pafa ppt tjuk 8

12
PA FA FATEN FAZIRA BT MOHD NOOR FATIN FARAHANA BT ABD JALIL PIM 3110 Perkara-perkara asas fardu ain

Upload: biru-langit

Post on 28-Jul-2015

368 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pafa ppt tjuk 8

PAFAFATEN FAZIRA BT MOHD NOOR

FATIN FARAHANA BT ABD JALIL

PIM 3110Perkara-perkara asas fardu

ain

Page 2: Pafa ppt tjuk 8

PENGENALAN

beberapa perkara yang terpenting dari Fardu Ain

yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam.

PAFA hendak dipastikan supaya setiap pelajar benar-benar

mengetahui, memahami dan boleh mengamalkannya

dengan cara yang betul dan sempurna sebagaimana yang

ditetapkan oleh syarak. 

Page 3: Pafa ppt tjuk 8

TUJUAN

1)Mengenalpasti pelajar yang lemah dalam kefahaman dan amalan Perkara Asas Fardu Ain, kemudian membimbing sehingga mereka dengan sendirinya faham dan dapat mengamalkan dengan betul dan sempurna.

2)Memastikan tidak terdapat sebarang keciciran dalam Perkara Asas Fardu Ain.

Page 4: Pafa ppt tjuk 8

3) Menimbulkan dan menyuburkan keinsafan dan kerelaan yang positif untuk menghayati amalan kehidupan sehari-hari.

4) Merangsang tanggungjawab guru untuk memastikan murid menguasai dan menghayati PAFA secara berterusan.

Page 5: Pafa ppt tjuk 8

MATLAMAT PAFA

1. Mengucap dua kalimah syahadah dengan betul serta mengetahui & memahami ertinya.

3. Mengetahui,memahami dan boleh mengamalkan bersuci daripada beristinjak,membersihkan tubuh badan,pakaian dan tempat daripada najis, berwuduk, mandi wajib dan tayamum.

2. Mengingat dan memahami Rukun Islam dan Rukun Iman.

Page 6: Pafa ppt tjuk 8

4. Mendirikan solat fardu dan yang berkaitan dengannya seperti azan, iqamat, menjawab azan dan iqamat serta doanya.5. Mengetahui dan menghayati ibadat puasa, memahami hikmahnya dan perkara-perkara yang membatalkan puasa.6. Mengetahui dan menghayati akhlak mulia yang berasaskan ‘Ihsan’ dan bertolak daripada ‘Birrul Walidain’.7. Memahami dan menyakini sistem kekeluargaan Islam dalam pembentukan ummah yang kuat dan teguh.

Page 7: Pafa ppt tjuk 8

1)Wajib bagi semua pelajar beragama islam

2)Penilaian PAFA hendaklah dimulakan dari Tahun 1 hingga Tahun 6 (UPSR)

3)Penilaian PAFA hendaklah dikendalikan sepenuhnya oleh sekolah

PERATURAN

Page 8: Pafa ppt tjuk 8

4) Penilaian dijalankan sendirian oleh guru Pendidikan Islam mengikut masa dan tempat yang sesuai sebagai proses penilaian biasa yang bersifat formatif dalam pengajaran dan  pembelajaran.

5) Penilaian dijalankan secara lisan dan amali mengikut kod-kod yang telah ditetapkan. Penilaian boleh dilakukan semula untuk pengukuhan.

Page 9: Pafa ppt tjuk 8

6) Soalan dan jawapan penilaian tidaklah rahsia sebagaimana  yang dicadangkan dalam buku panduan. Apabila ujian dijalankan secara formal, murid hendaklah diberitahu awal.

7) Sepanjang tempoh penilaian tersebut, murid akan diberi masa, peluang serta bimbingan yang secukupnya untuk mengulang, serta memperbaiki kesalahan dan kelemahan. Usaha ini diteruskan sehingga mereka sendiri faham dan dapat mengamalkan sesuatu kemahiran dengan jayanya, betul dan sempurna.

Page 10: Pafa ppt tjuk 8

8) Pencapaian murid dikemaskini dari semasa ke semasa dalam borang pencapaian individu / berkelompok

9) Pemantauan proses perlaksanaan penilaian PAFA di peringkat sekolah akan dijalankan oleh Pengetua/Guru Besar dari semasa ke semasa.

10)Tandakan (/) dibuat apabila murid menguasai suatu tajuk, manakala dalam hal ibadah, dapat mengamalkan sesuatu kemahiran sekurang-kurangnya pada tahap keupayaan yang paling minimum yang dikira sah dari segi syarak.

Page 11: Pafa ppt tjuk 8

11) Murid diperakukan lulus keseluruhan PAFA apabila mereka berjaya memahami dan mengamalkan semua kod atau tajuk yang telah ditetapkan.

12) Borang pencapaian individu hendaklah disertakan bersama-sama rekod perpindahan murid sekolah lain.

Page 12: Pafa ppt tjuk 8

Contoh

#Borang pentaksiran

# Sijil PAFA