organisasi dan sumber manusia - bnm.gov.my · pdf filepembelajaran dan latihan, membaiki...

10
Organisasi dan Sumber Manusia 258-263 Pembangunan Organisasi 263-265 Pengurusan Risiko di Bank Negara Malaysia 266 Struktur Organisasi

Upload: trancong

Post on 06-Feb-2018

228 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Organisasi dan Sumber Manusia - bnm.gov.my · PDF filepembelajaran dan latihan, membaiki proses, penambahbaikan infrastruktur berkaitan teknologi, dan ... Analisis Keperluan Pihak

Organisasi danSumber Manusia

258-263 Pembangunan Organisasi263-265 Pengurusan Risiko di Bank Negara Malaysia

266 Struktur Organisasi

Page 2: Organisasi dan Sumber Manusia - bnm.gov.my · PDF filepembelajaran dan latihan, membaiki proses, penambahbaikan infrastruktur berkaitan teknologi, dan ... Analisis Keperluan Pihak

258

teknologi. Intranet korporat Bank Negara Malaysia kinimenyediakan rangkaian perhubungan dalam talian keseluruh organisasi. Ini meningkatkan tahap integrasiproses dan organisasi, menambah produktivitiperseorangan dan semangat bekerjasama. Pencapaianbaru yang penting pada tahun 2004 ialah transformasiperpustakaan Bank kepada Pusat PengurusanPengetahuan. Pusat ini dengan nyata telahmempertingkatkan proses pengurusan pengetahuanyang sedia ada dan menyediakan saluran yang dapatdipercayai dan lebih berkesan bagi pihak Bankmenguruskan aset pengetahuan yang dimiliki. Sesiapasahaja yang ingin mendapatkan pengetahuan baruboleh menggunakan perkhidmatan Pusat PengurusanPengetahuan, bagi mempercepat pengenalpastian,pencarian dan penggunaan pengetahuan denganpantas. Tambahan lagi, pengetahuan yang sedia adaboleh ditukar dengan mudah kepada asetpengetahuan yang boleh diguna semula. Kesemua inidikendalikan oleh kakitangan Pusat PengurusanPengetahuan. Oleh itu, memori korporat Bank lebihmudah diperolehi oleh semua kakitangan.

Organisasi berfokuskan strategi ialah tema utama yangditerima pakai bagi pembangunan kapasiti dankeupayaan organisasi pada tahun 2004. Strategi ini telahmerintis jalan ke arah pertimbangan yang lebih mengenaipengurusan modal intelek bagi tahun 2005 dengan fokuspada bidang yang berkaitan dengan objektif teras BankNegara Malaysia. Gabungan tema organisasi yangberfokuskan strategi dan pengurusan pengetahuan akandiberi keutamaan dalam program pembangunanorganisasi Bank Negara Malaysia pada tahun 2005.

Pengurusan Sumber ManusiaPada tahun 2004, Bank Negara Malaysia mengadakanprogram Pusat Pembangunan Kepimpinan bagimengenal pasti, membangunkan dan mengekalkanbakat kepimpinan dalam Bank. Dalam usaha untukmeningkatkan penyelarasan pembangunan sumbermanusia dengan strategi yang berkaitan denganurusan Bank Negara Malaysia, perubahan telahdiperkenalkan pada rangka kerja pengurusankompetensi serta sistem pengurusan kerjaya di Bank.

Pada akhir tahun 2004, jumlah kakitangan BankNegara Malaysia ialah sebanyak 2,335 orang. Ini

PEMBANGUNAN ORGANISASI

Tinjauan KeseluruhanProgram pengurusan perubahan Bank Negara Malaysiapada tahun 2004 merupakan usaha mencari kaedahbaru dalam meningkatkan kapasiti dan keupayaan Bankuntuk menghadapi cabaran-cabaran yang munculdaripada persekitaran luar yang dinamik dan tidakmenentu. Khususnya, inisiatif Organisasi BerasaskanPengetahuan yang dilancarkan pada tahun 2001 telahditeruskan bagi mempertingkatkan keupayaan Bankuntuk memperoleh, mencipta, mengguna danmenyimpan pengetahuan. Bank Negara Malaysia terusmenggalakkan amalan perkongsian pengetahuan dankerjasama secara meluas dalam persekitaran yangselamat dan saling mempercayai. Ini dilaksanakandengan pengambilan dan pelaksanaan rumusan dasardan prosedur keselamatan maklumat yang baru. Bagimeningkatkan prestasi, inisiatif yang diambil pada tahun2004 memberi fokus pada program memodenkanamalan pengurusan bakat, mempertingkatkanpembelajaran dan latihan, membaiki proses,penambahbaikan infrastruktur berkaitan teknologi, danmembaiki suasana tempat bekerja.

Antara instrumen yang digunakan oleh Bank padatahun 2004 ialah “Balanced Scorecard”1 (BSC) yangbertujuan mempertingkatkan proses pengurusanprestasi. Pendekatan BSC menekankan keperluanmelihat prestasi organisasi dari pelbagai dimensi,dengan penekanan pada hubung kait antaraperancang strategi, pembuat keputusan dan pelaksanastrategi. Fungsi sesebuah bank pusat yang meluas danmenyeluruh dalam ekonomi pasaran yang semakinmeningkat memberikan cabaran yang unik untukmengekalkan fokus kepada objektif strategik jangkapanjang sambil memberi perhatian kepadaisu-isu taktikal dengan berkesan. Penjajaran usahauntuk membangunkan kapasiti dan keupayaandalaman bagi matlamat strategik dan operasi BankNegara Malaysia telah menjadi lebih penting. Inimemerlukan tahap fleksibiliti dan inovasi yang lebihtinggi dalam cara pihak Bank mengurus sumbertenaga kerja, pengetahuan dan teknologi.

Sejak program organisasi berasaskan pengetahuandilancarkan pada tahun 2001, Bank menyediakanprogram dan inisiatif bagi memperkaya sumberpengetahuan dalaman melalui pelbagai inisiatif yangmeluas dari segi sumber manusia, pengetahuan dan

Organisasi dan Sumber Manusia

1 Kaedah “Balanced Scorecard” dihasilkan oleh Profesor Robert S. Kaplandaripada Harvard Business School dan David P. Norton daripada BalancedScorecard Collaborative Inc.

Page 3: Organisasi dan Sumber Manusia - bnm.gov.my · PDF filepembelajaran dan latihan, membaiki proses, penambahbaikan infrastruktur berkaitan teknologi, dan ... Analisis Keperluan Pihak

259

Organisasi dan Sumber Manusia

mewakili kenaikan sebanyak 1.61% berbandingdengan bilangan pada akhir tahun 2003. Kadarpeletakan jawatan kekal pada kadar kurang daripada2% pada tahun 2004. Kebanyakan daripadapengambilan kakitangan baru terdiri daripadapemegang ijazah, mencerminkan fokus Bank untukmengambil pekerja berpengetahuan tinggi serta bakatbaru bagi mempertingkatkan produktiviti dan prestasi.Antara tahun 1998 hingga 2003, bilangan pemegangijazah meningkat kepada 1,233 orang daripada 798orang, iaitu peningkatan daripada 42% kepada 54%daripada jumlah keseluruhan kakitangan.

Keselamatan dan kesihatan pekerja merupakan satulagi fokus pihak Bank sepanjang tahun 2004. PihakBank memberi penekanan khusus pada kesihatan dankebajikan individu melalui penilaian persekitaran dankesihatan, dengan bantuan Institusi Keselamatan danKesihatan Pekerja Kebangsaan. Kakitangan yangterlibat dalam jawatankuasa Kesihatan, Keselamatandan Persekitaran (SHE) menganjurkan beberapa siriprogram Bantuan Kecemasan bertauliah, serta seminarmengenai keselamatan dan kesihatan. Pihak Bank jugamemperkenalkan kemudahan bilik laktasi kepada ibu-ibu yang baru melahirkan anak, dan kini sedangmeninjau beberapa pilihan bagi menyediakanperkhidmatan penjagaan kanak-kanak untukkakitangan. Inisiatif-inisiatif ini menyumbang kepadapersekitaran sumber manusia yang lebih produktiftanpa tekanan yang berlebihan.

Pengurusan Latihan dan PembelajaranPelbagai usaha telah dilakukan untukmengintegrasikan pengurusan latihan danpembelajaran dengan pengurusan prestasikakitangan. Program latihan dan pembelajaran yangrelevan bagi kakitangan menambah pengetahuan dankemahiran baru dilaksanakan selaras dengan usahapengurusan sumber manusia dalam penyusunantenaga kerja berdasarkan keperluan strategik Bank.Khususnya, usaha mempertingkatkan pembelajaransecara kendiri atau self directed learning dibuatdengan merangka kandungan program latihan danpenyampaian yang khas berdasarkan keperluanindividu dan jabatan. Ini telah membantu menjajarkanaset pengetahuan dan tenaga kerja untuk menyahutcabaran-cabaran baru Bank.

Dalam usaha melahirkan pemimpin di kalangankakitangan dalaman, Bank berjaya menganjurkanProgram Pembangunan Kepimpinan yang pertamayang dirangka khusus mengikut keperluan kakitangan.Bank telah menggunakan khidmat pakar luar, iaitu dariPusat Kepimpinan Toronto dalam bidang yang

berkaitan dengan kepimpinan penyeliaan. Bank terusmenggunakan sumber dalaman bagi menjayakanprogram-program latihannya. Seramai 290 kakitanganBank telah diberikan pengiktirafan atas sumbanganmereka dalam penciptaan dan perkongsianpengetahuan.

Pada tahun 2004, Bank Negara Malaysia telah melabursejumlah RM8.9 juta untuk program latihankakitangan bagi mempertingkatkan pengetahuan dankemahiran kakitangan. Ini merupakan peningkatansebanyak 11% berbanding dengan jumlah tahun2003. Program latihan ini termasuk program yangdirangka khas bagi memenuhi keperluan jabatanmasing-masing. Hari latihan purata seorang kakitanganpada tahun 2004 ialah 12 hari, sementara pelaburanpurata untuk program latihan bagi setiap kakitanganberjumlah RM3,800, iaitu peningkatan sebanyak 9%berbanding dengan tahun 2003.

Pengurusan Teknologi Komunikasi dan MaklumatTeras Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) padatahun 2004 adalah pada inisiatif yang menggalakkanpenggunaan ICT bagi memudahkan analisis danproses membuat keputusan, mempertingkatkecekapan, serta menjadikan maklumat lebih mudahdiakses dan jelas. Pihak Bank memulakan inisiatifmenyeluruh untuk mewujudkan persekitaran tempatkerja yang lebih bersatu dan saling bekerjasamamelalui penggunaan teknologi.

Satu program eksekutif khas ICT juga diadakan untukmenggalakkan adaptasi penyelesaian teknologi yanglebih versatil bagi menjana transformasi proses yangberkaitan dengan urusan Bank. Bank mengakuibahawa pelaksanaan penyelesaian teknologi barumestilah berpadanan dengan peningkatan kapasitipihak pengguna dan pihak pembuat keputusan dalammenyesuaikan kerja dengan teknologi.

Portal Korporat yang diperkenalkan pada tahun 2003terbukti sebagai saluran komunikasi yang berkesanbagi Bank Negara Malaysia, bertindak sebagaipenghubung utama untuk kakitangan mendapat akseskepada maklumat korporat dan sistem aplikasi dalamBank. Pada tahun 2004, portal ini diperluas ke seluruhcawangan Bank, pejabat perwakilan dan penggunabergerak. Pihak Bank juga melaksanakan infrastrukturrangkaian tanpa wayar dalam persekitaran Bank bagimembantu mobiliti kakitangan.

Bank Negara Malaysia terus memantapkankeselamatan, kebolehpercayaan dan daya tahaninfrastruktur ICT. Reka bentuk Pusat Data baru yang

Page 4: Organisasi dan Sumber Manusia - bnm.gov.my · PDF filepembelajaran dan latihan, membaiki proses, penambahbaikan infrastruktur berkaitan teknologi, dan ... Analisis Keperluan Pihak

260

canggih yang berada di luar ibu pejabat sedangdibangunkan, dengan matlamat utama untukmenyediakan kemudahan yang selamat dan berdayatahan bagi menyokong operasi Bank.

Pengurusan Keselamatan MaklumatBank Negara Malaysia mencatatkan satu lagi pencapaianpenting dalam Pengurusan Keselamatan Maklumat padatahun 2004, apabila berjaya menterjemahkan Dasar danPiawai Keselamatan Maklumat kepada prosedur yangmembolehkan klasifikasi dan kawalan akses terhadapmaklumat beroperasi di dalam Bank.

Apabila tugas mengklasifikasi dianggap penting bagimengenal pasti maklumat yang sensitif dan kritikal,prosedur ini dijangka dapat mewujudkan disiplin yangmenggalakkan pertukaran dan perkongsian maklumat dikalangan kakitangan Bank Negara Malaysia. Usaha inipenting, terutama sekali dengan adanya inisiatifpengurusan pengetahuan strategik lain yang dijalankanoleh pihak Bank.

Hasil projek Keselamatan Maklumat termasukpembangunan prosedur yang disemak semula mengenaipengendalian maklumat korporat secara betul, sertamemberi akses kepada maklumat berdasarkan prinsip“perlu tahu”. Garis panduan ini juga menetapkan amalanterbaik dari aspek keselamatan di pelbagai peringkat dalamedaran pengurusan maklumat biasa.

Pengurusan PengetahuanFokus inisiatif pengurusan pengetahuan Bank NegaraMalaysia pada tahun 2004 beralih daripada pembangunaninfrastruktur kepada tugas yang lebih mencabar iaitu

penerapan proses pengetahuan dalam operasi harianBank. Beberapa inisiatif dilancarkan bagi menjadikanpengurusan pengetahuan sebagai amalan biasa dalamaktiviti harian kakitangan. Inisiatif pertama ialahpenggunaan piawai dan amalan taksonomi korporat BankNegara Malaysia bagi mempertingkatkan tadbir urus asetpengetahuan Bank. Taksonomi memudahkan pencarianpengetahuan yang sedia ada di dalam Bank melaluipembangunan klasifikasi maklumat yang betul untukpencarian yang lebih berkesan. Ini juga dapatmeningkatkan kapasiti bagi mengenal pasti kepakarandalam Bank, dengan pengarang kertas-kertas kerja danpenyampaian dalam Bank lebih mudah diketahui.

Inisiatif kedua ialah mereka bentuk satu Strategi PortalSyarikat yang berkesan dalam mengumpul kesemuasumber maklumat dan saluran yang berbeza di dalamBank melalui satu platform penyampaian pengetahuanyang sama. Portal Syarikat juga memudahkan kakitanganbekerjasama antara jabatan dan antara projek, malahandengan organisasi yang lain. Portal ini juga menambahkapasiti Bank untuk berhubung dengan pelanggantertentu dalam memberi perkhidmatan maklumat. Portalini juga memudahkan pengubahsuaian proses yangberkaitan dengan urusan Bank dengan menggunakanteknologi maklumat dan dengan itu mempertingkatkankecekapan dalam Bank.

Inisiatif ketiga ialah penubuhan Pusat PengurusanPengetahuan yang memberi lebih fokus dan sumberkhusus ke arah pengurusan aset pengetahuan dan prosesdi Bank Negara Malaysia. Proses utama Pusat PengurusanPengetahuan (Carta 1) difokuskan pada akses kepadapengetahuan yang berkesan, dengan memaksimumkan

PenciptaanPengetahuan

untuk KeperluanPerniagaan

Kemudahanuntuk

PembelajaranBerterusan

MemaksimumkanPenggunaan

Semula Pengetahuan

Akses kepadaPengetahuan

yang Berkesan

PersekitaranKerjasama

• Rangka Kerja• Dasar• Ruang Pengetahuan• Peningkatan Proses• Sistem dan Alat

Pengurusan Pengetahuan• Pengukuran

• Audit Pengetahuan• Membuat Profil dan

Analisis Keperluan Pihakyang Berkepentingan

• Membuat Profil danAnalisis Sumber Maklumat

• Membuat Profil Kepakaran• Pembangunan

Kandungan Strategik• Managing Communities

of Practice

• Pengimbasan Persekitaran• Perolehan dan Pemprosesan Maklumat• Penyelidikan Subjek

yang Mendalam• Pengumpulan Maklumat dan Pengetahuan

daripada Peristiwa• Pengurusan Arkib

• Pengurusan Kandungan• Tempat Menyimpan Maklumat• Perkhidmatan Rujukan• Isu Industri dan Membuat

Profil Peserta• Hubungan Maklumat

dengan Pengetahuan• Analisis Maklumat dan Pakej Semula

• Pembangunan dan Penyelenggaraan

Taksonomi Korporat• Penyebaran Maklumat

dan Kandungan• Perkhidmatan Kesedaran Semasa• Teknik dan Alat

Perkongsian Ilmu

Pengurusan Pengetahuan

Mengenal Pasti/Mencipta

Peroleh/Kumpul Analisis, Pakej Semula,Urus

Sebar, Gunadan Guna Semula

Pusat Pengurusan Pengetahuan

Page 5: Organisasi dan Sumber Manusia - bnm.gov.my · PDF filepembelajaran dan latihan, membaiki proses, penambahbaikan infrastruktur berkaitan teknologi, dan ... Analisis Keperluan Pihak

261

Organisasi dan Sumber Manusia

penggunaan semula pengetahuan, pembelajaranberterusan, penciptaan pengetahuan perniagaan baru danmengekal persekitaran kerjasama berasaskan sistempengetahuan.

Pada dasarnya, Pusat Pengurusan Pengetahuanmewujudkan proses dan struktur yang komprehensif bagimengurus pengetahuan eksplisit dalam Bank secarasistematik. Bank Negara Malaysia secara keseluruhan bolehmenggunakan kemahiran mengurus maklumat yang telahdibangunkan secara meluas dalam Pusat PengurusanMaklumat dan seterusnya menjadikan proses sepertipenciptaan, pengenalpastian, perolehan, penggunaansemula dan penyusunan semula pengetahuan jauh lebihcekap dan berkesan.

Pengurusan Ruang PejabatSejak tahun 2003, Bank Negara Malaysia telah mengkajipengurusan ruang sebagai langkah bagi meningkatkankecekapan dan keberkesanan kerja serta menyediakanpersekitaran kerja yang lebih baik untuk kakitangan.Pengurusan ruang pejabat semakin penting bagimembolehkan kakitangan berkongsi pengetahuantersirat, lebih mudah bergerak dan menggunakanteknologi dalam Bank. Pada tahun 2004, Bankmelaksanakan susun atur pejabat baru yang lebihberkesan dengan sepenuhnya bagi memenuhikeperluan Bank dan kakitangan supaya dapat berfungsisebagai organisasi yang berasaskan pengetahuan.

Pada tahun 2004, Bank Negara Malaysiamemperbaharui dan menaik taraf kafeteria.Kakitangan digalakkan untuk mengguna ruangkafeteria sebagai tempat untuk berbincang danbermesyuarat secara tidak formal, seterusnyamenambah ruang bagi berkongsi maklumat danbertukar-tukar buah fikiran. Kompleks LatihanSerbaguna baru yang dilengkapi dengan kemudahanlatihan seperti dewan kuliah, bilik perbincangan, biliksekretariat dan kemudahan perkhidmatan kateringjuga dibina di Pulau Langkawi bagi menambah ruangpembelajaran dan latihan. Ruang rekreasi jugadisediakan bagi menyokong inisiatif Bank untukmenyeimbangkan pekerjaan dengan kehidupan.

Bank Negara Malaysia juga memulakan kerja-kerjapembinaan Pusat Sumber Perkhidmatan KewanganSerantau (FSRC) bertujuan memenuhi keperluan latihanprofesional dalam Bank dan rantau ini khususnya dalambidang Perbankan Pusat, Perbankan Islam dan Kewangan.Ruang dikenal pasti menyokong keperluan pembelajarandan pendidikan dewasa yang mengiktiraf kerjasamaberkumpulan, pembelajaran melalui perbuatan danpelbagai cara lain untuk berinteraksi.

Tadbir Urus KorporatFungsi dan kuasa Bank Negara Malaysia termaktubdalam Akta Bank Negara Malaysia 1958. Beberapaperundangan lain memperuntukkan pihak Bankdengan fungsi tambahan yang khusus. Secarakeseluruhan, perundangan ini menetapkan struktur,pengaturan dan prosedur asas bagi tadbir urus danperlakuan urusan Bank Negara Malaysia. Misi, aspirasidan nilai-nilai bersama Bank juga bertindak sebagaiprinsip panduan utama dalam tadbir urus.

Berdasarkan rangka kerja tadbir urus ini, 12 MesyuaratLembaga Pengarah diadakan sepanjang tahun.Tambahan lagi, beberapa mesyuarat pegawai-pegawaikanan turut diadakan seperti yang berikut - empatMesyuarat Jawatankuasa Lembaga Audit, 48 MesyuaratJawatankuasa Pengurusan, empat MesyuaratJawatankuasa Pengurusan Rizab, empat MesyuaratJawatankuasa Pengurusan Risiko, lapan MesyuaratJawatankuasa Dasar Monetari, empat MesyuaratJawatankuasa Dasar Kestabilan Kewangan, dan duaMesyuarat Kumpulan Kerja Dasar Sistem Pembayaran.Pada tahun 2004, Bank Negara Malaysia jugamengadakan dua taklimat kepada Perdana Menteri danMenteri Kewangan bagi membentangkan penilaianBank Negara Malaysia berkenaan sektor ekonomi dankewangan, isu kewangan dan ekonomi yang penting,cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Malaysia, dancadangan dasar yang boleh diterima pakai.

PenganugerahanLembaga Pengarah berbesar hati merakamkanucapan tahniah kepada Dr. Phang Hooi Eng, Ismailbin Alowi dan Cheong Kwok Yew, ataspenganugerahan Johan Setia Mahkota (J.S.M),sempena sambutan hari keputeraan Duli Yang MahaMulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agongpada 5 Jun 2004.

Lembaga Pengarah juga merakamkan ucapan tahniahkepada Dato’ Latifah Merican Cheong ataspenganugerahan Darjah Setia Pangkuan Negara (D.S.P.N)sempena sambutan hari ulang tahun Yang TerutamaYang di Pertua Negeri Pulau Pinang pada 10 Julai 2004.

Lembaga Pengarah juga mengucapkan tahniah kepadaWong Puay Chen dan Rosli bin Sulong, masing-masingmenerima anugerah Darjah Sri Melaka dan PingatKhidmat Lama, sempena sambutan hari ulang tahunYang di Pertuan Negeri Melaka pada 9 Oktober 2004.

Lembaga Pengarah juga merakamkan ucapan tahniahkepada Dato’ Mohd Nor Mashor atas penganugerahanDarjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) sempena

Page 6: Organisasi dan Sumber Manusia - bnm.gov.my · PDF filepembelajaran dan latihan, membaiki proses, penambahbaikan infrastruktur berkaitan teknologi, dan ... Analisis Keperluan Pihak

262

sambutan hari keputeraan Sultan Pahang DarulMakmur pada 24 Oktober 2004.

Sebagai sebahagian daripada program pengiktirafan,Bank Negara Malaysia menganugerahi 22 orangkakitangan atas kecermerlangan prestasi dansumbangan yang diberikan melalui tujuh jenis kategorianugerah iaitu: Prestasi Cemerlang; Sukan;Perkhidmatan Berkualiti; Sosial; Pembangunan

Profesional dan Pencapaian Akademik. Sebagaitambahan, dua pasukan telah menerima AnugerahPrestasi Pasukan Cemerlang. Kesemua anugerah itudisampaikan semasa Majlis Makan Malam TahunanBank pada 4 September 2004.

PersaraanLembaga Pengarah ingin merakam penghargaan danterima kasih kepada 35 pesara yang setia dan berdedikasi

Jadual 12.1Senarai Pesara

No Nama Jabatan/Cawangan

1 Datuk Zamani Bin Abdul Ghani Pejabat Gabenor

2 Dato’ Latifah Merican Cheong Pejabat Gabenor

3 Cheong Kwok Yew Pusat Penyelidikan dan Latihan SEACEN

4 Chong Lily Teh Komunikasi Korporat

5 Christopher Fernandez Sistem Pembayaran

6 John Thomas a/l S Ebenezar Biro Pengantaraan Kewangan

7 Looi Woon Leng Ekonomi

8 Teo Kee Tian Pengurusan Risiko

9 Woo Seok Hooi Pengawalan Insurans

10 A. Rahman Bin Abdul Samad Pengurusan Strategik

11 Chan Hon Wai Perkhidmatan IT

12 Philip Aloysious Baptist Perkhidmatan IT

13 Lim Pek Sim Antarabangsa

14 Rohana Binti Yusoff Pusat Kepimpinan Kewangan Antarabangsa

15 Sia Geok Hee Harta dan Perkhidmatan

16 Yip Lai Yok Pembangunan Sumber Manusia

17 Hasnah Binti Aziz Pentadbiran Pertukaran Asing

18 Zainal Bin Kasa ERF Sdn. Bhd.

19 Tan Chwee Hock Penyeliaan Sistem Maklumat

20 Abdul Ghani Bin Mohd Yusoff Pengurusan dan Operasi Matawang

21 Henry Arunkumar a/l Ponniah Pengawalan Insurans

22 Hu Faik Seng Penyeliaan Perbankan II

23 Rosna Binti Osman Bank Negara Malaysia Kuala Terengganu

24 Abot Bin Abong Bank Negara Malaysia Kuching

25 Arbaiah Binti Ahmad Pejabat Gabenor

26 Ismail Bin Muhd. Nor Perkhidmatan Korporat

27 Lim Chwee Neo Perkhidmatan IT

28 Ismail Bin Che Teh Keselamatan

29 Aziah Binti Maulud Pengawalan Bank

30 Abdul Kadir Bin Aziz Keselamatan

31 Hassan Bin Serah Bank Negara Malaysia Kuching

32 Juanis Bin Edong Bank Negara Malaysia Kota Kinabalu

33 Mohd Hilmey Mohd Said @ Jangkim Bin Tawayon Bank Negara Malaysia Kota Kinabalu

34 Goh Hooi Choo Bank Negara Malaysia Pulau Pinang

35 Khor Ah Eng Bank Negara Malaysia Pulau Pinang

Page 7: Organisasi dan Sumber Manusia - bnm.gov.my · PDF filepembelajaran dan latihan, membaiki proses, penambahbaikan infrastruktur berkaitan teknologi, dan ... Analisis Keperluan Pihak

263

Organisasi dan Sumber Manusia

semasa berkhidmat dengan Bank Negara Malaysia.Jadual 12.1 ialah senarai nama pesara pada tahun 2004.

Lembaga Pengarah juga ingin merakamkan ucapantahniah kepada Datuk Zamani bin Abdul Ghani atasperlantikan semula beliau sebagai Penolong Gabenorselepas persaraannya pada 19 Januari 2004 danperlantikan beliau sebagai Timbalan Gabenor pada16 Mei 2004.

PENGURUSAN RISIKO DI BANK NEGARAMALAYSIA

Sejajar dengan evolusi dalam amalan pengurusanrisiko, pada tahun 2004, perhatian tertumpu padakeperluan untuk menilai semula dan mengukuhkanrangka kerja pengurusan risiko. Penilaian semula inidibuat berpandukan kepada inisiatif yang telahdiambil berasaskan rangka kerja yang menyediakanpengawasan bebas di peringkat penyeliaan danoperasi serta penetapan dasar dan proses yangselaras dengan amalan terbaik. Beberapapembaikan telah diperkenalkan pada tahun 2004dan akan dilaksanakan pada tahun 2005. Secarakeseluruhan, Unit Pengurusan Risiko serta jabatan-jabatan terus memperkukuh kerjasama dengantujuan untuk memastikan agar budaya pengurusanrisiko sentiasa diterapkan dalam semua aspekusaha-usaha operasi dan usaha-usaha strategik.

Struktur Pengurusan RisikoJawatankuasa Pengurusan Risiko, badan tertinggidalam struktur tadbir urus pengurusan risiko BankNegara Malaysia merupakan forum utama bagiperbincangan terperinci dan berkala mengenai isu-isurisiko, dan memainkan peranan sebagai penggerakutama pengurusan risiko di Bank. Keperluan membuatlaporan oleh jabatan-jabatan dan Unit PengurusanRisiko kepada Jawatankuasa Pengurusan Risikodikekalkan bagi membolehkan pihak Jawatankuasaterus memberi hala tuju untuk menangani sertamenguruskan risiko yang mungkin wujud dalam Bank.

Amalan Pengurusan RisikoDalam melaksanakan pengawasan ke atas pengurusanrisiko, Jawatankuasa Pengurusan Risiko menentukan danmembentuk piawai dan keperluan bagi memastikanlangkah-langkah pengurusan risiko operasi dan strategikyang sesuai diterapkan dalam kesemua program, projekdan penggubalan dasar. Pada tahun 2004, Jawatankuasatersebut meneruskan penilaian ke atas risiko-risiko,kawalan-kawalan dan isu-isu risiko di jabatan-jabatan. Inibertujuan untuk memastikan Jawatankuasa PengurusanRisiko sentiasa waspada dan bersedia dalam mengawasi

profil risiko keseluruhan Bank serta isu-isu risikoberbangkit. Jawatankuasa Pengurusan Risiko juga turutberbincang dengan jabatan-jabatan mengenai fokusdasar dan strategik masing-masing serta mencaripendekatan terbaik bagi menangani risiko sedia ada danrisiko yang bakal wujud. Di peringkat operasi, Ketua-ketua Jabatan diberi tanggungjawab terus untukmemastikan amalan pengurusan risiko diterapkan dalamoperasi harian. Jabatan-jabatan terus membuat deklarasitahunan kepada pihak Pengurusan tentang kajian semulaprofil risiko operasi mereka, dan menilai sama adapengurusan risiko jabatan-jabatan tersebut adalahcukup memuaskan. Unit Pengurusan Risiko juga terusmenyalurkan sokongan teknikal dan memainkanperanan penyelarasan dan pengawasan denganmembantu jabatan-jabatan dalam menyediakanlaporan kepada pihak Pengurusan.

Walau bagaimanapun, bersesuaian dengankematangan fungsi pengurusan risiko di Bank NegaraMalaysia, peranan Unit Pengurusan Risiko telah dikajisemula dan diperkembangkan dalam tahun 2004dengan memasukkan dua fungsi tambahan. Kini, UnitPengurusan Risiko telah mula membuat penilaianbebas ke atas risiko-risiko di setiap jabatan sebagaipelengkap kepada pendekatan penilaian dalaman yangtelah dibuat oleh jabatan-jabatan. Kedua, UnitPengurusan Risiko juga akan menilai risiko organisasiyang boleh menjejaskan pencapaian sasaran danobjektif strategik Bank Negara Malaysia seperti yangterkandung dalam Peta Strategik Korporat. Menerusipenilaian ke atas pelaksanaan fungsi dantanggungjawab kritikal yang dijalankan oleh pihakBank serta perbincangan dengan jabatan-jabatanberkaitan, isu-isu risiko organisasi akan dikenal pastidan dinilai untuk pembentangan kepada pihakJawatankuasa Pengurusan Risiko. Gabungan ketiga-tiga penilaian tersebut dijangka dapat melahirkanpandangan berkaitan risiko yang menyeluruh danberasaskan muafakat di Bank Negara Malaysia.Pendekatan ini dijangka dapat memperbaiki penjajaranorganisasi serta memperkukuh kesalinghubungansecara keseluruhan di dalam Bank Negara Malaysia.

Risiko DasarMekanisme penggubalan dasar di Bank NegaraMalaysia dirangka dengan objektif untuk mencapaimatlamat yang dikehendaki daripada dasar tersebut.Untuk tujuan ini, rangka kerja yang berstruktur sudahsedia ada bagi menguruskan risiko dasar di Bank.Rangka kerja ini merangkumi proses untukperbincangan dan pertimbangan berkenaan segala isuberkaitan dasar, dari tahap pembentukan konsep,hingga ke tahap pembangunan dan pelaksanaan

Page 8: Organisasi dan Sumber Manusia - bnm.gov.my · PDF filepembelajaran dan latihan, membaiki proses, penambahbaikan infrastruktur berkaitan teknologi, dan ... Analisis Keperluan Pihak

264

dasar. Jawatankuasa di peringkat tinggi yangmenerajui penggubalan dasar ialah JawatankuasaDasar Monetari, Jawatankuasa Kestabilan Kewangandan Jawatankuasa Pengurusan. Objektif bersamajawatankuasa-jawatankuasa yang dipengerusikan olehGabenor ini adalah untuk membolehkan danmenyediakan platform bagi perbincangan danperundingan di peringkat tinggi yang melibatkanberbagai-bagai jabatan tertentu bagi memastikanketeguhan dan keberkesanan dasar. Kumpulan KerjaDasar yang dianggotai oleh Penolong-PenolongGabenor dan pengarah-pengarah jabatan yangberkenaan merupakan komponen penting lain dalamrangka kerja dasar. Kumpulan ini mewakiliperbincangan di peringkat kerja mengenai isu-isuberkaitan dasar.

Peraturan bagi mengurus operasi Kumpulan KerjaDasar telah diperketat pada tahun 2004, dengantumpuan diberikan pada penggunaan sumbertambahan bagi menjalankan analisis impak ke ataspihak berkepentingan, perspektif alternatif dankomunikasi awam. Ini dijangka dapat membaikipenyeliaan proses pembentukan dasar, lantasmembolehkan Bank Negara Malaysia memastikanproses yang lebih menyeluruh, yang mengambil kirasemua implikasi dan akibat terhadap pihakberkepentingan berhubung dengan pelaksanaan dasar.

Risiko KewanganPihak Middle Office bertanggungjawab secaralangsung dalam mengurus risiko kewangan BankNegara Malaysia yang timbul daripada pengurusanrizab antarabangsa. Untuk memastikan pengurusandan penilaian risiko yang konsisten di seluruh Bank,Middle Office bekerjasama rapat dengan Jabatan AuditDalam dan Unit Pengurusan Risiko untuk memantaukepatuhan pada garis panduan pelaburan sertaprosedur kredit dan operasi. Rangka kerja pengurusanrisiko bagi aktiviti perbendaharaan terus berkembangselaras dengan perkembangan dalam aktivitipengurusan rizab. Dengan peningkatan rizab yangberterusan, pengembangan pelaburan yang meluas,dan kemajuan dalam amalan pelaburan, pemantapanpengurusan risiko secara menyeluruh merupakanproses yang berterusan. Antara bidang yang menjadifokus utama ialah peningkatan dalam pengkhususan,metodologi yang bertambah baik serta peningkatandalam penilaian risiko, proses pemantauan daninfrastruktur sistem. Pendedahan dan latihan mengenaikerumitan pelbagai produk dan instrumen merupakanpendedahan dan latihan tetap kepada kakitanganFront Office, Middle Office dan Back Office. Oleh itu,pengurusan risiko kewangan bagi pengurusan rizab

secara berhemat akan terus dijalankan dalam usahamencari peluang pelaburan yang optimum.

Risiko OperasiSecara tradisi, pendekatan pengurusan risiko operasipihak Bank memerlukan pertanggungjawabanterhadap risiko, penilaian sendiri, kajian semula yangberterusan, laporan isu-isu risiko yang penting dankebertanggungjawaban untuk meningkatkan kawalandan penyelesaian isu yang dihadapi. Pada tahun 2004,rangka kerja ini terus dipertingkatkan. Menyedarikeperluan untuk meningkatkan usaha dalam inisiatifnilai tambah, langkah-langkah telah diambil untukmempertingkatkan pembabitan Unit Pengurusan Risikodalam pengurusan risiko di jabatan-jabatan yangberkenaan. Oleh itu, Unit tersebut kini memainkanperanan yang lebih proaktif dan bertindak secarausaha sama dengan jabatan-jabatan, berbeza denganfokus terdahulu yang hanya memainkan perananpenyelarasan dan pengawasan secara keseluruhan.Keselarasan usaha ini bertujuan untuk memastikansupaya risiko operasi tidak diberikan penekanan secaraterlalu berlebihan agar tumpuan yang lebih dapatdiberikan pada risiko strategik jangka panjangperingkat tinggi. Kerjasama rapat yang dijalin melaluipengaturan ini dijangka menghasilkan pengenalpastiandan penilaian risiko yang lebih tepat dan cekapseterusnya melahirkan pengurusan yang lebih baik. Iadijangka dapat meliputi risiko-risiko yang menurutpandangan jabatan-jabatan berkemungkinan tidakakan wujud disebabkan kebiasaan dengan operasi.

Dengan ini, usaha sedang dijalankan untukmemperhalus peralatan risiko yang akan membantumenambah fokus yang sedia ada dan menaikkan tarafamalan pengurusan risiko ke tahap yang baru.Walaupun liputan keseluruhan akan bertambah, tujuanutama pengurusan risiko masih sama, iaitu untukmemastikan pemantauan berkala bagi membolehkanlangkah-langkah pembetulan yang tepat dan lebihawal dalam semua bidang risiko dapat dilaksanakan.

Pengurusan Kesinambungan PerniagaanRangka kerja Pengurusan Kesinambungan Perniagaandi Bank Negara Malaysia yang dirangka bagimerancang, menyediakan, bertindak dan menguruskansesuatu krisis bertujuan untuk membendung sebarangkemungkinan berlakunya gangguan kepada kestabilanmonetari dan sistem kewangan, sama ada dalambentuk fizikal (kerosakan sistem) atau bukan fizikal(krisis kewangan). Dua komponen peringkat tinggibagi rangka kerja ini ialah Jawatankuasa PengurusanKrisis dan Kumpulan Pengurusan Krisis, yangdipertanggungjawabkan secara bersama untuk

Page 9: Organisasi dan Sumber Manusia - bnm.gov.my · PDF filepembelajaran dan latihan, membaiki proses, penambahbaikan infrastruktur berkaitan teknologi, dan ... Analisis Keperluan Pihak

265

Organisasi dan Sumber Manusia

memastikan amalan Pengurusan KesinambunganPerniagaan sentiasa dipatuhi dan dilaksanakan dalamBank. Jawatankuasa Pengurusan Krisis yangbertanggungjawab kepada Gabenor diterajui olehseorang Timbalan Gabenor dan ini melambangkanpengiktirafan peringkat tertinggi yang diberikankepada Program Kesinambungan Perniagaan yangdijalankan dalam Bank. Kumpulan Pengurusan Krisisdianggotai oleh semua Pengarah daripada jabatanyang dikenal pasti sebagai penting serta kumpulansokongan. Ia bermesyuarat dua kali setahun untukmemaklumkan kepada ahli-ahli mengenaiperkembangan terkini berkaitan pengaturanKesinambungan Perniagaan Bank, amalan-amalanserta membincangkan isu-isu Kesinambungan

Perniagaan yang berbangkit. Forum ini dapatmembantu menyelaraskan rancangan pemulihan danmembolehkan kerjasama awal di kalangan semuajabatan yang penting untuk mewujudkan satupengaturan Pengurusan Kesinambungan Perniagaanyang bersepadu dan terselaras ke seluruh Bank.

Pada tahun 2004, selain daripada amalanmengendalikan ujian-ujian secara langsung yang lazim,Bank Negara Malaysia juga mengendalikan ujian secaralangsung untuk satu tempoh masa yang lebih panjang.Ini bertujuan untuk melengkapi pihak Bank danmembolehkan penilaian berjadual dibuat ke ataskeadaan ketersediaan pihak Bank dalam memastikankemampuannya untuk bertindak apabila berlaku krisis.

Page 10: Organisasi dan Sumber Manusia - bnm.gov.my · PDF filepembelajaran dan latihan, membaiki proses, penambahbaikan infrastruktur berkaitan teknologi, dan ... Analisis Keperluan Pihak

266

Setia

usah

a ke

pada

Lem

baga

Pen

gara

hD

ato'

Moh

d N

or b

in M

asho

r

Peja

bat

Gab

enor

Ng

Cho

w S

oon

Kom

unik

asi K

orpo

rat

Abu

Has

san

Als

hari

bin

Yaha

ya

Peny

iasa

tan

Kha

sK

amar

i Zam

an b

in J

uhar

i

Peng

awal

an B

ank

Dat

o' M

ohd

Razi

f bi

n A

bd. K

adir

Peng

awal

an In

sura

nsD

onal

d Jo

shua

Jag

anat

han

Perb

anka

n Is

lam

dan

Tak

aful

Baka

rudi

n bi

n Is

hak

Peng

awala

n In

stitu

si Ke

wan

gan

Pem

bang

unan

Che

Zak

iah

bint

i Che

Din

Peng

urus

an R

isik

oSa

nthi

ni a

/p C

hand

rapa

l

PEN

OLO

NG

GA

BEN

OR

Dat

o' M

ohd

Razi

f bi

n A

bd. K

adir

PEN

GA

WA

LAN

TIM

BA

LAN

GA

BEN

OR

Dat

uk Z

aman

i bin

Abd

ul G

hani

Peny

elia

an P

erba

nkan

IA

ziza

n bi

n H

aji A

bd R

ahm

an

Peny

elia

an P

erba

nkan

IIC

hung

Che

e Le

ong

Peny

elia

an In

sura

nsSa

ni b

in A

b. H

amid

Peny

elia

an S

iste

m M

aklu

mat

Ram

li bi

n Sa

ad

Sist

em P

emba

yara

nA

hmad

Hiz

zad

bin

Baha

rudd

inA

hmad

Hiz

zad

bin

Baha

rudd

in

PEN

OLO

NG

GA

BEN

OR

Nor

Sha

msi

ah b

inti

Moh

d Yu

nus

PEN

YEL

IAA

N

LEM

BA

GA

PEN

GA

RA

H

GA

BEN

OR

Dr.

Zeti

Akh

tar

Azi

z

Perk

hidm

atan

ITH

ong

Yang

Sin

g

Peng

urus

an S

umbe

r M

anus

iaM

ior

Moh

d Za

in b

in M

ior

Moh

d Ta

hir

Pusa

t Pe

mba

ngun

an S

umbe

r M

anus

iaLi

m L

ai H

ong

Peng

urus

an S

trat

egik

Lim

Foo

Tha

i

Perk

hidm

atan

Kor

pora

tD

ato'

Moh

d N

or b

in M

asho

r

Kes

elam

atan

Ahm

ad b

in M

ansu

r

Peng

urus

an d

an O

pera

si M

ataw

ang

Teng

ku Z

aib

bin

Raja

Ahm

ad

Caw

anga

n (6

)

Pej.

Perw

akila

n Lo

ndon

Pej.

Perw

akila

n N

ew Y

ork

PEN

OLO

NG

GA

BEN

OR

Dat

o' M

oham

ad D

aud

bin

Hj.

Dol

Moi

nPE

MBA

NG

UN

AN

ORG

AN

ISA

SI

TIM

BA

LAN

GA

BEN

OR

Dat

o' O

oi S

ang

Kua

ng

PEN

OLO

NG

GA

BEN

OR

Muh

amm

ad b

in Ib

rahi

mPE

LABU

RAN

DA

N O

PERA

SI

Ope

rasi

Pel

abur

an d

an P

asar

an K

ewan

gan

Wan

Han

isah

bin

ti W

an Ib

rahi

m

Pent

adbi

ran

Pert

ukar

an A

sing

Mah

di b

in M

ohd.

Arif

fin

PEN

OLO

NG

GA

BEN

OR

Kos

ong

EKO

NO

MI

Ana

lisis

dan

Str

ateg

i Mon

etar

iD

r. Su

khda

ve S

ingh

Und

ang-

unda

ngG

opal

a K

rishn

an S

unda

ram

Ekon

omi

V. V

ijaya

ledc

hum

y

Ant

arab

angs

aIs

mai

l bin

Alo

wi

Kew

anga

nA

bdul

Azi

z bi

n A

bdul

Man

af

BA

NK

NEG

AR

A M

ALA

YSI

AB

AN

K N

EGA

RA

MA

LAY

SIA

Stru

ktu

r O

rgan

isas

i

Perk

hidm

atan

Sta

tistik

C

han

Yan

Kit

Har

ta d

an P

erkh

idm

atan

Zulk

ifli b

in A

bd R

ahm

an

Aud

it D

alam

Hor

Wen

g K

eng

Peris

ikan

Kew

anga

nK

oid

Swee

Lia

n

Indu

stri

Kec

il da

n Se

derh

ana

Mar

ianu

s Vo

ng S

hin

Tzoi

@ Jo

seph

Von

g