padi aerob varieti mria1

2
Padi Aerob Varieti MRIA1 Tahukah anda bahawa sebanyak 3,000 liter air diperlukan untuk menghasilkan hanya satu kilogram beras. Bagi negara yang makanan rujinya ialah beras, keadaan kemarau dan sumber air yang terhad boleh membawa cabaran dan mempengaruhi keselamatan makanan sesebuah negara. Pujian patut diberi kepada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) atas penyelidikan yang dijalankan sejak 2005 bagi menghasilkan baka padi aerob di negara ini. Baka padi aerob, yang mengeluarkan hasil yang tinggi, boleh ditanam tanpa air bertakung seperti yang selama ini digunakan dalam kegiatan penanaman padi secara komersial. Padi, yang juga dikenali sebagai MRIA 1, dihasilkan oleh MARDI dan dilancarkan pada 22 Ogos tahun lepas. Pembangunan padi aerob dilihat sebagai anjakan paradigma dalam industri pertanian ketika MARDI melangkah ke tahun 2014 sejajar dengan kedudukannya sebagai tanaman keselamatan makanan negara. Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr. Sharif Haron juga melihat potensi MRIA 1 untuk diusahakan di kawasan tanah persendirian yang terbiar di seluruh negara yang dianggarkan seluas 107,000 hektar. Seandainya diberi peluang mengaplikasikan sistem tanaman padi tanpa air bertakung di tanah-tanah terbiar, usaha itu dapat menjimatkan ruang dan wang negara, kata beliau. Malah cadangan itu dianggap cukup praktikal kerana sistem tanaman padi secara tradisional memerlukan perbelanjaan yang tinggi khususnya dari segi penyediaan tanah rata dan sistem pengairan yang sempurna. Bezanya, kelebihan padi aerob terletak pada ciri utamanya iaitu kemampuan untuk hidup subur dengan penggunaan air yang minimum iaitu sehingga 50 peratus kurang berbanding dengan keperluan air untuk tanaman padi secara biasa di sawah. Jika mahu diusahakan di kawasan sawah biasa, padi aerob boleh ditanam di lokasi yang kurang bekalan air kerana baka padi itu masih boleh hidup subur menggunakan sistem penyiraman ringkas atau alat perenjis biasa sahaja, kata Sharif. Untuk menguruskan tanaman ini, kajian mendapati keperluan air semusim yang sesuai ialah antara 500 hingga 750 milimeter (mm) namun keperluan itu berbeza mengikut musim, jenis tanah dan kaedah pengairan. Bagi kegiatan penanaman di sawah yang kering, pengairan perlu dilakukan sekali pada setiap lima atau enam hari. Penanaman di luar sawah pula memerlukan penggunaan alat perenjis untuk pengairan dan penyiraman yang dilakukan pada setiap empat hingga lima hari sekali sekiranya tiada hujan.

Upload: hoangkhuong

Post on 14-Jan-2017

240 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Padi Aerob Varieti MRIA1

Padi Aerob Varieti MRIA1

Tahukah anda bahawa sebanyak 3,000 liter air

diperlukan untuk menghasilkan hanya satu

kilogram beras. Bagi negara yang makanan

rujinya ialah beras, keadaan kemarau dan sumber

air yang terhad boleh membawa cabaran dan

mempengaruhi keselamatan makanan sesebuah

negara.

Pujian patut diberi kepada Institut Penyelidikan

dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) atas

penyelidikan yang dijalankan sejak 2005 bagi

menghasilkan baka padi aerob di negara ini. Baka

padi aerob, yang mengeluarkan hasil yang tinggi, boleh ditanam tanpa air bertakung seperti yang selama

ini digunakan dalam kegiatan penanaman padi secara komersial.

Padi, yang juga dikenali sebagai MRIA 1, dihasilkan oleh MARDI dan dilancarkan pada 22 Ogos tahun

lepas. Pembangunan padi aerob dilihat sebagai anjakan paradigma dalam industri pertanian ketika

MARDI melangkah ke tahun 2014 sejajar dengan kedudukannya sebagai tanaman keselamatan makanan

negara. Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr. Sharif Haron juga melihat potensi MRIA 1 untuk diusahakan di

kawasan tanah persendirian yang terbiar di seluruh negara yang dianggarkan seluas 107,000 hektar.

Seandainya diberi peluang mengaplikasikan sistem tanaman padi tanpa air bertakung di tanah-tanah

terbiar, usaha itu dapat menjimatkan ruang dan wang negara, kata beliau.

Malah cadangan itu dianggap cukup praktikal kerana sistem tanaman padi secara tradisional

memerlukan perbelanjaan yang tinggi khususnya dari segi penyediaan tanah rata dan sistem pengairan

yang sempurna. Bezanya, kelebihan padi aerob terletak pada ciri utamanya iaitu kemampuan untuk

hidup subur dengan penggunaan air yang minimum iaitu sehingga 50 peratus kurang berbanding dengan

keperluan air untuk tanaman padi secara biasa di sawah.

Jika mahu diusahakan di kawasan sawah biasa, padi aerob boleh ditanam di lokasi yang kurang bekalan

air kerana baka padi itu masih boleh hidup subur menggunakan sistem penyiraman ringkas atau alat

perenjis biasa sahaja, kata Sharif.

Untuk menguruskan tanaman ini, kajian mendapati keperluan air semusim yang sesuai ialah antara 500

hingga 750 milimeter (mm) namun keperluan itu berbeza mengikut musim, jenis tanah dan kaedah

pengairan. Bagi kegiatan penanaman di sawah yang kering, pengairan perlu dilakukan sekali pada setiap

lima atau enam hari. Penanaman di luar sawah pula memerlukan penggunaan alat perenjis untuk

pengairan dan penyiraman yang dilakukan pada setiap empat hingga lima hari sekali sekiranya tiada

hujan.

Page 2: Padi Aerob Varieti MRIA1

Apapun, pengurusan air yang baik dapat menggalakkan pembentukan akar, pengambilan nutrien oleh

padi dan pertumbuhan anak padi yang lebih baik. Pada kelembapan yang bersesuaian, benih padi MRIA

1 itu akan bercambah dalam masa tiga atau empat hari selepas ditabur manakala anggaran hasilnya

sekitar 3.5 tan metrik sehektar. Analisis mendapati hasil tuaian padi aerob mempunyai nilai mineral

tertentu yang lebih baik berbanding padi biasa, tambah beliau.

Secara keseluruhannya, Sharif berpendapat bahawa padi aerob berpotensi ditanam di kawasan sawah

berpengairan yang mengalami masalah kekurangan air atau kawasan tadahan hujan yang mana padi itu

boleh ditanam pada luar musim. Padi yang matang dalam tempoh 90 hari itu juga sesuai ditanam di

kawasan darat seperti ladang tebu, getah dan kelapa sawit jika dilengkapi dengan perenjis air.

Bagi memaksimumkan penggunaan tanah dan menambah pendapatan petani, padi aerob boleh ditanam

secara bergilir dengan tanaman lain ataupun sebagai tanaman selingan di kawasan tanam semula ladang

getah dan kelapa sawit. Malah, Sharif berpendapat petani akan berminat mengusahakan tanaman padi

itu sekiranya skim galakan dapat diwujudkan untuk mereka selain peningkatan kecekapan teknologi

pengeluarannya. Lebih penting, padi aerob akan dapat menyelesaikan masalah tanah terbiar serta

membantu meningkatkan pengeluaran beras untuk negara, katanya.

Seperti pengurusan padi sawah, tanaman padi aerob juga berhadapan dengan masalah rumpai, penyakit

dan perosak. Ketiadaan air bertakung memudahkan lebih banyak spesies rumpai untuk hidup dan

bersaing dengan tanaman padi. Justeru, penyediaan tanah yang sempurna amat penting bagi

mengurangkan masalah rumpai selain kawalan secara manual yang memberi tumpuan terhadap kadar

racun, peringkat pertumbuhan pokok padi, kelembapan tanam dan spesies rumpai.

Pemantauan berkala juga perlu pada peringkat awal pertumbuhan pokok bagi mengesan kehadiran

simptom penyakit dan kehadiran perosak yang biasanya boleh dikawal dengan penggunaan baja dan

benih pada kadar yang disyorkan. Begitu juga amalan kultur seperti pemusnahan sisa jerami, padi batat

dan perumah gantian dapat membantu mengurangkan sumber jangkitan penyakit dan tempat

pembiakan perosak.

Selain padi aerob, MARDI turut membangunkan penanaman padi bukit atau padi huma secara yang

lebih menguntungkan. Hasil transformasi cara penanaman, MARDI berjaya membolehkan hasil

pengeluaran padi bukit meningkat dua kali ganda berbanding sebelum ini, iaitu daripada satu tan metrik

sehektar kepada dua tan metrik, kata Sharif tanpa menyatakan lebih lanjut mengenai transformasi

penanaman itu.

Selain itu, jelasnya, pengusaha penanaman padi bukit kini boleh mengekalkan lokasi tanaman mereka

tanpa perlu berpindah randah dengan kualiti beras yang sama.

Bagaimanapun, penanaman padi bukit masih lagi dilakukan sekali atau semusim pada tempoh setahun.

– BERNAMA.

Artikel Penuh httpwww.utusan.com.myutusanAgrobiz20140310ag_02Padi-aerob-varieti-

MRIA1#ixzz2vdsLjqga

© Utusan Melayu (M) Bhd