nugs

4
Media, kenapa menjadi topik perbincangan yang begitu hangat sekali di dalam masyarakat kita? Kita dapati di Malaysia, media memainkan peranan yang sangat penting dalam mengubah arus pemikiran dan fokus masyarakat. Mudah saja. Ambillah satu contoh isu, contohnya isu baru-baru ini iaitu Himpunan Kebangkitan Rakyat. Selain dihangatkan melalui media-media di internet seperti akhbar online dan video, sudah tentu media-media utama seperti televisyen dan surat khabar tidak kiralah yang menyebelahi atau tidak menyebelahi mana-mana pihak turut melaporkannya juga. Tetapi, sudah tentulah bila berbeza tujuan dan kepentingan, maka cara melaporkannya juga turut berbeza. Cara laporan yang berbeza-beza inilah akan menyebabkan penerimaan yang berbeza-beza dalam masyarakat. Memetik satu kajian daripada Shanto Iyengar dalam bukunya ‘Is Anyone Responsible?’ ketika beliau membuat penilaian terhadap kesan pembawaan berita-berita di televisyen dalam isu-isu politik, beliau mendapati bahawa pembawaan isu melalui berita-berita di dalam televisyen telah membentuk cara faham masyarakat umum terhadap sebab dan solusi kepada masalah-masalah politik yang ada.[1] Bermakna di sini, boleh jadi media yang menjadi pencipta kepada masalah-masalah yang ada, boleh jadi media jugalah yang menyediakan solusinya. Kuasa Besar Media Dalam Mencorak Cara Fikir Masyarakat Kita tidak dapat menafikan lagi betapa besarnya kuasa dan pengaruh media dalam mencorak arus pemikiran masyarakat. Bila ada saja satu isu ditimbulkan oleh media, maka isu itu akan turut diikuti oleh masyarakat sama ada dalam perbincangan mereka, tutur kata mereka, status dan share mereka di Facebook dan sebagainya. Sebab itu, disebutkan lagi oleh Iyenger bersama rakannya Donald Kinder dalam ‘News That Matters’ : “Bila televisyen memberi fokus kepada satu masalah, prioriti orang awam pun akan berubah, dan akan berubah lagi sekiranya berita di televisyen berpindah kepada masalah yang baru.”[2] Kadangkala, isu yang ditimbulkan hanya satu sahaja, tetapi cara olahan yang berbeza menyebabkan sudut pandangnya juga nampak berbeza. Boleh jadi dengan satu olahan isu menyebabkan orang memandang baik pada satu pihak, boleh jadi juga dengan satu lagi olahan isu menyebabkan orang berpandangan buruk terhadap satu pihak. Media, kalau ia jujur, maka cara berfikir yang benar akan dapat dibentuk dalam kalangan masyarakat. Tetapi kalau ia menyeleweng dan tidak jujur, maka begitulah juga corak berfikir yang akan wujud dalam masyarakat.

Upload: putri-senna-rahayu

Post on 11-Dec-2015

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

nugs

TRANSCRIPT

Page 1: Nugs

Media, kenapa menjadi topik perbincangan yang begitu hangat sekali di dalam masyarakat kita?

Kita dapati di Malaysia, media memainkan peranan yang sangat penting dalam mengubah arus

pemikiran dan fokus masyarakat.

Mudah saja. Ambillah satu contoh isu, contohnya isu baru-baru ini iaitu Himpunan Kebangkitan

Rakyat. Selain dihangatkan melalui media-media di internet seperti akhbar online dan video, sudah

tentu media-media utama seperti televisyen dan surat khabar tidak kiralah yang menyebelahi atau

tidak menyebelahi mana-mana pihak turut melaporkannya juga.

Tetapi, sudah tentulah bila berbeza tujuan dan kepentingan, maka cara melaporkannya juga turut

berbeza. Cara laporan yang berbeza-beza inilah akan menyebabkan penerimaan yang berbeza-

beza dalam masyarakat.

Memetik satu kajian daripada Shanto Iyengar dalam bukunya ‘Is Anyone Responsible?’ ketika

beliau membuat penilaian terhadap kesan pembawaan berita-berita di televisyen dalam isu-isu

politik, beliau mendapati bahawa pembawaan isu melalui berita-berita di dalam televisyen telah

membentuk cara faham masyarakat umum terhadap sebab dan solusi kepada masalah-masalah

politik yang ada.[1]

Bermakna di sini, boleh jadi media yang menjadi pencipta kepada masalah-masalah yang ada,

boleh jadi media jugalah yang menyediakan solusinya.

 

Kuasa Besar Media Dalam Mencorak Cara Fikir Masyarakat

Kita tidak dapat menafikan lagi betapa besarnya kuasa dan pengaruh media dalam mencorak arus

pemikiran masyarakat. Bila ada saja satu isu ditimbulkan oleh media, maka isu itu akan turut

diikuti oleh masyarakat sama ada dalam perbincangan mereka, tutur kata mereka, status dan

share mereka di Facebook dan sebagainya.

Sebab itu, disebutkan lagi oleh Iyenger bersama rakannya Donald Kinder dalam ‘News That

Matters’ :

“Bila televisyen memberi fokus kepada satu masalah, prioriti orang awam pun akan

berubah, dan akan berubah lagi sekiranya berita di televisyen berpindah kepada

masalah yang baru.”[2]

Kadangkala, isu yang ditimbulkan hanya satu sahaja, tetapi cara olahan yang berbeza

menyebabkan sudut pandangnya juga nampak berbeza. Boleh jadi dengan satu olahan isu

menyebabkan orang memandang baik pada satu pihak, boleh jadi juga dengan satu lagi olahan isu

menyebabkan orang berpandangan buruk terhadap satu pihak.

Media, kalau ia jujur, maka cara berfikir yang benar akan dapat dibentuk dalam kalangan

masyarakat. Tetapi kalau ia menyeleweng dan tidak jujur, maka begitulah juga corak berfikir yang

akan wujud dalam masyarakat.

Page 2: Nugs

Kerana memikirkan betapa besarnya pengaruh media ini dalam menentukan arus berfikir

masyarakat, maka media-media yang ada seharusnya jujur dan amanah dalam membawa apa-apa

isu atau tema ke dalam masyarakat.

Melihat realiti media-media yang ada pada hari ini, tidak mudah untuk sesebuah media berdiri

sebagai sebuah institusi yang natural atau tidak berbelah kepada mana-mana pihak.

Boleh jadi daripada isu asal yang telah timbul, akhirnya dengan olahan yang berpihak, maka di

sebelah A, isu ini nampak sangat berpihak kepada A, di sebelah B pula isu yang sama telah

memburukkan pihak A.

Bila media telah menyebelahi mana-mana pihak, maka olahannya terhadap sesuatu isu atau

masalah itu juga akan selalu menyebelahi pihak yang didokongnya. Kadangkala, kesilapan dan

kesalahan di pihak yang disebelahinya, biar sebesar apapun tetap diusahakan untuk

disembunyikan atau dialihkan pula dengan mewujudkan kesalahan baru (yang sebenarnya tidak

wujud pun) kepada pihak yang bertentang ideologi atau aliran pemikiran dengannya.

Inilah antara besarnya peranan atau mungkin boleh kita katakan juga risiko sekiranya media itu

mengolah isu hanya untuk memenangkan ideologi yang didokongnya. Yang berisikonya adalah

nasib dan pemikiran rakyat diperdagangkan dalam ideologi yang rosak.

Itulah risikonya.

 

Rakyat, Bagaimana Berdepan Dengan Media?

Saya suka untuk berkongsi dengan kita semua berkaitan batu asas yang telah diletakkan oleh

Allah s.w.t. di dalam Al-Quran tentang bagaimanakah sikap kita bila berdepan dengan media.

Kerana kita berdepan dengan satu gelombang besar yang tidak dapat ditewaskan hanya melalui

kata-kata dan tulisan, maka kita perlu ada asas yang kukuh ketika berdepan dengan media yang

pelbagai ini.

Ya, mungkin dahulu belum ada televisyen, belum ada radio, belum ada internet dan sebagainya

seperti yang telah wujud pada hari ini. Tetapi inilah yang membuktikan bahawa isi Al-Quran itu

sentiasa segar dan bermanfaat untuk manusia sehinggalah akhir zaman.

Allah telah meletakkan batu asas yang cukup berguna untuk memelihara manusia daripada

keburukan serta supaya sentiasa berada dalam kebaikan.

Allah berfirman yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya datang kepada kamu orang-orang fasiq

membawa berita, maka selidiklah …” [3]

Ayat ini turun berkaitan dengan peristiwa seorang sahabat Nabi s.a.w., Walid bin Uqbah yang

ditugaskan untuk mengutip zakat daripada Bani Mustalik. Hampir sahaja berlaku pertumpahan

darah sekiranya utusan Nabi (di dalam sesetengah riwayat mengatakan utusan itu adalah Khalid

Page 3: Nugs

Al-Walid) yang dihantar semula  kepada Bani Mustalik  itu tidak menyiasat dahulu apa yang

sebenarnya telah berlaku.

Ayat ini sangat signifikan dengan pembawaan media. Media-media yang ada ini, semuanya

bertugas menyampaikan berita, informasi dan maklumat kepada rakyat.

Maka, apakah yang perlu kita lakukan bila menerima berita daripada media-media yang ada?

Sayyid Abul A’la Al-Maududi ketika mentafsirkan ayat ini telah menyebut :

“Bila-bila saja kamu menerima berita-berita penting berkaitan dengan satu urusan yang

penting, kamu tidak seharusnya terus menerimanya, tetapi pertamanya, kamu harus

menyiasat siapakah yang membawanya? Kalau yang membawanya itu adalah orang

yang jahat yang sememangnya laporannya selalu tidak autentik, kamu sepatutnya

selidik dengan berhati-hati dahulu untuk memastikan kebenaran di samping kamu

boleh menerima dan bersedia untuk terus bertindak ke atas berita itu.” [4]

Siasat dan memastikan kebenaran, itulah yang sepatutnya kita lakukan bila berdepan dengan

media-media yang pelbagai ini.

Bukan terus-terus sahaja menerimanya secara membabi buta yang boleh menyebabkan kita jatuh

ke dalam kesilapan dan fitnah.

 

Penutup : Media Sepatutnya Menjadi Alat Mendidik, Bukan Diperalatkan Untuk

Memperalatkan Rakyat Pula

Mana-mana media pun jika dipergunakan untuk kepentingan sebelah pihak, pastilah ia akan

menjadi lidah rasmi pihak itu. Bila bertindak sebagai lidah rasmi, maka segala laporan, berita, isu

yang dibawa juga sudah pastilah akan menyebelahi pihak yang didokongnya itu.

Kalau ada kesilapan atau kesalahan yang berkaitan dengan hak umum masyarakat, seboleh

mungkin kesilapan itu cuba untuk diputarbelitkan atau disembunyikan agar kesilapan itu tidak

dilihat berada di pihaknya.

Kalau media itu adalah media yang jujur dan amanah, maka ia akan menjauhi penyelewengan dan

budaya berkompromi dalam kerosakan dan kefasadan kerana itu adalah sangat dibenci oleh Allah

s.w.t.

Media sepatutnya bertindak sebagai alat untuk mendidik masyarakat. Media memainkan peranan

penting dalam membangunkan cara fikir masyarakat, sama ada mahu membentuk cara fikir yang

baik dan bersih ataupun cara fikir yang kotor dan rosak.

Media tidak sepatutnya diperalatkan untuk memperalatkan pula rakyat supaya berfikir dengan

cara yang salah. Kesannya nanti akan membawa kepada pembodohan ke dalam masyarakat

terutamanya masyarakat-masyarakat terpencil di desa dan kampung yang mungkin sebahagian

besarnya masih belum mempunyai akses ke internet.

Page 4: Nugs

Ini adalah sebahagian perkongsian saya berkaitan media. Akan berusaha disambung lagi dalam

post yang lain berkaitan dengan adab-adab serta penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan

oleh media.

Media sepatutnya bertindak sebagai alat untuk mendidik masyarakat, bukanlah alat untuk

merosakkan masyarakat.

http://langitilahi.com/11678