nota taranum 7

10
PENGENALAN Tarannum Soba merupakan sebuah tarannum yang masyhur di kalangan para Qurra di seluruh dunia. Ia terkenal dengan sifat-sifat kelembutan dan kesyahduan iramanya yang mampu memukau para pendengar. Oleh kerana itulah, kita dapati para Qari dari seluruh dunia sering menggunakan tarannum Soba dalam persembahan mereka ketika melagukan al-Quran. Bahkan dikatakan bahawa sesuatu persembahan tidak akan lengkap tanpa dimasukkan lagu Soba ke dalamnya. Justeru, fokus utama dalam tajuk perbincangan ini adalah memberi tumpuan kepada perbincangan berhubung dengan definisi, peranan, sifat-sifat alunan maqam Soba dan sejarah perkembangannya. Di samping itu juga, kaedah praktikal akan dijelaskan bersandarkan beberapa contoh potongan ayat al-Quran yang dilagukan dengan tarannum Soba. HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan tentang sejarah tarannum Soba, sifat-sifat dan peranannya dalam bacaan al-Quran; 2. Menerapkan tarannum Soba dalam surah-surah yang mengandungi Mad ÂAridh Lissukun, Mad ÂIwad dan yang tidak mengandungi mad di kepala ayat; dan 3. Mengaplikasikan tarannum-tarannum yang sesuai diwaslahkan dengan Soba. T T o o p p i i k k 7 7 Tarannum Soba

Upload: fadil

Post on 05-Jul-2015

1.165 views

Category:

Documents


20 download

TRANSCRIPT

Page 1: nota taranum 7

PENGENALAN

Tarannum Soba merupakan sebuah tarannum yang masyhur di kalangan para Qurra di seluruh dunia. Ia terkenal dengan sifat-sifat kelembutan dan kesyahduan iramanya yang mampu memukau para pendengar. Oleh kerana itulah, kita dapati para Qari dari seluruh dunia sering menggunakan tarannum Soba dalam persembahan mereka ketika melagukan al-Quran. Bahkan dikatakan bahawa sesuatu persembahan tidak akan lengkap tanpa dimasukkan lagu Soba ke dalamnya. Justeru, fokus utama dalam tajuk perbincangan ini adalah memberi tumpuan kepada perbincangan berhubung dengan definisi, peranan, sifat-sifat alunan maqam Soba dan sejarah perkembangannya. Di samping itu juga, kaedah praktikal akan dijelaskan bersandarkan beberapa contoh potongan ayat al-Quran yang dilagukan dengan tarannum Soba.

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan tentang sejarah tarannum Soba, sifat-sifat dan

peranannya dalam bacaan al-Quran; 2. Menerapkan tarannum Soba dalam surah-surah yang mengandungi

Mad ÂAridh Lissukun, Mad ÂIwad dan yang tidak mengandungi mad di kepala ayat; dan

3. Mengaplikasikan tarannum-tarannum yang sesuai diwaslahkan dengan Soba.

TTooppiikk 77 Tarannum Soba

Page 2: nota taranum 7

TOPIK 7 TARANNUM SOBA

94

                  

SEJARAH TARANNUM SOBA

7.1.1 Definisi Soba dan Sejarah Perkembangannya Tarannum Soba adalah sebuah lagu yang dipelopori oleh orang Arab. Merekalah yang mempopularkan tarannum ini mengikut kesesuaian budaya mereka. Seperti tarannum-tarannum sebelum ini, ia juga tersebar luas keseluruh dunia dan tidak terkecuali ke Tanah Melayu. Dikatakan di Tanah Melayu, ia mula popular selepas Perang Dunia Kedua. Namun, setelah ianya popular keseluruh dunia, ia telah mengalami sedikit sebanyak pengubahsuaian dan pembaharuan dalam cara pembawakannya. Walau bagaimanapun, perubahan-perubahan yang berlaku ini tidaklah sampai mengubah identiti dan sifat-sifat asal lagu Soba tersebut. Ia hanya mengalami perubahan dari sudut gaya pembawakannya sahaja bersesuaian dengan suasana dan budaya pembaca.        7.1.2 Sifat-sifat Tarannum Soba Tarannum Soba amat dikenali dengan sifatnya yang mendayu-dayu dan merintih serta sedih. Oleh itu, ia amat sesuai digunakan pada ayat-ayat yang menceritakan tentang hari kiamat, rintihan atau doa, serta ayat-ayat yang bersifat dalaman ataupun ruhaniah dan aqidah. Di antara Qari-qari Mesir yang masyhur yang sering menggunakan tarannum ini dalam bacaan berlagu mereka ialah Syeikh Mohd RefÊat, Syeikh Abdul Basit, Syeikh al-Bahtimi dan lain-lain.

7.1

Senaraikan nama para Qari (bertarannum) dari negara Mesir yang anda kenali.

AKTIVITI 7.2

AKTIVITI 7.1

Berpandukan sumber dan maklumat yang ada pada anda, nyatakan beberapa tokoh Qari dan Qariah dari Malaysia yang pernah menyandang juara Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.

Page 3: nota taranum 7

TOPIK 7 TARANNUM SOBA 95

Rajah 7.1 berikut menyatakan sifat-sifat umum tarannum Soba.  

 

Rajah 7.1: Sifat-sifat umum tarannum soba

      7.1.3 Peranan Tarannum Soba Tarannum Soba mempunyai peranan yang amat besar dalam sesuatu bacaan iaitu untuk memberi keinsafan kepada para pendengar tentang ayat-ayat yang dibaca disamping menambah kekhusyukan pembaca itu sendiri. Namun, terdapat beberapa lagi peranan teknikal yang dimainkan oleh lagu Soba. Di antaranya adalah seperti yang dapat kita lihat dalam Rajah 7.2.

Bincang dalam kumpulan anda tentang bentuk bacaan murattal dengan menggunakan tarannum Soba dan praktikkannya.

AKTIVITI 7.3

Page 4: nota taranum 7

TOPIK 7 TARANNUM SOBA

96

 

Rajah 7.2: Peranan teknikal yang dimainkan oleh lagu soba

Demikian di antara peranan-peranan yang dibawa oleh tarannum Soba di dalam sesuatu bacaan. Jika ia dilagukan dengan baik, maka ia akan dapat memberikan kesan yang begitu mendalam kepada para pendengar seperti mana yang telah dinyatakan sebelum ini. Oleh itu, laksanakanlah ia di dalam ayat-ayat yang berkaitan dengan hari kiamat, kesedihan, rintihan dan rayuan serta kerohanian.                   

SEMAK KENDIRI 7.1

Dengan merujuk kepada surah al-MuÊminun ayat 18, al-Furqan ayat 10 dan al-Qamar ayat 19, sila praktiskan tarannum Soba dengan memasukkan elemen-elemen seperti ihtilalul lahn dan waslah al-mumasalah berpandukan contoh dari bacaan guru anda.

Page 5: nota taranum 7

TOPIK 7 TARANNUM SOBA 97

TATBIQ TARANNUM SOBA DALAM AL-QURAN

 7.2.1 Tatbiq Tarannum Soba dalam Surah yang

BerMad Aridh Lissukun Surah al-MuÊminun: 18          

ÉΟ ó¡Î0 «!$# Ç⎯≈ uΗ ÷q §9$# ÉΟŠÏm §9$# ∩⊇∪

$ uΖ ø9t“Ρ r& uρ z⎯ ÏΒ Ï™ !$ yϑ¡¡9$# L™ !$ tΒ 9‘y‰s) Î/ çμ≈ ¨Ψs3ó™r' sù ’Îû ÇÚö‘F{ $# ( $ ¯Ρ Î) uρ 4’n? tã ¤U$ yδsŒ ⎯ÏμÎ/ tβρ â‘ω≈ s) s9

∩⊇∇∪ $ tΡù' t±Σr' sù / ä3s9 ⎯ ÏμÎ/ ;M≈̈Ζ y_ ⎯ ÏiΒ 9≅ŠÏƒ̄Υ 5=≈ uΖ ôã r& uρ ö/ä3©9 $ pκÏù çμÏ.≡uθ sù ×ο uÏVx. $ pκ ÷]ÏΒuρ tβθ è=ä.ù' s? ∩⊇®∪

Zο tyf x©uρ ßlãøƒrB ⎯ÏΒ Í‘θ èÛ u™ !$ uΖ øŠ y™ àM ç6/Ψs? Ç⎯ ÷δ‘$! $$ Î/ 8ö6Ϲ uρ t⎦⎫Î=Å2Eζ Ïj9 ∩⊄⊃∪  

 7.2.2 Tatbiq Tarannum Soba dalam Surah yang

BerMad ‘Iwadh Surah al-Furqan: 10

   

ÉΟ ó¡Î0 «! $# Ç⎯≈uΗ ÷q §9$# ÉΟŠÏm §9$# ∩⊇∪

x8u‘$ t6s? ü“ Ï%©! $# βÎ) u™ !$ x© Ÿ≅yè y_ y7 s9 # Z öyz ⎯ÏiΒ y7 Ï9≡sŒ ;M≈ ¨Ζ y_ “ Ìøg rB ⎯ ÏΒ $ yγÏF øtrB ã≈ yγ÷Ρ F{ $#

≅yè øg s†uρ y7 ©9 # I‘θ ÝÁ è% ∩⊇⊃∪ ö≅t/ (#θç/¤‹x. Ïπtã$ ¡¡9$$Î/ ( $ tΡô‰tGôã r& uρ ⎯ yϑÏ9 z>¤‹Ÿ2 Ïπtã$ ¡¡9$$Î/ # ·Ïè y™

∩⊇⊇∪ #sŒ Î) Νßγø? r& u‘ ⎯ ÏiΒ ¥β% s3¨Β 7‰‹ Ïè t/ (#θãè Ïÿxœ $ oλ m; $ Zà •‹ tó s? #ZÏùy— uρ ∩⊇⊄∪ !# sŒ Î) uρ (#θ à) ø9é& $ pκ ÷]ÏΒ $ ZΡ% s3tΒ

$ Z)Íh‹ |Ê t⎦⎫ÏΡ §s) •Β (#öθ tã yŠ šÏ9$ uΖ èδ # Y‘θ ç6èO ∩⊇⊂∪ ω (#θ ãã ô‰s? tΠ öθ u‹ ø9$# # Y‘θ ç6èO # Y‰Ïn≡uρ (#θãã ÷Š $# uρ # Y‘θ ç6èO

# ZÏVŸ2 ∩⊇⊆∪

7.2

Page 6: nota taranum 7

TOPIK 7 TARANNUM SOBA

98

7.2.3 Tatbiq Tarannum Soba dalam Surah yang Tidak BerMad di Kepala Ayat

Surah al-Qamar: 19

ÉΟ ó¡Î0 «!$# Ç⎯≈ uΗ ÷q §9 $# ÉΟŠ Ïm§9 $# ∩⊇∪

!$̄ΡÎ) $uΖù=y™ ö‘ r& öΝ Íκ ö n=tã $\t†Í‘ #Z|À÷ |À ’Îû ÏΘöθtƒ <§øt wΥ 9hÏϑtGó¡•Β ∩⊇®∪ äíÍ”∴ s? }¨$ ¨Ζ9 $# öΝ åκ ¨Ξ r( x.

ã—$yfôã r& 9≅ øƒ wΥ 9Ïès)Ψ •Β ∩⊄⊃∪ y#ø‹ s3 sù tβ% x. ’ Î1# x‹tã Í‘ ä‹çΡuρ ∩⊄⊇∪ ô‰s) s9 uρ $tΡ÷œ£ o„ tβ# u™öà) ø9 $# Ìø. Ïe%# Ï9

ö≅ yγ sù ⎯ ÏΒ 9Ï. £‰•Β ∩⊄⊄∪ ôM t/ ¤‹x. ߊθßϑrO Í‘ä‹‘Ζ9 $$Î/ ∩⊄⊂∪ (# þθä9$s) sù # Z|³ o0r& $̈ΖÏiΒ # Y‰Ïn≡ uρ ÿ… çμ ãèÎ7 ®K ¯Ρ !$̄ΡÎ)

# ]Œ Î) ’ Å∀ ©9 9≅≈ n=|Ê @ãèß™ uρ ∩⊄⊆∪ u’ Å+ ø9â™r& ãø. Ïe%! $# Ïμ ø‹ n=tã .⎯ ÏΒ $uΖÏΨ ÷ t/ ö≅ t/ uθèδ ë># ¤‹x. ×Å° r& ∩⊄∈∪

TARANNUM YANG SESUAI DIWASLAHKAN DENGAN SOBA

Terdapat beberapa tarannum lain yang sesuai diwaslahkan dengan tarannum Soba. Ini kerana terdapat persamaan pada wazan lagu atau pun air lagu tersebut. Di antara tarannum-tarannum tersebut dinyatakan dalam Rajah 7.3 berikut.   

AKTIVITI 7.4

Bincang sesama ahli kumpulan dalam kelas anda tentang bentuk-bentuk ayat yang bersesuaian dengan tarannum Soba. Seterusnya, keluarkan contoh-contoh ayat tersebut dari al-Quran.

7.3

Page 7: nota taranum 7

TOPIK 7 TARANNUM SOBA 99

  

Rajah 7.3: Tarannum yang sesuai diwaslahkan dengan tarannum soba Adalah menjadi kebiasaan para Qurra mewaslahkan tarannum-tarannum tersebut pada lagu Soba. Seperti tarannum Rast, kaedah waslah tarannum Soba dengan lagu lain boleh dilaksanakan, sama ada mengikut kaedah waslah di tengah ataupun dihujung lagu tersebut. Waslah al-mumasalah dalam lagu Soba amat penting bagi menimbulkan variasi dalam bentuk pembawakannya. Agak kurang manis sekiranya lagu Soba tidak diwaslahkan sedikit dengan lagu lain. Akan tetapi, waslah al-mumaslah yang dilakukan hendaklah tidak sehingga mengubah atau pun menyebabkan identiti Soba itu tidak dapat dikenal pasti.

 7.3.1 Peranan Waslah al-Mumasalah di dalam

Tarannum Soba Seperti yang dinyatakan sebelum ini, tarannum Soba adalah sebuah tarannum yang memiliki ciri-ciri kelembutan yang menusuk jiwa. Pada ketika-ketika tertentu, ia boleh diwaslahkan dengan beberapa tarannum lain seperti Ajam, Husaini, Bayyati, Kurdi dan ÂIraqi, bagi menambah seri pergerakan lagu Soba tersebut. Namun begitu, terdapat beberapa peranan lain mengapa sesuatu tarannum itu digandingkan dengan lagu Soba, di antaranya adalah seperti berikut: (a) Mengurangkan Ketegangan di dalam Persembahan Tarannum yang amat sesuai untuk diwaslahkan dengan lagu Soba,

khususnya apabila Qari merasa sedikit ketegangan dalam persembahannya, ialah Kurdi, Bayati dan Ajam.

(b) Mencantikkan Persembahan Bagi tujuan mencantikkan lagi pembawakan lagu Soba, maka ia boleh

diwaslahkan dengan tarannum Nahwand secara waslah di tengah pada harakat pertama Soba.

Page 8: nota taranum 7

TOPIK 7 TARANNUM SOBA

100

(c) Memanaskan Bacaan Bagi menjadikan persembahan lebih berkesan, maka ia bolehlah diwaslah

dengan Husaini ataupun Ajam.                         

  • Tarannum Soba adalah sebuah lagu yang dipelopori oleh orang Arab dan

telah tersebar luas ke seluruh dunia, termasuk Tanah Melayu.

• Terdapat sedikit sebanyak pengubahsuaian dan pembaharuan dalam cara pembawakan Tarannum Soba. Walau bagaimanapun, perubahan-perubahan ini tidaklah sampai mengubah identiti dan sifat-sifat asal lagunya.

• Tarannum Soba amat dikenali dengan sifatnya yang mendayu-dayu dan merintih serta sedih. Ia amat sesuai dipraktiskan pada ayat-ayat berkaitan

Sila jawab soalan-soalan berikut untuk menguji sejauh mana pemahaman anda mengenai topik ini.

1. Berikan huraian ringkas tentang latar belakang tarannum Soba.

2. Nyatakan sifat-sifat tarannum Soba.

3. Berdasarkan sifat-sifat yang ada pada tarannum Soba tersebut, apakah ayat-ayat yang bersesuaian untuk diaplikasikan tarannum Soba ke atasnya?

4. Huraikan peranan-peranan yang dimainkan oleh tarannum Soba dalam sesebuah bacaan.

5. Pada pengamatan anda, siapakah Qari-qari terkenal dari Mesir yang sering menggunkan tarannum Soba dalam bacaan mereka, sama ada secara murattal ataupun bertarannum?

6. Nyatakan tarannum-tarannum lain yang sesuai diwaslahkan dengan tarannum Soba dan huraikan mengenai keperluan waslah al-mumasalah tersebut.

7. Apakah pendapat anda tentang tarannum Soba yang telah dipelajari?

SEMAK KENDIRI 7.2

Page 9: nota taranum 7

TOPIK 7 TARANNUM SOBA 101

hari kiamat, rintihan atau doa, serta ayat-ayat yang bersifat dalaman ataupun rohaniah dan aqidah.

• Antara peranan utama Tarannum Soba dalam sesuatu bacaan ialah membangkitkan rasa keinsafan kepada para pendengar tentang pengertian ayat-ayat yang dibaca, di samping menambah kekhusyukan pembaca itu sendiri.

• Bagi membangkitkan lagi keindahan lagunya, tarannum Soba perlu diwaslahkan dengan tarannum lain. Namun, waslah al-mumaslah yang dilakukan itu hendaklah tidak sampai kepada mengubah ataupun menyebabkan lagu Soba hilang identiti atau tidak dapat dikenalpasti.

• Antara tarannum lain yang sesuai diwaslahkan dengan tarannum Soba ialah Ajam, Kurdi, Iraqi dan Bayyati.

 

 

Sifat-sifat dan Peranan Alunan Soba Tarannum Soba Tatbiq Wazan

  

 

Mahdi Muhammad al-Hirazi. (2001). Bughyah al-Murid Min Ahkam al-Tajwid. Beirut: Dar al-Basyair al-Islamiyyah.

Manna Khalil Qattan. (1998). Mabahis Fi `Ulum al-Quran. Beirut: Muassasah al-Risalah.

MannaÊ Khalil al-Qattan. (1973). Studi Ilmu-Ilmu QurÊan (terj. Drs. Mudzakkir AS.). Jakarta: Litera AntarNusa.

Muhammad Abdul Azim al-Zalqani. (2001). Manahil al-Irfan fi Ulum al-Quran. Beirut: Al-Maktabah al-Asriyyah.

KATA KUNCI

Page 10: nota taranum 7

TOPIK 7 TARANNUM SOBA

102

Muhammad Khazar al-Mujali. (2003). Al-Wajiz Fi `Ulum al-Kitab al-`Aziz. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Muhammad Rajab Farjani. (1976). Kaifa NataÊaddabu MaÊa al-Mushaf. Qahirah: Dar al-IÊtisam.

Muhd. Ali bin Abu Bakar. (1997). Seni lagu al-Quran di Malaysia. Kuala Lumpur: Darul Fikr.

Nik Jaafar bin Nik Ismail.(1998). Qawaid Tarannum. Kuala Lumpur: Darul Fikr.

Salah `Abd al-Fattah al-Khalidi. (1994). Mafatih Li al-Ta`amul Ma`a al-QurÊan. Dimashq: Dar al-Qalam.