nota tamadun islam

Upload: tan-teongsheng

Post on 01-Mar-2016

13 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

tamadun Islam

TRANSCRIPT

TAMADUN ISLAM: Istilah dan Definisi

Universiti Sains Malaysia

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

Sidang Akademik 2014/2015Disediakan oleh:Dato Hj. Ellias bin Hj. Zakaria

Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

Universiti Sains Malaysia

TAMADUN ISLAM: Istilah dan Definisi1.Terdapat 4 istilah:

a. Hadharah

b. Umran

c. Thaqafah

d. Tamaddun

2.Tamaddun - asal kata dasar Bahasa Arab, MA-DA-NA () yang bermaksud sifat kehidupan yang berada pada tahap yang maju dalam pelbagai lapangan.

3.Istilah di atas adalah merujuk kepada kualiti kehidupan yang bertamadun, iaitu fenomena kehidupan yang maju dalam bidang ilmu dan peradaban kehidupan, atau mobility kehidupan yang mengalami perubahan-perubahan dari cara hidup yang nomad dan tradisional kepada cara hidup yang lebih berkualiti

4.Istilah popular yang digunakan untuk menjelaskan pengertian Tamadun ialah HADHARAH kerana istilah ini memberikan petunjuk yang jelas, tentang sifat-sifat hidup bertamaddun.

Istilah HADHARAH

a. Pengertian objektif:

Pelbagai fenomena pencapaian kemajuan dalam

pelbagai bidang kehidupan seperti bidang ILMU,

budaya, seni, falsafah, ekonomi, teknikal, undang-undang dan lain-lain yang mempengaruhi kehidupan dari generasi ke generasi.b.Pengertian subjektif:

Menggambarkan suatu perubahan, perkembangan dan peningkatan kehidupan kepada taraf yang lebih tinggi, maju dan makmur.

5.Istilah HADHARAH ISLAM atau TAMADUN ISLAM: Pandangan dari ILMUAN

a.IBNU KHALDUN

Tahap kemuncak pembangunan yang bercirikan peningkatan kemewahan, keindahan suasana dan minat atau pencapaian dalam bidang industri yang meningkatkan kualiti kehidupan.

b.SAYYID QUTB

Tamadun Islam ialah segala bentuk pencapaian kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat dalam bidang sosial, pemerintahan, kebudayaan, ekonomi dan ilmu pengetahuan yang berasaskan nilai-nilai ajaran Islam.

c.S. KHUDA BUKHSY

Kehidupan yang serba maju (civilized) yang membentuk kehidupan di kawasan perbandaran atau kota-kota.

d.UMAR AUDAH AL-KHATIB

Tamadun/Hadharah adalah Himpunan pencapaian ilmu pengetahuan, Syariat, peraturan tradisi dan akhlak (moral dan etika) yang telah membina perubahan pemikiran, ekonomi, politik, sosial, kebudayaandan seluruh bidang kehidupan.

e.DR. MUHAMMAD AL-BAHIY

Keseluruhan penghasilan atau produktiviti kehidupan yang menggambarkan nilai kemajuan dalam keperibadian manusia, dari sudut falsafah, pengetahuan, kesenian, politik, ekonomi, sosial dan lain-lain.6.Rumusan Definisi Tamadun Islam:

a.Berasaskan Ajaran Islam

b.Mencapai kemajuan dalam aspek ilmu pengetahuan

c.Kehidupan bertamaddun bermula di kawasan kota atau perbandaran

d.Pencapaian yang tinggi dalam aspek ekonomi, politik, sosial, budaya dan teknologi

e.Menikmati / mengamalkan nilai sepadu antara kerohanian dan kebendaan berasaskan Iman, Syariat dan Akhlak

TAMADDUN ISLAM:

PERSPEKTIF dan PANDANGAN SEMESTA

Perspektif

Tamaddun Islam: Kenyataan bukti-bukti dan rekod sumbangan, kejayaan dan pencapaian yang berteraskan ajaran Islam yang menggabungkan unsur-unsur asas yang sepadu; meliputi,

a)Asas keyakinan ketuhanan, kerasulan dan ketulenan sumber (wahyu)

b)Kemuliaan norma atau nilai diri manusia (kekuatan Ruhaniah)

c)Keutuhan institusi-institusi dalam jaringan kehidupan manusia seperti institusi keluarga, masjid, institusi pendidikan, dan lain-lain

d)Keunggulan ILMU dan kecemerlangan sistem pendidikan

e)Kesahihan sistem undang-undang dan sistem nilai dalam kehidupan

f)Keluhuran Nilai Estetika dalam kesenian

g)Kegemilangan pencapaian aspek kemajuan kebendaanh)Keistimewaan dan keutuhan sistem bernegara

Identiti Tamadun

Islam sebagai al-Din, berteraskan kepada asas-asas berikut:

a)Sistem kehidupan yang berpusat atau berdasarkan Tawhid, iaitu pengakuan dan pematuhan terhadap kekuasaan ketuhanan ALLAH

b)al-Din:

Sistem kehidupan atau cara hidup yang bersumberkan WAHYU (Revealation)- iaitu Panduan Kehidupan yang diturunkan atau dibawa oleh Rasulullah (Muhammad) dari ALLAH, yang terkandung di dalam al-Quran dan dijelaskan pula oleh al-Hadith/Sunnah (Amalan/Praktikal dari Rasulullah)

c)Islam sebagai al-Din:

Berpaksi kepada sistem Ibadah (hubungan secara langsung antara manusia dengan ALLAH) iaitu, cara penyembahan, ketaatan, kepatuhan dan kesetiaan terhadap seluruh ajaran Islamd)Islam sebagai al-Din, berpusat/berpandu kepada SYARIAT (sistem perundangan, peraturan, hukum dan nilai) yang menjadi panduan untuk membina kehidupan secara menyeluruh

e)Islam sebagai al-Din, mengandungi nilai, norma, akhlak dan adab, untuk membina manusia mulia-supaya manusia dapat membina dan melindungi kehormatan, kemuliaan, kesejahteraan kehidupan dalam semua aspek kehidupan

f)al-Din membentuk hubungan atau interaksi yang positif, berterusan, supaya jalinan hubungan antara sesama manusia, mewujudkan asas-asas kemuliaan kehidupan

EMPAT Aspek Utama Interaksi Dalam Islam:

i.Hubungan Manusia dengan Allah

ii.Hubungan/tanggungjawab manusia terhadap DIRI SENDIRI (ROH, JASAD dan AKAL)

iii.Hubungan sesama manusia (suami/isteri, keluarga, kawan, masyarakat kepimpinan dan lain-lain)

iv.Hubungan manusia dengan persekitaran (binatang, tumbuhan, udara,air, tanah dan lain-lain) g)al-Din adalah sistem kehidupan yang memelihara dan melindungi prinsip-prinsip kemanusiaan sejagat seperti:

Prinsip kepercayaan

Prinsip kehormatan

Prinsip kemuliaan

Prinsip keadilan

Prinsip kesejahteraan

Prinsip kebebasan

Prinsip keilmuan

h)Sasaran/matlamat Sistem Hidup Islam (al-Din) adalah bahawa semua manusia sentiasa terjamin hak-hak kehidupan dan setiap manusia mendapat peluang kehidupan berdasarkan keperluan dan keupayaan sendiri

Semua manusia wajib menunaikan hak dan tanggungjawab secara maksima, berterusan dan bersama, sehingga boleh mencapai kejayaan, kemajuan dan kebahagiaan, DUNIA dan AKHIRAT

Hubungan Hadith dengan al-Quran

1.Hadith/Sunnah menjelaskan sesuatu perkara dari al-Quran sebagai menyokong atau mengukuhkan perkara yang dibentangkan oleh al-Quran.2.Hadith bertindak sebagai Penghurai atau Penjelas kepada kandungan al-Quran, terutama perkara yang mempunyai maksud, kaedah pelaksanaan yang difahami atau dilaksanakan oleh Rasulullah.3.Hadith/Sunnah menunjukkan cara-cara melaksanakan sesuatu perintah/arahan dari al-Quran secara terperinci.4.Hadith/Sunnah bertindak sebagai Penggubal/ Pembentuk peraturan-peraturan dan undang-undang yang hanya dijelaskan oleh al-Quran secara teori, secara prinsip sahaja. Masalah kemanusiaan semakin berkembang dan hadith, sentiasa menjelaskan isu/perkara baru, berdasarkan petunjuk dari al-Quran.MATLAMAT TAMADDUN ISLAM

1.Mengukuhkan sistem hubungan manusia dengan ALLAH (Tuhan) Pencipta, Pemilik dan Penguasa ke atas manusia dan Alam

2.Memelihara kehormatan dan kemuliaan manusia:

a.Kesempurnaan keyakinan Aqidah ketuhanan

b.Kesejahteraan nyawa dan tubuh badan

c.Kesejahteraan Fakulti Akal

d.Kemuliaan kelahiran zuriat atau insan

e.Kesucian milikan kebendaan

3.Mewujudkan sistem kehidupan yang lengkap, sempurna dan universal

4.Menyediakan sistem kawalan dan perlindungan terhadap kesejahteraan manusia dan Alam

5.Menyediakan Sistem Nilai Akhlak (moral dan etika) yang mulia untuk pembinaan sumber manusia yang berkualiti

6.Membina jaringan kemanusiaan yang adil dan saksama tanpa membezakan unsur-unsur perbezaan kejadian, budaya, kepercayaan dan status ekonomi

7.Menyediakan pelbagai dasar, undang-undang dan kaedah untuk membolehkan manusia mencipta kejayaan, kemajuan dan kebahagiaan secara sepadu demi kesejahteraan kehidupan dunia dan kedamaian akhirat

8.Menyediakan standard atau tanda aras (benchmarking) kehidupan dalam semua bidang

TERAS PEMBINAAN TAMADDUN ISLAM

Tamaddun Islam: Pembentuk-pembentuk Asas

Pandangan Semesta Islam

(Islamic World View)

Antaranya:

1.Tauhid: Intisari dan Paksi Tamadun

Penegasan dan pengisytiharan bahawa Tuhan yang sebenar ialah ALLAH. Pencipta, Pemilik dan Penguasa yang MUTLAK2.Identiti Tamadun Islam adalah berasaskan Tauhid yang menyatukan semua unsur ajaran Islam dalam satu kesatuan dan kekuatan. Tuhan ALLAH sebagai punca segala kejadian dan segala kekuatan

TAUHID: ASAS KEKUATAN TAMADDUN ISLAM

Tauhid sebagai Identiti dan Intisari Tamaddun Islam mempunyai unsur-unsur Asas:

1.Kesatuan

Tauhid menjadi faktor central (pusat) yang menghubungkan pelbagai unsur kehidupan kepada satu struktur sistem yang bersatu. Manusia, budaya, bahasa, kepercayaan, semuanya bersatu membentuk satu kesatuan melalui prinsip Tuhan yang Esa dan Mutlak iaitu ALLAH. Alam bukan manusia juga tunduk kepada Hukum dan peraturan yang berasaskan Tauhid.

2.Rasionalisme

Kuasa mutlak Allah ke atas semua kejadian adalah suatu yang rasional.

Kewujudan Allah boleh dibuktikan melalui kajian tanda kebesaranNya.

Kuasa Allah, bersifat Mutlak, melakukan dan menciptakan sesuatu tanpa proses atau bahan.

Kemutlakan Allah dalam Tauhid, menyebabkan Islam ciptaan Allah mengandungi ajaran yang sempurna melambangkan kesempurnaan ZatNya.

3.Toleransi

Konsep Toleransi dalam Tauhid, bererti Allah yang Mutlak, menyediakan asas-asas pemahaman manusia untuk membina kehidupan yang sejahtera.

ALLAH menurunkan KITAB, mengutuskan Nabi dan Rasul, untuk memandu manusia membina kehidupan. Tuhan tidak membiarkan manusia meneroka dan membina peradaban, dalam keadaan kelemahan-kelemahan yang terdapat pada manusia.

4.Pandangan Semesta Islam tentang Alam.

Alam dari perspektif Islam:

a.Tanda/Bukti Kebesaran Tuhan

b.Alam sebagai sumber/punca ilmu

c.Alam sebagai Pembekal kepada keperluan-keperluan manusia

d.Alam mempunyai sistem dan tindak balas tersendiri

e.Alam sebagai Daerah Operasi dan Bahan Operasi Kehidupan Manusia

ALAM: Perspektif IslamCIRI-CIRI UTAMA TAMADUN ISLAM

1.Rabbaniyah (Bersumberkan Ketuhanan)

Tamaddun Islam diasaskan kepada intisari Tauhid. Keagungan Allah menjadi PUSAT kepada seluruh kegiatan kehidupan dan menjadi matlamat dalam membina peradaban manusia.

Semua aspek peradaban Islam bertolak, merujuk dan menjadi manifestasi kepada Tamaddun Islam.

Aqidah Tauhid menjadi sebati, sepadu dan selari dengan seluruh sistem kehidupan. Tauhid, tidak boleh berpisah atau dipisahkan dari kehidupan.

2.Akhlak Mulia (Nilai susila yang murni)

Ciri akhlak mempunyai pengaruh yang unggul dalam pembinaan peradaban Islam.Unsur-unsur jahat atau hina ditolak oleh Islam. Islam membebaskan manusia dari semua unsur zalim, ganas, kotor, lucah dan lain-lain.

Nilai akhlak mulia dihubungkan dengan matlamat dan kaedah dalam kehidupan.

Ciri akhlak mulia menjadi dasar penting ajaran Islam.

3.Insaniah: Ciri Nilai Kemanusiaan

Manusia sebagai makhluk mulia dan istimewa. Asas kesejahteraan komunikasi dan interaksi sesama manusia ialah kehormatan dan kemuliaan insan, tanpa merujuk kepada bangsa, bahasa, budaya, status dan lain-lain.

Premis kemanusiaan tetap sama selama-lamanya. Hidup dalam jaringan kasih sayang, tolong bantu, hormat menghormati dengan memelihara kehormatan dan kemuliaan manusia secara menyeluruh.

4.Alamiyah (Bersifat Universal/Antarabangsa)

Prinsip, dasar, polisi, nilai, undang-undang yang terdapat dalam ajaran Islam ditujukan kepada semua manusia, untuk membina kesejahteraan semua.

Ajaran Islam boleh memenuhi citarasa semua manusia, tanpa merujuk kepada kumpulan umat tertentu.

Undang-undang/Hukum/Nilai Islam menepati Fitrah atau Nature manusia dan keperluannya, bukan khusus untuk bangsa dan kepercayaan tertentu.

5.Tasamuh (Saling Menghormati/Keterbukaan)

Kepelbagaian manusia dari sudut bangsa, bahasa dan budaya, bukan menjadi faktor krisis dan konflik kemanusiaan.Perbezaan dalam kepelbagaian memaknakan:

a)Tanda kebesaran Tuhan

b)Identiti dan Jatidiri kaum tersendiri

c)Sumber kekayaan budaya dan bahasa

Teras interaksi ialah prinsip menghormati, memaafkan, memahami antara sesama manusia dengan saling memenuhi keperluan hidup secara mulia dan bersama.

6.Wasatiyah (Pertengahan/Kesederhanaan)

Islam menampilkan set ajaran yang tidak rigid dan tidak menekan. Aspek amalan mempunyai banyak pilihan, sesuai dengan sebab-sebab tertentu.

Ajaran Islam membentuk gabungan antara wahyu dan akal, memberikan kemudahan dalam amalan. Wahyu menjadi panduan, sementara intelek (akal manusia) boleh memilih untuk mengambil sesuatu yang terbaik, sesuai dengan keupayaan dan kondisi-kondisi semasa.

7.Takamul (Lengkap Melengkapi)

Kepelbagaian dalam bidang dan bentuk kehidupan. Menyumbang kepada ciri kesatuan dan perpaduan yang harmonis iaitu saling lengkap melengkapi bagi memenuhi keperluan hidup yang menyeluruh.

Contoh:

Lelaki

Wanita

Malam

Siang

Ilmu Farmasi

Ilmu Perubatan

Aqidah

Syariat

Miskin

Kaya

Muda

Tua

8.Tanawwu (Kepelbagaian/Beraneka Ragam)

Kepelbagaian menjadi ciri istimewa peradaban Islam. Ciri ini meliputi:

a)Kepelbagaian Disiplin Ilmu Aqidah

Syariat

Akhlak

Aliran/Pemikiran/Falsafah

b)Kepelbagaian Isi kandungan/Bidang Hidup

Kebendaan

Kerohanian

Kesusasteraan

Kesenian

c)Kepelbagaian Bentuk

Bahasa

Rupa

Bangsa

Resam/Budaya

9.Adalah: Keadilan/Kesaksamaan

Ciri ini menjadi dasar utama pengurusan dan pentadbiran sistem hidup yang mulia.

Kedaulatan dan keluhuran undang-undang meletakkan manusia sebagai sama, tanpa diskriminasi.

10.Salam (Keamanan/Kedamaian)

Ciri ini menjadi matlamat utama manusia secara global yang sangat dipelihara oleh Islam.Manusia dipandu dan dikawal oleh Hidayah dan Syariat untuk menikmati keamanan dalam skop yang luas: Keamanan jiwa, pemikiran, karya, rumahtangga, harta benda dan negara.

11.Jamalah (Keindahan/Kehalusan)

Ciri ini merupakan jiwa kepada peradaban Islam. Alam yang indah adalah manifestasi kepada keindahan Pencipta (Allah).

Ajaran Islam menekankan unsur ini dalam semua aspek kehidupan. Keindahan diasaskan kepada keyakinan, bahawa keindahan menjadi faktor yang menenangkan jiwa dan mempengaruhi kesejahteraan hidup.Berasaskan kepada sifat Islam sebagai al-Din, iaitu sistem kehidupan yang membentuk, membina keseluruhan cara hidup dalam semua bidang kehidupan

IBADAH

Pengabdian

Penyembahan

Sumber

Kebendaan

Syariat

Sumber

Manusia

Sumber WAHYU

(al-Quran/Sunnah)

AQIDAH

(Tauhid/Keimanan)

ILMU

AKHLAK

SYARIAT

Nilai Susila Diri

TERAS TAMADDUN ISLAM

Manusia

Aqidah

Tauhid

(ALLAH)

Wahyu

Sumber Alam

Ilmu

Dikuasai dan dipengaruhi oleh TAUHID

Teknologi

Sistem kehidupan Islam yang membentuk peradaban/ Tamadun Islam, diasaskan kepada pegangan dasar dari ajaran Islam

TAMADDUN

MANUSIA

Penggubal Syariat

Pemberi

Pengatur

Penilai

Pengadil

Pemilik

Pencipta

Penguasa Segala

Makhluk

TAUHID

ALLAH

Manusia dan Alam; Tunduk kepada ALLAH yang MAHA Agung

Pembekal Keperluan Manusia

Faktor

Keseimbangan

Tanda Bukti

Kebesaran Allah

Bergerak Dalam Sistem dan Tindak Balas Sendiri

Daerah Operasi Manusia

Punca/Sumber ILMU

ALAM