paganisme

4
PAGANISME: KEPERCAYAAN ATAU AGAMA? Lindu Livan | January 22, 2014 | Column, Featured, Lindu, Malay, xlist | No Comments “Jangan sebut Pagan” Apabila kita menyebut “Pagan”, sesetengah masyarakat akan berfikir Pagan ataupun Paganism adalah penyembah berhala kepada patung, batu dan pokok dan menganggap kehidupan seorang Paganist adalah kuno dan ketinggalan zaman. Sesetengahnya juga mengatakan “kamu seorang Pagan mempunyai banyak Tuhan disembah dan jika kamu bukan seorang Kristian, Islam, Buddha dan Hindu, kamu adalah seorang Pagan. Pendek kata, jangan panggil saya Pagan dan jangan guna perkataan Pagan di dalam perkataan kamu. Ini menunjukkan perkataan Pagan seolah-olah merupakan satu senjata yang berbahaya digunakkan oleh seorang pahlawan untuk menjatuhkan musuhnya. Justeru itu, sesetengah masyarakat telah menggunakan perkataan alternatif seperti agama asal ataupun agama tradisi dengan tujuan supaya Paganist tidak dipandang rendah oleh masyarakat. Akan tetapi sejauh manakah pemikiran dan perspektif masyarakat terhadap Pagan berubah walaupun kita tidak digalakkan untuk menggunakan perkataan ini? Dari sudut renungan secara individual, saya ingin mengatakan bahawa pemikiran dan perspektif seseorang akan berubah sekiranya dia memahami siapakah itu Pagan ataupun Paganism dan bagaimana nilai kehidupan sebenar mereka dengan lebih mendalam. Saya tidak melihat penggunaan perkataan Pagan akan menjejaskan maruah, menindas dan merendah-rendahkan martabat seseorang kerana perkataan Pagan digunakan secara universal oleh seluruh masyarakat dunia dari sejak dahulu lagi. Penggunaan perkataan ini bergantung kepada pemahaman dan perspektif seseorang individu apabila mengutarakan dan membincangkan topik ini.

Upload: nurul-hanim-azahari

Post on 21-Dec-2015

15 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

mengenai kepercayaan pagan di Malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: PAGANISME

PAGANISME: KEPERCAYAAN ATAU AGAMA?Lindu Livan | January 22, 2014 | Column, Featured, Lindu, Malay, xlist | No Comments

“Jangan sebut Pagan”

Apabila kita menyebut “Pagan”, sesetengah masyarakat akan berfikir Pagan

ataupun Paganism adalah penyembah berhala kepada patung, batu dan pokok

dan menganggap kehidupan seorang Paganist adalah kuno dan ketinggalan

zaman.

Sesetengahnya juga mengatakan “kamu seorang Pagan mempunyai banyak

Tuhan disembah dan jika kamu bukan seorang Kristian, Islam, Buddha dan

Hindu, kamu adalah seorang Pagan. Pendek kata, jangan panggil saya Pagan dan

jangan guna perkataan Pagan di dalam perkataan kamu. Ini menunjukkan

perkataan Pagan seolah-olah merupakan satu senjata yang berbahaya

digunakkan oleh seorang pahlawan untuk menjatuhkan musuhnya.

Justeru itu, sesetengah masyarakat telah menggunakan perkataan alternatif

seperti agama asal ataupun agama tradisi dengan tujuan supaya Paganist tidak

dipandang rendah oleh masyarakat.

Akan tetapi sejauh manakah pemikiran dan perspektif masyarakat terhadap

Pagan berubah walaupun kita tidak digalakkan untuk menggunakan perkataan

ini?

Dari sudut renungan secara individual, saya ingin mengatakan bahawa pemikiran

dan perspektif seseorang akan berubah sekiranya dia memahami siapakah itu

Pagan ataupun Paganism dan bagaimana nilai kehidupan sebenar mereka

dengan lebih mendalam. Saya tidak melihat penggunaan perkataan Pagan akan

menjejaskan maruah, menindas dan merendah-rendahkan martabat seseorang

kerana perkataan Pagan digunakan secara universal oleh seluruh masyarakat

dunia dari sejak dahulu lagi.

Penggunaan perkataan ini bergantung kepada pemahaman dan perspektif

seseorang individu apabila mengutarakan dan membincangkan topik ini. Maka,

saya lebih selesa menggunakan perkataan Pagan di dalam penulisan kedua saya

untuk mengupas lebih lanjut tentang Paganism.

Pagan itu apa?

Page 2: PAGANISME

Christopher King dari University’s Archaeology Department mengatakan bahawa

“Recent archaeological studies of paganism highlight that Paganism was not a

formal religion with fixed doctrines and rules, but a very varied set of beliefs and

practices through which local communities interpreted their world.  Selain

itu, Marawolf of the Covenstead di dalam penulisannya pula mengatakan bahawa

“Pagan is an umbrella term covering many different religions and belief systems,

it is a spiritual way of life that rooted in the ancient nature religion. It is also

sometimes referred as “The Old Religion”, pre-Christian religion. Pagan may

practice different religions based upon their geographical location or cultural

background”.

Pagan juga dirujuk sebagai “Polytheistic Religion” dimana mereka mempercayai

banyak “Gods and Goddesses dalam penyembahan. Menurut pendefinisan oleh

nenek saya pula, Pagan merupakan kepercayaan yang diwarisi turun temurun

dari nenek moyang dan menganggap pagan itu bukan agama kerana walapun

saya seorang Kristian tetapi saya ada hak untuk mengamalkan kepercayaan ini.

Melalui perkongsian saya dengan seorang aktivis di Jogjakarta yang aktif dalam

mempertahankan hak-hak budaya masyarakat Jawa mengatakan bahawa Pagan

adalah suatu agama dasar dimana ciri-ciri asas Pagan yang menggunakan objek,

simbol di dalam penyembahan mereka juga terdapat di dalam agama-agama

seperti Kristian, Buddha dan Hindu.

Contohnya, agama Kristian menggunakan patung Jesus dan Maria didalam

gereja. Begitu juga dengan agama Hindu dan Buddha dimana Hindu

menggunakan patung Dewa Siva di dalam kuil dan Buddha menggunakan patung

Bharma di tokong.

Ciri-ciri asas Pagan ini telah diadaptasikan dan diubah suai mengikut kesesuaian

kepada agama-agama popular ini. Oleh itu, Kepelbagaian dalam pendefinisian ini

menyebabkan persoalan “apakah itu Pagan” susah untuk dijelaskan secara

terperinci.

Budaya

Apabila nenek saya menyebut bahawa Pagan adalah kepercayaan yang diwarisi

dari turun-temurun dimana nenek moyang saya memperolehi pengetahuan dari

ibunya dan diperturunkan kepada nenek saya, maka saya melihat Pagan itu

adalah suatu budaya hidup seseorang.

Page 3: PAGANISME

Ianya menjadi suatu budaya apabila saya harus bercakap dalam bahasa ibunda

saya, saya harus menetap di dalam komuniti untuk mendalami pengetahuan ini,

memahami cara hidup seorang paganist dengan lebih mendalam dan

mempelajari segala ilmu adat dan cerita-cerita rakyat yang berkait rapat cara

hidup Paganist. Perwarisan ini adalah penting supaya budaya ini tidak terputus

dan hilang begitu sahaja.

Rujukan

Pagan juga tidak mempunyai rujukan yang formal seperti Alkitab dan Al-quran

apabila mempraktikkan kepercayaan mereka. Paganist hanya bergantung

kepada ajaran dari nenek moyang melalui pendengaran dan penglihatan apabila

melakukan upacara-upacara Paganism.

Ini boleh dibuktikan melalui perkongsian cerita daripada nenek saya. Nenek saya

tidak pernah memegang alkitab dan membaca dari mana-mana sumber, akan

tetapi nenek saya mengetahui semua narrative tentang kejadian Nabi Nuh

dimana bagaimana dunia ditenggelami oleh banjir dan adanya sebuah kapal

yang besar.

Dia mengatakan bahawa semangat yang selalu membantunya iaitu “Himbou”

telah menceritakan kepadanya semua kejadian tersebut. Ini menunjukkan

semangat juga menjadi sumber segala rujukan kepada Paganist dari segi

perubatan, penceritaan, perlindunang dan yang berkaitan dengan alam. Pagan

tidak mempunyai bangunan seperti gereja, masjid, tokong dan kuil untuk

melakukan upacara mereka. Tempat suci bagi Paganist adalah tanah, batu,

sungai dan pokok dan sumber alam.

Oleh itu, Pagan dilihat bukan setakat kepercayaan dan juga agama, tetapi ianya

merupakan satu budaya dan dunia spirituality dengan alam. Pertembungan

dunia material dengan dunia spirituality menyebabkan berlakunya perebutan

ruang dan masa untuk meneliti dan mengamati apakah itu Pagan sebenar.

Doktrin-doktrin yang nyata didepan mata adalah senang dilihat dan dipelajari

berbanding Pagan. Lantas, saya berfikir apakah jadi kepada dunia jika dipenuhi

dengan teknikal kehidupan yang berpandukan kepada doktrin di atas kertas dan

ruang media.

 http://www.projekdialog.com/featured/paganisme-kepercayaan-atau-agama/