nota tamadun islam

Upload: ateen-zulkefli

Post on 07-Jan-2016

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENDAHULUANSaya bersyukur ke hadrat ilahi kerana dapat menyiapkan kerja kursus yang diberikan kepadasaya. Tujuan kerja kursus ini adalah untuk menghargai perjuangan khalifah pada zaman khulafaal-rasyidin. Saya juga berterima kasih kepada Ustaz Abd Aziz bin Harjin kerana memberitugasan ini. Dengan menyiapkan tugasan ini, saya dapat merasai pejuangan-perjuangankhalifah-khalifah meneruskan perjuangan Baginda S. A. W, untuk melebarkan agama Islamyang suci ini. Saya juga berterima kasih kepada ibubapa saya yang banyak memberi doronganuntuk menyiapkan kerja kursus ini. Tidak lupa kepada rakan-rakan saya yang banyak memberitunjuk ajar untuk menyiapkan kerja kursus ini. Tanpa mereka semua, saya mungkin tidakdapat menyiapkan kerja kursus ini tepat pada masanya. Akhir kata, kita perlu menyambungmemperjuangkan agama ISLAM ini, seperti yang dilakukan oleh Baginda S. A. Wdan sahabat-sahabat Baginda S.A.W.HURAIAN

KHULAFA al-RASYIDIN Di Madinah-632-634 M Khalifah Abu Bakar as-Siddiq-634-644 M Khalifah Umar AL-Khatab-644-656 M Khalifah Uthman bin Affan-656-661 M Khalifah Ali bin Abi Talib

-SISTEM PEMILIHAN KHALIFAH

Selepas kewafatan Rasullulah, terdapat dua aliran yang besar untuk mencari penganti Baginda S.A.W. Aliran yang pertama mengatakan bahawa, hanya keturunan tertentu sahaja yang perlu memegang jawatan ini. Aliran yang kedua pula mengatakan bahawa mereka tidak setuju dengan cadangan aliran pertama. Pada hakikatnya, Islam tidak menetapkan sesuatu cara untuk memilih ketua ataupon pemimpin mereka. Apa yang perlu dituntut adalah menghormati konsep syura, atau dikenali sebagai Majlis Syura, iaitu system demokrasi menurut fahaman biasa. Walaubagaimanapun, sistem demokrasi ini terdapat batasannya, iaitu pemesyuaratan hanya dibenarkan dalam soal-soal yang masih kabur hukumnya dalam Islam, dalam soal-soal yang sudah jelas hukumnya, tidak perlu dipersoalkan lagi. Contohnya, hukuman potong tangan dan hukuman sebat. Oleh itu, tiada sistem yang tetap untuk memilih seorang khalifah atau pemimpin. Terdapat empat (4) cara untuk melantik khulafa al-rasyidin. Yang pertama, ialah melalui Baiat atau pemberian taat setia, seperti yang dilakukan terhadap Abu Bakar as-Siddiq, yang terdapat dua peringkat. Peringkat pertama dinamakan Al-Baiah Al-Khassah iaitu pemberian taat setia dari golongan-golongan yang khas di dalam perhimpunan di Saqifah Bani Saidah sahaja.

Cara kedua ialah melalui wasiat, seperti yang dilakukan kepada Umar al-Khatab apabila dipilih sendiri oleh Abu Bakar as-Siddiq sendiri. Abu Bakar mencadangkan nama Umar dan dipersetujui oleh sahabat-sahabat yang lain. Jadi sunguhpun pemilihan Umar adalah menurut sistem wasiat, tetapi telah mendapat sokongan ramai juga.

Khalifah yang seterusnya telah dipilih melalui sistem majlis syura, iaitu majlis mesyuarat. Cara ini dilakukan oleh Umar al-Khatab dengan mencalonkan enam orang sahabat besar, iaitu, Usman Affan, Ali bin Abu Talib, Talhah bin Ubaidullah, Zubair Al- Awwam, Saad bin Abi Waqas dan Abdul Rahman bin Auf. Setelah bermesyuarat, hanya Usman dan Ali sahaja yang tinggal untuk dipilih sebagai khalifah. Akan tetapi setelah ditinjau pendapat rakyat, mereka memilih Usman.

Khalifah yang terakhir di dalam zaman Khulafah al-Rasyidin ialah Ali bin Abu Talib. Pemilihannya adalah dengan secara paksaan. Hal ini kerana, Usman telah gagal memerintah secara adil. Akibat kebencian rakyat tidak dapat dibendung lagi, Ali telah dilantik oleh penduduk-penduduk Madinah yang memandangnya sebagai tokoh yang paling layak untuk menjadi khalifah. Jadi sunguhpun, perlantikan Ali dilakukan secara paksaan, tetapi ianya menurut persetujuan rakyat terbanyak ketika itu yang mengira tidak ada calon lain yang lebih layak dari Ali.

-KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQNama sebenar beliau ialah Abdullah bin Abi Quhafah. Dilahirkan di Mekah pada tahun 572 masihi, 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah. Berasal dari keturunan bangsawan Quraisy, Bani Tamim. Ahli perniagaan yang berjaya yang menyumbang kepada perkembangan Islam. Merupakan lelaki dewasa yang pertama memeluk Islam. Setelah memeluk Islam, beliau digelar Abu Bakar kerana beliaulah orang yang mula-mula beriman dengan dakwah Rasulullah. Diberi gelaran As-Siddiq kerana sentiasa yakin dan membenarkan setiap apa yang dikatakan dan dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Dilantik sebagai khalifah yang pertama selepas Rasulullah wafat. Meninggal dunia pada tahun 13 hijrah ketika berusia 63 tahun. Beliau seorang yang sentiasa bersopan-santun, pengasih, bersifat lemah lembut, ikhlas dalam perjuangan, bercakap benar dan tabah menghadapi dugaan.Abu Bakar as-Siddiq telah berjaya menyelesaikan soal al-Riddah. Perpecahan umat Islam timbul apabila ada golongan yang enggan membayar zakat, golongan nabi-nabi palsu dan golongan murtad. Masalah ini perlu dibanteras dengan segera. Abu Bakar terpaksa menggunakan kekerasan dengan membentuk 10 pasukan tentera. Akhirnya beliau berjaya menyelesaikan masalah ini. Selain itu, khalifah Abu Bakar juga berjaya menangani masalah ancaman musuh luar Negara Islam apabila mengerakkan semula tentera yang dibentuk oleh Rasulullah S. A. W sebelum kewafatan baginda. Tentera di bawah pimpinan Usamah bin Zaid telah berjaya mengatasi masalah ancaman Rom. Kejayaan gemilang yang dicapai menyebabkan pihak tentera ini diamanahkan menjaga keselamatan kota Madinah sekali gus memadamkan ancaman golongan Zubyan dan Absy.Abu Bakar juga berjaya mengumpulkan al-Quran. Usaha ini diketuai oleh Zaid bin Thabit untuk mengelakkan kehilangan al-Quran di muka bumi selepas kematian ramai al-hafiz dalam perang al-Riddah. Usaha pengumpulan al-Quran dicadangkan oleh Umar al-Khatab, awalaupun pada awalnya Abu Bakar ragu-ragu untuk melaksanakannya. Demi kepentingan dari segi jangka panjang, beliau akhirnya bersetuju dengan rancangan berkenaan. Sumbangan Saidina Abu Bakar ini sangat besar demi menyelamatkan al-Quran daripada terhapus. Beliau juga telah mewujudkan kestabilan politik dengan menyusun pentadbiran dengan membahagikan Negara kepada 10 daerah dengan diketuai oleh seorang Amir yang dibantu oleh, imam, hakim, setiausaha dan pegawai di Baitumal.

-KHALIFAH UMAR AL-KHATABNama sebenar beliau ialah Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza bin Ribaah bin Abdillah bin Qarth bin Razaah bin Adi bin Kaab. Nama gelaran beliau pula ialah Al-Faruq yang bermaksud dapat membezakan perkara yang benar dan yang bathil, bekuturunan Arab Quraisy. Dilahirkan pada 584 masihi, 13 tahun selepas kelahiran Rasulullah di Mekah. Beliau memeluk Islam pada tahun ke 6 kenabian ketika berumur 33 tahun. Dilantik menjadi khalifah yang kedua pada hari selasa 22 jamadilakhir tahun ke 13 Hijrah bersamaan 23 ogos 634 masihi. Beliau wafat pada bulan Zulhijjah tahun ke 23 hijrah ketika berusia 63 tahun. Beliau telah dibunuh oleh Fairuz (Abd Lukluk) iaitu hamba majusi yang berbangsa Parsi.

Umar al-Khatab seorang yang taat pada perintah ALLAH SWT. Beliau seorang yang berani. Ketika memeluk Islam, beliau mengisytiharkan keislamannya kepada umum. Seorang pemerintah yang bertanggungjawab terhadap kebajikan rakyat. Sumbangan yang beliau telah beri dalam pentadbiran ialah mengemaskini Majlis Syura sebagai suatu badan yang penting dalam pentadbiran negara. Selain itu, mengasaskan Jabatan Cukai dan Harta, Jabatan ketenteraan dan Jabatan Persuratan. Beliau juga mengasaskan undang-undang dan peraturan di pasar seperti adab berjual-beli, pengawasan timbangan dan sebagainya.

Sumbagan dalam bidang dakwah pula, beliau telah mengembangkan penyebaran dakwah ke wilayah-wilayah baru seperti Mesir, Rom dan Parsi. Beliau telah melantik gabenor di wilayah tersebut untuk melancarkan pentadbiran dan penyebaran dakwah Islam. Selain itu, Umar al-Khatab juga telah menghantar ulama ke serata tempat untuk menyebarkan dakwah Islam.

Sumbangan dalam pembangunan pula, Umar al-Khatab telah mengemaskini Baitulmal sebagai institusi kewangan negara. Beliau telah mendirikan masjid dan rumah persingahan untuk kemudahan para musafir. Beliau telah membina sekolah-sekolah untuk pendidikan anak-anak dan juga meneroka kawasan-kawasan baru untuk pertanian dan saliran air. Selain itu, pusat-pusat pengajian Islam telah didirikan di kota-kota Basrah, Kufah, Fustat dan sebagainya, Guru-guru agama telah dihantar ke pusat-pusat ini, sedangkan imam-imam diadakan di masjid-masjid. Dan buat pertama kalinya Umar mengadakan calendar (taqwim) Islam sendiri yang bermula dari peristiwa Hijrah Nabi ke Madinah.

-KHALIFAH UTHMAN BIN AFFANNama sebenar beliau ialah Uthman bin Affan bin Abu Al-As bin Umaiyah. Berketurunan Bani Umaiyah, telah dilahirkan di Mekah pada tahun 576 Masihi iaitu enam tahun selepas cahaya kerana beliau memperisterikan dua puteri Rasulullah S.A.W. Dilantik menjadi khalifah yang ketiga pada tahun ke 23 Hijrah bersamaan 644 masihi. Beliau wafat pada 18 Zulhijah tahun 35 Hijrah kerana dibunuh oleh pemberontak. Beliau seorang yang taat kepada ALLAH dan rasul. Seorang yang pemalu dan lemah lembut dan juga seorang yang zuhud dan dermawan.

Uthman bin Affan seorang yang bersifat dermawan, beliau telah menafkahkan hartanya sebanyak 300 ekor unta dan 10 ribu dinar untuk kegunaan tentera Islam dalam Perang Tabuk. Beliau juga telah memerdekakan hamba pada setiap hari Jumaat. Selain itu, beliau juga membeli sebidang tanah untuk membesarkan Masjid Nabawi. Dalam bidang politik Uthman bin Affan, telah menjadi utusan Rasulullah dalam Perjanjian Hudaibiyah dan menubuhkan angkatan tentera laut untuk mengawasi perairan negara.

Sumbangan dalam bidang ekonomi, beliau telah menyumbangkan harta yang banyak untuk perkembangan Islam. Selain itu, beliau juga telah mempertingkatkan ekonomi rakyat. Dalam bidang soial pula Uthman bin Affan telah memperkenalkan sistem protokol dalam urusan kerajaan. Di samping itu, beliau berjaya mewujudkan masyarakat yang harmoni hasil sifat beliau yang lemah lembut. Untuk bidang dakwah, Uthman bin Affa telah membuka kawasan kawasan baru untuk mengembangkan dakwah Islam. Selain itu, beliau mengumpul dan membukukan al-Quran. Di samping itu, beliau telah menumpaskan pemberontakan wilayah-wilayah yang telah ditakluki di zaman Umar al-Khatab, seperti Khusaran, Iskandariyah, Armenia dan Azerbijan. Beliau telah meneruskan gerakan penaklukan dan perkembanga Islam. Di zamannya tertakluklah daerah-daerah Jurjun, Talkan dan Balkh, sampai dapat malampaui Sungai Jihun. Demikian juga pulau-pulau Cypres dan Rhodes.

-KHALIFAH ALI BIN ABI TALIBAli bin Abi Talib dilahirkan pada tahun 603 Masihi di Mekah. Lebih muda 32 tahun dari Rasulullah. Berketurunan Bani Hasyim. Beliau merupakan seorang tokoh Islam yang agung. Beliau memiliki akhlak yang amat terindah, selain daripada memiliki perlbagai jenis kemahiran dan kebijaksanaan. Beliau adalah seorang manusia yang mempunyai kepandaian dan kebijaksanaan yang luarbiasa. Beliau terkenal sebagai seorang cendiakawan, seorang jurudakwah yang berkaliber, seorang hakim yang adil, dan seorang pahlawan yang sukar dicari bandingannya baik dahulu mahupun sekarang.Selain itu, beliau juga terkenal sebagai seorang Ahli Ilmu (sarjana), terutama dalam bidang Fiqh(undang-undang) Islam, tafsir al-Quran dan ilmu Nahu. Ali bin Abi Talib juga merupakan salah seorang pahlawan-pahlawan Islam yang gagah dan berani dalam membela agama ALLAH dan Rasulnya. Antara peperangan yang pernah disertainya, ialah perang Badar, Uhud, Khaibar, Khandak, Siffin dan Jamal.Di samping itu, Saidina Ali terkenal sebagai seorang ahli pidato yang hebat. Ini merupakan kepandaian semulajadi bagi beliau. Semenjak kecil lagi beliau telah pandai bersyair dan berpidato. Bahasanya baik, kemas, indah lagi tersusun. Jadi tidak hairanlah Ali bin Abi Talib muncul sebagai ahli pidato dan ahli sastera yang hebat selepas itu. Memandangkan kebijaksanaannya dalam berpidato itulah menyebabkan Rasulullah selalu mengirimkannya ke beberapa wilayah sebagai jurudakwah. Rasulullah juga selalu memilih Ali bin Abi Talib dalam menjalankan tugas-tugas yang banyak memerlukan kesabaran dan keberanian. Dari aspek itu, Ali bin Abi Talib dianggap paling terkemuka sekali di antara keempat-empat khalifah sebelumnya. Beliau juga menetapkan Tahun Hijrah bagi umat Islam.Saidina Ali dipilih dan rela menjadi khalifah dalam keadaan negara yang huru hara akibat kewafatan Saidina Uthman bin Affan yang tidak mewasiatkan waris pengantinya. Pihak pemberontak pula telah sebulat suara meminta untuk melantik Saidina Ali bin Abi Talib sebagai khalifah. Memandangkan keadaan negara yang kian meruncing, beliau menerima jawatan tersebut dan disokong oleh ramai pihak berlandaskan kemahiran dan pengetahuan beliau yang luas dan kepakarannya tentang selok belok hukum. Perlantikannya juga telah banyak membantu dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan masyarakat dan undang-undang Islam.

Zaman Khulafah al-Rasyidin merupakan zaman pemerintahan Islam yang dijalankan oleh para sahabat selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W. Corak pemerintahan yang dijalankan oleh kerajaan ini berdasarkan corak pemerintahan Nabi Muhammad serta berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

Pemerintahan kerajaan Khulafah al-Rasyidin ini dikatakan merupakan zaman pemerintahan terbaik Islam yang pernah berlaku dalam sejarah Islam. Ini kerana pada zaman ini, semua hukum Islam dapat dijalankan sepenuhnya seperti hudud, qisas dan hukum-hukum yang lain. Kerajaan ini, telah dipimpin oleh empat orang khalifah Islam yang juga merupakan sahabat Agung Rasulullah S.A.W. Pemerintahan kerajaan ini telah berlangsung selama lebih kurang 29 tahun dan melalui banyak cabaran dan rintangan dalam usaha menyebarkan dakwah Islam.

Oleh itu, saya berharap perkara-perkara penting yang dapat ditemui pada kerajaan ini dapat menjadi rujukan supaya generasi pada zaman sekarang dapat mengambil pengajaran dan tauladan daripada sejarah kerajaan

Politik dan Pemerintahan Pada masa Khulafa al-RasyidinAbu Bakar As-Shiddiq 11-3 H/ 632-634 MAbu Bakar memangku jabatan khalifah berdasarkan pilihan yang berlangsung sangat demokratis di muktamar Tsaqifah Bani Saidah, memenuhi tata cara perundingan yang dikenal dunia modern saat ini. Kaum Anshar menekankan pada persyaratan jasa (merit), mereka mengajukan calon Saad Ibn Ubadah. Kaum muhajirin menekankan pada persyaratan kesetiaan, mereka mengajukan Abu Ubaidah Ibn Jarrah.2Sementara itu Ahlul bait menginginkan agar Ali Ibn Abi Thalib menjadi khalifah atas dasar kedudukannya dalam islam, juga sebagai menantu dan karib Nabi. Hampir saja perpecahan terjadi. Melalui perdebatan dengan beradu argumentasi, akhirnya Abu Bakar disetujui oleh jamaah kaum muslimin untuk menduduki jabatan khalifah.Sebagai kahlifah pertama, Abu Bakar dihadapkan pada keadaan masyarakat sepeninggal Muhammad SAW. Meski terjadi perbedaan pendapat tentang tindakan yang akan dilakukan dalam menghadapi kesulitan yang memuncak tersebut, kelihatan kebesaran jiwa dan ketabahan batinnya. Seraya bersumpah dengan tegas ia menyatakan akan memerangi semua golongan yang menyimpang dari kebenaran (orang-orang yang murtad, tidak mau membayar zakat dan mengaku diri sebagai nabi).Kekuasaan yang dijalankan pada massa khalifah Abu Bakar, sebagaimana pada masa Rasululllah, bersifat sentral; kekuasaan legislatif, eksekutif, dan yudikatif terpusat ditangan Khalifah. Selain menjalankan roda pemerintahan, khalifah juga melaksanakan hukum,. Meskipun demikian, seperti juga Nabi Muhammad SAW, Abu Bakar selalu mengajak sahabat-sahabatnya bermusyawarah.Setelah menyelesaikan urusan perang dalam negeri, barulah Abu Bakar mengririm kekuatan ke luar Arabia. Khalid Ibn Walid dikirim ke Irak dan dapat menguasai Al-Hiyah di tahun 634 M. Ke Syria dikirim ekspedisi dibawah pimpinan empat jendral yaitu Abu Ubaidah, Amr Ibn Ash, Yazid Ibn Abi Sufyan, dan Syurahbil. Sebelumnya pasukan dipimpin oleh Usamah yang masih berusia 18 tahun.Umar Ibn Al-Khaththab 13-23 H/634-644 MUmar Ibn Al-Khaththab diangkat dan dipilih oleh para pemuka masyarakat dan disetujui oleh jamaah kaum muslimin. Pada saat menderita sakit menjelang ajal tiba, Abu Bakar melihat situasi negara masih labil dan pasukan yang sedang bertempur di medan perang tidak boleh terpecah belah akibat perbedaan keinginan tentang siapa yang akan menjadi calon penggantinya, ia memilih Umar Ibn Al-Khaththab. Pilihannya ini sudah dimintakan pendapat dan persetujuan para pemuka masyarakat pada saat mereka menengok dirinya sewaktu sakit.Pada masa kepemimpinan Umar Ibn Al-Khaththab, wilayah islam sudah meliputi jazirah Arabia, Palestina, Syria, sebagian besar wilayah Persia, dan Mesir. Karena perluasan daerah terjadi dengan begitu cepat, Umar Ibn Al-Khaththab segera mengatur administrasi negara dengan mencontoh administrasi pemerintahan, dengan diatur menjadi delapan wialayah propinsi : Mekah, Madinah, Syria, Jazirah, Basrah, Kufah, Palestina, dan Mesir. Beberapa departemen yang dipandang perlu didirikan pada masanya mulai diatur dan ditertibkan sistem pembayaran gaji dan pajak tanah. Pengadilan didirikan dalam rangka memisahkan lembaga Yudikatif dengan Eksekutif. Untuk menjaga keamanan dan ketertiban, Jawatan kepolisian dibentuk. Demikian juga jawatan pekerjaan umum, Umar Ibn Al-Khaththab juga mendirikan Bait al-Mall. Dalam menyelesaikan permasalahan yang berkembang dimayarakat Umar selalu berkomunikasi dengan orang-orang yang memang dianggap mampu dibidangnya.3Ustman Ibn Affan 23-35 H/644-656 MUstman Ibn Affan dipilih dan diangkat dari enam orang calon yang diangkat oleh khalifah Umar saat menjelang wafatnya karena pembunuhan. Keenam orang tersebut adalah: Ali bin Abu Thalib, Utsman bin Affan, Saad bin Abu Waqqash, Abd al-Rahman bin Auf, Zubair bin Awwam, Thalhah bin Ubaidillah, serta Abdullah bin Umar, putranya, tetapi tanpa hak suara.4Umar menempuh cara sendiri yang berbeda dengan cara Abu Abakar. Ia menunjukkan enam orang calon pengganti yang menurutnya dan pengamatan mayoritas kaum muslimin memang pantas menduduki jabatan Khalifah. Oleh sejarawan islam mereka disebut Ahl al-Hall a alaqd pertama dalam islam., merekalah yang bermusyawarah untuk menentukan siapa yang menjadi khalifah. Dalam pemilihan lewat perwakilan tersebut Ustman Ibn Affan mendapatkan suaran lebih banyak, yaitu 3 suara untuk Ali dan 4 suara untuk Ustman Ibn Affan.Pemerintah khalifah Ustman Ibn Affan mengalami masa kemakmuran dan berhasil dalam beberapa tahun pertama pemerintahannya. Ia melanjutkan kebijakan-kebijakan Khalifah Umar. Pada separuh terakhir masa pemerintahannya, muncul kekecewaaan dan ketidakpuasaan dikalangan masyarakat karena ia mulai mengambil kebijakan yang berbeda dari sebelumnya. Ustman Ibn Affan mengangkat keluarganya (Bani Ummayyah) pada kedudukan yang tinggi. Ia mengadakan penyempurnaan pembagian kekuasaan pemerintahan, Ustman Ibn Affan menekankan sistem kekuasaan pusat yang mengusaai seluruh pendapatan propinsi dan menetapkan seorang juru hitung dari keluarganya sendiri.Ali Ibn Abi Thalib 35-40 H/656-661 MAli Ibn Abi Thalib tampil memegang pucuk kepemimpinan negara di tengah-tengah kericuhan dan huru-hara perpecahan akibat terbunuhnya Usman oleh kaum pemberontak. Ali Ibn Abi Thalib dipilih dan diangkat oleh jamaah kaum muslimin di madinah dalam suasana sangat kacau, dengan pertimbangan jika khalifah tidak segera dipilih dan di angkat, maka ditakutkan keadaan semakin kacau. Ali Ibn Abi Thalib di angkat dengan dibaiat oleh masyarakat.Dalam masa pemerintahannya, Ali Ibn Abi Thalib mengahadapi pemberontakan Thalhah, Zubair, dan Aisyah. Alasan mereka, Ali Ibn Abi Thalib tidak mau menghukum para pembunuh Usman dan mereka menuntut bela terhadap daerah Usman yang telah ditumpahkan secara dhalim. Perang ini dikenal dengan nama perang jamal.5Bersamaan dengan itu, kebijaksanaan-kebijaksanaan Ali Ibn Abi Thalib juga mengakibatkan timbulnya perlawanan dari gubernur di Damaskus, Muawiyah. Yang didukung oleh sejumlah bekas pejabat tinggi yang merasa kehilangan kedudukan dan kejayaannya. Pertempuran yang terjadi dikenal dengan perang shiffin, perang ini diakhiri dengan tahkim (arbitrase), tapi tahkim ternyata tidak menyelsaikan maslah, bahkan menyebabkan timbulnya golongan ketiga Al-Khawarij (orang-orang yang keluar dari barisan Ali).62.Peradaban dan Kebudayaan Pada masa Khulafa al-Rasyidin1. Pada Masa Khalifah Abu Bakar As-ShiddiqPada ini kondisi sosial mayarakat menjadi stabil dan dapat mengamankan tanah Arab dari pembangkang dan penyelewengan seperti orang murtad, para nabi palsu dan orang-orang yang enggan membayar zakat.Selain itu keadaan kaum muslimin menjadi tenteram, tidak khawatir lagi beribadah kepada Allah. Perkembangan dagang dan hubungan bersama kaum muslim yang berada di luar Madinah keadaannya terkendali dan terjalin dengan baik. Selain itu juga kemajuan yang dicapai adalah : Pembukuan Al-Quran