nyatakan pandangan anda tentang aplikasi epembelajaran dan isu serta cabaran pelaksanaannya di...

6
Nyatakan Pandangan Anda Tentang Aplikasi e-pembelajaran dan Isu serta Cabaran Pelaksanaannya di Sekolah Anda. Peranan pengetua semakin hari semakin mencabar sesuai dengan perkembangan dunia pendidikan dalam arus pemodenan ini. Pengetua adalah pemimpin di sesebuah sekolah dan memikul tanggungjawab yang amat penting dalam sistem sekolah. Malah kejayaan atau kegagalan sesebuah sekolah selalu dikaitkan dengan kepimpinan seseorang pengetua. Hal ini menjadi satu cabaran kepada mereka. Bidang kepimpinan pengetua yang sungguh luas ini menuntut mereka untuk sentiasa mempertingkatkan tahap kepimpinan mereka agar segala tindakan yang dilakukan dapat memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penerapan sekolah sebagai organisasi pembelajaran membantu pemimpin sekolah melengkapkan warganya dengan pelbagai ilmu, kemahiran dan maklumat terkini, bagi membolehkan warga sekolah bertindak dengan cekap, seiring dengan perubahan pendidikan yang dinamik serta transformasi berterusan. Sistem pendidikan yang sentiasa berubah dan berkembang seiring dengan kepesatan pembangunan terutama dalam kepesatan teknologi memerlukan seorang pemimpin yang bersikap proaktif, progresif, kreatif serta bersikap inovatif agar modal insan dapat dibangunkan bagi mencapai hasrat dan aspirasi negara.

Upload: hartinijeki

Post on 16-Nov-2015

62 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Nyatakan Pandangan Anda Tentang Aplikasi e-pembelajaran dan Isu serta Cabaran Pelaksanaannya di Sekolah Anda.

Peranan pengetua semakin hari semakin mencabar sesuai dengan perkembangan dunia pendidikan dalam arus pemodenan ini. Pengetua adalah pemimpin di sesebuah sekolah dan memikul tanggungjawab yang amat penting dalam sistem sekolah. Malah kejayaan atau kegagalan sesebuah sekolah selalu dikaitkan dengan kepimpinan seseorang pengetua. Hal ini menjadi satu cabaran kepada mereka. Bidang kepimpinan pengetua yang sungguh luas ini menuntut mereka untuk sentiasa mempertingkatkan tahap kepimpinan mereka agar segala tindakan yang dilakukan dapat memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Penerapan sekolah sebagai organisasi pembelajaran membantu pemimpin sekolah melengkapkan warganya dengan pelbagai ilmu, kemahiran dan maklumat terkini, bagi membolehkan warga sekolah bertindak dengan cekap, seiring dengan perubahan pendidikan yang dinamik serta transformasi berterusan. Sistem pendidikan yang sentiasa berubah dan berkembang seiring dengan kepesatan pembangunan terutama dalam kepesatan teknologi memerlukan seorang pemimpin yang bersikap proaktif, progresif, kreatif serta bersikap inovatif agar modal insan dapat dibangunkan bagi mencapai hasrat dan aspirasi negara.

Sebagai pemimpin yang memacu organisasi pembelajaran, adalah menjadi hasrat utama setiap pemimpin sekolah agar dapat memimpin organisasi ke arah pencapaian organisasi yang cemerlang, berdaya saing dan dapat mengadaptasi perubahan seiring dengan perkembangan teknologi yang pesat. Pemimpin harus menggalakkan guru-guru terus menimba ilmu kemahiran dan maklumat terkini ke arah pembentukan organisasi pembelajaran yang cemerlang dan memulakan inovasi serta berusaha mencapai aspirasi bagi memajukan sekolah yang dipimpin.. Sebagai peneraju sekolah juga, pengetua mempunyai tanggungjawab, kuasa dan autoriti, berperanan memimpin sumber manusia yang ada untuk mencapai visi dan misi ditetapkan.

Kajian oleh Voulalas dan Sharpe (2005) mendapati kepimpinan memainkan peranan paling penting dalam proses transformasi organisasi untuk menjadi sebuah komuniti pembelajaran. Antara peranan utama kepimpinan dalam proses transformasi ini ialah menjana dan mengurus perubahan (Lakomski, 2001; Phillips, 2003). Aktiviti pembelajaran yang berteraskan kepada kepimpinan melalui teladan ini adalah contoh pembelajaran terbaik dalam organisasinya. Pengetua perlu menjadi pemimpin pembelajaran dalam membentuk organisasinya menjadi sebuah organisasi pembelajaran di mana semua warga sekolah termasuk pemimpin mesti belajar dan terus belajar.

Peranan pemimpin dalam mewujudkan pembelajaran dalam organisasi terbahagi kepada tiga bidang iaitu sebagai mentor, pengurus dan pengawal pembelajaran (McGill & Slocum 1994). Model ini mengandungi empat elemen kepimpinan organisasi pembelajaran iaitu:

Rajah 1 : Elemen Kepimpinan Pembelajarane-Pembelajaran di Sekolah

Pengetua perlu merancang dan menyusun pelbagai strategi dan program pembangunan manusia bagi menggalakkan warga sekolah untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran berkaitan inovasi dan teknologi terutama dalam e Penbelajaran. Terdapat banyak definisi tentang e-Pembelajaran (e-Learning) tetapi melalui pemahaman saya, e-Pembelajaran ialah suatu konsep pembelajaran, latihan atau program pendidikan yang dilakukan menggunakan media elektronik sebagai pengantaraan untuk keseluruhan pergerakan data dan maklumat pengajaran secara dalam talian. Pada pandangan saya, definisi ini menunjukkan bahawa sebahagaian besar konsep e-Pembelajaran akan melibatkan penggunaan komputer dan internet; selain peralatan elektronik lain yang bersesuaian dalam pengajaran dan pembelajaran. Penghasilan bahan-bahan kandungan untuk e-pembelajaran ini kebiasaannya disampaikan dalam bentuk disket, CD, DVD, video, audio atau melalui internet / intranet.

E-Learning e-Pembelajaran merupakan sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN,WAN atau internet) untuk penyampaian isi kandungan, interaksi atau pemudahcaraan. Internet, Intranet, satelit, tape audio/ video, TV interaktif dan CD ROM adalah sebahagian media elektronik yang dimaksudkan. Perkembangane-Learning di Malaysia masih baru berbanding dengan negara Singapura. Kementerian Pendidikan Malaysia dan sektor swasta seperti MIMOS dan Kumpulan Utusan telah dipertanggungjawabkan untuk menjayakan agendae-learning kebangsaan.Terdapat pelbagai perbezaan positif yang dikesan melalui kaedah pembelajaran menggunakan e-Learning berbanding kaedah tradisional. Melalui e-Learning proses pembelajaran pelajar lebih selesa, fleksibel dan kurang tekanan.

Dalam melestarikan kecemerlangan sekolah terutama yang berkaitan dengan epembelajaran, terdapat beberapa cabaran utama berkaitan dengan tadbir urus e-Pembelajaran ini, antaranya ialah: ketidakcukupan kakitangan serta kekurangan insentif oleh pihak atasan kepada mereka yang bertanggungjawab melaksanakan e-Pembelajaran di sekolah, ketiadaan polisi yang jelas mengenai e-Pembelajaran, ketiadaan struktur tadbir urus e-Pembelajaran, dan ketiadaan panduan yang jelas tentang pihak yang bertanggungjawab melaksanakan e-Pembelajaran. aksess internet juga tidak meluas dan terlalu mahal kos membaiki yang tinggi

Bagi mengatasi masalah yang dihadapi, terdapat beberapa cadangan penyelesaian yang mungkin dapat membantu dalam usaha pelaksanaan e-learning di sekolah-sekolah, antaranya adalah : bahan yang dihasilkan perlu penilaian yang rapi dan hendaklah dilaksanakan oleh pentadbir atau guru untuk mencari bahan yang sesuai yang dapat meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar bagi mengelakkan kerugian atau mendapat bahan yang tidak bermutu serta tidak mencapai kehendak pembelajaran, bagi tujuan latihan untuk guru-guru, guru-guru perlu menjalani sesi latihan ELMaS iaitu satu Perisian Sistem Pengurusan Pembelajaran berasaskan web, guru-guru perlu didedahkan dengan pengajaran berasaskan ICT. menambahbaik dan menaiktaraf kemudahan infrastruktur khususnya makmal komputer disekolah bagi memudahkan pelaksanaan e-learning di sekolah. pembelajaran e-learning juga boleh dilaksanakan dengan penggunaan bahan seperti CD ROM yang dihasilkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Pusat Sumber Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru.

Kesimpulannya, pada pandangan saya, e-pembelajaran mampu memberikan impak yang positif jika digunakan dan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin jika pemimpin atau pengetua sekolah memberi perhatian yang sewajarnya kerana E-pembelajaran dapat membantu penerapan kemahiran abad ke 21 dalam sistem pendidikan kita seperti yang diwar-warkan oleh pihak kerajaan.