objektif hari guru malaysia

Upload: tiyeesan

Post on 03-Mar-2016

13 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Objektif Hari Guru Malaysia Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.

Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.

Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambillangkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Objektif Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri ke-43 Menghargai sumbangan dan khidmat bakti para guru dalam usaha mendidik bangsa.

Menyedari pendidik sebagai pemacu pendidikan negara.

Menjiwai bahawa jasa dan bakti guru mendidik anka bangsa serta memberi sumbangan kepada masyarakat adalah usaha yang mulia. Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-34 berjalan dengan lancar mengikut agenda yang telah ditetapkan. Tepat jam 03:00 pm para ibu bapa telah mula berpusu-pusu membuat pendaftaran di kantin sekolah seterusnya mengarah ke dewan. Setelah para hadirin mula memenuhi ruang, dif-dif kehormat termasuklah Timbalan Pengarah JPP Kelantan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ust. Zakiyuddin diikuti ucapan alu-aluan oleh YDP PIBG, Tn. Hj. Nik Ab. Aziz b. Nik Mahmood. Seterusnya ucapan Tuan Guru Besar SKSM, En. Ismail b. Ibrahim selaku penasihat PIBG dan kemudiannya ucapan perasmian oleh YABrs. Timbalan Pengarah (Teknikal), Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri Kelantan, Ir. Che Hassin b. Che Mud. Kemudian majlis diteruskan dengan penganugerahan hadiah kecemerlangan kepada pelajar-pelajar cemerlang dalam UPSR 2009 diikuti penyampaian cenderahati. Seterusnya majlis disambung dengan Mesyuarat Agung PIBG SK Sri Melor Kali Ke-34. YDP PIBG telah menyampaikan ucapan ringkas diikuti dengan pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung yang lalu, Penyata Tahunan serta Penyata Kewangan. Berikutnya YDP membubarkan AJK PIBG 2009 seterusnya melantik Pengerusi Sementara untuk mengendalikan pemilih AJK PIBG 2010. Setelah pemilihan dibuat, AJK yang baru dipilih mengambil tempat di hadapan untuk sesi membentang dan membahaskan usul. Akhir sekali, selepas agenda hal-hal lain, ucapan penangguhantelah dibuat oleh YDP. Majlis ditangguhkan pada jam 06:00 petang. Saya dengan ini memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi dan berterima kasih kepada semua kakitangan SKSM yang terlibat dengan mesyuarat ini atas kelancaran perjalanan mesyuarat. Sebelum mesyuarat lagi AJK pelaksanaan bertungkus lumus menyediakan perkara-perkara yang diperlukan semasa mesyuarat. Buku program mesyuarat misalnya, telah disiapkan dengan baik oleh Tn. Hj. Nik Azhar bersama saya. Begitu juga pentas dan dewan telah disiapkan oleh Tn. Hj. Masrof bersama AJKnya dan juga perhiasan pentas telah disempurnakan oleh Ustazah Zaziah dan AJKnya. Mesyuarat pada kali ini dirasmikan oleh YABrs. Ir. Che Hassin b. Che Mud, Timbalan Pengarah (Teknikal) Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri Kelantan mewakili En. Makhtar b. Mustapha, Pengarah JPP Kelantan. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir pada mesyuarat kali ini. Lebih 350 orang dianggarkan hadir pada mesyuarat tersebut. Buku program yang dicetak sebanyak 300 naskah telah habis diagih kepada ibu bapa. Kepada ibu bapa yang tidakberkesempatan memegangbuku program, saya memohon ampun dan maaf kerana tidak mencetaknya dengan lebih banyak bagi menjimatkan kos. Lagipun saya tidak menjangkakan kehadiran ibu bapa yang begitu ramai. Kalau tahun lepas, buku program banyak berlebihan dan berlaku lambakan. Pada mesyuarat kali ini juga, Hadiah Kecemerlangan UPSR diberikan kepada murid yang mencapai 5A dan 4A dalam UPSR 2009. Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Copy and WIN :http://ow.ly/KNICZ

Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga dipanjatkan kepadaNYA yang telah memperkenankan doa kami agar segala perancangan yang diatur sejak berminggu lalu berjaya dilaksanakan. Seperti dirancang, pada 2 Februari 2013 bersamaan dengan hari Sabtu yang lalu, Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) SMK Teluk Air Tawar telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25.Taklimat Persediaan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25 telah diadakan 4 hari sebelum berlangsungnya acara tahunan dalam kalendar PIBG SMK Teluk Air Tawar. Bagaimana pun, persiapan awal telah dilakukan seperti penyediaan Buku Program, tempahan doorgift dan tempahan Banner Mesyuarat Agung. Menjelang hari besar tersebut, tidak banyak yang perlu dilakukan untuk menyempurnakan perjalanan majlis.Seperti yang dijangka, waris mula datang seawal 7.45 pagi walaupun dalam surat jemputan dimaklumkan pendaftaran bermula jam 8.00 pagi. Mujurlah ahli jawatankuasa yang dimandatkan untuk menjaga kaunter pendaftaran datang lebih awal untuk membuat persiapan terakhir di kaunter pendaftaran.Sebelum 8.30 pagi, Naib Yang di-Pertua (NYDP) PIBG sesi 2012/2013 Tuan Haji Roslee b. Daud tiba dengan diiringi oleh barisan pentadbir. Majlis terpaksa dimulakan tanpa kehadiran Yang di-Pertua (YDP) PIBG sesi 2012/2013 Puan Sarena bt. Hashim disebabkan hal yang tidak dapat dielakkan. Bagaimana pun, beliau tetap menghadirkan diri walaupun sepatutnya terpaksa berada di Seberang Jaya atas urusan rasmi yang lain.Mesyuarat Agung kali ini tidak melibatkan pihak luar dan dirasmikan sendiri oleh Pengetua SMK Teluk Air Tawar yang juga merangkap Penasihat PIBG iaitu Puan Hajah Robiyah bt. Abu. Seusai memberi sedikit gambaran kasar mengenai sekolah dan perubahan sistem pendidikan semasa dalam ucapannya, beliau merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-25.Mesyuarat Agung kali ini terpaksa dipengerusikan oleh NYDP Tuan Haji Roslee b. Daud disebabkan YDP terpaksa beredar meninggalkan majlis lebih awal disebabkan urusan yang tidak dapat dielakkan. Walaupun bak kata Tuan Haji Roslee Pengerusi Terjun, beliau berjaya mengendalikan dan memimpin mesyuarat dengan lancar dan terkawal. Tidak hairanlah apabila majoriti yang hadir mengundi beliau sebagai Yang di-Pertua PIBG untuk sesi 2013/2014.Banyak hal telah dibincangkan sepanjang mesyuarat berlangsung. Walaupun terlajak dari waktu seperti yang dijadualkan, mesyuarat berakhir dengan baik. Sebagai penutup majlis pada hari itu, sebanyak 20 item hadiah telah diberikan kepada para waris melalui sesi Cabutan Bertuah yang dikendalikan dengan baik oleh En. Rosli b. Md Zin, salah seorang tenaga pengajar Pendidikan Khas di sekolah ini.Semoga dengan pemilihan barisan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2013/2014 yang majoritinya wajah-wajah baru akan membawa perubahan positif dalam organisasi yang telah menjangkau usia 25 tahun pada tahun ini.Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh warga SMK Teluk Air Tawar baik dari kalangan guru hinggalah dari kalangan pekerja swasta yang memberikan kerjasama dan komitmen tidak berbelah bahagi demi menjayakan majlis ini.