notis perlindungan data peribadi - … · akta perlindungan data peribadi 2010 ... jururawat...

6
NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI REGENCY SPECIALIST HOSPITAL SDN. BHD. (Co. No. 767174-W) No.1, Jalan Suria, Bandar Seri Alam, 81750 Masai, Johor. Tel: +607-381 7700 Fax: +607-388 7666 Email: [email protected] Website: www.regencyspecialist.com Notis Perlindungan Data Peribadi (“Notis”) ini memaklumkan kepada anda bahawa data peribadi dan maklumat anda selainnya sedang diproses oleh atau bagi pihak Regency Specialist Hospital Sdn Bhd dan para pegawai perubatan kami (selepas ini disebut sebagai “RSH” atau “Hospital”). Pihak RSH menghormati privasi individu berkaitan dengan data peribadi (“Data Peribadi”) anda dan kami komited untuk terus melindungi hak peribadi pesakit (“Pelanggan”). Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”) yang mengawal selia pemprosesan data peribadi untuk tujuan transaksi komersial memerlukan pihak kami untuk memaklumkan anda tentang hak-hak anda berhubungan dengan data peribadi anda yang telah atau sedang diproses, atau yang akan dikumpulkan dan diproses selanjutnya oleh kami and hak-hak anda sebagai Pelanggan terhadap Data Peribadi anda. PERIHAL DATA PERIBADI 1. Data peribadi bermaksud maklumat mengenai anda yang boleh dikenal pasti, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor kad pengenalan, nombor pasport, alamat, nombor telefon, alamat e- mel, tarikh lahir, butir-butir kad kredit, bangsa, kewarganegaraan, data sensitif seperti maklumat perubatan, apa-apa maklumat berkenaan dengan anda yang anda berikan kepada RSH semasa pendaftaran atau dalam borang permohonan dan / atau apa-apa maklumat mengenai anda yang telah atau mungkin dikumpul, disimpan, digunakan dan diproses oleh RSH dari semasa ke semasa. 2. Pemberian Data Peribadi anda adalah wajib jika anda berniat untuk mendapatkan perkihdmatan perubatan dan kesihatan di RSH. Sekiranya Data Peribadi anda tidak diberikan, RSH tidak dapat mendaftarkan maklumat anda dan ini akan menyebabkan kami tidak dapat memberi perkhidmatan perubatan kepada anda. SUMBER DATA PERIBADI DIKUMPUL 3. Selain daripada Data Peribadi yang anda berikan kepada RSH secara langsung, RSH juga mungkin mengumpul Data Peribadi anda daripada pelbagai sumber, termasuk tanpa had apabila anda mendaftar sebagai pesakit, pekerja, rakan perniagaan dan pihak-pihak lain yang berkaitan dengan RSH, daripada ejen-ejen RSH atau ejen pihak ketiga RSH, apabila anda berinteraksi dan berkomunikasi dengan RSH di pameran, acara-acara, pameran bergerak atau sebaliknya, daripada syarikat-syarikat di bawah RSH Group, atau dengan menggunakan laman web. Kumpulan RSH (“RSH Group”) termasuk RSH dan anak-anak syarikatnya, syarikat-syarikat bersekutu, dan entiti-entiti yang dikawal bersama secara kolektif.

Upload: phamque

Post on 30-Aug-2018

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI - … · Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ... jururawat berdaftar, pembantu perubatan berdaftar, pegawai teknologi, kakitangan sokongan kesihatan,

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

REGENCY SPECIALIST HOSPITAL SDN. BHD. (Co. No. 767174-W) No.1, Jalan Suria, Bandar Seri Alam, 81750 Masai, Johor.

Tel: +607-381 7700 Fax: +607-388 7666 Email: [email protected] Website: www.regencyspecialist.com

Notis Perlindungan Data Peribadi (“Notis”) ini memaklumkan kepada anda bahawa data peribadi dan

maklumat anda selainnya sedang diproses oleh atau bagi pihak Regency Specialist Hospital Sdn Bhd dan

para pegawai perubatan kami (selepas ini disebut sebagai “RSH” atau “Hospital”). Pihak RSH

menghormati privasi individu berkaitan dengan data peribadi (“Data Peribadi”) anda dan kami komited

untuk terus melindungi hak peribadi pesakit (“Pelanggan”). Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

(“Akta”) yang mengawal selia pemprosesan data peribadi untuk tujuan transaksi komersial memerlukan

pihak kami untuk memaklumkan anda tentang hak-hak anda berhubungan dengan data peribadi anda

yang telah atau sedang diproses, atau yang akan dikumpulkan dan diproses selanjutnya oleh kami and

hak-hak anda sebagai Pelanggan terhadap Data Peribadi anda.

PERIHAL DATA PERIBADI

1. Data peribadi bermaksud maklumat mengenai anda yang boleh dikenal pasti, termasuk tetapi tidak

terhad kepada nama, nombor kad pengenalan, nombor pasport, alamat, nombor telefon, alamat e-

mel, tarikh lahir, butir-butir kad kredit, bangsa, kewarganegaraan, data sensitif seperti maklumat

perubatan, apa-apa maklumat berkenaan dengan anda yang anda berikan kepada RSH semasa

pendaftaran atau dalam borang permohonan dan / atau apa-apa maklumat mengenai anda yang

telah atau mungkin dikumpul, disimpan, digunakan dan diproses oleh RSH dari semasa ke semasa.

2. Pemberian Data Peribadi anda adalah wajib jika anda berniat untuk mendapatkan perkihdmatan

perubatan dan kesihatan di RSH. Sekiranya Data Peribadi anda tidak diberikan, RSH tidak dapat

mendaftarkan maklumat anda dan ini akan menyebabkan kami tidak dapat memberi perkhidmatan

perubatan kepada anda.

SUMBER DATA PERIBADI DIKUMPUL

3. Selain daripada Data Peribadi yang anda berikan kepada RSH secara langsung, RSH juga mungkin

mengumpul Data Peribadi anda daripada pelbagai sumber, termasuk tanpa had apabila anda

mendaftar sebagai pesakit, pekerja, rakan perniagaan dan pihak-pihak lain yang berkaitan dengan

RSH, daripada ejen-ejen RSH atau ejen pihak ketiga RSH, apabila anda berinteraksi dan

berkomunikasi dengan RSH di pameran, acara-acara, pameran bergerak atau sebaliknya, daripada

syarikat-syarikat di bawah RSH Group, atau dengan menggunakan laman web. Kumpulan RSH (“RSH

Group”) termasuk RSH dan anak-anak syarikatnya, syarikat-syarikat bersekutu, dan entiti-entiti yang

dikawal bersama secara kolektif.

Page 2: NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI - … · Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ... jururawat berdaftar, pembantu perubatan berdaftar, pegawai teknologi, kakitangan sokongan kesihatan,

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

REGENCY SPECIALIST HOSPITAL SDN. BHD. (Co. No. 767174-W) No.1, Jalan Suria, Bandar Seri Alam, 81750 Masai, Johor.

Tel: +607-381 7700 Fax: +607-388 7666 Email: [email protected] Website: www.regencyspecialist.com

TUJUAN PEMPROSESAN

4. RSH mungkin menggunakan dan memproses Data Peribadi anda untuk tujuan yang berkaitan

dengan perniagaan dan aktiviti RSH yang termasuk, tanpa had:

a) Pendedahan dan penerimaan Data Peribadi oleh pengamal perubatan berdaftar, pengamal

pergigian berdaftar, jururawat berdaftar, pembantu perubatan berdaftar, ahli teknologi atau

kakitangan kesihatan yang lain mengikut Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan

Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta Lain) 2006

yang berkaitan dengan perubatan, pergigian atau penjagaan kesihatan yang lain yang dilakukan

atas tujuan untuk perubatan, pergigian atau lain-lain perkhidmatan kesihatan untuk merawat

Pesakit (termasuk mengizinkan pegawai kesihatan profesional untuk mengakses, memeriksa dan

membuat salinan berkaitan Data Peribadi) dan kepada Pesakit majikan / syarikat insurans atau

syarikat yang mengeluarkan jaminan bagi pembayaran kos bagi perkhidmatan yang diberikan /

akan diberikan kepada Pesakit ;

b) Pendedahan Data Peribadi Pesakit kepada sesiapa saja untuk mematuhi undang-undang

dan/atau perintah mahkamah, termasuklah nama and maklumat berkenaan kepada

pembekal/vendor Hospital sekiranya dikehendaki berdasarkan undang-undang bagi

mencatatkan pengguna ubat/dadah/peralatan terkawal.

c) Pendedahan Data Peribadi pesakit kepada pembekal-pembekal / kontraktor-kontraktor Hospital

jika ia untuk menjalankan tugas mereka;

d) Selagi mana-mana bahagian daripada kos perkhidmatan Hospital masih belum dibayar, pesakit

dan/atau penjamin dengan ini membenarkan and memberi kuasa kepada pihak RSH untuk

menggunakan, mendedahkan dan/atau menyiarkan apa-apa Data Peribadi berhubungan dengan

hutang sekiranya diperlukan oleh pihak Hospital dari semasa ke semasa, tanpa pemberitahuan

lanjut atau persetujuan Pesakit dan /atau penjamin kepada mana-mana pihak termasuk agensi

pelaporan kredit / kredit syarikat pengurusan data yang beroperasi di Malaysia , juruaudit ,

peguam cara dan penasihat-penasihat profesional Hospital yang lain, mana-mana pihak ketiga

jika diperlukan oleh penasihat-penasihat, peraturan atau undang-undang , sepina , perintah

mahkamah atau proses undang-undang lain;

e) Untuk membenarkan pihak Hospital memberikan maklum balas bagi permintaan Data Peribadi

anda berdasarkan polisi-polisi Hospital untuk mamatuhi Peraturan-Peraturan Kemudahan dan

Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan

Swasta Lain) 2006 dan mengambil kira peraturan-peraturan dalam Akta Perlindungan Data

Peribadi 2010;

f) Untuk mengumpul Data Peribadi dikehendaki oleh pihak Hospital atau pembekal Hospital

(vendors) untuk menjalankan apa-apa soal selidik dan kajian mengenai prestasi perkhidmatan

Hospital.

Page 3: NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI - … · Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ... jururawat berdaftar, pembantu perubatan berdaftar, pegawai teknologi, kakitangan sokongan kesihatan,

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

REGENCY SPECIALIST HOSPITAL SDN. BHD. (Co. No. 767174-W) No.1, Jalan Suria, Bandar Seri Alam, 81750 Masai, Johor.

Tel: +607-381 7700 Fax: +607-388 7666 Email: [email protected] Website: www.regencyspecialist.com

dan anda bersetuju dan memberi persetujuan anda kepada RSH untuk menggunakan dan

memproses Data Peribadi anda mengikut cara yang dikenal pasti di atas dan dalam Notis ini.

5. RSH dan RSH Group juga boleh menggunakan dan memproses data anda untuk tujuan lain seperti

untuk menghantar perkembangan baharu dan berita tentang product, perkhidmatan dan promosi

terkini, termasuk projek-projek dan perkembangan RSH terkini dan untuk memaklumkan anda

tentang acara, pameran, atau pameran bergerak yang mungkin menarik minat anda, melalui media

sosial, pos, panggilan telefon, perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) dan/atau melalui e-mel.

6. Jika anda tidak bersetuju untuk RSH atau RSH Group untuk memproses Data Peribadi anda untuk

tujuan yang disenaraikan dalam Seksyen 5, sila memberitahu RSH menggunakan butiran hubungan

yang dinyatakan di Seksyen 15 di bawah.

PEMINDAHAN DATA PERIBADI

7. Data Peribadi anda mungkin dipindahkan, disimpan, digunakan dan diproses di rantau lain selain

Malaysia, kepada syarikat-syarikat di bawah kumpulan RSH yang ditubuhkan atau terletak di luar

Malaysia. Anda memahami dan memberi persetujuan anda kepada pemindahan Data Peribadi anda

ke luar Malaysia sebagaimana yang dinyatakan di dalam ini.

PENDEDAHAN KEPADA PIHAK KETIGA

8. Maklumat peribadi anda mungkin dipindah, diakses atau didedahkan kepada pihak ketiga bagi

tujuan memproses pendaftaran anda atau untuk menyediakan perkhidmatan perubatan kepada

anda. Selanjutnya, RSH mungkin melantik syarikat-syarikat lain, pembekal perkhidmatan atau

individu untuk melakukan fungsi-fungsi bagi pihak RSH dan sebagai akibat, mungkin memberikan

akses atau mendedahkan Data Peribadi anda kepada pembekal perkhidmatan atau pihak ketiga

tersebut. Pihak ketiga tersebut termasuk (tanpa had):-

a) Untuk pihak berkuasa tempatan, seperti Kementerian Kesihatan dan ejen Kesihatan Kerajaan;

b) Pembekal perkhidmatan teknologi maklumat kami, pembekal atau vendor yang peruntukan

perkhidmatan kepada Hospital;

c) Professional perubatan seperti pengamal perubatan berdaftar, pengamal pergigian berdaftar,

jururawat berdaftar, pembantu perubatan berdaftar, pegawai teknologi, kakitangan sokongan

kesihatan, kakitangan paramedic atau kakitangan perubatan lain yang terlibat bagi peruntukan

perkhidmatan perubatan mengikut Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan

Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta Lain) 2006;

Page 4: NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI - … · Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ... jururawat berdaftar, pembantu perubatan berdaftar, pegawai teknologi, kakitangan sokongan kesihatan,

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

REGENCY SPECIALIST HOSPITAL SDN. BHD. (Co. No. 767174-W) No.1, Jalan Suria, Bandar Seri Alam, 81750 Masai, Johor.

Tel: +607-381 7700 Fax: +607-388 7666 Email: [email protected] Website: www.regencyspecialist.com

d) Penasihat professional kami seperti juruaudit luar, penasihat undang-undang, penasihat

kewangan, atau mana-mana pihak ketiga lain yang dikehendaki oleh undang-undang, peraturan,

sepina, perintah mahkamah atau proses undang-undang lain;

e) Syarikat-syarikat insurans, syarikat insurans pihak ketiga, majikan pesakit, penjamin dan/atau

agensi-agensi laporan kredit / syarikat pengurusan data kredit yang beroperasi di Malaysia;

f) Pihak penguatkuasa dan pihak kerajaan untuk mematuhi keperluan undang-undang dan

kerajaan.

9. Data Peribadi anda juga mungkin dikongsi berkaitan dengan urus niaga korporat, seperti

penggabungan, penyatuan, atau dalam hal penggulungan (jika perlu).

PAUTAN KE LAMAN WEB PIHAK KETIGA

10. Laman Web mungkin mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga. Sila ambil perhatian bahawa

RSH tidak akan bertanggungjawab terhadap pengumpulan, penggunaan, penyelenggaraan,

perkongsian, atau pendedahan data dan maklumat oleh pihak ketiga tersebut. Jika anda

memberikan maklumat secara langsung kepada laman-laman tersebut, dasar privasi dan syarat-

syarat perkhidmatan di laman web tersebut akan diguna pakai dan RSH tidak bertanggungjawab

untuk amalan pemprosesan maklumat atau dasar privasi laman-laman tersebut.

MAKLUMAT PERIBADI DARIPADA INDIVIDU TIDAK KOMPETEN

11. Dalam usaha memberikan perkhidmatan perubatan kepada pesakit kami, RSH mengumpul Data

Peribadi daripada individu yang tidak kompeten secara sengaja. Individu yang tidak kompeten

termasuk individu yang disahkan secara pegawai perubatan berdaftar bahawa tidak cekap dari segi

mental atau secara sah tidak cekap atau dia adalah individu di bawah umur 18 tahun. Sekiranya Data

Peribadi diberikan kepada RSH, anda dengan ini memberi persetujuaan kepada pemprosesan Data

Peribadi individu tidak kompeten tersebut dan secara peribadi menerima dan bersetuju untuk

terikat dengan Notis ini dan memikul tanggungjawab untuk tindakan beliau.

PERUBAHAN NOTIS

12. Kami berhak untuk meminda Notis ini dari semasa ke semasa. Kami menasihatkan anda menyemak

Notis terbaru di laman web kami.

Page 5: NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI - … · Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ... jururawat berdaftar, pembantu perubatan berdaftar, pegawai teknologi, kakitangan sokongan kesihatan,

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

REGENCY SPECIALIST HOSPITAL SDN. BHD. (Co. No. 767174-W) No.1, Jalan Suria, Bandar Seri Alam, 81750 Masai, Johor.

Tel: +607-381 7700 Fax: +607-388 7666 Email: [email protected] Website: www.regencyspecialist.com

NOTIS RUJUKAN UTAMA

13. Sekiranya berlaku sebarang percanggahan antara versi bahasa Inggeris dengan versi bahasa yang

lain, versi bahasa Inggeris akan diguna pakai. RSH berhak untuk mengubah suai, mengemas kini atau

meminda terma-terman Notis ini pada bila-bila masa dengan meletakkan Notis yang telah

dikemaskini pada laman web RSH (“Laman Web”) di pautan berikut:

http://www.regencyspecialist.com. Dengan terus berkomunikasi dengan RSH atau dengan terus

menggunakan perkhidmatan RSH berikutan pengubahsuaian, kemaskinian atau pindaan kepada

Notis ini, tindakan itu akan menandakan bahawa anda menerima pengubahsuaian, kemaskinian

atau pindaan tersebut.

KETEPATAN MAKLUMAT

14. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa data peribadi yang anda berikan kepada kami

adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini. Anda boleh berbuat demikian dengan

mengemukakan Borang Perubahan Data Peribadi yang terdapat di Unit Perkhidmatan Pelanggan

atau daripada laman web kami.

AKSES & PERMINTAAN PEMBETULAN DAN SIASATAN

15. Tertakluk kepada apa-apa pengecualian di bawah undang-undang, jika anda ingin meminta akses

dan/atau permintaan untuk pembetulan Data Peribadi, menghadkan pemprosesan Data Peribadi

anda berhubung dengan Seksyen 4 di atas dan/atau membuat sebarang pertanyaan berkaitan

dengan Data Peribadi, anda dengan menghubungi : -

16. Berkenaan dengan hak anda untuk mengakses dan/atau membetulkan Data Peribadi anda, RSH

menpunyai hak untuk menolak permintaan anda untuk mengakses dan/atau membuat sebarang

pembetulan terhadap Data Peribadi anda mengikut undang-undang di Malaysia.

UNIT PERKHIDMATAN PELANGGAN

Regency Specialist Hospital Sdn Bhd

No. 1, Jalan Suria,

Bandar Seri Alam,

81750 Masai, Johor,

Malaysia

No. Telefon : +607 381 7700

No. Faks : +607 388 7666

E-mail : [email protected]

Page 6: NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI - … · Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ... jururawat berdaftar, pembantu perubatan berdaftar, pegawai teknologi, kakitangan sokongan kesihatan,

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

REGENCY SPECIALIST HOSPITAL SDN. BHD. (Co. No. 767174-W) No.1, Jalan Suria, Bandar Seri Alam, 81750 Masai, Johor.

Tel: +607-381 7700 Fax: +607-388 7666 Email: [email protected] Website: www.regencyspecialist.com

PERSETUJUAN

17. RSH ingin mendapatkan persetujuan anda terhadap pemprosesan data peribadi anda bagi tujuan

kepentingan yang sah.

18. Kami tidak akan menggunakan Data Peribadi anda untuk tujuan yang tidak dinyatakan seperti di atas,

melainkan kami mendapat kebenaran anda terlebih dahulu atau dikehendaki bagi tujuan proses

undang-undang.

19. Sekiranya anda pernah mendaftar untuk menerima produk komunikasi komersial dari kami, di

samping menjadi ahli keahlian RSH, kami akan menganggap bahawa kami terus mendapat

persetujuan anda untuk terus berhubung dengan anda berdasarkan pendaftaran anda, melainkan

anda memberitahu pihak Hospital secara bertulis.

20. Sehubungan dengan notis ini, jika anda tidak memberi persetujuan anda kepada RSH atau kepada

Kumpulan RSH untuk memproses Data Peribadi anda, anda boleh menarikbalik persetujuan anda

bagi memberikan keizinan kepada RSH untuk mengumpul, menyimpan, menggunakan atau

mendedahkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga dengan mengemukakan permintaan itu

kepada Unit Perkhidmatan Pelanggan yang dinyatakan di Seksyen 15 di atas.

21. Sewajarnya, kami percaya bahawa anda akan membenarkan dan bersetuju dengan terma-terma di

atas berkenaan dengan pemprosesan data peribadi anda. Sekiranya kami tidak menerima sebarang

jawapan daripada anda berkenaan perkara di atas, kami berhak menganggap bahawa anda dengan

ini bersetuju dengan perkara di atas.