page teori

23
2.0 Teori Kaunseling Menurut Kamus Dewan (1986) teori merupakan pendapat yang dikemukan untuk menerangkan sesuatu ilmu pengetahuan ataupun asas-asas kasar yang menjadi dasar pembentukan (perkembangan) sesuatu pengetahuan ini bermakna teori itu merupakan sesuatu penerangan terhadapa sesuatu perkara dan akibat boleh didasarkan kepada tindakan masa hadapan. Pertama teori sangat penting kerana ia memberi erti, keyakinan dan sebagai hala tuju kepada kaunselor dalam usaha membantu kliennya yang mengalami pembagai masalah dalam kehidupa. Dalam usaha kauselor membantu kliennya dia perlu tahu apa yang akan dilakukan dan yakin dia boleh membantu kliennya. Kedua teori sangat penting kerana ia memberi fokus kepada kaunselor-kaunselor tentang apakah tindakan yang bakal dilaksanakan terhadap klienya. Berdasarkan teori juga kaunselor dapat merancang tindakan yang bakal diambil bagi membantu klien dan tidak boleh mengambil tindakan sesuka hati tanpa merujuk kepada mana-mana teori. Teori dapat digunapakai sebagai panduan untuk membantu kaunselor bagi merancang dan membuat persediaan sebelum menjalankan sesuatu proses kaunseling. Dalam proses temu bual saya bersama klien, saya telah menggunakan Teori Pemusatan Perorangan. Teori ini dipelopori oleh Carl Rogers dalam tahun 40an di mana pada mulanya dinamakan kauseling bukan-arahan (1940an, kaunseling pusatan-klien (1950) dan kemudian ditukarkan kepada terapi pemusatan perorangan pada 1980an dimana klien dapat mengaplikasikan apa yang diperolehi di dalam dan di luar makmal serta klien yang menentukan hala tuju dan menyelesaikan masalahnya dengan panduan daripada kaunselor (Corey, 2001).

Upload: haanan-gunnasagaran

Post on 14-Sep-2015

229 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

teori

TRANSCRIPT

2.0 Teori KaunselingMenurut Kamus Dewan (1986) teori merupakan pendapat yang dikemukan untuk menerangkan sesuatu ilmu pengetahuan ataupun asas-asas kasar yang menjadi dasar pembentukan (perkembangan) sesuatu pengetahuan ini bermakna teori itu merupakan sesuatu penerangan terhadapa sesuatu perkara dan akibat boleh didasarkan kepada tindakan masa hadapan. Pertama teori sangat penting kerana ia memberi erti, keyakinan dan sebagai hala tuju kepada kaunselor dalam usaha membantu kliennya yang mengalami pembagai masalah dalam kehidupa. Dalam usaha kauselor membantu kliennya dia perlu tahu apa yang akan dilakukan dan yakin dia boleh membantu kliennya. Kedua teori sangat penting kerana ia memberi fokus kepada kaunselor-kaunselor tentang apakah tindakan yang bakal dilaksanakan terhadap klienya. Berdasarkan teori juga kaunselor dapat merancang tindakan yang bakal diambil bagi membantu klien dan tidak boleh mengambil tindakan sesuka hati tanpa merujuk kepada mana-mana teori. Teori dapat digunapakai sebagai panduan untuk membantu kaunselor bagi merancang dan membuat persediaan sebelum menjalankan sesuatu proses kaunseling.Dalam proses temu bual saya bersama klien, saya telah menggunakan Teori Pemusatan Perorangan. Teori ini dipelopori oleh Carl Rogers dalam tahun 40an di mana pada mulanya dinamakan kauseling bukan-arahan (1940an, kaunseling pusatan-klien (1950) dan kemudian ditukarkan kepada terapi pemusatan perorangan pada 1980an dimana klien dapat mengaplikasikan apa yang diperolehi di dalam dan di luar makmal serta klien yang menentukan hala tuju dan menyelesaikan masalahnya dengan panduan daripada kaunselor (Corey, 2001).Rogers telah mengemukakan konsep kemesraan dan pentingnya hubungan yang rapat antara kaunselor dengan kliennya, kewujudan satu iklim interaksi yang penuh dengan penerimaa (teraputik daripada kedua pihak) di mana kaunselor dan klien boleh meluahkan perasaan yang terpendam secara mudah tanpa ada sekatan.

Penerimaan tanpa syarat, tulin/kongruen dan empati adalah kunci utama proses kaunseling menggunakan Teori Pemusatan Perorangan :i. Penerimaan tanpa syaratSaya menerima klien tanpa syarat dengan bersikap lebih terbuka dan mesra terhadap permasalahan klien . Selain itu, saya telah mengamalkan dengan tidak memlilih berdasarkan pangkat, warna kulit dan lain-lain. Saya tidak bersikap bias semasa memilih klien. Saya telah mengenalpasti seorang klien yang betul-betul mempunyai masalah. Penerimaan menunjukkan tiada nilai positif atau negatif di samping menerima klien sebagai seorang insan yang tersendiri, ,menerima kekuatan dan kelemahan emosi, pemikiran dan tingkah laku dan menghormati klien tanpa mengira perbezaan nilai yang dipegang oleh kilen.

ii. Ketulenan dan keterbukaan (Kongruen)Saya dapati kongruen merupakan sikap yang paling penting. Kongruen bermaksud hubungan antara kilen semasa sesi adalah tulen dan bersungguh-sungguh mahu memberi tumpuan kepada masalah yang hadapi. Sikap kongruen mampu meluahkan perasaan secara sukarela dan ikhlas. Saya telah mengamalkan dengan mewujudkan perhubungan yang jujur dan tidak berpura-pura semasa sesi dijalan. Saya juga telah mem

iii. Empati Sikap empati ialah salah satu usaha keras untuk merasai pengalaman yang sedang dihadapi oleh klien. Saya telah mengamalkan sikap empati dengan peka terhadap keadaan dalaman dari segi pemikiran dan emosi yang sedang dirasai oleh klien. Sikap ini membawa kewujudan hubungan yang akrab. Hasil empati membolehkan klien lebih yakin kepada saya dan diri sendirinya.

Rogers tidak mempunyai set teknik atau tatacara tertentu semasa sesi bimbingan. Walaubagaimanapun untuk memudahkan saya menjalankan sesi kaunseling dan mencapai hasil matlamat yang baik, Langkah-langkah berikut diikuti dalam pengendalian sesi bimbingan.

Langkah Pertama : i. Penstrukturan Pada peringkat permulaan, saya menerangkan klien kepada proses serta ekspektasi kepada proses dan saya menyediakan peluang melalui perbualan. Semasa langkah ini, klien diberi peluang untuk menanya soalan tentang proses, kerahsiaan, kekerapan, perjumpaan dan jangka masa sesi. Sedangkan klien merupakan seorang murid Tahun 6 dan seorang murid yang senyap saya telah mengambil peluang untuk menerangkan bahawa saya akan laksanakan satu sesi bimbingan dengannya selama 30 minit. Perbualan temu bual sesi bimbingan ini akan dirakam untuk tujuan kerja kursus saya. saya juga telah berjanji bahawa rakaman video ini tidak akan ditunjukkan kepada sesiapa pun dan perbualan serta perkongsiaan masalah ini adalah rahsia antara kami berdua sahaja. Saya juga memaklumkan kepada klien bahawa saya akan berjumpanya kerap kali untuk berbual bersama. Setelah semua dijelaskan dan mendapat persetujuaan klien saya mulakan sesi bimbingan. Cikgu : Hai Yap. Awak apa khabar hari ini?

Klien : Khabar baik cikgu.

Cikgu: Baiklah Yap. Hari ini kita akan menjalankan sesi kaunseling yang pertama. Segala perbualan kita akan dirahsiakan.

Klien: Ok cikgu.

Memandangkan saya telah beberapa kali berjumpa dengan klien semasa rehat dan berbual santai bersama klien selepas makan dapat mewujudkan hubungan yang teraputik dan agak mudah untuk meneruskan hubungan serta mendapat kepercayaan yang tinggi daripada klien saya.

Bercakap santai semasa waktu rehat.Saya telah berjumpa dengan klien beberapa kali secara tak formal iaitu semasa waktu rehat di kantin sekolah. Saya akan perhatikan klien dari jauh dengan melihat kelakuan klien semasa makan, cara pergaulan (bersosial) klien bersama dengan rakan sekelas dan banyak lagi. Setelah pastikan klien habis makan, saya akan mendekati dan menegurnya. Saya akan bercakap santai dengannya.

Langkah Kedua : ii) Membina hubungan iii) Menyatakan Masalah Melalui Penerokaan iv) Meneroka Masalah (Senario)Sebelum saya memulakan sesi saya terlebih dahulu telah membina hubungan yang baik dengan klien. Saya mengambil kira dengan mengutamakan keselesaan klien dengan menanya tentang keadaan fizikal kerusi, fizikal bilik sesi dijalankan, fizikal dari segi aspek pengudaraan bilik dan banyak lagi. Dalam masa yang sama, saya telah meminta kebenaran klien sebelum memulakan sesi. Saya menunjukkan prihatin yang baik terhadap klien supaya dapat mewujudkan perhubungan yang mesra, saling mempercayai dan rasa selamat apabila bersama saya sepanjang sesi dijalankan. Suasana sekeliling dan tingkah laku yang mesra akan menyakinkan sekali gus dapat membina hubungan. Cikgu: Emm..awak selesa duduk di bilik tayangan ini? Rasa panas tak?

Klien: Selesa tapi saya rasa panas sikit.

Cikgu: Ok..awak rasa panas. (Cikgu bangun dan tekan suis kipas lagi satu dan duduk balik)

Cikgu: Yap, Yap selesa tak duduk di kerusi ini? Awak rasa dekat sangat ke dengan cikgu?

Klien: Ok..ok (sambil mengangguk)

Cikgu : Baiklah..boleh kita mulakan sesi?

Klien: Boleh, boleh (sambil mengangguk)

Cikgu: Ok Yap..jadi awak tak ada kawan rapatlah di kelas. Ok macam mana pulak dengan..awak ada tak kawan yang awak tak suka di kelas?

Klien: Ada..ada, Chong.

Cikgu: Owh..nama dia Chong. Aha..emm, ok. Awak tak suka Chong. Kenapa awak tak suka Chong eh Yap? Apa dia buat dengan awak?

Klien: Dia curi barang saya.

Seterusnya, saya telah meneroka masalah klien berdasarkan senario yang berlaku disekeliling persekitaran murid. Saya membuat penerokaan dengan memulakannya dengan mengaitkan masalah di kelas klien.

Cikgu : Bila dia ambil keychain awak, awak buat apa?

Klien : Emm..dengan dia gaduh.

Cikgu: Awak gaduh dengan dia? (terkejut) Owh, nampaknya awak gaduh dengan Chong. Awak geram lah dengan apa yang dia buat dengan awak? Awak marah dengan dia kan?

Klien: Emm (sambil mengangguk)

Cikgu: Gaduh tu buat apa?

Klien: Saya pukul kepala dia..dia gigit tangan saya, lepas tu saya pukul muka dia, Lepas tu masa balik saya mahu tunggu dia, dia angkat itu kaca atau pisau, dia cucuk tangan saya. (sambil tunjukkan tangannya)

Melalui sesi bimbingan ini, saya telah meneroka masalah klien dengan dapati klien terlibat dalam pegaduhan dengan kawannya. Saya meneroka masalah klien dengan menanya beberapa soalan lagi. Cikgu : Baiklah, daripada apa yang awak ceritakan ini, cikgu dapati Yap memang selalu banyak kali gaduhlah dengan kawan-kawan. Betulke apa yang cikgu cakap ini?

Klien: Betul

Cikgu: Banyak kali yae gaduh dengan kawan-kawan dekat sekolah?

Klien: (Mengangguk)

Cikgu: Yap, awak banyak bergaduh ini, awak belajar daripada siapa?

Klien: (Senyap)

Langkah Ketiga : v) Alternatif vi) Pemilihan AlternatifPada langkah ini saya telah menggunakan terapi sebagai proses pemulihan sikap dan emosi yang dihadapi oleh klien saya. Terapi dapat membantu menggalakkan klien dalam meluahkan perasaan dan pemikirannya di mana dia tidak boleh lahirkan dengan perkataan dengan secara verbal. Saya telah menggunakan terapi mainan sebagai langkah alternatif bagi menggalakkan respon klien semasa sesi bimbingan dijalankan.

Permainan semasa Terapi MainanSemasa terapi mainan di jalankan klien dapati tidak beminat dengan terapi tersebut. Terapi ini tidak membantu klien untuk meluahkan perasaannya. Dalam pada itu, klien telah menunjukkan satu lukisan komputer miliknya berserta dengan aksesori computer dengan baik sekali.

Klien melukis komputer dan aksesori Oleh itu, saya telah mengambil keputusan dengan memilih terapi seni sebagai langkah alternatif yang efektif bagi klien saya. Menurut American Art Association, terapi seni adalah satu profesion kesihatan mental yang menggunakan proses kreatif dalam lukisan untuk menambah baik dan menyempurnakan fizikal, mental dan emosi individu di bawah semua peringkat umur.Terapi seni boleh diertikan sebagai suatu bentuk terapi ekspresif yang menggunakan media warna, kapur, pensil dan marker diintegerasikan dengan terapi psikoterapiutik dan teknik proses kreatif..Langkah Keempat : vii) Penilaian viii) PenamatanLangkah ini Sebelum sesi bimbingan tamat, saya telah membuat rumusan dan maklum balas dengan membuat pengukuhan apa yang klien akan buat selepas sesi selesai. Saya juga telah mengucapkan terima kasih kerana memberi kerjasama semasa sepanjang sesi dijalankan.

Jelaslah bahawa Teori Pemusatan Perorangan yang diasaskan oleh Carl Rogers adalah satu teori yang cukup berkesan dalam proses kaunseling. Teori ini mewujudkan suasana penerimaan terhadap klien tanpa syarat, proses yang aman dan damai dan kefahaman yang mendalam terhadap klien. Perhubungan yang mesra dan erat di antara kaunselor dan klien cukup dititik beratkan oleh Rogers. Teori dan prinsip yang diamalkan oleh Rogers membantu saya dalam melaksanakan sesi bimbingan dengan klien saya. saya mengaplikasikan teori ini kerana teori ini hanaya memerlukana perhubungan yang memperlihatkan sifat-sifat tulus ikhlas, kejujuran, ketulenan, menerima tanpa syarat dan berempati dengan tepat.

3.0 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS KAUNSELINGSeorang kaunselor yang baik haruslah mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu. Antaranya ialah tingkah laku seperti memberi perhatian, kemahiran mendengar, kemahiran memandu klien, penjelasan, memberi nasihat, refleksi idea, refleksi perasaan, penjelasan, idea atau interpretasi, kekonkritan, kesenyapan, penjelasan masalah, rumusan dan teknik bertenang. Kemahiran-kemahiran ini adalah bagi menjamin kualiti hubungan yang dibina anatar kaunselor dan klien (Aziz Salleh, 2007). Dalam sesi bimbingan, saya telah mengaplikasikan beberapa kemahiran asas kaunseling seperti kemahiran membina hubungan, kemahiran melayan, kemahiran memberi perhatian, kemahira n mendengar, refleksi, parafrasa, kemahiran menyoal, kemahiran menyemak persepsi, kemahiran menghadapi kesenyapan dan kemahiran meminta penjelasan,KEMAHIRAN BERKOMUNIKASIMenurut Abdul Malek(2003), komunikasi yang berkesan dan baik mampu menarik perhatian pendengar. Kemahiran berkomunikasi yang berkesan dapat menyampaikan idea, maklumat, perasaan dan mempamerkan ekspresi tingkah laku serta emosi yang menggalakkan semasa proses kaunseling dijalankan. Komunikasi berkesan membawa kepada suasana yang mesra, menggalakkan klien meluahkan perasaan dan mewujudkan rasa selamat ketika berada dalam sesi kaunseling.Kemahiran membina hubunganSaya telah menggunakan kemahiran ini sewaktu di awal sesi bimbingan bersama klien. Kemahiran membina hubungan penting supaya klien terus memberi kerjasama yang memeyakinkan dalam proses kaunseling. Saya telah menekankan aspek suasana teraputik dan jarak komunikasi.a) Suasana teraputikBagi mewujudkan suasana bilik teraputik, saya telah memilih bilik tayangan yang aman dan tenang tanpa gangguan. Suasana seperti ini memudahkan perbincangan dimana klien tidak berasa terancam dan mudah untuk meluahkan perasaan.Cikgu: Emm..awak selesa duduk di bilik tayangan ini? Rasa panas tak?

Klien: Selesa tapi saya rasa panas sikit.

Cikgu: Ok..awak rasa panas. (Cikgu bangun dan buka kipas lagi satu dan duduk balik)

b) Jarak komunikasiJarak yang sesuai antara klien dan kaunselor adalah penting bagi menimbulkan keselesaan kepada kedua-dua pihak. Hal ini juga bagi memudahkan kaunselor melihat perubahan wajah dan mimik muka klien. Kedudukan L telah diaplikasikan dalam sesi bimbingan ini. Saya juga telah bertanyakan kepada klien tentang jarak dan kedudukan kerusi sama ada sesuai atau tidak.Cikgu: Yap, Yap selesa tak duduk di kerusi ini? Awak rasa dekat sangat ke dengan cikgu?

Klien: Ok..ok (sambil mengangguk)

KEMAHIRAN MELAYAN

Kemahiran ini telah digunakan bagi membantu klien meluahkan cerita terutamanya mereka yang kurang aktif dalam berkomunikasi seperti dalam kes klien saya. Saya telah melibatkan beberapa kombinasi perbuatan seperti kontak mata, bahasa tanpa lisan, ekspresi muka, kedudukan dan jarak serta dorongan minima (Abdul Malek, 2003)Sepanjang sesi bimbingan, saya mengekalkan kontak mata yang sesuai dan mengikut keselesaan klien. Pada masa-masa tertentu, saya akan mengalihkan pandangan dan ada ketikanya saya akan memandang tepat ke arah mata klien. Melalui bahasa tanpa lisan, saya dapat memberikan isyarat dan tindak balas kepada klien seperti mengangguk, menggeleng, terkejut, setuju dan sebagainya. Melalui bahasa badan yang ditunjukkan, klien dapat mengetahui dan memahami bahawa saya berminat hendak mendengar dan membantu klien secara ikhlas.Selain itu, saya juga mengekalkan ekspresi muka yang sesuai apabila menjalankan sesi bimbingan bersama klien. Ekspresi muka yang dizahirkan dapat memperlihatkan kesungguhan dan keikhlasan ketika membantu klien menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Saya banyak membuat mimik muka seperti membuka luas mata, senyum, mengerutkan dahi dan sebagainya. Dari aspek kedudukan dan jarak, saya telah menggunakan posisi L dan meletakkan jarak antara enam hingga lapan inci antara saya dan klien. Hal ini adalah kerana kami berlainan jantina dan klien saya tidak suka apabila berada dalam kedudukan yang dekat.Antara kemahiran melayan yang paling mudah dan penting ialah dorongan minima. Kemahiran ini banyak diaplikasikan sepanjang sesi bimbingan kerana dorongan sebegini mampu menggalakkan klien untuk terus bercerita dan meluahkan perasaan. Saya banyak membuat dorongan minima seperti anggukan kepala, berkata ya dan sebagainya.Cikgu: (Menggangguk) Ok Yap .Jadi awak tak ada kawan rapatlah di kelas. Ok macam mana pulak dengan..awak ada tak kawan yang awak tak suka di kelas?

Klien: Ada..ada, Chong.

KEMAHIRAN MEMBERI PERHATIANDalam kemahiran memberi perhatian, segala gerak-geri klien akan diperhatikan. Hal ini membantu saya untuk memahami keadaan klien dengan lebih mendalam.Saya banyak mengaplikasikan kemahiran ini ketika bersama klien. Di dalam kemahiran ini,terdapat tujuh tingkah laku iaitu kedudukan klien, postur badan, bertenang, ekspresi muka, tentangan mata, dorongan minima untuk bercakap dan intonasi suara.

KEMAHIRAN MENDENGARSeorang kaunselor yang baik akan meluangkan lebih banyak masa mendengar daripada berhujah panjang atau sekadar memberi nasihat.Beliau menumpukan sepenuh perhatian kepada klien (Maznah & Zainal, 2003).Di dalam kemahiran mendengar, saya mengimplementasikan dua bahagian iaitu mendengar secara fizikal dan mendengar dengan perasaan. Saya menunjukkan pendengaran secara fizikal dengan menumpukan pendengaran dan penglihatan saya kepada klien. Kemesraan dan sentuhan yang sesuai juga adalah bagi menunjukkan saya mendengar. Selain itu, saya juga mendengar segala luahan yang disertai denga emosi seperti marah, suka, geram dan gembira. Mendengar secara perasaan dapat membuatkan klien saya berasa lebih dekat dan terbuka untuk menceritakan masalahnya.

REFLEKSIRefleksi ialah bayangan semula tentang perasaan terhadap percakapan klien, perasaan yang tersirat dan idea-idea dari pengalaman klien. Saya akan menyebut semula apa yang sudah diperkatakan atau disebut oleh klien dalam satu rangkai kata yang pendek dan padat. Kaunselor bertindak sebagai pembayang yang mencerminkan perasaan atau keseluruhan isi yang diberitahu oleh klien. Dalam konteks kaunseling, refleksi dapat diklasifikasikan kepada tiga iaitu reflesi perasaan, refleksi isi dan refleksi pengalaman. Sewaktu membuat refleksi isi, saya menyatakan semula idea penting klien dengan frasa kata yang ringkas.Semasa sesi bimbingan dijalankan, saya banyak membuat refleksi perasaan. Kemahiran ini dapat membantu saya mendengar dengan empati dan aktif mengenai klien. Refleksi perasaan bermaksud membuat respons terhadap fakta yang berkaitan dengan emosi yang klien lahirkan. Refleksi yang tepat dapat membantu klien meluahkan lebih banyak isi penting berkaitan dengan perasaannya.Klien : Emm..dengan dia gaduh.

Cikgu: Awak gaduh dengan dia? (terkejut) Owh, nampaknya awak gaduh dengan Chong. Awak geram lah dengan apa yang dia buat dengan awak? Awak marah dengan dia kan?

Tambahan lagi, saya turut menggunakan refleksi pengalaman ketika bersama klien. Kemahiran ini adalah bagi memberi maklum balas kepada pengalaman yang menyeluruh oleh klien. Refleksi pengalaman memfokus kepada gerak-geri tubuh badan seperti cara sebutan, air muka, cara duduk dan gerak. Saya juga ada memberi respons klien berdasarkan pengalaman yang pernah saya lalui.

PARAFRASASepanjang sesi kaunseling, saya akan membuat parafrasa iaitu mengulang balik kata-kata kunci dalam perbualan klien. Hal ini bertujuan untuk menyemak kefahaman saya yang sepenuhnya mengenai masalah yang disampaikan oleh klien. Ia juga membantu saya unyuk mengingati isi-isi penting yang telah disampaikan oleh klien. Pada masa yang sama, parafrasa yang dilakukan oleh kaunselor dapat menimbulkan celik akal kepada klien dalam menyelesaikan masalahnya apabila mereka mempunyai kesedaran kendiri (Maznah & Zainal, 2003).Klien: Ya. Lepas tu ada banyak darah sampai satu tangan

Cikgu: Haa..ya banyak darah keluar yae, sebab cucuk dengan kaca kan. Lepas itu?

KEMAHIRAN MENYOALAntara salah satu kemahiran yang paling penting dan perlu ada di dalam sesuatu sesi bimbingan ialah kemahiran menyoal. Kemahiran ini membolehkan seseorang kaunselor mengumpul lebih banyak maklumat yang diperlukan daripada klien. Selain itu, kemahiran ini dapat memberikan panduan, meningkatkan perhubungan dan mencapai tujuan kaunseling. Saya telah menggunakan kedua-dua jenis penyoalan dalam kemahiran ini iaitu soalan tertutup dan soalan terbuka.a) Soalan tertutupTujuan soalan ini diutarakan adalah bagi mendapatkan kepastian bagi sesuatu fakta, maklumat khusus, memendekkan masa bercakap dan memberi arahan tertentu. Saya akan bertanyakan soalan jenis ini apabila mahukan jawapan yang khusus, tepat dan tidak memerlukan penjelasan lanjut.Cikgu: Awak kelas apa eh? Cikgu lupa lah.

Klien : Saya 6 Sentosa.

b) Soalan terbukaSoalan berbentuk terbuka memerlukan jawapan yang lebih jelas dan huraian yang agak panjang. Soalan ini ditanya bagi menggalakkan klien meluahkan perasaannya, memberi maklumat tanpa rasa tertekan dan meneroka perkara yang sedang dibincangkan. Saya banyak bertanyakan soalan jenis ini bagi mendapatkan maklumat yang lebih mendalam daripada klien.Cikgu: Yap, awak banyak bergaduh ini, awak belajar daripada siapa?

Klien: Senyap

PENDEDAHAN KENDIRIKemahiran ini ialah dimana kaunselor berkongsi maklumat berdasarkan pengalaman sendiri ataupun pengalaman lain yang berkaitan. Hal ini adalah bagi membolehkan klien berasa masalah yang dihadapi mereka bukanlah sesuatu yang ganjil ataupun sangat teruk. Kemahiran ini telah saya aplikasikan sewaktu menjalankan sesi bimbingan bersama klien.

Cikgu: Emm..memang betul peraturan sekolah. Apabila berlaku pergaduhan macam antara awak dengan Chong memang akan dipanggil untuk berjumpa dengan guru disiplin. Ok?

KEMAHIRAN MENYEMAK PERSEPSIKemahiran ini adalah bagi mengesahkan persepsi kaunselor berdasarkan pernyataan yang dikeluarkan oleh klien. Kemahiran ini juga membolehkan klien membetulkan persepsi yang salah daripada kaunselor. Ketika menjalankan kemahiran menyemak persepsi, saya akan membuat parafrasa daripada apa yang telah didengari dan difikirkan. Cikgu : Baiklah, daripada apa yang awak ceritakan ini, cikgu dapati Yap memang selalu banyak kali gaduhlah dengan kawan-kawan. Betul ke apa yang cikgu cakap ini?

KEMAHIRAN MENGHADAPI KESENYAPANMenurut Breakwell (n.d), kesenyapan kebiasaanya berlaku apabila klien berfikir tentang beberapa idea yang dibincangkan. Dalam sesetengah situasi, klien akan menjadi senyap semasa sesi kaunselinguntuk mengorganisasi semula pemikirannya. Kesenyapan juga membawa erti bahawa klien sedang mengalami kesulitan dalam meluahkan perasaannya mahupun menceritakan ideanya. Di dalam sesi bimbingan ini, klien saya menunjukkan kesenyapan setelah ditanya tentang kesan-kesan parut di badannya. Klien tetap sesnyap setelah ditanya beberapa soalan.Klien: Senyap..

Cikgu: Saya berasa hairan mengapa kamu senyap?

Klien: Senyap

Cikgu: Mungkin kamu takut untuk menceritakan apa yang berlaku atau apa yang berada dalam fikiran kamu.

KEMAHIRAN MEMINTA PENJELASANAda kalanya klien akan meluahkan perasaan atau pemikirannya dengan bahasa yang tersendiri dan mempunyai maksud tersirat. Oleh itu, kaunselor harus menjangkau jauh untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam. Saya telah bertanyakan beberapa soalan kepada klien agar dapat penjelasan yang lebih lanjut dan pemahaman yang lebih baik.

Cikgu: Gaduh tu buat apa?

Klien: Saya pukul kepala dia..dia gigit tangan saya, lepas tu saya pukul muka dia, Lepas tu masa balik saya mahu tunggu dia, dia angkat itu kaca atau pisau, dia cucuk tangan saya. (sambil tunjukkan tangannya)

INTERVENSI KAUNSELING KANAK-KANAK Intervensi merupakan suatu teknik kanseling yang digunakan dalam sesi terapi. Terapi untuk kanak-kanak adalah berlainan dengan remaja dan orang dewasa. Ini kerana kanak-kanak masih kurang matang serta menghadapi masalah kekurangan perbendaharaan kata yang cukup untuk menjelaskan gangguan mental dan emosi yang abstrak.Oleh itu, kemahiran melaksanakan intervensi kanak-kanak melibatkan pelbagai jenis terapi. Antaranyaialah terapi bermain, terapi bercerita, terapi seni, terapi muzik dan terapi biblio. Ini adalah kerana kanak-kanak mudah menggunakan media main, cerita, lukisan dan alat muzik untuk menggambarkan pemikiran dan emosi secara semulajadi. Setelah membuat pembacaan, saya telah memilih untuk menggunakan terapi bermain dan terapi seni di dalam sesi bimbingan kali ini.

TERAPI BERMAINTerapi bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Dari aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar.Saya telah menjalankan terapi bermain secara diri-sendiri kepada klien saya. Beberapa mainan diletakkan di hadapannya dan klien membiarkan bermain secara sendiri. Walaubagaimanapun, klien saya enggan bermain dan menunjukkan reaksi yang negatif ketika diajak bermain. Terapi bermain mungkin tidak sesuai dengan klien di atas beberapa sebab. Yang pertama ialah permainan tersebut mungkin tidak menarik bagi klien. Apabila permainan tersebut membosankan, klien tidak menunjukkan minat untuk bermain dengan permainan tersebut. Sebab kedua ialah klien mungkin sudah bosan kerana telah menjalani sesi bimbingan sebelum itu. TERAPI SENI Terapi seni adalah satu profesion kesihatan mental yang menggunakan proses kreatif dalam lukisan untuk menambah baik dan menyempurnakan fizikal, mental dan emosi individu di bawah semua peringkat umur. Terapi seni juga adalah kaedah untuk menggalakkan pesakit meluahkan perasaan pemikiran mereka yang tidak boleh dilahirkan dengan perkataan melalui seni terutama lukisan.Melalui ekspresi seni murid dapat memahami cara untuk mendedahkan keperluan dalaman dan konflik jiwa serta boleh memberi bantuan dalam pencarian resolusi. Selanjutnya, pakar terapi ataupun kaunselor akan mengajak klien untuk membincangkan karya yang dihasilkan. Melalui proses ini, klien akan diminta supaya bersikap terbuka dalam meluahkan dan bercakap tentang segala emosi dan perasaan-perasaan terpendam yang dihadapi olehnya.Kaunselor akan berusaha membantu klien menyelesaikan masalah dan merungkai kegusaran yang dihadapi oleh klien berdasarkan interpretasi kaunselor terhadap gambaran ekspresif melalui hasil seni yang dihasilkan oleh klien. Melalui kaedah terapi seni ini, klien berupaya menggali perasaannya serta menyelesaikan masalah yang membelenggunya dengan cara yang berkesan dan tidak menakutkan serta menyakitkan dengan bantuan daripada kaunselor.Selain itu, kanak-kanak juga boleh menceritakan pengalaman dan menyuarakan perasaan atau emosi mereka yang terpendam.Dalam sesi bimbingan ini, klien dengan sukarela ingin melukis. Pada mulanya klien enggan bermain dengan permainan yang dibawa oleh guru bagi sesi terapi bermain. Klien tanpa sedar mula melukis apabila dia meminta id facebook kaunselor. Daripada situ, klien mengeluarkan kertas dan mula melukis komputer yang berada di rumahnya. Kesempatan ini diambil oleh kaunselor untuk mendorong klien untuk meluahkan perasaannya mengenai keluarganya dalam bentuk lukisan. Akhirnya, saya dapat menggali tentang perhubunganya dengan ahli keluarga melalui terapi seni.

KESIMPULANSetelah menjalankan sesi bimbingan bersama klien selama tiga puluh minit, dapat saya simpulkan bahawa klien saya mempunyai beberapa masalah disiplin. Yap ialah seorang murid yang baik namun apabila diganggu, dia akan menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah. Oleh itu, dia menjadi murid yang agresif dan sering bertindak kasar. Yap sering bergaduh dengan rakan sekelasnya (Chong, 6 Sentosa) sehingga membawa kecederaan.Saya telah menemu ramah beberapa orang guru ( Puan Asiah [GPK 1] dan Puan Rozlina [Guru Kelas 6 Sentosa]) untuk bertanyakan mengenai kelakuan dan sejarah Yap di sekolah ini.Yap disahkan menghidapi masalah ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorder) dan perlu mengambil ubat setiap hari. Hal ini tidak menjadi penghalang untuk Yap belajar namun dia perlu mengambil ubat supaya dia dapat mengawal hiperaktifnya di kelas. Kebanyakkan guru mengatakan Yap semakin baik berbanding semasa di Tahap Satu. Melalui pemerhatian dan maklum balas daripada guru, Yap sering keluar daripada kelas dan membantu guru menghantar slip guru ganti. Walaupun dia sering keluar daripada kelas, Yap jarang ponteng sekolah. Guru-guru juga mengatakan bahawa Yap seorang murid yang boleh dipercayai dan tidak mencuri. Setelah menjalankan sesi terapi bersama Yap, dapat saya tafsirkan bahawa sifat agresifnya bermula daripada rumah. Yap membuat lukisan yang menunjukkan abangnya mencekik, menumbuk dan memukulnya sehingga dia luka-luka dan menangis. Ibunya juga dikatakan seorang yang garang dan sering merotannya. Pernyataan ini dapat dibuktikan melalui lukisan semasa menjalankan terapi seni dan parut-parut yang jelas kelihatan di tangan dan mukanya.