dpu pp tunas edit dec 2017panduputeri.org.my/storage/branch/1/files/1561694293-dpu tunas.pdf ·...

18
Disember 2017

Upload: others

Post on 19-Jan-2020

162 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: DPU PP Tunas Edit Dec 2017panduputeri.org.my/storage/branch/1/files/1561694293-dpu tunas.pdf · Contoh : Pasukan Pandu Puteri Tunas ke-29 Daerah Kinta Utara, SK Convent , Ipoh,

Disember 2017

Page 2: DPU PP Tunas Edit Dec 2017panduputeri.org.my/storage/branch/1/files/1561694293-dpu tunas.pdf · Contoh : Pasukan Pandu Puteri Tunas ke-29 Daerah Kinta Utara, SK Convent , Ipoh,

1

PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA DASAR PERTUBUHAN DAN UNDANG-UNDANG

BAHAGIAN PANDU PUTERI TUNAS

‘TOLONG ORANG SELALU’

1. PANDU PUTERI TUNAS 2. PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS

3. ORGANISASI PANDU PUTERI TUNAS

4. POW WOW

5. KETUA PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS

6. KETUA KUMPULAN BERENAM – KETUA BERENAM

7. PENOLONG KETUA KUMPULAN – PENOLONG KETUA BERENAM

8. PAKAIAN SERAGAM PANDU PUTERI TUNAS

9. PELANTIKAN AHLI BAHARU 10. PERSETIAAN, UNDANG-UNDANG, COGAN KATA PANDU PUTERI TUNAS, HORMAT

SENYUMAN, BERJABAT TANGAN, KHIDMAT

11. ANUGERAH PANDU PUTERI TUNAS

Page 3: DPU PP Tunas Edit Dec 2017panduputeri.org.my/storage/branch/1/files/1561694293-dpu tunas.pdf · Contoh : Pasukan Pandu Puteri Tunas ke-29 Daerah Kinta Utara, SK Convent , Ipoh,

2

PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA DASAR PERTUBUHAN DAN UNDANG-UNDANG BAHAGIAN PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS

’ TOLONG ORANG SELALU’

1. PANDU PUTERI TUNAS

Dasar program Bahagian Pandu Puteri Tunas membolehkan ahli menghayati dan menguasai asas Pandu Puteri. Ahli Pandu Puteri Tunas berumur sembilan hingga dua belas tahun. Seorang kanak-kanak perempuan hanya boleh menjadi ahli Pasukan Pandu Puteri Tunas sehingga berumur dua belas tahun. Dia dilantik menjadi Pandu Puteri Tunas setelah lulus Ujian Pra Persetiaan.

2. PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS

2.1 Jumlah minimum ahli ialah 12 orang dan jumlah maksimum 36 orang.

2.2 Satu (1) pasukan baharu mesti ditubuhkan sekiranya ahli pasukan sedia ada melebihi daripada 36 orang ahli.

2.3 Setiap Pasukan Pandu Puteri Tunas mempunyai seorang Pemimpin yang

dikenali sebagai Kakak Setia dan sekurang-kurangnya seorang penolong yang dikenali sebagai Siti Setia.

2.4 Setiap Pasukan Pandu Puteri Tunas hendaklah disahkan oleh Pesuruhjaya

Daerah serta didaftarkan secepat mungkin. Borang Pendaftaran hendaklah dilengkapkan dan dihantar melalui Pesuruhjaya Daerah dan Ketua Pesuruhjaya Cawangan kepada Ibu Pejabat Kebangsaan berserta dengan yuran pendaftarannya.

2.5 Yuran pendaftaran hanya dibayar sekali . Sijil Pendaftaran ialah hak milik

Pasukan di sekolah berkenaan. Jika sijil hilang, bayaran akan dikenakan untuk mendapatkan sijil ganti

2.6 Setiap Pasukan Pandu Puteri Tunas dikehendaki membaharui pendaftaran dan

mengemaskinikan bilangan pemimpin dan ahlinya dengan Ibu Pejabat Kebangsaan melalui Pesuruhjaya Daerah dan Ketua Pesuruhjaya Cawangan. Pembaharuan pendaftaran berserta bayaran yuran ahli (kuota) dihantar ke Ibu Pejabat Kebangsaan tidak lewat daripada 30 April setiap tahun.

Page 4: DPU PP Tunas Edit Dec 2017panduputeri.org.my/storage/branch/1/files/1561694293-dpu tunas.pdf · Contoh : Pasukan Pandu Puteri Tunas ke-29 Daerah Kinta Utara, SK Convent , Ipoh,

3

2.7 Pasukan Pandu Puteri Tunas didaftarkan mengikut turutan nombor pendaftaran, nama daerah dan nama sekolah. Contoh : Pasukan Pandu Puteri Tunas ke-29 Daerah Kinta Utara, SK Convent , Ipoh, Perak.

2.8 Perjumpaan pasukan diadakan sekurang-kurangnya setiap dua (2) minggu sekali.

2.9 Jawatankuasa Pandu Puteri Tunas terdiri daripada:

2.9.1 Ketua Pasukan 2.9.2 Ketua Berenam 2.9.3 Penolong Ketua Berenam

2.10 Kakak Setia merangkap sebagai pengerusi dan Siti Setia sebagai penolong

pengerusi dalam Pow- Wow.

2.11 Pasukan memilih secara undi sulit seorang Ketua Pasukan dalam kalangan ahlinya.

2.12 Ketua Berenam dipilih oleh ahli kumpulan sendiri manakala Penolong Ketua Berenam dilantik oleh Ketua Berenamnya.

3. ORGANISASI PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS

3.1 Pada perjumpaan pertama, Kakak Setia membahagikan ahli mengikut kumpulan. Setiap kumpulan dianggotai oleh tidak lebih daripada enam (6) orang ahli termasuk seorang Ketua Berenam dan seorang Penolong Ketua Berenam.

3.2 Setiap kumpulan dikenali dengan nama bunga yang ditetapkan oleh Persatuan

Pandu Puteri Malaysia seperti berikut :

3.2.1 Bunga Cempaka

3.2.2 Bunga Kenanga

3.2.3 Bunga Kesidang

3.2.4 Bunga Melur

3.2.5 Bunga Siantan

3.2.6 Bunga Teratai

3.3 Setiap kumpulan menyediakan kotak Kumpulan Berenam yang digunakan

semasa aktiviti sudut kumpulan.

Page 5: DPU PP Tunas Edit Dec 2017panduputeri.org.my/storage/branch/1/files/1561694293-dpu tunas.pdf · Contoh : Pasukan Pandu Puteri Tunas ke-29 Daerah Kinta Utara, SK Convent , Ipoh,

4

4. POW-WOW – Mesyuarat Pasukan

4.1 Pow-Wow adalah mesyuarat pasukan sekiranya perlu untuk membincangkan perkara yang berkaitan dengan Pasukan Pandu Puteri Tunas seperti memberi keterangan, menyampaikan berita dan rancangan akan datang

4.2 Kakak Setia menjadi Pengerusi Pow-Wow. Jika Kakak Setia tidak ada, Siti Setia

boleh menggantikannya. 4.3 Lingkungan Pow-Wow dilaksanakan khas untuk ahli pasukan sahaja dan

pembentukan lingkungan adalah bebas 5. KETUA PASUKAN PANDU PUTERI TUNAS

5.1 Ketua Pasukan Pandu Puteri Tunas dipilih secara undi sulit untuk membantu Kakak Setia dan Siti Setia.

5.2 Ketua Pasukan Pandu Puteri Tunas mesti mempunyai kelulusan Calit Emas. 5.3 Pasukan yang baharu ditubuhkan, Kakak Setia boleh melantik ahlinya yang

berkebolehan sebagai Ketua Pasukan walaupun dia belum mempunyai kelulusan Calit Emas.

5.4 Kakak Setia boleh mengundang seorang Pandu Puteri Remaja atau Pandu

Puteri Renjer yang telah lulus Kelas Dua untuk menjadi Ketua Pasukan Pandu Puteri Tunas.

6. KETUA BERENAM

6.1 Ketua Kumpulan Berenam dikenali sebagai Ketua Berenam. Ketua Berenam

dipilih oleh ahli kumpulan sendiri. 6.2 Ketua Berenam membantu Kakak Setia dan Siti Setia serta ditugaskan untuk

menjaga ahli kumpulannya. 7. PENOLONG KETUA BERENAM

7.1 Penolong Ketua Berenam dipilih oleh Ketua Berenamnya. 7.2 Tugas Penolong Ketua Berenam membantu Ketua Berenam dan mewakilinya

apabila Ketua Berenam tidak hadir.

Page 6: DPU PP Tunas Edit Dec 2017panduputeri.org.my/storage/branch/1/files/1561694293-dpu tunas.pdf · Contoh : Pasukan Pandu Puteri Tunas ke-29 Daerah Kinta Utara, SK Convent , Ipoh,

5

8. PAKAIAN SERAGAM PANDU PUTERI TUNAS

Pakaian seragam Pandu Puteri Tunas ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Merujuk kepada Girl Guides Act 1953, Revised 1991, pakaian seragam dan semua peralatan hanya boleh diperoleh dari bahagian Peralatan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 8.1 Ahli Baharu dibenarkan memakai pakaian seragam dengan skaf perang tanpa

Lencana Pelantikan. 8.2 Pakaian seragam lengkap dipakai oleh Ahli Baharu selepas dilantik. 8.3 Ahli Pasukan Pandu Puteri Tunas memakai lambang kumpulannya disebelah

kiri atas kocek blausnya. 8.4 Ketua Pasukan Pandu Puteri Tunas memakai tiga (3) jalur putih di kocek kiri

blausnya (Sila rujuk lampiran). 8.5 Ketua Berenam Pandu Puteri Tunas memakai dua (2) jalur putih di kocek kiri

blausnya ( Sila rujuk lampiran).

8.6 Penolong Ketua Berenam Pandu Puteri Tunas memakai satu (1) jalur putih di tengah kocek kiri blausnya (Sila rujuk lampiran).

8.7 Ahli yang telah dilantik wajib memakai pakaian seragam lengkap pada :

8.7.1 Perjumpaan Pasukan

8.7.2 Majlis Istiadat Pandu Puteri Tunas

8.7.3 Majlis rasmi Persatuan Pandu Puteri Malaysia peringkat Daerah,

Cawangan dan Kebangsaan

8.7.4 Majlis rasmi anjuran pihak lain

8.8 Ahli wajib mendapat kebenaran Kakak Setia atau Siti Setia untuk memakai pakaian seragam lengkap apabila menghadiri acara selain daripada yang dinyatakan dalam para 8.7.4. 8.9 Sayap Pandu Puteri Tunas dipakai oleh Pandu Puteri Tunas dalam Upacara

Terbang Naik.

Page 7: DPU PP Tunas Edit Dec 2017panduputeri.org.my/storage/branch/1/files/1561694293-dpu tunas.pdf · Contoh : Pasukan Pandu Puteri Tunas ke-29 Daerah Kinta Utara, SK Convent , Ipoh,

6

9. PELANTIKAN PANDU PUTERI TUNAS

9.1 Seseorang Ahli Baharu mestilah lulus ujian Pra-Persetiaan sebelum dilantik. 9.2 Istiadat Pelantikan dirancang oleh Kakak Setia untuk semua Ahli Baharu sebaik

sahaja mereka lulus ujian Pra-Persetiaan.

9.3 Pelantikan hanya boleh dijalankan oleh pemimpin berwaran.

9.4 Istiadat Pelantikan Pandu Puteri Tunas

Istiadat Pelantikan dijalankan dalam formasi Lingkungan Pandu Puteri Tunas. ( Sila rujuk risalah Istiadat Pandu Puteri Tunas).

10. PERSETIAAN, UNDANG-UNDANG, COGAN KATA PANDU PUTERI TUNAS, ISYARAT,

HORMAT, SENYUMAN, BERJABAT TANGAN, KHIDMAT 10.1 Persetiaan Pandu Puteri Tunas

Dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia akan Menjalankan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya Malaysia, Menolong orang setiap hari terutama mereka di rumah dan Mematuhi undang-undang Pandu Puter Tunas.

10.2 Undang-Undang Pandu Puteri Tunas Pandu Puteri Tunas selalu menurut ajaran orang yang tertua daripadanya. Pandu Puteri Tunas tidak menurut kehendak hati sahaja.

10.3 Cogan Kata Pandu Puteri Tunas : Tolong Orang Selalu (TOS)

10.4 Isyarat Pandu Puteri

Tiga jari kanan ditegakkan, ibu jari diletakan menindih jari kelingking yang dibengkokkan. Tangan diangkat ke paras bahu. Tiga jari melambangkan Persetiaan Pandu Puteri.

10.5 Hormat

Pandu Puteri Tunas memberi hormat dengan menunjukkan Isyarat Pandu Puteri pada paras bahu dalam keadaan sedia.

10.6 Senyuman

Senyuman merupakan satu tanda salam Pandu Puteri Tunas.

10.7 Berjabat Tangan Pandu Puteri Tunas berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli Pandu Puteri yang lain. Pandu Puteri Tunas menggunakan kedua-dua belah

Page 8: DPU PP Tunas Edit Dec 2017panduputeri.org.my/storage/branch/1/files/1561694293-dpu tunas.pdf · Contoh : Pasukan Pandu Puteri Tunas ke-29 Daerah Kinta Utara, SK Convent , Ipoh,

7

tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan orang yang bukan ahli.

10.8 Khidmat

Pandu Puteri Tunas membuat khidmat dengan cara menolong orang setiap hari sama ada di rumah atau di sekolah.

11. ANUGERAH PANDU PUTERI TUNAS HARAPAN KETUA PESURUHJAYA PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA 11.1 Pengenalan

Pelaksanaan Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu : � Bengkel Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya Cawangan

(BATHKPC) dan

� Bengkel Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya (BATHKP)

11.2 ANUGERAH PANDU PUTERI TUNAS HARAPAN KETUA PERSURUHJAYA PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Tarikh : Berkuatkuasa tahun 2012 Objektif: � Sebagai pemangkin kepada ahli Pandu Puteri Tunas untuk bergerak aktif dalam

aktiviti-aktiviti Pandu Puteri.

� Memartabatkan Program Pandu Puteri Tunas melalui pemilihan penerima anugerah yang telah direncanakan.

� Sebagai insentif kepada ahli Pandu Puteri Tunas yang telah mencapai kriteria yang ditetapkan.

� Membina keyakinan diri yang utuh apabila berhadapan dengan cabaran dan perkembangan semasa.

Page 9: DPU PP Tunas Edit Dec 2017panduputeri.org.my/storage/branch/1/files/1561694293-dpu tunas.pdf · Contoh : Pasukan Pandu Puteri Tunas ke-29 Daerah Kinta Utara, SK Convent , Ipoh,

8

Rasional: � Mengiktiraf ahli Pandu Puteri Tunas yang telah mencapai kriteria yang

ditetapkan oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

� Ia juga merupakan pencapaian tertinggi ahli Pandu Puteri Tunas .

Kumpulan Sasar: � Pandu Puteri Tunas yang mencapai umur 11 tahun pada tahun semasa.

Pra Syarat:

� Warganegara Malaysia

� Ahli yang berdaftar dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

� Mempunyai sahsiah dan berketrampilan.

� Mempunyai daya tahan yang tinggi untuk menghadapi segala cabaran.

11.3 BENGKEL ANUGERAH PANDU PUTERI TUNAS HARAPAN KETUA PESURUHJAYA CAWANGAN (BATHKPC) Syarat BATHKPC � Berupaya melengkapkan buku log

� Telah menyertai ATAU membantu acara mewakili Pandu Puteri di peringkat sekolah DAN zon , daerah atau cawangan.

� Telah menyertai sekurang-kurangnya SATU ( 1 ) Perkhemahan/ Cuti Pasukan Pandu Puteri Tunas anjuran Pandu Puteri

� Mencapai sehingga peringkat Tangan Emas.

� Memperoleh 5 lencana berikut :

1. Pengumpul 2. Ahli rumah tangga 3. Pereka Permainan Kanak-kanak 4. Kecergasan 5. Pertolongan cemas

Page 10: DPU PP Tunas Edit Dec 2017panduputeri.org.my/storage/branch/1/files/1561694293-dpu tunas.pdf · Contoh : Pasukan Pandu Puteri Tunas ke-29 Daerah Kinta Utara, SK Convent , Ipoh,

9

6. Jurumasak 7. SATU (1) Lencana Kecekapan dari setiap kumpulan di bawah:

Kumpulan A, kumpulan B dan kumpulan C. � Tarikh : Sebelum 31 Julai

� Tempoh : 3 Hari 2 Malam

� Dijalankan di peringkat Cawangan

Pengisian � Penyemakan buku log : Buku Log Kemajuan(Pra Persetiaan,Calit Emas,

Tangga Emas,Tangan Emas dan 5 Lencana Kecekapan:

1. Pengumpul 2. Ahli rumah tangga 3. Pereka Permainan Kanak-kanak 4. Kecergasan

5. Pertolongan cemas) � Khidmat

� Kemahiran berkomunikasi

� Persembahan bakat

Panel Penilai � Panel Penilai BATHKPC terdiri daripada TIGA (3) orang seperti berikut:

� Jurulatih bertauliah terutama Jurulatih Pandu Puteri Tunas (wajib)

� Ketua Pesuruhjaya Cawangan ATAU Pesuruhjaya Bahagian Pandu Puteri Tunas cawangan / daerah ATAU pemimpin berwaran dan mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya tiga ( 3 ) tahun.

*Keputusan oleh Panel Penilai adalah muktamad

Page 11: DPU PP Tunas Edit Dec 2017panduputeri.org.my/storage/branch/1/files/1561694293-dpu tunas.pdf · Contoh : Pasukan Pandu Puteri Tunas ke-29 Daerah Kinta Utara, SK Convent , Ipoh,

10

� Penganugerahan : Sijil DAN Lencana

� Penyampaian Anugerahan BATHKPC disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya Cawangan

11.4 BENGKEL ANUGERAH PANDU PUTERI TUNAS HARAPAN KETUA PESURUHJAYA (BATHKP) Syarat BATHKP � Telah memperoleh sijil Ketua Pesuruhjaya Cawangan (BATHKPC)

� Menyertai ATAU membantu acara Pandu Puteri di peringkat cawangan, kebangsaan atau antarabangsa.

� Memperoleh SEMBILAN ( 9 ) Lencana Kecekapan berikut:

1. Pengumpul 2. Ahli rumah tangga 3. Pereka Permainan Kanak-kanak 4. Kecergasan 5. Pertolongan cemas

6. Jurumasak 7. SATU (1) Lencana Kecekapan dari setiap kumpulan di bawah: Kumpulan A, kumpulan B dan kumpulan C. BATHKP dijalankan di peringkat Kebangsaan semasa Cabaran Pandu Puteri Tunas:4 hari 3 malam *Buku Log perlu dihantar ke Ibu Pejabat pada bulan September (Tarikh akan dimaklumkan) Buku Log yang perlu dihantar ke Ibu Pejabat :

1. Buku Log Peribadi 2. Buku Log Lencana Kecekapan:

i) Jurumasak ii) Satu Lencana Kecekapan dari kumpulan A

iii) Satu Lencana Kecekapan dari kumpulan B iv) Satu Lencana Kecekapan dari kumpulan C

Page 12: DPU PP Tunas Edit Dec 2017panduputeri.org.my/storage/branch/1/files/1561694293-dpu tunas.pdf · Contoh : Pasukan Pandu Puteri Tunas ke-29 Daerah Kinta Utara, SK Convent , Ipoh,

11

� Buku Log Disney Award

Panel Penilai

Panel Penilai BATHKP terdiri daripada sekurang-kurangnya TIGA (3) orang seperti berikut:

� Jurulatih bertauliah terutama Jurulatih Pandu Puteri Tunas

� Ketua Pesuruhjaya Cawangan ATAU Pesuruhjaya Bahagian Pandu Puteri Tunas cawangan / daerah ATAU pemimpin berwaran dan mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya tiga ( 3 ) tahun.

*Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas Kebangsaan ialah Pengerusi Panel Penilai. *Keputusan oleh Panel Penilai adalah muktamad � Penganugerahan : Sijil dan lencana

� Penganugerahan sijil dan lencana anugerahan BATHKP pada bulan November dan disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia

DISEMBER 2017

Page 13: DPU PP Tunas Edit Dec 2017panduputeri.org.my/storage/branch/1/files/1561694293-dpu tunas.pdf · Contoh : Pasukan Pandu Puteri Tunas ke-29 Daerah Kinta Utara, SK Convent , Ipoh,

12

LAMPIRAN

Page 14: DPU PP Tunas Edit Dec 2017panduputeri.org.my/storage/branch/1/files/1561694293-dpu tunas.pdf · Contoh : Pasukan Pandu Puteri Tunas ke-29 Daerah Kinta Utara, SK Convent , Ipoh,

13

LAMPIRAN 1

SIANTAN MELUR

KENANGA TERATAI

KESIDANG CEMPAKA

Page 15: DPU PP Tunas Edit Dec 2017panduputeri.org.my/storage/branch/1/files/1561694293-dpu tunas.pdf · Contoh : Pasukan Pandu Puteri Tunas ke-29 Daerah Kinta Utara, SK Convent , Ipoh,

14

Lampiran 2 PAKAIAN RASMI PANDU PUTERI TUNAS

Page 16: DPU PP Tunas Edit Dec 2017panduputeri.org.my/storage/branch/1/files/1561694293-dpu tunas.pdf · Contoh : Pasukan Pandu Puteri Tunas ke-29 Daerah Kinta Utara, SK Convent , Ipoh,

15

LENCANA PERLANTIKAN

FLASHES BAHU

Page 17: DPU PP Tunas Edit Dec 2017panduputeri.org.my/storage/branch/1/files/1561694293-dpu tunas.pdf · Contoh : Pasukan Pandu Puteri Tunas ke-29 Daerah Kinta Utara, SK Convent , Ipoh,

16

KEDUDUKAN LENCANA-LENCANA ATAS SELENDANG

Page 18: DPU PP Tunas Edit Dec 2017panduputeri.org.my/storage/branch/1/files/1561694293-dpu tunas.pdf · Contoh : Pasukan Pandu Puteri Tunas ke-29 Daerah Kinta Utara, SK Convent , Ipoh,

17