panduan kejurulatihan pidato azian

Upload: mohd-fuad

Post on 05-Apr-2018

253 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Panduan Kejurulatihan Pidato Azian

    1/6

    PIDATO : Panduan Latihan Pemidato Cemerlang.

    .0 Konsep

    Pidato ialah pengucapan yang dilakukan oleh individu tentang sesuatu tajuk. Dalam masa yang ditentukan, pemidato akan

    erusaha menjelaskan idea atau pokok persoalan yang dibicarakan untuk mendapat sokongan serta mempengaruhi pendengar.

    Semasa memberikan huaraian dan penjelasan, pemidato akan memberikan perhatian kepada tiga perkara, iaitu penjelasan isi

    enggunaan bahasa dan gerak geri.

    Dari segi buah fikiran, pemidato akan menghuraikan idea dengan memberikan contoh-contoh untuk menyokong pendapatnya. Dini pengetahuan yang sesuai tentang sesuatu bidang perlu diberikan penekanan. Sesuatu tajuk akan dikembangkan dengan cara yang

    ersusun untuk menarik perhatian dan mempengaruhi penonton.

    Gerak geri dan mimik muka juga memainkan peranan untuk menarik perhatian penonton. Aspek yang penting dalam gerak ger

    alam berpidato ialah gaya berdiri, hayunan tangan, jari dan mimik muka.

    Seseorang pemidato harus mempunyai keyakinan diri dan boleh menyampaikan diri dan boleh menyampaikan idea yang tersusun

    engan menggunakan bahasa yang tepat dan indah. Oleh itu, aktiviti berpidato akan dapat mengembangkan pengetahuan dan sahsiaheseorang.

    .0 Tujuan Berpidato

    Seseorang pemidato akan membuat pengucapan dengan tujuan yang berikut ini:

    a) Memberikan peneranganTujuannya, bagi menjelaskan tajuk dan menghuraikan perkara penting mengenai tajuk tersebut. Di sini, penonton akan dapat maklumat

    aru atau mengukuhkan maklumat yang sedia ada.

    b) Memberitahu

    Pidato yang disampaikan bertujuan memberitahu penonton tentang perkara baru seperti sesuatu peristiwa, isu, perkara yang menarik hat

    tau hal ehwal semasa.

    c) Memberikan keyakinan

    Pemidato akan berusaha meyakinkan pendengar dengan pendiriannya tentang sesuatu perkara yang mustahak untuk direnung dan kongsi

    ersama-sama seperti isu-isu semasa.

    d) Mempengaruhi

    su-isu penting yang perlu diberikan perhatian dapat dikemukakan dan dihuraikan dengan baik dan seterusnya, bukan sahaja mengajak

    endengar merenung dan mengongsi bersama-sama isu tersebut malah dapat mempengaruhi pendengar agar memberikan perhatian serius

    erhadap perkara tersebut.

    .0 Panduan Berpidato

    eseorang pemidato perlu membuat persediaan yang rapi sebelum dan semasa berucap untuk menghasilkan pidato yang baik. Pemidato

    uga perlu peka dengan keadaan penonton, tempat, masa dan isu yang hendak diperkatakan.

    Persediaan sebelum berpidato

    ebelum berhujah, seseorang pemidato perlu membuat persediaan yang rapi berkaitan dengan perkara-perkara yang berikut ini;

    a. Penyediaan bahan (pemilihan dan pengelolan isi / bahan)b. Menganalisis penonton dan majlis

    c. Membuat latihan

    a. Penyediaan Bahan

    etelah tajuk dipilih / ditetapkan, satu rangka isi yang sistematik perlu dibuat. Isi penting didahulukan dan disusuli dengan isi bantu

    ampingan dan segala penerangan disusun dan dikepilkan pada tempat yang betul. Setiap ucapan mestilah mempunyai:

  • 8/2/2019 Panduan Kejurulatihan Pidato Azian

    2/6

    i. PendahuluanUcapan bertatasusila wajar digunakan sebagai pembuka kata. Kemudian disusuli dengan pernyataan tujuan majlis atau upacara dalam

    capan biasa, manakala pidato berbentuk pertandingan pula perlu menghuraikan tajuk dengan jelas. Rancangkan ayat pertama sesuatuidato dengan penuh teliti kerana bahagian ini merupakan daya penarik kepada pendengar, sama ada mereka ingin terus mengikuti pidato

    ersebut atau sebaliknya.

    ii. Isi dan huraian serta contoh (5 isi untuk pertandingan)

    Mulakan dengan definisi tajuk dan huraikan maksud tajuk secara keseluruhan. Nyatakan dengan jelas dan tepat pernyataan isi. Kemudian

    usun fakta-fakta penting dan huraian untuk memantapkan isi dan tajuk tersebut. Berikan contoh-contoh dan data-data yang sesuai sebagaokongan. Jangan lupa untuk menyelitkan unsur jenaka, sindiran, bahasa retorik serta kata-kata perangsang untuk menghidupkan majlis

    tau menarik minat pendengar terhadap topik yang dibincangkan.

    iii. Penutup

    Pemidato perlu membuat satu penegasan yang kukuh dan mantap terhadap tajuk yang diperkatakan. Segala isi perlu dirumuskan dan

    irangkumkan menepati tajuk pidato. Pemidato perlu menunjukkan kesungguhannya dalam membuat rumusan agar dapat benar-benar

    meyakinkan pendengar.

    b. Menganalisis penonton dan majlisPemidato perlu menganalisis sikap audiens dengan meneliti aras pemikiran dan kehendak mereka. Berinteraksilah dengan mereka

    erdasarkan kadar pemikiran mereka/simplewords for simple person.

    c. Membuat Latihan

    Latihan amat perlu dilakukan sebelum berpidato. Sila ikut langkah di bawah ini:

    Baca teks yang telah disediakan berulang kali. Tujuannya supaya kita dapat menyampaikan hujah dengan spontan, lancar dan

    bersemangat. Langkah ini juga dapat meningkatkan keyakinan diri pemidato.

    i. Berlatihlah dengan menggunakan nota kecil. Nota ini akan dapat membantu mewujudkan gambaran mental dalam ingatan terhadappenyusunan rangka skrip pidato dengan lebih berkesan. Masukkan rangka secara holistik / keseluruhan ke dalam minda kita.

    ii. Mengingat fakta-fakta penting atau pokok perbincangan sesuatu tajuk pidato. Cuba ingati susunan fakta tersebut. Semasa berpidatohuraikan fakta-fakta tersebut dengan menggunakan kebolehan bahasa yang sedia ada.

    v. Gunakan daya mental dan bukannya menghafaz. Cara latihan menggunakan daya mental adalah dengan menutup mata sambi

    mengingati fakta-fakta semula. Cara sebegini amat berkesan terutama sekali apabila kita mencuba mengingati penyusunan fakta yang

    disediakan.

    Latihan vokal juga perlu kerana latihan ini dapat menentukan cara gaya, nada suara serta isyarat yang tepat dan menarik. Latihan ini lebih

    erkesan jika dilakukan di hadapan cermin. Pita rakaman boleh digunakan untuk mendengar latihan ucapan yang telah dibuat. Dengan cara

    ni, dapatlah dikesan semula kesilapan yang telah dilakukan. Pemidato akan dapat membaiki kelemahan dan menyusun pidatonya denganmantap semula).

    Peringatan :

    Menulis isi-isi pidato secara perkataan demi perkataan merugikan dan kurang memberikan kesan kepada perkembangan kemahiran lisan

    Langkah yang penting ialah seseorang pemidato membuat rangka fakta dan konsep yang tersusun. Fakta-fakta tersebut hendaklah

    isampaikan melalui penghayatan pemidato itu sendiri kepada khalayak. Jangan sekali-kali menghafaz teks pidato secara perkataan demi

    erkataan. Sebaliknya hendaklah dihayati tajuk dan kandungannya. Teks pidato yang dihafaz biasanya kurang menarik serta

    membosankan. Apabila terlupa fakta, pemidato biasanya mula gugup dan hilang punca. Hal ini akan mencacatkan pidatonya.

    Persediaan semasa berucap

    Penyampaian sesuatu pidato adalah penting. Penyampaian yang baik dapat melindungi isi ucapan yang kurang baik. Sebaliknya, penyamp

    ang kurang bermutu dan kurang bersemangat akan menjejaskan keseluruhan pidato tersebut. Socrates dan Plato menjelaskan bahawa tigarang bijak bercakap ialah lagos (penyampaian mesej yang baik), pathos (dapat meyakinkan khalayak) dan ethos (penga

    encerapan/pendengar).

    emasa berpidato, pastikan anda:

    . mulakan dengan perasaan yakin terhadap diri sendiri dan terhadap pengetahuan yang sedia ada.

    . pandang dan lihat sekeliling ke arah hadirin seketika sebelum memulakan ucapan.

    . berlagak seperti biasa dan jangan meniru gaya orang lain.

    . jangan merujuk terlalu kerap kepada nota. Hapuskan rasa pergantungan pada nota.

    . pandang tepat kepada penonton semasa menyampaikan pidato.

    . Elakkan gangguan wacana seperti er... ,ya...., eh.... , um... dan lain-lain.

    . berhenti seketika pada akhir penyampaian sesuatu idea atau fakta.

    . berdiri dengan tegak semasa berpidato

  • 8/2/2019 Panduan Kejurulatihan Pidato Azian

    3/6

    jangan lakukan sesuatu pergerakan yang menggambarkan kelemahan diri dan mengganggu penonton seperti menggaru-garu kepalabermain dengan pensel / kertas dan sebagainya.

    cuba elakkan daripada melihat nota, kecuali ketika merujuk kepada data-data penting.. berpidatolah dengan nada suara yang betul. Pastikan suara sedap didengar dan menarik. Unsur-unsur suara boleh dikawal dari segi;

    elantangan / tekanan suara

    ntonasi dan nada

    elajuan (tidak terlalu laju)

    mutu suara bersemangat mengikut inspirasi dalaman seseorang.

    gunakan isyarat untuk menjelaskan sesuatu.

    selaraskan gerak geri yang sesuai dan berkesan seperti mimik muka, kerlingan mata dan senyuman.

    .0 Penutup

    ngatlah bahawa latihan dan amalan amat penting untuk berjaya. Waldo Emerson Power berkata All the great speakers were bad speakers

    t first. Kewibawaan seseorang pemidato merupakan sifat peribadi istimewa, terutama kebolehan yang ada padanya yang dapa

    mempengaruhi khalayak. Kewibawaan ini bergantung pada tanggapan khalayak terhadap pemidato sebagai seorang manusia dan isi-is

    idato yang disampaikannya. Faktor kewibawaan pemidato bergantung sepenuhnya pada kejujuran, keikhlasan, keramahmesraan

    epakaran, penumpuan mesej, dinamis dan kreatif , pegangan tekal, daya tarikan diri tinggi, kebolehpercayaan serta keupayaan menarikerhatian khalayak.

    The steps to effective speech, menjelaskan:

    7. Enjoy

    6. Relax

    5. Practice

    4. Think sight and sound

    3. Organise your thought

    2. Analyse your audience

    1. Commit yourself

  • 8/2/2019 Panduan Kejurulatihan Pidato Azian

    4/6

    TEKNIK KEJURULATIHAN PIDATO

    PROGRAM SUARA EMAS

    Program SUARA EMAS dijalankan berperingkat-peringkat seperti berikut:

    PERINGKAT SATU : PROMOSI DAN SARINGAN

    1. Memperkenalkan indahnya program Suara Emas. Suara emas mengadunkan kebolehan

    istimewa jurulatih ( guru) dan bakat pelajar untuk menzahirkan sesuatu yang harmoni. Kehebatan

    guru jika tidak dosokong oleh kehebatan dan bakat istimewa pelajar, program yang dirangka bakal

    kecundang.

    2. Pakej yang istimewa yang dianugerahkan Allah SWT ini iaitu guru dan murid yang berkebolehandimurni dan diwarna-warnikan dengan pendekatan unik. Justeru, lahirlah satu program inovasi

    Suara Emas.

    3. Pada peringkat awal bagi memberi pendedahan kepada pelajar mengenai bidang ini, satu

    perjumpaan khas diadakan semasa perjumpaan kokurikulum. Sewaktu perjumpaan ini, guru

    mempromosikan bidang pidato dengan mempamerkan kebolehan tutur kata bagi menarik

    perhatian pelajar.

    4. Proses seterusnya sejumlah besar pelajar mengisi borang permohonan untuk menyertai persatuan

    Bahasa Melayu.

    5. Rentetan daripada itu, satu Karnival Bahasa Melayu peringkat sekolah diadakan bagi mencungkil

    bakat pelajar. Pelajar yang menjadi johan akan layak mengikuti prosedur seterusnya dalam

    program Suara Emas.

    PERINGKAT DUA : MEMBINA HUBUNGAN DAN KEYAKINAN

    1. Penetapan pelatih yang akan dipilih.

    2. Bilangan pelajar yang kecil memudahkan jurulatih mengatur strategi dan susunan jadual latihan.

    3. Kesemua peserta yang dipilih dikumpulkan sekali gus untuk memupuk keyakinan diri dan

    semangat berpasukan yang tinggi.

    4. Pelajar disemai dengan sifat hormat-menghormati, menyayangi guru dan rakan dalam pasukanjuga sentiasa bekerjasama. Proses mengenali jurulatih memerlukan kebolehan guru menawan hati

    peserta. Pada peringkat ini, guru berjaya menawan hati pelajar, pelajar terpikat lantas menjadikan

    guru sebagai idola mereka.

    5. Pelajar diwajibkan memakan kismis dan madu lebah pada setiap pagi dan malam untuk

    meningkatkan tahap hafalan juga melunakkan suara.

    6. Pelajar juga diwajibkan meminum air mineral pada setiap kali sebelum menjalani latihan denganmembacakan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebanyak tujuh kali.

    7. Proses terakhir, pelajar dibekalkan dengan teks masing-masing bagi memulakan sesi hafalan.

    Proses menghafal dijalankan dalam tempoh tiga hari.

    PERINGKAT TIGA : PENGUASAAN TEKNIK

  • 8/2/2019 Panduan Kejurulatihan Pidato Azian

    5/6

    1. Pada peringkat ini, pelajar telah menghafal sepenuhnya teks mereka. Semua peserta dikumpulkan

    dan dilatih dengan teknik berpidato yang betul.

    2. Latihan pada peringkat ini dijalankan di bilik khas . Latihan dijalankan serentak mengikut giliranmasing-masing.

    3. Peserta diminta duduk di sudut yang ditetapkan dengan memegang skrip masing-masing.

    4. Guru akan melatih teknik pengucapan mengikut intonasi dan tempo pidato mengikut giliran

    masing-masing. Teknik pengucapan dijalankan mengikut turutan perenggan.

    5. Peringkat tiga merupakan peringkat kritikal bagi membentuk perwatakan pelajar. Melalui latihanteknik yang dilakukan, guru menilai personaliti pelajar dan menyesuaikan dengan teks yang

    disampaikan. Isi teks yang bercanggah dengan personaliti pelajar terpaksa digugurkan bagi

    membolehkan penghayatan teks tercapai.

    6. Teknik/ Bidang yang diberikan penekanan ialah:

    a. Teknik Persembahan

    b. Penghayatan

    c. Bahasa dan pertuturand. Kontak mata

    e. Kesesuaian temaf. Tempo dan masa

    g. Kawalan suara

    h. Ketrampilan diri

    i. Penguasaan pentas

    j. Penguasaan penonton.

    PERINGKAT EMPAT : JUARA

    1. Pada peringkat ini, penguasaan teknik telah tercapai. Justeru, bermulalah latihan secara intensif ke

    arah mempamerkan persembahan yang berkualiti dan boleh diterima masyarakat. Bentuk latihanadalah menjurus ke arah pertandingan sebenar. Latihan pada peringkat ini merupakan latihan

    intensif yang dijalankan berterusan sehingga hari pertandingan.

    2. Setiap hari, dua jam diperuntukkan bagi semua peserta untuk sesi latihan intensif bagi memastikan

    tiada cacat celanya persembahan yang bakal dipertandingkan.

    3. Seminggu sebelum pertandingan, pelajar akan mengadakan persembahan semasa perhimpunan. Di

    sini, komen-komen membina yng diperoleh, diguna pakai bagi melakukan post-mortem

    bertujuan memperkemas mutu persembahan.

    4. Sekiranya berjaya melepasi peringkat daerah, teks yang dipersembahkan dinilai semula dan

    dimurnikan untuk tempoh dua hari. Pelbagai kriteria diambil kira termasuk faktor persekitaran dan

    kesesuaian teks dengan tahap persembahan pelajar di peringkat daerah.

    5. Pelajar akan dipanggil semula untuk sesi latihan setelah berehat untuk tempoh dua hari dan latihanditeruskan untuk peringkat seterusnya iaitu peringkat negeri. Prosedur yang sama diguna pakai

    untuk peringkat ini iaitu memulakan semula peringkat satu ke peringkat empat.

    6. Sekiranya berjaya melepasi peringkat negeri, pertandingan yang membawa maruah negeri bakal

    ditepuhi. Lantaran itu, teks yang dipersembahkan dicincang lumat bagi meneliti segala aspek.

    Pada proses ini, jurulatih sekali lagi merujuk penuh kepada kesesuaian laras bahasa mengikut

    kehendak Kamus Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Proses ini memakan

  • 8/2/2019 Panduan Kejurulatihan Pidato Azian

    6/6

    masa yang agak lama kerana selalunya jadual pertandingan peringkat kebangsaan yang agak lewat

    membolehkan satu pemurnian menyeluruh dilaksanakan dengan berkesan.

    7. Sebulan sebelum pertandingan peringkat kebangsaan dijalankan, jurulatih telahpun menyediakan

    teks yang mantap. Justeru, pelajar dipanggil dan dijalankan semula peringkat satu hingga empatsehingga ke hari pertandingan.

    8. Pada peringkat ini, juga setelah pelajar menguasai keempat-empat peringkat, satu penilaian

    dilakasanakan dengan dihadiri oleh penilai-penilai yang dilantik oleh panitia dan persatuan Bahasa

    Melayu. Mereka yang terlibat terdiri daripada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru yang

    berpengalaman dalam bidang penghakiman pertandingan bahasa.

    9. Berasaskan komen-komen yang diperoleh dijalankan satu post mortem pemurnian ke arahpemantapan persembahan di peringkat kebangsaan.