nota3

2
OTA PISMP 3.1 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI 1.0 PENGENALAN Menurut Asmah (1999), bahasa Melayu telah wujud dan digunakan lebih 2000 tahun. Berdasarkan usia bahasa Melayu ini, bahasa Melayu boleh dikelaskan sebagai bahasa yang mantap dan kukuh. Bukti kemantapan bahasa Melayu dilihat daripada peranannya iaitu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa komunikasi dalam urusan formal dan rasmi serta sebagai bahasa rasmi dalam urusan kerajaan. Selain itu, bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa pengantar di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan di seluruh Malaysia. Jelaslah di sini peranan bahasa Melayu sangat penting dalam kehidupan seharian dan berperanan sebagao bahasa Ilmu serta menjadi asas perpaduan negara. Negara meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu kerana bahasa ini telah mempunyai sistemnya yang tersendiri seperti yang ditulis Rohizah Halim dan Sharifah Fazliyaton Shaik Ismail, 2008 : “ Bahasa Melayu adalah bahasa yang mempunyai struktur dan bersistem, dengan asas yang padu dan kukuh ini, bahasa Melayu jelas sekali telah diperlengkapkan sebagai bahasa intelek dengan wibawa yang kukuh.” Bahasa Melayu merupakan bahasa yang unik jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain yang terdapat di Malaysia. Kepelbagaian dialek yang terdapat dalam bahasa Melayu menjadikan bahasa Melayu begitu istimewa. Kewujudan dialek ini dapat dilihat atas sebab beberapa faktor yang mewujudkan kepelbagaian dialek

Upload: hugo-torres

Post on 29-Dec-2015

27 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

Page 1: nota3

OTA PISMP3.1       PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI

1.0   PENGENALAN

Menurut Asmah (1999), bahasa Melayu telah wujud dan digunakan lebih 2000

tahun. Berdasarkan usia bahasa Melayu ini, bahasa Melayu boleh dikelaskan sebagai

bahasa yang mantap dan kukuh. Bukti kemantapan bahasa Melayu dilihat daripada

peranannya iaitu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa komunikasi dalam urusan

formal dan rasmi serta sebagai bahasa rasmi dalam urusan kerajaan. Selain itu, bahasa

Melayu berperanan sebagai bahasa pengantar di sekolah kebangsaan dan sekolah

menengah kebangsaan di seluruh Malaysia. Jelaslah di sini peranan bahasa Melayu

sangat penting dalam kehidupan seharian dan berperanan sebagao bahasa Ilmu serta

menjadi asas perpaduan negara. Negara  meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa

ilmu kerana bahasa ini telah mempunyai sistemnya yang tersendiri seperti yang ditulis

Rohizah Halim dan Sharifah Fazliyaton Shaik Ismail, 2008 :

“ Bahasa Melayu adalah bahasa yang mempunyai struktur dan bersistem, dengan asas

yang padu dan kukuh ini, bahasa Melayu jelas sekali telah diperlengkapkan sebagai

bahasa intelek dengan wibawa yang kukuh.”

Bahasa Melayu merupakan bahasa yang  unik jika dibandingkan dengan

bahasa-bahasa lain yang terdapat  di Malaysia. Kepelbagaian dialek yang terdapat

dalam bahasa Melayu menjadikan bahasa Melayu begitu istimewa. Kewujudan dialek

ini dapat dilihat atas sebab beberapa faktor yang mewujudkan kepelbagaian dialek ini

seperti perbezaan taraf sosial masyarakat dan perbezaan geografi. Kewujudan dialek

yang pelbagai ini yang kaya dengan kosa katanya yang rencam merupakan satu

daripada keunikan bahasa Melayu yang sesuai penggunaannya mengikut keadaan

tempat dan situasi. Walaupun peranan bahasa Melayu tidak dapat disangkal lagi,

namun pada masa kini, bahasa Melayu dilihat semakin tersisih

Page 2: nota3

Sungguhpun keunikan ini menjadi sebahagian daripada keistimewaan bahasa

Melayu, namun perbezaan dialek mengikut kawasan dan taraf sosial menjadi satu

permasalahan untuk memahami mesej yang hendak disampaikan. Penggunaan bahasa

Melayu yang diketahui sebagai bahasa komunikasi dalam konteks formal adalah amat

penting.. Peranan bahasa Melayu baku dilihat sebagai penyatuan daripada dialek-

dialek yang berbeza dan penggunaannya dalam konteks yang formal perlulah dititik

beratkan serta diperkukuhkan terutamanya dalam aspek sebutan agar masyarakat

daripada pelbagai dialek dapat memahami komunikasi yang dituturkan.