padi

Upload: hidayat-aziz

Post on 13-Oct-2015

96 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

padi mr363padi keluaran mardi

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

KHAIRUL NIZAM BIN MUHD DAUD310502MOHD HAFIZAN BIN BAHARUM310466ABDUL RAHIM BIN ABDUL RASHID310398MUHD AZHA BIN ABDUL AZIZ310490MUHD NOR HIDAYAT BIN A.AZIZ310506MUHD SYAHIR BIN ZAKARIA310518MUHD TAUFIK BIN YAHYA310522SITI MARZURA BINTI MOKHTAR 310570SITI FATIHAH BINTI RAMLI 310566NURUL AMIRAH BINTI MOHD NOR 310553ROSMALIZA BINTI ABDUL RAHIM 310561

KUMPULAN 3 (KELAS B)KURSUS PADI DAN PERTANIAN POTENSI TINGGI (226)PENGENALANTanaman padi adalah tanaman penting bagi institusi negara ini kerana beras atau nasi merupakan makanan utama bagi penduduk di Malaysia. Dengan kemajuan yang sedia ada teknologi penyelidikan, hasil padi telah dipertingkatkan atas Dasar Agromakanan Negara (DAN) seperti yang dapat kita lihat pada tapak tanaman padi di Sekinchan,Selangor.Tanaman padi dua kali setahun telah diperkenalkan ia menjadi satu konstrain utama dalam industri padi kerana mengikut kawasan padi di Malaysia berada pada keluasan 198,272 hektar, maka sistem tanaman padi bertukar dari sistem mengubah kepada sisitem tabur terus dan hampir 90% sistem ini diguna pakai pada masa sekarang.TUJUANPanduan untuk merangka jadual kerja berasaskan penanaman padi yang akan dilaksanakan.Rujukan untuk menentukan perjalanan perlaksanaan penanaman seperti yang diingini dari masa ke semasa.Sebagai panduan untuk meningkatkan kemahiran dari aspek penanaman dan penjagaan padi bagi memastikan prestasi tanaman padi yang diusahakan mencapai tahap kesuburan dan pengeluaran hasil yang dikehendaki.Menjadi sebagai panduan dalam perancangan kawasan tapak penanaman padi supaya pengurusan tapak penanaman menjadi lebih sistematik. BOTANI TANAMAN

NAMA BIASAPADINAMA SAINTIFIKOryza sativaKELUARGAPoaceaeKULTIVAR YANG DITANAMMR 263VARIETI YANG DISYORKAN

SIFAT/CIRIMR 263Panjang tangkai(cm)27.9Panjang biji(mm)10.23Lebar biji(mm)2.23Biji bernas(%)89.2Hampa(%)10.8Berat 1,000 biji (g)29.2PENYEDIAAN TANAHPenyediaan tanah untuk sistem tanaman padi adalah berbeza kerana ia bergantung kepada jenis sistem yang digunakan iaitu,sama ada sistem tabur terus kering,sistem tabur terus basah atau sistem mengubah

PEMBERSIHAN KAWASAN

Kawasan yang telah dituai,dibersihkan semula bagi tujuan penanaman padi yang baru.Jerami dikumpulkan dan tunggul-tunggul pokok padi di bakar bersama-sama supaya proses seterusnya iaitu membajak dapat dilakukan dengan lebih mudah dan lancar.Pembakaran yang dilakukan haruslah dalam keadaan terkawal supaya pencemaran alam seperti jerebu tidak berlaku dengan teruk.Kelebihan pembersihan kawasan yang baik dapat mengurangkan perosak dan penyakit padi yang terdahulu berlaku di kawasan tersebut.

MEMBAJAK3 peringkat pembajakan dalam sistem mengubah. Pembajakan 1 (kering) dilakukan 27 hari sebelum menanam .Semburan racun rumpai 17-23 hari sebelum menanam.Pembajakan 2(kering atau basah)10-7 hari sebelum menanam.Pembajakan 3(basah)dan meratakan tanah 1 hari sebelum menanam. Sistem tabur terus kering.Pembajakan pertama dilakukan dalam keadaan kering dan seterusanya dijalankan dengan berulang-ulang sehingga tanah menjadi halus serta rata.Selepas benih ditabur,putaran kedua dijalankan untuk menggaulkan benih dan memadatkan tanah.

Sistem tabur terus basahPembajakan sama seperti dalam penyediaan tanah sistem menggubah.PERATAAN TANAHKerja-kerja perataan terbahagi kepada 2 peringkat iaitu :-Pembajakan I (kering) dilakukan 27 hari sebelum menanam.Sembur racun rumpai 17-23 hari sebelum menanam.Pembajakan II (kering@basah) 10-17 hari sebelum tanam.Pembajakan III (basah) dan meratakan tanah 1 hari sebelum menanam.

Kerja perataan tanah dilakukan pada kadar air 10cm menggunakan jentera 2 roda atau 4 roda.

MUSIM KERINGMUSIM BASAH

TEKNIK PENYEDIAAN TANAH YANG PELAJAR LAKSANAKANMengalihkan tanah ke tempat yang rendah bertujuan untuk meratakan dan menstabilkan kedudukan tapak supaya berada dalam ketinggian yang samaMemudahkan pengaliran air keseluruh tapak sawah padiMembuat parit kecil(memudahkan untuk pengaliran air masuk keluar ke tapak sawah padi)Mengalihkan tanah yangtidak rata yang berkeadaan tinggi dan berlebihan dari tengah tapak sawah ke tepi parit kecil(untuk dijadikan batas)Batas yang disediakan bertujuan untuk menyekat air bagi setiap petak sawahKeseluruhan kawasan petak sawah padi dibahagikan kepada empat bahagian untuk diberikan kepada empat kelas

SISTEM PENANAMAN PADITerdapat 3 jenis sistem penanaman padi

SISTEMCARA PERLAKSANAANTaburSerak basahbenih yang telah bercambah siap sedia untuk ditabur terus ke petak sawah yang tepu.Serak keringbenih percambahan ditabur di kawasan sawah yang kering selepas perataan.MengubahBenih direndam selama 24 jam dan ditoskan selama 48 jam.Benih pracambah ditabur dalam kotak semaian khas.Penjagaan anak benih 15-20 cm sebelum teknik mengubah dilakukan.SRI(System of rice intensification)Sawah dibiarkan tepu selama 45 hari.Anak benih 8-12 hari di tanam dalam petak sawah.

SISTEM PENANAMAN YANG PELAJAR LAKSANAKANSistem penanaman yang pelajar lakukan ialah sistem mengubah.Sebelum mengubah anak benih ,benih disemai di dalam bekas semaian yang pelajar laksanakan

PEMBAJAANAmalan pembajaan yang sempurna adalah diantara faktor utama dalam peningkatan hasil tanaman padi .perkara penting yang perlu diberi perhatian di dalam pembajaan tanaman padi ialah kadar dan masa pembajaan dilakukan.

KADAR PEMBAJAANBagi kaedah mengubah ,baja urea digunakan pada peringkat semaian iaitu sebanyak 45-50g/meter persegi 15 hari selepas benih ditabur.MASA PEMBAJAANBergantung pada variety padi,cara menanam dan musim penanaman.Pembajaan tanaman padi dilakukan secara menabur kebiasaannya dilakukan secara manual dan jarak taburan setiap lemparan adalah 3 meter.Pembajaan disawah dilakukan sebanyak 3 kali untuk cara mengubah dan tabur terus.PENGAWALAN PEROSAK BERSEPADUSatu pendekatan pengurusan kawalan perosak yang menggabungkan aktiviti pertanian seperti penggunaan variety rintang,amalan kultura,pengawasan dan ramalan perosak,kawalan biologi dan pengunaan kimia secara bijaksana dan terhad dengan mengambil kira aspek-aspek ekonomi,ekologi dan sosial

PENGGUNAAN VARIETI RINTANGVarieti padi terbaru yang mempunyai ciri-ciri rintang terhadap penyakit dan serangan perosak boleh mengurangkan kerosakan dan menyekat peningkatan perosak atau penyebaran penyakit

AMALAN KULTURADari segi peyediaan tanah yang sempurna termasuk meratakan tanah dan pengurusan air yang berkesan dapat mencegah pertumbuhan rumpai dan juga serangan terip diperingkat awal tanaman.Kadar biji benih optimum penting untuk mengelakkan pertumbuhan pokok yang terlalu padat yang boleh menyebabkan suhu dan kelembapan meningkat yang menjadikan ia sesuai untuk jangkitan penyakit.PENGGUNAAN MUSUH SEMULA JADIMelibatkan parasitisme dan pemangsaan .Musuh semula jadi yang membantu membunuh perosak perosak tanaman padi adalah labah-labah,pepatung dan kumbang-kumbang

KAWALAN PEROSAK SECARA BIOLOGIPemeliharaan ikanPenternakan itik Muscovy secara integrasi

PENGGUNAAN RACUN PEROSAK SECARA BETULDigunakan apabila ia melebihi Tahap Tindakan Kawalan (TTK)Sekiranya populasi perosak atau kejadian penyakit melebihi paras TTK,faktor-faktor seperti kehadiran musuh semulajadi,keadaan cuaca varieti padi yang digunakan dan peringkat tanaman juga perlu diambil kirasebelum tindakan diambil.

PENYAKIT PADIPenyakit utama padi di MalaysiaKarah padiHawar seludangPenyakit bintik perangBulir hitam Penyakit merah virusHawar daun bakteriaJalur daun bakteriaBakanea

KARAH PADIMERAH VIRUSHAWAR SELUDANGBINTIK PERANGBULIR HITAMHAWAR DAUN BAKTERIABAKANEA15CARA KAWALAN%CARA KAWALANKarah padiGaul biji benih dengan benomyl 4gm.Sembur racun edihenfos 0.1% b.a.Kurangkan baja nitrogen.Hawar seludangSembur dengan racun kulat 0.015-0.03% b.aBintik perangPembajaan yang cukupGaul biji benih dengan benomyl 1gm dalam 1000gm biji benih atau rendam dalam air panas pada 55c selama 5 minit selepas 8-12 jam direndam dlam air sejuk.Bulir hitamMusnahkan perumah sementara seprti panicum sp. Dan oryzae sp.Merah virusKawal pembawa virus iaitu bena hijau dengan semburan racun serangga BPMC/propoxur pada 0.1% b.aMusnahkan pokok ,tunggul dan pokok padi yang berpenyakitHawar daun bakteriaGuna biji benih yang sihatElak membaja berlebihanJalur daun bakteriaMusnahkan perumah sementara iaitu padi liarBakanea Gaul biji benih dengan capitan 4gmdalam 1000gm biji benihBiji benih dirawat dengan air panasPENGURUSAN AIRSistem pengairan adalah sistem terkawal di mana air dibekalkan dari tali air,ditakung dalam lot sawah dan disalir keluar ke dalam parit pada masa tertentu.TEKNIK PENGURUSAN AIR BAGI SISTEM MENGUBAHParas minimum air 3-5 cm bagi memudahkan pergerakan jenteraSemasa mengubah paras air yang diperlukan adalah 5-10cmTEKNIK PENGURUSAN AIR BAGI SISTEM TABUR TERUS Paras air sentiasa bertakung 5-10 cm mengikut jenis jenis tanah serta kecekapan saliran . 5-10cm

MENUAI HASILCARA MENUAIAir di dalam sawah hendaklah dibuang secara beransur ansur apabila buah padi mula menguning dan sawah dikeringkan 14 hari sebelum padi masak.Boleh dilakukan secara manual dan secara mekanikal CARA MANUALPadi perlu dibanting atau direlaikan dalam tong selepas dituai menggunakan sabit atau pisau penuai.MEKANIKALDengan menggunakan jentera jentuai hasil padi dan dibersihkan sekali gus.

UMUR PADI YANG DITUAISesuai dituai apabila buah masak 30-40 hari selepas peringkat berbungaPokok padi mengeluarkan bunga apabila berumur 80-85 hari selepas ditabur atau 90-95 hari selepas tabur semaian.

PENGENDALIAN LEPAS TUAIPenggunaan guni untuk mengisi padi yang dituai masih diamalkan dikebanyakan tempat.cara ini memerlukan banyak tenaga kerja untuk mengisi padi dalam guni dan mengangkut.Bagi sistem pukal pula ia dapat memprcepatkan kerja kerja pengendalian dan penjualan ke pusat-pusat pembelian padi.Padi yang telah dituai terus diisi ke dalam lori untuk dibawa ke kilang.Sistem pukal membolehkan hasil padi dihantar ke kilang dengan lebih cepat.Buah padi yang baru dituai perlu sampai ke kilang untuk pengeringan dalam masa 24 jam sekiranya tidak dapat dilaksanakan maka pengeringan sementara perlu dilaksanakan dengan cara menjemur atau menggunakan mesin pengering.KESIMPULANKesimpulan yang dapat kami lakukan semasa aktiviti penanaman padi ialah bermula dari segi cara penyediaan biji benih,penyediaan tanah ,sistem penanaman seperti sistem mengubah dan sistem tabur terus, teknik pengurusan air, teknik pengawalan perosak bersepadu serta penyakit padi, teknik pembajaan dengan betul di tanaman padi.Selain itu, kami dapat mengetahui teknik pembajakan mengikut sistem penanaman yang dilakukan samada sistem mengubah atau sistem tabur terus.Kami berharap tanaman padi dapat dipertingkatkan lagi di Negara ini dan dapat diperluaskan dalam pasaran luar Negara. Selain itu, ekonomi pertanian dapat dipertingkatkan dan pembekalan makanan mencukupiAkhir sekali,kami berharap teknik penanaman padi dapat diperkenalkan kepada usahawan muda supaya dapat mengetahui teknik penanaman padi di tempat mereka dan boleh menjana pendapatan.

PADI BEBAS PENYAKIT,HATI PETANI TENANG,HASIL PADI BERBUKIT,HIDUP PETANI SENANG