paint ball

Upload: haikal

Post on 22-Jul-2015

617 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

a few information about paintball.

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN 1.1 SEJARAH PAINTBALL

Paintball pertama telah dihasilkan oleh Syarikat Cat Nelson pada tahun 1950 untuk tujuan penandaan pokok dari jarak jauh. Permainan paintball pertama telah dimainkan oleh dua sahabat didalam hutan Henniker dan New Hampshire dan seterusnya ianya dijadikan satu permainan sukan. Seramai 12 pemain telah memulakan sejarah permainan paintball pada 27 Jun 1981 dengan menggunakan pistol Nel-Spot 007. Mereka ialah Bob Jones, Ronnie Simpkins, Jerome Gary, Carl Sandquist, Ritchie White, Ken Barrett, Joe Drinon, Bob Carlson, Lionel Atwill, Charles Gaines, Bob Gurnsey dan Hayes Noel. Permainan mendapatkan bendera atau Survival ini telah di adakan di kawasan berkayu seluas 80 ekar.

Bermula pada tahun 1976 apabila Hayes Noel seorang brokersaham dan Bob Gurnsey teruja apabila mendengar pengalaman rakan mereka Charles Gaines yang ke Afrika. Apa yang membuat mereka teruja ialah kisah Gaines memburu kerbau di sana. Permainan paintball juga diinpirasi dan dipengaruhi dunia penulisan dan pada peringkat awal turut disertai oleh mereka yang terlibat dalam dunia penulisan. Hayes Noel dan dan Bob Gurnsey mendapat inspirasi memperkenalkan permainan paintball berdasarkan pengaruh sebuah cerita pendek.

The Most Dangerous Game (The Hounds of Zaroff) tulisan Richard Connellpada 19 Januari 1924. Cerita pendek itu disiarkan dalam Collier's Weekly.

Permainan paintball pertama diadakan pada tahun 1981. Antara pemain awal ialah seorang penulis novel dan penulis di Sports Illustrated bernama Bob Jones, pemburu berpengalaman

1

bernama Ronnie Simpskins, petani dari Alabama yang juga pemburu badak bernama Jerome Gary dan beberapa pemain lain melibatkan 12 pemain keseluruhan. Pada 9 Ogos 2009, permainan paintball Merdeka telah dianjurkan buat kali ketiga oleh PTS Publication & Distributor. Melibatkan 14 orang pemain terdiri daripada wakil penerbit, rakan-rakan pembaca buku terbitan PTS, ahli keluarga dan sahabat handai. .Sesetengah orang berpandangan, permainan paintball dapat dicirikan di dalam dunia perniagaan hari ini.

Pertama, melibatkan strategi bagaimana kemampuan sebuah kumpulan bertindak menguasai kawasan dengan setiap satu memainkan peranan serang dan lindung rakan lain. Konsep kerjasama adalah elemen penting bagi menguasai permainan ini. Kedua, melibatkan kebijaksanaan pengurusan kos dan meningkatkan survival dalam permainan. Jumlah pallet yang digunakan adalah kos bagi memastikan pasukan dapat memenangi pertempuran itu. Dapat dilihat bagaimana strategi yang betul dalam pengurusan kos mempengaruhi survival organisasi secara keseluruhan menggunakan prinsip pada masa dan tempat yang sesuai.

Permainan ini mempunyai peraturan tersendiri iaitu menewasakan pihak lawan menggunakan pallet yang merupakan peluru cat. Senapang yang digunakan di panggil paint marker menggunakan CO2 atau gas mempat seperti HPA dan Nitrogen bertujuan menghasilkan kuasa tujahan setiap kali picu ditarik.

1.2 LATAR BELAKANG SUKAN PAINTBALL

Paintball telah diperkenalkan sejak dua puluh tahun yang lalu di Amerika Syarikat sebagai National Survival Games (NSG). Pada waktu itu, permainan paintball lebih cenderung kepada simulasi peperangan dengan ciri-ciri ketenteraan seperti pakaian celoreng, tektik dan

2

terminologi ketenteraan dan juga penggunaan Paint Marker yang mirip seperti senjata api. Paintball kini berubah wajah dari hutan ke stadium dari terminologi ketenteraan ke terminologi kesukanan dan juga dari celoreng ke jersi dan dari simulasi peperangan ke pertandingan sukan. Malah, paintball kini dikenali sebagai Sukan Paintball.

Sukan paintball merupakan sukan rekreasi luar yang paling pesat berkembang serta mendapat tarikan yang hebat daripad peminat sukan ekstrim, dimana pada masa kini ia meraih tempat ketiga di dalam sukan ekstrim paling popular di Eropah dan Amerika Syarikat menurut National Sporting Goods Association (NSGA) dan National Profesional Paintball League (NPPL).

1.3 ASAS PERMAINAN SUKAN PAINTBALL

Sukan paintball merupakan sukan berkumpulan yang mana dua kumpulan akan bertanding di dalam satu perlawanan. Setiap kumpulan mestilah mempunyai bilangan ahli kumpulan yang sama iaitu, 5, 7 atau 10 orang ahli. Secara umumnya, setiap kumpulan mempunyai flag station yang ditempatkan di dalam kawasan masing-masing untuk dikawal oleh ahli.

Objektif permainan ini adalah penguasaan kawasan dan kubu lawan dengan setiap peserta mengatur strategi untuk mara ke kawasan lawan. Kemenangan dicapai apabila bendera kubu pihak lawan ditawan. Selain itu, kaedah lain untuk menewaskan pihak lawan adalah dengan menembak pihak lawan. Apabila terdapat kesan warna akibat terkena tembakan dakwat di anggota badan peserta, peserta tersebut dianggap terkeluar daripada permainan. Namun, saiz dakwat itu mestilah berukuran minima saiz duit syiling 50 sen. Bagi setiap perlawanan

3

mengambil masa sepanjang 5 hingga 10 minit bergantung kepada saiz padang dan jumlah peserta dan modul permainan.

2.0 ALATAN DAN KESELAMATAN

Keselamatan adalah pekara paling utama sepanjang berlangsungnya permainan paintball ini. Hal ini kerana kecuaian dalam aspek keselamatan boleh mendatang kecederaan. Di dalam permainan paintball ini, aspek kesematan yang di ambil kira adalah pada pemakaian semasa permainan.

Nama Paintball bullet

Gambar

Fungsi Diperbuat daripada selaput lemak haiwan dan lemak sayuran manakala isinya diperbuat daripada jenis

pewarna makanan berunsurkan air. Kesan warna paintball ini mudah dibasuh dengan air, tidak bertoksik dan tidak mendatangkan kesan

4

sampingan

jika

terkena

pada

bahagian anggota badan pemain.

Paint marker

Sebagai

senjata

paintball

yang

merangkumi loader dan CO2 tank

Loader

Juga

dikenali

sebagai

paintball

magazine iaitu tempat bullet.

Co2 tank

Untuk memberikan kuasa tujahan apabila pincu senjata ditekan

Facemask/Goggles

Melindungi muka daripada terkena dakwat paintball secara terus

5

Barrel cover

Sebagai permainan

keselamatan kerana

sebelum untuk

mengurangkan risiko tertekan pincu paint marker.

Neoprene gloves

Mengelakkan tangan dari berpeluh dan menybabkan tangan licin.

Body armor

Melindungi badan daripada tujahan bullet.

Neck guard

Melindungi leher dari terkena dakwat paintball secara langsung.

6

Knee guard

and

shin

Melindungi kaki dari tujahan bullet.

3.0 PADANG Terdapat dua jenis padang yang digunakan iaitu yang dibauat oleh manusia atau dikenal sebagai bunker dan padang yang berunsurkan alam semulajadi. Pada yang berunsurkan alam semula jadi, permainan ini masih dikekalkan untuk di mainkan di kawasan hutan yang telah dikhaskan penggunaannya dan direka bentuk bagi tujuan permainan paintball ini. Padang bagi permainan paintball ini lazimnya mempunyai saiz segi empat tepat yang bersaiz 180 kaki (54.89 meter) panjang dan 100 kaki lebar (30.84 meter). Bagi setiap padang mempunyai 2 buah bendera yang mana setiap satu kumpulan akan memegang satu bendera untuk dikawal dari dirampas dari pihak musuh. Bendera ini akan diletakkan pada setiap hujung padang bagi kawasan masing-masing dan apabila di rampas oleh pihak lawan akan diletakan pada bahagian tengah-tengah padang tanda kemenangan.

7

Padang buatan manusia dengan menggunakan bunker sebagai penghadang. Setiap padang akan diletakkan 15 hingga 40 bunkers yang mempunnyai bentuk berbeza. Saiz bunker sekurang-kurangnya 5 kaki atau 1.52 meter tinggi.

Padang yang menggunakan elemen semulajadi sebagai medan pertempuran.

8

3.1 JARING Jaring keselamatan adalah yan penting sekali semasa perlawanan ini berlangsung. Peraturan memasang jarring ini teleh termaktub di dalam RULE BOOK dan NPPL. Setiap jaring akan dipasang pada ketinggian 20 kaki tinggi sebagi pelindung kepada para penonton, dan pegawaipegawai penjaga daripada terkena bola paintball ini. Terdapat banyak saiz yang selalu digunakan , tetapi lazimnya jarring berukuran 180`-100` digunakan. Walaubagamanapun tiada saiz yang tertentu di kenakan, ia bergantug kepada pihak pengurusan.

4.0 ARAHAN PERMAINAN 1) Dalam permainan ini, arahan akan di berikan oleh pengadil sebelum dan juga selepas bermain.

2) Setiap padang permainan akan mempunyai minima lapan Pengadil Padang (Field Referee) yang akan diketuai oleh seorang Ketua Pengadil (Head Referee). Semua pengadil padang serta ketua pengadil akan berada di bawah pengawasan langsung Pengurus Pengadil (Referee Manager). Pengadil-pengadil ini akan berada di

9

sempadan kawasan yang ditanda dan ditetapkan. Pemain tidak boleh melepasi sempadan pengadil ini.

3) Sebelum permainan dimulakan, Pengadil Padang akan memberikan arahan kepada setiap pemain seperti barrel socks off, safety pin off, test shoot on the groud dan touch barrel on the gate.

4) Apabila arahan barrel socks off diberikan setiap pemain perlulah membuang barrel yang ada pada hujung barrel. Sarung barrel ini perlulah di simpan pemain sepanjang permainan di jalankan. Kelalaian berlaku apabila barrel socks ini terjatuh dari simpanan pemain pada jarak 1.5 meter boleh menyebabkan pemain tersingkir dari perlawanan (OUT). Apabila arahan safety pin off dikeluarkan, setiap pemain perlulah membuang pin pada pain marker. Kemudian, arahan test shoot on the ground dikeluarkan, setiap pemain perlulah menembak pin dengan dituju ke tanah. Dan terakhir sekali sebelum perlawanan dijalankan arahan touch barrel on the gate dikeluarkan .

5) Selepas pengadil padang memberi arahan tersebut, pemain-pemain akan menyentuh barrel paint marker pada pagar tersebut dan bersedia untuk mulakan permainan.

6) Sebelum mulakan permainan, Ketua Pengadil ( Head Referee) akan memberikan arahan playing on 3,2,1 ready for 10 second and GO! GO! GO!

7) Dalam permainan, pengadil padang akan memeriksa pemain yang masih hidup.

10

8) Pemain yang telah ditembak, pengadil akan memberi arahan OUT. Pemain yang telah keluar akan dibawa keluar ataupun diletakan di safety zone. Safety zone adalah kawasan dimana menempatkan pemainpemain yang teleh disingkirkan.

9) Permainan tamat, Pengadil padang akan memeriksa pemain-pemain yang tinggal sama ada ia CLEAN. Clean disini adalah pemain tidak mempunnyai kesan terkena tembakan dakwat.

10) Ketua pengadil akan memberi arahan GAME OVER apabila permainan tamat.

5.0 BENDERA Terdapat dua jenis kedudukan bendera iaitu kedudukan bendera di tengah-tengah padang yang mana kedua-dua kumpulan perlu cepat untuk merebut bendera ini dan kemudian membawa balik ke rumah/pagar kumpulan. Manakala kedudukan yang kedua pula adalah bendera yang diletakkan pada pagar/rumah setiap kumpulan. Setiap kumpulan perlulah mara ke kawasan pihak lawan untuk merampas bendera kumpulan mereka. Permainan dianggap tamat apabila bendera berjaya dibawa ke rumah/pagar kumpulan. jenis 1 jenis 2

bendera

rumah/pagar

11

6.0 STRATEGI Untuk merencanakan strategi yang baik dalam permainan ini, elemen penting mestilah diketahui dan difahami sepenuhnya. Antara elemennya ialah: a) Mengetahui peranan Setiap pasukan paintball yang baik mesti mengetahui peranan seluruh ahli pasukan. Keperluan asas atau pengetahuan mestilah diketahui oleh pemimpin (leader) untuk diikuti oleh ahli kumpulan lain supaya strategi yang dirancang oleh leader dikuti oleh mereka. Ini membolehkan mereka mempunyai hala tuju ke arah matlamat bersama dalam permainan. Pemimpin yang boleh memberi motivasi kepada tentera untuk mencapai kemenangan dengan memastikan mereka mengikuti rancangan itu dan menyimpan matlamat yang sama di barisan hadapan dalam permainan mereka. b) Pengetahuan Strategi mesti dibangunkan melalui mempunyai seluruh pengetahuan kursus bagi mereka yang sedang bermain permainan tersebut. Pengetahuan pihak lawan

mungkin tidak begitu mudah didapati untuk melakukan strategi menumpaskan mereka. Oleh itu, sudah tentulah, sebelum perlawanan kita boleh bercakap

dengan mereka dan memikirkan berapa lama mereka telah bermain c) Peralatan Peralatan adalah sangat penting dalam merangka strategi. Pasukan perlu berpakaian sesuai sebagai hijau untuk menyerupai alam sekitar. Topeng sentiasa perlu dipakai dan paint marker perlu berada dalam keadaan yang baik. d) Fizikal Elemen utama yang terakhir adalah keupayaan fizikal. ianya sebagai sebahagian daripada strategi dan penting membuat persediaan fizikal sebelum permainan12

dimulakan. Ini kerana biasanya, semasa perlawanan pemain akan banyak berjalan untuk mengambil posisi.

7.0 LIGA Liga paintball adalah merupakan satu organisasi di mana menyediakan pertandingan yang dikawal selia oleh penganjur kepada pemain-pemain paintball yang menyertainya. Terdapat pelbagai saiz bentul liga (contohnya peringkat serantau, kebangsaan atau antarabangsa) dan ada juga kejohanan untuk pasukan professional, semi-profesional dan amatur dengan hadiah berbentuk nilai wang. Liga kebangsaan British pertama adalah Liga Paintball British yang diwujudkan pada tahun 1989 oleh Gary Morhall, Richard Hart danWildermuth Derek di Essex England dan Sehingga 2010, liga utama termasuk NPPL dan PSP di Amerika Syarikat, Siri Milenium di Eropah barat, siri Centurio di Eropah Timur,dan Persatuan Paintball Collegiate Kebangsaan di Amerika Syarikat dan Kanada (liga A juga telah dicipta untuk sekolah tinggi dan pemain kolej, NCPA.) Ini adalah senarai liga paintball yang mengikut tahap liga professional dan semi-profesional :

1. North American leagues 2. U.S. regional leagues 3. Paintball leagues outside the U.S. 4. European Paintball leagues 5. Tactical Paintball leagues/Associations outside US13

8.0 FORMAT KEJOHANAN masa acara paintball berdasarkan liga menjalankan kejohanan itu, di mana ia menetapkan peraturan perlawanan seperti bilangan pemain setiap pasukan (3-10 pemain setiap pasukan). Bilangan perlawanan dalam kejohanan selalunya mengikut jumlah pasukan yang bermain. Perlawanan dalam sesuatu kejohanan adalah dirujuk oleh juri pengadilan, di mana kuasa dan keputusan adalah muktamad. Peraturan pertandingan boleh berbeza-beza sebagaimana yang dinyatakan dalam liga, tetapi mungkin termasuk sebagai contoh, tidak membenarkan pemain untuk menggunakan alat-alat untuk berkomunikasi dengan orang lain semasa permainan dijalankan, atau tidak membenarkan pemain mengubah susun atur bentuk muka bumi di gelanggang. Berbeza dengan permainan kasual yang direka untuk keseronokan, kejohanan yang lebih ketat dan pelanggaran peraturan boleh mengakibatkan penalti untuk pemain atau pasukan keseluruhan. Walaupun perlawanan paintball pada asalnya dimainkan di dalam hutan, speedball menjadi format standard kompetitif pada tahun 1990-an di mana ia dimulakan secara kecilkecilan di mana ia menggunakan rupa bentuk bumi sebagai seperti bunker tiruan. 9.0 PASUKAN PROFESSIONAL Satu pasukan paintball yang profesional adalah salah satu pasukan yang bermain dengan mempunyai kewangan, peralatan dan lain-lain jenis sokongan atau penajaan dan inilah yang membezakan pasukan ini dengan pasukan yang lain dalam sesuatu kejohanan dan liga yang disertai.

14

10.0 PERBINCANGAN Strategi yang efisien sangat penting dalam merancakkan lagi perjalanan permainan ini dari awal hinggalah akhir. Kesemua ini mestilah dirancang dari awal lagi sebelum memulakan permainan. Kata sepakat dan perbincangan yang telus mesti dibuat untuk mendapat persefahaman diantara ahli kumpulan dalam satu team. Ini kerana, permainan ini bukanlah melibatkan individu sahaja, malah ia merupakan kerja dalam satu kumpulan kecil dan sikap bekerjasama dan persefahaman antara satu sama lain mestilah dipupuk dari awal. Persediaan sebeginilah sangat penting dalam permainan paintball ini. Permainan ini baru sahaja bertapak di Negara ini. Malah, sampai sekarang, sukan ini tidak mendapat sambutan di kalangan rakyat ini berbanding permainan bola sepak. Ini kerana, kos untuk sukan ini terlalu tinggi berbanding sukan lain. Oleh sebab itulah sukan ini tidak terlalu popular seperti sukan lain. Walaubagaimanapun, sekarang banyak tempat pelancongan menyediakan

perkhidmatan sukan ini. Dengan cara inilah, sukan ini sedikit demi sedikit mula menular dalam Negara ini. Khidmat sukan yang dibuat juga merupakan cara bagi mereka untuk mendapatkan keuntungan dan sumber pendapatan hasil daripada khidmat sukan ini. Dengan kata lain, ia turut memberi faedah kepada kedua-dua belah pihak sama ada terhadap pengurus tempat pelancongan mahupun pelanggan yang menyertai sukan ini di tempat mereka.

15

11.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, permainan ini merupakan permainan yang sangat unik dan sesuai di mainkan terutamanya golongan belia. Ini kerana, permainan ini bukan hanya memerlukan fizikal yang lebih, malahan, ia juga memerlukan daya mental yang lebih untuk memikirkan bagaimana hendak menyusun strategi permainan untuk menewaskan musuh pada masa yang sama daya fizikal digunakan. Bukan itu sahaja, ia melatih para pemain berdisiplin dan bersemangat untuk memenangi permainan ini disamping melatih kecekapan pemain untuk peka terhadap bahaya dipersekitaran yang sedang menanti. Bukan itu sahaja, permainan ini sememangnya perlu diketengahkan pada masa sekarang di Negara ini terutamanya kepada golongan-golongan muda yang bakal memimpin dan mempertahankan Negara satu hari nanti.

16