panduan format kertas soalan penilaian prestasi

4
1 SEKOLAH KIBLAH UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN PANDUAN FORMAT KERTAS SOALAN PENILAIAN PRESTASI 1. Kertas soalan hendaklah siap ditaip dan telah diperakukan oleh Jawatankuasa Penaksiran Soalan Sekolah Kiblah. 2. Kertas yang digunakan hendaklah berwarna putih berukuran 210 x 279 mm (A4). 3. Setiap mata pelajaran perlu mempunyai dua bahagian soalan. a. BAHAGIAN A soalan objektif (20 soalan) dalam 4 pilihan A, B, C dan D. b. BAHAGIAN B soalan struktur/ subjektif (maksimum 3 soalan). 4. Penaipan soalan mestilah menggunakan komputer dengan menggunakan font “Times New Roman” saiz 12 kecuali bagi tulisan jawi. 5. Muka hadapan soalan hendaklah mempunyai logo sekolah di sebelah kiri atas muka surat, ditaipkan kod mata pelajaran, tempoh peperiksaan dan arahan-arahan untuk calon sahaja. (Sila rujuk lampiran) 6. Kod mata pelajaran hendaklah dicatat menggunakan kod yang digunakan dalam peperiksaan PMR dan SPM bagi mata pelajaran-mata pelajaran KBSM, sementara bagi mata pelajaran-mata pelajaran MKSK menggunakan kod dalaman yang disediakan oleh Ketua Jabatan MKSK. Kod-kod ini perlu ditulis di muka hadapan dan juga dijadikan header pada penjuru sebelah kanan pada muka surat-muka surat seterusnya. KBSM MKSK BIL MATAPELAJARAN KOD (PMR/SPM) BIL MATAPELAJARAN KOD (TINGKATAN) 1 Bahasa Melayu 02 / 1103 1 QOWAID QD01/ QD02/ QD03/ QD04/ QD05 2 Bahasa Inggeris 12 / 1119 2 MUTHALAAH MH01/ MH02/ MH03/ MH04/ MH05 3 Bahasa Arab Komunikasi 31 3 FEQAH FQ01/ FQ02/ FQ03/ FQ04/ FQ05 4 Bahasa Arab Tinggi 2361 4 TAFSIR TF01/ TF02/ TF03 5 Mathematics 50 / 1449 5 USULUDDIN US01/ US02/ US03/ US04/ US05 6 Science 55 / 1511 6 HADITH HA02/ HA03 / HA04 7 Sejarah 21 / 1249 7 ULUM HADITH UH03/ UH04 8 Geografi 23 / 8 USUL FIQH UF04/ UF05

Upload: inovatifinsan

Post on 27-May-2015

2.070 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Panduan format kertas soalan penilaian prestasi

1

SEKOLAH KIBLAH UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

PANDUAN FORMAT KERTAS SOALAN PENILAIAN PRESTASI

1. Kertas soalan hendaklah siap ditaip dan telah diperakukan oleh Jawatankuasa Penaksiran Soalan

Sekolah Kiblah.

2. Kertas yang digunakan hendaklah berwarna putih berukuran 210 x 279 mm (A4).

3. Setiap mata pelajaran perlu mempunyai dua bahagian soalan. a. BAHAGIAN A – soalan objektif (20 soalan) dalam 4 pilihan A, B, C dan D. b. BAHAGIAN B – soalan struktur/ subjektif (maksimum 3 soalan).

4. Penaipan soalan mestilah menggunakan komputer dengan menggunakan font “Times New Roman” saiz 12 kecuali bagi tulisan jawi.

5. Muka hadapan soalan hendaklah mempunyai logo sekolah di sebelah kiri atas muka surat, ditaipkan kod mata pelajaran, tempoh peperiksaan dan arahan-arahan untuk calon sahaja. (Sila rujuk lampiran)

6. Kod mata pelajaran hendaklah dicatat menggunakan kod yang digunakan dalam peperiksaan

PMR dan SPM bagi mata pelajaran-mata pelajaran KBSM, sementara bagi mata pelajaran-mata pelajaran MKSK menggunakan kod dalaman yang disediakan oleh Ketua Jabatan MKSK. Kod-kod ini perlu ditulis di muka hadapan dan juga dijadikan header pada penjuru sebelah kanan pada muka surat-muka surat seterusnya.

KBSM MKSK

BIL MATAPELAJARAN KOD (PMR/SPM)

BIL MATAPELAJARAN KOD (TINGKATAN)

1 Bahasa Melayu 02 / 1103 1 QOWAID QD01/ QD02/ QD03/ QD04/ QD05

2 Bahasa Inggeris 12 / 1119 2 MUTHALAAH MH01/ MH02/ MH03/ MH04/ MH05

3 Bahasa Arab Komunikasi 31 3 FEQAH FQ01/ FQ02/ FQ03/ FQ04/ FQ05

4 Bahasa Arab Tinggi 2361 4 TAFSIR TF01/ TF02/ TF03

5 Mathematics 50 / 1449 5 USULUDDIN US01/ US02/ US03/ US04/ US05

6 Science 55 / 1511 6 HADITH HA02/ HA03 / HA04

7 Sejarah 21 / 1249 7 ULUM HADITH UH03/ UH04

8 Geografi 23 / 8 USUL FIQH UF04/ UF05

Page 2: Panduan format kertas soalan penilaian prestasi

2

KBSM MKSK

BIL MATAPELAJARAN KOD (PMR/SPM)

BIL MATAPELAJARAN KOD (TINGKATAN)

9 Pendidikan Islam 45 9 ULUM QURAN UQ04

10 KHB-KT 76 10

11 KHB-ERT 77 11

12 Pendidikan AlQuran & AsSunnah

5227 12

13 Pendidikan Syariah Islamiah

5228 13

14 Ekonomi Asas 3757 14

15 Pendidikan Islam 45

7. Arahan menjawab soalan hendaklah diberikan dengan jelas. Maklumat-maklumat yang perlu

dicatakan adalah: a. Bilangan bahagian solan. b. Arahan bilangan solan yang perlu dijawab. c. Arahan penggunaan boring atau kertas serta alat tulis yang diizinkan penggunaanya

untuk menjawab soalan. d. Arahan menyerahkan kertas jawapan. e. Jumlah markah bagi kertas soalan ini. f. Sekiranya soalan perlu dijawab dalam kertas berasingan, sila nyatakannya.

8. Jumlah muka surat kertas soalan termasuk lampiran hendaklah dicatatkan di bahagian bawah

muka hadapan kertas soalan.

9. Soalan hendaklah diberi nombor bilangan yang jelas dan jika terdapat pecahan soalan sila nyatakannya.

10. Markah bagi setiap bahagian hendaklah dicatatkan di hujung tajuk pecahan bahagian dalam

kurungan.

11. Nombor soalan bagi setiap bahagian hendaklah bermula dengan nombor 1 dan seterusnya.

12. Setiap soalan hendaklah dijarakkan satu baris (gunakan tool paragraph: 1.5).

13. Bilangan muka surat hendaklah dicatatkan/ ditaip di bahagian bawah sebelah kanan muka surat (gunakan footer) dan tidak termasuk muka surat hadapan. Bilangan muka surat ini termasuk bersama lampiran atau apendiks yang dikepilkan dengan kertas soalan.

14. Setiap helaian soalan (tidak termasuk muka hadapan) hendaklah dicatat kod mata pelajaran

pada sebelah kanan atas muka surat. Ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang kekeliruan semasa mencetak dan menyusun kertas soalan tersebut.

15. Pada muka surat terakhir di bahagian bawah, catatkan KERTAS SOALAN TAMAT bagi

menandakan tamat soalan peperiksaan tersebut.

Page 3: Panduan format kertas soalan penilaian prestasi

3

16. Kerahsiaan soalan perlu dititik beratkan agar tidak ada isu-isu kebocoran soalan. Soalan-soalan merupakan dokumen SULIT. Soalan-soalan hendaklah dimasukkan kedalam sampul dan diserahkan kepada pihak berwajib apabila dikehendaki.

17. Proses penyerahan kertas soalan adalah seperti di bawah:

CARTA ALIRAN PENYEDIAAN KERTAS SOALAN PENILAIAN PRESTASI

Penyediaan Kertas Soalan oleh Guru Mata Pelajaran

Mengikut Format yang Disediakan

Serahan satu salinan kepada ketua bidang

Penaksiran Soalan oleh Jawatankuasa Penaksiran

Soalan Sekolh Kiblah

Soalan Diterima

Soalan Tidak Diterima /

Perlu pada Pembetulan

Soalan Dicetak (Tindakan – Pejabat)

Salinan Soalan Di simpan oleh Guru Mata Pelajaran/

Ketua Bidang/ Ketua Jabatan/ SU Pepepriksaan/

Pusat Sumber (Dalam Soft Copy dan Hard Copy)

Penilaian Prestasi Dijalankan Mengikut Jadual

Soalan Diserahkan kepada SU Peperiksaan Dalaman

Page 4: Panduan format kertas soalan penilaian prestasi

4

18. Semua soalan yang diserahkan kepada ketua bidang hendaklah direkodkan ke dalam borang

serahan. Soalan-soalan yang telah disemak diserahkan kepada SU Peperiksaan Dalaman dan direkodkan.

19. SU Peperiksaan Dalaman akan memastikan bilangan kertas soalan yang perlu di fotostat dan memastikan soalan-soalan tersebut mencukupi.