nutrisi.docx

Upload: nurizzati

Post on 09-Mar-2016

229 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

SAins

TRANSCRIPT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JITRA

SAINS BAND 6TINGKATAN 2

NAMA: NUR MAHIRAH BT MOHDMUHAIYUDINKELAS: 2 INTELEKNAMA GURU: PUAN FADZILLAH

NUTRISI

OBJEKTIF KAJIAN

1) UNTUK MENGETAHUI KEPENTINGAN MAKAN MAKANAN BERKHASIAT.

2) UNTUK MENGETAHUI AMALAN PEMAKANAN YANG BETUL.

3) PERANCANGAN SATU GIZI SEIMBANG.

4) PENGAGIHAN MAKANAN KEPADA YANG KURANG BERNASIB BAIK.

5) ADAB MAKAN YANG MENEPATI SENSITIVITI DAN KEPERCAYAAN AGAMA.

KEPENTINGAN MAKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT

Kesihatanialah satu bentuk homeostasis. Kesihatan juga membawa maksud kemampuan untuk meneruskan hidup dengan sihat. Untuk merasai sihat, seseorang itu perlu merasakan dirinya sihat dan tiada risiko dalaman atau luaran yang boleh menggangu kesihatannya. Dari segi pemakanan pula, masyarakat perlu menjaga pemakanan sesama mereka demi penjagaan kesihatan. Masyarakat di negara ini, boleh dikatakan terlalu mewah dengan segala jenis makanan. Pelbagai jenis juadah makanan yang dimakan oleh setiap orang saban hari kadangkala mengundang pelbagai jenis penyakit yang jelas berbahaya. Namun begitu, masyarakat masih memandang rendah terhadap hal ini. Juadah yang dimakan selalunya mengandungi bahan yang boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan mereka sendiri. Lantaran itu, masyarakat hendaklah memilih makanan yang berkhasiat agar dapat membendung daripada masalah ini. Tambahan lagi, individu itu sendiri hendaklah pandai memilih makanan mengikut amalan piramid makanan agar dapat melahirkan generasi yang sihat dan cergas.Selain itu,ahli masyarakat perlu memainkan peranan penting untuk mengadakan aktiviti-aktiviti yang sihat.

KEPENTINGAN MAKANAN BERKHASIAT1. Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal. Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.2. Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.Keperluan vitamin yang cukup menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera.3. Mampu mengawal kadar obesiti.Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi khasiat yang mencukupi. Pengawalan pemakanan sebegitu menjadikan tubuh badan seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan. Oleh itu,obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam diri mereka.4. Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.

AMALAN PEMAKANAN YANG BETUL

Cara untuk mempraktikkan amalan pemakanan yang betul berpandukan piramid makan untuk memastikan tuuh badan kita entiasa sihat. Pengambilan pemakanan yang berlebihan bagi setiap kumpulan makanan dalam piramid makanan atau makan an tidak seimbang bukan sahaja boleh menyebabkan penambahan berat badan, malah merupakan salah satu tanda awal rangsangan terhadap setiap penyakit yang bakal kita hadapi. Kita memerlukan jadual atau carta di dalam memilih setiap makanan yang berkhasiat bagi mengekalkan kesihatan badan kita dan juga mengelak dari sebarang penyakit. Sekiranya kita tersilap memilih makanan untuk makan pada setiap hari, ia boleh mengundangkan penyakit pada badan kita. Selain daripada itu adalah merupakan satu keperluan bagi setiap indivvidu dalam merancang pemakanan seimbang dengan menggunakan senarai kalori makanan yang kita makan seharian. Sebagai contohnya, untuk sarapan pagi kta boleh mengambil secawan susu, roti dan jem. Untuk makan tegahari pula, kita boleh mengambil sepinggan nasi putih ,semangkuk sup sayur,seekor ikan goreng dan jus buah buahan. Untuk makan malam pula,kita boleh mengambil sepinggan nasi puth,kari ayam,sayur-sayuran dan segelas air kosong.

PERANCANGAN SATU GIZI SEIMBANG

Adalah merupakan satu keperluan bagi setiap individu dalam merancang pemakanan seimbang dengan menggunakan senarai kalori makanan kita makan seharian. Sebagai contohnya, wanita dewasa memerlukan 1600-2000 kalori sehari manakala lelaki dewasa pula memerlukan 2000-2500 kalori sehari.Keperluan kalori juga adalah bergantung kepada beberapa faktor lain sepert jantina, umur, saiz badan, jenis pekerjaan, iklim dan keadaan kesihatan. Manakala setiap 8000 kalori yang lebih atau terkumpul pula akan menaikkan 1kg berat badan anda. Di bawah ini, disenaraikan kalori-kalori mengikut makanan harian kita. Untuk merancang pemakanan yang sihat dan seimbang, kita juga perlu mengambilkira beberapa faktor lain seperti: A) Keperluan kalori seharian kita

Pengagihan Makanan Kepada Yang Kurang Bernasib Baik Atau Memerlukan

Bukan semua orang bertuah seperti kita. Congo, Liberia, Burundi adalah tiga negara yang paling miskin di dunia. Harga makanan di sana sangat mahal, menyebabkan golongan yang berpendapatan rendah tidak mampu untuk membeli makanan berkhasiat. Mereka kekurangan sumber protein seperti daging, ayam dan ikan. Kesannya, ramai penduduk yang menghadapi malnutrisi dan penyakit kekurangan zat. Oleh itu, adalah wajar bagi kita untuk mengagihkan makanan kepada golongan yang kurang bernasib baik di sana.Di negara kita, mungkin juga terdapat segelintir golongan yang sangat miskin sehingga tidak mampu untuk membeli makanan berkhasiat. Contohnya golongan gelendangan yang hidup meminta sedekah dan ehsan daripada orang awam. Mereka bukan sahaja tiada tempat tinggal malah tiada wang untuk membeli makanan berkhasiat.Bantulah golongan gelendangan ini dengan menyumbangkan makanan kepada mereka. Jika mereka makan makanan berkhasiat, InsyaAllah mereka mempunyai tenaga yang cukup untuk berkerja dan menyara keluarga mereka. Secara tidak langung, dengan mengagihkan makanan kepada golongan miskin, dapat membantu meningkatan tahap sosiol ekonomi mereka.

Adab Makan Yang Menepati Sensitiviti Dan Kepercayaan Agama

Secara ringkasnya, agamaIslam mengharamkan penganutnya memakan daging babi dan meminum arak.Agama Buddha dan Hindu menggalakkan amalan diet vegetarian tulen atau vegetarian lakto. Diet vegetarian tulen mengandungi makanan protein daripada sumber tumbuhan seperti kacang soya dan hasilnya bagi menggantikan sumber protein daging.Bagi penganut agama Islam diharamkan memakan daging babi dan meminum arak. Makan makanan yang halal dan bersih sangat-sangat penting bagi setiap orang Muslim . Makanan yang halal tidak saja bermaksud, daging dari binatang yang halal dimakan, tetapi juga mencakupi keseluruhan proses penyediaan makanan tersebut, seperti penggunaan peralatan yang bersih dari segi Islam dan juga proses penyembelihan mengikut kaedah Islam. Kita boleh memilih makanan dari kategori Halal dan haram dengan senang.

Kategori Makan yangHalal dimakan : Semua jenis buah-buahan yang bersih Semua jenis sayur-sayuran yang bersih Semua kehidupan laut yang tidak beracun Binatang yang disembelih dengan Nama AllahKategori makanan yang Haram dimakan : Binatang yang mati dengan sendiri Binatang yang mati dalam kemalangan Binatang yang dibunuh Tumbuh-tumbuhan yang beracun dan kotor Buah-buahan yang beracun dan kotorKetegori Binatang yang haram dimakan Binatang yangmemburu dengan kuku ( Monyet , helang ) Binatang yang memburu dengan gigi. ( Harimau , Singa ) Binatang yang hidup di dua alam air dan darat ( Kura-kura , Buaya ). Binatang yang tapak kakinya meletup -( khinzir) Binatang yang kulitnya tidak dapat dikupas ( Khinzir ) Binatang yang beracun ( Ular , Cicak ) Binatang yang tidak berdarah ( Lipas )KESIMPULAN

Melalui tugasan yang telah diberikan oleh guru, saya dapat mempelajari tentang tajuk-tajuk yang berkaitan nutrisi dengan lebih mendalam. Selain itu, saya dapat mengenalpasti maklumat yang tidak difahami sebelum saya menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Saya sangat gembira dan bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini pada masa yang telah ditetapkan. Nutrisi amat penting dalam kehidupan seharian. Jika kita mengamalkan nutrisi yang baik, kita akan mendapat tubuh badan yang sihat dan cerdas. Melalui pengambilan nutrisi yang betul, kita tidak mudah dijangkiti penyakit yang akan menyebabkan tubuh badan kita menjadi lemah. Diet seimbang juga dapat mengelakkan kita daripada obesiti. Pada masa sekarang, kita hendaklah mengutamakan diet yang seimbang supaya kita mendapat tubuh badan yang ideal.Sekian.