panduan istiadat majlis pemakaian pangkat kadet krs

Upload: cikgutaufik

Post on 06-Apr-2018

309 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Panduan Istiadat Majlis Pemakaian Pangkat Kadet Krs

    1/4

    UNIT KOKURIKULUMSMK TRIANG 3, BERA PAHANG

    ATURCARA ISTIADAT MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT KADET KRSPADA PERHIMPUNAN PAGI /

    HARI KOKURIKULUM MINGGUAN (RABU)

    1. Pelajar Mengambil Tempat

    2. Perbarisan Kumpulan Pangkat (penerima pangkat) ditempat menunggu.

    3. Lagu Negaraku

    4. Lagu Allah Selamatkan Sultan

    5. Lagu Sekolah

    6. Bacaan Doa

    .

    . .

    Ya Allah ya Tuhan kami, bukakanlah pintu-pintu hikmatMu kepada kami dansebarkanlah khazanah ilmuMu kepada kami. Terangilah hati-hati kami ya

    Allah, dengan cahaya petunjukMu sebagaimana engkau terangi dunia inidengan cahaya matahariMu selama-lamanya.

    .

    Wahai Tuhan kami, jadikanlah perhimpunan kami pada pagi ini perhimpunanyang dirahmati olehMu dan perpisahan selepas ini perpisahan yang terhindardari kesalahan dan dosa. Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami, dosa keduaibubapa kami, dosa para guru kami dan orang-orang yang lebih tua daripadakami dengan rahmat dan berkatMu ya Allah.

    . 7. Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

    . .

    dan salam sejahtera, salam 1Malaysia kepada semua hadirin.

    Yang Berbahagia Tuan Pengetua merangkap Komandan KRS SMK Triang 3,

    En. Khairul Ariffin b. Mat Yit, Yang Berusaha Guru Penolong KananPentadbiran Puan Norazlina bt Md Nusi, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal

  • 8/3/2019 Panduan Istiadat Majlis Pemakaian Pangkat Kadet Krs

    2/4

    Murid Puan Nik Mahran bt Mohamed, Guru Penolong Kanan KokurikulumEncik Roslan bin Said, barisan Ketua Bidang, Kaunselor, serta para guru danpelajar yang dikasihi sekalian.

    Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat ALLAH SWT kerana dapat berkumpul di

    pagi yang bertuah ini dalam menjayakan perhimpunan pagi / perhimpunanmingguan kokurikulum dan seterusnya menyempurnakan Istiadat MajlisPemakaian/penganugerahan pangkat kadet KRS kepada wira/wirawatisekolah kita daripada unit KRS SMK Triang 3.

    8. Ucapan penerangan majlis oleh pengerusi majlis...( MC menceritakan latar belakang pencapaian dan penganugerahan pangkat

    kadet yang terlibat )

    9. Kumpulan Penerima Pangkat mengambil tempat di hadapan pentas VIP.

    ( Pergerakan masuk ke tengah dewan dihadapan pentas daripada tempatmenunggu. Pergerakan dalam satu barisan dengan arahan diberikan olehwakil kumpulan pemakai pangkat. Tabik Hormat diberikan sekali secaraberkumpulan semasa menghadap ditengah-tengah pentas VIP dan diikutidengan perbuatan sedia untuk upacara seterusnya.)

    10. Upacara Pemakaian Pangkat ( Didahulukan dengan pangkat yang palingtinggi dan diikuti pangkat yang terendah )

    Meneruskan Upacara Istiadat yang penuh bersejarah pada pagi ini, majlisdengan penuh takzimmya menjemput dan mempersilakan Yang BerbahagiaTuan Pengetua merangkap Komandan KRS SMK Triang 3, En. Khairul Ariffinbin Mat Yit diiringi oleh Yang Berusaha Guru Penolong Kanan Kokurikulumselaku Timbalan Komandan KRS SMK Triang 3 Encik Roslan bin Said, bagimenyempurnakan istiadat pemakaian/penganugerahan pangkat kadet KRSkepada kadet yang terlibat. Dengan segala hormatnya dipersilakan, tuan.

    Mendahului senarai*,a. pemakaian pangkat KRS daripada ( cth : SARJAN KRS )kepada ( cth : STAFF SARJAN KRS )i. SARJAN KRS Zulhelmi bin Din dari Tingkatan 5 Delimaii. SARJAN KRS Farah Isnail@ Ismail dari Tingkatan 5 Delima

    b. penganugerahan Pangkat KOPERAL KRS kepada :-i. Kadet Norakmal Ilman bin Hamzah dari Tingkatan 4 Delima.ii. Kadet Norasmarina binti Ramli dari Tingkatan 4 Delima.

  • 8/3/2019 Panduan Istiadat Majlis Pemakaian Pangkat Kadet Krs

    3/4

    ( * Nama kadet disebutkan dahulu, kemudian disusuli dengan pemakaianapulet /pangkat di bahu kanan dan kiri pada uniform kadet. Selesai apuletdipakai, MC umumkan senarai penerima seterusnya.Perbuatan setiap penerima pangkat :

    a. Dalam keadaan sedia setiap kadet yang disebutkan nama

    akan menyahut dengan teriakan TUAN!b. Sebelum apulet dipakaikan, kadet meletakkan kaki kanan bahagian tengah dibelakang tumit kaki kiri secara hentakkan. [sepertihuruf T terbalik ]c. Selesai dipakaikan apulet/pangkat, kaki kanan dihentak kembalidisebelah kaki kirid. Memberi Tabik Hormat dan disusuli ucapan terima kasih tuan)

    Sebagai tanda menghargaai perjuangan dan kejayaan wira/wirawati kadetKRS sekolah kita, marilah kita nyanyikan bersama lagu sekolah InsanSeimbang. Semua hadirin diminta berdiri.

    Ketua Naik Pangkat memberi arahan sedia untuk nyanyian lagu sekolah.

    Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan pengetua dan GPKKokurikulum di atas penyempurnaan majlis itu tadi. Dan tahniah kepadapenerima kenaikan pangkat KRS.

    Seterusnya, majlis dengan rasa bangganya menjemput dan mempersilakanYang Berbahagia Tuan Pengetua / Guru Penolong Kanan Kokurikulum untukmenyampaikan ucapan beliau. Dengan segala hormatnya dipersilakan........

    10. Ucapan Pengetua / Guru Penolong Kanan Kokurikulum

    Dengan berakhirnya ucapan itu tadi maka berakhirlah perhimpunan kita padapagi ini. Saya bagi pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepadasemua dan selamat meneruskan tugas masing-masing.

    Sebelum bersurai di sini saya ada beberapa pengumuman ringkas..

    12. Pengumuman (Nota Ringkas) Oleh Pengerusi Majlis (Jika Ada)

    Sekian, .Terima kasih.

    11. Majlis Bersurai.

    ______________________________________________________________

    Disediakan oleh :

  • 8/3/2019 Panduan Istiadat Majlis Pemakaian Pangkat Kadet Krs

    4/4

    Mejar KRS Mohammad Hazril bin Mohamad MukhidPegawai Istiadat KRS JPN Pahang

    D/A SMK Triang 3, Bera, Pahang. (09-2469923-pej, 09-2469921-fax)

    9W2 HZR 019-9123208 [email protected]