pelan strategik perbendaharaan - · pdf fileperancangan strategik dan inisiatif dalam pelan...

33
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA Menjana Kemakmuran Negara 2015-2020 KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA 201 5 - 02 20 2 0 1 201 5 02 20 2 0 PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN

Upload: vuongcong

Post on 06-Feb-2018

316 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN - · PDF filePerancangan strategik dan inisiatif dalam pelan ini telah diteliti secara terperinci bagi memastikan pelaksanaannya terus relevan dengan

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

Menjana Kemakmuran Negara

2015-2020

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

2015- 02202 0

1

2015 02202 0

PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN

Page 2: PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN - · PDF filePerancangan strategik dan inisiatif dalam pelan ini telah diteliti secara terperinci bagi memastikan pelaksanaannya terus relevan dengan

KANDUNGAN

PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN 2015-2020

Petikan Perdana ………………………………………………………………. 1

Perutusan Dari Ketua Setiausaha Perbendaharaan …………… 2

Ringkasan Eksekutif …………………………………………………………. 3

Latar Belakang …………………………………………………………………. 4

Carta Organisasi ………………………………………………………………. 5

Punca Kuasa …………………………………………………………………….. 6-7

Program Transformasi Perbendaharaan …………………………. 8-10

Peranan /Fungsi ……………………………………………………………… 11

Stakeholders dan Pelanggan ……………………………………………. 12

Hala Tuju Strategik • Visi …………………………………………………………………………….. • Objektif …………………………………………………………………….…

13 13

Nilai Bersama ………………………………………………………………….. 14

Analisis Penilaian dan Isu Strategik …………………..……………… 15-16

Cabaran dan Implikasi • Cabaran Dalaman dan Implikasi …………………………..……… • Cabaran Luaran dan Implikasi ……………………………….…….

17 18

Teras Strategik ………………………………………………………………… 19-20

Pelan Tindakan • Teras 1: Pengurusan Fiskal Yang Berkesan …………………... • Teras 2: Pengurusan Kewangan Awam Yang Berkesan …

21-25 26-30

Penutup ………………………………………………………………………….. 31

Page 3: PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN - · PDF filePerancangan strategik dan inisiatif dalam pelan ini telah diteliti secara terperinci bagi memastikan pelaksanaannya terus relevan dengan

PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN 2015-2020

PETIKAN PERDANA

YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia

“Kementerian, Jabatan dan Agensi perlu mewujud dan mendokumenkan Pelan Strategik jangka panjang, sederhana dan pendek. Pelan ini hendaklah dimaklumkan kepada seluruh warga kerja Kementerian, Jabatan dan Agensi masing-masing. Pelan Strategik dan hala tuju organisasi yang lengkap dan jelas dapat memastikan visi, misi dan objektif yang telah ditetapkan tercapai. ”

Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2009: Gerakan Pemantapan Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia

1

Page 4: PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN - · PDF filePerancangan strategik dan inisiatif dalam pelan ini telah diteliti secara terperinci bagi memastikan pelaksanaannya terus relevan dengan

2

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Pelan Strategik merupakan satu elemen penting dalam pengurusan sesebuah organisasi dan merupakan tahap perancangan tertinggi yang memperlihatkan hala tuju organisasi pada jangka masa panjang. Ia diwujudkan bagi memastikan segala program yang dilaksanakan oleh sesebuah organisasi adalah berdasarkan keperluan, berkesan dan berkualiti. Pelan Strategik Perbendaharaan 2015-2020 ini merupakan sumber rujukan utama yang menetapkan hala tuju Perbendaharaan untuk tempoh 6 tahun akan datang di mana ia menggariskan rangka tindakan strategik untuk pelaksanaan dasar, perancangan program serta pembangunan Perbendaharaan. Perancangan strategik dan inisiatif dalam pelan ini telah diteliti secara terperinci bagi memastikan pelaksanaannya terus relevan dengan persekitaran semasa dan kehendak stakeholders serta pelanggan. Sehubungan itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Perbendaharaan dan semua yang terlibat secara individu dan berkumpulan di dalam penghasilan buku Pelan Strategik Perbendaharaan ini. Diharapkan Pelan Strategik Perbendaharaan 2015-2020 ini dapat memberi penerangan dan panduan yang jelas serta terperinci kepada warga Perbendaharaan untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang.

YBhg Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Bin Abdullah

PERUTUSAN KETUA SETIAUSAHA PERBENDAHARAAN

PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN 2015-2020

Page 5: PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN - · PDF filePerancangan strategik dan inisiatif dalam pelan ini telah diteliti secara terperinci bagi memastikan pelaksanaannya terus relevan dengan

3

RINGKASAN EKSEKUTIF

Pelan Strategik Perbendaharaan Malaysia 2015-2020 adalah merupakan satu panduan dan rujukan kepada Perbendaharaan Malaysia bagi memastikan visinya untuk menjadi sebuah agensi yang unggul dalam menerajui pengurusan kewangan dan ekonomi Malaysia ke arah negara maju berpendapatan tinggi tercapai. Sasaran Kerajaan ke arah bajet seimbang dan menjadi sebuah negara maju menjelang 2020 merupakan sasaran utama Perbendaharaan untuk direalisasikan. Pada amnya, objektif Pelan Strategik Perbendaharaan Malaysia adalah untuk: i. Merangka dan menjana strategi

yang lebih praktikal dan dinamik bagi mencapai wawasan dan hala tuju Perbendaharaan Malaysia sebagai agensi utama yang bertanggungjawab menerajui pengurusan kewangan dan ekonomi Malaysia;

ii. Menggalakkan penggunaan daya pemikiran dan analisis yang berkualiti serta bersistematik ke atas persekitaran untuk mencapai strategi yang tepat, praktikal dan berketerampilan; dan

iii. Menggarap usaha ke arah

kecemerlangan dan keunggulan organisasi, perluasan, peningkatan dan pengukuhan ilmu pengetahuan, pembangunankompetensi serta modal insan

yang cekap dan berkemahiran tinggi.

Pelan ini menyenaraikan strategi-strategi yang akan dilaksanakan untuk tempoh enam tahun sehingga tahun 2020. Ia akan dipantau dan dikaji semula setiap 3 tahun bagi memastikan kesesuaian strategi-strategi yang telah dilaksanaan agar ia tidak tersasar dari sasaran utama yang telah ditetapkan. Pelan Strategik Perbendaharaan Malaysia 2015-2020 ini menggariskan 2 Teras Strategik yang jelas, praktikal serta selaras dengan fungsi dan peranan Perbendaharaan Malaysia. Sebanyak 9 Strategi dan 31 program telah dirangka dan dirancang untuk dilaksanakan sepanjang tahun 2015-2020. Perancangan ini meliputi semua bidang tugas di Perbendaharaan. Ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk memupuk budaya berprestasi tinggi di dalam perkhidmatan awam.

PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN 2015-2020

Page 6: PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN - · PDF filePerancangan strategik dan inisiatif dalam pelan ini telah diteliti secara terperinci bagi memastikan pelaksanaannya terus relevan dengan

LATAR BELAKANG

4

PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN 2015-2020

Perbendaharaan Malaysia telah ditubuhkan pada 1 Januari 1952 hasil gabungan antara Cawangan Kewangan dan Ekonomi dengan Sekretariat Persekutuan dan Jabatan Akauntan Negara melalui Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 15 tahun 1951 bertarikh 27 Disember 1951. Melalui pekeliling tersebut Perbendaharaan Malaysia telah dipertanggungjawabkan sepenuhnya dalam hal ehwal dan perhubungan ekonomi Kerajaan Persekutuan. Pada awal penubuhannya, Perbendaharaan hanya mempunyai lima Bahagian iaitu Perakaunan, Ekonomi, Pembangunan Organisasi, Kewangan Dan Bekalan, serta Perdagangan. Kini, terdapat 23 Bahagian di Perbendaharaan. Perbendaharaan Malaysia juga telah menubuhkan dua cawangan di Malaysia Timur iaitu Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Perbendaharaan Malaysia Sarawak pada tahun 1968 yang berfungsi sebagai Perbendaharaan Kecil Persekutuan di negeri berkenaan. Selaku agensi pusat, Perbendaharaan Malaysia bertanggungjawab secara langsung ke atas pengurusan fiskal dan kewangan negara. Polisi-polisi fiskal dan strategi yang digubal dan dilaksanakan oleh Perbendaharaan adalah merupakan satu mekanisme yang berkesan bagi memaju dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Tugas ini diusahakan secara bersama dengan Jabatan Perdana Menteri dan lain-lain Kementerian. Perbendaharaan Malaysia juga melalui keutuhan pengurusan kewangan awam telah memainkan peranan penting di dalam menggubal dan menetapkan dasar pengurusan kewangan negara secara keseluruhannya. Kekukuhan ekonomi negara dapat mempengaruhi kepercayaan orang ramai serta meningkatkan pelaburan sektor swasta. Sepanjang 63 tahun penubuhannya, Perbendaharaan telah berusaha memberikan perkhidmatan cemerlang terhadap pertumbuhan ekonomi negara, terutama selepas Malaysia mencapai kemerdekaan. Malaysia telah mencatatkan pertumbuhan ekonomi secara purata sebanyak 6.3% bagi tempoh 1970 hingga 2012. Perubahan ekonomi global turut mempengaruhi perjalanan Perbendaharaan sebagai sebuah badan kewangan negara. Kedudukan kewangan antarabangsa yang kompleks menjadikan ekonomi negara berkembang maju dan tanggungjawab serta fungsi Perbendaharaan semakin mencabar berbanding tujuan asal penubuhannya pada tahun 1951.

Page 7: PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN - · PDF filePerancangan strategik dan inisiatif dalam pelan ini telah diteliti secara terperinci bagi memastikan pelaksanaannya terus relevan dengan

CARTA ORGANISASI

KETUA SETIAUSAHA PERBENDAHARAAN

TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA

PERBENDAHARAAN (DASAR)

TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA

PERBENDAHARAAN (PENGURUSAN)

TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA

PERBENDAHARAAN (PELABURAN)

Pejabat

Belanjawaan Negara (NBO)

Bahagian Antarabangsa

(INT)

Bahagian Cukai (TAX)

Bahagian Fiskal dan Ekonomi

(FED)

Pejabat Pendaftar

Agensi Pelapor Kredit (PPK)

Bahagian Perolehan Kerajaan

(GPD)

Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan

(RPM)

Bahagian Pinjaman Perumahan

(HLD)

Perbendaharaan Malaysia Sarawak

(PMSarawak)

Perbendaharaan Malaysian Sabah

(PMSabah)

Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan

(GIC)

Bahagian Pelaburan Strategik

(SID)

Bahagian Pengurusan Aset

(PAM)

Bahagian Pengurusan

Strategik Badan Berkanun

(SBM)

Bahagian Audit Dalam (ADP)

Unit Strategi Nasional

(NSU)

Tribunal Rayuan Kastam (TRK)

Pesuruhjaya Rayuan Cukai Pendapatan

(PKCP)

Bahagian Strategi

Korporat & Komunikasi

(BSKK)

Bahagian Undang-Undang (BUU)

Bahagian Teknologi Maklumat

(ITD) Unit Integriti

(UI)

5

PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN 2015-2020

Page 8: PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN - · PDF filePerancangan strategik dan inisiatif dalam pelan ini telah diteliti secara terperinci bagi memastikan pelaksanaannya terus relevan dengan

6

PUNCA KUASA KUASA YANG DIBERIKAN UNTUK MELAKSANAKAN AKTIVITI

Akta Fee 1951 Federal Land Commisioner Act 1952

The Diplomatic and Consular Privilages

Ordinance 1952

Delegation of Powers Act, 1953

Exchange Control Act, 1953 Akta Duti Hiburan 1953

Loans Guarantee Act 1965

Diplomatic Privileges(Vienna

Convention) Act 1967

Akta Cukai Pendapatan 1967

National Land Code 1965 Akta Kastam 1967 Akta Cukai Jualan 1972

Akta Acara Kewangan 1957 (Pin. 1972)

Local Ordinance (Local) 1959 and Treasury Bill

Order (Local) (Loan Limit) 1994

External Loan Act, 1963 and External Loan

Statutory Borrowing (Ceiling) Order

Akta Cukai Pendapatan Petroleum 1967Akta

Tubuh dan Akta berkaitan Badan

Berkanun

Akta Cukai Perkhidmatan 1975

Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976

Akta Eksais 1976

Akta Levi Kenderaan Barang-Barang 1983

Akta Penggalakan Pelaburan 1986

PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN 2015-2020

Page 9: PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN - · PDF filePerancangan strategik dan inisiatif dalam pelan ini telah diteliti secara terperinci bagi memastikan pelaksanaannya terus relevan dengan

7

PUNCA KUASA KUASA YANG DIBERIKAN UNTUK MELAKSANAKAN AKTIVITI

PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN 2015-2020

Federal Constitution, (Revised 1981) Akta Zon Bebas 1990

Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan

1990 Offshore Companies

Act 1990

Treasury Bill/Act (Local) 1946 (Revised 1977) and Treasury

Bill Order (Local) (Loan Limit) 1992

Akta Organisasi Antarabangsa

(Keistimewaan & Kekebalan) 1992

Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998

Housing Loan Fund (Amendment) 2004

Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan

2007

Peraturan-Peraturan Kastam (Tribunal

Rayuan) 2007 Akta Persaingan 2010

The Malaysian Code on Take Overs and

Mergers 2010

Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 [Akta 710]

Perlembagaan Persekutuan

Arahan Perbendaharaan

Pekeliling Perbendaharaan

Malaysia

Keputusan Jemaah Menteri

Pekeliling Perkhidmatan

Keputusan Jemaah Menteri

Komitmen di bawah Perjanjian

Perdagangan Antarabangsa yang berkaitan dengan syarikat Kerajaan

Garis Panduan Ahli Lembaga Pengarah Lantikan Menteri

Kewangan (Diperbadankan)

Listing Requirements of Bursa Malaysia Security Bhd and

Practice Notes

Page 10: PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN - · PDF filePerancangan strategik dan inisiatif dalam pelan ini telah diteliti secara terperinci bagi memastikan pelaksanaannya terus relevan dengan

8

PROGRAM TRANSFORMASI PERBENDAHARAAN

PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN 2015-2020

Selaras dengan hasrat Dasar Transformasi Nasional yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri, Perbendaharaan Malaysia telah melaksanakan Program Transformasi Perbendaharaan atau Treasury Transformation Programme (TTP) pada tahun 2013. Ia merupakan satu inisiatif untuk mentransformasikan Perbendaharaan Malaysia menjadi sebuah agensi yang lebih dinamik dan berprestasi tinggi di dalam menghadapi ketidaktentuan global, persekitaran ekonomi dan kedudukan fiskal yang semakin mencabar, peningkatan jangkaan pihak berkepentingan (stakeholders), dan permintaan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap dan berkesan. Keperluan untuk menjadi sebuah agensi yang unggul adalah pra syarat yang amat penting dalam memperkemas usaha negara untuk mencapai matlamat menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

YAB Perdana Menteri di dalam Ucapan Bajet 2014 telah menyatakan bahawa Transformasi Perkhidmatan Awam merupakan satu kemestian bagi mengukuh dan menyusun semula organisasi supaya relevan dengan perkembangan semasa. Program Transformasi ini perlu dilaksanakan di semua kementerian sebagai usaha untuk penambahbaikan penstrukturan organisasi, sistem dan cara kerja serta budaya jabatan. Ia adalah satu usaha jangka panjang dan keseluruhan proses ini akan mengambil masa beberapa tahun.

s ddeennggaann hhasrat Das

“Membina ‘Tomorrow’s Treasury, Today’ dengan tanggungjawab yang

jelas untuk mengekalkan persekitaran fiskal yang kukuh dan mantap serta memastikan dasar

dan pengurusan kewangan negara memberi manfaat kepada rakyat”

Page 11: PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN - · PDF filePerancangan strategik dan inisiatif dalam pelan ini telah diteliti secara terperinci bagi memastikan pelaksanaannya terus relevan dengan

9

Di bawah TTP ini, penetapan kecekapan pengurusan kewangan dipacu berasaskan prinsip Integrity, Collaboration, Solution Focused and High Performance. Ia melibatkan penubuhan Bahagian baru, penjenamaan semula Bahagian/Unit berdasarkan fungsi utama, serta pemantapan Bahagian sedia ada melalui pendekatan yang lebih strategik dan inovatif. Program Transformasi Perbendaharaan bermula dengan pembangunan pelan tindakan dan pelaksanaan inisiatif jangka pendek, yang terdiri daripada 3 fasa untuk tempoh 9 bulan.

PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN 2015-2020

FASA 1 •Menetapkan arah tuju strategik dan peranan Perbendaharaan, di samping membina dasar diagnostik Perbendaharaan masa kini. Inisiatif ‘quick wins’ dikenal pasti dan reka bentuk bermula.

FASA 2 •Melibatkan pembangunan inisiatif dengan terperinci untuk menangani asas pembangunan serta isu-isu yang telah dikenal pasti. Satu Unit Transformasi Perbendaharaan ditubuhkan untuk memantau implementasi program dan pengurusan perubahan.

FASA 3 •Fokus diberi kepada implementasi inisiatif TTP, di samping usaha memantau pelaksanaan program dan meneruskan penglibatan pihak berkepentingan.

Page 12: PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN - · PDF filePerancangan strategik dan inisiatif dalam pelan ini telah diteliti secara terperinci bagi memastikan pelaksanaannya terus relevan dengan

10

PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN 2015-2020

Outcome utama yang disasarkan oleh TTP adalah seperti berikut:-

TTP merupakan usaha komprehensif yang melibatkan semua Bahagian Perbendaharaan dan semua warga Perbendaharaan iaitu di peringkat pengurusan atasan, pegawai dan kakitangan sokongan. 5 tema telah digariskan bagi memberi panduan terhadap pelaksanaan TTP seperti berikut:-

Memacu kemampanan

fiskal

Meningkatkan kadar kecekapan

Meningkatkan budaya dan keupayaan

Peranan Perbendaharaan • Mengasah peranan Perbendaharaan

memfokuskan semula peranan utama Perbendaharaan di dalam bidang fiskal, ekonomi, hasil, belanjawan dan pelaburan. Fungsi-fungsi yang bukan utama akan dikurangkan.

Organisasi dan Keupayaan • Pengukuhan semula peranan

Perbendaharaan dalam menetapkan strategi dan disiplin fiskal sebagai peneraju utama dalam dasar-dasar pengurusan kerajaan.

Sistem dan Proses • Perekayasaan semula proses-

proses utama Perbendaharaan bagi membolehkan lebih banyak dasar proaktif dan aktiviti khidmat nasihat dijalankan.

Pengurusan Bakat • Pelaburan dalam pengurusan bakat

bagi memastikan pegawai Perbendaharaan cekap, berkemahiran tinggi dan profesional melalui program-program latihan dan pembangunan yang dikenal pasti.

Nilai dan Budaya • Pemupukan budaya berprestasi

tinggi, berfokuskan penyelesaian di seluruh organisasi dengan pengurusan kanan mengambil menerajui menunjukkan nilai dan tingkah laku.

Page 13: PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN - · PDF filePerancangan strategik dan inisiatif dalam pelan ini telah diteliti secara terperinci bagi memastikan pelaksanaannya terus relevan dengan

11

PERANAN / FUNGSI

PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN 2015-2020

Menggubal dan melaksanakan dasar fiskal bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan serta menguruskan pengagihan sumber kewangan dengan cekap dan berkesan.

Menggubal dan menyediakan prosedur, prinsip dan tatacara sistem pengurusan kewangan dan perakaunan untuk dipatuhi oleh semua kementerian.

Menyelaras hubungan kerjasama berkaitan hal ehwal ekonomi dan kewangan di peringkat antarabangsa bagi memelihara kepentingan negara.

Menggubal dasar sistem percukaian yang saksama bagi menjana hasil negara.

Memantau syarikat Kerajaan yang ditubuhkan di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan serta pengurusan kewangan Badan Berkanun Persekutuan khususnya berkaitan pelaburan, pinjaman, aliran tunai bagi memastikan amalan tadbir urus yang baik.

Menggubal dasar dan mentadbir urusan berkaitan perolehan Kerajaan.

Mendapatkan sumber pembiayaan bagi pihak Kerajaan dan memberi pinjaman kepada agensi-agensi Kerajaan dan sektor swasta bagi projek-projek penswastaan dan kerajaan negeri.

Menerajui projek-projek strategik bagi mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan awam untuk kesejahteraan rakyat.

Memberi khidmat nasihat kepada kementerian bagi projek-projek berimpak tinggi yang mempunyai kepentingan negara.

Mengendali rayuan cukai pendapatan dan cukai kastam.

Mengawal selia industri pelaporan kredit secara tepat, adil dan saksama.

Page 14: PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN - · PDF filePerancangan strategik dan inisiatif dalam pelan ini telah diteliti secara terperinci bagi memastikan pelaksanaannya terus relevan dengan

PERDANA MENTERI

JEMAAH MENTERI

MENTERI KEWANGAN

KETUA SETIAUSAHA

NEGARA

STAKEHOLDERS

PELANGGAN

KEMENTERIAN/ JABATAN/ AGENSI

KERAJAAN

ORANG RAMAI/ RAKYAT

SEKTOR SWASTA/ MASYARAKAT

PENIAGA

SYARIKAT MKD/ GLC AGENSI ANTARABANGSA MEDIA

PERBENDAHARAAN MALAYSIA

12

STAKEHOLDERS DAN PELANGGAN

PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN 2015-2020

Page 15: PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN - · PDF filePerancangan strategik dan inisiatif dalam pelan ini telah diteliti secara terperinci bagi memastikan pelaksanaannya terus relevan dengan

Menggubal dan melaksanakan dasar fiskal bagi merangsang pertumbuhan ekonomi negara secara berterusan.

Memperkukuhkan daya saing dan ketahanan ekonomi negara

Memastikan pengurusan kewangan dan pelaburan kerajaan yang cekap dan berkesan.

Menjamin kekayaan negara diagihkan dengan saksama serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Perbendaharaan sebagai peneraju

strategik keberhasilan

kewangan dan ekonomi bagi memastikan

pertumbuhan mampan demi

kemakmuran rakyat dan negara

OBJEKTIF VISI

13

HALA TUJU STRATEGIK

PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN 2015-2020

Page 16: PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN - · PDF filePerancangan strategik dan inisiatif dalam pelan ini telah diteliti secara terperinci bagi memastikan pelaksanaannya terus relevan dengan

14

PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN 2015-2020

High performance

Integrity Collaboration

Solution-focused

• Ownership and pride in high quality delivery • Speed, efficiency and accuracy • Bold and resilient • Critical and analytical thinking • Strong and multi-skilled capabilities • Accountability • Professionalism

Treasury Transformation

Programme

• Strategic thinking • Innovative, outward-oriented, thinking 'out-

of-the-box' • Problem-solving and creativity • Forward-thinking, visionary, big picture

outlook

• Firm & fair • Transparency • Openness • Honesty • Ethical • Pride & Loyalty • Wisdom

• Strong teamwork and trust • Cross-divisional information flow • Coaching & knowledge sharing • Engaging, approachable,

professional and highly responsive to stakeholders

• Internationalisation

High performance

Integ Collaboration

Solution-focused

• Ownership and pride in high quality delivery• Speed, efficiency and accuracy• Bold and resilient• Critical and analytical thinking• Strong and multi-skilled capabilities• Accountability• Professionalism

grity C

Treasury Transformation

Programme

• Strategic thinking• Innovative, outward-oriented, thinking 'out-

of-ff the-box'• Problem-solving and creativity• Forward-thinking, visionary, big picture

outlook

• Firm & fair• Transparency• Openness• yHonesty• Ethical• Pride & Loyalty• Wisdom

• teamwork and trustStrong• Cross-divisional information flowd• ing & knowledge sharingCoachi• ing, approachable, ing approachableEngagiEngagi

sional and highly professsive to stakeholdersrespons

• InternationalisationInterna

Nilai bersama yang perlu dihayati dan diamalkan oleh setiap warga perbendaharaan dalam melaksanakan tugas adalah seperti berikut:

NILAI BERSAMA

Page 17: PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN - · PDF filePerancangan strategik dan inisiatif dalam pelan ini telah diteliti secara terperinci bagi memastikan pelaksanaannya terus relevan dengan

Dalam merangka pindaan terhadap Pelan Strategik Perbendaharaan ini, analisis persekitaran telah dijalankan bagi mengenal pasti isu-isu strategik yang menjadi penghalang dalam mencapai Visi Perbendaharaan seperti berikut:

15

ANALISIS PERSEKITARAN DAN ISU STRATEGIK

Pembangunan Ekonomi Negara

Cabaran Fiskal

Kolaborasi Strategik

Pemantapan Pengurusan Organisasi

PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN 2015-2020

Page 18: PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN - · PDF filePerancangan strategik dan inisiatif dalam pelan ini telah diteliti secara terperinci bagi memastikan pelaksanaannya terus relevan dengan

16

PEMBANGUNAN EKONOMI NEGARA

Untuk Malaysia menjadi ekonomi yang maju dan berpendapatan tinggi, Negara harus berupaya bersaing di peringkat global dan serantau. Bagi mencapai tahap ini, usaha untuk menarik pelaburan, memaju produktiviti dan inovasi perlu digandakan. Sumber ekonomi juga perlu lebih tertumpu kepada industri dengan faedah berbanding dan bidang pertumbuhan baru untuk memenuhi keperluan isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana. Seterusnya, seiring dengan kemajuan negara, rakyat perlu berkeupayaan untuk meningkatkan potensi dan mendapat manfaat daripada pembangunan ekonomi.

CABARAN FISKAL

Kerajaan komited untuk mengukuhkan kedudukan fiskal seperti disandarkan kepada jangkaan belanjawan seimbang pada tahun 2012. Pada masa yang sama, Kerajaan akan terus menggerakkan momentum pertumbuhan serta melaksanakan inisiatif transformasi ekonomi bagi memajukan negara ke arah pertumbuhan ekonomi yang lebih tinggi. Sehubungan dengan ini, kepatuhan yang tegas terhadap disiplin fiskal, serta sasaran fiskal jangka sederhana adalah amat penting untuk dilaksanakan agar kemapanan kedudukan fiskal dan asas-asas makroekonomi yang terus stabil. Oleh yang demikian, pengurusan defisit yang berhemat akan dipertingkatkan melalui perbelanjaan yang cekap dan “value for money” manakala langkah-langkah mempertingkatkan hasil akan diperkukuh.

KOLABORASI STRATEGIK

Kepentingan tindak balas dasar dan kerjasama antara rantau yang selaras bagi memastikan kestabilan pasaran kewangan akan merangsang pertumbuhan ekonomi yang mampan. Dalam konteks ini, kerjasama ekonomi pada peringkat pelbagai hala dan serantau adalah juga kritikal dalam mengukuhkan pelaksanaan inisiatif seperti pemantauan makro ekonomi secara berterusan, tindak balas dasar yang selaras serta konsultasi serantau dan intra serantau dengan lebih kerap bagi menangani cabaran ekonomi global.

PEMANTAPAN PENGURUSAN ORGANISASI

Pengurusan organisasi mengandungi cabaran-cabaran dalam melahirkan sumber manusia yang cekap, berprestasi tinggi, relevan dengan keperluan semasa dan berdaya saing iaitu menetapkan hala tuju strategik, memastikan kapasiti organisasi, membangun kompetensi tenaga kerja, pengurusan prestasi, pengiktirafan dan ganjaran dan pembentukan budaya kerja berprestasi tinggi. Untuk memastikan cabaran tersebut dapat diatasi, program dan aktiviti yang memberi impak kepada fungsi-fungsi pengurusan sumber manusia telah dibangunkan yang diukur berpandukan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) supaya tahap pelaksanaannya dapatdiukur dengan berkesan.

PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN 2015-2020

Page 19: PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN - · PDF filePerancangan strategik dan inisiatif dalam pelan ini telah diteliti secara terperinci bagi memastikan pelaksanaannya terus relevan dengan

CABARAN LUARAN DAN IMPLIKASI

PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN 2015-2020

17

Page 20: PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN - · PDF filePerancangan strategik dan inisiatif dalam pelan ini telah diteliti secara terperinci bagi memastikan pelaksanaannya terus relevan dengan

18

CABARAN DAN IMPLIKASI PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN 2015-2020

CABARAN DALAMAN DAN IMPLIKASI

CABARAN DALAMAN

Kekangan untuk mengisi jawatan kosong

Penerimaan warga kerja terhadap sesuatu perubahan yang diperkenalkan

Semangat kerjasama dan berpasukan yang terhad

Ketidakpadanan (mis-match) pengetahuan dan kemahiran tenaga kerja dengan bidang

tugas

Kurang perkongsian maklumat yang komprehensif di antara Bahagian

IMPLIKASI

Kekurangan tenaga kerja untuk melaksanakan tugas dan tiada dedicated

officer untuk menangani sesuatu isu

Peraturan/proses kerja lapuk masih dikekalkan

Tugas tidak dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan

Penjawat kurang kemahiran dan pengetahuan untuk melaksanakan tugas dan

pengagihan kerja tidak menyeluruh

Capaian maklumat tidak menyeluruh dan wujudnya silo interaction di kalangan

unit/bahagian

Page 21: PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN - · PDF filePerancangan strategik dan inisiatif dalam pelan ini telah diteliti secara terperinci bagi memastikan pelaksanaannya terus relevan dengan

TERAS DAN OBJEKTIF STRATEGIK

19

TERAS STRATEGIK

PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN 2015-2020

Perancangan inisiatif adalah berdasarkan kepada teras strategik yang baru. Teras strategik ini memberi penekanan kepada usaha untuk meningkatkan kemandirian kumpulan sasar untuk terus aktif dan produktif sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa. Dalam masa yang sama, sasaran bagi meningkatkan keupayaan dan kapasiti warga MOF juga tidak dipinggirkan bagi menjamin peningkatan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kementerian. Terdapat sebanyak 2 teras strategik yang telah digariskan iaitu: 1. Pengurusan Fiskal Yang Berkesan;

dan

2. Pengurusan Kewangan Awam Yang Berhemat.

Bagi memastikan hasil pelaksanaan seperti yang dirancang, elemen khusus pemantauan pelaksanaan yang berterusan akan dilaksanakan. Antara strategi terpenting adalah dengan memastikan setiap bahagian dan jabatanmembangunkan sasaran kerja tahunan yang selaras dengan kandungan pelan strategik ini.

Selain itu, elemen kepimpinan berwawasan, peruntukan kewangan yang mencukupi, modal insan yang kompeten, serta kolaborasi bersama rakan strategik dan disokong oleh pengupayaan dan pemerkasaan teknologi dan maklumat telah ditetapkan sebagai asas utama untuk melaksanakan agenda yang terkandung dalam pelan ini. Selain itu, status pelaksanaan akan dinilai, dipantau dan dibuat semakan semula bagi mengenal pasti pencapaian sasaran program. Sehubungan itu, pencapaian Pelan Strategik ini akan dibentangkan setiap tahun kepada Pengurusan atasan Perbendaharaan Malaysia.

Page 22: PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN - · PDF filePerancangan strategik dan inisiatif dalam pelan ini telah diteliti secara terperinci bagi memastikan pelaksanaannya terus relevan dengan

TERAS DAN OBJEKTIF STRATEGIK

20

PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN 2015-2020

1. Pengukuhan Kedudukan Fiskal Negara bagi mencapai bajet seimbang 2020.

2. Peningkatan ketelusan bajet dan kecekapan dalam menguruskan aset dan liabiliti Kerajaan.

3. Pengukuhan momentum pertumbuhan ekonomi negara yang mampan.

4. Pemerkasaan pelaburan Kerajaan di dalam syarikat MKD dan Badan Berkanun supaya memberi value for money dan pulangan yang setimpal.

1. Pemantapan dasar dan pengurusan kewangan Kerajaan Persekutuan.

2. Pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) secara kerjasama antara agensi-agensi Kerajaan.

3. Pemerkasaan kemahiran dan profesionalisme pegawai Perbendaharaan.

4. Pemantapan dan pengukuhan nilai integriti serta tadbir urus di kalangan warga Perbendaharaan.

5. Pemeliharaan dan pengukuhan imej korporat Perbendaharaan di mata Rakyat.

TERAS 1: PENGURUSAN FISKAL YANG BERKESAN

TERAS 2: PENGURUSAN KEWANGAN AWAM YANG BERHEMAT

Page 23: PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN - · PDF filePerancangan strategik dan inisiatif dalam pelan ini telah diteliti secara terperinci bagi memastikan pelaksanaannya terus relevan dengan

21

TERAS 1: PENGURUSAN FISKAL YANG BERKESAN Pemerkasaan transformasi sektor awam ke arah menjayakan aspirasi menjadi negara maju menjelang 2020 diperkukuhkan menerusi pengurusan dasar fiskal yang berkesan.

PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN 2015-2020

PELAN TINDAKAN STRATEGI DAN INDIKATOR

BIL. STRATEGI PROGRAM INDIKATOR TAHUN SASARAN

1. Pengukuhan Kedudukan Fiskal Negara bagi mencapai bajet seimbang 2020

Memantapkan kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan

Peratus pelaksanaan kerangka Fiskal

2015 - 2020

Peratus pelaksanaan kerangka Perbelanjaan

2015 - 2020

Peratus lebihan akaun semasa

2015 - 2020

Defisit fiskal berbanding KDNK

2015 - 2020

Meningkatkan kutipan hasil Kerajaan

Peratus peningkatan hasil cukai tak langsung

2015 - 2020

Peratus peningkatan hasil cukai langsung

2015 - 2020

Pengagihan belanjawan yang mengambil kira kedudukan hasil dan kewangan negara

Peratus perbelanjaan sebenar berbanding peruntukan

2015 - 2020

Page 24: PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN - · PDF filePerancangan strategik dan inisiatif dalam pelan ini telah diteliti secara terperinci bagi memastikan pelaksanaannya terus relevan dengan

PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN 2015-2020

BIL. STRATEGI PROGRAM INDIKATOR TAHUN SASARAN

Membangunkan strategi belanjawan yang berketepatan selaras dengan dasar serta sasaran fiskal negara

Amaun lebihan akaun semasa

2015 - 2020

Kadar defisit berbanding KDNK

2015 - 2020

Merasionalisasikan dan mengurangkan pemberian subsidi secara progresif dengan revamp kepada keperluan kumpulan sasaran yang layak sahaja

Peratus pengurangan perbelanjaan subsidi

2015 - 2020

Peratus subsidi berbanding perbelanjaan mengurus Kerajaan

2015 - 2020

Mengurus hutang Kerajaan Persekutuan dengan lebih efektif

Nisbah paras hutang kerajaan persekutuan sebagai peratusan KDNK

2015 - 2020

Nisbah faedah pinjaman (interest) berbanding perbelanjaan mengurus

2015 - 2020

Nisbah faedah pinjaman (interest) berbanding hasil semasa

2015 - 2020

2. Peningkatan ketelusan bajet dan kecekapan dalam menguruskan aset dan liabiliti Kerajaan

Mentransformasikan perakaunan tunai ubahsuai kepada perakaunan akruan

Peratus pelaksanaan 2015

Peratus pelaksanaan 2016-2020

Mentransformasikan belanjawan negara berasaskan Outcome Based Budgeting (OBB)

Bilangan Kementerian 2015-2020

Bilangan Kementerian 2015-2020

22

Page 25: PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN - · PDF filePerancangan strategik dan inisiatif dalam pelan ini telah diteliti secara terperinci bagi memastikan pelaksanaannya terus relevan dengan

PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN 2015-2020

BIL. STRATEGI PROGRAM INDIKATOR TAHUN SASARAN

3. Pengukuhan momentum pertumbuhan ekonomi negara yang mampan

Meningkatkan nisbah perbelanjaan swasta berbanding awam

Peningkatan sumbangan perbelanjaan swasta (pada harga semasa) berbanding KDNK

2015-2020

Pelaburan awam berbanding sasaran (Public investment against target)

2015-2020

Penggunaan awam berbanding sasaran (Public consumption against target)

2015-2020

Eksport kasar berbanding sasaran (Gross export against target)

2015-2020

Mengukuhkan kedudukan rizab antarabangsa negara

Peratus peningkatan kedudukan Rizab Tabung Kewangan Antarabangsa

2015-2020

Memastikan kepentingan Negara berhubung isu ekonomi dan kewangan di peringkat antarabangsa terpelihara

Bilangan konsultasi 2015-2017

Bilangan mesyuarat 2015-2017

Bilangan Ikhtisar 2015-2017

Bilangan mesyuarat 2015-2017

23

Page 26: PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN - · PDF filePerancangan strategik dan inisiatif dalam pelan ini telah diteliti secara terperinci bagi memastikan pelaksanaannya terus relevan dengan

PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN 2015-2020

BIL. STRATEGI PROGRAM INDIKATOR TAHUN SASARAN

Bilangan laporan dalam Laporan Ekonomi Tahunan dan Suku Tahunan

2015-2017

Memantapkan dasar pelaburan dan pembiayaan Kerajaan agar lebih berhemat

Peratus kutipan bayaran balik sebenar tahun semasa/bayaran balik dua tahun semasa

2015-2017

Peratus pengeluaran pinjaman mengikut peruntukan tahunan

2015-2017

Jumlah kutipan yuran Jaminan Kerajaan berdasarkan jumlah pinjaman yang dijamin Kerajaan

2015-2017

Mengawal selia dan memajukan pembangunan industri pelaporan kredit dalam menyokong kestabilan sistem kewangan Negara

Bilangan naziran 2015-2017

Bilangan program 2015-2017

Peratus pendaftaran dan pembaharuan dikeluarkan mengikut Akta 710 dan Peraturan APK (Pendaftaran) 2014

2015-2017

Bilangan program 2015-2017

24

Page 27: PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN - · PDF filePerancangan strategik dan inisiatif dalam pelan ini telah diteliti secara terperinci bagi memastikan pelaksanaannya terus relevan dengan

PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN 2015-2020

BIL. STRATEGI PROGRAM INDIKATOR TAHUN SASARAN

4. Pemerkasaan pelaburan Kerajaan di dalam syarikat MKD dan Badan Berkanun supaya memberi value for money dan pulangan yang setimpal

Memastikan pengurusan pelaburan ekuiti secara dinamik di Syarikat Milik Menteri Kewangan Diperbadankan

Peratus syarikat yang mengemukakan Laporan pencapaian KPI setiap suku tahun.

2015-2020

Peratus syarikat yang mencapai KPI yang ditetapkan

2015-2020

Peratus syarikat yang telah menggunakan bantuan kewangan mengikut perancangan

2015-2020

Peratus pengurangan syarikat yang audit ke atas pengurusan yang tidak mematuhi garis panduan

2015-2020

Memantapkan pengurusan kewangan Badan Berkanun agar cekap dan berkesan

Bilangan Memorandum Jemaah Menteri

2015-2017

Bilangan pekeliling 2015-2017

25

Page 28: PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN - · PDF filePerancangan strategik dan inisiatif dalam pelan ini telah diteliti secara terperinci bagi memastikan pelaksanaannya terus relevan dengan

TERAS 2: PENGURUSAN KEWANGAN AWAM YANG BERHEMAT

PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN 2015-2020

PELAN TINDAKAN STRATEGI DAN INDIKATOR

BIL. STRATEGI PROGRAM INDIKATOR TAHUN SASARAN

1. Pemantapan dasar dan pengurusan kewangan Kerajaan Persekutuan

Meningkatkan kecekapan dan penjimatan dalam urusan perolehan Kerajaan

Satu Sistem 2016

Peratus penggunaan berdasarkan jumlah nilai perolehan.

2015 – 2020

Bilangan pegawai diiktiraf sebagai SME di Agensi

2015 – 2020

Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam pengurusan aset awam

Peratus pendaftaran aset di PTJ

2015 - 2016

Bilangan Pekeliling 2015 - 2016

Kajian perjanjian konsesi

2015 - 2017

Peratus penggunaan Sistem eBooking kenderaan

2015 - 2020

26

Pengurusan kewangan yang berhemat dan cekap di samping dasar yang mantap membolehkan Perbendaharaan mengikut haluan kitaran ekonomi yang berdaya saing.

Page 29: PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN - · PDF filePerancangan strategik dan inisiatif dalam pelan ini telah diteliti secara terperinci bagi memastikan pelaksanaannya terus relevan dengan

PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN 2015-2020

BIL. STRATEGI PROGRAM INDIKATOR TAHUN SASARAN

Kadar penggunaan kenderaan

2015 -2020

Meningkatkan tadbir urus dan perbelanjaan berhemah (penjimatan) dalam pengurusan wang awam

Bilangan taklimat 2015 -2020

Bilangan Kajian 2015 -2020

Bilangan Pekeliling 2015 – 2017

Meningkatkan kadar penggunaan e-payment di sektor awam dengan kerjasama MAMPU

Peratus agensi melaksanakan ePayment

2015 -2020

2. Pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) secara kerjasama antara agensi-agensi Kerajaan

Memantau pelaksanaan projek-projek di bawah strategi NBOS

Peratus Kerangka 2015 -2020

Peratus pengurangan EOT

2015 -2020

Peratus pengurangan kos Overrun

2015 -2020

Menyediakan dan menambah baik penyampaian pelbagai perkhidmatan utama Kerajaan dan sektor swasta kepada Rakyat di dalam satu pusat sehenti.

Bilangan Kajian 2015 -2020

Bilangan UTC 2015 -2020

Bilangan program jelajah Mobile CTC

2015 -2020

Menjalankan Program Keusahawanan bagi melatih dan memberi pendedahan kepada usahawan dan bakal usahawan mengenai selok-belok keusahawanan.

Bilangan Program 2015 -2020

Bilangan Program Bootcamp 1MET, GREAT, 1AES, 1PESARA

2015 -2020

27

Page 30: PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN - · PDF filePerancangan strategik dan inisiatif dalam pelan ini telah diteliti secara terperinci bagi memastikan pelaksanaannya terus relevan dengan

PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN 2015-2020

28

BIL. STRATEGI PROGRAM INDIKATOR TAHUN SASARAN

3. Pemerkasaan kemahiran dan profesionalisme pegawai Perbendaharaan

Meningkatkan kompetensi warga Perbendaharaan agar berdaya saing dan produktif

Bilangan kehadiran kursus (hari)

2015 – 2020

Bilangan latihan dikendalikan

2015 – 2020

Mewujudkan suasana bekerja yang selesa

Tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan am

2015 – 2020

Menyelaras pelaksanaan projek pembangunan Kementerian Kewangan dengan cekap dan berkesan

Peratus prestasi pelaksanaan projek/program pembangunan

2015 – 2020

Meningkatkan Penyampaian Perkhidmatan Perbendaharaan melalui Penggunaan ICT

Bilangan sistem aplikasi yang dibangunkan/ ditingkatkan)

2015 - 2020

Bilangan sistem aplikasi yang di selenggara/ ditingkatkan

2015 - 2020

Peratus tindak balas ke atas aduan dalam tempoh yang ditetapkan

2015 – 2020

Bilangan latihan ICT 2015 – 2020

Peratus insiden keselamatan ICT yang diambil tindakan

2015 – 2020

Page 31: PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN - · PDF filePerancangan strategik dan inisiatif dalam pelan ini telah diteliti secara terperinci bagi memastikan pelaksanaannya terus relevan dengan

PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN 2015-2020

29

BIL. STRATEGI PROGRAM INDIKATOR TAHUN SASARAN

4. Pemantapan dan Pengukuhan nilai integriti serta tadbir urus warga Perbendaharaan

Memantapkan pengurusan integriti Perbendaharaan

Bilangan mesyuarat JITU

2015 – 2020

Bilangan pemeriksaan pematuhan ke atas dasar-dasar berkaitan hal-hal penginstitusian Integriti

2015 – 2020

Peratus penyelesaian aduan yang diterima berkaitan salah laku & pelanggaran integriti

2015 – 2020

Peratus penyelesaian kes-kes yang diterima oleh Unit Integriti

2015 – 2020

Bilangan Aktiviti pengukuhan integriti

2015 – 2020

Menyemak dan menilai tahap pelaksanaan pengurusan kewangan dan prestasi program/aktiviti di Perbendaharaan dan jabatan di bawah MOF.

Bilangan Teguran Audit Dalam diambil tindakan

2015 – 2020

Menguruskan hal-hal berkaitan pengurusan kewangan dengan cekap, teratur dan berintegriti

Bilangan bintang 2015 – 2020

Peratus pencapaian 2015 – 2020

Bilangan tindakan mahkamah

2015 – 2020

Page 32: PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN - · PDF filePerancangan strategik dan inisiatif dalam pelan ini telah diteliti secara terperinci bagi memastikan pelaksanaannya terus relevan dengan

PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN 2015-2020

30

STRATEGI PROGRAM INDIKATOR TAHUN SASARAN

5. Pemeliharaan dan pengukuhan imej korporat Perbendaharaan di mata Rakyat

Membangunkan organisasi yang berprestasi tinggi

Peratus pencapaian 2015 – 2020

Bilangan bintang 2015 – 2020

Peratus pencapaian 2015 – 2020

Bilangan pekeliling dikemas kini

2015 – 2020

Mengukuhkan perkhidmatan komunikasi korporat yang cekap dan berkesan

Peratus aduan yang diselesaikan

2015 – 2020

Peratus pencapaian 2016 – 2020

“ The primary tasks of strategic management are to understand the environment, define organizational goals, identify options, make and implement decisions, and evaluate actual performance. Thus strategic planning aims to explore the new and different opportunities of tomorrow, in contrast to long-range planning, which tries to optimize for tomorrow the trends of today”

(Drucker 1980,p.61)

Page 33: PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN - · PDF filePerancangan strategik dan inisiatif dalam pelan ini telah diteliti secara terperinci bagi memastikan pelaksanaannya terus relevan dengan

31

PELAN STRATEGIK PERBENDAHARAAN 2015-2020

Perbendaharaan memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusankewangan dan pertumbuhan ekonomi negara berada di tahap yang cemerlang supaya daya saing negara di peringkat global dapat bertahan terutama dalam era globalisasi masa kini. Momentumpertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka akan kekal berdaya tahan dan mencatat pertumbuhan dari semasa ke semasa. Malaysia kini dalam kedudukan yang baik untuk terus mendapat manfaat daripada pemulihan ekonomi global yang berperingkat, dengan pertumbuhan lebih menyeluruh kerana asas makro ekonomi kukuh seperti ekonomi yang pelbagai, rizab antarabangsa yang kukuh dan sistem kewangan yang sihat untuk menyokong aktiviti ekonomi. Transformasi Malaysia untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi bergantung pada keupayaan Kerajaan untuk membuktikan daya tahan fiskalnya. Oleh yang demikian, pembaharuan kewangan awam memainkan peranan penting dalam melaksanakan komponen yang diperlukan oleh Kerajaan untuk mengurangkan defisit fiskalnya ini termasuklah mengurus pelaksanaan Cukai

Barangan dan Perkhidmatan (Goods and Services Tax) yang merupakan peralihanke arah struktur hasil bagi sebuah ekonomi maju yang akan membolehkan kutipan cukai yang lebih cekap dan asas cukai yang lebih meluas.

Pelan ini juga memainkan peranan yang penting dalam menyokong daya saing negara di peringkat global. Ini dicapai melalui pelaksanaan langkah berterusan bagi memastikan pasaran yang adil dan berdaya saing, mempertingkatkan kualiti dan standard produk dan perkhidmatan Malaysia selain meliberalisasikan subsektor perkhidmatan tertentu untuk menarik pelaburan asing yang berupaya membantu mengukuhkan kepakaran kita dalam industri. Dengan penerbitan Pelan Strategik 2015 – 2020 ini, diharapkan Perbendaharaan akan dapat mencapai visi untuk menjadi agensi unggul dalam pengurusan kewangan dan ekonomi negara. Pelan Strategik ini akan membolehkan organisasi bertindak balas dan membuat penyesuaian dengan keadaan persekitaran dalam menunaikan obligasinya kepada pelanggan dan stakeholders.

PENUTUP