pakej akdeniz 8 hari 7 malam hari 3 cappadocia konya...

5
Pakej Akdeniz 8 Hari 7 Malam HARI 1 ISTANBUL CAPPADOCIA (--, --, --) Setibanya di Lapangan Terbang IGA/Atartuk, ketibaan anda akan disambut di ruang menunggu. Kita akan merasai pengalaman secara live bagaimana kota ini telah dibuka oleh Sultan Muhammad Al-Fatih di Muzium Panorama 1453. Kemudian, kita terus menjejaki seerah perjuangan para sahabat iaitu Abu Ayub Al-Ansori di Eyup Sultan Camii. Seterusnya, sebelum bergerak ke Cappadocia, kita akan menziarahi Masjid Süleymaniye. Perjalanan diteruskan ke Cappadocia yang memakan masa 1 jam 35 minit sehala menaiki penerbangan domestik. Bermalam di hotel berkonsepkan gua. HARI 2 CAPPADOCIA (SP, MT, --) Antara aktiviti popular di Cappadocia adalah menaiki belon panas (Optional) & ATV motor (Optional) pada belah petangnya. Kita akan memulakan lawatan ke Goreme Panoramic View Point, Kota Bawah Tanah (Underground City) Istana Uchisar dan bengkel tembikar Avanos. Kota bawah tanah sekitar 60 meter dalamannya ini dibuka kepada pelancong pada tahun 1969. Dipercayai dibina oleh orang Phrygia sejak kurun ke-8 sebelum masihi dan diubahsuai ketika era Parsi dan Byzantium. Kemudian Ia dijadikan penempatan dengan terdapat stor makanan, kandang kuda serta rumah ibadat. Bermalam di hotel berkonsepkan gua. HARI 3 CAPPADOCIA KONYA ISPARTA (SP, --, --) Jika hari sebelumnya, anda tidak berpeluang untuk menaiki belon panas (Optional) disebabkan faktor keselamatan (ribut/angin kencang dll), anda akan diberi peluang kedua untuk menaikinya hari ini. Selepas sarapan pagi, kita akan check out hotel dan bergerak ke kota Isparta sambil singgah di Konya. Sampai di bandar Konya yang mengambil masa sekitar 3 jam perjalanan, kita akan makan tengah hari. Kemudian, kita akan melawat muzium lama sejak kurun ke- 13 iaitu Muzium Mevlana (Mevlana Trbesi). Setelah itu, kita akan memulakan perjalanan kita di Kota Isparta dengan lawatan ke Kilang Penghasilan Minyak Bunga Ros/Bunga Lavender. (Festival Bunga Ros sekitar bulan 5 & 6. Festival Bunga Lavender sekitar bulan 7 & 8). Bermalam di tempat penginapan, Isparta. HARI 4 ISPARTA FETHIYE (SP, --, --) Selepas sarapan pagi, kita akan check out hotel. Sebelum meneruskan perjalanan ke bandar Fethiye yang terletak di negeri Mula yang berhampiran dengan Laut Mediterranean Turki. Perjalanan mengambil masa sekitar 3 jam setengah. Makan tengah hari. Sampai sahaja di bandar Fethiye, kita akan check in hotel dan berehat sambil menikmati pemandangan pantai yang sangat indah. Bagi yang berminat untuk menaiki Paragliding di Fethiye (Optional), anda perlu membuat tempahan dan mendaftar sebelum trip bermula. Makan malam dan beristirehat di hotel, Fethiye.

Upload: phungmien

Post on 26-Apr-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pakej Akdeniz 8 Hari 7 Malam HARI 3 CAPPADOCIA KONYA …jejakuthmaniyyah.com/wp-content/uploads/Flagship-Akdeniz... · 2018-11-15 · serta rumah ibadat. ... Tiket lawatan yang tidak

Pakej Akdeniz 8 Hari 7 Malam

HARI 1

ISTANBUL – CAPPADOCIA (--, --, --)

Setibanya di Lapangan Terbang IGA/Atartuk, ketibaan anda akan disambut di ruang menunggu. Kita akan merasai pengalaman secara live bagaimana kota ini telah dibuka oleh Sultan Muhammad Al-Fatih di Muzium Panorama 1453. Kemudian, kita terus menjejaki seerah perjuangan para sahabat iaitu Abu Ayub Al-Ansori di Eyup Sultan Camii. Seterusnya, sebelum bergerak ke Cappadocia, kita akan menziarahi Masjid Süleymaniye. Perjalanan diteruskan ke Cappadocia yang memakan masa 1 jam 35 minit sehala menaiki penerbangan domestik. Bermalam di hotel berkonsepkan gua.

HARI 2

CAPPADOCIA (SP, MT, --)

Antara aktiviti popular di Cappadocia adalah menaiki belon panas (Optional) & ATV motor (Optional) pada belah petangnya. Kita akan memulakan lawatan ke Goreme Panoramic View Point, Kota Bawah Tanah (Underground City) Istana Uchisar dan bengkel tembikar Avanos. Kota bawah tanah sekitar 60 meter dalamannya ini dibuka kepada pelancong pada tahun 1969. Dipercayai dibina oleh orang Phrygia sejak kurun ke-8 sebelum masihi dan diubahsuai ketika era Parsi dan Byzantium. Kemudian Ia dijadikan penempatan dengan terdapat stor makanan, kandang kuda serta rumah ibadat. Bermalam di hotel berkonsepkan gua.

HARI 3

CAPPADOCIA – KONYA – ISPARTA (SP, --, --)

Jika hari sebelumnya, anda tidak berpeluang untuk menaiki belon panas (Optional) disebabkan faktor keselamatan (ribut/angin kencang dll), anda akan diberi peluang kedua untuk menaikinya hari ini. Selepas sarapan pagi, kita akan check out hotel dan bergerak ke kota Isparta sambil singgah di Konya. Sampai di bandar Konya yang mengambil masa sekitar 3 jam perjalanan, kita akan makan tengah hari. Kemudian, kita akan melawat muzium lama sejak kurun ke-13 iaitu Muzium Mevlana (Mevlana Turbesi). Setelah itu, kita akan memulakan perjalanan kita di Kota Isparta dengan lawatan ke Kilang Penghasilan Minyak Bunga Ros/Bunga Lavender. (Festival Bunga Ros sekitar bulan 5 & 6. Festival Bunga Lavender sekitar bulan 7 & 8). Bermalam di tempat penginapan, Isparta.

HARI 4

ISPARTA – FETHIYE (SP, --, --)

Selepas sarapan pagi, kita akan check out hotel. Sebelum meneruskan perjalanan ke bandar Fethiye yang terletak di negeri Mugla yang berhampiran dengan Laut Mediterranean Turki. Perjalanan mengambil masa sekitar 3 jam setengah. Makan tengah hari. Sampai sahaja di bandar Fethiye, kita akan check in hotel dan berehat sambil menikmati pemandangan pantai yang sangat indah. Bagi yang berminat untuk menaiki Paragliding di Fethiye (Optional), anda perlu membuat tempahan dan mendaftar sebelum trip bermula. Makan malam dan beristirehat di hotel, Fethiye.

Page 2: Pakej Akdeniz 8 Hari 7 Malam HARI 3 CAPPADOCIA KONYA …jejakuthmaniyyah.com/wp-content/uploads/Flagship-Akdeniz... · 2018-11-15 · serta rumah ibadat. ... Tiket lawatan yang tidak

HARI 5

FETHIYE (SP, MT, --)

Pada pagi yang indah ini, kita akan bersiap-siap untuk program ‘Island Hopping’ di Fethiye seharian bermula sekitar pukul 9.30 pagi. Sepanjang perjalanan, anda akan dapat menikmati pemandangan Laut Mediterranean biru turkuaz yang memukau. Kita akan berhenti beberapa buah pulau dan anda berpeluang untuk bermandi manda di setiap perhentian atau tracking (optional) di dalam pulau untuk masa tertentu. Kita juga akan makan tengah hari di atas kapal. Perjalanan akan diteruskan sehingga ke pukul 5.30 petang untuk makan malam dan beristirehat di tempat penginapan, Fethiye.

HARI 6

FETHIYE – ISTANBUL (SP, --, --)

Selepas cukup berehat dan sarapan, kita akan pulang ke Istanbul dengan menaiki penerbangan domestik. Sampai sahaja di Istanbul, kita akan menziarahi Istana Topkapi. Selepas makan tengah hari, kita akan menunaikan solat jama’ di Masjid Sultanahmet (Blue Mosque). Kita akan singgah untuk melihat binaan indah yang agung yang menjadi binaan penting bagi umat Islam dan Kristian Ortodoks, iaitu Muzium Hagia Sophia (Optional). Seterusnya kita akan pulang berehat dan bermalam di hotel, Istanbul.

HARI 7

ISTANBUL (SP, --, --)

Selepas sarapan pagi, lawatan sambil membeli belah di Kapalı Çarşı (Grand Bazaar) yang telah mula dibina semenjak pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh. Seterusnya ke Mahmutpasa Bazaar dan Spice Bazaar. Bermalam di Istanbul.

HARI 8

ISTANBUL - PULANG (SP, --, --)

Free & Easy. Check out hotel paling lewat jam 12 tengah hari. Bertolak ke Airport paling lewat 3-4 jam sebelum berlepas ke tanah air.

Page 3: Pakej Akdeniz 8 Hari 7 Malam HARI 3 CAPPADOCIA KONYA …jejakuthmaniyyah.com/wp-content/uploads/Flagship-Akdeniz... · 2018-11-15 · serta rumah ibadat. ... Tiket lawatan yang tidak

PAKEJ TERMASUK

❖ Penginapan untuk 7 malam di hotel beserta sarapan ❖ Tour Guide Profesional untuk beberapa lawatan utama ❖ Tour Leader JU terlatih sepanjang perjalanan ❖ Pengangkutan khas sepanjang perjalanan ❖ Tiket Penerbangan Domestik 2x [15kg luggage per pax] ❖ Airport Transfer 6x ❖ Tiket lawatan: Panorama 1453, Istana Topkapi, private

boat island hopping, Underground City ❖ Sarapan pagi (SP) bermula hari ke-2 trip ❖ Tip untuk Tour Leader & Tour Guide Profesional

PAKEJ TIDAK TERMASUK

❖ Perbelanjaan Peribadi ❖ Makan tengah hari (MT) & makan malam (MM)

[kecuali yang dinyatakan & tidak termasuk minuman] ❖ Tip untuk pemandu ❖ Tiket lawatan yang tidak dinyatakan atau Optional ❖ Tiket penerbangan antarabangsa ❖ Takaful kembara/insuran pelancongan

INFO HOTEL

DESTINASI HOTEL KATEGORI Istanbul Wishmore Hotel Cappadocia Mycave Hotel Special Class

Isparta Nis Hotel Special Class Fethiye Alesta Yatch Hotel

❖ Tempat penginapan adalah seperti di atas atau yang setaraf

HARGA PAKEJ [DEWASA]

BILANGAN PES. JENIS PAKEJ HARGA 14 Dewasa Trip Gabungan RM 2,999 12-13 Dewasa Trip Gabungan RM 3,139 10-11 Dewasa Trip Gabungan RM 3,369 8-9 Dewasa Trip Gabungan RM 3,709 6-7 Dewasa Trip Gabungan RM 4,269

❖ Tertakluk kepada terma & syarat

HARGA PAKEJ [KANAK-KANAK]

UMUR JENIS PAKEJ HARGA 0-1 Tahun Tanpa Katil RM 299 2-9 Tahun Tanpa Katil RM 631 2-9 Tahun Dengan Katil Tambahan RM 1,859

❖ 10 tahun dan ke atas adalah dikira dewasa

Page 4: Pakej Akdeniz 8 Hari 7 Malam HARI 3 CAPPADOCIA KONYA …jejakuthmaniyyah.com/wp-content/uploads/Flagship-Akdeniz... · 2018-11-15 · serta rumah ibadat. ... Tiket lawatan yang tidak

DEPOSIT DAN PEMBAYARAN

❖ Pilihan Pertama : Bayaran Penuh ❖ Pilihan Ke-2 :

a) Deposit : RM 500 setiap seorang b) Bayaran ke-2 : 50% daripada jumlah c) Bayaran ke-3 : 100% daripada jumlah

❖ Sebelum buat apa-apa bayaran, dapatkan invois daripada pihak konsultan Jejak Uthmaniyyah dahulu.

❖ Pembayaran penuh seawal mungkin sangat dihargai. ❖ Pembayaran deposit tidak akan dipulangkan jika

pembelian tiket penerbangan sudah dibuat oleh pihak konsultan JU atau Jejak Vacation Networks (JVN) Sdn Bhd.

❖ Tidak ada pemulangan wang apabila pembayaran kedua sudah dibuat.

TERMA DAN SYARAT

❖ Harga pakej adalah untuk susunan bilik ‘double/twin room’ hingga ‘triple room’. Penambahan kos daripada harga pakej untuk ‘single room’.

❖ Harga pakej bergantung pada bilangan peserta dewasa.

❖ Semua sebut harga yang ditawarkan diberi di dalam Ringgit Malaysia (RM).

❖ Pembayaran dalam matawang lain akan mengikut nilai tukaran semasa.

❖ Pihak kami berhak membuat perubahan pada kadar pertukaran nilai matawang semasa di Turki atau sebarang peningkatan kos yang ditetapkan kerajaan tempatan atau perubahan nilai cukai ditetapkan.

❖ Pihak JVN Sdn Bhd berhak untuk membuat perubahan pada jadual program yang dicadangkan mengikut kesesuaian situasi tanpa mengurangkan khidmat yang sudah dinyatakan dan dijanjikan.

NOTA PENTING

❖ Musim salji bermula daripada pertengahan Disember hingga Februari. Musim bunga bermula daripada akhir Mac hingga May. Musim panas bermula daripada Jun hingga Ogos. Musim luruh bermula daripada September hingga November.

❖ Harga pakej yang ditawarkan tidak termasuk dengan penerbangan antarabangsa kerana peserta & tetamu kami datang dari pelbagai negara Asia contohnya Malaysia, Singapura, Brunei dan warganegara yang bekerja atau menetap di luar negara.

❖ Kami mampu membantu anda untuk pembelian tiket penerbangan antarabangsa.

❖ Jangan bimbang jika tuan atau cikpuan hanya seorang sahaja, anda boleh sertai trip gabungan/campuran ini yang mana pihak JU/JVN Sdn Bhd akan kumpulkan para peserta pada tarikh tertentu pada setiap bulan. Kami akan sedaya upaya untuk mencari peserta untuk anda dipasangkan sesama jantina untuk ‘twin room’ atau ‘triple room’. Pilihan terakhir adalah ‘single room’.

❖ Harga pakej ini juga tidak termasuk dengan makan tengah hari (MT) & makan malam (MM) kecuali yang dinyatakan pada jadual program di atas. Tujuannya adalah kerana lebih memberi kebebasan memilih makanan dengan kuantiti yang mereka mahu di Turki ini. Malah ia lebih menjimatkan kepada para tetamu kami yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan makanan tempatan, maka mereka boleh membawa makanan dari Malaysia seperti Brahim, Maggi, sambal hitam dll sebagai penambah perisa semasa makan makanan Turki yang rasanya tak sama seperti di rantau kita.

❖ Jika tuan & cikpuan inginkan PRIVATE GROUP TOUR iaitu trip persendirian dikalangan kumpulan anda sahaja, harga pakej bergantung pada bilangan peserta dan jumlah hari. Kelebihan mengambil PRIVATE TOUR adalah jadual tarikh dan program mengikut kehendak sendiri dan fleksibel melalui persetujuan bersama. Untuk sebarang persoalan dan maklumat lanjut boleh terus hubungi konsultan JU melalui Whatsapp: En. Shafiq : +90551 711 2174 [Wakil Di Turki] Puan Nurul : +6018 391 7948 [Wakil Di Malaysia] En. Shihab : +6013 353 7576 [Wakil Di Malaysia]

Page 5: Pakej Akdeniz 8 Hari 7 Malam HARI 3 CAPPADOCIA KONYA …jejakuthmaniyyah.com/wp-content/uploads/Flagship-Akdeniz... · 2018-11-15 · serta rumah ibadat. ... Tiket lawatan yang tidak