panduan bersuci

Upload: penyuselatan

Post on 30-May-2018

283 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Panduan Bersuci

    1/3

    PANDUAN BERSUCI

    PENGERTIAN BERSUCI

    Firman Allah swt maksudnya, "Sesunguhnya Allah menyukai orang-orang yang

    bertaubata dan yang suka menyucikan diri " (Al Baqarah : 222)

    Bersuci atau At Thaharah ialah suatu pekerjaan yang dilakukan bagimenghilangkan hadas atau najis yang ada di badan, pakaian atau tempat tinggalkita. Ia mesti dibersihan supaya kita boleh melakukan ibadah. Di dalam ajaranIslam bersuci adalah sesuatu yang WAJIB. Sebahagian dari bersuci adalahberwuduk, mandi dan membersihkan najis dari badan.

    JENIS-JENIS BERSUCI

    Bersuci dari hadas kecil. Apabila kita berada dalam keadaan begini kita

    dilarang dari mengerjakan sembahyang dan menyentuh Al Quran. Carauntuk menyucikan ialah dengan mengamil wuduk ataupun bertayammum.

    Bersuci dari hadas besar. Mereka yang berjimak, haid dan nifas adalahtermasuk di dalam golongan ini. Cara bersuci daripadanya ialah denganmandi junub. Perkara yang ditegah dari melakukannya seperti sembahyang,puasa, menunaikan haji, iktikaf di masjid dan menyentuh atau membaca AlQuran.

    Beristinjak. Ia bertujuan bagi menghilangkan najis yang keluar dari duasaluran iaitu qubul dan dubur.

    ISTINJAK

    RUKUN ISTINJAK

    Rukun istinjak ada 3 iaitu :

    IslamMenggunakan air, batu, kertas, daun dan benda keras yang suciNajis itu mestilah keluar dari qubul dan dubur

    SUNAT-SUNAT ISTINJAK

    Haruslah dilakukan dengan bilangan yang ganjil seperti 3x, 5x atau 7x danseterusnya.Menggunakan tangan kiri

    BERISTINJAK DENGAN BATU

  • 8/14/2019 Panduan Bersuci

    2/3

    Syarat-syarat menggunakan batu atau lain-lain benda yang keras ialah:

    Pastikan benda tersebut tidak mengalir Pastikan najis belum keringPastikan tempat keluar najis tersebut tidak terhalang oleh benda-banda lain

    BERISTINJAK DENGAN AIR

    Perlakuannya ialah lebih kurang sama dengan batu. Terlebih dahulu mestilahdibersihkan sehingga hilang 3 perkara iaitu bau, warna dan rasa. Apabila selesaidisunatkan membaca doa.

    BENDA-BENDA BERNAJIS

    Antara benda-benda najis menurut Islam adalah seperti berikut :

    Semua jenis bangkai binatang darat dan laut yang berdarah melainkanmayat manusia. Bianatang darat dan laut yang tidak berdarah dianggap suci.Darah kecuali hati dan limpaSemua jenis benda yang keluar dari qubur dan dubur Nanah kerana ia terhasil dari darah yang kotor Arak dan semua jenis minuman yang memabukkanBahagian binatang yang diambil dari badannya semasa ia masih hidup

    JENIS-JENIS NAJIS

    Terdapat 2 jenis najis yang boleh diklasifikasikan dalam Islam iaitu:

    NAJIS MUGHALLAZAHIaitu anjing dan babi serta segala anggota tubuh badannya. Caramenyucikannya ialah dengan menyiram sekali air tanah atau lumpur dan 6kali dengan air yang bersih

    NAJIS MUKHAFFAFAHIaitu najis ringan seperti air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur 2tahun kebawah dan hanya memakan susus ibunya sahaja. Caramenyucikannya ialah memadai dengan memercikkan air ke atas benda yangterkena najis itu kemudian lapkannya

    NAJIS MUTAWASSITAHIaitu najis pertengahan. Najis ini terbahagi kepada dua bahagian :

  • 8/14/2019 Panduan Bersuci

    3/3

    (a) Hikmiah adalah najis yang kita yakini adanya tetapi tidak nyata zatnyaseperti air kencing yang sudah lama kering hinggakan sifatnya sudahhilang. Najis ini disucikan dengan mengalirkan ari keatasnya

    (b) 'Ainah adalah najis yang dicuci dengan menghilangkan danmembersihkan semua zatnya

    JENIS-JENIS AIR

    Terdapat 5 jenis air iaitu :

    AIR MUTLAKSifatnya adalah suci lagi menyucika. Air ini boleh digunakan bagimenyucikan benda lain. Contohnya air hujan, laut, perigi, air mata air, salji,sungai dan air embun

    AIR MUQAYYATSifatnya adalah suci tetapi tidak boleh menyucikan. Air ini tidak sahdigunakan untuk menyucikan benda lain seperti air kopi, teh, ar buah-buahandan sebagainya.

    AIR MUTANNAJJISAir ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu: (a) Telah berubah salah satu sifatnya iaitu warna , bau dan rasa dengan

    najis. Air ini tidak boleh digunakan lagi sama ada banyak ataupun sedikit.(b) Air bernajis tetapi tidak berubah sifatnya. Air ini jika kurang dari 2 kolah

    (lebih kurang 13 tin minyak tanah) tidak boleh digunakan lagi tetapi jika 2kolah atau lebih maka hukumnya suci lagi menyucikan.

    AIR MUSYAMMASIalah air yang terjemur di tengah pancaran matahari dalam bekas selain daribekas emas dan perak. Ianya makruh digunakan untuk badan tetapi tidakuntuk pakaian

    AIR MUSTAGHMALIalah air yang telah digunakan untuk menyucikan benda-benda lain dansukatannya adalah kurang dari 2 kolah. Air ini tidak sah digunakan untukbersuci walaupun tidak berubah sifatnya.