oleh diskusi dgn - tarbiyahkita.com · awjaba al-mukminuun al-jilsaat…. 2. langkah pintar...

17

Upload: vuongtuong

Post on 24-Mar-2019

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

OlehMuhammad Ahmad Rashid

Diskusi dgnUst Ahmad Daud Ishak El-Merbawiy

Di Anggulia Resort, Marang Terengganu15 Ramadhaan 1433H/4 Ogos 2012 (Sabtu)

Ijlis bina nu’min saa’ah…“kita ambil ungkapan ini, lalu lahirlah nasihat-nasihat

ini yang berkaitan tentang fiqh ad-da'wah. Kita mengajak para da'i Islam untuk duduk sejenak dengan setiap nasihat ini, beriman dan memuhasabah diri, ilmu dan himmahnya.”

Jazbu imanin wa jazbu syaitanin…1. Di sana ada dua tarikan dalam diri insan;a)Tarikan iman, niat, himmah, kesedaran dan

perasaannya terhadap tanggungjawab. Dari sini, dia akan sentiasa berada dalam beramal salih atau azam kebaikan.

b) Tarikan syaitan yang menghiaskan futurnya danmenjadikannya cinta kepada dunia. Menyebabkan dia

dalam lalai, malas, panjang angan-angan dan berlengah-lengah untuk belajar apa yang dia jahil.

Awjaba al-mukminuun al-Jilsaat….2. Langkah pintar mukminin ialah;

“Kerana itulah, orang-orang mukmin telah mewajibkan kepada diri

Mereka untuk menghadiri jilsah-jilsah tafakkur, merenung diri dan tanasuh saling nasihat-menasihati di antara satu sama lain.

Memeriksa jiwa takut-takut dihinggapi takabbur atau menolak kebenaran. Memeriksa hati takut-takut terseleweng.

Memeriksa ilmu dan iman takut-takut bercampur baur dengan berlebih-lebih dengan bid'ah atau kekurangan yang membawa kepada meninggalkan suruhan Allah dan nasihat kebenaran.”

3. “Dari mereka berdua (Muaz ibnu Jabal dan Abdullah ibnu Rawaahah) pula kita ambil ungkapan ini, lalu lahirlah nasihat-nasihat ini;

yang berkaitan tentang fiqh adda'wah. Kita mengajak para da'i Islam untuk duduk sejenak dengan setiap nasihat ini, beriman dan memuhasabah diri, ilmu dan himmahnya.”

Baqiyyatun..wa amalun… “Tetapi apa yang lebih diperlukan dari itu ialah menyedarkan dengan cepat

mereka yang sudah pun berpegang dengan Islam, membangkitkan himmah mereka dan memperkenalkan kepada mereka toriq amal dan fiqh da'wah. Sebenarnya masih terdapat ramai saki baki mukmin yang bilangan mereka cukup untuk menegakkan kebaikan yang kita ingin capai dan cita-citakan, tetapi dengan syarat mereka mengenali erti tajarrud (menyerahkan diri hanya untuk Islam), merasai kecil dan hinanya dunia, menjauhkan diri dari fitnah-fitnah, sabar menghadapi mihnah dan mahir seni memimpin ummat.”

Baqiyyatun..wa amalun2…Nasihat2 ini ditujukan kepada muslim, yang benar

imannya, suci aqidahnya, yang merasa perit dan sedih dengan realiti ummat muslimin pada hari ini. Buku ini akan cuba menunjukkan kepadanya toriq amal yang berhasil –insya Allah- dan jalan-jalan yang akan menyelamatkan ummah ini.

Peringatan-peringatan ini juga akan menunjukkan kepadanya keperluan-keperluan untuk peningkatan melalui tarbiyyah dirinya hingga sampai ke tahap yang diperlukan dalam toriq ini.

Baqiyyatun..wa ‘amalun3…”Ditujukan kepada para du'at yang sudah faham

toriq amal, yang bukan lagi bekerja secara sendiri-sendiri, faham kepada perlunya amal jama’ie dan telah berada bersama-sama mereka yang bangun memukul jahiliyyah dan membawa umat ini kepada Islamnya semula,

Tetapi mereka masih memerlukan pengukuhan, peningkatan usaha dan proses melembutkan hati.”

Baqiyyatun..wa ‘amalun4…Begitulah…, kami telah mengutip segala erti kebaikan yang

ditunjukkan oleh Yahya bin Mu'aaz (seorang zahid) ketika beliau berkata:

نننن نن نننن ننننن نننننن نن ننن ننننن ننن نننن ننن نننن

(Sebaik-baik perkara ialah: “Perkataan yang lembut, yang dikeluarkan dari lautan yang dalam, melalui ungkapan lidah seorang yang peramah dan berbudi”).Kamu akan mengetahui betapa peramah dan berbudinya hati-hati rijal tersebut yang telah menghadiahkan kepada kamu buah hasil pengalaman dan kesimpulan pengamatan mereka. Oleh sebab itu, kata-kata mereka menjadi berkekalan dan mendapat perhatian manusia, petanda ada hubungannya dengan al-haq (kebenaran).

Ba’dha Awhaam wa Thiqaat…Menjelaskan sikap tarbiah ini dan sikap pengarang

Muhammad Ahamd Rashid dalam melontarkan Idea belaiu bagi mengukuhkan fiqh ad-Dakwah dengan sokongan Rijal Thiqaat dan menjelaskan Fikrah yg meracuni menyup dalam Dakwah yg tidak sepatutnya hadir

Di kemukakan beberapa contoh tokoh yg kita boleh teliti brsama daripada teks Melayu atau Arab..Insya Allah swt.

Fitrah akal jiwa murni, kenal kebenaran dari kebatilan…Hanya aqal yang memahami, hati yang bersih

dan orang yang yakin dengan kebenaran yang dibawanya sahaja boleh mengungkapkan kata-kata benar yang kekal. Dia boleh mengungkapkan kata-kata perumpamaan yang terus menerus digunakan dan penjelasan yang kekal di dalam kehidupan. Tidak tertentu untuk satu waktu sahaja, tidak juga perkara tertentu, tidak juga orang tertentu, tidak juga kejadian tertentu, tetapi kata-katanya itu mencakupi mana-mana generasi, masa, negara dan kawasan.

Persembahan Fiqhu ad-Da’wah bersulamkan puisi..lebih berkesanAku dapati sesetengah buku tarbiyyah harakah

Islamiah memisahkan antara prosa dan puisi tanpa alasan yang kukuh.

menggunakan beratus-ratus rangkap dan petikan puisi pelembut hati atau pembakar semangat atau puisi aqidah dan fikrah hasil karya para pemuisi thiqah lama atau moden dan juga para pemuisi dakwah.

Fiqhu ad-Da’wah bersulamkan puisi..lebih berkesan2Ini kerana jiwa manusia memang sukakan keindahan,

dan puisi pula semuanya indah. Ia boleh menambah jelaskan, memanis, memikatkan sesuatu yang betul dan baik. Dalam masa yang sama ia dapat menutup kekurangan dan penyelewengan yang ada pada kebatilan sehingga menjadikannya cantik dan indah.

Tiada seorang pun yang dapat lepas dari tertawan terpengaruh dengan puisi melainkan hati yang dimakmurkan dengan iman secukupnya. Fenomena ini mendorong aku untuk memasukkan puisi-puisi dalam siri nasihatnasihat ku ini.

Bersama Fitrah Keindahan..Majaaz, jinaas dan tasybiih adalah sama seperti syair

dan puisi. Seseorang yang mempunyai zouq mendapati bahawa ungkapan bersemangat akan lebih berkesan jika dihiasi dengan seni-seni ilmu balaaghah ini. Oleh itu aku petik sebahagiannya yang tidak terlalu sukar.

Ianya hanyalah suatu yang nature keluar dari jiwa yang seni, kerana jiwa jenis ini sentiasa mahukan suatu yang lebih agung, lebih indah dan lebih halus.

Mungkin orang yang tidak berjiwa seni menganggap ini semua sebagai mengada-ngada, sengaja memberat-berat dan meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.

Semangat Pemuda Mutarabbiy..bernuansa baru.Kurun yang lepas telah menyaksikan luka-luka yang

memeritkan seluruh dunia Islam. Serangan musuh Islam telah sampai ke kemuncaknya. Sungguhpun begitu, cubaan untuk menanganinya semula telah dilakukan oleh mereka yang mempertahankannya. Walaupun kemenangan belum diperolehi,

Tetapi sekumpulan pemuda Islam telahpun ter’tarbiyyah dan mula bangkit sedar. Keazaman mereka telah mantap. Ini semua meyakinkan lagi kita bahawa Islam pasti menang dalam kurun ini .. Insya Allah !

Wassalaam ‘alaikum warahmatullah

Jazaakumullah ‘ala Husni istimaa ‘ikum wa intibaahikum