pancaran isu ke 21

16
>> MS 04 PANCARAN SINAR INFORMASI TEAMNORTHPORT EDARAN DALAMAN SAHAJA www.northport.com.my ISU 21 ANUGERAH CEO 2014 >> MS 06 MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI TEAMNORTHPORT >> MS 08-09 PNB Group Quality Initiatives >> MS 05 ISU 21 / DISEMBER 2015

Upload: phamdieu

Post on 20-Dec-2016

239 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pancaran Isu ke 21

>> MS 04

PANCARANS I N A R I N F O R M A S I T E A M N O R T H P O R T

EDARAN DALAMAN SAHAJA

w w w . n o r t h p o r t . c o m . m y

ISU 2

1

ANUGERAH CEO 2014>> MS 06 MAJLIS SAMBUTAN

AIDILFITRI TEAMNORTHPORT>> MS 08-09

PNB Group Quality Initiatives>> MS 05

ISU 21 / DISEMBER 2015

Page 2: Pancaran Isu ke 21

NUKILAN BICARA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera TeamNorthport ,Bertemu kita kembali di edisi pancaran ke tiga bagi tahun 2015. Setelah kita beroleh kejayaan dalam menggandakan ibadah dan menghadapi dugaan di dalam bulan Ramadhan, Sambutan Hari Raya Aidil Fitri diraikan sebagai tanda kemenangan.

Di susuli pula dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 58 dengan tema #sehatisejiwa, kita harus melihat kembali perjalanan Northport bagi membuat satu penanda aras di manakah kita dan adakah sasaran kita bagi tahun 2015 akan menjadi kenyataan.

Berbagai-bagai inisiatif telah dilakukan bagi memberikan yang terbaik kepada pelanggan dan seluruh “stakeholder” Northport. Di antaranya, kerja naiktaraf dermaga 8 yang kini sedang giat dijalankan bagi membolehkan kapal-kapal bersaiz lebih besar berlabuh di Northport. Manakala naiktaraf system “CONTRAK” kepada “CONTRAK 2” akan menjamin keboleh upayaan sistem pengurusan maklumat kita beroperasi bagi tahun-tahun mendatang dan meningkatkan mutu perkhidmatan.

Program tahunan untuk para pelanggan iaitu Northport Golf Invitation telah berjaya dilaksanakan bagi mengeratkan hubungan bersama semua pelanggan yang sentiasa menyokong peniagaan Northport.

Semua usaha-usaha ini adalah di antara inisiatif-inisiatif yang telah diambil bagi memastikan “Total Customer Satisfaction” dan sebagai pulangannya, kita berharap sasaran prestasi Syarikat dapat direalisasikan.

Dalam kita menempuh berbagai ujian seperti peningkatan indeks pencemaran udara akibat dari jerebu yang berpanjangan, kita masih lagi meneruskan operasi bagi memastikan Northport terus memberikan perkhidmatan terbaik dengan langkah berjaga-jaga yang lebih khusus demi keselamatan kakitangan dan pengguna-pengguna pelabuhan yang lain.

Terima kasih pada seluruh TeamNorthport di atas komitmen yang tinggi yang telah ditunjukkan sehingga suku ke 3 tahun ini. Marilah kita bersama-sama menggandakan usaha kita bagi menjamin kejayaan dapat dicapai pada penghujung 2015.

Dalam pada itu juga, janganlah kita meninggalkan suruhan Allah SWT bagi mengimbangi keperluan kita sebagai makhluk ciptaan Nya di dunia dan di akhirat, Insyaallah.

Rubani Bin DikonKetua Pegawai Eksekutif

EDITORIAL

PENAUNG : Tuan Haji Rubani Bin DikonPENASIHAT : Mohd Azmi Bin Mohd Anis EDITOR : Azlina bt Abu Bakar / Mohd Fuad b. YahyaPEREKA GRAFIK : Mohd Amir Ridhuan / Muhammad Faiz ZaukiJURUFOTO : Norhelmi Bin Saiddun

PENERBIT : Jabatan Komunikasi Korporat, Northport (Malaysia ) Bhd, Jalan Pelabuhan, Pelabuhan Utara, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan.

NORTHPORT Malaysia’s World Port / PANCARAN02

EDARAN DALAMAN SAHAJA ISU 21 / DISEMBER 2015

w w w . n o r t h p o r t . c o m . m y

Page 3: Pancaran Isu ke 21

“ The award was given as a recognition from ACEM for the professional support and the effort of fostering engineering practice in the Development of Wharf 8A Project at Northport.. “

Northport (Malaysia) Bhd and Sepakat Setia Perunding Sdn. Bhd were awarded with Silver Award of Merit (Category 1-Infrastructure) at the Association of Consulting Engineers Malaysia (ACEM)’s 52nd Anniversary Dinner and Engineering Award 2015 on 19th September 2015 at The Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur. The award was given as a recognition from ACEM for the professional support and the effort of fostering engineering practice in the Development of Wharf 8A Project at Northport. Ir. Zai Abas, Northport’s

Head of Facilities Division was on stage to receive the award from the Minister of Public Works Malaysia.

Northport’s Wharf 8A was officiated by the Deputy Minister of Transport Malaysia, Yang Berhormat Datuk Abdul Aziz Kaprawi on 24th February 2014. The new wharf has the ability to berth vessels with deep draft of up to 17 meters. With an additional 350 metres added to Northport’s quay line, this new wharf infrastructure injects an additional 600,000 TEUs to Northport’s total handling capacity. This RM340 million new infrastructure allows Northport to improve its productivity and enhance customer satisfaction by meeting its target of berth on arrival and timely departure, which translates into shorter port stays.

AWARD FOR WHARF 8A

NORTHPORT Malaysia’s World Port / PANCARAN 03

Page 4: Pancaran Isu ke 21

“ Wharf 8 and 8A will have a combined berthing length of 563 metres that will allow the handling of ULCC and one coastal/feeder ship or two medium size vessels of up to 250 metres in length at any one time ”

In recent years, the world mainline container services have experienced a tremendous development. The development of Ultra Large Container Vessels (ULCC), with more than 14,000 TEUs capacity and 400 metres in length, has affected almost every intercontinental trunk loop between Intra Asia, Far East, Europe and the North American continent.

In responding to this development, Northport had developed a new wharf, called Wharf 8A in July 2011 and this new wharf commenced its full operations in December 2013. The 350 metres Wharf 8A has the ability to berth vessels with deep draft of up to 17 metres.

With the completion of Wharf 8A under the 1st phase of Northport’s Capacity Expansion programme, Northport has started the 2nd phase of this programme by upgrading its oldest wharf facility, Wharf 8 in August 2015. Currently Wharf 8 is only able to berth vessels of up to 40,000 displacement tonnage with a depth alongside of 11 metres. Due to its inherent specifications, Wharf 8 is unable to support Wharf 8A to cater for ULCC.

Commercially, with the upgrade, Wharf 8 and 8A will have a combined berthing length of 563 metres that will allow the handling of ULCC and one coastal/feeder ship or two medium size vessels of up to 250 metres

in length at any one time. This will put Northport in the main shipping route to service Europe and Americas trade.

The upgrading of Wharf 8 will include reconstruction of the infrastructure to cater for a new design of 100 feet rail span with quay crane loading of 100 tons for every 1 metre length. This wharf is designed to handle quay cranes with container loading under spreader of 70 to 80 tons.

With the total investment of RM150 million for the upgrading of Wharf 8, Northport will be able to meet the future demand and sustain its positive growth. In addition, provision of port facilities based on supply driven with added capacity of 450,000 TEUs will put Northport at par with other world class ports in this region.

NORTHPORT Malaysia’s World Port / PANCARAN04

The Upgrading of Wharf 8

NORTHPORT’S CAPACITY EXPANSION

Page 5: Pancaran Isu ke 21

Bahagian Kargo Konvensional & Logistik (CLS) dan Perkhidmatan Marin telah mewakili penyertaan sulung Northport di dalam acara tahunan Syarikat Kumpulan PNB yang dikenali sebagai ‘PNB Group Quality Initiatives’ atau PNB IQ yang bermula sejak tahun 2013. Pada penyertaan sulung tersebut, Northport muncul unggul dengan menduduki tempat ke-3 dan ke-4 daripada 19 pesaing dari Syarikat-syarikat Kumpulan PNB.

Sejak dari itu, CLS telah mengambil bahagian secara konsisten dalam acara tahunan ini sebagai satu proses pembelajaran dan perkembangan kakitangannya serta peluang untuk setiap peringkat kakitangan mengetengahkan kejayaan mereka dan bertanding dengan Syarikat-syarikat terbaik dalam Kumpulan PNB.

Pada penyertaan CLS di dalam program PNB IQ yang berlansung pada 16 dan 17 Nov 2015 yang lalu, CLS telah merakam beberapa pencapaian baru, antaranya:- penyertaan untuk 3 tahun berturut-turut di dalam PNB IQ.- penyertaan 2 pasukan dari CLS iaitu Pasukan Rising Force diwakili oleh En. Halimi, En. Iman, En. Haziq, En. Tabriz, En. Azizi dan Pasukan Magnificent 6 oleh En. Hanif, En. Azuan, En. Adi, Cik Anis, En. Firdaus dan En. Khairul- satu acara kemuncak untuk wakil dari Northport di acara tahunan tersebut

Penyertaan 2 pasukan dari CLS ini menzahirkan satu semangat, komitmen, setia kawan, keberanian, keyakinan, konsistensi dan kesungguhan yang wajar dicontohi oleh semua warga TeamNorthport.

Ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Bahagian PQM di atas sokongan teknikal yang tidak berbelah bahagi. Tidak lupa juga kepada pengurusan tertinggi Northport di atas kelulusan, galakan dan sokongan jitu yang telah diberi. Tahniah kepada semua yang terlibat di dalam melakar pencapaian ini.

Artikel sumbangan oleh Bahagian Kargo Konvensional & Logistik

05NORTHPORT Malaysia’s World Port / PANCARAN

Page 6: Pancaran Isu ke 21

Kategori EmasBahagian Perkhidmatan Korporat

Kategori Perak• Bahagian Perkhidmatan Marin• Bahagian Perkhidmatan Kargo Konvensional & Logistik• Jabatan Komunikasi Korporat• Jabatan Pengurusan Produktiviti & Kualiti

Kategori GangsaEn. Sudirman bin Tamma - Polis Bantuan Pelabuhan

Penghargaan Khas (Berkumpulan)• Jabatan Polis Bantuan Pelabuhan• Jabatan Polis Bantuan Pelabuhan• Bahagian Perkhidmatan Kargo Konvensional & Logistik• Bahagian Perkhidmatan Kargo Konvensional & Logistik

Penghargaan Khas (Individu) Pn. Kamsati binti Surip - Bahagian Penyelenggaraan Jentera

Segala usaha dan kesungguhan warga TeamNorthport diiktiraf melalui Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif yang berlangsung pada 3 Julai 2015. Majlis pada tahun ini yang bertempat di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam menyaksikan seramai sembilan kumpulan dan dua individu telah menerima penghargaan dari pihak Syarikat. Anugerah seperti ini merupakan pengiktirafan di atas sumbangan warga kerja bagi inisiatif penjimatan kos serta menambahbaik proses kerja demi memelihara kepuasan pelanggan. Tahniah kepada para pemenang !!!

AnugerahCEO 2014

06 NORTHPORT Malaysia’s World Port / PANCARAN

Page 7: Pancaran Isu ke 21

6 August 2015 marked a memorable day for Northport and it’s customers when the annual tournament of Northport Golf Invitation 2015 was held. The beautiful and challenging course of Tropicana Golf & Country Resort at Damansara was chosen as the venue for the game. YABhg. Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, the Chairman of NCB Holdings Bhd was present to officiate and participate in the golf game.

The tournament received an overwhelming response with 116 participants from various segments of Northport business partners participated at this year’s edition. The game was an effective platform to strengthen a friendly relationship with Northport strategic stakeholders and is expected to continue being a much-anticipated annual event by Northport’s customers and business partners.

“ The tournament received an overwhelming response with 116 participants from various segments of Northport business partners... ”

07NORTHPORT Malaysia’s World Port / PANCARAN

Page 8: Pancaran Isu ke 21

08

Satu majlis sambutan Hari Raya untuk kakitangan Northport telah diadakan pada 7 Ogos 2015 bertempat di perkarangan Marine Base. Gerai-gerai yang mewakili jabatan menyediakan pelbagai menu menarik untuk tetamu yang hadir. Kemeriahan sambutan turut dilengkapi dengan persembahan dari Band Studio Muzik KSRN dan kakitangan bertuah turut pulang dengan hadiah menerusi kuiz yang dianjurkan. Majlis yang meriah seperti ini merupakan satu ruang untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan di kalangan TeamNorthport.

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRITEAMNORTHPORT

NORTHPORT Malaysia’s World Port / PANCARAN

Page 9: Pancaran Isu ke 21

09NORTHPORT Malaysia’s World Port / PANCARAN

Page 10: Pancaran Isu ke 21

Pasukan Bomba dan Penyelamat Northport telah memperoleh kejayaan dalam Pertandingan Kawad Kecekapan Peringkat Kebangsaan pada 18 dan 19 Ogos 2015.

Bertempat di Stadium Negeri Pulau Pinang, pasukan Bomba dan Penyelamat Northport telah meraih tempat pertama dan tempat kedua untuk acara Kawad Operasi Membentang Hos 200 Kaki dan Kawad Operasi “Fire Man Lift” 250 Kaki. Pertandingan ini turut disertai oleh pasukan Bomba kerajaan dan agensi swasta dari seluruh Malaysia. Syabas dan tahniah kepada Pasukan Bomba dan Penyelamat Northport!!!

Kawad Operasi Membentang Hos 200 KakiJohan: Mohd Rahimi bin AhmadNaib Johan: Mohd Zaki bin Abdul Ghani

Kawad Operasi “Fire Man Lift” 250 KakiJohan: Shah Rizad bin MasihNaib Johan: Nor Irwan bin Khairudin

Kawad Operasi Hantaran Jauh Berhalangan 1000 KakiTempat Keempat:1. Mohd Syamsul bin Jamil2. Hairul Hafiz bin Maaros3. Abdul Fatah bin Surani4. Khairuddin bin Kasim5. Muhamad Faiz bin Fauzi6. Mohd Azrin bin Naim7. Azrin Maula bin Tumiran8. Nasarudin bin A. Bakar9. Izuwan bin Ismail

PERTANDINGAN KAWAD KECEKAPAN

PERINGKAT KEBANGSAAN

JABATAN BOMBA & PENYELAMAT

MALAYSIA KALI KE 17

10 NORTHPORT Malaysia’s World Port / PANCARAN

Page 11: Pancaran Isu ke 21

Pelatih-Pelatih Bomba ke Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Satu majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil telah diadakan pada Jumaat,28 Ogos 2015 bertempat di Nice Training Hall, Northport C, sempenapenyerahan cek insuran berkelompok Northport kepada balu-balu kakitangan.

Penerima cek insuran berkelompok tersebut adalah balu kepada Allahyarham Mohd Andrian b. Aryanto (Jurudermaga, Marine), Pn. Nurul Fatihah bt Hashim dan balu kepada Allahyarham Khairuddin b. Yunus (Esekutif E & M), Pn. Widawati bt Abdul Hamid. Selain dari ahli-ahli keluarga yang terlibat, majlis anjuran Jabatan Modal Insan ini turut dihadiri oleh Ketua Jabatan Modal Insan, En. Hashim Hamzah, Presiden NMBSU, En. Mohd Zaidie Sanusi, Pengurus Kanan Jabatan Modal Insan, Puan Hajjah Rosminah Bujang, wakil-wakil Kesatuan serta wakil-wakil jabatan.

Puan Hajjah Rusminah Bujang telah mewakili Syarikat dengan menyerahkan cek kepada balu-balu bagi membantu meringankan bebanan kewangan yang ditanggung selepas pemergian tonggak keluarga masing-masing.

Semoga mereka sekeluarga tabah di dalam menempuhi dugaan dari yang Maha Esa.

Seluruh warga TeamNorthport telah menerima hadiah penghar-gaan dari pihak pengurusan berupa PowerBank. Penyerahan telah dilakukan pada 12 dan 13 Ogos baru-baru ini melalui unit perhubungan pekerja setiap jabatan. Hadiah ini merupakan tanda terima kasih kepada kakitangan yang sentiasa menyokong Syarikatketika keadaan sukar mahupun senang. Semoga penghargaan ini menjadi penyuntik semangat untuk seluruh warga TeamNorth-port dalam menjalankan tugasan harian.

PENYERAHAN CEK KEPADA BALU-BALU

HADIAH PENGHARGAAN UNTUK TEAMNORTHPORT

11NORTHPORT Malaysia’s World Port / PANCARAN

Page 12: Pancaran Isu ke 21

12

BANCIAN LALULINTAST E A M N O R T H P O R TPihak fasiliti telah menjalankan bancian lalulintas selama 11 hari bermula dari 9 hingga 16 Septem-ber 2015, yang bertujuan untuk mengumpul data kenderaan masuk dan keluar dari Northport secara berterusan. Data yang diperolehi dari bancian ini akan membantu Northport untuk perancangan masa depan Syarikat melalui penambahbaikan sistem pengurusan lalulin-tas, peningkatan kapasiti dan operasi get berdasar-kan data jumlah dan jenis kenderaan keluar masuk pelabuhan yang diperolehi. Aktiviti ini telah dijalankan di tiga lokasi iaitu Get CT 1, Get CCT dan Get Zon Bebas di Jalan Parang dan telah dijayakan oleh 12 orang kakitangan bahagian Faciliti dan 11 orang pelatih yang sedang menjalani latihan industri di Northport. Syabas kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan aktiviti ini kerana anda adalah antara penyumbang kepada kemajuan Syarikat di masa hadapan. Terima kasih.

12 NORTHPORT Malaysia’s World Port / PANCARAN

Page 13: Pancaran Isu ke 21

33 tahun bersama Bomba Northport bukan suatu jangka masa yang pendek. Sejak tahun 1982, Mohd Din Bin Piei, telah mula berkhidmat sebagai Ahli Bomba Northport.

Berkat keazaman, kesabaran kecekalan dan cinta terhadap tugas yang dipikul, beliau yang memulakan tugas sebagai ahli bomba berpangkat rendah kini memegang jawatan Timbalan Penguasa Bomba Northport sebagai Ketua Unit Pencegahan dan Logistik. Kisah kejayaan Mohd Din boleh diteladani dan dicontohi, bukan sahaja oleh ahli-ahli bomba yang lain, tetapi juga seluruh warga TeamNorthport di dalam mengejar impian kerjaya masing-masing.

Mengenang kembali detik permulaan ketika mula-mula membuat keputusan untuk memasuki alam pekerjaan setelah menamatkan persekolahan, beliau menggambarkan menjadi sebahagian daripada warga kerja Bomba Northport sebagai satu rezeki dan anugerah Allah SWT. Ianya bermula setelah beliau terlihat iklan kekosongan jawatan Bomba Northport di akhbar, beliau terus mencuba memohon jawatan tersebut dan kemudiannya berjaya diterima masuk bertugas. Apabila ditanya

apakah yang membuatkan beliau teruja ketika mula-mula bertugas sebagai ahli Bomba Northport, “Mendapat panggilan kecemasan dan berjaya menyelesaikan operasi adalah satu perasaan yang sungguh membanggakan” jawab beliau ringkas.

Menceritakan dengan lebih lanjut tentang pengalaman beliau, tanggal 20 Jun 1992 telah menguji kecekapan, ketahanan mental dan fizikal Mohd Din apabila Kapal Choon Hong III telah meletup dan terbakar di Jeti Syarikat Tiram Kimia. Kemalangan tersebut meragut 13 nyawa dan telah merebak hingga ke Royal Selangor Yatch Club yang terletak 300 meter dari tempat kejadian. Kebakaran yang mengambil masa lebih daripada 20 jam untuk dipadamkan itu telah melibatkan 10 jentera Bomba dari seluruh Klang hinggakan sebuah jentera dari Port Dickson turut dihantar untuk membantu memadamkan kebakaran.

Apabila ditanya apakah nasihat beliau kepada mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang Bomba dan Penyelamat, “Utamakan disiplin dan bekerja perlu ikhlas, ikut peraturan, Insyaallah rezeki kita akan berkat”, kata Mohd Din.

SEHARI DALAM KEHIDUPAN SEORANGAHLI BOMBA

“ Kapal Choon Hong III telah meletup dan terbakar di Jeti Syarikat Tiram Kimia. Kemalangan tersebut meragut 13 nyawa dan telah merebak hingga ke Royal Selangor Yatch Club “

NORTHPORT Malaysia’s World Port / PANCARAN 13

Page 14: Pancaran Isu ke 21

NORTHPORTDI RUANGAN AKHBAR

NORTHPORT Malaysia’s World Port / PANCARAN14

Page 15: Pancaran Isu ke 21

15

Resepi Sumbangan En. Yazid MahadOperator Kren, Jabatan Kontena

Bahan-BahanTepung Pulut 1kgGula Pasir 1kgGula Merah 1kgSantan 2kg

Cara Menyediakan

• Panaskan kuali terlebih dahulu.

• Kemudian ambil tepung pulut dibancuh dengan air dan dikacau sehingga likat.

• Setelah likat, masukkan santan, gula pasir & gula merah yang telah dihancurkan.

• Kacau sehingga pekat dan warna dodol bertukar menjadi gelap (masa yang diperlukan untuk mengacau adalah 4 hingga 4 setengah jam).

• Kemudian ambil sehelai daun pisang dan lekat kan pada dodol dan diangkat. Ia bertujuan untuk memastikan dodol dalam keadaan masak (jika melekat ia menandakan dodol tersebut belum masak).

RESEPI Dodol Gempak

NORTHPORT Malaysia’s World Port / PANCARAN

Page 16: Pancaran Isu ke 21