pampletlinus2.0hip

2
LATAR BELAKANG LINUS 2.0 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyedari bahawa isu asas literasi dan numerasi belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun telah dilaksanakan pelbagai program pemulihan. Program LINUS (Literacy and Numeracy Screening) merupakan satu program yang dirancang dengan penuh teliti dan sistematik. KPM telah menyasarkan semua murid tiada masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai literasi dan numerasi sebelum berakhir persekolahan tahap 1. Program LINUS mula dilaksanakan pada tahun 2010 yang melibatkan murid tahun 1 di sekolah rendah dan telah mencapai sasaran yang ditetapkan. Program LINUS diperluas skopnya dan memasukkan Bahasa Inggeris dalam komponen literasi mulai tahun 2013 dan dikenali sebagai Program LINUS 2.0. Peluasan ini bertujuan untuk mengukuhkan penguasaan literasi bahasa inggeris dalam kalangan murid tahap 1 KEMAHIRAN DALAM PROGRAM LINUS 2.0 Asas Literasi Bahasa Malaysia Keupayaan membaca, menulis dan memahami Keupayaan membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk dalam bahasa Malaysia serta mampu menggunakan perkataan dan ayat dalam pembelajaran dan komunikasi harian Asas Literasi Bahasa Inggeris Keupayaan membaca, menulis, mendengar, memahami dan bertutur. Asas Numerasi Keupayaan membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor bulat. Keupayaan untuk menyelesaikan operasi asas matematik, memahami idea matematik yang mudah dan mampu menggunakan kemahiran matematik dalam kehidupan seharian Definisi Numerasi : Ditakrifkan sebagai keupayaan melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian. MATLAMAT Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid Tahap 1 sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi pada akhir tahun kecuali murid berkeperluan khas. DEFINISI KONSEP Definisi LINUS : LINUS ialah akronim bagi “Literacy and Numeracy Screening”. LINUS merupakan program intervensi yang dirangka untuk membolehkan murid memperoleh asas literasi Bahasa Malaysia serta Bahasa Inggeris dan asas numerasi semasa di sekolah rendah. LINUS disasarkan kepada murid yang belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Definisi Literasi Bahasa Malaysia : Ditakrifkan sebagai keupayaan membaca, menulis dan memahami perkataan yang mudah dan kompleks dalam bahasa Malaysia dan mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian. Definisi Literasi Bahasa Inggeris : Ditakrifkan sebagai penguasaan kemahiran asas dalam membaca, menulis, mendengar, memahami dan bertutur dalam Bahasa inggeris. SASARAN Memastikan setiap murid menguasai kemahiran asas literasi bahasa Malaysia, literasi bahasa inggeris dan numerasi pada tahun 3 kecuali murid berkeperluan khas. STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM LINUS 2.0 STRATEGI 1 : Saringan Murid Saringan Program LINUS 2.0 dijalankan dua kali setahun pada bulan Mac dan September bagi mengenal pasti murid yang tidak menguasai literasi dan numerasi STRATEGI 2 : Modul Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Modul ini mengandungi set kemahiran yang perlu diajar dalam PdP murid beserta aktiviti dan latihan STRATEGI 3 : Pengukuhan dan Pemantapan Kompetensi Guru Latihan intensif dirancang dan dilaksanakan bagi memperkukuh kompetensi guru serta meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran pedagogi supaya proses PdP yang dijalankan berkesan STRATEGI 4 : Kesedaran komuniti dan Pihak Berkepentingan Intervensi dan aktiviti kesedaran dianjurkan di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Guru Besar, PIBG serta komuniti bagi mendapatkan sokongan dan memenuhi peranan masing-masing dalam menjayakan Program LINUS 2.0 STRATEGI 5 : Pemantauan, Penilaian, Penyeliaan dan Bimbingan Pemantauan dan penilaian dilaksanakan oleh KPM secara menyeluruh dan berterusan. Bimbingan dan penilaian secara intensif oleh JPN, PPD dan sekolah untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan seterusnya melakukan proses penambahbaikan. STRATEGI 6 : Pewujudan Jawatan Pegawai FasiLINUS Jawatan pegawai FasiLINUS telah diwujudkan bagi Literasi Bahasa Malaysia, Literasi Bahasa Inggeris dan Numerasi dan ditempatkan di PPD. Pegawai FasiLINUS bertanggungjawab melaksanakan bimbingan dan pementoran kepada guru literasi dan numerasi di sekolah Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 6 Tahun 2013 : KP (BPSH-SPDK)201/005/02 Jld.4 (45) bertarikh 20 Februari 2014 Pelaksanaan LINUS 2.0.

Upload: suja-devadas

Post on 09-Jul-2016

229 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

linus

TRANSCRIPT

Page 1: pampletLINUS2.0hip

LATAR BELAKANG LINUS 2.0

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyedari bahawa isu asas

literasi dan numerasi belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun telah

dilaksanakan pelbagai program pemulihan. Program LINUS (Literacy

and Numeracy Screening) merupakan satu program yang dirancang

dengan penuh teliti dan sistematik.

KPM telah menyasarkan semua murid tiada masalah pembelajaran

berkeupayaan untuk menguasai literasi dan numerasi sebelum berakhir

persekolahan tahap 1. Program LINUS mula dilaksanakan pada tahun

2010 yang melibatkan murid tahun 1 di sekolah rendah dan telah

mencapai sasaran yang ditetapkan.

Program LINUS diperluas skopnya dan memasukkan Bahasa Inggeris

dalam komponen literasi mulai tahun 2013 dan dikenali sebagai Program

LINUS 2.0. Peluasan ini bertujuan untuk mengukuhkan penguasaan

literasi bahasa inggeris dalam kalangan murid tahap 1

KEMAHIRAN DALAM PROGRAM LINUS 2.0

Asas Literasi Bahasa Malaysia

Keupayaan membaca, menulis dan memahami

Keupayaan membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan

ayat majmuk dalam bahasa Malaysia serta mampu menggunakan perkataan

dan ayat dalam pembelajaran dan komunikasi harian

Asas Literasi Bahasa Inggeris

Keupayaan membaca, menulis, mendengar,

memahami dan bertutur.

Asas Numerasi

Keupayaan membaca, menulis, membilang dan

menyusun nombor bulat.

Keupayaan untuk menyelesaikan operasi asas matematik, memahami idea

matematik yang mudah dan mampu menggunakan kemahiran matematik

dalam kehidupan seharian

Definisi Numerasi :

Ditakrifkan sebagai keupayaan melakukan operasi asas matematik dan

memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan

pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.

MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid Tahap 1

sekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi

pada akhir tahun kecuali murid berkeperluan khas.

DEFINISI KONSEP

Definisi LINUS :

LINUS ialah akronim bagi “Literacy and Numeracy Screening”. LINUS

merupakan program intervensi yang dirangka untuk membolehkan

murid memperoleh asas literasi Bahasa Malaysia serta Bahasa

Inggeris dan asas numerasi semasa di sekolah rendah. LINUS

disasarkan kepada murid yang belum menguasai kemahiran membaca,

menulis dan mengira (3M).

Definisi Literasi Bahasa Malaysia :

Ditakrifkan sebagai keupayaan membaca, menulis dan memahami

perkataan yang mudah dan kompleks dalam bahasa Malaysia dan

mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan

komunikasi harian.

Definisi Literasi Bahasa Inggeris :

Ditakrifkan sebagai penguasaan kemahiran asas dalam membaca,

menulis, mendengar, memahami dan bertutur dalam Bahasa inggeris.

SASARAN

Memastikan setiap murid menguasai kemahiran asas literasi bahasa

Malaysia, literasi bahasa inggeris dan numerasi pada tahun 3 kecuali murid

berkeperluan khas.

STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM LINUS 2.0

STRATEGI 1 : Saringan Murid

Saringan Program LINUS 2.0 dijalankan dua kali setahun pada bulan

Mac dan September bagi mengenal pasti murid yang tidak menguasai

literasi dan numerasi

STRATEGI 2 : Modul Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Modul ini mengandungi set kemahiran yang perlu diajar dalam PdP murid

beserta aktiviti dan latihan

STRATEGI 3 : Pengukuhan dan Pemantapan Kompetensi Guru

Latihan intensif dirancang dan dilaksanakan bagi memperkukuh

kompetensi guru serta meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran

pedagogi supaya proses PdP yang dijalankan berkesan

STRATEGI 4 : Kesedaran komuniti dan Pihak Berkepentingan

Intervensi dan aktiviti kesedaran dianjurkan di peringkat

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD),

Guru Besar, PIBG serta komuniti bagi mendapatkan sokongan dan

memenuhi peranan masing-masing dalam menjayakan Program LINUS

2.0

STRATEGI 5 : Pemantauan, Penilaian, Penyeliaan dan Bimbingan

Pemantauan dan penilaian dilaksanakan oleh KPM secara menyeluruh

dan berterusan. Bimbingan dan penilaian secara intensif oleh JPN, PPD

dan sekolah untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan seterusnya

melakukan proses penambahbaikan.

STRATEGI 6 : Pewujudan Jawatan Pegawai FasiLINUS

Jawatan pegawai FasiLINUS telah diwujudkan bagi Literasi Bahasa

Malaysia, Literasi Bahasa Inggeris dan Numerasi dan ditempatkan di

PPD. Pegawai FasiLINUS bertanggungjawab melaksanakan bimbingan

dan pementoran kepada guru literasi dan numerasi di sekolah

Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 6 Tahun 2013 :

KP (BPSH-SPDK)201/005/02 Jld.4 (45) bertarikh 20 Februari 2014

Pelaksanaan LINUS 2.0.

Page 2: pampletLINUS2.0hip

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

HILIR PERAK

JALAN MAHARAJALELA 36000 TELUK INTAN

PERAK DARUL RIDZUAN

tel : 05-622 1970 | fax : 05-621 4904

blog : http://linushilirperak2.blogspot.my

Fasilinus hilir perak

Program Linus 2.0

KONSTRUK LITERASI BM LITERASI BI NUMERASI

KONSTRUK 1 Keupayaan membaca (membunyikan) dan menulis huruf vocal dan konsonan

Able to identify and distinguish the shapes of the alphabet

Keupayaan pranombor dan mengenal angka

KONSTRUK 2 Keupayaan membaca (membunyikan) dan menulis suku kata terbuka

Able to associate sounds with the lettersof the alphabet

Keupayaan membilang

KONSTRUK 3 Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka

Able to blend phonemes into recognizable words

Keupayaan memahami nilai nombor

KONSTRUK 4 Keupayaan membaca (membunyikan) dan menulis suku kata tertutup

Able to segment words into phonemes Keupayaan membuat seriasi

KONSTRUK 5 Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup

Able to understand and use the language at the world level

Keupayaan mengenal mata wang Malaysia

KONSTRUK 6 Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup ‘ng’

Able to participate in daily conversations using appropriate phrases

Keupayaan menyatakan waktu

KONSTRUK 7 Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong

Able to understand and use the language at phrase level in linear texts

Keupayaan mengendalikan operasi asas

KONSTRUK 8 Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vocal berganding

Able to understand and use the language at phrase level in non-linear texts

Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia

KONSTRUK 9 Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi difgraf dan konsonan bergabung

Able to read and understand sentences with guidance

Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu

KONSTRUK 10 Keupayaan membaca dan menulis perkataan berimbuhan awalan dan akhiran

Able to understand and use the language at sentences level in non-linear texts

Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya

KONSTRUK 11 Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah

Able to understand and use the language at paragraph level in linear texts

Keupayan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan seharian terhad kepada nombor bulat

KONSTRUK 12 Keupayaan membaca, memahami dan menulis berdasarkan bahan ransangan

Able to construct sentences with guidance Keupayan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang.

© FasiLINUS HiPeR | 2015®

FasiLINUS Literasi B. Melayu FasiLINUS Literasi B. Inggeris FasiLINUS Numerasi Sebarang pertanyaan sila hubungi:

Pegawai FasiLINUS

Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak

05-6221970

En. Abdul Nasser b. Abd. Majeed

En. Faddil Azhar b. Mat

Hj. Huzori b. Mohd Salleh

Pn. Suazlina bt. Salbani

En. Navindave a/l Sreenivasan

Pn. Azua Biyanti bt. Baharuddin

Pn. Komlah a/p Perumal

Pn. Noorfaizah bt. Hamzah

En. Ahmad Nazamudin b. Abi Madian

En. Mohd Norhaffiz b. Noor Aini

En. Muhammad Fadzli b. Mat Zain

Pn. Norlaila bt. Mohd

blog : http://linushilirperak2.blogspot.my