no sebutharga - pmku/sh/400 jppkk sebut harga kerja … · 2020. 6. 16. · ms 1 / 14 jppkk –...

14
Ms 1 / 14 JPPKK SEBUT HARGA KERJA-KERJA BAIKPULIH DAN NAIKTARAF BUMBUNG RATA ROOF TOPSERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI POLITEKNIK METRO KUANTAN, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI A. ARAHAN DAN SYARAT KEPADA PENYEBUTHARGA 1. Kenyataan Tawaran Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan CIDB & mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) serta Sijil Perolehan Kerajaan (SPKK) yang masih sah dalam Gred : G2 dalam kategori : B02 / B04 / B15 / B24 / B28 / CE21 / CE32 di bawah kod bidang 080101/080102 - Kejuruteraan Awam, Binaan & Kelengkapan, Kemudahan Awam/Kelengkapan yang masih sah laku dan berkuat kuasa semasa tawaran adalah dipelawa untuk menyertai sebut harga Kerja-Kerja Baikpulih Dan Naiktaraf Bumbung Rata “Roof Top” Serta Kerja- Kerja Berkaitan Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Politeknik METrO Kuantan (PMKu), Pahang Darul Makmur 1.1 Penyebutharga hendaklah memastikan tempoh pendaftarannya dengan Kementerian Kewangan Malaysia sentiasa sah. 1.2 Tarikh Tutup 1.2.1 Tarikh Tutup tawaran sebutharga ialah pada 18 Jun 2020 bersamaan hari Khamis pada jam 12:00 tengahari 1.2.2 Tawaran yang lewat dikemukakan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN 1.3 Dokumen Sebutharga Penyebut harga boleh mendapatkan dokumen sebutharga berserta lampiran- lampiran seperti yang dinyatakan di bawah melalui laman sesawang www.pmku.edu.my atau datang sendiri ke Kaunter Lobi Utama, Bangunan Politeknik METrO Kuantan pada hari dan waktu bekerja. Lampiran 1 Senarai Semak Lampiran 2 Borang Sebut harga Kerja Lampiran 3 Surat Akuan Pembida Lampiran 4 Surat Perwakilan Kuasa No SebutHarga - PMKU/SH/400 11/20(12)

Upload: others

Post on 11-Sep-2020

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: No SebutHarga - PMKU/SH/400 JPPKK SEBUT HARGA KERJA … · 2020. 6. 16. · Ms 1 / 14 JPPKK – SEBUT HARGA KERJA-KERJA BAIKPULIH DAN NAIKTARAF BUMBUNG RATA “ROOF TOP” SERTA KERJA-KERJA

Ms 1 / 14

JPPKK – SEBUT HARGA KERJA-KERJA BAIKPULIH DAN NAIKTARAF BUMBUNG RATA

“ROOF TOP” SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI POLITEKNIK METRO KUANTAN,

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

A. ARAHAN DAN SYARAT KEPADA PENYEBUTHARGA

1. Kenyataan Tawaran

Tawaran adalah dipelawa kepada syarikat-syarikat yang berdaftar dengan CIDB &

mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK), Sijil Taraf Bumiputera (STB) serta

Sijil Perolehan Kerajaan (SPKK) yang masih sah dalam Gred : G2 dalam kategori : B02

/ B04 / B15 / B24 / B28 / CE21 / CE32 di bawah kod bidang 080101/080102 -

Kejuruteraan Awam, Binaan & Kelengkapan, Kemudahan Awam/Kelengkapan yang

masih sah laku dan berkuat kuasa semasa tawaran adalah dipelawa untuk menyertai

sebut harga Kerja-Kerja Baikpulih Dan Naiktaraf Bumbung Rata “Roof Top” Serta Kerja-

Kerja Berkaitan Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Politeknik METrO Kuantan (PMKu),

Pahang Darul Makmur

1.1 Penyebutharga hendaklah memastikan tempoh pendaftarannya dengan Kementerian

Kewangan Malaysia sentiasa sah.

1.2 Tarikh Tutup

1.2.1 Tarikh Tutup tawaran sebutharga ialah pada 18 Jun 2020 bersamaan hari

Khamis pada jam 12:00 tengahari

1.2.2 Tawaran yang lewat dikemukakan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN

1.3 Dokumen Sebutharga

Penyebut harga boleh mendapatkan dokumen sebutharga berserta lampiran-

lampiran seperti yang dinyatakan di bawah melalui laman sesawang

www.pmku.edu.my atau datang sendiri ke Kaunter Lobi Utama, Bangunan Politeknik

METrO Kuantan pada hari dan waktu bekerja.

Lampiran 1 Senarai Semak

Lampiran 2 Borang Sebut harga Kerja

Lampiran 3 Surat Akuan Pembida

Lampiran 4 Surat Perwakilan Kuasa

No SebutHarga - PMKU/SH/400 – 11/20(12)

Page 2: No SebutHarga - PMKU/SH/400 JPPKK SEBUT HARGA KERJA … · 2020. 6. 16. · Ms 1 / 14 JPPKK – SEBUT HARGA KERJA-KERJA BAIKPULIH DAN NAIKTARAF BUMBUNG RATA “ROOF TOP” SERTA KERJA-KERJA

Ms 2 / 14

1.4 Penyerahan Dokumen Sebutharga

1.4.1 Penyebut harga hendaklah menyerahkan Dokumen Tawaran Sebutharga

(Lampiran 1, 2, 3 dan 4) yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan secara

serahan tangan ke alamat seperti berikut:

Pengarah

Politeknik METrO Kuantan

No.A-5, Jalan Tun Ismail 2,

Lorong Sri Dagangan II

25000 Kuantan,

PAHANG DARUL MAKMUR.

(u/p: Urusetia Sebutharga)

1.5 Ketidakpatuhan kepada keperluan ini akan menyebabkan Dokumen Tawaran

Sebutharga TIDAK LAYAK DIPERTIMBANGKAN

2. Syarat-syarat Am

Penyebutharga hendaklah mematuhi semua syarat dan terma yang ditetapkan apabila

menyertai sebutharga. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat dan terma di bawah ini

akan menyebabkan tawaran penyebutharga tidak akan dipertimbangkan.

2.1 Pembiayaan

Penyebutharga akan membiayai segala kos yang terlibat dalam penyediaan dan

penghantaran Dokumen Sebutharga. Pihak PMKu tidak akan bertanggungjawab di

atas sebarang kos yang terlibat dalam proses penyediaan Dokumen Sebutharga

2.2 Keperluan Penyertaan Sebutharga

2.2.1 Penyebutharga diwajibkan menyediakan keperluan infrastruktur dari segi

komputer, keperluan komunikasi dan internet serta keupayaan sumber manusia

untuk menyertai sebut harga ini dari lokasi penyebut harga sendiri.

2.2.2 Keputusan sebutharga yang dikeluarkan adalah muktamad dan tertakluk

kepada Dasar dan Peraturan Perolehan Kerajaan Malaysia

2.3 Tempoh Sah Laku

2.3.1 Tempoh sahlaku tawaran sebutharga adalah 60 hari daripada tarikh tutup

sebutharga.

2.3.2 Dalam keadaan berkecuali, sebelum tamat tempoh sahlaku tawaran asal,

PMKu boleh meminta tempoh sahlaku tawaran dilanjutkan. Permintaan dan

jawapan akan dilakukan secara bertulis

2.3.3 Penyebutharga yang bersetuju dengan permintaan ini tidak diperlukan atau

diminta untuk mengubah tawaran asal, tetapi hanya diminta untuk melanjutkan

tempoh sahlaku sebutharga.

Page 3: No SebutHarga - PMKU/SH/400 JPPKK SEBUT HARGA KERJA … · 2020. 6. 16. · Ms 1 / 14 JPPKK – SEBUT HARGA KERJA-KERJA BAIKPULIH DAN NAIKTARAF BUMBUNG RATA “ROOF TOP” SERTA KERJA-KERJA

Ms 3 / 14

2.4 Harga Tawaran

Harga-harga yang ditawarkan mestilah dalam Ringgit Malaysia (RM) dan hendaklah

harga bersih termasuk semua diskaun serta kos tambahan yang berkaitan. Harga-

harga yang ditawarkan dalam sebutharga ini adalah tetap dan tidak boleh dipinda

selepas sebutharga ditutup dan akan berkuatkuasa selama dalam tempoh sahlaku

sebutharga.

2.5 Spesifikasi, Skop dan Standard Kualiti Kerja

Penyebutharga adalah dinasihatkan membaca dengan teliti spesifikasi, skop dan

standard kualiti kerja bagi penyelenggaraan di dalam Lampiran 2 supaya tidak timbul

masalah kesilapan dalam meletak harga.

2.6 Pesanan Tempatan

2.6.1 PMKu akan memberi notis bertulis dalam bentuk Pesanan Tempatan kepada

penyebutharga yang berjaya apabila sebut harga dipersetujui dalam tempoh

sahlaku sebutharga.

2.6.2 Apabila dipersetujui maka satu kontrak hendaklah disifatkan sebagai telah

dibuat di antara pihak PMKu dengan penyebutharga.

2.7 Pembetulan Kesilapan

2.7.1 Sebarang pindaan atau pembatalan dalam sebutharga oleh penyebutharga

selepas dokumen sebutharga dihantar adalah tidak dibenarkan sama sekali.

2.7.2 Jika terdapat perbezaan di antara jumlah dalam bentuk angka dan perkataan,

jumlah dalam bentuk perkataan akan diambilkira

2.8 Integrity Pact

Penyebut harga yang menghantar dokumen sebutharga hendaklah menandatangani

Surat Akuan Pembida bahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai

sogokan untuk mendapatkan projek. Wakil syarikat yang menandatangani Surat

Akuan Pembida hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa

menandatangani bagi pihak syarikat. Format Surat Akuan Pembida adalah seperti di

Lampiran 3 dan Surat Perwakilan Kuasa adalah seperti di Lampiran 4.

2.9 Penamatan Persetujuan

PMKu berhak menamatkan sesuatu persetujuan.

i. Dengan memberi notis bertulis kepada Penyebutharga dan dengan tiada apa-

apa tindakan selanjutnya PMKu boleh terus menamatkan persetujuan; atau

ii. Jika Penyebutharga melakukan pelanggaran terhadap mana-mana syarat yang

terdapat dalam persetujuan ini; atau

iii. Jika Penyebutharga itu sebagai orang perseorangan atau, apabila

Penyebutharga itu adalah satu firma, mana-mana pekongsi firma itu pada bila-

bila masa menjadi bankrap, atau suatu perintah terhadapnya atau perintah

pentadbiran dibuat terhadapnya atau membuat suatu penyelesaian atau

perkiraan dengan atau bagi faedah sipiutang-sipiutang, atau pengurusan bagi

Page 4: No SebutHarga - PMKU/SH/400 JPPKK SEBUT HARGA KERJA … · 2020. 6. 16. · Ms 1 / 14 JPPKK – SEBUT HARGA KERJA-KERJA BAIKPULIH DAN NAIKTARAF BUMBUNG RATA “ROOF TOP” SERTA KERJA-KERJA

Ms 4 / 14

pihak seseorang sipiutang dilantik atau jika timbul keadaan-keadaan yang

memberi hak kepada mahkamah membuat sesuatu perintah penggulungan; atau

iv. Jika PMKu mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa Penyebutharga atau

sesiapa yang diambil bekerja olehnya atau bertindak bagi pihaknya (sama ada

dengan atau di luar pengetahuan Penyebutharga) melakukan perbuatan rasuah.

Dengan sentiasa bersyarat bahawa penamatan Persetujuan ini tidak menyentuh

hak-hak PMKu untuk mendapatkan balik ganti rosak

2.10 Pertanyaan

Penyebut harga yang memerlukan sebarang penjelasan mengenai dokumen sebut

harga boleh merujuk kepada:

Mengenai Skop dan Spesifikasi

1. Pn.Adilen @ Lucia bt Suil (09-565 9002) 2. Pn.Nur Atiqah bt. Mat Zin (09-565 9007)

Mengenai Dokumen Sebutharga

1. En. Shahrul Sazli Shah bin Abu Hurairah (09-565 9091)

2. Pn. Lilawati binti Rahmat (09-565 9024)

2.11 Peringatan

Penyebutharga hendaklah memastikan maklumat yang dikemukakan adalah

lengkap. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat akan menyebabkan cadangan

tawaran sebutharga tersebut tidak akan dipertimbangkan.

B. SKOP PERKHIDMATAN

1. Keterangan Projek

Projek yang dinyatakan di dalam skop perkhidmatan ini adalah Projek Kecil yang dibiayai

di bawah PRE PRIHATIN dan telah mendapat kelulusan berbelanja daripada

Kementerian Kewangan Malaysia, no.rujukan KK/BPB/(6.01)202/2/2-1 JD4(26), bertarikh

31 Mei 2020.

2. Kerja Menyelenggara

Penyebutharga yang berjaya hendaklah melakukan kerja-kerja Baikpulih Dan Naik Taraf

Bumbung Rata “Roof Top” Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Politeknik METrO Kuantan

(PMKu)

Page 5: No SebutHarga - PMKU/SH/400 JPPKK SEBUT HARGA KERJA … · 2020. 6. 16. · Ms 1 / 14 JPPKK – SEBUT HARGA KERJA-KERJA BAIKPULIH DAN NAIKTARAF BUMBUNG RATA “ROOF TOP” SERTA KERJA-KERJA

Ms 5 / 14

3. Spesifikasi Penyelenggaraan

Membuat kerja-kerja naik taraf dan baikpulih bumbung rata kepada bumbung berstruktur

serta kerja-kerja yang berkaitan.

4. Tanggungjawab Kontraktor

4.1 Kontraktor adalah bertanggungjawab sepenuhnya mematuhi Prosedur Operasi

Standard (SOP) dan Garis Panduan Am Kebenaran Beroperasi Serta Pergerakan

Pekerja Bagi Projek Pembinaan Dalam Tempoh PKP/PKPB/PKPD atau mana-mana

SOP atau peraturan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa.

4.2 Dalam melaksanakan projek kecil, kontraktor yang telah dilantik bertanggungjawab

mematuhi syarat-syarat berikut:

4.2.1 Kontraktor dikehendaki untuk membuat akuan rasmi bahawa pihaknya tidak

akan mengsub-sewakan kerja kepada kontraktor lain atau menyerah hak apa-

apa faedah di bawah Inden Kerja/Surat Setuju Terima tanpa terlebih dahulu

mendapat persetujuan bertulis daripada PMKu. Tindakan penamatan kontrak

dan pembatalan pendaftaran akan diambil ke atas kontraktor yang melanggar

peraturan ini;

4.2.2 Kontraktor hendaklah memulakan kerja dalam tempoh tujuh (7) hari daripada

tarikh Inden Kerja/Surat Setuju Terima dikeluarkan dan mematuhi Manual

Operasi Standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana

Menteri (MKN). Sekiranya kontraktor gagal memulakan kerja tanpa sebab-

sebab yang munasabah, Inden Kerja/Surat Setuju Terima boleh dibatalkan

oleh PMKu dan tindakan tatatertib akan diambil terhadap kontraktor;

4.2.3 Kontraktor perlu memastikan kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi

butiran dalam Surat Tawaran/Ringkasan Sebut Harga dan syarat-syarat yang

dinyatakan dalam Surat Tawaran/Dokumen Sebut Harga dan arahan PMKu;

4.2.4 Kontraktor hendaklah memastikan pekerjanya mempunyai perlindungan di

bawah PERKESO (warganegara/penduduk tetap) atau perlindungan insuran

Workmen’s Compensation untuk semua pekerja dengan mengemukakan

salinan Nombor Kod Pendaftaran PERKESO atau perlindungan insuran yang

mana berkaitan kepada Agensi Kerajaan sebelum memulakan kerja. Walau

bagaimanapun, bagi tujuan memulakan kerja, nota perlindungan dan resit

bayaran premium adalah mencukupi. Sekiranya kontraktor gagal

Bil Butiran Kerja Unit Kuantiti

1 Kerja-kerja Awalan Pukal 1

2 Kerja-kerja naik taraf bumbung rata kepada bumbung berstruktur serta kelengkapan berkaitan

Lot 1

3 Kerja-kerja naik taraf lantai simen kepada lantai berjubin

Sq.ft 4056

4 Kerja-kerja naik taraf pencahayaan dan pengudaraan

Lot 1

Page 6: No SebutHarga - PMKU/SH/400 JPPKK SEBUT HARGA KERJA … · 2020. 6. 16. · Ms 1 / 14 JPPKK – SEBUT HARGA KERJA-KERJA BAIKPULIH DAN NAIKTARAF BUMBUNG RATA “ROOF TOP” SERTA KERJA-KERJA

Ms 6 / 14

mengemukakan semua polisi insurans selepas tempoh sah nota perlindungan,

tanpa sebarang sebab yang munasabah, PMKu berhak mengambil tindakan

sewajarnya;

4.2.5 Kontraktor boleh menuntut semula pembayaran yang dilakukan untuk

pembelian insuran yang berkaitan dengan memasukkan butiran dalam

tuntutan pembelian insuran berserta dokumen- dokumen sokongan. Amaun

tuntutan insuran tersebut hendaklah sama dengan senarai kuantiti [Bill of

Quantity (BQ)];

4.2.6 Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak Undang- undang yang

berkuat kuasa. Kontraktor tidak berhak menuntut sebarang kos dan bayaran

tambahan kerana pematuhannya dengan syarat-syarat berkenaan;

4.2.7 Kontraktor dikehendaki menyiapkan projek dalam tempoh yang telah

ditetapkan. Kegagalan kontraktor menyiapkan projek dalam masa yang

ditetapkan dan kegagalan memenuhi tanggungan kecacatan akan

menjejaskan peluang kontraktor untuk mendapat projek Kerajaan di masa

hadapan;

4.2.8 Kontraktor hendaklah membuat pemeriksaan tapak bina. Kontraktor adalah

disifatkan telah memeriksa dan meneliti tapak bina dan sekitarnya, bentuk dan

jenis tapak bina, takat dan jenis kerja, bahan dan barang yang perlu bagi

menyiapkan kerja, cara- cara perhubungan dan laluan masuk ke tapak bina

dan hendaklah mendapatkan sendiri segala maklumat yang perlu tentang

risiko, luar jangkaan dan segala hal keadaan yang mempengaruhi dan

menjejas kos projek. Sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada

kegagalan kontraktor mematuhi kehendak ini tidak akan dipertimbangkan;

4.2.9 Kontraktor bertanggungjawab memastikan kerja elektrik yang dilaksanakan di

samping mematuhi semua undang-undang, peraturan dan pekeliling serta

undang-undang kecil yang diluluskan oleh PBT;

4.2.10 Kontraktor dikehendaki mengambil Insurans Liabiliti Awam dan Insurans Kerja

bagi tempoh pelaksanaan kerja termasuk tempoh tanggungan kecacatan

berpandukan Jadual 2 seperti berikut:

Jadual 2

Harga Kontrak Had Liabiliti

< RM50,000 RM10,000

RM50,001 – RM100,000 RM25,000

RM100,001 – RM200,000 RM50,000

RM200,001 – RM500,000 RM100,000

4.2.11 Kontraktor hendaklah mengambil gambar SEBELUM, SEMASA dan

SELEPAS projek dilaksanakan.

5. Tempoh Perlaksanaan Perkhidmatan

kontraktor yang berjaya hendaklah membuat kerja-kerja penyelenggaraan yang

dicadangkan dalam tempoh TIGA (3) bulan daripada tarikh Pesanan Tempatan.

Page 7: No SebutHarga - PMKU/SH/400 JPPKK SEBUT HARGA KERJA … · 2020. 6. 16. · Ms 1 / 14 JPPKK – SEBUT HARGA KERJA-KERJA BAIKPULIH DAN NAIKTARAF BUMBUNG RATA “ROOF TOP” SERTA KERJA-KERJA

Ms 7 / 14

6. Pelanjutan Tempoh Siap Kerja

Sekiranya kontraktor yang berjaya tidak dapat melaksanakan kerja-kerja mengikut

spesifikasi yang ditetapkan di atas dalam tempoh yang ditetapkan, kontraktor boleh

memohon pelanjutan tempoh siap kerja tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan di

dalam surat tawaran.

7. Kegagalan Kontraktor menyiapkan kerja dan Penamatan Pelantikan Kontraktor.

PMKu berhak membatalkan Inden Kerajaan/SST sekiranya kontraktor yang telah diberi

surat amaran, berada dalam keadaan berikut:-

i. kontraktor masih gagal menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang telah ditetapkan;

ii. kemajuan kerja terlalu perlahan tanpa sebab yang munasabah;

iii. penggantungan pelaksanaan seluruh atau sebahagian kerja tanpa sebab yang

munasabah;

iv. tidak mematuhi arahan Agensi Kerajaan tanpa alasan yang munasabah; dan

v. apabila kontraktor diisytiharkan bankrap oleh pihak yang sah.

8. Tempoh Tanggungan Kecacatan

8.1 Tempoh tanggungan kecacatan bagi projek kecil PRE PRIHATIN adalah seperti di

Jadual 3 seperti berikut:

Jadual 3

Nilai Projek Tempoh Tanggungan Kecacatan

Sehingga RM100 ribu 6 bulan dari tarikh kerja diperakukan siap

Melebihi RM100 ribu 12 bulan dari tarikh kerja diperakukan siap

8.2 Apabila diarahkan oleh PMKu, kontraktor bertanggungjawab untuk membaiki apa-apa

kecacatan, ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa jua kerosakan lain yang

mungkin kelihatan dan yang disebabkan oleh bahan atau barang atau mutu hasil

kerja yang tidak menepati spesifikasi.

9. Pemeriksaan

PMKu sentiasa berhak melantik seseorang pegawai untuk memeriksa bekalan dan kerja-

kerja sepanjang tempoh projek berlangsung dan kontraktor hendaklah memberi

kemudahan pemeriksaan apabila dikehendaki.

Page 8: No SebutHarga - PMKU/SH/400 JPPKK SEBUT HARGA KERJA … · 2020. 6. 16. · Ms 1 / 14 JPPKK – SEBUT HARGA KERJA-KERJA BAIKPULIH DAN NAIKTARAF BUMBUNG RATA “ROOF TOP” SERTA KERJA-KERJA

Ms 8 / 14

LAMPIRAN 1

SENARAI SEMAK

(BEKALAN / PERKHIDMATAN / KERJA)

Sila tandakan bagi dokumen-dokumen yang disertakan

BIL PERKARA/DOKUMEN

UNTUK DITANDA

OLEH SYARIKAT

UNTUK DITANDA OLEH

JAWATANKUASA PEMBUKA

1 Senarai semak ini (telah dipenuki) – Lampiran 1

2

Borang Sebut harga telah diisi dengan lengkap (termasuk nilai tawaran dan tempoh siap) dan ditandatangani – Lampiran 2

3 Surat Akuan Pembida – Lampiran 3

4 Surat Perwakilan Kuasa – Lampiran 4

5 Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Dari Kementerian Kewangan

6 Salinan Sijil Taraf Bumiputera (STB) dari BPKU (Kerja)

7 Salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

8 Salinan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) dari CIDB

9 Salinan Sijil Perolehan Kerajaan (SPKK) dari CIDB

10 Cadangan Penyelenggaraan/ Penyelenggaraan/ Pelan/ Lukisan Pelan (jika perlu)

11 Senarai Kakitangan Teknikal (jika berkaitan)

12 Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi TIGA (3) bulan terakhir

13 Profil Syarikat dan pengalaman kerja yang berkaitan dengan sebut harga yang ditawarkan

Page 9: No SebutHarga - PMKU/SH/400 JPPKK SEBUT HARGA KERJA … · 2020. 6. 16. · Ms 1 / 14 JPPKK – SEBUT HARGA KERJA-KERJA BAIKPULIH DAN NAIKTARAF BUMBUNG RATA “ROOF TOP” SERTA KERJA-KERJA

Ms 9 / 14

PENGESAHAN OLEH SYARIKAT Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen Sebut harga. Semua maklumat yang dikemukan adalah benar. Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh: Cop Kontraktor:

UNTUK KEGUNAAN JABATAN Jawatankuasa Pembuka Sebut harga mengesahkan penerimaan dokumen bertanda kecuali bagi perkara bil. ………… (jika ada) Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh: Tandatangan: Nama: Jawatan: Tarikh:

Page 10: No SebutHarga - PMKU/SH/400 JPPKK SEBUT HARGA KERJA … · 2020. 6. 16. · Ms 1 / 14 JPPKK – SEBUT HARGA KERJA-KERJA BAIKPULIH DAN NAIKTARAF BUMBUNG RATA “ROOF TOP” SERTA KERJA-KERJA

Ms 10 / 14

LAMPIRAN 2

BORANG SEBUT HARGA KERJA

No. Sebutharga : PMKU/SH/400 – 11/20(12)

PENGARAH

Politeknik METrO Kuantan

No.A-5, Jalan Tun Ismail 2

Sri Dagangan II

25000 Kuantan

PAHANG DARUL MAKMUR

Tuan,

Sebut harga untuk Kerja-Kerja Baikpulih Dan Naiktaraf Bumbung Rata “Roof Top” Serta

Kerja-Kerja Berkaitan Di Politeknik Metro Kuantan, Kementerian Pengajian Tinggi di

bawah dan tertakluk kepada Arahan Kepada Penyebut Harga, Syarat-Syarat Sebut Harga untuk

Kerja, Spesifikasi Kerja dan Lukisan, saya yang bertandatangan di bawah ini adalah dengan ini

menawarkan untuk melaksanakan dan menyiapkan kerja tersebut bagi jumlah harga pukal

sebanyak Ringgit Malaysia: ……………………………………………………………………………...

……………………………………………………………………………(RM) ……………………………..

2. Saya bersetuju menyiapkan kerja ini dalam masa ……… minggu dari tarikh mula kerja

seperti yang ditetapkan oleh Pegawai Inden.

Bertarikh pada …………….. haribulan ………… 2020

……………………………….. (Tandatangan Kontraktor) Nama penuh: ……………………………… No. K/P:…………………………………….. Alamat: ……………………………………… ……………………………………………….. ……………………………………………….. Atas sifat : ………………………………….. Cop kontraktor:

…………………………………… (Tandatangan Saksi) Nama penuh: …………………………… No. K/P:………………………………….. Alamat: ………………………………… …………………………………………… ……………………………………………

Page 11: No SebutHarga - PMKU/SH/400 JPPKK SEBUT HARGA KERJA … · 2020. 6. 16. · Ms 1 / 14 JPPKK – SEBUT HARGA KERJA-KERJA BAIKPULIH DAN NAIKTARAF BUMBUNG RATA “ROOF TOP” SERTA KERJA-KERJA

Ms 11 / 14

BORANG TAWARAN HARGA

SEBUTHARGA KERJA-KERJA BAIKPULIH DAN NAIKTARAF BUMBUNG RATA “ROOF

TOP” SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI POLITEKNIK METRO KUANTAN,

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

BIL HURAIAN KERJA UNIT KUANTITI KADAR HARGA

(RM)

JUMLAH (RM)

A KERJA AWALAN PERMULAAN DAN SYARAT-SYARAT AM

1 Kerja-kerja awalan dan pengurusan dan pengawasan, penghantaran peralatan, tenaga kerja dan bahan-bahan kerja serta insuran (Contractor All Risk). a) Akta Keselamatan Sosial

Pekerja 1969 (PERKESO) b) Insurans Tanggungan Awam c) Insurans Kerja

Pukal 1

2 Menyediakan dokumen seperti berikut: a) menyediakan gambar

SEBELUM, SEMASA dan SELEPAS projek dilaksanakan (TIGA (3) salinan)

b) Laporan kemajuan pelaksanaan projek

c) Site Diary

Pukal 1

B KERJA NAIK TARAF BUMBUNG RATA KEPADA BUMBUNG BERSTRUKTUR

1 To supply and installed roof steel structure

Lot 1

2 To supply and installed roof metal deck G26 for roofing

C KERJA-KERJA NAIK TARAF LANTAI SIMEN KEPADA LANTAI BERJUBIN

1 To supply and installed 300mm x 300mm complete with render and all accessories Sq.ft 4056

Page 12: No SebutHarga - PMKU/SH/400 JPPKK SEBUT HARGA KERJA … · 2020. 6. 16. · Ms 1 / 14 JPPKK – SEBUT HARGA KERJA-KERJA BAIKPULIH DAN NAIKTARAF BUMBUNG RATA “ROOF TOP” SERTA KERJA-KERJA

Ms 12 / 14

BIL HURAIAN KERJA UNIT KUANTITI KADAR HARGA

(RM)

JUMLAH (RM)

D KERJA-KERJA NAIK TARAF PENCAHAYAAN DAN PENGUDARAAN

1 To lay 4 mm cable for S.S.O Nos 4

2 To lay 1.5mm cable for lighting point Nos 18

3 To lay 1.5mm cable for ceiling fan Nos 8

4 Supply and install low bay lighting Nos 15

5 To provide Sub DB Nos 1

6 1o lay 1.5mm cable for ceiling Fan point including supply and install ceiling fan

Nos 6

7 Finishing and clearing job Pukal 1

JUMLAH KESELURUHAN (RM)

JUMLAH KESELURUHAN TERMASUK SST (RM)

Page 13: No SebutHarga - PMKU/SH/400 JPPKK SEBUT HARGA KERJA … · 2020. 6. 16. · Ms 1 / 14 JPPKK – SEBUT HARGA KERJA-KERJA BAIKPULIH DAN NAIKTARAF BUMBUNG RATA “ROOF TOP” SERTA KERJA-KERJA

Ms 13 / 14

LAMPIRAN 3

SURAT AKUAN PEMBIDA

Bagi

( Sebutharga Untuk Kerja-Kerja Baikpulih Dan Naiktaraf Bumbung Rata “Roof Top” Serta

Kerja-Kerja Berkaitan Di Politeknik Metro Kuantan, Kementerian Pengajian Tinggi –

PMKU/SH/400 – 11/20(12) )

Saya, (Nama wakil syarikat)

mewakili (Nama Syarikat

Pendaftaran (MOF/BPKU/CIDB/ROS/ROC/ROB)

nombor K.P yang

nombor

dengan ini mengisytiharkan

bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau

memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam POLITEKNIK METrO KUANTAN atau

mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam Sebut Harga seperti di atas.

Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti

tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.

2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah

menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam POLITEKNIK METrO

KUANTAN atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam Sebut Harga

seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:

2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi Sebut Harga di atas; atau

2.2 penamatan kontrak bagi Sebut Harga di atas;

2.3 disabitkan di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574); dan

2.4 tindakan tatatertib lain mengikut peraturan perolehan Kerajaan.

3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-

mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam Sebut

Harga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan

tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai

polis yang berhampiran.

Yang Benar, (Tandatangan)

………………………………….

(Nama dan No. KP)

Cop Kontraktor :

Page 14: No SebutHarga - PMKU/SH/400 JPPKK SEBUT HARGA KERJA … · 2020. 6. 16. · Ms 1 / 14 JPPKK – SEBUT HARGA KERJA-KERJA BAIKPULIH DAN NAIKTARAF BUMBUNG RATA “ROOF TOP” SERTA KERJA-KERJA

Ms 14 / 14

LAMPIRAN 4

(Kepala Surat Syarikat)

SURAT PERWAKILAN KUASA

Tarikh:

PENGARAH

Politeknik METrO Kuantan

No.A-5, Jalan Tun Ismail 2

Sri Dagangan II

25000 Kuantan

PAHANG DARUL MAKMUR

Tuan,

SEBUTHARGA UNTUK KERJA-KERJA BAIKPULIH DAN NAIKTARAF

BUMBUNG RATA “ROOF TOP” SERTA KERJA-KERJA BERKAITAN DI

POLITEKNIK METRO KUANTAN, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI –

PMKU/SH/400 – 11/20(12)

Syarikat kami, ……………………………………………………(Nama Syarikat),

Nombor Pendaftaran Syarikat ............................., dengan ini mewakilkan kuasa

kepada ………………………………………………… (Nama Wakil Syarikat), nombor

Kad Pengenalan …………………………………., untuk menandatangani segala

dokumen-dokumen yang berkaitan dengan sebutharga ini bagi pihak syarikat.

Yang benar,

Tandatangan Pengarah Syarikat :

Nama Pengarah :

No. Kad Pengenalan :

Alamat dan Cop Syarikat :