pandangan masyarakat sekitar balakong terhadap …conference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/ic...

9
Proceeding of the 4 th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017) e-ISBN: 978-967-2122-15-9 232 Pandangan Masyarakat Sekitar Balakong Terhadap Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) Nur Syaheera Atan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor, Malaysia. [email protected] Mohammad Azmi Ijmal Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor, Malaysia. [email protected] Noraznida Husin Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor, Malaysia. [email protected] ABSTRAK Objektif penulisan ini bertujuan untuk menganalisis pandangan masyarakat sekitar Balakong, Selangor terhadap pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) atau lebih dikenali sebagai ‘Goods and Services Tax’ (GST). Melalui kajian lapangan dengan sampel sebanyak 300 orang responden yang dipilih secara rawak oleh pengkaji, ianya terbatas terhadap masyarakat yang menetap di kawasan sekitar Balakong sahaja. Kajian ini menggariskan dua objektif utama iaitu pertama, mengkaji hubungan di antara tahap kefahaman dengan pandangan masyarakat sekitar Balakong terhadap pelaksanaan GST dan objektif kedua bertujuan mengkaji hubungan di antara tahap penerimaan dengan pandangan masyarakat sekitar Balakong terhadap pelaksanaan GST. Instrumen kajian yang digunakan pengkaji pula adalah set borang soal selidik yang terbahagi kepada empat (4) bahagian iaitu bahagian A yang melibatkan latar belakang responden, bahagian B mengenai tahap kefahaman responden terhadap pelaksanaan GST, bahagian C yang melibatkan tahap penerimaan responden terhadap pelaksanaan GST dan bahagian D mengenai pandangan responden terhadap pelaksanaan GST. Data yang diperolehi oleh pengkaji dianalisis dengan menggunakan perisian IBM SPSS Statistik. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kefahaman responden mempengaruhi pandangan mereka terhadap pelaksanaan GST tetapi sangat rendah. Walaubagaimanapun, tahap penerimaan responden mempengaruhi pandangan mereka terhadap pelaksanaan GST. Di penghujung kajian, pengkaji telah menyediakan saranan tentang kajian lanjutan berkenaan GST bagi mendapatkan hasil kajian yang lebih menyeluruh daripada masyarakat yang berbeza status sosioekonomi. Kata Kunci : Tahap Kefahaman, Tahap Penerimaan, Pelaksanaan, Pandangan, GST

Upload: hanhi

Post on 06-Feb-2018

227 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pandangan Masyarakat Sekitar Balakong Terhadap …conference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 021.pdf · satu inisiatif kerajaan bagi mengatasi kelemahan yang terdapat di dalam

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

e-ISBN: 978-967-2122-15-9

232

Pandangan Masyarakat Sekitar Balakong Terhadap Pelaksanaan Cukai

Barang dan Perkhidmatan (GST)

Nur Syaheera Atan

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor,

Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor, Malaysia.

[email protected]

Mohammad Azmi Ijmal

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor,

Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor, Malaysia.

[email protected]

Noraznida Husin

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor,

Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor, Malaysia.

[email protected]

ABSTRAK

Objektif penulisan ini bertujuan untuk menganalisis pandangan masyarakat sekitar Balakong, Selangor

terhadap pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) atau lebih dikenali sebagai ‘Goods and

Services Tax’ (GST). Melalui kajian lapangan dengan sampel sebanyak 300 orang responden yang dipilih

secara rawak oleh pengkaji, ianya terbatas terhadap masyarakat yang menetap di kawasan sekitar

Balakong sahaja. Kajian ini menggariskan dua objektif utama iaitu pertama, mengkaji hubungan di antara

tahap kefahaman dengan pandangan masyarakat sekitar Balakong terhadap pelaksanaan GST dan objektif

kedua bertujuan mengkaji hubungan di antara tahap penerimaan dengan pandangan masyarakat sekitar

Balakong terhadap pelaksanaan GST. Instrumen kajian yang digunakan pengkaji pula adalah set borang

soal selidik yang terbahagi kepada empat (4) bahagian iaitu bahagian A yang melibatkan latar belakang

responden, bahagian B mengenai tahap kefahaman responden terhadap pelaksanaan GST, bahagian C

yang melibatkan tahap penerimaan responden terhadap pelaksanaan GST dan bahagian D mengenai

pandangan responden terhadap pelaksanaan GST. Data yang diperolehi oleh pengkaji dianalisis dengan

menggunakan perisian IBM SPSS Statistik. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kefahaman responden

mempengaruhi pandangan mereka terhadap pelaksanaan GST tetapi sangat rendah. Walaubagaimanapun,

tahap penerimaan responden mempengaruhi pandangan mereka terhadap pelaksanaan GST. Di

penghujung kajian, pengkaji telah menyediakan saranan tentang kajian lanjutan berkenaan GST bagi

mendapatkan hasil kajian yang lebih menyeluruh daripada masyarakat yang berbeza status sosioekonomi.

Kata Kunci : Tahap Kefahaman, Tahap Penerimaan, Pelaksanaan, Pandangan, GST

Page 2: Pandangan Masyarakat Sekitar Balakong Terhadap …conference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 021.pdf · satu inisiatif kerajaan bagi mengatasi kelemahan yang terdapat di dalam

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

e-ISBN: 978-967-2122-15-9

233

ABSTRACT

This paper aims to identify the perspectives of the society in Balakong, Selangor towards the

implementation of the Goods and Services Tax as known as GST. There were 300 respondents randomly

selected by the researcher. However, it is limited to the people who live in Balakong only. This research is

divided into two objectives which the first objective is to identify the relationship between level of

understanding with view of the people who live in Balakong towards GST. The second objective is to

identify the relationship between public acceptances with the view of the people who live in Balakong

towards GST in Malaysia. The instrument used by researches are set of questionnaires which were

divided into four parts, where part A, involves the repondents’ background, part B is the level of

understanding of respondents, part C, involves the level of acceptance and part D is about respondents’

views on the implementation of GST. Data obtained by the researches were analyzed using IBM SPSS

Statistics. The results show that the respondents’ views on the implementation of GST affected by the level

of understanding but it were too small. However, the level of acceptance of the respondents influences

their views on the implementation of GST. At the end of this study, researches have provided some

recommendations about further research on GST to get more comprehensive results from different

socioeconomic status in society.

Keywords: Level of Understanding, Level of Acceptance, Implementation, Perspective, GST

PENGENALAN Pihak kerajaan sentiasa berusaha membaik pulih sistem kewangan negara dengan merapatkan jurang

pendapatan serta menjadikan ekonomi negara Malaysia lebih mampan. Satu perubahan besar telah

dilakukan oleh pihak kerajaan dengan menggantikan sistem percukaian lama iaitu Cukai Jualan dan

Perkhidmatan atau lebih dikenali sebagai ‘Sales and Services Tax’ (SST) dengan sistem percukaian yang

baru iaitu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) atau yang lebih dikenali oleh masyarakat sebagai

GST. Sistem percukaian baru ini telah dilaksanakan pada 1 April 2015. Namun, begitu banyak pihak yang

mempertikaikan keperluan pelaksanaan GST dan kerajaan mendapat tentangan daripada masyarakat yang

tidak memahami keperluan dan kaedah GST ini dilaksanakan pada awal pelaksanaannya. Malaysia adalah

sebahagian daripada 160 negara di dunia dan sebahagian daripada 8 buah negara ASEAN yang memilih

untuk melaksanakan GST sebagai sistem pelaksanaan cukai di negara mereka. Malaysia juga dilihat

sebagai antara negara yang mengenakan kadar GST yang terendah di dalam kalangan negara-negara

ASEAN apabila hanya mengenakan kadar sebanyak 6% berbanding negara-negara ASEAN lain yang

mengenakan kadar peratusan yang lebih tinggi iaitu pada kadar 7% hingga 10%.

GST merupakan langkah penyusunan semula oleh pihak kerajaan terhadap sistem percukaian negara.

Perubahan ketara berlaku apabila kerajaan memperluas skop cukai dengan mengenakan cukai terhadap

beberapa barangan yang tidak dikenakan cukai SST sebelum ini. Namun, malalui akhbar Berita Harian

(2014) kerajaan telah mengambil langkah untuk menghapuskan elemen cukai berganda yang ada dalam

SST sebelum ini. Pengguna dilihat berbelanja dengan membayar harga yang lebih berpatutan setelah

Page 3: Pandangan Masyarakat Sekitar Balakong Terhadap …conference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 021.pdf · satu inisiatif kerajaan bagi mengatasi kelemahan yang terdapat di dalam

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

e-ISBN: 978-967-2122-15-9

234

pelaksanaan GST berbanding sewaktu pelaksanaan SST dahulu. Malaysia yang agak lewat melaksanakan

GST berpeluang untuk meniru model GST yang telah dilaksanakan di negara-negara lain. Namun jika

diteliti, Malaysia telah mengubahsuai sistem GST ini menjadi sebuah sistem percukaian GST yang

berlainan berbanding di beberapa negara lain dengan mengadakan pengecualian dan pelepasan terhadap

beberapa barangan dan perkhidmatan.

Pelaksanaan GST dilihat sebagai satu langkah yang tepat berikutan ketidaktentuan ekonomi dunia.

Menurut Dr Zakaria Abdul Rashid, Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia melalui

akhbar Utusan (2013), Malaysia akan berada di dalam zon kritikal seandainya tidak melaksanakan GST.

Masyarakat yang dilihat tidak memahami dan keliru dengan corak pelaksanaaan sistem percukaian baru

ini menunjukkan reaksi yang kurang senang berikutan perluasan skop cukai dalam pelaksanaan GST ini.

Dalam kajian yang dijalankan oleh Hussin, Aeefi dan Normala (2013) bagi melihat kesediaan masyarakat

terhadap pelaksanaan GST, 22.8% daripada responden menyatakan bahawa mereka sangat tidak setuju.

Manakala 13.9% lagi menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju, 32.7% kurang pasti, 25.7% setuju

dengan penyataan tersebut, dan hanya 5.0% responden sahaja sangat setuju. Ini menunjukkan bahawa

majoriti masyarakat pada awalnya tidak setuju dengan pelaksanaan GST. Namun begitu, melalui kajian

lepas yang telah dijalankan oleh Bhupalan dan Renuka (2011) dalam usaha untuk merealisasikan

pelaksanaan GST ini, kerajaan begitu bersungguh-sungguh dalam menghapuskan persepsi negatif yang

dilemparkan oleh pelbagai pihak.

Kadar cukai GST terdiri daripada tiga kategori iaitu GST berkadar seragam, GST berkadar sifar dan GST

berkadar pengecualian. Semua barangan dan perkhidmatan yang berada dalam kategori GST berkadar seragam

akan dikenakan kadar cukai GST sebanyak 6%. Cukai GST akan dikenakan ke atas penggunaan barangan dan

perkhidmatan pada setiap peringkat rangkaian bekalan. Pengguna akhir perlulah menanggung seluruh bebanan

cukai. Contoh barangan dalam kategori ini adalah seperti baju, kereta, dan buah-buahan. Bagi barangan

dan perkhidmatan yang berkadar sifar, peniaga dibenarkan menuntut kembali GST yang dikenakan ke

atas input perniagaan. GST tidak akan dikenakan terhadap pengguna akhir. Contoh barangan dalam

kategori ini ialah makanan asas seperti daging, ikan dan minyak masak. Manakala bagi barangan dan

perkhidmatan yang dikecualikan daripada GST, peniaga tidak dibenarkan menuntut kembali GST yang

dibayar ke atas input perniagaan walaupun mereka mungkin dikenakan dengan GST ketika pembelian

input. Ini bermaksud GST tidak akan dikenakan terhadap pengguna akhir. Contoh barangan dan

perkhidmatan dalam kategori ini ialah perkhidmatan kesihatan dan juga pengecualian GST terhadap

bahan bacaan seperti mana yang baru diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia dalam Pembentangan

Bajet 2018 baru-baru ini.

PENYATAAN MASALAH Walaupun umum mengetahui GST mampu menjadi penyelamat kepada ekonomi negara, segelintir

masyarakat masih beranggapan GST membebankan lagi rakyat Malaysia. Kebanyakan masyarakat yang

berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi dan juga harga barang yang semakin menaik terpaksa

bergelut dalam dilemma demi meneruskan kehidupan yang semakin mencabar. Pada hakikatnya, GST

dilihat lebih mendatangkan masalah kepada rakyat malah di peringkat bawah, kebanyakannya mengeluh.

Lebih terjejas, golongan peniaga yang segelintirnya terpaksa gulung tikar berikutan terpaksa menanggung

kos pembayaran GST yang tidak setimpal dengan keuntungan yang mereka peroleh. Sebilangan

masyarakat masih mengharapkan kerajaan kembali membuat penilaian samada menghapuskan GST atau

mengurangkan kadar kutipan cukai yang dikenakan terhadap mereka, bukan sekadar membandingkan

Page 4: Pandangan Masyarakat Sekitar Balakong Terhadap …conference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 021.pdf · satu inisiatif kerajaan bagi mengatasi kelemahan yang terdapat di dalam

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

e-ISBN: 978-967-2122-15-9

235

kadar cukai yang dikenakan dengan negara lain. Menurut Zaharanum (2015), sekiranya kerajaan ingin

membandingkan pelaksanaan GST antara pelbagai negara, kerajaan perlu meneliti lebih mendalam bukan

sekadar membandingkan kadar cukai yang dikenakan.

Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan termasuklah memberi penerangan melalui iklan, akhbar

dan sebagainya, namun pengaruhnya kepada masyarakat terhadap pelaksanaan GST ini amat kurang jelas

berikutan kurangnya kajian dalam mengambil pandangan daripada rakyat Malaysia. Menurut Ahmad

Zubir dan Nor Azura (2015), kempen GST yang disiarkan akan meninggalkan kesan kepada khalayak,

namun pengaruh dan kesannya kepada pengguna masih belum dinilai secara ilmiah. Justeru, masyarakat

sekitar Balakong yang berstatus sosioekonomi sederhana ini menjadi sasaran pengkaji merungkai objektif

kajian seperti berikut:

a) Mengkaji hubungan di antara tahap kefahaman dengan pandangan masyarakat sekitar Balakong

terhadap pelaksanaan GST.

b) Mengkaji hubungan di antara tahap penerimaan dengan pandangan masyarakat sekitar Balakong

terhadap pelaksanaan GST.

KAJIAN LITERATUR Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) atau yang lebih dikenali sebagai ‘Goods and Services Tax’

(GST) dalam kalangan masyarakat adalah sebuah sistem percukaian yang baharu yang diperkenalkan oleh

kerajaan Malaysia bagi menggantikan sistem percukaian lama yang dikenali sebagai Cukai Jualan dan

Perkhidmatan (SST).Pembentangan Bajet 2014 pada 25 Oktober 2013 telah mengumumkan pemansuhan

cukai jualan dan perkhidmatan dan akan diganti dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau 'Goods

and Service Tax' (GST) yang seterusnya mula dilaksanakan pada 1 April 2015.

Menurut Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak, melalui pelaksanaan GST ini,

kerajaan dapat memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam sistem percukaian sedia ada seperti cukai

dua kali ganda ke atas pengguna dan ketiadaan pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barangan yang

dieksport dan isu-isu harga pindahan. Kelemahan-kelemahan sedia ada tersebut menyebabkan kerugian

kepada kedua-dua pihak iaitu pengguna dan kerajaan (Nasir Yusoff, 2014). Maka dengan itu GST adalah

satu inisiatif kerajaan bagi mengatasi kelemahan yang terdapat di dalam sistem percukaian SST sebelum

ini. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kos pentadbiran dan kos pematuhan GST yang dikenakan

oleh pihak berkuasa yang perlu dipertimbangkan oleh pengguna. Rakyat Malaysia masih memerlukan

penerangan yang lebih mendalam dan berterusan berkaitan pelaksanaan GST berikutan perspektif negatif

masyarakat terhadap pelaksanaannya. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Institut Penyelidikan

Pembangunan Belia Malaysia (2016), seramai 80.3% belia bersedia terhadap pelaksanaan GST sekiranya

pihak kerajaan membuat penerangan yang secukupnya sebelum melaksanakannya, berbanding hanya

2.9% yang tidak bersedia dan 16.8% kurang pasti. GST bukanlah satu cukai yang baru, sehingga kini

terdapat sejumlah 146 buah negara telah mengaplikasikan sistem GST ini. Diperkenalkan di negara

Perancis sekitar tahun 1954, ianya diguna luas seluruh pelusuk dunia. Malah Malaysia merupakan

antara negara terakhir ASEAN yang memperkenal dan melaksanakan GST. Manakala di negara-negara

ASEAN, hanya Brunei dan Myanmar yang masih belum mengadaptasikan sistem percukaian GST ini. Di

sesetengah negara, GST turut dikenali sebagai Value Added Tax (VAT). Antara negara-negara Asia yang

telah mengguna pakai sistem ini dan kadarnya masing-masing adalah China 17 peratus, Indonesia 10

peratus, Thailand 7 peratus, Singapura 17 peratus dan Filipina 12 peratus. Kastam Diraja Malaysia

Page 5: Pandangan Masyarakat Sekitar Balakong Terhadap …conference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 021.pdf · satu inisiatif kerajaan bagi mengatasi kelemahan yang terdapat di dalam

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

e-ISBN: 978-967-2122-15-9

236

dijangka akan mentadbir GST bagi pihak kerajaan. Walau bagaimanapun, kerajaan dijangka akan

mengumumkan paras had (threshold amount) iaitu organisasi perniagaan yang jualannya tidak

mencecah had tersebut tidak perlu untuk berdaftar dan mengenakan GST ke atas pelanggannya

(Utusan Malaysia, 2009).

Selain itu, menurut kajian yang dilakukan oleh Singh (2007), terdapat beberapa kebaikan pelaksanaan

sistem GST ini yang boleh dipertimbangkan mengapa GST perlu dan patut untuk dilaksanakan di

Malaysia. Salah satu dari kebaikan mengapa GST perlu dilaksanakan adalah kerana melalui kaedah ini

negara akan mewujudkan sistem cukai baru yang lebih stabil dan cekap, dimana keadaan ini akan

menyumbang ke arah kedudukan ekonomi yang lebih baik dan stabil. Melalui sistem ini, Malaysia

mampu mengurangkan defisit kewangan negara, terutamanya setelah jangkaan yang dilakukan oleh

kerajaan terhadap pengurangan hasil petroleum dalam masa beberapa tahun dari sekarang. Terbaru,

melalui Pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober 2017, Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib

Abdul Razak telah mengumumkan bahawa pelaksanaan GST telah menjadi penyelamat ekonomi negara.

Kutipan GST sebanyak RM41 bilion membolehkan kerajaan menampung banyak perbelanjaan yang

diperlukan untuk kepentingan rakyat.

Menurut Singh (2007) lagi, selain itu kebaikan pelaksanaan GST juga dapat dilihat daripada segi

pelaksanaan sistem percukaian tersebut di mana sistem GST ini beroperasi menggunakan mekanisma

penilaian kendiri dan koleksi yang menurut pandangan kerajaan ini merupakan suatu sistem yang mapan.

Tambahan lagi sistem ini membantu mereka yang terlibat dengan sistem cukai ini melaporkan maklumat

GST mereka dengan lebih tepat. Ini bagi memastikan bahawa para peniaga boleh menuntut semula kredit-

kredit input mereka. Oleh itu, pematuhan keatas GST bergantung kepada faedah yang akan diterima

pembayar cukai, bukan sekadar dikawal oleh penalti-penalti terhalang sahaja.

Mengulang pendapat daripada kajian yang dilakukan oleh Wan Suhaimie Saidie (2013), pelaksanaan

GST perlu disegerakan oleh kerajaan bagi memastikan Malaysia terus berdaya saing dalam menarik

pelaburan serta mengekalkan kemampanan selain mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi. Di

Australia pendapatan per kapita rakyatnya telah meningkat lebih tiga kali ganda kepada AS$67,000

berbanding hanya kira-kira AS$20,000 semasa memulakan GST pada 2000. Manakala

pendapatan per kapita di Singapura pula, telah melonjak kepada AS$51,000 sekarang daripada

AS$18,000 semasa mula melaksanakan cukai itu. Menerusi GST, rakyat akan memperoleh manfaat dalam

bentuk nilai wang serta peningkatan taraf hidup yang lebih selesa melalui pelbagai bentuk pembangunan

yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan seperti penyediaan infrastruktur kemasyarakatan yang lengkap

(Berita Harian, 2014).

GST juga turut mempunyai kelemahan serta memberi impak negatif melalui pelaksanaannya. Antara

kelemahan yang sering menjadi bualan ramai tentang kelemahan pelaksanaan GST ini adalah kadar

peratusannya yang akan meningkat dari semasa ke semasa. Sebagai contoh, Singapura salah satu negara

yang telah melaksanakan GST dan kadar GST negara tersebut juga meningkat dari tahun ke tahun, 3%

pada tahun 1994, 4% pada tahun 2003, dan 7% pada tahun 2007. Manakala bagi New Zealand, kadar GST

pada peringkat pengenalan adalah sebanyak 10% pada tahun 1986 kadar ini meningkat lebih tinggi

kepada 15% pada tahun semasa (Business and Economics, 2011).

Page 6: Pandangan Masyarakat Sekitar Balakong Terhadap …conference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 021.pdf · satu inisiatif kerajaan bagi mengatasi kelemahan yang terdapat di dalam

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

e-ISBN: 978-967-2122-15-9

237

Selain itu, menurut kajian yang dilakukan oleh Mohd Rizal & Mohd Adha (2011: 5) dalam kajiannya

menyatakan, di Australia satu kajian oleh University of Queensland, Australia, mendapati bahawa GST

mempunyai kesan yang ketara dengan inflasi di negara itu secara keseluruhannya menunjukkan

peningkatan purata sebanyak 2.6 %. Melalui hasil kajian mereka ini, jelas menunjukkan bahawa

pelaksanaan GST akan memberi impak kepada kadar inflasi sesebuah negara.

Tambahan pula, GST dianggap sebagai sistem percukaian yang tidak mesra rakyat berikutan GST yang

dikenakan kepada semua peringkat perniagaan seperti pemborong, pengilang dan peruncit. Malah

pengguna turut dikenakan GST tanpa mengira latar belakang dan pendapatan. Perkara ini disokong oleh

kajian yang dilakukan oleh Zaharahanum binti Kamarudin (2015) apabila beliau membuat perbandingan

diantara sistem pelaksanaan GST di Malaysia dengan Indonesia. Sistem GST di Indonesia lebih mesra

pengguna apabila kadar cukai tersebut hanya dikenakan terhadap peniaga di sektor barangan dan

perkhidmatan.

Persepsi masyarakat terhadap implikasi daripada pelaksanaan GST di Malaysia akan mempengaruhi

pandangan dan penerimaan mereka. Persepsi positif daripada masyarakat akan memberi pandangan positif

terhadap pelaksanaan GST, manakala persepsi yang negatif akan membawa pandangan yang sebaliknya.

Menurut Hussin Abdullah, Aeefi Alghazali Mohd Idrus dan Normala Mehat (2013), kajian mereka

mendapati bahawa 53% pengguna merasakan GST tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia, manakala

hampir 70% tidak bersedia dan tidak pasti dalam membayar GST.

METODOLOGI KAJIAN Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang melibatkan sampel kajian seramai 300 orang

responden dalam kalangan masyarakat sekitar Balakong, Selangor. Borang soal selidik diedarkan secara

rawak kepada responden oleh pengkaji untuk mendapatkan maklum balas daripada responden. Data yang

diterima oleh pengkaji dianalisis dengan menggunakan perisian IBM SPSS Statistik. Kaedah analisis yang

digunakan adalah Korelasi Pearson bagi mengenalpasti hubungan tahap kefahaman dan tahap penerimaan

terhadap pandangan masyarakat Balakong terhadap pelaksanaan GST. Kaedah ini digunapakai bagi

mengukur hubungan linear di antara pembolehubah tidak bersandar dan pembolehubah bersandar.

DAPATAN KAJIAN Dapatan kajian diperoleh setelah data dianalisis menggunakan Korelasi Pearson bagi mencari hubungan

diantara faktor tahap kefahaman dan penerimaan kepada pandangan masyarakat sekitar Balakong

terhadap pelaksanaan GST. Jadual 1 : Korelasi Pembolehubah Tidak Bersandar dan Pembolehubah Bersandar

Correlations

Pandangan Kefahaman Penerimaan

Pandangan Pearson Correlation

1 .142* .759

**

Sig. (2-tailed) .014 .000

N 300 300 300

Page 7: Pandangan Masyarakat Sekitar Balakong Terhadap …conference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 021.pdf · satu inisiatif kerajaan bagi mengatasi kelemahan yang terdapat di dalam

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

e-ISBN: 978-967-2122-15-9

238

Kefahaman Pearson Correlation

.142* 1 .188

**

Sig. (2-tailed) .014 .001

N 300 300 300

Penerimaan Pearson Correlation

.759**

.188**

1

Sig. (2-tailed) .000 .001

N 300 300 300

*. Correlation is significant at the 0.05 level (2-tailed).

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Berdasarkan hasil analisa kajian korelasi bagi pembolehubah tidak bersandar yang pertama iaitu tahap

kefahaman, pengkaji mendapati bahawa nilai korelasi dalam kajian ini berada pada tahap yang sangat

rendah iaitu 0.142, manakala nilai signifikan bagi pembolehubahubah ini berada pada tahap 0.014. Ini

menunjukkan bahawa pembolehubah tidak bersandar bagi tahap kefahaman mempunyai hubungan yang

positif namun sangat rendah dengan pandangan terhadap pelaksanaan GST (r = 0.142, 0.014 < 0.05).

Walaupun responden memahami GST secara umum, namun pandangan mereka terhadap pelaksanaan

GST masih rendah atau negatif. Kebanyakan masyarakat hanya mengetahui kadar cukai yang dikenakan

daripada GST. Mereka dilihat tidak yakin bahawa pelaksanaan GST ini akan menyumbang kepada

pendapatan negara. Ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat mempunyai persepsi negatif terhadap

pelaksanan sistem percukaian yang baharu ini walaupun majoriti daripada mereka mengetahui tentang

pengecualian GST terhadap barangan asas, pengangkutan awam, pendidikan, kesihatan, tol, rumah

kediaman dan perkhidmatan kewangan.

Masyarakat juga tidak pasti dan tidak mengetahui bahawa pelaksanaan GST adalah langkah penstrukturan

semula oleh kerajaan dalam sistem percukaian negara. Menerusi dapatan kajian, lebih mengejutkan

apabila lebih 50 peratus daripada responden tidak pasti dan tidak tahu tentang pelaksanaan sistem cukai

SST serta kadar cukai yang dikenakan ketika pelaksanaannya sebelum ini. Jelas bahawa kebanyakan

daripada masyarakat tidak menyedari beberapa pembelian mereka sebelum ini dikenakan Cukai Jualan

dan Perkhidmatan. Malah, lebih 70 peratus daripada mereka tidak pasti dan tidak menyedari tentang

kewujudan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi

mengawal harga dan menjaga hak pengguna. Ini menunjukkan bahawa kurangnya sebaran daripada

kerajaan dan kurangnya kepekaan masyakarat tentang akta ini. Tahap pengetahuan dan kefahaman yang

rendah secara tidak langsung memberi perspektif negatif masyarakat terhadap pelaksanaan sistem cukai

yang baru diperkenalkan ini. Penyataan ini disokong oleh kajian yang dibuat oleh Institut Penyelidikan

Pembangunan Belia Malaysia (2016) apabila dalam kajian mereka mendapati bahawa seramai 80.3%

belia bersedia terhadap pelaksanaan GST sekiranya pihak kerajaan membuat penerangan yang

secukupnya sebelum melaksanakannya, berbanding hanya 2.9% yang tidak bersedia dan 16.8% kurang

pasti.

Bagi analisa daripada kajian korelasi pembolehubah tidak bersandar penerimaan pula, pengkaji mendapati

bahawa nilai korelasi dalam kajian ini berada pada tahap yang tinggi, iaitu pada tahap 0.759 dan nilai

signifikan pada tahap 0.000. Ini menunjukkan bahawa pembolehubah tidak bersandar bagi tahap

Page 8: Pandangan Masyarakat Sekitar Balakong Terhadap …conference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 021.pdf · satu inisiatif kerajaan bagi mengatasi kelemahan yang terdapat di dalam

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

e-ISBN: 978-967-2122-15-9

239

penerimaan mempunyai hubungan positif yang tinggi dengan pandangan terhadap pelaksanaan GST (r =

0.759, 0.000 < 0.05). Ini adalah disebabkan kebanyakan daripada responden mempunyai tahap

penerimaan yang rendah dan mempunyai pandangan yang rendah atau negatif terhadap pelaksanaan GST.

Dapatan kajian ini menunjukkan hanya segelintir responden berpendapat bahawa GST sesuai

dilaksanakan di Malaysia selain separuh daripada responden tidak pasti dan tidak bersedia untuk patuh

terhadap undang-undang GST. Dapatan kajian ini disokong oleh Mohd Hamdan Adnan (2014) apabila

kajian yang dibuat olehnya menunjukkan sebanyak 86.1% responden tidak menerima pelaksanaan GST,

malah hanya 13.7% responden sahaja yang menyokong pelaksanaan GST. Walaupun kerajaan telah

memberi pengecualian terhadap barangan asas, namun kebanyakan daripada masyarakat merasakan itu

belum cukup selain mereka berpendapat bahawa GST memberi impak yang besar terhadap perbelanjaan

dan kehidupan. Persepsi negatif terus ditonjolkan apabila tidak sampai 15 peratus daripada mereka

merasakan GST memberi impak yang positif terhadap ekonomi negara. Sebagai tambahan daripada

persepsi itu, majoriti daripada masyarakat lebih gemar andai pelaksanaan GST bersifat sementara dan

tidak bersifat jangka panjang. Daripada penjelasan ini, jelas menunjukkan bahawa masyarakat tidak

menerima pelaksanaan GST ini dengan baik seterusnya memberi perspektif negatif terhadap

pelaksanaannya.

Jadual 2 : Nilai Korelasi

Pandangan Masyarakat Sekitar

Balakong Terhadap Pelaksanaan GST

Nilai Korelasi Nilai Signifikan

Tahap

Kefahaman 0.142 0.014 Sangat Rendah

Penerimaan 0.759 0.000 Tinggi

Walaupun sistem percukaian GST ini dilihat lebih tersusun dan jelas, namun kebanyakan masyarakat

tidak berasakan bahawa GST merupakan mekanisma percukaian yang telus dan adil. Pandangan ini

mungkin disebabkan daripada sistem GST yang mengenakan cukai terhadap semua golongan pengguna

tanpa mengira latar belakang dan pendapatan selain berpendapat bahawa GST bukan sistem percukaian

terbaik buat negara. Pelaksanaan GST merupakan kaedah yang efektif kepada negara bagi meningkatkan

pertumbuhan ekonomi. Akan tetapi, kaedah ini adalah cara yang sukar bagi meraih sokongan rakyat

kepada hasrat yang ingin dicapai. Bukan sesuatu yang mengejutkan apabila begitu sedikit masyarakat

yang menyokong pelaksanaan cukai ini diteruskan. Meskipun banyak manfaat yang diperoleh daripada

GST, masih wujud tanggapan negatif masyarakat tentang GST yang dikatakan hanya meningkatkan harga

barangan termasuk harga barang kawalan walhal telah dinyatakan dengan jelas dan terdapat jaminan

kerajaan bahawa lebih daripada 40 barang keperluan asas dikecualikan daripada GST dan tidak akan

mengalami perubahan harga. Jika kerajaan gagal memberi kefahaman yang jelas kepada masyarakat,

maka ramai yang tidak yakin, merasa terbeban dan menuntut agar kerajaan memansuhkan GST apabila

tidak dapat menerima pelaksanaannya.

KESIMPULAN Kesimpulan kajian ini secara keseluruhannya adalah responden di kawasan sekitar Balakong memahami

sistem pelaksanaan GST hanya secara umum sahaja namun amat kurang mempengaruhi pandangan

mereka terhadap pelaksanaan GST. Selain itu, tahap penerimaan yang rendah amat mempengaruhi

Page 9: Pandangan Masyarakat Sekitar Balakong Terhadap …conference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 021.pdf · satu inisiatif kerajaan bagi mengatasi kelemahan yang terdapat di dalam

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

e-ISBN: 978-967-2122-15-9

240

pandangan negatif responden terhadap pelaksanaan GST. Walaupun secara dasarnya sistem pelaksanaan

GST adalah lebih baik berbanding sistem pelaksanaan SST seperti yang dinyatakan oleh Abdul Aziz

Awang (2010) bahawa pelaksanaan GST mampu meningkatkan pendapatan negara serta membantu

negara lebih membangun, namun hakikatnya penerimaan dan pandangan negatif masyarakat terhadap

pelaksanaan GST ini menutup kesan positif yang mampu diperolehi melalui pelaksanaan sistem cukai

tersebut. Ini merupakan tanggungjawab pihak kerajaan dalam memberi informasi berterusan kepada

masyarakat tentang sistem pelaksanaan GST ini yang sebenar, selain masyarakat itu sendiri perlu

mengambil langkah ingin tahu terhadap isu semasa. Malah kerajaan juga bertanggungjawab dalam

mengubah pandangan negatif masyarakat terhadap pelaksanaan GST ini agar tahap kefahaman

masyarakat terus meningkat serta perspektif dan pandangan masyarakat terhadap pelaksanaan GST akan

lebih positif pada masa akan datang. Disarankan kepada pengkaji pada masa akan datang menggunakan

teori yang sama seperti kajian ini tetapi di kawasan yang mempunyai tahap sosioekonomi berlainan bagi

mendapat dapatan yang lebih menyeluruh.

Rujukan: Abdul A.A. (2010) Pelaksanaan Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST).

Ahmad, Z., & Nor,A. (2015) Kempen Pengiklanan GST Kepada Pengguna.

Bhupalan & Renuka (2011) Here or gone. Malaysian Business.

GST Penyelamat Ekonomi Malaysia. (2017, October, 27). Utusan Online. Diperoleh pada 30 Oktober

2017, daripada : https://www.utusan.com.my/berita/nasional/gst-penyelamat-ekonomi-malaysia-

1.543840.

GST Sistem Cukai Telus (2015, March, 25) Utusan Online.

GST Elak Cukai Berganda (2014, March, 29) Berita Harian.

Hussin Abdullah, Aeefi Mohd Idrus & Normala Mehat (2013) Kefahaman Dan Kesediaan Pengguna

Terhadap Pelaksanaan Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST): Satu Tinjauan Awal. Kolej

Perniagaan, Universiti Utara Malaysia.

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia. (2016). Diperoleh pada 31 Oktober 2017, daripada ; https://www.iyres.gov.my/jdownloads/Infografik%20penyelidikan/kajian%20reaksi%20dan%20p

andangan%20belia%20terhadap%20pelaksanaan%20gst.pdf.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (2013) Mengapa CPB. Diperolehi pada 27 Disember 2016, daripada ;

http://gst.customs.gov.my/ms/gst/Pages/gst_wy.aspx.

Mohd,H.A. (2014) Sambutan Pengguna Sabah Terhadap Pelaksanaan Goods And Services Tax (GST)

Dan Tanggapan Terhadap Kesan Kos Kehidupan.

Mohd,R., & Mohd,A. (2011) The Impact of Goods and Service Tax (GST) on Middle Income Earners in

Malaysia.

Nasir Yusoff (2014) Buku panduan : Pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan Vermillion Network.

Pelaksanaan GST Perlu Disegera (2013, Oktober, 08) Berita Harian.

Pelaksanaan GST Mampu Tingkat Ekonomi Negara (2014, Julai, 10) Berita Harian.

Rasional Pelaksanaan GST. (2014, March, 10). Berita Harian.

Rizal Palil & Adha Ibrahim (2011) The impact of Goods and Services Tax (GST) on Middle Income

Earnes in Malaysia. International Business Research Conference (pp. 14-15).

Singh, V. (2007) The truth about GST. Malaysian Business.

Wan,S.S. (2013), Economist Urge Govt to Speed Up GST. (2013,Oct,8) The Star.

Zaharanum,K. (2015) Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (CPB) : Perbandingan Antara Malaysia Dan

Indonesia.