kandungan - geocities.ws€¦ · web viewisi pelajaran perlu disesuaikan dengan bahan bantu...

38
INSTITUT PERGURUAN RAJANG BINTANGOR, SARAWAK SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006 TEMA PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJUK KAJIAN PENGGUNAAN BAHAN INTERAKTIF (CD) MATEMATIK TAHAP 1 DI EMPAT BELAS BUAH SEKOLAH RENDAH DAERAH JULAU OLEH LAYANG AK KASI @ MOHD. SOFIAN ABDULLAH SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA SENGAIH 1

Upload: dinhliem

Post on 08-May-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kandungan - geocities.ws€¦ · Web viewIsi pelajaran perlu disesuaikan dengan bahan bantu mengajar yang sesuai supaya objektif pelajaran guru pada hari ... guru sekolah Daerah Julau

INSTITUT PERGURUAN RAJANG

BINTANGOR, SARAWAK

SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006

TEMA

PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TAJUK KAJIAN

PENGGUNAAN BAHAN INTERAKTIF (CD) MATEMATIK TAHAP 1 DI EMPAT BELAS BUAH SEKOLAH RENDAH DAERAH JULAU

OLEH

LAYANG AK KASI @ MOHD. SOFIAN ABDULLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA SENGAIHJULAU, SARIKEI

1

Page 2: Kandungan - geocities.ws€¦ · Web viewIsi pelajaran perlu disesuaikan dengan bahan bantu mengajar yang sesuai supaya objektif pelajaran guru pada hari ... guru sekolah Daerah Julau

09 – 11 OKTOBER 2006 Penggunaan Bahan Interaktif (CD)

Matematik Tahap 1 Di Empat Belas Buah

Sekolah Rendah Daerah Julau

Oleh:

En. Layang ak Kasi @ Mohd.Sofian Abdullah

Sekolah Kebangsaan Nanga Sengaih, Julau

d/a Pejabat Pelajaran Daerah Kecil,

96600 Julau.

ABSTRAK

Dalam konteks bahan pengajaran dan pembelajaran pula, pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan kepada guru-guru di sekolah dalam bentuk software mahupun dalam bentuk hardware. Kepelbagai alatan mengajar seperti CD Courseware adalah berhubungkait dengan kepelbagai kegiatan isi kandungan pelajaran guru yang hendak disampai kepada murid di dalam bilik darjah. Isi pelajaran perlu disesuaikan dengan bahan bantu mengajar yang sesuai supaya objektif pelajaran guru pada hari atau masa berkenaan mudah difahami serta dapat dicapai dengan jayanya.Dalam konteks kajian ini, penyelidik mengkaji salah satu daripada bahan pengajaran dan pembelajaran berbentuk CD (Courseware) Interaktif, iaitu CD Interaktif Matematik Tahap Satu. CD ini adalah satu daripada pelbagai CD yang dibekalkan oleh pihak Pusat Sumber Pendidikan Negeri Sarawak, oleh Bahagian /Unit Multimedia hasilan kerjasama Bahagian Teknologi Bahagian dan berepa buah Pusat Kegiatan Guru di Sarawak.Penyelidik mengkaji tentang kekerapan , impak serta kekangan-kekangan yang dihadapi oleh guru mahupun sekolah dalam penggunaan CD tersebut.Reka bentuk kajian adalah menggunakan kaedah kuantatif iaitu berbentuk tinjauan(survey).Sebanyak 42 set instrumen berbentuk soalselidik dihantar kepada 14 buah sekolah rendah Daerah Julau(sekolah luar bandar dan pendalaman) yang dipilih.Populasi kajian adalah seramai 42 orang yang

2

Page 3: Kandungan - geocities.ws€¦ · Web viewIsi pelajaran perlu disesuaikan dengan bahan bantu mengajar yang sesuai supaya objektif pelajaran guru pada hari ... guru sekolah Daerah Julau

terdiri dari guru-guru yang mengajar Matematik Tahap 1 sebagai responden..Hasil dari kajian mendapati kekerapan penggunaan yang pasif adalah berhubungkait dengan masalah sumber elektrik yang tidak stabil khasnya di sekolah pendalaman. Namun begitu, penggunaan CD interaktif ini didapati membawa impak yang amat positif kepada guru-guru dan pelajar-pelajar di sekolah.Oleh itu, ia sangat sesuai dijadikan bahan tambahan bantu mengajar guru.Penyelidik mencadangkan agar bahan seperti ini perlu diperluas bukan sahaja untuk Matematik malahan untuk mata pelajaran yang lain. Untuk penggunaan yang lebih mantap ,satu penyelesaian masalah berhubung dengan bekalan elektrik ke sekolah luar bandar atau pendalaman perlu diberi perhatian yansg serius oleh mana-mana pihak yang berkenaan.

3

Page 4: Kandungan - geocities.ws€¦ · Web viewIsi pelajaran perlu disesuaikan dengan bahan bantu mengajar yang sesuai supaya objektif pelajaran guru pada hari ... guru sekolah Daerah Julau

(i)

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Allah Subhanawataala kerana dengan limpah dan kurnia-Nya

kerana dapat menyiapkan laporan penyelidikan ini.

Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih khasnya kepada pihak Institut

Perguruan Rajang, Pejabat Pelajaran Gabungan Sarikei, Pejabat Pelajaran Daerah Kecil

Julau, Pusat Kegiatan Guru Sarikei,Guru-Guru Besar dan guru-guru sekolah Daerah Julau

yang terlibat di atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan sama ada secara langsung

atau tidak bagi membantu saya menyempurnakan laporan ini.

Tidak dilupakan juga rasa penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga saya

rakamkan kepada Dr. Lau Hieng Soon,Ketua Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan

Institut Perguruan Rajang Bintangor, Encik Mohd. Zaki Bin Abd.Rahim, Encik Mat Kamal

B. Abd. Majid serta tenaga pengajar yang lain di atas bimbingan dan tunjuk ajar di

sepanjang tempoh kursus ini berlangsung sehingga saya dapat menyiapkan laporan

penyelidikan seperti ini.

Penghargaan dan terima kasih juga saya ucapkan kepada semua peserta kursus

kerana telah memberi kepercayaan kepada saya untuk mengetuai kumpulan kursus ini.

Penghormatan dan kerjasama tuan –puan adalah amat saya hargai.

Akhir sekali , kepada semua guru , kakitangan dan Penolong Kanan SK. Nanga

Sengaih,saya ucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama semasa ketiadaan saya.

Kepada pegawai dan kakitangan Pusat Kegiatan Sarikei, saya rakamkan jutaan terima

kasih yang tidak terhingga di atas sokongan dan kerjasama tuan puan kepada pihak kami

dari mula hingga akhir kursus

4

Page 5: Kandungan - geocities.ws€¦ · Web viewIsi pelajaran perlu disesuaikan dengan bahan bantu mengajar yang sesuai supaya objektif pelajaran guru pada hari ... guru sekolah Daerah Julau

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Sistem pendidikan masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat sekali. Pelbagai kaedah baru telah diperkenalkan serta digunakan supaya pengajaran seseorang guru menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih bermakna. Sejak beberapa tahun yang lalu kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer telah mula diperkenalkan dan kini dengan era teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin pesat, iainya semakin mendapat perhatian ramai.

Perkembangan dalam teknologi multimedia pula menjanjikan pontensi besar dalam merubah cara seseorang itu belajar, cara memperolehi maklumat, cara menyesuiakan setiap maklumat dan sebagainya.Multimedia juga menyediakan pelbagai peluang kepada para pendidik(guru) mengaplikasikan pelbagai teknik pengajaran dan pelajar pula diberi peluang untuk menentukan teknik belajar yang bersesuaian dengan mereka, membentuk pengetahuan berdasarkan keperluan masing-masing serta mengalami suasana pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan.Sumber maklumat serta rujukan juga bukan lagi terikat dengan teks dai buku semata-mata tetapi lebih luas dari itu.

Menggunakan multimedia dalam persekitaran pengajaran dan pembelajaran juga dikatakan menggalakan pelajar untuk menjadi seorang yang mampu berfikir secara kritikal,menyelesaikan masalah, lebih mahir dalam proses mencari dan menyusun maklumat,bermotivasi dalam pembelajaran dan sebagainya.Apabila para pelajar berpeluang untuk terlibat dalam aktiviti pembelajaran secara aktif, mereka akan mendapati proses pembelajaran lebih menyeronokkan serta memberi kepuasan berbanding proses pembelajaran yang dilalui secara pasif (Fry dan Coe, 1980). Dalam keadaan yang sedemikian, proses pembelajaran seseorang pelajar akan ditingkatkan sama ada secara kendiri mahupun melalui kerjasama di kalangan ahli dalam kumpulan. Persekitaran pembelajaran sebegini mampu menyediakan pelajar dalam menangani proses pembelajaran pada peringkat yang lebih tinggi sama ada dari sudut interaksi mahupun tingkahlaku(Johnson et al.. 1986)

5

Page 6: Kandungan - geocities.ws€¦ · Web viewIsi pelajaran perlu disesuaikan dengan bahan bantu mengajar yang sesuai supaya objektif pelajaran guru pada hari ... guru sekolah Daerah Julau

Pembangunan teknologi multimedia juga menekankan kepada unsur-unsur pembelajaran interaktif telah membawa persepsi baru dalam era penggunaan komputer dalam bidang pendidikan.Ia turut memberi kesan kepada sistem pendidikan khususnya dari aspek pengajaran dan pembelajaran.Proses penyampaian sesuatu maklumat yang lebih efektif hasil dari daripada penggunaan pelbagai jenis media seperti teks, audio,vedio, grafik dan animasi merupakan antara kelebihan penggunaan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kewujudan Sektor Pelbagai Media Pendidikan, di Kementerian Teknologi Pendidikan Malaysia yang ditubuhkan pada 1998,adalah berkaitan. Matlamat amnya ialah untuk menghasilkan perisian kursus multimedia pendidikan interaktif(CDRI) yang bersifat bahan sumber pendidikan dan bahan-bahan pelbagai media pendidikan.Pembangunan berasaskan kepada subjek teras,kerjasama dari Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru yang terlibat dari seluruh negara . Sehingga tahun 2004, sejumlah 233 judul(pra, rendah dan menengah) telah diedarkan.

1.2 Latar Belakang Kajian

ALAT bantu mengajar boleh menimbulkan rangsangan dan keinginan pelajar untuk mengetahui lebih mendalam akan sesuatu aspek pengajaran di samping boleh menjadikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan.(Mat Nor Hussin dan Ab.Rahman Ab.Rashid,Universiti Pertanian Malaysia 30 Julai 1988)

Atan Long (1982:174) berpendapat, bahan-bahan pengajaran dan alat bantu mengajar ada berbagai-bagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku,carta atau slaid yang dipancarkan pada layer. Alat-alat yang menyokong penyampaian pembelajaran diberi nama ‘alat bantu mengajar’

Penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai dan menarik dalam pengajaran adalah penting kerana ia dapat meningkatkan kejayaan pembelajaran lebih-lebih lagi untuk pelajaran Bahasa.

Pusat Sumber Pendidikan Negeri Sarawak juga telah berusaha menghasil dan membekalkan pelbagai courseware atau CD berbentuk interaktif atau Audio-

6

Page 7: Kandungan - geocities.ws€¦ · Web viewIsi pelajaran perlu disesuaikan dengan bahan bantu mengajar yang sesuai supaya objektif pelajaran guru pada hari ... guru sekolah Daerah Julau

Visual sebagai alat tambahan bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah ataupun di sekolah menengah dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak dan Kementerian Teknologi Pendidikan Malaysia.

Pihak Unit Multimedia dari PSPN telah menganjurkan bengkel penggunaan Courseware (CD Interaktif) Matematik Tahap Satu di Daerah Julau pada 20.03.2006 hingga 21.03.2006 . Tujuan ialah untuk memberi pendedahan cara penggunaan di samping menilai setakat manakah bahan tersebut dapat membantu guru matematik di tahap satu dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik kelas.

Kajian ini dibuat untuk mendapatkan maklumat atau tindak balas guru-guru mengajar Matematik Tahap 1berhubung dengan kekerapan ,faedah dan kekangan-kekangan menggunakan CD interaktif keluaran Pusat Sumber Pendidikan Negeri Sarawak sebagai alat tambahan bantu mengajar guru-guru.

CD interaktif serupa ini dihasilkan setelah mengambil kira guru –guru masih perlu menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran sebelum proses p&p berlaku setiap waktu pembelajaran. Penggunaan ABM yang ditulis atau dilukis dalam kad manila,kertas mahjong,atau membawa bahan maujud ke kelas telah menambahkan beban guru. CD pembelajaran ini dihasilkan dijangka dapat meringankan tugas guru .

Di samping itu,CD interaktif ini menggalakkan guru-guru berintraksi dengan pelajar mengikut kemampuan sendiri. Guru perlu bijak mengintergrasikan ICT dalam P&P.

Menurut Pispa (1994), integerasi ICT dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal,mengukuh dan menambah kemahiran.(Normala, Seminar Penyelidikan Pendidikan 2005)

Pusat Perkembangan Kurikulum 2001, juga menegaskan bahawa integerasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dilhat dari segi perspektif yang ledih luas, iaitu menggunakan ICT secara berfikrah,terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran. ( Normala Haji Ramli, Seminar Penyelidikan Pendidikan 2005)

7

Page 8: Kandungan - geocities.ws€¦ · Web viewIsi pelajaran perlu disesuaikan dengan bahan bantu mengajar yang sesuai supaya objektif pelajaran guru pada hari ... guru sekolah Daerah Julau

“Sebenarnya alat bantu mengajar bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih daripada proses pengajaran dan pembelajaran.Alat bantu mengajar ialah satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Alat ini bertujuan menambahkan kelancaran perhubungan antara guru dengan pelajar dan sebaliknya, pelajar sesama pelajar dan membantu mempercepatkan proses pemahaman mereka.”

- (Noraziah Abd.Hamid 1981)

1.3 Penyataan Masalah

Daripada Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia (1981) ternyata kebanyakan guru sangat bergantung kepada kepada buku teks dalam pengajaran mereka.Guru yang mengajar berdasarkan buku teks,hanya membuktikan yang dia tidak kreatif untuk menimbulkan suasana yang gembira dan akhirnya menjadikan kelas berasa bosan serta pelajar-pelajar tidak mendapat idea baru. Natijahnya, fikiran pelajar menjadi beku dan tidak kreatif.

Kajian-kajian ahli-ahli pendidik akademik menunjukan setengah-setengah sekolah memang ada disediakan berbagai-bagai alat bantu mangajar. Malangnya, sangat sedikit bilangan guru yang tidak mahu menggunakannya. Alasan yang diberikan ialah tidak tahu cara menggunakannya, tiada pendedahkan tentang alat bantu mengajar dan menghadapi beban mengajar yang banyak dan sebagainya.

Sejak perlaksanaan pengajar PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris,pihak kementerian khasnya Kementerian Teknologi Pendidikan telah berusaha dan membekalkan pelbagai perisian dalam bentuk CD Interaktif ke sekolah rendah mahupun menengah tidak kira di Bandar, luar Bandar mahupun sekolah di pendalaman.

Bahan tersebut disediakan adalah merupakan salah satu bahan tambahan bantu mengajar guru bagi membantu memudahkan penyampaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Persoalan nya adakah guru boleh dan bijak menggunakannya ? Apakah tahap kekerapan penggunaannya disekolah ?Apakah kesannya terhadap pengajaran dan pembelajaran ? ATAU Apakah kekangan-

8

Page 9: Kandungan - geocities.ws€¦ · Web viewIsi pelajaran perlu disesuaikan dengan bahan bantu mengajar yang sesuai supaya objektif pelajaran guru pada hari ... guru sekolah Daerah Julau

kekangan yang dihadapi oleh guru dalam penggunaan alat bantu mengajar tersebut ?

Oleh yang demikian, penyelidikan ini juga ada menyentuh tentang kekangan-kekangan yang dihadapi oleh guru dalam penggunaan bahan tersebut di samping mendapatkan maklumat mengenai kekerapan penggunaan dan mengenalpasti beberapa impak penggunaan alat bantu mengajar kepada guru dan pelajar .

1.4 Objektif Kajian:-

1. Mengenalpasti tahap kekerapan penggunaan CD Interaktif tersebut sebagai bahan bantu mengajar oleh

guru .

2. Menyatakan impak penggunaan bahan tersebut sebagai alat bantu mengajar kepada proses pengajaran guru dan pembelajaran di bilik darjah.

3. Mengenalpasti beberapa kekangan-kekangan yang dihadapi oleh guru dalam penggunaannya.

1.5 Soalan Kajian:-

1. Apakah tahap kekerapan penggunaan CD Interaktif tersebut sebagai alat bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran di empat belas buah sekolah di Daerah Julau?

2. Apakah impak penggunaan alat bantu mengajar tersebut kepada guru dan murid di sekolah tersebut?

3. Apakah kekangan-kekangan yang dihadapi oleh guru dalam penggunaan alat bantu mengajar tersebut di empat belas buah sekolah daerah Julau. ?

1.6 Kesignifikan Kajian

Memandangkan kepentingan kepelbagaian bahan bantu mengajar diharap dapat membantu guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran khasnya mata pelajaran Matematik di Tahap1. Di samping itu,melalui soal selidik dan hasil kajian ini menyatakan harapan agar pihak berkenaan meneruskan usaha memperbanyakkan bahan tersebut atau disebaliknya.

9

Page 10: Kandungan - geocities.ws€¦ · Web viewIsi pelajaran perlu disesuaikan dengan bahan bantu mengajar yang sesuai supaya objektif pelajaran guru pada hari ... guru sekolah Daerah Julau

1.7 Batasan Kajian

Skop kajian ini adalah berfokus hanya kepada 14 buah sekolah di Daerah Julau.Respondon kajian adalah di kalangan guru-guru terlatih yang mengajar Matematik Tahap 1(Tahun 1 hingga Tahun 3)di 14 buah sekolah yang di pilih. Kebanyakan sekolah yang terlibat adalah sekolah di luar bandar dan pendalaman. Segala dapatan kajian ini merupakan persepsi sample guru-guru yang terlibat sahaja.

Kajian ini terbatas pada penggunaan bahan tersebut sebagai alat bantu tambahan guru dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di Tahap 1 dan bukan tertaktuk kepada reka bentuk dan perisian CD itu sendiri. Kajian ini juga tidak merangkumi CD interaktif yang dibekalkan sama ada oleh pihak Kementerian Pendidikan Unit Kurikulum atau oleh Kementerian Teknologi Pendidikan. Ia hanya berfokus kepada penggunaan CD Interaktif Matematik tahap satu sahaja yang dibekalkan oleh Pusat Sumber Pendidikan Negeri hasil kerjasama Bahagian Teknologi Bahagian dan Pusat Kegiatan Guru di Sarawak. Ia dihasilkan bertujuan untuk membantu guru mempelbagaikan kaedah penyampaian maklumat kepada pelajar-pelajar supaya lebih menarik dan menyeronokan. Ia memerlukan guru bertutur secara dua hala mengikut kemampuan murid-murid. Guru sebagai pemudahcara selain menggunakan kaedah papan flanel, papan hitam, carta dari kad manila atau keratan bahan sebagai alat bantu mengajar. ( Hasil taklimat Bengkel Penggunaan CD interaktif Matematik Tahap 1, oleh Unit Multimedia, PSPN,Kuching di PPDK, Julau pada 20.03.2006 hingga 23.03 2006)

10

Page 11: Kandungan - geocities.ws€¦ · Web viewIsi pelajaran perlu disesuaikan dengan bahan bantu mengajar yang sesuai supaya objektif pelajaran guru pada hari ... guru sekolah Daerah Julau

BAB II

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini berusaha menjelaskan perkara-perkara berikut:-(i) Takrifan Alat Bantu Mengajar(ii) Jenis-jenis Alat Bantu Mengajar(iii) Kepentingan alat bantu mengajar dalam

pengajaran dan pembelajaran(iv) Kriteria-kriteria pemilihan alat bantu mengajar

Tinjauan Literatur (berdasarkan pendapat ahli akademik)(i) Taktif Alat Bantu Mengajar dan Jenis-Jenisnya.

Kita tidak dapat memberi takrif khusus tentang alat bantu mengajar walaupun ramai pendidik bersetuju bahawa penggunaan bahan pengajaran dalam situasi pengajaran dan pembelajaran menlibatkan penggunaan penglihatan dan pandangan seseorangan pelajar.

Atan Long(1982:174) berpendapat,bahan-bahan pengajaran dan alat bantu mengajar ada berbagai-bagai.Bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan kepada layer. Alat yang menyokong penyampaian pembelajaran diberi nama “alat bantu mengajar”

(ii) Jenis-Jenis Alat Bantu Mengajar

Bagi W.F Connell(1981:386), sumber pengajaran boleh dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu:-

1. Alat bantuan mengajar am(misalnya papan hitam dan buku bercetak)

2. Alat pandang dengar(alat pandang-misalnya objek,model,patung,gambar,lukisan,gambarfoto,peta,carta gambarajah,graf ,poster,kartun dan bahan salinan. Alat dengar pula- misalnya radio,alat suara

3. Alat ciptaan baru bagi pengajaran berprogram dan mesin mengajar yang berkaitan.

Noraziah Abdul Hamid 1981,memberi kesimpulan bahawa alat bantu mengajar boleh dirumuskan kepada tiga jenis iaitu:-

11

Page 12: Kandungan - geocities.ws€¦ · Web viewIsi pelajaran perlu disesuaikan dengan bahan bantu mengajar yang sesuai supaya objektif pelajaran guru pada hari ... guru sekolah Daerah Julau

1. ABM yang asas seperti papan hitam/papan tulis,buku teks dan buku kerja.

2. ABM bukan elektronik seperti objek,buku,papan flannel, model dan sebagainya.

3. ABM elektronik seperti filem jalur dan slaid,radio,televisyen,perakampita,video, projector legap,projector overhead,komputer dan lain alat elektronik yang berkaitan.

(iii) Kepentingan ABM

Penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai dan menarik dalam pengajaran adalah penting kerana ia dapat meningkatkan kejayaan pembelajaran lebih-lebih lagi untuk pelajaran bahasa.

Mengikut Thomas,R Murray dan Swartout,Sherwin G.(1963), hanya alat bantu mengajar yang mempunyaiKomunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiah dan skop sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan.

Menurut Charles F.Hoban,James D.Finn dan Edgar Dale (1964:65), jika alat bantu mengajar digunakan dengan cara yang betul dan sesuai dalam sesuatu situasi pengajaran,objektif-objektif berikut mungkin tercapai:

1. - menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep.

2. - menjadi daya penarik yang penting untuk pelajar.3. -menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal.4. -memberi pengalaman sebenar yang boleh

meransangkan aktiviti sendiri di kalangan pelajar.

5. -membina pemikiran yang berterusan,terutama melalui penggunaan filem-filem bergerak.

6. -membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata.

7. -menyediakan pengalaman-pengalaman yang tidak diperolehi melalui bahan-bahan lain dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam.

(iii) Kriteria Pemilihan ABM

12

Page 13: Kandungan - geocities.ws€¦ · Web viewIsi pelajaran perlu disesuaikan dengan bahan bantu mengajar yang sesuai supaya objektif pelajaran guru pada hari ... guru sekolah Daerah Julau

Alat bantu mengajar untuk sekolah-sekolah masa kini perlu diambil daripada pelbagai sumber.Guru juga harus bijak memilih alat dari pelbagai sumber, kemudian mengintergrasikannya dengan keperluan pelajar.Ia harus mempunyai daya komunikatif yang dapat merangsang pelajar untuk belajar dan memotivasikan mereka untuk terus belajar.

Penggunaan alat bantu mengajar di dalam kelas bukanlah dibuat dengan sewenang-wenangnya. Guru perlulah memikirkan dan memilih mana-mana alat yang sesuai dalam usaha menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. (Noraziah Abdul Hamid 1981)

Erickson dan Curl(1972:66) berpendapat mengenai kriteria pemilihan alat bantu mengajar. Terdapat dua belas kriteria, antaranya ialah:-

1. Isi kandungannya berguna dan penting kepada pelajar.

2. Ia boleh menarik minat pelajar.

3. Format dan corak persembahan boleh memberi kesan kepada organisasi dan susunatur aktiviti pelajar.

4. Tidak ada tanda-tanda berat sebelah atau sebagai propaganda.

5. Kualiti teknikal yang memuaskan.

Mengikut Noraziah Abdul Hamid (1981),terdapat kriteria lain patut digunakan dalam pemilihan alat bantu mengajar ialah:-1. Alat itu tidak semestinya mahal.

2. Alat itu perlulah sederhana,mudah digunakan dan mudah didapati.

3. Alat itu berfungsi iaitu boleh dibawa ke mana-mana,ringan,tidak terlalu besar atau berat. Senang disimpan boleh digunakan berkali-kali dan tidak membahaya.

Menurut A.J Romiszowsk(1964:75) pula, media pengajaran yang sesuai harus mempunyai ciri-ciri seperti kesesuaian. “Kesesuaian” bermaksud konsep mata pelajaran boleh diikuti oleh pelajar.

BAB III

13

Page 14: Kandungan - geocities.ws€¦ · Web viewIsi pelajaran perlu disesuaikan dengan bahan bantu mengajar yang sesuai supaya objektif pelajaran guru pada hari ... guru sekolah Daerah Julau

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini memberi tumpuan terhadap metodologi kajian dengan membincangkan aspek-aspek berikut:-

3.1.1 Reka bentuk kajian

Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan(survey). Penilaian ini cuba mengenalpasti beberapa kumpulan sasaran dan memberi maklumbalas sama ada bahan interaktif iaitu CD Matematik Tahap 1 yang dibekalkan oleh Pusat Sumber Pendidikan Negeri digunakan dengan meluas,di samping mengutarakan impak-impak penggunaan serta masalah-masalah yang dihadapi dalam penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Kaedah kuantitatif di digunakan oleh penyelidik kerana ia hanya bersifat mendapat maklumat dan pandangan guru-guru yang berkenaan.

3.1.2 Persampelan

Populasi kajian adalah seramai 42 orang guru yang mengajar Matematik Tahap 1 di empat belas (14) buah sekolah rendah di Daerah Julau.Kajian ini ditadbirkan di sekolah yang dipilih oleh Guru Besar kepada guru-guru sebagai responden.Untuk kajian ini, semua guru yang mengajar Matematik bagi kelas tahap 1 adalah merupakan responden.

3.1.3 Instrument Kajian

Dalam kajian ini 42 set soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada responden. Empat belas buah sekolah dipilih dengan agihan sebanyak tiga set bagi setiap sekolah. Guru Besar sebagai ketua pentadbir di sekolah , mengagihkan set soal selidik kepada guru matematik sebagai responden. Semua set soal selidik yang telah disempurnakan telah dihantarkan kepada penyelidik oleh Guru Besar dalam tempoh masa lebih kurang satu bulan.( 17 Mei 2006 hingga 15 Jun 2006) Soal selidik dijadikan teras kajian ini kerana ianya sesuai dengan penyelidikan tinjauan yang bersifat kuantitatif.

Sebelum soal selidik ini dijadikan sebagai alat ukur kajian, ia terlebih dahulu diuji kesahan dan

14

Page 15: Kandungan - geocities.ws€¦ · Web viewIsi pelajaran perlu disesuaikan dengan bahan bantu mengajar yang sesuai supaya objektif pelajaran guru pada hari ... guru sekolah Daerah Julau

kebolehpercayaannya supaya item-item yang dibina ini sah dan boleh dipercayai.

Soal selidik kajian ini terbahagi kepada EMPAT bahagian iaitu:-

A) Butiran Demografi Responden.(Guru)B) Kekerapan Penggunaan CD Interaktif MatematikC) Impak Penggunaan CD Interaktif Dalam Pengajaran

dan Pembelajaran.D) Kekangan Untuk Menggunakan CD Interaktif.

Bahagian A: Demograf Responden.

Bahagian ini mengandungi 4 item . Ia digunakan untuk mengumpul maklumat mengenai latar belakang guru yang diperlukan oleh kajian ini seperti kelas yang diajar, jantina, tempoh berkhidmat dan pengalaman mengajar matematik. (Sila rujuk Jadual I – Lampiran I)

Bahagian B: Kekerapan Penggunaan CD.

Bahagian ini mengandungi 5 item. Item-item dalam bahagian ini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang tahap kekerapan guru menggunakan CD interaktif tersebut sebagai alat tambahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik Tahap 1 di sekolah masing-masing. Berdasarkan maklumat ini, penyelidik cuba mengetahui tahap kekerapan penggunaannya secara menyeluruh . ( Lihat Jadual 2 – Lampiran II)

Bahagian C: Impak Penggunaan CD dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Bahagian ini pula mengandungi 13 item. Item-item dalam bahagian ini adalah untuk mendapatkan maklumat terhadap impak-impak penggunaan CD kepada guru serta murid –murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Penyelidik cuba mendapatkan maklumat berdasarkan respon responden sama ada secara positif atau di sebaliknya. (Sila rujuk Jadual 3- Lampiran III)

Bahagian D: Kekangan Penggunaan CD

Bahagian ini mengandungi 7 item. Setiap item adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat atau persepsi guru (responden) berhubung dengan kekangan-kekangan untuk

15

Page 16: Kandungan - geocities.ws€¦ · Web viewIsi pelajaran perlu disesuaikan dengan bahan bantu mengajar yang sesuai supaya objektif pelajaran guru pada hari ... guru sekolah Daerah Julau

menggunakan CD tersebut . (Sila rujuk Jadual IV- Lampiran IV)

3.1.4 Pengumpulan Data

Dalam kajian ini 42 set soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada responden. Empat belas(14) buah sekolah dipilih dengan agihan sebanyak tiga set bagi setiap sekolah. Penyelidik menghantar set-set soal selidik tersebut melalui Guru Besar sekolah masing-masing .Guru Besar sebagai ketua pentadbir di sekolah , mengagihkan set soal selidik kepada guru matematik tahap 1sebagai responden. Semua set soal selidik yang telah disempurnakan telah dihantarkan kepada penyelidik oleh Guru Besar dalam tempoh masa lebih kurang satu bulan.( 17 Mei 2006 hingga 15 Jun 2006). Semua set soalan yang diterima akan dianalisa dan dijadikan data penyelidik.

3.1.5 Cara Analisa Data

Data daripada soal selidik akan dianalisis dengan menggunakan SPSS Versi 12.0 dan merangkumi pengiraan menggunakan kaedah yang sesuai dan berkaitan.Data yang dipungut melalui soal selidik dianalis dengan menggunakan analisis utama iaitu Statistik diskriptif( Diskriptif Frekuensi(kekerapan), Diskriptif Min, ) dan skala(scale)-untuk mencari kesahan dan kebolehpercayaan item.

Diskriptif statistik digunakan untuk memerihalkan demografi responden khususnya yang berkaitan dengan kelas di ajar, jantina, tempoh mengajar dan pengalaman mengajar.

16

Page 17: Kandungan - geocities.ws€¦ · Web viewIsi pelajaran perlu disesuaikan dengan bahan bantu mengajar yang sesuai supaya objektif pelajaran guru pada hari ... guru sekolah Daerah Julau

BAB IV

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Bab ini mengemukakan dapatan kajian berdasarkan analisa kajian yang telah dikenalpasti .Maklumbalas ini adalah berdasarkan maklumbalas instrumen kajian yang telah dihantar balik kepada penyelidik.

4.1.1 Demografi Responden4.1.2 Kekerpan Penggunaan CD interaktif4.1.3 Impak Penggunaan CD dalam P& P4.1.4 Kekangan untuk menggunakan CD

Demografi Responden

Melalui instrument Demografi responden,penyelidik telah mengenalpasti taburan pembolehubah dari sudut jantina , tempoh berkhidmat dan pengalaman mengajar responden. (Sila rujuk Jadual 1 di bawah)

Jadual 1- Profil Responden Mengikut Pembolehubah Demografi ( N = 42)

Pembolehubah Kekerapan Peratus%

Jantina:LelakiPerempuan

2517

59.540.5

Tempoh Berkhidmat1 hingga 5 tahun6 hingga 10 tahun11 hingga 15 tahun16 hingga 2021 tahun ke atas

1910436

45.223.89.57.114.3

Pengalaman Mengajar Matematik1 hingga 5 tahun6 hingga 10 tahun11 hingga 15 tahun16 hingga 2021 tahun ke atas

2112432

50.028.69.57.14.8

Melalui Jadual 1 di atas,menunjukkan profil responden daripada aspek jantina, tempoh berkhidmat serta pengalaman mengajar matematik.

17

Page 18: Kandungan - geocities.ws€¦ · Web viewIsi pelajaran perlu disesuaikan dengan bahan bantu mengajar yang sesuai supaya objektif pelajaran guru pada hari ... guru sekolah Daerah Julau

Dari sudut jantina peratusan guru lelaki lebih ramai mengajar matapelajaran matematik tahap 1 iaitu 25 daripada 42 orang responden iaitu sebanyak 59.5 %

Dari segi tempoh berkhidmat pula lebih ramai responden telah berkhidmat dalam tempoh 1 hingga10 tahun, iaitu sebanyak 69.0% manakala dari segi pengalaman mengajar, rata –rata ramai responden adalah guru yang telah berkhidmat dalam tempoh 1 hingga 10 tahun yakni seramai 33 daripada 42 orang responden sebanyak 78.6 %.

Kekerapan Penggunaan CD Interaktif.

Melalui instrumen ini penyelidik telah mengenalpasti tahap kekerapan responden untuk menggunakan CD tersebut. (Sila lihat Jadual 2 dibawah )

Jadual 2- Kekerapan Penggunaan CD Interaktif ( N= 42)

Item Catatan Kekerapan

(N = 42)

Peratusan

(100 %)

Tidak pernah

menggunakan

0 0

Jarang

menggunakan

Sekali-sekala 14 33.3

Kadang-kadang 2 atau 3 kali

sebulan

14 33.3

Kerap Sekurang-

kurangnya sekali

seminggu

13 31.0

Amat kerap Lebih daripada

seminggu

1 2.4

Berdasarkan carta di atas,seramai 14 daripada 42 orang responden adalah penggunaan yang aktif iaitu sebanyak 33.4 %.(kerap dan amat kerap). Manakala, lebih separuh yakni 28 daripada 42 jumlah responden adalah pengguna yang pasif ( Jarang dan kadang-kadang), iaitu sebanyak 66.6 %.Namun begitu, tiada sekolah yang terlibat dengan kajian ini tidak pernah menggunakan CD tersebut.

18

Page 19: Kandungan - geocities.ws€¦ · Web viewIsi pelajaran perlu disesuaikan dengan bahan bantu mengajar yang sesuai supaya objektif pelajaran guru pada hari ... guru sekolah Daerah Julau

Impak Penggunaan CD Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Penyelidik telah mengenalpasti impak-impak penggunaan CD tersebut secara menyeluruh berdasarkan skala dan item-item yang diutarakan.(Lihat Jadual 3 di bawah)Jadual 3: B Impak Penggunaan CD Dalam Pengajaran dan Pembelajaran ( N =42) Skala

Bil Items (N=42) SKALA (% )      1 2 3 4 5 Min Std.

Dev.1 Murid-murid merasa seronok 0 2.4 7.1 66.7 23.8 4.12 0.632

2 Murid-murid mudah faham isi pelajaran

0 2.4 2.4 95.2 0 3.93 0.341

3 Saya lebih yakin dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran

0 2.4 7.1 76.2 14.3 4.02 0.562

4 Boleh menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran.

0 2.4 9.5 69 19 4.04 0.622

5 CD menggalakan saya berperanan sebagai pemudahcara.

0 4.8 7.1 59.5 28.6 4.12 0.739

6 Saya tidak perlu bawa banyak bahan bantuan mengajar

0 4.8 14.3 52.4 28.6 4.04 0.794

7 Saya tidak terikat dengan satu kaedah pengajaran.

0 4.8 7.1 81 7.1 3.90 0.576

8 CD mengandungi pelbagai aktiviti yang sesuai ikut kemampuan murid.

0 2.4 19 76.2 2.4 3.79 0.519

9 Menggalakan murid berfikir secara kreatif dan kritis

0 4.8 4.8 83.3 7.1 3.93 0.558

10 Saya boleh berintraksi dengan murid secara dua hala.

0 7.1 4.8 76.2 11.9 3.93 0.676

11 Objektif pelajaran dapat dicapai dengan mudah.

0 2.4 10 71.4 7.1 3.83 0.58

12 Menggunakan CD boleh menjimatkan masa saya

0 4.8 23.8 54.8 16.7 3.83 0.762

13 CD membantu meringankan tugas saya menyediakan alat bantu mengajar.

0 4.8 9.5 57.1 28.6 4.09 0.759

JUMLAH 0 50.3 126.5 919 195.2 51.5 8.12

19

1. Sangat Tidak Setuju 2. Tidak Setuju 3. Kurang Setuju4. Setuju 5. Sangat Setuju

Page 20: Kandungan - geocities.ws€¦ · Web viewIsi pelajaran perlu disesuaikan dengan bahan bantu mengajar yang sesuai supaya objektif pelajaran guru pada hari ... guru sekolah Daerah Julau

8Purata 0 3.87 9.73 70.69 15.02 3.97 0.625

Scale Reliability = 0.924; 2 – 3.16 = Rendah, 3.17 - 3.34 = Sederhana ; 3.35 - 5.00 = TinggiPengiraan tahap-tahap min di atas adalah berdasarkan Lau (2005)

Menurut Jadual 3 di atas, min keseluruhan adalah pada tahap yang tinggi iaitu 3.97 ,yakni di antara 3.35 – 5.00. Ini bermakna tahap impak penggunaan CD tersebut adalah tinggi. Tahap yang tinggi ini menunjukkan bahawa CD tersebut sangat membantu guru dan murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik.

___________________Nilai maksimum – nilai minimum iaitu 62-26 = 36. Ini dibahagi dengan 3 = 12 yang akan digunakan menentukan sempadan kelas untuk tiga tahap impak penggunaan. Nilai sempadan kelas ialah 26-38 =Rendah; 38.1 - 40.1 = sederhana dan 40.2 -62 adalah tinggiMin taburan skor diperolehi dengan membahagikan nilai sempadan dengan jumlah item.Jadi min taburan skor bagi kes ini ialah 2 – 3.16 = Rendah, 3.17 - 3.34 = Sederhana ; 3.35 - 5.00 = Tinggi

(Cara mengira ini adalah berdasarkan Lau (2005)

Kekangan Untuk Menggunakan CD

20

Page 21: Kandungan - geocities.ws€¦ · Web viewIsi pelajaran perlu disesuaikan dengan bahan bantu mengajar yang sesuai supaya objektif pelajaran guru pada hari ... guru sekolah Daerah Julau

Penyelidik telah mengenalpasti tentang apakah kekangan yang dihadapi oleh responden untuk menggunakan CD tersebut. (Lihat Jadual 4 , di bawah)

Jadual 4 – Kekangan Untuk Menggunakan CD ( N= 42)

Skala

Bil Item (N=42) 100% 100%  1 2 (1+2

)3 4 5 (3+4+

5)1 Kurang kemahiran dalam

mengendalikan komputer. 0 31 31 47.6 14.3 7.1 692 Kawalan kelas terjejas 4.6 9.5 14.1 57.1 26.2 2.4 85.7  CD yang dibekalkan ke

sekolah adalah terhad. 4.8 40.5 45.3 28.6 23.8 2.4 54.84 Kandungan CD tersebut

tidak merangkumi semua tajuk pelajaran. 16.7 45.2 61.9 16.7 19 2.4 21.4

5 Sumber tenaga elektrik yang tidak stabil menghalang kekerapan penggunaan CD tersebut. 78.6 19 97.6 2.4 0 0 2.4

6 Kurang mahir kerana kurang pendedahan menggunakannya. 4.8 23.8 28.6 50 19 2.4 71.4

7 Pelbagai CD yang dibekal oleh kementerian pendidikan menghalang penggunaan CD interaktif. 4.8 16.7 21.5 64.3 14.3 0 78.6

 Jumlah

114.3

185.7 300 266.7 116.6

16.7 133.3

 Purata

16.33

26.53 42.86

38.1 16.66

2.39 19.05

Jadual 4 di atas menunjukkan persepsi guru terhadap kekangan-kekangan untuk menggunakan CD interaktif tersebut. Penyelidik telah melihat dari dua sudut berdasarkan persepsi responden iaitu:

(i) Dari sudut persepsi yang positif:-

1. Sangat Setuju 2. Setuju 3. Kurang Setuju4. Tidak Setuju 5. Sangat Tidak Setuju

21

Page 22: Kandungan - geocities.ws€¦ · Web viewIsi pelajaran perlu disesuaikan dengan bahan bantu mengajar yang sesuai supaya objektif pelajaran guru pada hari ... guru sekolah Daerah Julau

(a). Seramai 69.0% daripada 42 responden menyatakan kurang kemahiran dalam mengendalikan komputer sebagai penghalang menggunakan CD adalah tidak tepat.Ini bermakna kemahiran mengendalikan komputer tidak mendatangkan masalah kepada responden.

(b). Seramai 85.7 % daripada 42 responden menyatakan,penggunaan CD tersebut dapat menyebabkan kawalan kelas terjejas adalah tidak benar. Ini bermakna ia tidak mendatangkan kesan yang negatif terhadap kawalan kelas.

(c) Seramai 54.8%, daripada 42 responden pula, menyatakan bahawa CD yang dibekalkan ke sekolah adalah terhad adalah tidak tepat. Ini bermakna CD yang telah dibekalkan adalah mencukupi.

(d) Seramai 71.4% daripada 42 responden pula beranggapan bahawa kurang mahir kerana kurang pendedahan menggunakannya adalah tidak tepat. Ini bermakna lebih ramai responden telahpun diberi pendedahan mengenai penggunaan CD tersebut sebelum ini.(e) Seramai 78.6% daripada 42 responden beranggapanmenyatakan pelbagai CD yang dibekalkan oleh kementerian pendidikan menghalang penggunaan CD interaktif tersebut adalah bukan faktor penghalang bagi mereka. Ini bermakna kepelbagai CD yang dibekalkan tidak akan menghalang untuk menggunakan CD interaktif tersebut.

(ii) Dari sudut persepsi yang negatif:-(a) Seramai 61.9%, dari 42 responden memberi persepsi bahawa kandungan CD tersebut tidak merangkumi semua tajuk pelajaran adalah benar. Ini bermakna kandunganCD tersebut masih dapat kekurangan dari segi tajuk-tajuk pelajaran yang tertentu tidak dimuatkan ke dalam CD tersebut. Ini menjadi kekangan kepada responden jika hendak mengajar tajuk-tajuk tertentu yang perlu diajar.

(b) Seramai (97.6 %) ,41 daripada 42 responden dari sekolah yang dipilih dalam kajian menyatakan sumber tenaga elektrik yang tidak stabil menghalang kekerapan penggunaan CD tersebut adalah tepat atau benar. Ini bermakna kesan faktor tersebut merupakan penghalang utama untuk menggunakan CD dalam proses p&p. Perkara ini juga turut mempengaruhi kekerapan penggunaan CD tersbut.

BAB V

22

Page 23: Kandungan - geocities.ws€¦ · Web viewIsi pelajaran perlu disesuaikan dengan bahan bantu mengajar yang sesuai supaya objektif pelajaran guru pada hari ... guru sekolah Daerah Julau

KESIMPULAN DAN CADANGAN KAJIAN

5.1 Pendahuluan

Bab ini menampilkan kesimpulan kajian berdasarkan apa yang berdasarkan dapatan kajian yang telah dikenalpasti.Ia akan membincangkan cadangan-cadangan dan implikasi kajian.

(i) Kesimpulan Dapatan Kajian berdasarkan :-

(a) Kekerapan Penggunaan CD.

Penyelidik berpendapat, kekerapan penggunan yang pasif adalah disebabkan oleh sumber tenaga elektrik yang tidak menentu. Ini menyebabkan mengapa guru jarang atau kadang –kadang menggunakannya.

(b) Impak Penggunaan CD.

Penyelidik berpendapat bahawa penggunan CD tersebut amat memberi kesan yang positif kepada guru dan juga murid. Ia amatlah sesuai dijadikan bahan tambahan bantu mengajar guru pada zaman ini. Kepelbagai teknik atau kaedah yang digunakan sudah tentu akan menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

(c) Kekangan Untuk Menggunakan CD.

Secara keseluruhannya, penyelidik berpendapat tidak banyak kekangan untuk menggunakan CD tersebut. Namun, punca kekangan utama sebagai penghalang untuk menggunakan CD tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah sumber tenaga elektrik yang tidak menentu. Ini kerana penggunaan bahan ICT seperti komputer, LCD dan lain-laian dalam proses pengajaran dan pembejaran masa kini sangat bergantung kepada sumber tenaga elektrik yang stabil.

(ii) Implikasi Kajian

Dapatan kajian menunjukkan bahawa sumber tenaga elektrik yang stabil amat mempengaruhi kekerapan penggunaan CD. Sudah pasti ia akan mengganggu kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran guru – guru di sekolah.

23

Page 24: Kandungan - geocities.ws€¦ · Web viewIsi pelajaran perlu disesuaikan dengan bahan bantu mengajar yang sesuai supaya objektif pelajaran guru pada hari ... guru sekolah Daerah Julau

Namun begitu, penggunaan CD tersebut tetap memberi kesan yang positif kepada guru dan murid. Ia tetap digunakan sebagai alat tambahan bantu mengajar guru.bila-bila masa diperlukan kerana ia jelas dapat membantu guru-guru dalam proses pengajaram dan pembelajaran di sekolah. Ia sesuai dengan tuntutan ajakan pradigma perkembangan ICT dalam pendidikan di sekolah masa kini.

(iii) Cadangan Kajian

Kajian serupa ini dapat memberi input yang sangat penting kepada pihak pentadbir dan pengurus di peringkat tertinggi khasnya kepada pihak kerajaan atau kementerian supaya memberi perhatian yang serius mengatasi masalah tenaga elektrik ke sekolah-sekolah luar bandar mahupun pendalaman.Hanya bergantung kepada punca janakuasa yang kecil tidak mampu menampung keperluan di sekolah juga akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran serta boleh merosakan peralatan ICT yang dibekalkan ke sekolah.

Di samping itu, impian untuk menjadikan Malaysia sebagai “hub” ICT dan multimedia di peringkat global. Semua infrastruktur yang hendak diperluaskan luar Bandar dan pendalaman untuk merapat jurang digital tidak akan tercapai jika masalah-masalah ini tidak di atasi dengan segera. Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) amat memerlukan sumber tenaga elektrik yang stabil. Guru tidak dapat menggunakan bahan ICT yang dibekalkan dan sudah pasti akan merugikan pelajar-pelajar di sekolah.

Bagi pihak yang menghasil dan membeklkan CD ini, agar usaha ini diteruskan. Idea dan sumbangan yang terbaik akan dapat membantu guru –guru untuk menghasilkan pelajar-pelajar yang cemerlang. Kepelbagaian bahan bantu mengajar sentiasa memberi kesan yang positif kepada guru dan murid.

Rujukan:

24

Page 25: Kandungan - geocities.ws€¦ · Web viewIsi pelajaran perlu disesuaikan dengan bahan bantu mengajar yang sesuai supaya objektif pelajaran guru pada hari ... guru sekolah Daerah Julau

Abdul Rahim Mohd.Saad(2001) Teknologi Maklumat dan Komunikasi: Keperluan Pertimbangan Semula

Program Pendidikan Tinggi. Kertas kerja seminar Dinamika Perubahan Pengurusan Menuju Era Baru K pada 20 & 21 September 2001.

Abdul Rahim Mohd.Saad, Prof.Madya (1987), “Peranan Teknologi Pendidikan di Malaysia” Kertas kerja Konvensyen Teknologi Pendidikan, 18-20 Jun, 1987.

IPPN,SriLayang,Genting Highland.

Atan Long(1982), Pedagogi Kaedah Am Mengajar, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

A.J Romiszowski (1964), The Selection and Use Of Instructional Media, London

Connell.W.F (1981), Asas Pendidikan , Kuala Lumpur , Dewan Bahasa Dan Pustaka

Erickson dan Curl (1972), Fundamental of Teaching With Audio Visual Technology, New York: Macmillan Publishing Co.Inc.

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir(2003), Multimedia dalam Pendidikan, PTS Publication: Bentong

Lau H. S, (2005) ,Persepsi Impak Awal Program-Salinatan: Implikasi Kecekapan Tukaran Ekonomi, Jurnal MAPERA ,Bintangor Jld.16 (pp.27-37),

Mat Nor Hussen & Ab.Rahman Abd.Rashid. 1988, Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa

Normala Hj Rambli, 2005, Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Pendidikan 2005

Norazen Md.Dadi, Hassan As’ari Zainal Abidin dan Mohd.Ruzman Mat Ali , Kertas kerja Tahap

Kompentesi Pensyarah Menggunakan ICT dan P & P.

Norziah Abd. Hamid,1981 “Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa” Kertas Kerja Seminar

Perguruan pada 28- 301.12.1981 di Universiti Malaya.

Pispa J.(1994), In William, DM(200), Intergrating Technology into teahing and learning, Singapore: Pretince Hill.

25

Page 26: Kandungan - geocities.ws€¦ · Web viewIsi pelajaran perlu disesuaikan dengan bahan bantu mengajar yang sesuai supaya objektif pelajaran guru pada hari ... guru sekolah Daerah Julau

Unit Multimedia, PSPN, Kuching 2006, Taklimat Penggunaan Bahan CD Interaktif Matematik Tahap 1 di PPDK Julau pada 20.03.06 – 23.03.2006

Zainal Aladin b. Hj. Ahmad,(1983) ,Radio dan TV Pendidikan Sebagai Sumber Pendidikan Yang Sesuai. Jurnal Perkhidmatan Sebaran Pendidikan Jld.II, KL Bhg. Sebaran Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia.

26