orang kurang upaya (oku) dari perspektif islam - ikim

4
19/3/2014 Orang Kurang Upaya (Oku) Dari Perspektif Islam - IKIM http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/7111-orang-kurang-upaya-oku-dari-perspektif-islam?tmpl=component&print=1&page= 1/4 Orang Kurang Upaya (Oku) Dari Perspektif Islam Ditulis oleh Siti Fatimah Abd Rahman. Posted in Artikel Orang Kurang Upaya (OKU) merujuk kepada individu yang memerlukan perkhidmatan istimewa bagi membolehkan mereka hidup berdikari dalam komuniti. OKU ini boleh dibahagikan kepada beberapa kategori mengikut kekurangan yang dialaminya seperti (a) kecacatan perkembangan (terencat akal), (b) cacat angota, (c) cacat penglihatan, (d) cacat pendengaran, (e) cacat pembelajaran (learning disabilities), (f) autisme, (g) bisu dan seumpamanya. Semua mereka ini memerlukan perkhidmatan istimewa bagi membolehkan mereka hidup berdikari. Misalnya, orang yang cacat penglihatan, perlu kepada kemahiran membaca dan menulis Braille sebelum ia boleh menggunakan kemahiran itu untuk belajar atau mendapat pendidikan untuk hidup berdikari. Begitu juga, orang yang cacat pendengaran perlukan kemahiran memahami dan menggunakan bahasa isyarat sebelum boleh menggunakannya untuk berkomunikasi dengan orang lain. Mengikut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sehingga akhir tahun 1999, terdapat seramai 86, 346 orang kurang upaya dengan pecahan-pecahan berikut: Cacat penglihatan : 12, 874 orang Cacat pendengaran : 15, 876 orang Cacat anggota : 29, 469 orang Cacat akal : 28, 129 orang Walau bagaimanapun, ini bukanlah angka sebenar bilangan OKU di negara ini kerana masih ramai yang tidak mendaftarkan diri mereka atau tidak didaftarkan di JKM. Dari persepktif Islam, setiap anak yang lahir itu adalah kurniaan Allah kepada kedua ibubapanya, baik anak itu dilahirkan sempurna, mahupun sebaliknya. Kurniaan ini pula bukanlah diberi begitu sahaja, sebaliknya dengan segala tanggungjawab dan amanah yakni untuk membesarkan anak itu agar menjadi manusia yang berguna kepada keluarga, agama dan masyarakatnya. Jadi, sama ada anak itu sempurna mahupun tidak, tanggungjawab membesar dan mendidik mereka masih terletak di bahu kedua ibubapa. Selain itu, anak juga merupakan ujian kepada kedua orang tuanya, untuk melihat ketaqwaan serta keimanan mereka. Ini disebut dalam al-Quran, pada ayat 28 Surah al-Anfaal yang bermaksud, “Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” Apabila dikatakan anak sebagai ujian, ia bermakna melalui anak itu Allah menguji kedua orang tuanya. Bila kita katakan Allah menguji kedua orang tua melalui anak mereka, ia tidak semestinya bermaksud Allah menguji ibubapa dengan memberikan anak-anak yang tidak sempurna. Walaupun ibubapa yang memiliki anak-anak yang tidak sempurna ini diuji dengan hebat, tidak kurang ibubapa yang diuji Allah walaupun anak-anaknya sempurna belaka. Walau bagaimanapun, ujian-ujian ini adalah lumrah hidup bagi orang Islam dan Rasulullah pernah

Upload: wartawan24

Post on 18-Jan-2016

56 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Penjelasan kedudukan OKU oleh IKIM

TRANSCRIPT

Page 1: Orang Kurang Upaya (Oku) Dari Perspektif Islam - IKIM

19/3/2014 Orang Kurang Upaya (Oku) Dari Perspektif Islam - IKIM

http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/7111-orang-kurang-upaya-oku-dari-perspektif-islam?tmpl=component&print=1&page= 1/4

Orang Kurang Upaya (Oku) Dari Perspektif Islam

Ditulis oleh Siti Fatimah Abd Rahman. Posted in Artikel

Orang Kurang Upaya (OKU) merujuk kepada individu yang memerlukan perkhidmatan istimewa bagi

membolehkan mereka hidup berdikari dalam komuniti. OKU ini boleh dibahagikan kepada beberapa kategori

mengikut kekurangan yang dialaminya seperti (a) kecacatan perkembangan (terencat akal), (b) cacat angota, (c)

cacat penglihatan, (d) cacat pendengaran, (e) cacat pembelajaran (learning disabilities), (f) autisme, (g) bisu dan

seumpamanya.

Semua mereka ini memerlukan perkhidmatan istimewa bagi membolehkan mereka hidup berdikari. Misalnya,

orang yang cacat penglihatan, perlu kepada kemahiran membaca dan menulis Braille sebelum ia bolehmenggunakan kemahiran itu untuk belajar atau mendapat pendidikan untuk hidup berdikari. Begitu juga, orang

yang cacat pendengaran perlukan kemahiran memahami dan menggunakan bahasa isyarat sebelum boleh

menggunakannya untuk berkomunikasi dengan orang lain.

Mengikut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sehingga akhir tahun 1999, terdapat seramai 86, 346

orang kurang upaya dengan pecahan-pecahan berikut:

Cacat penglihatan : 12, 874 orang Cacat pendengaran : 15, 876 orang

Cacat anggota : 29, 469 orang

Cacat akal : 28, 129 orang

Walau bagaimanapun, ini bukanlah angka sebenar bilangan OKU di negara ini kerana masih ramai yang tidak

mendaftarkan diri mereka atau tidak didaftarkan di JKM.

Dari persepktif Islam, setiap anak yang lahir itu adalah kurniaan Allah kepada kedua ibubapanya, baik anak itu

dilahirkan sempurna, mahupun sebaliknya. Kurniaan ini pula bukanlah diberi begitu sahaja, sebaliknya dengan

segala tanggungjawab dan amanah yakni untuk membesarkan anak itu agar menjadi manusia yang berguna

kepada keluarga, agama dan masyarakatnya. Jadi, sama ada anak itu sempurna mahupun tidak, tanggungjawab

membesar dan mendidik mereka masih terletak di bahu kedua ibubapa.

Selain itu, anak juga merupakan ujian kepada kedua orang tuanya, untuk melihat ketaqwaan serta keimanan

mereka. Ini disebut dalam al-Quran, pada ayat 28 Surah al-Anfaal yang bermaksud, “Dan ketahuilah bahawaharta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala

yang besar.”

Apabila dikatakan anak sebagai ujian, ia bermakna melalui anak itu Allah menguji kedua orang tuanya. Bila kita

katakan Allah menguji kedua orang tua melalui anak mereka, ia tidak semestinya bermaksud Allah menguji

ibubapa dengan memberikan anak-anak yang tidak sempurna. Walaupun ibubapa yang memiliki anak-anak yang

tidak sempurna ini diuji dengan hebat, tidak kurang ibubapa yang diuji Allah walaupun anak-anaknya sempurna

belaka. Walau bagaimanapun, ujian-ujian ini adalah lumrah hidup bagi orang Islam dan Rasulullah pernah

Page 2: Orang Kurang Upaya (Oku) Dari Perspektif Islam - IKIM

19/3/2014 Orang Kurang Upaya (Oku) Dari Perspektif Islam - IKIM

http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/7111-orang-kurang-upaya-oku-dari-perspektif-islam?tmpl=component&print=1&page= 2/4

bersabda yang bermaksud, “Ujian yang tiada henti-hentinya menimpa kaum mukmin lelaki dan wanita yangmengenai dirinya, hartanya, anaknya (dengan sabar) sehingga ia akan menemui Allah dalam keadaan tidak

berdosa.”

Jadi, dalam Islam, sama ada anak itu sempurna atau sebaliknya, ia adalah kurniaan Allah dan ibubapa perlu

melaksanakan tanggungjawab mereka untuk membesar dan mendidik anak-anak itu. Di masa yang sama,

ibubapa harus ingat bahawa anak-anak juga adalah ujian dari Allah dan jika ujian ini dihadapi dengan redha dan

sabar, maka akan ada ganjarannya di akhirat kelak.

Ibubapa yang dikurniakan anak yang kurang upaya hendaklah redha dengan kurniaan tersebut. Dengan adanya

sifat redha ini, akan lebih mudahlah bagi mereka untuk menerima hakikat tersebut dan seterusnya mengambillangkah-langkah yang sesuai untuk membantu anak itu. Tanggungjawab terhadap anak itu perlu dilaksanakan

sama seperti anak-anak lain dengan memberi makan-minun, pakai dan tempat tinggal yang selesa, memberi

perhatian yang sewajarnya, pendidikan serta bimbingan. Satu perkara yang perlu diingat ialah anak kurang upaya

memerlukan perhatian yang lebih dari anak normal kerana jiwa mereka yang lebih sensitif. Mereka juga perlu

diberi pendidikan agama kerana walaupun cacat, mereka tetap perlu menjadi seorang Muslim yang baik.

Tambah pula, ilmu agama ini akan memudahkan mereka menerima hakikat kelahiran yang sedemikian rupa.

Ibubapa juga perlu memberikan motivasi kepada anak-anak ini agar tidak berputus asa dalam menghadapi

hidup.

Membesarkan anak kurang upaya bukanlah sesuatu yang mudah. Berbagai cabaran yang akan dihadapi. Namunsegalanya perlu dihadapi dengan tabah dan sabar . Sabar dengan kepenatan (terutamanya jika anak tadi tidak

boleh menguruskan dirinya sendiri dan memerlukan kedua ibubapa menguruskan dirinya). Sabar dengan kerenahanak itu. Sabar dengan segala keperluannya (baik dari segi masa, penjagaan, rawatan, ubatan dan sebagainya).

Oleh itu, kesabaran perlu ada pada diri ibubapa yang memiliki anak-anak kurang upaya.

Di samping itu, ibubapa perlu ingat bahawa walaupun anak itu kurang dari satu aspek, ia tentu mempunyaikelebihan dalam aspek yang lain. Sebagai contoh, orang yang cacat penglihatan biasanya terang mata hatinya.

Jadi, ibubapa perlu mencari kelebihan serta kekuatan anak tersebut dan mengembangkannya. Sebagai contoh,seorang anak yang cacat penglihatan, mungkin berbakat untuk menjadi penyair yang terkenal.

Jadi, dalam membesarkan anak-anak kurang upaya, ibubapa perlu redha, sabar, melaksanakan tugas dan

memfokus kepada kekuatan anak itu.

Sebaliknya, jika ibubapa tadi bersikap dengan sikap-sikap sebaliknya seperti tidak redha, tidak sabar danenggan melaksanakan amanah, maka bukan sahaja ia memudaratkan dirinya sendiri tetapi juga anak yang tidakberdosa itu. Misalnya, jika ibubapa tadi tidak redha dengan pemberian Allah dan terus-terusan bertanya,

“Mengapa Tuhan memberikan aku anak yang cacat?” atau “Mengapa aku yang terpaksa mendapat anak yangcacat dan tidak orang lain?”, maka, ia bukan sahaja dimurkai Allah kerana tidak menerima qahda dan qadar,

serta mempersoalkan kuasa Allah tetapi juga dengan sikap yang sedemikian, mereka tidak akan menerimahakikat tersebut. Bila ibubapa tidak mahu menerima hakikat itu, maka agak sukar untuk mereka bertindak balas

sewajarnya. Jika pasangan itu tidak sabar pula, maka ada kemungkinan anak tadi akan disakiti, baik secaramental, mahupun fizikal. Begitu juga, jika ibubapa tadi tidak mahu melaksanakan tanggungjawab mereka

terhadap anak itu, mereka mungkin akan mengabaikannya dan kebajikan anak itu tidak akan terurus.

Bagi pihak insan-insan yang istimewa atau orang-orang kurang upaya inipun, ada sikap-sikap tertentu yang perlumereka ambil. Misalnya, mereka hendaklah redha dengan ketentuan Tuhan. Tentu ada sebabnya mengapa Tuhan

Page 3: Orang Kurang Upaya (Oku) Dari Perspektif Islam - IKIM

19/3/2014 Orang Kurang Upaya (Oku) Dari Perspektif Islam - IKIM

http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/7111-orang-kurang-upaya-oku-dari-perspektif-islam?tmpl=component&print=1&page= 3/4

lahirkan atau tentukan hidup mereka begitu. Usah dipersoalkan mengapa Tuhan jadikan begitu – itu hak Allah.

Sebaliknya, terima hakikat itu dan lakukanlah sebaik mungkin dengan apa yang ada. OKU juga perlu tabahmenghadapi segala cabaran yang melanda. Mereka perlu kuatkan semangat dan cekalkan hati kerana dengan

kekurangan-kekurangan itu, mereka memerlukan usaha-usaha yang lebih berbanding orang-orang yang normal.Oleh itu mereka tidak boleh mudah berputus asa. OKU juga perlu sabar dengan segala dugaan yang mendatang.

Minta bantuan keluarga untuk mengenalpasti kelebihan yang ada pada diri serta kembangkan kelebihan itu danjika boleh, gunakan kelebihan itu untuk berdikari dalam hidup.

Bagaimana pula sikap kita – ahli masyarakat yang normal – terhadap golongan kurang upaya ini? Kita perlulah

melayan mereka sama seperti kita melayan orang yang sempurna. Kekurangan yang mereka miliki bukanlah tiketuntuk kita melayan mereka secara sambil lewa, apa lagi untuk menghina mereka. Sehubungan dengan itu, saya

ingin menarik perhatian pembaca kepada satu peristiwa yang terjadi kepada Rasulullah s.a.w. Diriwayatkanbahawa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. telah didatangi oleh Ummu Maktum iaitu seorang yang cacatpenglihatan. Pada ketika itu Rasulullah s.a.w. sedang sibuk melayani pemuka-pemuka Quraish dan mendakwah

mereka kepada agama Islam. Melihat kehadiran Ummu Maktum, Baginda pun memalingkan muka Baginda daribeliau kerana ingin menumpukan perhatian kepada pemuka-pemuka Quraish tadi. Dengan kejadian itu, Allah

pun mewahyukan ayat 1- 11, Surah Abasa yang bermaksud,

“Ia memasamkan muka dan berpaling kerana ia didatangi orang buta. Dan apa jalannya engkau dapatmengetahui (tujuannya wahai Muhammad)? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran agama

yang didapati daripadamu)! – ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaatkepadanya. Adapun orang yang merasakan keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi ( kepada ajaran Al-

Quran), maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya. Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahumembersihkan dirinya (dari keingkarannya). Adapun orang yang segera datang kepadamu, dengan perasaan

takutnya (melanggar perintah-perintah Allah) – maka engkau berlengah-lengah melayaninya. Janganlahmelakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yangmencukupi). ”

Diriwayatkan bahawa setelah turunnya ayat-ayat itu, Rasulullah s.a.w. pun mengalihkan perhatiannya kepada

Ummu Maktum.

Peristiwa di atas menunjukkan bahawa walaupun seseorang itu ada kecacatan tertentu, maka kita harusmelayaninya seperti orang lain, terutama jika mereka mendekati kita bagi tujuan untuk mengetahui dengan lebih

mendalam tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan agama. Oleh itu, sebagai ahli masyarakat yang akansentiasa berdepan dengan OKU, kita perlulah mengamalkan sikap-sikap yang tertentu agar kebajikan serta hak-

hak mereka terpelihara.

Pertama sekali, kita perlu menerima mereka sebagai sebahagian dari ahli masyarakat kita. Kehadiran mereka

bukanlah untuk dihina atau diketawakan tetapi untuk difahami dan dibantu. Selain itu, kita perlu tahu kekurangan

serta keperluan mereka agar dengan pengetahuan itu, kita dapat memberi kemudahan-kemuadahan yang

diperlukan seperti tandas khas, tempat letak kereta serta laluan yang mudah untuk ke mana sahaja atau untukmelakukan apa sahaja.

Di masa ini, memang telah ada tandas khas dan tempat letak kereta khas untuk OKU tetapi kewujudannya tidak

terlalu meluas. Malah, seringkali juga kemudahan-kemudahan ini disalahguna oleh orang-orang yang sempurna.Berkaitan dengan laluan yang mudah pula, apakah kita menyediakan laluan untuk kerusi roda yang bersesuaian?

Apabila kita sedang berbaris untuk membayar bil atau apa sahaja, apakah kita mengharapkan OKU itu berbaris

Page 4: Orang Kurang Upaya (Oku) Dari Perspektif Islam - IKIM

19/3/2014 Orang Kurang Upaya (Oku) Dari Perspektif Islam - IKIM

http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/7111-orang-kurang-upaya-oku-dari-perspektif-islam?tmpl=component&print=1&page= 4/4

juga?

Begitu juga rumah-rumah ibadat, apakah ia mesra OKU? Masjid kita, apakah ada tempat letak kereta untukOKU? Laluan kerusi roda untuk mereka bersembahyang berjemaah di Hari raya, misalnya? Apakah ada kelas-

kelas tertentu untuk mereka mendapatkan bimbingan? Bolehkah seorang yang cacat penglihatan pergi ke masjid

untuk belajar membaca al-Quran? Bolehkah seorang yang cacat pendengaran pergi ke masjid untuk diberi

penerangan tentang Islam dengan menggunakan bahasa isyarat? Jika semua soalan yang diutarakan pada para inidijawab dengan “Tidak”, apakah sebenarnya persepsi kita tentang OKU? Apakah kita melihat kekurangan

mereka sebagai satu pengecualian dari tanggungjawab untuk mendalami serta mengamalkan Islam seperti orang

lain? Atau kita memang tidak pernah memikirkan hal ini?

Untuk hidup bersama dengan OKU, kita perlu menjaga sensitiviti mereka. Seorang OKU (cacat anggota yang

memerlukannya duduk di atas kerusi roda) pernah bercerita tentang pengalaman dirinya sendiri di mana di masa

kecil, kawannya dihalang dari bermain dengannya dengan kerap kerana ibu kawannya itu takut anaknya tidakmendapat latihan jasmani yang mencukupi (memandangkan tiada banyak aktiviti yang boleh dilakukan dengan

seorang yang duduk di atas kerusi roda). Begitu juga seorang yang saya kenali menakut-nakutkan anaknya

dengan OKU yang tinggal di sebelah rumahnya. Apakah ini caranya kita mendidik anak? Bukankah kita patut

mengajar mereka berbaik dan membantu OKU dan bukan sebaliknya?

Kita juga patut membantu golongan kurang upaya ini baik dari segi kewangan, mahupun tenaga. Saya

difahamkan, dalam masyarakat kita, memang ada banyak pertubuhan kebajikan tetapi kebanyakannya bertumpu

kepada menjaga kebajikan anak yatim dan begitu sukar untuk mencari pertubuhan Islam yang menjagakebajikan OKU. Mengapa? Apakah kerana al-Quran tidak menyebut perkataan “OKU” maka kita rasa mereka

tidak perlu dibantu? Apakah kerana mereka bukannya salah satu dari asnaf zakat, maka kita merasakan mereka

tidak perlu dibantu? Bukankah mereka juga termasuk dalam kategori “orang-orang yang memerlukan”? Jadi,kita sebagai orang Islam, perlu prihatin tentang perkara ini.

OKU adalah sebahagian dari masyarakat kita. Sebagaimana mereka merupakan ujian Allah kepada kedua

orangtua dan keluarga mereka, mereka juga adalah ujian kepada kita. Dengan segala kekurangan yang merekamiliki serta kelebihan yang ada pada kita, bagaimanakah kita berinteraksi dengan mereka? Apakah kita

menggunakan kelebihan-kelebihan kita untuk memudahkan mereka atau apakah kelebihan-kelebihan kita itu

mengaburkan mata hati kita terhadap keperluan-keperluan mereka lantas menafikan hak-hak mereka terhadap

kita? Bukankah nikmat-nikmat yang kita miliki ini juga merupakan ujian Allah buat kita?

FaLang translation sy stem by Faboba