nurseri.docx

7
MAKSUD NURSERI Suatu kawasan yang dimajukan dimana anak pokok dihasilkan dan ditempatkan pada satu jangka masa yang sesuai sebelum ditanam di tempat yang kekal atau dipasarkan. Objektif Penubuhan: Menghasilkan bahan tanaman berkualiti bagi memenuhi tujuan jualan. CIRI-CIRI NURSERI YANG BAIK 1. Ada ruang laluan yang selesa untuk bergerak. Memudahkan kerja-kerja menyiram. Memudahkan kerja-kerja membaja. Memudahkan kerja-kerja merumput. Memudahkan kerja-kerja memangkas. Memudahkan pengunjung bergerak untuk melihat-lihat dan memilih pokok hiasan. 2. Tumbuhan hiasan disusun kemas. Boleh disusun di lantai, rak, para atau digantung. Menarik perhatian pengunjung. Memudahkan mengenal pasti kedudukan tumbuhan hiasan. 3. Tumbuhan hiasan disusun mengikut: Jenis tumbuhan. Saiz tumbuhan. Kematangan tumbuhan. 4. Ada tanda nama tumbuhan hiasan. 5. Ada senarai harga tumbuhan hiasan. 6. Ada penerangan berkaitan dengan jenis tumbuhan hiasan. 7. Ada tempat berehat bagi pengunjung. 8. Ada tandas.

Upload: cik-mia

Post on 30-Sep-2015

22 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Tapak Semaian

TRANSCRIPT

MAKSUD NURSERI

Suatu kawasan yang dimajukan dimana anak pokok dihasilkan dan ditempatkan pada satu jangka masa yang sesuai sebelum ditanam di tempat yang kekal atau dipasarkan.

Objektif Penubuhan:Menghasilkan bahan tanaman berkualiti bagi memenuhi tujuan jualan.

CIRI-CIRI NURSERI YANG BAIK

1. Ada ruang laluan yang selesa untuk bergerak. Memudahkan kerja-kerja menyiram. Memudahkan kerja-kerja membaja. Memudahkan kerja-kerja merumput. Memudahkan kerja-kerja memangkas. Memudahkan pengunjung bergerak untuk melihat-lihat dan memilih pokok hiasan.2. Tumbuhan hiasan disusun kemas. Boleh disusun di lantai, rak, para atau digantung. Menarik perhatian pengunjung. Memudahkan mengenal pasti kedudukan tumbuhan hiasan.3. Tumbuhan hiasan disusun mengikut: Jenis tumbuhan. Saiz tumbuhan. Kematangan tumbuhan.4. Ada tanda nama tumbuhan hiasan.5. Ada senarai harga tumbuhan hiasan.6. Ada penerangan berkaitan dengan jenis tumbuhan hiasan.7. Ada tempat berehat bagi pengunjung.8. Ada tandas.

NURSERI DI MALAYSIA

Pada tahun 2014 sahaja terdapat sebanyak 736 buah nurseri komersial swasta yang telah dkenal pasti oleh Jabatan Pertanian di seluruh Negara Malaysia.Negeri johor merupakan lokasi yang paling banyak mempunyai nursery tanaman dengan sebanyak 128 syarikat beroperasi diikuti dengan Selangor (98), Sabah (72), Sarawak (68) dan Pahang (56).

SUSUN ATUR NURSERI

Bermacam cara pengusaha atau peniaga bunga-bungaan atau pengusaha nurseri untuk menarik hati pengunjung berhenti, melihat dan membeli produk mereka. Manusia secara psikologinya suka akan sesuatu yang cantik dan menarik.

Salah satu caranya ialah seni menyusun atur pasu-pasu bunga dan tumbuhan hiasan yang cantik dan menarik. Seolah-olah ia sudah menjadi satu hiasan bunga-bungaan. Sebenarnya usaha begini boleh menghidupkan lagi suasana dinurseri. Pada permulaannya, pengunjung akan melihat-lihat terlebih dahulu keindahan seni susun atur tersebut. Apabila hati dah terpikat, kebarangkalian untuk membeli dua atau tiga pasu tumbuhan hiasan bertambah tinggi.

Nurseri di Cameron Highland

BAHAGIAN-BAHAGIAN KAWASAN SEMAIAN

1. Pejabat dan kaunter jualan.Ianya perlu dilengkapi dengan kemudahan perabut asas dan peralatan perhubungan untuk memudahkan urusan pentadbiran. Pejabat ini perlu ditempatkan di satu lokasi yang strategik samada berhampiran jalan utama atau kawasan yang tinggi supaya dapat mengawal kesemua aktiviti di dalam dan di luar kawasan semaian. Kawasan pejabat juga disediakan surau dan tandas.Kaunter jualan disediakan untuk mengurus aktiviti jualan dan pemasaran anak pokok, benih, pasu, baja dan hasil semaian lain.

2. Stora. Stor kimia.Setor kimia perlu dibina jauh sedikit daripada tempat orang ramai kerana ianya menempatkan bahan kimia seperti racun kulat, racun serangga, racun rumpai, dan bahan lain jenis meruap yang berbahaya kepada kesihatan manusia. Setor ini perlu mempunyai sistem pengudaraan yang baik.b. Stor baja.Setor baja ialah tempat untuk menyimpan stok baja yang hendak digunakan di kawasan semaian.c. Stor peralatan, kelengkapan dan bahan Setor ini adalah untuk menyimpan peralatan, kelengkapan dan bahan yang perlu untuk pembiakan dan penyelenggaraan tanaman. Ia perlu dibina berasingan dengan stor kimia kerana bahaya kebocoran bahan kimia boleh merosakkan peralatan dan kelengkapan lain.

3. Garaj.Ianya dibina khusus untuk menempatkan jentera dan mesin pertanian seperti traktor dua roda, mesin shredder dan lain-lain.

4. Tempat naungan media Bagi sebuah nurseri yang besar, sebuah struktur berbumbung adalah perlu untuk menyimpan media campuran. Di bawah struktur berbumbung tersebut sekurang-kurangnya 3 petak dibina untuk mengisi tanah, bahan organik dan pasir. Ia juga mempunyai satu ruang kerja di mana kerja-kerja percampuran media dan pengisian media ke dalam polibeg / pasu dilaksanakan.

5. Rumah pembiakanRumah pembiakan ialah satu bahagian yang dibina untuk membiak tanaman. Bumbung struktur ini terdiri dari bahan yang boleh lutcahaya. Peratus teduhan bergantung kepada jenis tanaman yang hendak dibiakkan. Sistem pengairan perlu disediakan untuk penyiraman. Rumah pembiakan bergantung kepada jenis tanaman yang dibiak dan boleh mempunyai unit-unit seperti berikut:a. Kotak percambahanb. Tempat penyusunan polibegc. Batas semaiand. Tempat rawatan / baik pulih pembiakan

6. Rumah tumbuhanRumah tumbuhan disediakan untuk tujuan pembesaran anak semaian. Ianya mempunyai teduhan yang sesuai mengikut jenis pokok. Susunan pokok mengikut jenis, kelon dan kod warna. Terdapat juga rak-rak yang dibina untuk menempatkan anak pokok supaya lebih tersusun dan mempunyai pengudaraan yang baik.

7. Kawasan pengerasan / Penjagaan lanjutanKawasan pengerasan disediakan untuk mematangkan anak pokok sebelum dikeluarkan atau dijual. Pengerasan anak pokok ialah aktiviti pendedahan pokok kepada cahaya matahari secara beransur-ansur. Pengerasan tanaman buah-buahan dibuat mengikut peratus teduhan iaitu 100% naungan selama sebulan, 65% sebulan, 35% sebulan dan 0% naungan. Bagi tanaman hiasan peratus teduhan yang dibuat mengikut jenis tanaman.

8. Sumber air. Sumber air amat perlu bagi sesebuah tapak semaian. Sumber air boleh diperolehi daripada kolam, sungai atau air yang dibekalkan oleh pihak yang berkuasa.

9. Kawasan pameran tanaman Kawasan pameran tanaman disediakan untuk mempamerkan produk-produk semaian dan bahan semaian seperti pasu, baja, racun dan media tanaman.

PEMILIHAN KAWASAN

1. Faktor Ekologia. Rupa bumib. Terlindung dari pukulan angina kencangc. Tanahd. Air (sumber air bersih)e. Udara

2. Faktor Ekonomia. Kos tanahb. Tenaga buruhc. Kemudahan asasd. Persaingan

3. Faktor Sosiologia. Pertambahan pendudukb. Kekayaanc. Kesedaran masyarakatd. Kempen kerajaan

JENIS TAPAK SEMAIAN

1. Tapak Semaian Borong (Wholesale Trade Nurseries)2. Tapak Semaian Runcit (Local Nurseries)3. Tapak Semaian Khusus (Specialist Nurseries)4. Tapak Semaian Tapak Projek (Site Nurseries)