaun kepada pelajar yang menjalani latihan

industri bagi meringankan tanggungan pelajar semasa menjalani latihan

industri.

v) Membenarkan kakitangan kolej membuat lawatan ke organisasi/industri bagi

tujuan penyeliaan.

7.0 PENILAIAN LATIHAN

Prestasi pelajar semasa menjalani latihan industri serta perkembangan sahsiahnya

perlu dinilai oleh penyelaras latihan/penyelia bahagian dari organisasi/industri

dan penyelia kolej. Antara perkara yang dinilai termasuklah prestasi kerja, hasil

kerja dan sahsiah pelajar. Penilaian dibuat melalui cara-cara berikut:

i) Lawatan oleh pensyarah KPTM 20%

ii) Laporan akhir 40%

iii) Laporan Penilaian Majikan 20%

iv) Persembahan di kolej (selepas tamat Latihan Industri) 20%

8.0 KEHADIRAN SEMASA LATIHAN

Semasa menjalani latihan, pelajar perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan

oleh organisasi/industri. Pihak organisasi/industri tidak digalakkan memberi

Page 6: PANDUAN KEPADA PENYELIA ORGANISASI/INDUSTRIastar.kptm.edu.my/v3/images/kptm/... · di dalam buku log (weekly report) . memberi maklumbalas mengenai prestasi pelajar kepada penyelaras,

6

kebenaran cuti kepada pelajar semasa latihan bagi tujuan menyelesai masalah

peribadi (contohnya menghadiri kenduri kahwin dan sebagainya).

Walau bagaimanapun di atas pertimbangan pihak organisasi/industri, ia boleh

diluluskan dan pada masa yang sama pelajar tersebut DIWAJIBKAN

menggantikan bilangan hari bercuti untuk memenuhi keperluan tempoh latihan.

Sekiranya pelajar cuti kerana sakit (dibuktikan dengan sijil cuti sakit) dan yang

seumpamanya, pelajar tidak diwajibkan untuk menggantikan bilangan hari yang

beliau cuti.

Sijil cuti sakit pada tarikh yang berkenaan hendaklah dilampirkan ke dalam buku

log.

9.0 PENYELIA KOLEJ

Pihak kolej akan menghantar penyelia yang terdiri dari kakitangan akademik (dari

KPTM Alor Setar atau KPTM cawangan terdekat) untuk melawat organisasi/industri

semasa pelajar menjalani latihan industri. Lazimnya lawatan ini dibuat dalam

tempoh 4 minggu sebelum Latihan Industri berakhir.

Tujuan lawatan ini ialah untuk memberi bimbingan kepada pelajar sekiranya

terdapat apa-apa masalah yang tertentu semasa dalam latihan. Di samping itu,

lawatan ini juga dapat memupuk persahabatan baik antara kolej dan

organisasi/industri sambil berbincang perkara-perkara yang bersangkutan untuk

kebaikan bersama.

10.0 INSURAN

Semua pelajar KPTM Alor Setar mempunyai insuran secara berkumpulan di mana

jenis perlindungan ialah berdasarkan 'Group Personal Accident Takaful (GPAT)'

yang meliputi kecederaan tubuh (bodily injury) yang mungkin dialami oleh siswa,

semasa menjalani latihan industri, tertakluk kepada syarat-syarat seperti yang

terkandung dalam sijil GPAT.

11.0 PENUTUP

Dengan perlaksanaan latihan industri ini, adalah diharapkan semua pihak;

pelajar, organisasi/industri dan kolej, mendapat faedah darinya serta memainkan

peranan masing-masing dalam memberi sumbangan ke arah pembangunan

negara.