pam pemancit bahanapi jenis sederet

11
PAM PEMANCIT SEDERET (INLINE PUMPS) 1 Pam pemancit bahanapi sederet | kumpulan C

Upload: fauzi

Post on 24-Jul-2015

733 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

report bengkel auto sem 5

TRANSCRIPT

Page 1: Pam Pemancit Bahanapi Jenis Sederet

PAM PEMANCIT SEDERET (INLINE PUMPS)

1 Pam pemancit bahanapi sederet | kumpulan C

Page 2: Pam Pemancit Bahanapi Jenis Sederet

LANGKAH KESELAMATAN MAKMAL DIESEL

- Jaga kulit dengan menggunakan krim pelembab prophylactic

- Sediakan bekas bernombor untuk memudahkan kerja

- Gunakan udara tekanan tinggi untuk membersihkan peralatan.

- Pasang alat semasa masih basah

- Jaga alat dengan cermat

- Patuhi peraturan yang telah ditetapkan

- Pastikan makmal bersuhu tetap dan tidak berhabuk.

2 Pam pemancit bahanapi sederet | kumpulan C

Page 3: Pam Pemancit Bahanapi Jenis Sederet

PENGENALAN PAM PEMANCIT DIESEL

Sistem pam bahanapi diesel adalah mekanikal sepenuhnya sehinggalah lewat tahun

1980an. Apabila pengeluar kereta mula menggunakan teknologi komputer untuk

meningkatkan ketepatan dan kejituan kawalan terhadap penghantaran bahanapi dan

penimbang masa. Sistem mekanikal masih digunakan pada kebanyakan enjin diesel

pertanian,pembangunan dan kegunaan marin.

Perkara yang perlu ada pada pam bahanapi :

a) Tekanan

Mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 5000 psi untuk memaksa bahanapi

menembusi kepadatan udara yang termampat di dalam silinder.

b) Pengukuran bahanapi

Jumlah bahanapi yang dihantar ke pemancit hendaklah tepat pada setiap masa

untuk mengekalkan kestabilan enjin.

c) Pemasaan

Bahanapi mestilah dipancitkan pada masa yang tepat. Jika tidak ia akan

mengurangkan kuasa enjin.

Terdapat dua jenis pam bahanapi diesel iaitu pam sebaris dan pam pengagih. Yang akan

dibincangkan disini adalah pam sederet.

3 Pam pemancit bahanapi sederet | kumpulan C

Page 4: Pam Pemancit Bahanapi Jenis Sederet

LANGKAH KERJA PAM PEMANCIT BAHANAPI SEDERET

Pam pemancit jenis sederet ini merangkumi sebaris pelocok persendirian. Iaitu satu

pelocok untuk setiap silinder, yang dikuasakan oleh sebuah aci sesondol dalaman. Tiub

bertekanan tinggi menyambungkan setiap pelocok ke pemancit. Pegas balikan pelocok

berfungsi seperti injap ‘pop-off’dan terbuka secara sendiri apabila tekanan tertentu

dicapai. Pam pemancit bahanapi jenis ini banyak digunakan pada enjin marin. ia adalah

sebuah peralatan yang ringkas dan mudah diselenggara. Namun tidak banyak digunakan

kerana masalah ‘jerk pump’ yang sering dihidapi oleh pam jenis ini.

Sistem pam pemancit sederet yang digunakan pada enjin marin Lehman enam silinder.

4 Pam pemancit bahanapi sederet | kumpulan C

Page 5: Pam Pemancit Bahanapi Jenis Sederet

Pam pemancit sederet bosch series PE pump yang digunakan pada enjin marin Chrysler

enam silinder.

5 Pam pemancit bahanapi sederet | kumpulan C

Page 6: Pam Pemancit Bahanapi Jenis Sederet

Bahanapi masuk melalui ‘intake port’ pada sebelah kanan pam iaitu melalui injap

penghantar (delivery valve). Potongan/lurah heliks pada luaran pelocok berfungsi

sebagai penghantar bahanapi semasa pelocok berada pada KBS. Bahanapi masuk pada

lurah heliks tersebut lalu memenuhi ruang yang ada pada atas kepala pelocok. Bahanapi

juga masuk ke bawah kepala pelocok melalui lurah heliks tersebut. Apabila ia bergerak

ke atas (oleh aci sesondol) ia akan menutup liang masukan bahanapi lalu memampatkan

bahanapi tersebut.tekanan akan mengakibatkan bahanapi itu mengangkat pegas injap

dan injap akan terbuka. Bahanapi akan ditolak kearah pemancit(injector) melaui saluran

tekanan tinggi. Dan apabila pelocok bergerak keatas semula, heliks pada pelocok itu

akan membuka liang masukan bahanapi menyebabkan tekanan menjadi rendah.

Membuatkan injap penghantar tertutup kerana tekanan pegas injap lebih tinggi

daripada tekanan bahanapi menyebabkan penghantaran bahanapi berakhir.

Pelocok lurah heliks.

6 Pam pemancit bahanapi sederet | kumpulan C

Page 7: Pam Pemancit Bahanapi Jenis Sederet

RAWATAN PAM PEMANCIT

1) Melaras kepala pelocok

a) Dengan menggunakan petunjuk dial, tanggalkan injap hantaran dan

pegasnya. Gantikan injap dengan rod brass yang sama saiz. Gabungkan rod

bersama penunjuk dial dan pastikan kedudukan tegak 90 darjah. Pusing

sesondol sehingga pam no.1 pada kedudukan KBS dan laraskan penunjuk dial

kepada kosong. Angkat tepet setinggi mungkin dan perhatikan penunjuk dial

mestilah di antara 2-20 thau.

Pemasangan penunjuk dial untuk mengukur kelegaan kepala pelocok.

b) Menggunakan sesondol KBS. Tidak perlu menanggalkan injap penghantar

dan pegas. Laraskan tepet sehinga pelocok menyentuh injap penghantar.

Turunkan pelocok sebanyak ½ pusingan.

7 Pam pemancit bahanapi sederet | kumpulan C

Page 8: Pam Pemancit Bahanapi Jenis Sederet

2) Pemfasaan tangan.

Tanggalkan injap penghantar, kemudian laraskan rod kawalan pada kedudukan

maksima. Sambungkan bahanapi pada pam dan buangkan udara. Pasang

pemutar tangan dan piring bertanda kepada pengganding pam dan laraskan

jarum penunjuk.

Pemasangan dial penunjuk untuk mengukur anjakan rak kawalan bahanapi.

Tentukan arah pusingan aci pam dan laraskan jarum penunjuk. Laraskan pam

no.1 ke KBS pusing pengganding hinnga penamatan limpahan panjang dengan

menggunakan paip leher angsa. Pasang semua injap dan pegasnya dan lakukan

semula untuk pam no.2 dan seterusnya mengikut aturan pembakaran.

8 Pam pemancit bahanapi sederet | kumpulan C

Page 9: Pam Pemancit Bahanapi Jenis Sederet

Sumber rujukan :

1. Troubleshooting and repair diesel engine by paul Dempsey

2. Teknologi automotif 3 module of polytechnic

9 Pam pemancit bahanapi sederet | kumpulan C