cover buletin - lpp.gov.my · definisi penarafan bintang (star rating) audit pengurusan pp adalah...

20
COVER BULETIN

Upload: vanmien

Post on 04-Apr-2019

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: COVER BULETIN - lpp.gov.my · Definisi Penarafan Bintang (Star Rating) Audit Pengurusan PP adalah merupakan Satu sistem indeks penilaian secara objektif terhadap tahap pematuhan peraturan

COVER BULETIN

Page 2: COVER BULETIN - lpp.gov.my · Definisi Penarafan Bintang (Star Rating) Audit Pengurusan PP adalah merupakan Satu sistem indeks penilaian secara objektif terhadap tahap pematuhan peraturan

Editorial KANDUNGANPENAUNG

Dato’ Haji Mohd Salim bin Haji Taha

PENASIHAT

Azulita Bt. Salim

Haji Hamzah bin Haji Bahari

KETUA PENGARANG

Dato’ Haji Ismail Bin Haji Saleh

PENYUNTING

Haji Rosli bin Yaakub

Norsidah binti Haji Mohd Nor

EDISI INTERNET

Shuwib bin Ab. Karim

Zuraidah Binti Mustapa

GRAFIK

Azizan bin Othman

Kamaruzzan bin Hanif

JURUFOTO

Muhammad Afiq bin Azman

DITERBITKAN OLEH

Lembaga Pertubuhan Peladang

Menara LPP, No. 20,

Jalan Sultan Salahuddin,

50480 Kuala Lumpur.

EDARAN

Nik Mazri bin Mat Yusof

Mohd Haniff bin Asim (Hashim)

Shafrin Azhar bin Abd. Ghani

TRANSFORMASI LPP ELEKTRONIK BOLEH DILAYARI

http://www.lpp.gov.my

FOKUS :Sambutan 6 Ogos 3

INFORMASI :Pelancaran Peladangnita Kebangsaan 5

INFORMASI : Keterjaminan Bekalan Makanan Negara 6

PENCAPAIAN :Projek Tanaman Tembikai Kg. Ubai Program NBOS 7 - Strategic Linkages Between Mini RTC-RTC-UTC Negeri Pahang 8

INOVASI : Prestasi Pertubuhan Peladang (PP) Berdasarkan Implementasi Penarafan Bintang (STAR RATING) Audit Pengurusan (2010-2016) 12

Page 3: COVER BULETIN - lpp.gov.my · Definisi Penarafan Bintang (Star Rating) Audit Pengurusan PP adalah merupakan Satu sistem indeks penilaian secara objektif terhadap tahap pematuhan peraturan

SAMBUTAN 6 OGOSFOKUS :

HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN (HPPN)

Pada tahun ini, sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan di peringkat Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah diadakan di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Sambutan pada kali ini dihadiri oleh YB Dato’ Sri Ahmad Shabery bin Cheek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YBhg. Dato’ Haji Muhamad Pehimi bin Yusof, Exco Pertanian Negeri Terengganu, YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Zainal bin Dahalan, Pengerusi LPP, YBhg. Dato’ Haji Mohd Salim bin Haji Taha, Ketua Pengarah LPP, pemimpin-pemimpin peladang dan anggota LPP.

Menurut YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Sambutan 6 Ogos ini merupakan wadah yang terbaik bagi menghargai dan mengenang jasa peladang, penternak dan nelayan di Malaysia. “Kita ada dua sambutan yang besar bagi tahun ini iaitu di peringkat negeri dan kebangsaan. Sambutan yang diadakan ini adalah bagi mengingatkan tentang jasa, sumbangan dan peluang untuk kita pasarkan nama peladang, penternak dan nelayan, serta aktiviti dan produk-produk baru mereka”, katanya.

Sambutan Hari Peladang ini adalah bertitik tolak dari peristiwa pengisytiharan 6 Ogos setiap tahun sebagai Hari Peladang yang dibuat oleh Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Hussien yang merupakan Perdana Menteri Malaysia Kedua. Pengisytiharan tarikh keramat ini adalah bersempena Pelancaran Penubuhan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP). LPP pada setiap tahun akan mengadakan pelbagai program di peringkat kebangsaan dan negeri bagi memperingati tarikh 6 Ogos Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPN).

Sambutan 6 Ogos Hari Peladang, Penternak dan Nelayan pada setiap tahun ini adalah bagi memupuk semangat dan memperbaharui azam peladang, penternak dan nelayan untuk berusaha dengan lebih giat dalam meningkatkan pengeluaran dan pendapatan demi kebahagian keluarga dan kemakmuran negara.

Selain itu, sambutan ini juga dapat menggalakkan masyarakat peladang, penternak dan nelayan supaya bersatu, berdikari dalam menggerakkan pertubuhan

3

YB Menteri bergambar bersama para peladang muda yang hadir memeriahkan sambutan 6 Ogos.

Rencana

Penulis : Norsidah Binti Haji Mohd Nor

Page 4: COVER BULETIN - lpp.gov.my · Definisi Penarafan Bintang (Star Rating) Audit Pengurusan PP adalah merupakan Satu sistem indeks penilaian secara objektif terhadap tahap pematuhan peraturan

peladang bagi membanteras kemiskinan. Menurut kata YB. Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek lagi, golongan pertanian khususnya para peladang, penternak dan nelayan layak untuk mendapatkan kehidupan yang lebih berkualiti dan berpendapatan tinggi dengan usaha serta semangat yang telah sekian lama ditunjukkan oleh mereka. “Kalau orang yang bekerja kerajaan mesti ada waktu-waktunya naik Air Asia pergi ke luar negara, dan orang katakan ini bukan hak golongan peladang, penternak dan nelayan, tetapi saya katakan, inshaa Allah..dengan pendapatan yang baik, satu masa nanti kita juga berhak mendapat sebagaimana orang lain dengan pendapatan yang tinggi ini. Ini adalah merupakan misi kita. Kualiti hidup yang lebih baik adalah perjuangan kita bersama, katanya.”

Tambahan lagi, melalui sambutan sebegini pencapaian sepanjang tahun para peladang, penternak dan nelayan dinilai dan diukur serta kerajaan akan terus memainkan peranannya dalam mencari inisiatif memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada. Seterusnya, pelbagai teknologi baru diketengahkan dan di sini dapat

dilihat bahawa fungsi jabatan dan agensi kerajaan dalam usaha membantu peladang, penternak dan nelayan ke arah transformasi pertanian negara.

LPP akan terus memainkan peranannya dalam meningkatkan kefahaman dan kesedaran terhadap sector pertanian dan perladangan melalui pergerakan pertubuhan peladang. Ini adalah penting bagi menyumbang kepada pembangunan pertanian negara. Hasil-hasil pertanian negara perlu ditonjolkan dan dipromosikan agar dikenali bukan sahaja di dalam negara malah dapat menembusi pasaran luar negara.

Saban tahun kita meraikan sambutan Hari Guru, Hari Ibu, Hari Bapa dan pelbagai sambutan yang lain bagi meraikan pengorbanan dan jasa yang disumbangkan oleh “individu-individu” ini. Justeru, Sambutan 6 Ogos ini adalah sama nilainya iaitu bagi meraikan jasa dan pengorbanan yang disumbangkan oleh para peladang, penternak dan nelayan dalam memastikan bekalan makanan negara terus terjamin. Kerana simbolnya apa yang diusahakan oleh peladang, apa yang diperjuangkan

oleh para penternak, apa yang dikorbankan oleh para nelayan kita, adalah daripada ladang, lautan, gunung-ganang, akhirnya sampai ke meja hidangan. Pengorbanan dan jasa mereka ini sepatutnya dihargai dan diraikan sebagai sebuah penghargaan yang tidak terhingga.

4

53 Hari Lagi ke HPPNK 2017.

YB Menteri berucap di Majlis Sambutan 6 Ogos

Para peladang muda bergambar bersama YB Menteri

Page 5: COVER BULETIN - lpp.gov.my · Definisi Penarafan Bintang (Star Rating) Audit Pengurusan PP adalah merupakan Satu sistem indeks penilaian secara objektif terhadap tahap pematuhan peraturan

Rencana

Penulis : Haji Rosli bin Yaakub

PELANCARAN PELADANGNITA KEBANGSAAN

Sumbangan yang disampaikan oleh YB Menteri Pertanian kepada wakil peladangNita Kebangsaan.

INFORMASI :

Kumpulan PeladangNita Pertubuhan Peladang telah

dilancarkan di peringkat kebangsaan pada 21 Julai

2017 oleh YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek,

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, sempena

Program Jelajah Tani Negeri Johor, di Kampong Parit

Tengah, Muar.

Pada majlis pelancaran tersebut YB Dato’ Sri Ahmad

Shabery Cheek telah menyerahkan dana bantuan

di bawah Peruntukan Tabung Pembangunan

Usahaniaga Peladang (TPUP) berjumlah RM200,000

kepada Pengerusi PeladangNita Kebangsaan Dato’

Rokiah Hashim. Dana tersebut disediakan sebagai

sumber pembiayaan secara pinjaman tanpa faedah

kepada usahawan peladang keseluruhannya dan

PeladangNita khususnya menjalankan usaha melalui

projek berasaskan pertanian.

Menurut YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek Program

Jelajah Tani Negeri Johor akan mencetuskan ramai

usahawan-usahawan yang berjaya. “Kita bukan

sahaja berjaya mencetuskan satu program tetapi

akhirnya kita akan dapat menghasilkan lebih ramai

lagi usahawan-usahawan yang berjaya baik di

kalangan wanita dan pemuda serta menambahkan

lagi pendapatan mereka”, katanya.

PeladangNita telah wujud sejak penubuhan Lembaga

Pertubuhan Peladang (LPP) lagi pada tahun 1973

dengan nama Kumpulan Peladang Wanita (KPW).

Namun demikian di bawah RMK-8, program ini

diaktifkan dengan nama PeladangNita.

Mengintegrasikan Kaum Wanita Bagi Meningkatkan Kualiti Kehidupan

Perkumpulan peladang wanita ini ditubuhkan

di semua rangkaian tiga peringkat Pertubuhan

Peladang (PP) iaitu bermula di peringkat Pertubuhan

Peladang Kawasan (PPK), peringkat Pertubuhan

Peladang Negeri (PPN) dan di Pertubuhan Peladang

Kebangsaan (NAFAS) merupakan peringkat

kebangsaan PeladangNita.

Pengerusi PeladangNita Kebangsaan YBhg. Dato’

Rokiah Hashim berkata, “Tujuan kita menubuhkan

PeladangNita ini adalah untuk mengumpulkan

ahli dikalangan wanita dari seluruh negara bagi

mengadakan satu kumpulan wanita-wanita dan

ibu tunggal yang berada di kampung-kampung

sedang membuat usaha bersendirian. Dengan

adanya PeladangNita ini dapat membantu mereka

mempromosikan dan memasarkan produk mereka

dengan lebih luas lagi”.

Penubuhannya selaras dengan Dasar Wanita

Negara iaitu menjamin perkongsian yang saksama

di antara lelaki dan wanita dalam pemilikan sumber

dan maklumat serta mengintegrasikan kaum wanita

di semua sektor bertujuan meningkatkan kualiti

kehidupan.

Pada masa kini keahlian PeladangNita adalah

seramai 187,649 orang iaitu 30.6 peratus daripada

jumlah ahli.PP di bawah LPP. Kebanyakan mereka

bergiat dibidang pembuatan makanan sejuk beku,

ternakan ikan keli, pemprosesan keropok lekor,

pemprosesan rempah dan sebagainya.

5

Page 6: COVER BULETIN - lpp.gov.my · Definisi Penarafan Bintang (Star Rating) Audit Pengurusan PP adalah merupakan Satu sistem indeks penilaian secara objektif terhadap tahap pematuhan peraturan

Kerajaan memandang serius usaha dan langkah

terbaik yang dapat memberi impak positif dalam

menghadapi pertambahan penduduk yang dijangka

meningkat kepada 50 juta orang menjelang

tahun 2050. Justeru, penglibatan golongan muda

dalam sector pertanian amatlah penting selaras

dengan Transformasi Negara 2050 atau TN50, iaitu

memastikan keterjaminan bekalan makanan (food

security) negara mencukupi menjelang 2050.

Topik jaminan bekalan makanan negara merupakan

agenda nasional yang menjadi halatuju strategik

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).

Dengan jumlah ahli seramai lebih 850,000 orang,

menjadikan LPP sebagai sebuah agensi di bawah

MOA yang begitu dekat kepada golongan peladang.

Ini merupakan sebuah peluang keemasan yang

sewajarnya diambil oleh LPP bagi menyampaikan

perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggannya

yang majoriti adalah golongan peladang.

Rentetan itu, LPP mengambil inisiatif dalam usaha

mentransformasi Pertubuhan Peladang seiring

agenda nasional ini. Melalui pindaan Peraturan-

Peraturan Peladang, dua orang Ahli Jemaah

Pengarah di Pertubuhan Peladang yang dilantik

adalah dari golongan peladang muda. Ia memberi

KETERJAMINAN BEKALAN MAKANAN NEGARA

MELALUI PENGLIBATAN PELADANG MUDA

kesan positif apabila penglibatan peladang muda

meningkat kepada 18 peratus pada tahun 2016

berbanding 1 peratus pada tahun 2014. Manakala,

sasaran peladang muda sehingga tahun 2020 pula

meliputi 30 peratus daripada sejuta ahli Pertubuhan

Peladang iaitu seramai 300,000 orang.

Sehubungan itu, pada 6 Ogos 2017 yang lalu LPP

telah mengangkat penglibatan golongan muda

dalam sector pertanian negara dengan melancarkan

penubuhan Peladang Muda Kebangsaan.

Penubunan Peladang Muda Kebangsaan ini telah

dilancarkan oleh YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Bin

Cheek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan

YBhg. Dato’ Ahmad Mukhriz Bin Dato’ Ahmad Fuad

yang merupakan Ahli Jemaah Pengarah NAFAS,

telah dilantik sebagai Pengerusi Penaja Peladang

Muda Kebangsaan.

Dengan tertubuhnya Peladang Muda Kebangsaan,

sektor pertanian negara akan diwarnai dengan idea

dan semangat orang muda dalam bidang pertanian.

Pastinya penglibatan teknologi dan inovasi dalam

sector pertanian yang diperolehi hasil dari pendidikan

dan penyelidikan bakal diaplikasikan oleh golongan

ini. Masa depan sector pertanian pada ketika itu,

bukanlah sekadar tanah dan biji benih malah ia

Penulis : Norsidah Binti Haji Mohd Nor

Perasmian Peladang Muda Kebangsaan pada Sambutan 6 Ogos di Kuala Terengganu.

6

INFORMASI :

Page 7: COVER BULETIN - lpp.gov.my · Definisi Penarafan Bintang (Star Rating) Audit Pengurusan PP adalah merupakan Satu sistem indeks penilaian secara objektif terhadap tahap pematuhan peraturan

berkaitan isu pengeluaran makanan negara dan

food security.

Penglibatan golongan muda dalam bidang

pertanian ini juga akan membuka peluang pekerjaan

dan menjamin keuntungan kepada usahawan

muda pertanian sekiranya ia dilaksanakan dengan

penuh komitmen dan punya visi yang jelas. Dalam

menghadapi corak ekonomi yang tidak menentu kini

dan pada masa hadapan, peluang ini sewajarnya

diambil oleh golongan muda dan menjadi

tanggungjawab kerajaan untuk membina landasan

yang jelas kepada golongan harapan negara ini.

Akhirnya, kemajuan dalam sector pertanian

negara amatlah penting di masa hadapan bagi

mengurangkan kebergantungan import makanan

daripada luar dan menjamin bekalan makanan

negara. Kemajuan yang pesat dengan bangunan

pencakar langit yang dibina bukanlah suatu

kebanggaan bagi sesebuah negara sekiranya

kemajuan sector pertanian masih mundur malah

rakyat umpama ‘kelaparan’ tanpa bekalan makanan

yang mencukupi.

Perasmian Logo Peladang Muda Kebangsaan oleh YB Menteri Pertanian.

7

Rencana

Page 8: COVER BULETIN - lpp.gov.my · Definisi Penarafan Bintang (Star Rating) Audit Pengurusan PP adalah merupakan Satu sistem indeks penilaian secara objektif terhadap tahap pematuhan peraturan

NBOS merujuk kepada National Blue Ocean Strategy atau Strategi Lautan Biru Kebangsaan. Blue Ocean Strategy, yang diilhamkan oleh Profesor W. Chan Kim dan Profesor Renée Mauborgne, merupakan sebuah pendekatan dengan membekalkan satu cara yang kreatif dan sistematik dalam mewujudkan nilai tinggi dengan kos rendah. Justeru, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak telah mengambil pendekatan ini untuk diadaptasi dan dilaksanakan oleh kerajaan. Lebih 80 kementerian dan agensi berkolaborasi dalam merangka dan melaksanakan inisiatif-inisiatif Strategi Lautan Biru yang kreatif dan bersifat transformatif kepada Negara.

Justeru, Projek Tanaman Tembikai Kg. Ubai terwujud melalui Program NBOS 7 – Strategic Linkages

Between Mini RTC – RTC – UTC Negeri Pahang. Projek ini dilaksanakan secara kolabrasi yang melibatkan Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Antara Jabatan dan Agensi yang terlibat adalah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Pahang, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), MARDI, Jabatan Pertanian, RTC dan Mini RTC. Sejumlah peruntukan telah disalurkan bagi menjayakan projek ini. Peruntukan yang diberikan adalah sebanyak RM343,200 pada Tahun 2016.

Setiap Jabatan dan Agensi dipertanggungjawabkan untuk meneraju Coordination Point (CP) yang telah ditetapkan seperti berikut:

Coordination Point (CP) Keterangan Agensi Peneraju

1 Membantu para Petani/ Pengusaha dalam Perladangan Komuniti yang mempunyai nilai yang tinggi LPP Negeri Pahang

2 Membangunkan Pusat Pengumpulan dan Pengagihan di Sekitar Mini RTC (Termasuk Pemprosesan Produk)

FAMA3 Membangunkan Aliran Dua Hala bagi membolehkan produk murah di antara UTC-RTC-Mini RTC

4 Membangunkan sistem bagi memudahkan pembeli membuat tempahan terus dari RTC

5 Mewujudkan Zon Pertanian Khas (Special Agr- Zones) di Sekitar RTC (Termasuk Agro-Pelancongan) MARDI

Projek Tanaman Tembikai Kg. Ubai Program NBOS 7 – Strategic Linkages Between Mini RTC-RTC-

UTC Negeri PahangPenulis : Norsidah Binti Haji Mohd Nor

Hasil tembikai Kg. Ubai.

8

PENCAPAIAN :

Page 9: COVER BULETIN - lpp.gov.my · Definisi Penarafan Bintang (Star Rating) Audit Pengurusan PP adalah merupakan Satu sistem indeks penilaian secara objektif terhadap tahap pematuhan peraturan

Seramai 38 orang peserta telah dipilih bagi menjayakan Projek Tanaman Tembikai Kg. Ubai ini. Para peserta yang dipilih merupakan penduduk di sekitar Kg. Ubai yang berpotensi dan mempunyai komitmen tinggi dalam menjalankan projek ini. Saiz projek yang diusahakan adalah seluas 100.12 ekar. Varieti tembikai yang ditanam adalah Bocci Knowyou (Tembikai Merah Bujur) dan Yellow Delight (Tembikai Kuning).

Projek ini dilaksanakan secara berperingkat yang terbahagi kepada tiga fasa. Fasa Pertama berkeluasan 30 ekar, Fasa Kedua pula 55 ekar dan Fasa Ketiga adalah 15 ekar. Projek ini telah berjalan melalui pelaksanaan Ladang Kontrak dengan pihak FAMA. Manakala, khidmat nasihat dan teknikal telah diberikan oleh Jabatan Pertanian dan MARDI.

Sehingga 1 Jun 2017, hasil tanaman tembikai Fasa Pertama telah berjaya dipasarkan kepada FAMA sebanyak 40 metrik tan. Manakala hasil jualan sendiri oleh para usahawan sebanyak 15 metrik tan dan jualan kepada pemborong pula adalah 12 metrik tan. Projek tanaman tembikai Fasa Kedua mula dilaksanakan pada Jun 2017 dan dijangka mengeluarkan hasil pada bulan Ogos 2017, manakala, tanaman Fasa Ketiga akan bermula selepas Hari Raya Aidil Adha.

Hala tuju projek NBOS 7 ini adalah untuk memperluaskan lagi jaringan pemasaran tembikai Kg. Ubai ke pasaraya-pasaraya di seluruh Malaysia. Usaha ini dapat direalisasikan melalui penglibatan LPP untuk menggalak, mempergiat dan mengusaha

kemajuan ekonomi para usahawan yang berpotensi, dan FAMA pula sebagai peneraju utama pemasaran makanan dan hasil pertanian.

Selain itu, kualiti hasil tanaman dapat dipertingkatkan melalui kolaborasi dengan Jabatan Pertanian dan MARDI. Dua agensi ini bertanggungjawab dalam memberi khidmat nasihat dan membuat penyelidikan dari segi sains, teknikal, ekonomi dan sosial. Pembangunan infrastruktur yang lebih baik seperti pengairan (tube well) akan dibangunkan. Ini adalah sebagai langkah bagi menghadapi keadaan kemarau semasa musim menanam tembikai.

Kepelbagaian varieti tanaman tembikai (tembikai susu, Apollo melon dan timun betik) dan benih yang berkualiti tinggi juga dapat dihasilkan melalui kolaborasi beberapa agensi di dalam projek ini. Dengan bertambahnya variet tembikai yang ditanam, maka keluasan tanaman tembikai sedia ada diperluaskan lagi. Ini seterusnya akan dapat mengkomersialkan Kg. Ubai sebagai kawasan utama pengeluaran tembikai di Malaysia.

Kesimpulannya, Projek Tanaman Tembikai Kg. Ubai ini merupakan salah satu projek kolaborasi yang berimpak tinggi kepada golongan sasar khususnya usahawan pertanian yang berpotensi. Projek sebegini merupakan medan atau wadah kepada jabatan dan agensi dalam menyalurkan bantuan dan khidmat yang sepatutnya kepada golongan sasar yang memerlukan. Bukti bahawa kerajaan sangat prihatin dan memandang serius akan tanggungjawab dalam memastikan pembangunan rakyat terjamin.

Pengarah LPP Negeri Pahang memberikan ucapan kepada para peserta Projek NBOS Tanaman Tembikai Kg. Ubai.

Berat tembikai yang ditimbang.

9

Rencana

Page 10: COVER BULETIN - lpp.gov.my · Definisi Penarafan Bintang (Star Rating) Audit Pengurusan PP adalah merupakan Satu sistem indeks penilaian secara objektif terhadap tahap pematuhan peraturan

Cikgu dan anak-anak tadika.

Para pelajar bergambar kenangan bersama YBhg. Tan Sri Pengerusi.

Bergambar kenangan di Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan TKPO.

Hasil pertanian yang diusahakan oleh para pelajar.

Anak-anak Tadika Kemas Dato’ Onn LPP.

Bergambar bersama para pelajar yang menyertai Kelab Pertanian Sekolah.

Ahli Mesyuarat Lembaga Pengarah 2017.

Program Kacau Bubur Lambuk Sempena Bulan Ramadhan 1438H.

Iftar Jamaie LPP.

YBhg. Tan Sri menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim

Bergambar bersama pengacara Rancangan Assalamualaikum

Live di TV Al-Hijrah.

Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Sesi 2017.

Anggota LPP menunggu waktu Maghrib.

LPPIn and O

ut

From june to august

Page 11: COVER BULETIN - lpp.gov.my · Definisi Penarafan Bintang (Star Rating) Audit Pengurusan PP adalah merupakan Satu sistem indeks penilaian secara objektif terhadap tahap pematuhan peraturan

Memulakan majlis dengan bacaan doa semoga semua berjalan lancar.

Berwajah ceria menyambut Lebaran.

Bergambar kenangan sempena Majlis Sambutan Hari Raya MOA 2017.

Menabur baja di Ladang Nenas.

Menyantuni anggota peladang di sekitar Temerloh

MAT PPK Kuala Langat

Memberi kata-kata penguat kepada para anggota peladang

Lawatan tapak oleh para ahli pengurusan tertinggi

Bergambar kenangan bersama rakan penaja bagi HPPNK 2017.

Majlis Sambutan Hari Raya LPP 2017.

Lawatan ke NAFAS Feed Mill.

Lawatan Kerja Ahli Lembaga LPP ke Kg. Mukut

YB Menteri bergambar kenangan bersama pemenang tempat pertama booth tercantik.

Countdown 53 hari lagi ke HPPNK 2017.

Majlis Ikrar Bebas Rasuah LPP.

Page 12: COVER BULETIN - lpp.gov.my · Definisi Penarafan Bintang (Star Rating) Audit Pengurusan PP adalah merupakan Satu sistem indeks penilaian secara objektif terhadap tahap pematuhan peraturan

PRESTASI PERTUBUHAN PELADANG (PP) BERDASARKAN IMPLEMENTASI PENARAFAN

BINTANG (STAR RATING) AUDIT PENGURUSAN (2010 – 2016):

12

1. OBJEKTIF AUDIT PENGURUSAN

Audit Pengurusan telah mengalami beberapa

evolusi sepanjang kewujudannya. Bermula pada

tahun 2010, pihak pengurusan LPP melalui Bahagian

Audit Pertubuhan telah memperkenalkan konsep

Penarafan Bintang (Star Rating) ke atas PP diatas

pencapaian peratusan markah yang diperolehi

berdasarkan Konsep skop CAMEL-T. Dalam tahun

tersebut dan sehingga kini, modul Audit Pengurusan

telah sentiasa ditambahbaik sejajar dengan

pembaharuan dasar dan arahan yang berkuatkuasa

pada masa tersebut dan tempoh pelaksanaannya 5

tahun sekali.

Perlaksanaan kerja Audit Pengurusan adalah

diwakilkuasakan oleh Pendaftar Pertubuhan

Peladang di bawah Seksyen 19(a) dan 24A(1)(a)(b),

Akta 109, Akta Pertubuhan Peladang 1973.

Secara umumnya objektif utama audit pengurusan adalah untuk mengkaji dan menilai kecekapan dan keberkesanan pengurusan sesebuah PP melalui objektif khususnya seperti berikut:

a) Membantu pihak pengurusan PP

mengenalpasti masalah di dalam

menjalankan tugas dan memberi

cadangan keatas penyelesaian

masalah.

b) Mempastikan PP mengamal budaya

pematuhan kepada undang-undang

dan peraturan yang berkaitan di

dalam pengurusan nya.

c) Mempastikan PP diurus dengan

cekap dan berkesan di dalam setiap

aktiviti yang dijalankan.

d) Mempastikan setiap anggota

pengurusan PP mengamalkan

tadbirurus yang baik di dalam

menjalankan tugas dan

tanggungjawab.

e) Menyediakan maklumat kepada

pengurusan tertinggi Lembaga

Pertubuhan Peladang (LPP) bagi

membuat keputusan-keputusan dan

tindakan berkaitan PP.

f) Mempastikan LPP Negeri mengambil

tindakan dan membuat pemantauan

keatas penambahbaikan ke atas

semua penemuan-penemuan Audit

Pengurusan.

g) Mempastikan segala keputusan

dalam Mesyuarat Agung telah

diambil tindakan.

2. ELEMEN SKOP AUDIT PENGURUSAN

6 elemen kawalan yang dinilai adalah berdasarkan

konsep skop CAMEL-T iaitu:-

ISU DAN CABARAN Penulis : Mohd. Faizul Bin Mohamad

INOVASI :

Page 13: COVER BULETIN - lpp.gov.my · Definisi Penarafan Bintang (Star Rating) Audit Pengurusan PP adalah merupakan Satu sistem indeks penilaian secara objektif terhadap tahap pematuhan peraturan

Capital (Pengurusan Modal)

Asset (Pengurusan Pelaburan Aset Tetap & Ekuiti)

Management (Pengurusan Pentadbiran dan Personel)

Economy (Pengurusan Projek Ekonomi Dan Sosial)

Liquidity (Pengurusan Kecairan & Modal Kerja)

Menilai kecekapan dan keberkesanan pengurusan modal kerja Pertubuhan.

Technology (Pengurusan Teknologi)

Menilai kecekapan dan keberkesanan penggunaan informasi dan teknologi di PP.

Menilai kecekapan dan keberkesanan pengurusan projek-projek ekonomi dan sosial bagi meningkatkan pulangan kepada PP dan ahli-ahli peladang.

Menilai kecekapan dan keberkesanan pengurusan pentadbiran, personel dan kepatuhan kepada undang-undang.

Menilai kecekapan dan keberkesanan pengurusan menguruskan aset dan memberikan pulangan yang tinggi kepada PP.

Menilai kecekapan dan kekukuhan struktur kewangan dan sumber modal dalaman dan luaran PP.

CAMELT

3. PRESTASI PENARAFAN BINTANG (STAR RATING)

Definisi Penarafan Bintang (Star Rating) Audit Pengurusan PP adalah merupakan Satu sistem indeks penilaian

secara objektif terhadap tahap pematuhan peraturan didalam aspek tadbirurus dan pengurusan kewangan.

Penarafan adalah berdasarkan peratusan markah keseluruhan 6 elemen kawalan Pengurusan Pentadbiran

dan Kewangan seperti berikut:-

MARKAH KESELURUHAN TAHAP PENARAFAN

90 – 100 Sangat Memuaskan

80 – < 90 Memuaskan

60 – < 80 Baik

40 – < 60 Tidak Baik

< 40 Sangat Tidak Baik

13

Rencana

Page 14: COVER BULETIN - lpp.gov.my · Definisi Penarafan Bintang (Star Rating) Audit Pengurusan PP adalah merupakan Satu sistem indeks penilaian secara objektif terhadap tahap pematuhan peraturan

Daripada tahun 2010 sehingga tahun 2016, sebanyak 241 buah PP telah dilaksanakan audit pengurusan.

Jumlah ini melibatkan 221 buah PP dari LPP, 7 daripada KADA, 7 daripada MADA dan 6 buah daripada

Jabatan Pertanian Sarawak. Boleh dikatakan keseluruhan PP dibawah LPP (kecuali PP baru tubuh) dan

sebahagian dibawah KADA, MADA dan Jabatan Pertanian Sarawak telah dilaksanakan program audit

pengurusan.

AGENSI LPP KADA MADA JP SARAWAK JUMLAH

BIL. PP 221 7 7 6 241

Prestasi pencapaian Penarafan Bintang (Star Rating) Audit Pengurusan PP dari tahun 2010 hingga 2016

adalah seperti berikut:-

TAHUN

TAHAP / BILANGAN

JUMLAH

SANGAT MEMUASKAN

(90 – 100)

MEMUASKAN

(80 - < 90)

BAIK

(60 – < 80)

TIDAK BAIK

(40 - < 60)

SANGAT TIDAK BAIK

(< 40)

2010 0 11 19 0 0 30

2011 1 5 36 0 0 42

2012 2 12 25 1 0 40

2013 4 27 9 0 0 40

2014 7 22 11 0 0 40

2015 4 9 2 0 0 15

2016 13 21 0 0 0 34

JUMLAH 31 107 102 1 0 241

Prestasi pencapaian Penarafan Bintang (Star Rating) Audit Pengurusan PP dari tahun 2010 hingga 2016

mengikut LPP Negeri, KADA, MADA dan Jabatan Pertanian Sarawak adalah seperti berikut:-

NEGERI

TAHAP / BILANGAN

JUMLAHSANGAT MEMUASKAN

(90 – 100)

MEMUASKAN

(80 - < 90)

BAIK

(60 – < 80)

TIDAK BAIK

(40 - < 60)

SANGAT TIDAK BAIK

(< 40)

Perlis 0 4 3 0 0 7

Kedah 2 11 8 0 0 21

P. Pinang 4 3 3 0 0 10

Perak 4 19 8 0 0 31

14

Page 15: COVER BULETIN - lpp.gov.my · Definisi Penarafan Bintang (Star Rating) Audit Pengurusan PP adalah merupakan Satu sistem indeks penilaian secara objektif terhadap tahap pematuhan peraturan

Rencana

Selangor 0 9 6 0 0 15

N. Sembilan 2 6 4 0 0 12

Melaka 0 4 2 0 0 6

Johor 12 12 6 0 0 30

Pahang 0 8 14 0 0 22

Terengganu 1 9 6 0 0 16

Kelantan 0 5 17 0 0 22

Sabah 5 7 13 1 0 26

W.P Labuan 0 2 1 0 0 3

KADA 0 2 5 0 0 7

MADA 1 6 0 0 0 7

JP Sarawak 0 0 6 0 0 6

JUMLAH 31 107 102 1 0 241

15

Audit yang dijalankan di PPK Kuala Langat

Page 16: COVER BULETIN - lpp.gov.my · Definisi Penarafan Bintang (Star Rating) Audit Pengurusan PP adalah merupakan Satu sistem indeks penilaian secara objektif terhadap tahap pematuhan peraturan

4. PENEMUAN LAZIM AUDIT PENGURUSAN

Didalam melaksanakan pengauditan sepanjang tahun-tahun tersebut, terdapat penemuan-penemuam lazim

yang biasanya berlaku disetiap PP. Berikut adalah merupakan senarai penemuan-penemuan lazim yang

ditemui mengikut skop CAMEL-T.

C a p i t a l ( P e n g u r u s a n M o d a l )

A s s e t ( P e n g u r u s a n P e l a b u r a n )

Skop C

Had Kuasa Pinjaman Luar yang diluluskan didalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PP terlalu tinggi berbanding pencapaian sebenar.

Kebanyakan PP tidak membayar faedah atas deposit yang diterima daripada ahli.

Terdapat beberapa PP tidak menyelesaikan bayaran dividen atas saham dan hadiah atas langganan dalam tahun berkenaan.

Sasaran tambahan saham ahli tidak mendapat kelulusan dari MAT PP.

Skop A Skop M

Had Kuasa Melabur yang diluluskan didalam MAT PP terlalu tinggi berbanding pencapaian sebenar.

Kebanyakan PP tidak menetapkan Had Ketetapan aset dan tiada Kaedah Perolehan Aset diluluskan didalam Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah (AJP).

Terdapat PP tidak mengemaskini dan tidak menggunapakai Buku Log Kenderaan.

E c o n o m y ( P e n g u r u s a n P ro j e k

E k o n o m i D a n S o s i a l )

L i q u i d i t y ( P e n g u r u s a n A s e t S e m a s a )

Skop E

Te c h n o l o g y ( P e n g u r u s a n Te k n o l o g i )

Skop TSkop L

M a n a g e m e n t ( P e n g u r u s a n P e n t a d b i r a n d a n P e r s o n e l )

Perlembagaan Baru PP masih belum dikemaskini dan didaftarkan.

Terdapat berlakunya pindahan saham ahli meninggal kepada ahli hidup. – Rujuk Perlembagaan.

Lawatan ke Unit Peladang sangat rendah hanya sebahagian Unit sahaja dilawati.

Mesyuarat Jawatankuasa Unit Peladang tidak dilaksanakan mengikut perundangan.

Peratusan kehadiran ahli ke Mesyuarat Agung Unit Peladang adalah rendah dibawah 50%.

Audit Dalam tidak dilaksanakan mengikut peraturan yang ditetapkan.

PP tidak membuat pengukuran Pencapaian Piagam Pelanggan.

PP tidak membuat penilaian Kepuasan Hati Pelanggan.

Penghantaran Minit Mesyuarat Utama PP (MAT, AJP & Pengurusan) ke LPP Negeri melebihi tempoh 14 hari bekerja.

Peratusan kehadiran Perwakilan ke MAT PP dibawah 85%.

Peratusan pencapaian sebenar projek korporat PP menepati pelan belanjawan yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan PP adalah rendah.

Peratusan bayaran balik pinjaman PUP/TPUP adalah amat tidak memuaskan.

Peratusan penggunaan tabung 4 Kumpulanwang Kebajikan PP adalah tidak menepati had yang dibenarkan.

Penggunaan tabung 4 Kumpulanwang Kebajikan PP yang tidak mengikut skop kaedah yang dibenarkan.

Bilangan ahli yang mendapat manfaat daripada tabung 4 Kumpulanwang Kebajikan PP adalah rendah.

Kebanyakan Kaedah Simpanan Dan Kredit PP belum mendapat kelulusan daripada Pendaftar.

Peratusan bayaran balik kredit/hutang adalah rendah.

Notis peringatan hutang tidak dilaksanakan setiap bulan.

Tiada had pendahuluan tunai dan tidak mematuhi borang yang ditetapkan dalam Arahan Pendaftar Bil. 3/2006.

Pematuhan had wang tunai ditangan tidak dipatuhi.

PP tidak membuat backup file setiap hari bagi data SPPP.

PP tidak aktif dalam melaksanakan perniagaan secara online.

16

Page 17: COVER BULETIN - lpp.gov.my · Definisi Penarafan Bintang (Star Rating) Audit Pengurusan PP adalah merupakan Satu sistem indeks penilaian secara objektif terhadap tahap pematuhan peraturan

5. CABARAN / KEKANGAN

Walaupun pengauditan dilaksanakan setiap tahun, namun isu-isu yang sama masih lagi berulang disebabkan:-

Kekerapan pertukaran pegawai

Pegawai baru dalam perkhidmatan.

Pegawai kurang memahami peraturan

dengan jelas.

Amalan terdahulu masih diikuti walaupun salah

dari segi peraturan.

Kurang pemantauan daripada pihak

atasan

Kurang bertanggung jawab/integrity pegawai

rendah.

CABARAN

17

Rencana

Page 18: COVER BULETIN - lpp.gov.my · Definisi Penarafan Bintang (Star Rating) Audit Pengurusan PP adalah merupakan Satu sistem indeks penilaian secara objektif terhadap tahap pematuhan peraturan

18

Aktiviti Audit Pengurusan Bagi Implementasi Penarafan Bintang (Star Rating)

Page 19: COVER BULETIN - lpp.gov.my · Definisi Penarafan Bintang (Star Rating) Audit Pengurusan PP adalah merupakan Satu sistem indeks penilaian secara objektif terhadap tahap pematuhan peraturan
Page 20: COVER BULETIN - lpp.gov.my · Definisi Penarafan Bintang (Star Rating) Audit Pengurusan PP adalah merupakan Satu sistem indeks penilaian secara objektif terhadap tahap pematuhan peraturan

COVER BELAKANG