pals sarawak sk km

Upload: mohammad-iskandar-bin-marzuki

Post on 19-Oct-2015

44 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kelab pencinta alam sekitar sarawak environment

TRANSCRIPT

KERTAS KERJAPROJEK KECEMERLANGAN KELAB PUSAT SUMBER & ASTRO UNTUK MELABEL NAMA-NAMA POKOKDI TAMAN HERBA DAN KAWASAN SEKOLAH2007

SK KUALA MATU96250 MATU, SARAWAK

KERTAS KERJAPROJEK TAMAN PALS (KHAS)PROGRAM 3K KEBERSIHAN, KESIHATAN, KESELAMATAN

2014

Disediakan oleh : JAWATANKUASA TAMAN PALS (KHAS) SK Kuala Matu, 96250 Matu, Sarawak

SK Kuala Matu, 96250 Matu, Sarawak

PROJEK TAMAN PALS (KHAS) PROGRAM 3K

1. PENGENALAN

Projek menanam dan melabel nama nama pokok pokok di Taman PALS dan taman-taman di persekitaran sekolah merupakan salah satu projek khas Program 3K untuk tujuan pembelajaran terutamanya bagi mata pelajaran Sains. Projek ini akan dijalankan sepenuhnya oleh warga sekolah.

2. MATLAMAT

Menjadikan persekitaran sekolah bermaklumat selaras dengan hasrat untuk menjadikan sekolah sebagai pusat berinformasi bagi penyaluran maklumat kepada semua.

3. MISI

Menyediakan murid dengan pelbagai kemudahan untuk membantu mereka mencapai kecemerlangan dalam akademik dan pembentukan sahsiah yang cemerlang.

4. OBJEKTIF

Antara objektif perlaksanaan projek ini ialah :

1. Agar suasana sekolah kami kelihatan ceria dan bersih.

2. Merealisasikan konsep Sekolah Dalam Taman.

3. Mengeratkan perhubungan antara insan di sekolah.

4. Menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif dan penuh kedamaian.

5. Membantu murid mengenali nama dan kegunaan pokok herba.

5. MATLAMAT

Terbahagi kepada 3 iaitu :

(i) Jangka Pendek:

- Hebahan projek kepada pihak pentadbiran sekolah.

- Membuat pembersihan kawasan serta mendapatkan alatan dan bahan untuk melaksanakan projek.

(ii) Jangka Sederhana:

- Penyediaan tanaman dan proses penanaman .

- Menyediaan tiga petak penanaman

(iii) Jangka Panjang:

- Menjadikan taman mini botanikal kemilau ini tempat idaman setiap murid.

- Mewujudkan iklim pembelajaran di sekitar taman mini.

- Menubuhkan kelab pencinta alam di sekolah dalam usaha mengekalkan kebersihan dan keceriaan taman mini botanikal secara khususnya dan kawasan sekolah amnya.- Membuat jadual tugasan khas untuk bergilir-gilir membersihkan dan menjaga kawasan taman.

6. KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran kami ialah untuk para murid dan guru-guru SK Kuala Matu serta masyarakat sekitar.

7. PELAN PELAKSANAAN PROJEK

- Penyediaan jadual kerja menggunakan Carta Gantt:

- Pembahagian tugasan mengikut kerja dan masa.

- Pembentangan struktur projek

- Pemerhatian dan lawatan ke kawasan yang berpotensi di sekitar sekolah.

- Gotong-royong membersihkan kawasan projek.

- Memperbaiki dan mencantikkan lanskap di kawasan projek

- Mengumpulkan benih-benih dan anak pokok untuk ditanam di taman PALS.

- Meletakkan papan tanda nama untuk setiap tumbuh-tumbuhan yang ditanam di taman tersebut secara saintifik dan juga dalam Bahasa Inggeris serta dalam Bahasa Malaysia.

5. JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi:ROLAHI BIN HAJI SHAHGURU BESAR

Naib Pengerusi 1:ABDUL KHALID BIN BUJANGGPK HAL EHWAL MURID

Naib Pengerusi 2:HALINA BINTI ABDULLAHGPK PENTADBIRAN

Setiausaha:MOHAMMAD ISKANDAR BIN MARZUKI

8. STRATEGI PERLAKSANAAN

i . Membincangkan aktiviti dan projek di peringkat AJK induk

ii .Merancang aktiviti bersama dan mengenal pasti guru yang bertanggungjawab dan sasaran projek.iii Kertas kerja ditulis dan perancangan yang telah disusun dilaksanakan . iv Keberkesanan akan dinilai.

9. SENARAI PROJEK

a) Memperlengkapkan kawasan taman PALS

10. BAHAN

i. SUMBER BAHAN :

BIL.BAHANKUANTITISUMBER

1Bahan-bahan pembinaan(simen,blok bata, kayu dan sebagainya)Bahan binaan buangan

2PasuRumah hijau

3Batu kerikil Lebihan bahan binaan

5TumbuhanRumah hijau dan sumbangan

6Alat pengawal semburan pokokBotol mineral

9. PENUTUP

Adalah diharap agar perancangan yang telah disusun akan berjalan dengan lancar di samping mendapat kerjasama dan perhatian semua pihak. Ini bertujuan untuk memastikan Taman PALS sentiasa berada dalam suasana bersih, ceria dan mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif untuk memastikan kecemerlangan murid-murid dalam bidang akademik dan pembinaan akhlak.

Disediakan oleh:Disemak oleh:Disahkan oleh:

.....

(MOHAMMAD ISKANDAR BIN MARZUKI)(ABDUL KHALID BIN BUJANG)(ROLAHI BIN HAJI SHAH)

SETIAUSAHA PROJEK 3KGPK HAL EHWAL MURIDGURU BESAR

SK KUALA MATU 96250 MATU, SARAWAKSK KUALA MATU 96250 MATU, SARAWAKSK KUALA MATU 96250 MATU, SARAWAK

s.k. :Fail SekolahFail Program 3K