p kuliah 2 2012

19
Kuliah 2 Penduduk dan Kependudukan Objektif kuliah mengenai pertumbuhan penduduk ini adalah untuk memberikan maklumat secara umum bagaimana pertumbuhan penduduk berlaku bagi memudahkan pemahaman pelajar mengenai perubahan-perubahan komponen penduduk dalam bahagian berikutnya. 2.1 Pertumbuhan penduduk Pertumbuhan penduduk merujuk kepada perubahan yang berlaku terhadap saiz populasi. Perubahan ini boleh jadi positif, negetif atau tidak berubah langsung. Apabila tiada perubahan saiz berlaku, ia dirujuk

Upload: peningla

Post on 23-Jun-2015

87 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: P kuliah 2 2012

Kuliah 2 Penduduk dan Kependudukan

Objektif kuliah mengenai pertumbuhan

penduduk ini adalah untuk memberikan maklumat

secara umum bagaimana pertumbuhan penduduk

berlaku bagi memudahkan pemahaman pelajar

mengenai perubahan-perubahan komponen

penduduk dalam bahagian berikutnya.

2.1 Pertumbuhan penduduk

Pertumbuhan penduduk merujuk kepada

perubahan yang berlaku terhadap saiz

populasi. Perubahan ini boleh jadi positif,

negetif atau tidak berubah langsung. Apabila

tiada perubahan saiz berlaku, ia dirujuk

Page 2: P kuliah 2 2012

sebagai pertumbuhan penduduk sifar (zero

population growth).

Perkara yang paling menarik mengenai

pertumbuhan penduduk dunia ialah

bagaimana jumlah penduduk yang asalnya

hanya beberapa ratus ribu atau juta orang

pada peringkat awal (sebelum tahun 1750)

telah tumbuh sehingga mencapai berbilion-

bilion orang dengan begitu pantas.

Pada peringkat lebih awal pertumbuhan

penduduk kira-kira 10,000 tahun dahulu

sebelum masehi, pertumbuhan penduduk

cuma dianggarkan sebanyak 0.0001% setahun.

Page 3: P kuliah 2 2012

Pada peringkat ini manusia menjalankan

aktiviti pertanian dan perternakan binatang

secara asas, bilangan penduduk hanya

bertambah sebanyak 5 hingga 10 juta orang

setiap tahun.

Ahli antropologi menyatakan bahawa jumlah

tersebut adalah bersesuaian dengan

keupayaan menyediakan makanan melalui

aktiviti mengutip dan memburu. Kekurangan

bekalan makanan menyebabkan pertumbuhan

penduduk menjadi perlahan.

Kemajuan dalam bidang pertanian yang

menyebabkan berlaku pertambahan bekalan

makanan telah meningkatkan jumlah bilangan

penduduk kepada 300 juta orang pada tahun

pertama Masihi dan mencapai 800 juta orang

menjelang tahun 1750an. Pada tahun 1990,

penduduk dunia dianggarkan berjumlah 5.3

billion orang dan menjelang pada tahun 2012

penduduk dunia sudah melebihi 7 bilion

orang.

Page 4: P kuliah 2 2012

Pertumbuhan Penduduk Dunia / Bilion

1 bilion pada tahun 1804

2 bilion pada tahun 1927 -masa berganda 123 tahun

3 bilion pada tahun 1960 – masa berganda 33 tahun

4 bilion pada tahun 1974 – masa berganda 14 tahun

5 bilion pada tahun 1987 – masa berganda 13 tahun

6 bilion pada tahun 1999 – masa berganda 12 tahun

7 bilion pada tahun 2011 – masa berganda 11 tahun

Mengapa Ahli Kaji Penduduk berminat untuk

mengetahui mengenai bilangan penduduk dunia?

Ini kerana kajian mengenai kependudukan

adalah sangat penting untuk memahami

cabaran yang dihadapi dunia pada hari ini.

Antara persoalan-persoalan penting yang

cuba diselesaikan oleh ahli kaji penduduk

termasuklah:

i) Adakah kita perlu mengurangkan populasi

penduduk dunia?

ii) Adakah kita harus biarkan terus penduduk

dunia bertambah?

iii) Apakah kesan jika kita mengawal

kelahiran?

iv) Apakah kesannya pula jika kelahiran

berlaku tanpa kawalan?

Page 5: P kuliah 2 2012

Selepas bermulanya Revolusi Industri pada

kurun ke 18, taraf hidup manusia menjadi

semakin baik, kebuluran dan penyebaran

penyakit berjangkit tidak lagi berlaku di

beberapa kawasan. Ini menyebabkan

pertumbuhan penduduk berlaku dengan

sangat pantas.

Pertumbuhan penduduk dunia juga berlaku

dengan pesat selepas Perang Dunia Kedua,

kebanyakan penduduk di negara-negara

sedang membangun mulai meningkat secara

drastik.

Lutz, Sanderson dan Scherbov (2004) percaya

bahawa pertumbuhan penduduk akan

mencapai kemuncak pada sekitar 9 bilion

orang yang dijangkakan berlaku sebelum

tahun 2030. Mereka percaya bahawa saiz

penduduk dunia akan mulai menurun apabila

mencapai peringkat tersebut.

Adalah sukar untuk dinyatakan apa yang akan

berlaku pada abad yang akan datang kerana

hanya dengan perbezaan kecil kelahiran atau

kadar kematian boleh menyebabkan perbezaan

yang besar berlaku terhadap unjuran

penduduk jangka panjang. Namun begitu,

Page 6: P kuliah 2 2012

semua orang percaya bahawa pertumbuhan

penduduk secara global akan berakhir dalam

beberapa waktu dalam abad ke 21 ini.

Pertumbuhan penduduk dunia (J Shape

Curve)

Kesimpulannya selepas berjuta-juta tahun

penduduk dunia berkembang dengan sangat

perlahan, populasi manusia akhirnya meledak

berganda dan terus berganda sehingga

mencapai jumlah berbilion-bilion orang.

2.1.1 Faktor mempengaruhi pertumbuhan

penduduk

Usman Hj Yaakob (1989) menjelaskan secara

umumnya pertumbuhan belaku disebabkan

oleh 3 faktor utama, iaitu:

Page 7: P kuliah 2 2012

1. Revolusi industri dan pertanian yang

berlaku di negara-negara Barat,

khususnya di Eropah. Kemajuan dalam

sektor industri, pertanian, perbandaran,

perhubungan dan penggunaan sumber

tenaga yang bermula daripada kayu, arang

batu, gas, hidro dan petroleum.

Dengan mengeksploitasi sumber-sumber

tenaga ini, manusia tidak lagi tertumpu

di kawasan tertentu sahaja. Manusia mulai

membina penempatan baru yang akhirnya

meningkatkan bilangan penduduk

dunia.

2. Penaklukan orang Eropah terhadap

Amerika Utara, Amerika Latin, Asia,

Afrika, Australia dan New Zealand. Mereka

membuka penempatan dan kawasan

pertanian baru di tanah jajahan mereka.

Kesan daripada penghijrahan orang Eropah

ini menyebabkan penduduk Amerika

Latin dan Amerika Utara meningkat kepada

100 juta pada tahun 1900 berbanding hanya

sejumlah 15 juta orang pada tahun 1650.

Page 8: P kuliah 2 2012

3. Kemajuan dalam bidang perubatan dan

kesihatan awam. Penyakit berjangkit

dapat dikawal. Kemajuan dalam aspek

penjagaan kebersihan menyebabkan

kadar kematian menurun.

Kesan daripada penurunan kematian di

negara-negara membangun, penduduk

di negara tersebut tumbuh antara 2-3

peratus setahun. Di Eropah, pertumbuhan

penduduk lebih 1 peratus setahun.

Ledakan penduduk yang berlaku pada tahun

1960an di Asia juga berpunca daripada

fenomena ini.

Selain daripada peningkatan kadar

kelahiran, penurunan kadar kematian juga

memberi kesan terhadap pertumbuhan

penduduk dunia.

Kadar kelahiran kasar merupakan bilangan

kelahiran hidup bagi setiap 1000 orang

penduduk pada tahun tertentu. Manakala

kadar kematian kasar pula merujuk kepada

bilangan kematian yang berlaku bagi 1000

orang penduduk pada tahun yang sama.

Page 9: P kuliah 2 2012

Perbezaan jumlah kelahiran dan jumlah

kematian ini menjadi ukuran terhadap

pertumbuhan semulajadi yang menentukan

cepat atau perlahan pertumbuhan penduduk di

sesuatu kawasan.

Kadar

Kelahiran

Kasar (per

1000 orang)

Kadar

Kematian

Kasar (per

1000 orang)

Kadar

pertumbuhan

semulajadi =

Kadar Kelahiran –

Kadar kematian

31 11 20 (positive)

22 24 -2 (negative)

23 23 0 (zero)

Kadar kelahiran umum merujuk kepada

bilangan purata kelahiran bagi setiap wanita

sepanjang hidup mereka. Kadar kelahiran

ini berbeza mengikut wilayah yang

berasingan.

Kadar kelahiran purata di Afrika boleh

(negara sedang membangun) mencapai 7

kelahiran, berbanding dengan kadar

kelahiran di negara maju seperti Eropah

hanya mewakili 1 kelahiran.

Page 10: P kuliah 2 2012

Kadar kelahiran kasar di Mali ialah 7.38 dan

7.37 di Nigeria, keadaan ini dijangka akan

menyebabkan berlaku pertumbuhan

penduduk yang tinggi beberapa tahun akan

datang melainkan kadar kelahiran boleh

dikurangkan.

Sebagai contoh, pada tahun 2007 jumlah

penduduk di Mali ialah 12 juta orang.

Sekiranya corak kadar kelahiran yang tinggi

ini berterusan, jumlah penduduk Mali

dianggarkan bertambah kepada 15 juta

orang pada tahun 2015.

Negara-negara lain yang mempunyai kadar

kelahiran yang tinggi termasuklah

Afghanistan 6.64, Yaman 6.49 dan Samoa

4.21.

Konsep penting yang berkaitan dengan

kadar kelahiran ialah “peringkat

penggantian kelahiran” [fertility

replacement level]. Konsep ini

menjelaskan bilangan kelahiran hidup yang

diperlukan oleh setiap wanita untuk

mengekalkan paras populasi semasa.

Page 11: P kuliah 2 2012

Bagi negara-negara maju, saiz kelahiran

minimum yang diperlukan untuk

membolehkan sesebuah populasi itu terus

berkembang ialah 2.1.

Namun begitu, angka yang nyatakan sukar

untuk diterima dalam dunia nyata. Ini

kerana penggantian tidak akan berlaku

sekiranya kanak-kanak tersebut tidak

mencapai usia dewasa dan membina

keluarga sendiri. Ada ketikanya mereka

mengalami masalah kesuburan atau tidak

mahu berkahwin dan berkeluarga.

Oleh itu angka yang lebih realistik

diperlukan.

Penduduk di negara sedang membangun

dan mundur memerlukan bilangan kelahiran

sekitar 2.3 orang disebabkan oleh kadar

Page 12: P kuliah 2 2012

kematian yang tinggi dalam kalangan

penduduk dewasa dan kanak-kanak.

Kadar kelahiran di Amerika Syarikat

sebagai contoh berada di bawah tahap

penggantian (2.09). Manakala kadar

kelahiran penduduk dunia sekarang ialah

2.59, mengurang daripada 2.8 pada 2002

dan 5.0 pada tahun 1965.

Kumpulan penduduk dalam sesebuah negara

yang mempunyai kebudayaan dan

kepercayaan yang berbeza menunjukkan

corak kelahiran yang berbeza. Sebagai

contoh, walaupun keseluruhan kelahiran di

Amerika Syarikat ialah 2.09, kadar

kelahiran bagi penduduk Hispanic 3.0,

Afrika Amerika 2.2 dan 1.9 bagi masyarakat

Asia dan Kepulauan Pasifik.

2.1.2 Pertumbuhan penduduk sifar

Bagaimana pertumbuhan penduduk sifar

boleh berlaku?

Pertumbuhan penduduk sifar terjadi apabila

sesebuah negara mempunyai kadar

kelahiran dan kadar kematian yang

Page 13: P kuliah 2 2012

seimbang. Pertumbuhan penduduk sifar

dalam jangka panjang akan menyebabkan

penduduk negara tersebut mengalai

pertumbuhan negetif.

Fenomena ini telah berlaku di kebanyakan

negara Eropah sejak lebih 50 tahun dahulu

lagi dan masih lagi menjadi masalah besar

yang tidak menemui penyelesaian pada hari

ini.

Sebagai contoh antara tahun 1970-75

pertumbuhan penduduk di Findland 0.20%,

United Kingdom 0.34% dan Hungary

0.38%.

Peratus pertumbuhan penduduk yang

rendah ini tidak cukup untuk menggantikan

penduduk yang telah mati di negara

tersebut. Oleh itu berbagai usaha dijalankan

bagi menggalakkan pasangan berkahwin

dan melahirkan anak.

Perancis salah satu anggota negara Eropah,

menjalankan pelabagai usaha untuk

meningkatkan kadar kelahiran. Ini kerana

antara tahun 1920 – 1940 ramai rakyat

Page 14: P kuliah 2 2012

negara tersebut yang telah berkahwin tidak

mahu mempunyai anak.

Kesannya kadar kelahiran kasar daripada

19/1000 orang penduduk pada tahun 1953

turun kepada 17/1000 orang pada tahun

1967.

Masalah bertambah rumit dengan sikap

wanita negara tersebut yang mengamalkan

kontraseptif dan perbuatan menggugurkan

kandungan menjadi semakin liberal

disebabkan oleh undang-undang kerajaan.

Walau bagaimanapun penduduk Perancis

atas galakan General De Gaulle, setelah

selesai perang dunia 12 juta bayi telah

dilahirkan menyebabkan penduduk negara

tersebut bertambah dua kali ganda. Namun

begitu, pertambahan ini tidak berupaya

untuk menyelesaikan masalah penduduk

Perancis yang semakin berkunrangan.

Kadar kelahiran kasar yang dicatatkan

pada tahun 1975 ialah 14 dan kadar

kematian kasar 10.6 bagi setiap 1000 orang

menjadikan kadar pertambahan

semulajadi sebanyak 0.34% sahaja.

Page 15: P kuliah 2 2012

Pada akhir tahun 1960, beberapa buah

negara Eropah yang lain turut mengalami

masalah yang sama. Jerman mengalami

kasar pertumbuhan sifar pada tahun 1971

apabila kadar kelahiran dan kadar kematian

negara tersebut seimbang pada kadar

13.8/1000 orang penduduk.

Data terkini yang diperolehi daripada PRB

(Population Reference Bureau)menunjukkan

terdapat sejumlah 20 negara di dunia yang

mengalami masalah pertumbuhan sifar atau

negetif.

Pertumbuhan semulajadi penduduk negetif

bermaksud sesebuah negara mempunyai

kadar kematian melebihi kadar kelahiran,

angka ini bagaimanapun tidak melibatkan

peristiwa migrasi sama ada migrasi masuk

mahupun migrasi keluar.

Page 16: P kuliah 2 2012

Negara yang mengalami masalah

penurunan kadar kelahiran yang serius ialah

Ukraine dengan kadar penurunan 0.8%

setiap tahun. Negara ini dijangka

Page 17: P kuliah 2 2012

kehilangan 20% daripada jumlah penduduk

antara tahun 2010 hingga 2050 ( dari lebih

46 juta kepada 33 juta pada 2050).

Ini diikuti oleh negara Russia dan Belarus

dengan penurunan kelahiran sebanyak 0.6%.

Menjelang tahun 2050, Russia akan

kehilangan sejumlah 22% daripada

penduduk negara mereka ( kira-kira 30 juta)

( dari 142 juta kepada 110 juta pada 2050).

Jepun adalah satu-satunya negara bukan Eropah yang tidak mempunyai jumlah kelahiran langsung (0%). Negara ini dijangka akan kehilangan 21% penduduk menjelang tahun 2050 ( daripada 127.8 juta sekarang menjadi 100.6 juta pada 2050).

3. Kaedah pengukuran Demografi

(The tools of Demography)

Cara menggambarkan maklumat mengenai

penduduk yang paling sesuai ialah dengan

menggunakan angka dan kadar. Ahli

demografi tidak boleh berpuas hati dengan

mengetahui jangka hayat penduduk semakin

meningkat.

Page 18: P kuliah 2 2012

Tetapi ahli demografi perlu mengetahui dan

mejawab persoalan-persoalan berikut:

1. Jika jangka hayat bertambah, berapa

tahun?

2. Bila tempoh masa tambahan jangka

hayat ini berlaku?

3. Siapa yang menerima kesan

penambahan ini?

4. Berapa saiz populasi yang diwakili oleh

mereka?

Oleh kerana bidang kependudukan

didefinisikan sebagai bidang sains yang

mengkaji perihal penduduk, kaedah-kaedah

pengiraan seperti berikut lazimnya

digunakan untuk menggambarkan sesebuah

kumpulan penduduk.

3.1 Bilangan [Count]

Jumlah sebenar populasi yang berlaku di

kawasan tertentu dalam tempoh masa yang

khusus.

Contoh: 1,200,500 kelahiran hidup berlaku

di Malaysia pada tahun 1997.

3.2 Kadar [Rate]

Page 19: P kuliah 2 2012

Kekerapan “peristiwa demografi”

[demographics events] dalam populasi bagi

tempoh masa tertentu [lazimnya satu

tahun] dibahagikan dengan populasi “yang

menanggung” [at risk] peristiwa itu dalam

tempoh masa tersebut.

Kadar menjelaskan berapa kerap sesuatu

peristiwa demografi yang dinyatakan itu

berlaku. Lazimnya kadar yang digunakan

ialah 1000.

Contoh: pada tahun 1997 di Malaysia

terdapat 34 kelahiran hidup bagi setiap 1000

orang penduduk.

Kadar kasar digunakan untuk merujuk

keseluruhan populasi, manakala kadar

khusus pula merujuk kepada sub-kumpulan.

Oleh itu, pengiraan kadar boleh dibuat

kepada umur tertentu, jantina tertentu,

bangsa tertentu, pekerjaan tertentu dll.

Bersambung..