objektif penilaian

7
1.0 TUJUAN PENILAIAN Pengujian dan penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sama pentingnya dengan proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. Matlamat utama penilaian ialah untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya ditinjau dari aspek yang lebih luas, penilaian yang dijalankan memberi manfaat besar kepada guru, pelajar dan ibu bapa, malah kepada pihak sekolah serta Kementerian Pelajaran sendiri. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, hasil penilaian yang dijalankan dapat dijadikan asas kepada guru untuk membuat keputusan berhubung dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Sepanjang guru mengajar, beliau akan menggunakan maklumat yang diperoleh bagi membuat keputusan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar. Tujuan atau kepentingan penilaian dalam pendidikan khususnya dalam bilik darjah, dijelaskan berasaskan beberapa tujuan seperti membuat diagnosis, melihat pencapaian, membuat pemilihan dan menempatkan serta memberikan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar. 1.1 Diagnosis Penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar. Selain itu, penilaian ini juga dapat memberi maklum balas tentang masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran. Dengan itu, guru dapat mengenal pasti kemajuan 1

Upload: bujangkurus

Post on 27-Jan-2016

231 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

objektif

TRANSCRIPT

Page 1: objektif penilaian

1.0 TUJUAN PENILAIAN

Pengujian dan penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sama

pentingnya dengan proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. Matlamat

utama penilaian ialah untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya

ditinjau dari aspek yang lebih luas, penilaian yang dijalankan memberi manfaat

besar kepada guru, pelajar dan ibu bapa, malah kepada pihak sekolah serta

Kementerian Pelajaran sendiri.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, hasil penilaian yang dijalankan dapat

dijadikan asas kepada guru untuk membuat keputusan berhubung dengan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Sepanjang guru mengajar, beliau

akan menggunakan maklumat yang diperoleh bagi membuat keputusan untuk

meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar. Tujuan

atau kepentingan penilaian dalam pendidikan khususnya dalam bilik darjah,

dijelaskan berasaskan beberapa tujuan seperti membuat diagnosis, melihat

pencapaian, membuat pemilihan dan menempatkan serta memberikan bimbingan

dan kaunseling kepada pelajar.

1.1 Diagnosis

Penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat

memberikan maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar terhadap

pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar. Selain itu, penilaian ini juga dapat

memberi maklum balas tentang masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran.

Dengan itu, guru dapat mengenal pasti kemajuan seseorang pelajar, sama ada pada

tahap yang sangat memuaskan, memuaskan, sederhana, lemah atau tidak ada

sebarang kemajuan langsung. Daripada penilaian yang dijalankan juga, guru dapat

mengenal pasti pelajar yang cepat/cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan

pelajar yang lemah yang memerlukan aktiviti pemulihan. Guru juga perlu membuat

keputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran, supaya ia lebih

bersesuaian dengan keperluan pelajar atau mengulang pelajaran dengan

menggunakan strategi yang sama dan sebagainya.

Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran

akan memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. Pengesanan

1

Page 2: objektif penilaian

kemajuan pelajar secara berterusan ini akan memberi maklum balas kepada guru

tentang masalah yang dihadapi pelajar. Adakah pelajar mempunyai masalah dalam

mempelajari dan menguasai pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar?

Sekiranya pelajar menghadapi masalah, guru akan menyelidik punca masalah

tersebut. Maklumat berkenaan akan digunakan guru untuk mengubah pendekatan

pengajaran atau menyediakan latihan yang khusus supaya masalah yang dihadapi

pelajar dapat diatasi. Tanpa bantuan khas ini, pelajar-pelajar akan terus menghadapi

masalah dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan dalam pembelajaran.

1.2 Pencapaian

Penilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran

dapat memberikan maklumat tentang tahap penguasaan para pelajar terhadap

pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ingin disampaikan guru. Selain itu,

penilaian yang dijalankan pada akhir tempoh pengajian; misalnya pada akhir Tahun

6 (UPSR), Tingkatan 3 (PMR) dan Tingkatan 5 (SPM); adalah bertujuan untuk

menentukan gred pencapaian para pelajar secara keseluruhan. Penilaian pada

peringkat ini lebih bercorak formal dengan tujuan akhirnya untuk memberi sijil

kepada pelajar.

Hasil penilaian ini akan menunjukkan pencapaian akademik pelajar

mengikut gred yang diberikan, seperti cemerlang, sederhana atau gagal. Pihak

sekolah akan dapat menentukan keupayaan keseluruhan seseorang pelajar

berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki untuk

tindakan selanjutnya, seperti pemilihan dan penempatan.

1.3 Pemilihan dan Penempatan

Penilaian adalah penting sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula

kerana guru perlu meninjau sejauh manakah pelajar-pelajarnya menguasai

pengetahuan dan kemahiran asas kepada tajuk yang hendak diajar. Misalnya,

seseorang guru Bahasa Melayu yang akan mengajar pelajar bukan penutur asli

bahasa Melayu, perlu mengetahui aspek pengetahuan dan kemahiran manakah

yang telah mereka kuasai, seperti tatabahasa, perbendaharaan kata dan

sebagainya. Maklumat ini penting untuk guru membuat keputusan dalam

menentukan peringkat yang bersesuaian untuk memulakan pengajaran.

2

Page 3: objektif penilaian

Selain itu, guru juga dapat memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam

sesuatu kumpulan berasaskan tahap penguasaan mereka. Sekiranya penguasaan

mereka berbeza, guru perlu menempatkan mereka mengikut tahap penguasaan

masing-masing dan seterusnya merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut

keperluan mereka yang berbeza-beza itu.

Dalam keadaan ini, tujuan penilaian ialah untuk memilih dan menempatkan

pelajar mengikut penguasaan pengetahuan dan kemahiran mereka. Selain

memulakan sesi pengajaran, tujuan penilaian juga ialah untuk memilih dan

menempatkan pelajar mengikut aliran tertentu. Misalnya, keputusan pelajar yang

cemerlang dalam mata pelajaran sains memungkinkan ditempatkan dalam aliran

sains atau mengikut kecenderungan seseorang murid berkenaan.

1.4 Bimbingan dan Kaunseling

Penilaian juga dapat digunakan untuk tujuan bimbingan dan kaunseling

kepada pelajar yang memerlukannya. Setiap pelajar sepatutnya mempunyai

motivasi untuk belajar dan ia mungkin bersifat intrinsik/dalaman, iaitu motivasi

daripada dalam diri pelajar itu sendiri. Contohnya, mereka yang belajar disebabkan

ingin mengetahui sesuatu dengan mendalam, akan memperoleh pencapaian yang

baik dan seterusnya akan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih

tinggi. Selain motivasi yang bersifat intrinsik ini, terdapat pula motivasi yang bersifat

ekstrinsik/luaran, iaitu motivasi daripada luar, seperti dorongan daripada ibu

bapa/rakan sebaya atau nasihat daripada guru/guru besar.

Penilaian ini yang dijalankan dari masa ke masa dapat meningkatkan

motivasi pelajar untuk belajar dengan lebih gigih supaya memperoleh pencapaian

akademik yang lebih baik. Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang akan terus

berusaha untuk mengekalkan pencapaian mereka dengan semangat yang tinggi.

Sebaliknya, pelajar-pelajar yang lemah akan dapat mengenal pasti kelemahan

mereka dan seterusnya dapat memperbaiki kelemahan tersebut. Malah, maklumat

tentang kelemahan pelajar dapat membantu guru untuk memberi bimbingan, tunjuk

ajar atau kaunseling untuk menangani masalah mereka dengan cara yang lebih

berkesan.

3

Page 4: objektif penilaian

1.5 Tujuan Penilaian Yang Lain

Penilaian juga penting dalam menentukan kesediaan pelajar untuk

mempelajari sesuatu kemahiran baru. Penilaian ini dijalankan guru sebelum

memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, yang dibuat melalui pemerhatian ke

atas keadaan fizikal pelajar, seperti tangan, mata, jari-jemari dan penumpuan pelajar

kepada guru. Daripada maklumat yang diperoleh, guru boleh menelah tahap

kesediaan pelajar untuk menerima pengajaran atau sebaliknya. Memulakan

pengajaran mengikut kesediaan pelajar adalah amat penting untuk memastikan

pelajar mempunyai keyakinan dan keupayaan asas untuk mengikuti sesi pengajaran

dan seterusnya memudahkan mereka menguasai kemahiran yang hendak diajar.

Hasil penilaian juga dapat memberikan input kepada guru tentang

keberkesanan pengajarannya. Melalui maklum balas yang ditunjukkan oleh pelajar,

guru dapat menilai sama ada pengajarannya berkesan atau sebaliknya. Sekiranya,

rata-rata pelajar tidak dapat menguasai sesuatu yang diajar; maka jelas

menunjukkan strategi pengajarannya kurang berkesan, yang memerlukan

pengubahsuaian segera bagi memperbetulkan keadaan.

Bagi pelajar pula, maklumat penilaian ini dapat menunjukkan tahap

penguasaan mereka terhadap sesuatu tajuk pelajaran. Seandainya mereka lemah

dalam sesuatu tajuk, mereka akan mengetahuinya dan dengan sendiri mereka akan

memberi tumpuan kepada perkara yang mereka kurang kuasai.

Seterusnya bagi ibu bapa, penilaian guru dapat memberikan maklum balas

tentang kemajuan dan pencapaian anak-anak mereka dalam semua mata pelajaran

dan juga dalam aspek sahsiah. Ibu bapa dapat mengambil tindakan sewajarnya,

seperti memberikan tumpuan yang lebih atau menghantar anak-anak mereka ke

kelas tuisyen dengan harapan pencapaian anak-anak mereka akan meningkat.

4

Page 5: objektif penilaian

Selain itu, penilaian juga dapat memberikan maklumat yang jelas kepada

pihak penggubal dasar, khususnya penggubal kurikulum Kementerian Pelajaran

Malaysia, tentang kurikulum yang digunakan di sekolah-sekolah. Pihak Kementerian

mendapat maklum balas yang tepat tentang pencapaian objektif sukatan pelajaran,

sama ada telah dapat dicapai dengan jaya atau sebaliknya. Sekiranya maklum balas

yang diperoleh tersebut menunjukkan terdapat kekurangan yang ketara dalam

mencapai objektif tertentu, maka pengubahsuaian sukatan pelajaran serta

pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukan.

5