pakaian puteri perak

4
Pakaian puteri perak INFO Merujuk kepada Ensiklopedia Sejarah Kebudayaan Melayu, pakaian Puteri Perak, merupakan pakaian tradisi negeri Perak yang terdiri daripada baju, seluar panjang, kain samping dan selendang. Pakaian ini sama seperti baju kurung cekak musang yang dipakai oleh lelaki Melayu. Perbezaannya ialah pakaian ini tidak dipakai sedondon tetapi dipakai dengan kombinasi warna yang berlainan. R.J Wilkinson di dalam bukunya Papers On Malay Subject, menghuraikan pakaian puteri perak terdiri daripada seluar panjang berwarna hitam, sama ada bersulam atau bersongket benang emas. Bajunya yang berkancing emas diperbuat daripada kain sutera berwarna merah atau hitam dan lengannya agak sempit. Puteri Perak memakai baju pendek yang diperbuat daripada kain berbunga warna merah, biru, ungu dan kadang-kadang ada juga yang berwarna emas. Ia juga dianggap sebagai pakaian paling romantik seabad yang lalu. Prof. Siti Zainon Ismail dalam bukunya, Pakaian Cara Melayu turut menghuraikan tradisi pemakaian berseluar di kalangan wanita diteruskan sebagai pakaian puteri dan wanita di Perak sebagai Pakaian perak atau potong Acheh-Perak’ dan Pahang. Kesinambungan ini dapat dianggap meneruskan ciri pemakaian wanita agung Aceh yang terlibat dalam peperangan melawan penjajah. Tradisi ini juga kata siti Zainon mempunyai unsur Islam, iaitu pakaian menutup aurat dan anggota tubuh khususnya kalangan wanita. Busana Perak Seluar Acheh sutera bertenun benang emas, berkain samping diikat di pinggang dengan tali pinggang dan pending, berbaju leher cekak musang diserikan dengan selendang panjang dilampaikan di bahu kanan dan hujung selendang yang sebelah lagi disangkutkan di lengan kiri merupakan persalinan terkenal Puteri Perak. Bermula dari penghijrahan Sultan Muzaffar Shah, putera sulung Sultan Mahmud maka terbentuk sebuah kerajaan di tepian Sungai Perak. Maka wujud sistem pengganti dalam institusi kesultanan, bermula dengan Raja Di Hilir, Raja Bendahara, Raja Muda dan Paduka Seri Sultan. Institusi kesultanan ini melahirkan pakaian istiadat gemilang warna warni mengikut kedudukan dan martabat golongan istana. Pakaian diraja ini dibuat dari songket bunga tabur sedondon. Lelaki memakai Baju Melayu Cekak Musang, tengkolok, bengkung dan ikatan samping Perak. Wanita memakai pakaian Puteri Perak berseluar panjang songket jong sarat Lelaki berbaju Melayu Cekak Musang, kain samping ikatan Perak, berbengkung dan kepala berhias Justar Sering hiasan kepala yang dipakai di hari perkahwinan.

Upload: rubyyanghashim

Post on 08-Nov-2015

695 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

sumber net

TRANSCRIPT

Pakaian puteri perak

INFO

Merujuk kepada Ensiklopedia Sejarah Kebudayaan Melayu, pakaian Puteri Perak, merupakan pakaian tradisi negeri Perak yang terdiri daripada baju, seluar panjang, kain samping dan selendang. Pakaian ini sama seperti baju kurung cekak musang yang dipakai oleh lelaki Melayu. Perbezaannya ialah pakaian ini tidak dipakai sedondon tetapi dipakai dengan kombinasi warna yang berlainan.

R.J Wilkinson di dalam bukunya Papers On Malay Subject, menghuraikan pakaian puteri perak terdiri daripada seluar panjang berwarna hitam, sama ada bersulam atau bersongket benang emas.

Bajunya yang berkancing emas diperbuat daripada kain sutera berwarna merah atau hitam dan lengannya agak sempit.

Puteri Perak memakai baju pendek yang diperbuat daripada kain berbunga warna merah, biru, ungu dan kadang-kadang ada juga yang berwarna emas.

Ia juga dianggap sebagai pakaian paling romantik seabad yang lalu.

Prof. Siti Zainon Ismail dalam bukunya, Pakaian Cara Melayu turut menghuraikan tradisi pemakaian berseluar di kalangan wanita diteruskan sebagai pakaian puteri dan wanita di Perak sebagai Pakaian perak atau potong Acheh-Perak dan Pahang.Kesinambungan ini dapat dianggap meneruskan ciri pemakaian wanita agung Aceh yang terlibat dalam peperangan melawan penjajah.

Tradisi ini juga kata siti Zainon mempunyai unsur Islam, iaitu pakaian menutup aurat dan anggota tubuh khususnya kalangan wanita.

Busana PerakSeluar Acheh sutera bertenun benang emas, berkain samping diikat di pinggang dengan tali pinggang dan pending, berbaju leher cekak musang diserikan dengan selendang panjang dilampaikan di bahu kanan dan hujung selendang yang sebelah lagi disangkutkan di lengan kiri merupakan persalinan terkenal Puteri Perak.

Bermula dari penghijrahan Sultan Muzaffar Shah, putera sulung Sultan Mahmud maka terbentuk sebuah kerajaan di tepian Sungai Perak. Maka wujud sistem pengganti dalam institusi kesultanan, bermula dengan Raja Di Hilir, Raja Bendahara, Raja Muda dan Paduka Seri Sultan. Institusi kesultanan ini melahirkan pakaian istiadat gemilang warna warni mengikut kedudukan dan martabat golongan istana.

INCLUDEPICTURE "http://www.heritage.gov.my/upload/Content/image/perak002.jpg" \* MERGEFORMATINET

Pakaian diraja ini dibuat dari songket bunga tabur sedondon. Lelaki memakai Baju Melayu Cekak Musang, tengkolok, bengkung dan ikatan samping Perak. Wanita memakai pakaian Puteri Perak berseluar panjang songket jong sarat

Lelaki berbaju Melayu Cekak Musang, kain samping ikatan Perak, berbengkung dan kepala berhias Justar Sering hiasan kepala yang dipakai di hari perkahwinan. Wanita memakai pakaian Puteri Perak berseluar Acheh dan berselendang songket penuh

Pakaian Puteri Perak yang diubahsuai menjadi pakaian kebiasaan tetapi masih mengekalkan ciri-ciri sut 5, baju, seluar, samping, selendang dan bengkung

Baju Sikap Perak yang juga telah diubahsuai sebagai pakaian kebiasaan tetapi mengekalkan ciri-ciri asal Baju Sikap

Pakaian Zarith Gangga direka sebagai salah satu pakaian perkahwinan puteri diraja Perak. Pakaian kemban dari songket dipadankan dengan Kebaya les dan selendang dari pinggang yang dilepaskan di belakang bahu

Pakaian Puteri Perak dari baldu hitam dan seluar Aceh songket. Selendang dan samping juga dari songket tenun Terengganu

Pakaian Panglima - Baju Sikap ungu dipadankan dengan Baju Melayu dan bersamping songket, bengkung dan tengkolok

Pakaian Putera Perak - Baju Sikap baldu bertekat dipadankan dengan Baju Melayu Cekak Musang, samping dan bertali pinggang

Baju Sikap digayakan selengkapnya - baju dalam, kain samping diikat lepas, bertali pinggang, tengkolok dan dokoh

Segak berbaju Melayu Cekak Musang fabrik sari coklat bersulam benang emas, berkain samping dan tengkolok songket sedondon

Baju Kebaya Pendek dari kain les dipadankan dengan kain tenun sutera Terengganu. Pakaian seperti ini dipakai di Perak di dalam tahun-tahun 1930-an

Baju Kebaya Labuh kain les yang dipadankan dengan kain songket sarung

Kebaya Labuh broked merah cili dipadankan dengan kain merah polos, berselendang renda keemasan, tali pinggang dan dokoh berantai

Baju Puteri Perak juga dipanggil Baju Adat Aceh. Digayakan dengan selendang, pending bertali pinggang, dokoh berantai bercucuk sanggul dan dahi berhias gendek

Baju Melayu Cekak Musang dipadankan dengan kain samping songket berbengkung dan kepala berhias Justar Sering yang dipakai di hari perkahwinan