pandu puteri tunas merupakan pasukan pertama yang ditubuhkan di malaya iaitu pada tahun 1920

5
Pandu Puteri Tunas merupakan pasukan pertama yang ditubuhkan di Malaya iaitu pada tahun 1920. Pada mulanya, Pandu Puteri Tunas dikenali dengan nama Brownie. Nama Brownie kekal digunakan hingga tahun 1984. Pada 30 November 1984, Jawatankuasa Kerja Kebangsaan telah mengadakan mesyuarat dan bersetuju untuk menukar nama Brownie kepada Tunas Puteri. Nama ini lebih sesuai digunakan selaras dengan perkembangan bahasa di negara kita. Tunas Puteri berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu Tunas dan Puteri. Tunas bermaksud pucuk yang mula tumbuh, bakal menjadi sebatang pokok. Kemudian pokok ini akan menghasilkan buah yang baik jika dipupuk dan dijaga dengan baik sejak tunas lagi. Perkataan puteri pula bermaksud gadis bangsawan yang lemah lembut, yang membayangkan sifat-sifat rupawan, kesopanan dan kemuliaan diri. Gabungan huruf TUNAS PUTERI mengandungi erti yang mendalam dan mengandungi sifat-sifat warganegara yang sempurna. T Tolong orang selalu U Untuk menunaikan kewajipan kepada Tuhan, Raja dan Negara N Nilai hidup yang murni A Akhlak yang utuh S Selalu senyum tanda persahabatan P Patuh kepada undang-undang Pandu Puteri Tunas U Utamakan tanggungjawab sendiri T Tabah menghadapi cabaran E Erat dalam perpaduan R Rela berkhidmat untuk masyarakat I Indah budi bahasa Ahli Pandu Puteri Tunas Kini Tunas Puteri dikenali sebagai Pandu Puteri Tunas. Ia dianggotai oleh kanak-kanak perempuan yang berusia 7 hingga 12 tahun. Ahli-ahli baru menjalani latihan berdasarkan Program Pra-Persetiaan sebelum menyertai Pasukan Pandu Puteri Tunas. Setelah lulus ujian Pra- Persetiaan, mereka dilantik menjadi seorang Pandu Puteri Tunas dalam istiadat perlantikan. Seterusnya mereka dilatih dan diuji melalui Program Calit Emas, Tangga Emas dan Tangan Emas di samping mengambil ujian-ujian Lencana Kecekapan yang digemari untuk meningkatkan kecemerlangan dalam perkembangan diri. Pandu Puteri Tunas mestilah sentiasa berpegang teguh kepada

Upload: mala-murugan

Post on 12-Jan-2016

306 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

good

TRANSCRIPT

Page 1: Pandu Puteri Tunas Merupakan Pasukan Pertama Yang Ditubuhkan Di Malaya Iaitu Pada Tahun 1920

Pandu Puteri Tunas merupakan pasukan pertama yang ditubuhkan di Malaya iaitu pada

tahun 1920. Pada mulanya, Pandu Puteri Tunas dikenali dengan nama Brownie. Nama

Brownie kekal digunakan hingga tahun 1984. Pada 30 November 1984, Jawatankuasa Kerja

Kebangsaan telah mengadakan mesyuarat dan bersetuju untuk menukar nama Brownie

kepada Tunas Puteri. Nama ini lebih sesuai digunakan selaras dengan perkembangan

bahasa di negara kita. Tunas Puteri berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu Tunas

dan Puteri. Tunas bermaksud pucuk yang mula tumbuh, bakal menjadi sebatang pokok.

Kemudian pokok ini akan menghasilkan buah yang baik jika dipupuk dan dijaga dengan baik

sejak tunas lagi. Perkataan puteri pula bermaksud gadis bangsawan yang lemah lembut,

yang membayangkan sifat-sifat rupawan, kesopanan dan kemuliaan diri. Gabungan huruf

TUNAS PUTERI mengandungi erti yang mendalam dan mengandungi sifat-sifat

warganegara yang sempurna.

T Tolong orang selalu

U Untuk menunaikan kewajipan kepada Tuhan, Raja dan Negara

N Nilai hidup yang murni

A Akhlak yang utuh

S Selalu senyum tanda persahabatan

P Patuh kepada undang-undang Pandu Puteri Tunas

U Utamakan tanggungjawab sendiri

T Tabah menghadapi cabaran

E Erat dalam perpaduan

R Rela berkhidmat untuk masyarakat

I Indah budi bahasa

Ahli Pandu Puteri Tunas

Kini Tunas Puteri dikenali sebagai Pandu Puteri Tunas. Ia dianggotai oleh kanak-kanak

perempuan yang berusia 7 hingga 12 tahun. Ahli-ahli baru menjalani latihan berdasarkan

Program Pra-Persetiaan sebelum menyertai Pasukan Pandu Puteri Tunas. Setelah lulus

ujian Pra-Persetiaan, mereka dilantik menjadi seorang Pandu Puteri Tunas dalam istiadat

perlantikan. Seterusnya mereka dilatih dan diuji melalui Program Calit Emas, Tangga Emas

dan Tangan Emas di samping mengambil ujian-ujian Lencana Kecekapan yang digemari

untuk meningkatkan kecemerlangan dalam perkembangan diri. 

Pandu Puteri Tunas mestilah sentiasa berpegang teguh kepada Persetiaan yang dilafaz.

Persetiaan ini menunjukkan bahawa seseorang Pandu Puteri Tunas itu sentiasa bersopan

santun dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.

Page 2: Pandu Puteri Tunas Merupakan Pasukan Pertama Yang Ditubuhkan Di Malaya Iaitu Pada Tahun 1920

Persetiaan Pandu Puteri Tunas 

Dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia akan menjalankan kewajipan saya kepada

Tuhan, Raja dan Negara saya, Malaysia,

Menolong orang setiap hari terutamanya mereka di rumah dan mematuhi undang- undang

Pandu Puteri Tunas.”

Undang-Undang Pandu Puteri Tunas

Pandu Puteri Tunas selalu menurut ajaran orang yang tertua daripadanya. 

Pandu Puteri Tunas tidak menurut kehendak hati sahaja. 

Cogan Kata Pandu Puteri Tunas

'Tolong Orang Selalu' (TOS). Cogan kata ini diucap setiap kali Pandu Puteri Tunas selesai

membuat Istiadat Lingkungan Pandu Puteri Tunas dan Istiadat Hormat Besar.

Kumpulan Pandu Puteri Tunas

Kumpulan Pandu Puteri Tunas mengambil nama bunga seperti Melur, Siantan, Teratai,

Kesidang, Cempaka dan Kenanga.

MelurMelur taat dan setia

Berusaha setiap masa

SiantanSiantan datang berkawan

Berani macam pahlawan

TerataiTeratai nama kami

Bekerja setiap hari

KesidangKami Kesidang datang

Menolong pagi petang

CempakaCempaka bersuka ria

Menolong orang duka

KenangaKami bernama Kenanga

Berjasa bertenaga

 

Pakaian Pandu Puteri Tunas

1. Kemeja hijau berlengan panjang

2. Seluar panjang biru tua

3. Skaf (berwarna coklat)

Page 3: Pandu Puteri Tunas Merupakan Pasukan Pertama Yang Ditubuhkan Di Malaya Iaitu Pada Tahun 1920

4. Lambang kumpulan

5. Lambang Negeri

6. Woggle

7. Lencana dunia

8. `Shoulder Flashes'

9. Stoking hitam

10. Kasut hitam

11. Tudung hitam

 

Page 4: Pandu Puteri Tunas Merupakan Pasukan Pertama Yang Ditubuhkan Di Malaya Iaitu Pada Tahun 1920

Lagu dunia

Versi Bahasa Melayu

Arah kita jelas ke depan,

Bendera berkibar;

Tidak berlipat di dunia

Harapan abadi;

Bersatu untuk kebenaran,

Persahabatan kukuh;

Selagi dunia masih ada

Akan nyanyi lagu ini.

Yang cintakan kebenaran,

Menetapkan janji;

Dengan rela berjasa,

setia abadi; 

Kebebasan kita tepati, 

Bersedia sama;

Untuk semua miskin kaya, 

kita beri, yang terdaya.

English Version

Our way is clear as we march on,

And see our flag on high

Is never furled throughout the world

For hope shall never die

We must unite for what is right

In friendship true and strong

Until the earth in its rebirth

Shall sing our song.

Shall sing our song.

All those who loved the true and good

Whose promises we were kept

With humble minds whose acts were kind

Page 5: Pandu Puteri Tunas Merupakan Pasukan Pertama Yang Ditubuhkan Di Malaya Iaitu Pada Tahun 1920

Whose honour never slept

Those were the free and we must be

Prepared like them to live

To give to all, both great and small

All we can give

All we can give.