objektif - · pdf filelatihan, pemasaran, ... secara on-line membina satu masyarakat yang...

13
F3013/Unit2/1 Kegunaan Multimedia UNIT 2 Objektif am : Mempelajari dan mengetahui kegunaan- kegunaan multimedia. Objektif Khusus : Di akhir unit ini anda akan dapat :- Menyenarai kegunaan multimedia dalam penyampaian maklumat. Menyenarai kegunaan multimedia dalam hiburan. Menyenarai kegunaan multimedia dalam pemasaran dan periklanan. Menyenarai kegunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran. OBJEKTIF

Upload: lyque

Post on 06-Feb-2018

227 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: OBJEKTIF - · PDF filelatihan, pemasaran, ... secara on-line membina satu masyarakat yang tanpa-wang ... terdapat syarikat yang menjalankan perniagaan menyediakan perkhidmatan video

F3013/Unit2/1Kegunaan Multimedia

UNIT 2

Objektif am : Mempelajari dan mengetahui kegunaan- kegunaan multimedia.

Objektif Khusus : Di akhir unit ini anda akan dapat :-

Menyenarai kegunaan multimedia dalam penyampaianmaklumat.

Menyenarai kegunaan multimedia dalam hiburan.

Menyenarai kegunaan multimedia dalam pemasarandan periklanan.

Menyenarai kegunaan multimedia dalam pengajarandan pembelajaran.

OBJEKTIF

Page 2: OBJEKTIF - · PDF filelatihan, pemasaran, ... secara on-line membina satu masyarakat yang tanpa-wang ... terdapat syarikat yang menjalankan perniagaan menyediakan perkhidmatan video

F3013/Unit2/2Kegunaan Multimedia

2.1 PENYAMPAIAN MAKLUMAT

Multimedia digunakan di mana-mana sahaja apabila terdapatkeperluan hubungan di antara manusia dan maklumat elektronik. Maklumat elektronikdalam bentuk multimedia dapat memberi kesan dan perhatian yang lebih Ia dapatmenjadikan maklumat yang ingin disampaikan lebih menarik. Jika disusun denganbaik dan kreatif, produk multimedia juga akan menjadi lebih menghiburkan.

Terdapat berbagai kegunaan multimedia dalam menyampaikan berbagai bentukmaklumat. Multimedia digunakan di dalam semua aspek kehidupan seperti di rumahdan di tempat-tempat awam.

CD-Ensaiklopedia menjadi sumber rujukan dan maklumat yang digunakan di rumahdan di sekolah. CD-Permainan pula banyak dikeluarkan untuk permainan di komputerdan banyak digunakan di rumah. CD –Permainan dihasilkan dalam berbagai bentuk.Ada yang berbentuk hiburan semata-mata dan ada juga yang berbentuk pendidikan.Selain itu terdapat juga permainan multimedia yang disambungkan ke set televisyenseperti SEGA, Nintendo dan Sony.

Permainan multimedia juga boleh dimainkan secara rangkaian. Dengan adanya talianinternet dengan kelajuan yang tinggi, pemain dapat bertanding dengan pesaingnyayang berada pada lokasi yang jauh. Microsoft’s Internet Gaming Zone dan Sony’sStation Website telah menarik berjuta-juta pengguna berdaftar untuk bermain di antarasatu sama lain.

Multimedia digunakan dengan meluasnya di tempat-tempat awam seperti di hotel,stesyen keretapi, pusat membeli belah, muzium dan kedai-kedai yang menjual barang-barang keperluan harian. Ia disediakan dalam bentuk terminal stand-alone atau kiosksyang menyediakan pertolongan dan panduan. Pemasangan terminal dan kiosks sepertiini dapat mengurangkan keperluan terhadap kehadiran kakitangan dan kauntermaklumat dan bersedia bekerja 24 jam seminggu.

Rajah 2.1 menunjukkan penggunaan multimedia di terminal dan di kiosks.

INPUT

Page 3: OBJEKTIF - · PDF filelatihan, pemasaran, ... secara on-line membina satu masyarakat yang tanpa-wang ... terdapat syarikat yang menjalankan perniagaan menyediakan perkhidmatan video

F3013/Unit2/3Kegunaan Multimedia

Rajah 2.1: Multimedia di terminal dan kiosks

Kiosks di hotel selalunya akan memberi perkhidmatan maklumat restoran, petabandar, senarai perkhidmatan yang ditawarkan dan juga senarai penerbangan.Pencetak selalunya diletakkan bersama supaya pengguna dapat membuat cetakanmaklumat yang di kehendaki. Kiosks di muzium bukan sahaja dapat digunakansebagai panduan kepada pelawat untuk melawat di sekitar muzium tetapi dapatdigunakan untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam dan terperinciterhadap sesuatu objek atau artifak yang dipamerkan di dalam muzium.

2.2 PEMASARAN DAN PERIKLANAN

Multimedia digunakan di dalam perniagaan seperti persembahan (presentation),latihan, pemasaran, demonstrasi produk, katalog produk dan komunikasi di dalamrangkaian. Persembahan multimedia pada masa kini dapat memberi minat kepadapendengar dengan mencantumkan unsur animasi, audio dan klip video dalam satupersembahan berbanding menggunakan 35mm slide dan overhead projektor yanghanya dapat menggunakan unsur teks dan grafik sahaja.

Di dalam program latihan pekerja, multimedia digunakan dengan meluas. Pekerja dilapangan terbang belajar bagaimana untuk menghadapi pengganas antarabangsa dankeselamatan di lapangan terbang dengan menggunakan simulator. Mekanikmempelajari bagaimana untuk membaiki enjin. Persembahan multimedia juga banyakdigunakan untuk meyakinkan pihak tertentu seperti pihak bank atau kementeriantertentu dengan menunjukkan proses yang berlaku dalam kilang yang akan dibina.Begitu juga persembahan bagi cadangan menggunakan teknologi terbaru di dalamsyarikat atau organisasi.

Page 4: OBJEKTIF - · PDF filelatihan, pemasaran, ... secara on-line membina satu masyarakat yang tanpa-wang ... terdapat syarikat yang menjalankan perniagaan menyediakan perkhidmatan video

F3013/Unit2/4Kegunaan Multimedia

Rajah 2.2 menunjukkan penggunaan persembahan multimedia oleh syarikat KobeSteel, Ltd.

Rajah 2.2: Persembahan multimedia oleh Kobe Steel, Ltd.

Bagi kegunaan pejabat, penggunaan kamera video, mikrofon dan pembesar suara sertacapture card boleh digunakan bagi kegunaan pejabat seperti membuat kad pekerjadan juga pangkalan data yang lengkap dengan gambar pekerja. Komputer laptopdigunakan beserta persembahan multimedia bersedia untuk memberi persembahan dimana-mana jua. Dengan kesedaran syarikat tentang kepentingan persembahanmultimedia, lebih banyak produk multimedia akan dihasilkan dengan tujuan untukmelancarkan perjalanan syarikat dan memberikan keuntungan.

Multimedia juga mengubah cara bagaimana kita membeli-belah. Katakan sebagaicontohnya untuk membeli seluar, jika selalunya kita pergi ke kedai-kedai mencariharga yang sesuai,saiz seluar dan bentuk yang kita minat dan kemudian beratur untukmembayarnya berbanding dengan pembelian secara on-line membolehkan kitamembeli dari rumah.

Multimedia mengubah cara perniagaan. Perbankan secara on-line dan membeli-belahsecara on-line membina satu masyarakat yang tanpa-wang (cashless). Maybank2Ucontohnya membenarkan pelanggannya untuk memeriksa baki di akaun bank mereka,melihat transaksi kad kredit mereka, memindahkan wang ke akaun yang lain,melaburkan duit ke dalam saham dan membayar bil secara on-line.

Rajah 2.3 menunjukkan Maybank2U yang menggunakan teknologi multimedia dalamurusan perbankan.

Page 5: OBJEKTIF - · PDF filelatihan, pemasaran, ... secara on-line membina satu masyarakat yang tanpa-wang ... terdapat syarikat yang menjalankan perniagaan menyediakan perkhidmatan video

F3013/Unit2/5Kegunaan Multimedia

Rajah 2.3: Maybank2U

Syarikat membayar wang untuk mengiklankan operasi perkhidmatan perniagaanmereka di internet. Di televisyen, iklan yang dipaparkan adalah percuma keranasyarikat pengiklanan telah membayar kos operasi pemancaran televisyen. Pengiklanandi internet juga mempunyai konsep yang sama seperti di televisyen. Sebagai contoh,iklan-iklan komersial telah membayar satu enjin pencari yang terkenal yahoo.comuntuk mempromosikan barangan dan perkhidmatan mereka melalui banner yangdisediakan di yahoo.com.

Multimedia juga mengubah cara kita membaca surat khabar dengan menyediakanperkhidmatan berita di internet. Dengan menggunakan teknologi penerbitanelektronik (elektronic publishing), berita di push ke dalam website setiap hari. Padamasa kini perkhidmatan internet yang mempunyai laman web bermultimedia danproduk-produk multimedia yang lain mula bersaing dengan TV untuk menyiarkankandungannya. Sebagaimana pengguna TV menghabiskan masa merekamenontonnya, internet menyediakan bahan yang sama seperti siaran radio, siaran TVdan klip-klip video.

Rajah 2.4 menunjukkan video kamera di komputer peribadi.

Rajah 2.4 : Video kamera di PCDengan pertambahan kos pengangkutan dan tuntutan perjalanan untuk bermesyuarat,video conferencing mula menjadi popular. Walaupun tidak semua dapat menyediakanperalatan yang mahal terdapat alternatif yang lebih murah seperti menggunakan CU-

Page 6: OBJEKTIF - · PDF filelatihan, pemasaran, ... secara on-line membina satu masyarakat yang tanpa-wang ... terdapat syarikat yang menjalankan perniagaan menyediakan perkhidmatan video

F3013/Unit2/6Kegunaan Multimedia

SeeMe yang merupakan penggunaan video kamera pada komputer PC. Selain ituterdapat syarikat yang menjalankan perniagaan menyediakan perkhidmatan videoconferencing kepada syarikat lain.

Rajah 2.5 menunjukkan penggunaan teknologi video conferencing.

Rajah 2.5: Video conferencing

2.3 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Manafaat penggunaan multimedia dan keberkesanan pembelajaran berasaskankomputer telah didokumenkan dengan baik oleh Prof. James Kulik (1994) danrakannya dari University of Michigan,USA. Beliau mendapati secara keseluruhanmasa pembelajaran berkurangan dengan nyata dan pencapaian adalah rendah apabilamultimedia tidak digunakan dalam pembelajaran.

Kemahiran dan pengetahuan yang selalu diajar di dalam kelas selalu diajar di luarkonteks dan berakhir pada pengetahuan itu sahaja. Untuk mengatasinya guru perlumenggunakan multimedia untuk menunjukkan situasi sebenar bagi sesuatu pelajaran.

Rajah 2.6 menunjukkan piramid pembelajaran dan purata kadar penerimaan olehpelajar.

Page 7: OBJEKTIF - · PDF filelatihan, pemasaran, ... secara on-line membina satu masyarakat yang tanpa-wang ... terdapat syarikat yang menjalankan perniagaan menyediakan perkhidmatan video

F3013/Unit2/7Kegunaan Multimedia

Rajah 2.6: Rajah Piramid pembelajaran dan kadar penerimaan pelajar.

Multimedia mempunyai tempat yang sangat penting di dalam pendidikan di semuaperingkat. Multimedia mengubah kaedah pengajaran dari berfokuskan guru kepadaberfokuskan kepada pelajar. Produk multimedia memberi peluang kepada pelajaruntuk menjangkau maklumat lebih dari yang biasa diberi oleh guru. Dalam sesetengahkeadaan, guru lebih menjadi penasihat dan mentor dan bukan lagi pemberi maklumatmutlak kepada pelajar.

Produk multimedia di gunakan dalam berbagai bentuk. Pada peringkat awalpersekolahan, banyak multimedia title yang dihasilkan untuk mengajar membaca dancara sebutan. Dengan menggunakan tetikus, perkataan akan diulang kembali. Ceritaakan dibacakan dengan sesuai dan suara boleh dikuatkan. Apabila tetikus diklik padatempat tertentu, satu animasi yang merujuk kepada pelajaran tertentu akan dilakukan.Semua ini akan memberikan teknik pembelajaran kepada kanak-kanak lebihmenghiburkan dan berkesan.

Rajah 2.7 menunjukkan multimedia title yang digunakan untuk pembelajaran kepadakanak-kanak.

Page 8: OBJEKTIF - · PDF filelatihan, pemasaran, ... secara on-line membina satu masyarakat yang tanpa-wang ... terdapat syarikat yang menjalankan perniagaan menyediakan perkhidmatan video

F3013/Unit2/8Kegunaan Multimedia

Rajah 2.7: Multimedia untuk pembelajaran kanak-kanak

Di peringkat sekolah, produk multimedia bagi matapelajaran di sekolah digunakanuntuk membantu pelajar agar mendapat lebih maklumat pembelajaran selain daripadaujian dan kuiz yang di gunakan untuk mengukuhkan pengetahuan pelajar. Bagimatapelajaran Kimia contohnya, model bagi molekul Benzene diputarkan untukpelajar melihat dan mengetahui bahawa pusat bagi enam atom karbon dan enam atomhidrogen di dalam Benzene adalah berjenis ko-planar.

Rajah 2.8 menunjukkan model molekul Benzene yang diputar dan ditunjukkan didalam produk pembelajaran multimedia bagi matapelajaran Kimia.

Rajah 2.8: Model Molekul Benzene

Dalam pembelajaran bahasa, multimedia dapat menjadikan pembelajaran bahasamenjadi sangat mudah. Audio digital dapat menyediakan cara sebutan dan video dapatmenunjukkan kepada pelajar bila masa yang sesuai untuk menggunakan perkataantersebut. Sebagai contoh produk multimedia pembelajaran bahasa “Your Way” darisyarikat Syracuse menyediakan enam situasi untuk perbualan harian iaitu perkenalansosial, makan di luar, di hotel, sekitar bandar, melancong dan mendapatkan rawatan.

Page 9: OBJEKTIF - · PDF filelatihan, pemasaran, ... secara on-line membina satu masyarakat yang tanpa-wang ... terdapat syarikat yang menjalankan perniagaan menyediakan perkhidmatan video

F3013/Unit2/9Kegunaan Multimedia

Rajah 2.9 menunjukkan antaramuka bagi produk multimedia pembelajaran bahasa“Your Way”.

Rajah 2.9: “Your Way” - produk multimedia untuk belajar bahasa

Di peringkat yang lebih tinggi, seperti di Yale University School of Medicine, iamenyediakan satu produk multimedia yang menyediakan 100 persembahan kespesakit, yang menyediakan bahan bagi keperluan pelajar dan pakar perubatanterhadap teknik-teknik perubatan.

Rajah 2.10 menunjukkan produk multimedia untuk pelajar perubatan dari YaleUniversity.

Page 10: OBJEKTIF - · PDF filelatihan, pemasaran, ... secara on-line membina satu masyarakat yang tanpa-wang ... terdapat syarikat yang menjalankan perniagaan menyediakan perkhidmatan video

F3013/Unit2/10Kegunaan Multimedia

Rajah 2.10: Multimedia untuk pelajar perubatan dari Yale University

Satu teknologi 3D, VR (Virtual Reality) telah di gunakan dalam latihan sertapengajaran dan pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi dengan membina objek-objek dalam bentuk realiti maya dan banyak digunakan seperti dalam simulatorpenerbangan dan juga di dalam permainan-permainan pertempuran dan penerbangandengan menggunakan alatan-alatan yang khas.

Page 11: OBJEKTIF - · PDF filelatihan, pemasaran, ... secara on-line membina satu masyarakat yang tanpa-wang ... terdapat syarikat yang menjalankan perniagaan menyediakan perkhidmatan video

F3013/Unit2/11Kegunaan Multimedia

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUTSELANJUTNYASILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMANBERIKUTNYA

2.1 Bagaimana terminal dan kiosk multimedia dapat membantu sesuatuperniagaan?

2.2 Nyatakan kegunaan kiosk maklumat di muzium.

2.3 Apakah kelebihan multimedia di gunakan pada persembahanperniagaan berbanding 35mm slide dan overhead projector?

2.4 Nyatakan DUA contoh penggunaan multimedia di dalam latihanpekerja.

2.5 Apakah kegunaan VR(Virtual Reality) dalam pengajaran danpembelajaran?

AKTIVITI 2a

Page 12: OBJEKTIF - · PDF filelatihan, pemasaran, ... secara on-line membina satu masyarakat yang tanpa-wang ... terdapat syarikat yang menjalankan perniagaan menyediakan perkhidmatan video

F3013/Unit2/12Kegunaan Multimedia

2.1 Terminal dan kiosk multimedia dapat membantu sesuatu perniagaankerana ia menyediakan panduan, pertolongan dan dapat beroperasi 24jam tanpa kehadiran kakitangan.

2.2 Kiosk maklumat di muzium di gunakan untuk memandu pelawatsekitar muzium dan mendapatkan maklumat mendalam dan terperincibagi objek yang di pamer dalam muzium.

2.3 Kerana dapat di masukkan unsur video dan audio serta animasi yangmenjadikan persembahan lebih meyakinkan dan menarik.

2.4 Dua contoh penggunaan multimedia dalam latihan pekerja ialah,

i. Latihan bagi pekerja di lapangan terbang untuk menjagakeselamatan lapangan terbang dari pengganas antarabangsa.

ii. Latihan mekanik membaiki enjin kereta.

2.5 Teknologi VR(Virtual Reality) dapat membina objek-objek 3 dimensidalam realiti maya dan boleh di gunakan dalam pembelajaran padasimulator-simulator latihan.

MAKLUM BALAS 2a

Page 13: OBJEKTIF - · PDF filelatihan, pemasaran, ... secara on-line membina satu masyarakat yang tanpa-wang ... terdapat syarikat yang menjalankan perniagaan menyediakan perkhidmatan video

F3013/Unit2/13Kegunaan Multimedia

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan . Sila cuba semua soalan dalampenilaian kendiri.Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarahanda.Selamat mencuba semoga berjaya !!!!

SOALAN 1CD multimedia ensaiklopedia merupakan sumber maklumat yang baik. Terangkanciri-ciri yang anda fikir perlu ada pada sesuatu CD ensaiklopedia.

SOALAN 2Apakah dia Video Conferencing. Berikan penerangan ringkas tentang peralatan-peralatan yang perlu ada untuk menggunakan video conferencing.

SOALAN 3Terangkan mengapa penggunaan multimedia dalam pembelajaran bahasa akanmenjadikan proses pembelajaran lebih mudah.