nota subsidi
TRANSCRIPT
-
7/27/2019 nota subsidi
1/25
PENJELASAN MENGENAI KENAIKAN HARGA MINYAK
SERTA SUBSIDI DAN LAIN-LAIN BANTUAN
KERAJAAN KEPADA SEKTOR SOSIAL
UNIT PERANCANG EKONOMI
JABATAN PERDANA MENTERI
24 MAC 2006
www.epu.jpm.my
-
7/27/2019 nota subsidi
2/25
1
Penjelasan Mengenai Kenaikan Harga Minyak
Serta Subsidi Dan Lain-Lain Bantuan
Kerajaan Kepada Sektor Sosial
1. Mengapa berlakunya kenaikan harga minyak dunia?
Sejak pertengahan tahun 2004, harga minyak mentah telah
meningkat tinggi di pasaran dunia. Harga minyak mentah
terutama West Texas Intermediate (WTI) iaitu harga rujukan di
Amerika Syarikat dan dunia, telah meningkat daripada purata
AS$31 setong pada tahun 2003 kepada AS$57 setong pada
tahun 2005. Bagi tempoh Januari-Februari 2006, harga WTI
kekal tinggi pada purata AS$64 setong.
Harga bagi Tapis (minyak mentah keluaran Malaysia) turut
meningkat daripada purata AS$30 setong pada tahun 2003
kepada AS$58 pada tahun 2005 manakala purata dalam
tempoh Januari-Februari 2006 adalah sebanyak AS$69 setong.
10.00
20.00
30.00
40.0050.00
60.00
70.00
80.00
2003
2004
2005
Jul05 Og
o Sep Okt
Nov Dis
Jan-06 Feb
Tapis USWTI
AS$ setong 2006
Harga Tertinggi
Tapis AS$72.04 (23/1/2006)
USWTI AS$69.81 (30/8/2005)
Purata harga minyak dunia
Purata Bulanan
2005
Purata Tahunan
-
7/27/2019 nota subsidi
3/25
-
7/27/2019 nota subsidi
4/25
3
menggunakan 520,000 tong sehari, kita juga bergantung
kepada loji penapisan milik syarikat minyak antarabangsa.
Keluaran Minyak Dunia 2006 : 85.5 juta tong sehari
(Ribu tong sehari)
Amerika Latin4,480
Asia6,450
Afrika4,220
Sumber : IEA
Amerika Utara
14,320
OPEC (di AsiaBarat & lain-lain)
Permintaan Minyak Dunia 2006 : 85.1 juta tong sehari
(Ribu tong sehari)
Amerika Latin5,090
China & Asia Lain18,500
Afrika2,990
Sumber : IEA
Amerika Utara25,890
Asia Barat
Eropah &Eurasia
16,340
Eropah &
Eurasia17,570
33,980
6,200
-
7/27/2019 nota subsidi
5/25
4
3. Berapakah harga minyak di Malaysia berbanding harga di
negara jiran?
Secara perbandingan, harga minyak di Malaysia adalah lebih
murah daripada kebanyakan negara ASEAN. Malah, ia adalahdi antara yang terendah di dunia.
0.71
1.54 1.581.75
1.85 1.95
2.38 2.38 2.422.54
2.85 2.86
4.04
6.42
0.00
1.00
2.00
3.00
4.00
5.00
6.00
7.00
(RM/liter)
Brun
ei
Viet
nam
Mal
aysia
Indo
nesia
C
ambo
dia
Filip
ina
Thail
and
Laos
USA
India
Jepu
n
Sing
apur
a
Chin
aUK
Diesel (RM/liter)
Harga Diesel (RM/liter) di Negara Terpilih,Mac 2006
1.21
1.92
2.09 2.162.21
2.302.47
2.732.88
3.914.05
4.54 4.60
5.90
0.00
1.00
2.00
3.00
4.00
5.00
6.00(RM/liter)
Brun
ei
Mala
ysia
Viet
nam
Ind
ones
ia
Filip
ina
USA
Tha
iland
Cam
bodia
Laos
Jepu
n
Singa
pura
Chin
aIn
dia UK
RON97 (RM/liter)
Harga RON97 (RM/liter) di Negara Terpilih,Mac 2006
Sumber : Kementerian Luar Negeri
Sumber : Kementerian Luar Negeri
-
7/27/2019 nota subsidi
6/25
5
4. Bagaimanakah Kerajaan memastikan harga minyak lebih
rendah daripada negara jiran?
Kerajaan memastikan harga minyak (petrol, diesel dan LPG)
rendah dengan memberi subsidi dan pengecualian cukai jualankepada pengguna bahan petroleum.
JADUAL 1
HARGA PRODUK PETROLEUM SEMENANJUNG
SEBELUM KENAIKAN PADA 28 FEB 2006
RON 97(RM/LITER)
DIESEL(RM/LITER)
LPG(RM/KG)
SEHINGGA 27 FEB 2006
Harga Sebenar
Harga Runcit
Subsidi/Pengecualian Cukai
2.46
1.62
0.84
1.98
1.28
0.70
3.21
1.45
1.76
JADUAL 2
JUMLAH SUBSIDI DAN KEHILANGAN HASIL 2003-2005
5. Kenapa Kerajaan perlu kurangkan subsidi?
Jika Kerajaan mengekalkan harga runcit barangan petroleum
pada paras harga yang ditetapkan pada 31 Julai 2005,
Kerajaan terpaksa menanggung bebanan subsidi petroleum
dan pengecualian cukai sebanyak RM17.1 bilion bagi tahun
2006. Dengan kenaikan sebanyak 30 sen ini, tanggungan
RM bilion 2003 2004 2005
Subsidi
Kehilangan Hasil
Jumlah
1.82
4.76
6.58
4.79
7.15
11.94
7.41
7.85
15.26
-
7/27/2019 nota subsidi
7/25
6
Kerajaan hanyalah berjumlah RM12.7 bilion. Kerajaan dijangka
dapat menjimatkan wang sebanyak RM4.4 bilion pada tahun
2006.
Apabila jumlah subsidi meningkat, jumlah wang yang ada untuk
pembangunan akan berkurangan.
Pemberian subsidi juga mengurangkan keupayaan Kerajaan
untuk mengurangkan defisit negara.
Pemberian subsidi telah menyebabkan masalah penyeludupan
minyak ke negara jiran. Jika penyeludupan berleluasa, negara
akan mengalami kerugian besar. Andainya 10 peratus minyak
Malaysia diseludup ke luar, ertinya negara kehilangan RM1.3
bilion subsidi yang sepatutnya dinikmati rakyat Malaysia,
berdasarkan tanggungan Kerajaan sebanyak RM12.7 bilion
yang dianggarkan pada akhir 2006.
RM 17.1bilion
RM 12.7bilion
RM 4.4
bilion
KESAN PERUBAHAN HARGA KEPADA BEBANDITANGGUNG KERAJAAN PADA 2006
HARGA DIKEKALKAN HARGA DINAIKKAN
-
7/27/2019 nota subsidi
8/25
7
Subsidi juga lebih menguntungkan golongan kaya yang
memiliki banyak kereta berbanding golongan miskin yang
mempunyai motosikal. Ini tidak adil. Lebih baik jika wang yang
digunakan untuk subsidi ini dipakai untuk tujuan lain yang lebih
menguntungkan rakyat jelata.
Walaupun jumlah dikurangkan tetapi subsidi untuk produk
petroleum masih ada.
6. Berapakah harga sebenar bahan petroleum tanpa subsidi?
Harga pasaran diesel tanpa subsidi di Semenanjungsepatutnya RM1.98 seliter, tetapi pengguna membeli seliter
diesel dengan harga RM1.58 sahaja. Ini kerana adanya subsidi
20.18 sen seliter dan pengecualian cukai jualan 19.64 sen.
Harga pasaran gas memasak (LPG) tanpa subsidi di
Semenanjung adalah RM3.21 sekilogram, tetapi pengguna
membeli sekilogram LPG dengan harga RM1.75 sahaja. Inikerana adanya subsidi RM1.46 sekilogram. Umpamanya, bagi
satu tong gas 12 kilogram harga yang kita bayar adalah
RM21.00 tetapi harga sebenar ialah RM38.52. Jadi bagi setiap
tong gas, Kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM17.52.
-
7/27/2019 nota subsidi
9/25
8
HARGA LPG DI PASARAN
HARGA SEBENAR
RM38.52
HARGA RUNCIT
RM21.00
12KG
HARGA SEBENAR
RM44.94
HARGA RUNCIT
RM24.50
14KG
HARGA SEBENAR
RM32.10
HARGA RUNCIT
RM17.50
10KG
SUBSIDI KERAJAAN
RM14.60
SUBSIDI KERAJAAN
RM17.52
SUBSIDI KERAJAAN
RM20.44
Harga Sebenar Seliter Diesel
Harga Sebenar : RM1.98
Subsidi :
RM0.40
HargaRuncit :RM1.58
-
7/27/2019 nota subsidi
10/25
9
7. Pemberian diskaun ke atas harga minyak bersubsidi.
Selain dari masih memberi subsidi, Kerajaan juga telah
memberi diskaun kepada sektor terpilih untuk mengurangkan
beban rakyat terutama mereka berpendapatan rendah.
Diskaun ke atas harga minyak bersubsidi diberi kepada
pengusaha kenderaan awam di bawah Sistem Pemberian
Diesel Bersubsidi melalui fleetcard. Sebanyak 84 peratus
pengangkutan awam dan pengangkutan barangan pengguna
atau lebih 275,900 kenderaan layak menikmati harga diesel
bersubsidi pada harga RM 1.43 seliter iaitu 15 sen lebih rendahberbanding kadar baru RM 1.58 seliter untuk pengguna lain.
Sebanyak 20 jenis kenderaan layak menggunakan kemudahan
fleetcard ini di 2,771 stesen minyak di seluruh negara. Antara
jenis-jenis pengangkutan yang layak ialah bas sekolah, bas
berhenti-henti, bas ekspres, kereta sewa, teksi, lori kargo am
dan sebagainya. Mereka yang layak untuk menikmatikemudahan ini telahpun diberikan surat oleh Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN &
HEP).
Kerajaan juga telah memperkenalkan Sistem e-Diesel Nelayan
bagi sektor perikanan. Melalui sistem ini Kerajaan memberikan
subsidi diesel berharga RM1.00 bagi setiap liter kepada kira-kira 18,000 nelayan di seluruh negara. Namun, Kerajaan akan
memantau pemberian subsidi kepada sektor nelayan ini dan
tindakan tegas akan diambil terhadap sebarang salah guna
pemberian diesel bersubsidi kepada nelayan.
Selain itu, seramai 15,000 nelayan pesisir pantai yang
sebahagian besarnya mereka menggunakan bot dengan enjin
sangkut petrol akan juga diberi subsidi petrol pada harga RM1
-
7/27/2019 nota subsidi
11/25
10
seliter mulai 1 Jun 2006 ini jika berdaftar dengan Lembaga
Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani akan mewujudkan 100 pusat jualan di
seluruh negara yang akan dibina oleh LKIM.
Kenderaan Layak Menggunakan Kemudahan Fleetcard
BIL. KATEGORI
1. Bas sekolah
2. Bas ekpress
3. Bas berhenti-henti
4. Bas mini
5. Bas pengantara
6. Kereta sewa
7. Teksi
8. Van mayat
9. Lori mayat
10. Ambulan (dikendalikan oleh badan sukarela)
11. Bomba (dikendalikan oleh badan sukarela)
12. Lori kargo am
13. Lori minuman botol
14. Lori luton / kotak
15. Lori refrigerated
16. Lori tangki air
17. Lori tangki tepung18. Window van
19. Panel van
20. Prime mover
Diesel bersubsidi bagi pengusaha bot penumpang di
pedalaman Sabah dan Sarawak pula telah dikurangkan lagi
kepada RM1.20 seliter berkuat kuasa 16 Mac 2006. Pengusahabot penumpang Ulu Tembeling, Pahang pula akan juga
-
7/27/2019 nota subsidi
12/25
11
menikmati diesel bersubsidi pada harga RM1.20 seliter selepas
kaedah menyalurkan bahan api itu kepada mereka
dimuktamadkan.
8. Adakah kenaikan harga minyak akan memberi kesan yangbesar kepada inflasi negara?
Walaupun Kerajaan menaikkan paras harga runcit petrol, diesel
dan LPG sebanyak 30 sen seliter atau sekilogram namun
Kerajaan telah mengambil beberapa langkah sewajarnya bagi
mengurangkan kesan kenaikan ini kepada rakyat.
Kerajaan telah memberi jaminan bahawa kenaikan harga runcit
petrol, diesel dan LPG sebanyak 30 sen seliter atau sekilogram
ini, hanya sekali sahaja bagi sepanjang tahun 2006.
Kajian yang dilakukan mendapati bahawa kenaikan harga
minyak tidak sepatutnya memberi kesan besar ke atas harga
barang makanan memandangkan kos bahan bakar hanyamenyumbang satu peratus daripada jumlah kos pengeluaran
industri makanan. Berikutan kenaikan harga bahan bakar
sebanyak 30 sen, jumlah kos pengeluaran industri makanan
secara purata akan hanya meningkat sebanyak 0.2 peratus
sahaja. Di antaranya, industri yang banyak menggunakan
bahan bakar seperti industri biskut di mana jumlah kos dianggar
meningkat sebanyak 0.5 peratus, pembuatan roti dan kekmeningkat sebanyak 0.3 peratus manakala industri yang
kurang menggunakan bahan bakar seperti pengeluaran air
mineral, kos dianggarkan meningkat hanya sebanyak 0.1
peratus.
Kajian juga dijalankan bagi pembuatan roti canai dan didapati
bahawa satu tong gas 14 kg boleh memasak kira-kira 1,020keping roti canai. Sebelum kenaikan harga gas memasak, kos
-
7/27/2019 nota subsidi
13/25
12
penggunaan gas LPG adalah sebanyak dua sen bagi setiap
keping roti canai. Berikutan kenaikan harga gas memasak
sebanyak 30 sen sekilogram maka kesannya kepada kos
memasak roti canai hanya meningkat kurang daripada satu sen
iaitu 0.4 sen sekeping.
Sehubungan itu, Kerajaan memberi amaran supaya pihak
tertentu agar tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan
harga barangan dan perkhidmatan sewenang-sewenangnya.
Tindakan tegas akan diambil ke atas sesiapa yang tidak
bertanggung jawab.
SEBELUM KENAIKAN
SELEPAS KENAIKAN
Memasak
Harga = RM20.30 Kos gas bagi sekeping
roti canai = 2 sen
Memasak
Harga = RM24.50 Kos gas bagi sekeping
roti canai = 2.4 sen
Meningkat = 0.4 sen
-
7/27/2019 nota subsidi
14/25
13
9. Bagaimanakah penjimatan daripada subsidi minyak akan
dibelanjakan berikutan kenaikan harga minyak sebanyak 30
sen?
Jumlah subsidi yang dapat dijimatkan dianggar berjumlahRM4.4 bilion pada tahun 2006 akan dipulangkan balik kepada
rakyat dengan menambah baik sistem pengangkutan awam.
Bagi tujuan ini, Kerajaan telah menubuhkan Kumpulan Wang
Amanah Pengangkutan Awam (KWAPA).
Dana ini, akan digunakan bagi tiga tujuan :
o Meningkatkan mutu perkhidmatan bas terutama dari
aspek liputan dan kekerapan perkhidmatan.
o Menambah baik sistem integrasi pengangkutan awam
antara bas, LRT, monorel dan komuter;
o Memperluaskan jaringan sistem monorel atau LRT; dan
Tujuan utama program ini ialah untuk melaksanakan sistem
pengangkutan awam yang bersepadu. Ia juga melibatkan
sistem pengangkutan awam di bandar-bandar lain selain
bandaraya Kuala Lumpur. Kerajaan yakin usaha menambah
baik sistem pengangkutan awam akan meningkatkan mutu
perkhidmatan sekali gus memberi lebih keselesaan kepadapengguna. Usaha ini secara langsung akan menggalakkan
penggunaan pengangkutan awam.
10. Patutkah Kerajaan guna sepenuhnya sumbangan PETRONAS
untuk membiayai subsidi?
Sejak ditubuhkan pada tahun 1974, PETRONAS telahmembuat sumbangan besar terhadap pembangunan negara.
-
7/27/2019 nota subsidi
15/25
-
7/27/2019 nota subsidi
16/25
15
keuntungan berlebihan. Oleh itu, sebagai pengguna, rakyat
perlulah bertindak dengan bijak dalam berbelanja. Ini termasuk
bijak dalam membuat pertimbangan berasaskan maklumat
serta bertanggungjawab ke atas perbelanjaan.
Rakyat atau pengguna haruslah bijak memainkan peranan
mereka dalam menangani kenaikan harga bahan api ini.
Mereka perlu merancang perbelanjaan supaya tidak berlaku
pembaziran. Pengguna juga perlu menyesuaikan gaya hidup
dengan kemampuan supaya mereka tidak dibebani dengan
masalah kewangan dan sosial. Mereka harus tahu
menggunakan kuasa pengguna dengan hanya membelidaripada peniaga yang menjual dengan harga yang berpatutan.
Kira-kira 41 peratus dari penggunaan tenaga digunakan oleh
sektor pengangkutan. Oleh itu, dari segi penggunaan minyak,
dengan merancang perjalanan lebih awal, berkongsi kereta
atau menaiki kenderaan awam, perbelanjaan ke atas minyak
boleh dikurangkan.
12. Apakah langkah Kerajaan untuk mengawal kenaikan harga
barangan dan perkhidmatan?
Melaksanakan penguatkuasaan kawalan harga sepanjang
masa ke atas 11 jenis barang keperluan di bawah Akta
Kawalan Bekalan 1961 dan kawalan harga di bawah AktaKawalan Harga 1946 bagi barangan keperluan musim
perayaan Hari Raya Puasa, Tahun Baru China dan Deepavali
seperti pada 15 Oktober 2005 hingga 28 Februari 2006.
Kawalseliaan bekalan ke atas barangan keperluan ~
Mengawalselia bekalan barang-barang bagi memastikan
bekalan barang-barang keperluan sentiasa mencukupi danmudah diperolehi dengan harga yang berpatutan. Bagi
-
7/27/2019 nota subsidi
17/25
16
memastikan pelaksanaan kawalseliaan bekalan ini berkesan,
sebanyak 21 jenis barang telah diwartakan di bawah Akta
Kawalan Bekalan 1961 sebagai barang-barang kawalan
sepanjang masa dan semasa musim perayaan sebanyak 25
jenis barang lagi turut diwartakan pada setiap tahun sebagaitambahan kepada 21 jenis barang kawalan sepanjang masa.
Pelesenan barang kawalan ~ Melesenkan 12 jenis barang
kawalan berjadual di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan
Bekalan 1974 bagi lebih memudahkan pelaksanaan
kawalseliaan ke atas barang-barang tersebut.
Pemantauan harga mingguan 255 barang ~ Memantau harga
secara mingguan ke atas 255 jenis barang di 63 pusat
pungutan di seluruh negara bagi mengetahui tren harga
barangan tersebut dan mengambil langkah-langkah tertentu
bagi menstabilkan harga sekiranya kenaikan harga berpunca
daripada kekurangan bekalan di pasaran. Barangan terlibat
meliputi barangan di pasar basah seperti ayam, ikan, sayur-sayuran, telur serta buah-buahan dan juga barangan di kedai
runcit dan pasaraya seperti minuman, makanan sedia bungkus,
makanan dalam tin serta rempah ratus.
Perbincangan dengan pengeluar, pengimport dan
pemborong~ Mengadakan perbincangan dengan pengeluar,pengimport, pemborong serta pengusaha restoran bagimendapatkan persetujuan mereka supaya tidak menaikkan
harga ataupun sekiranya perlu, kenaikan harga tersebut
mestilah berpatutan.
Memperbanyakkan kemudahan bagi pengguna membuat
aduan ~ mengenai isu harga dan barangan dan bekalan.
Kemudahan yang disediakan termasuklah peti surat 8000,talian telefon bebas tol 1-800-886-800, sistem pesanan ringkas
-
7/27/2019 nota subsidi
18/25
17
(SMS) 36663, e-mail : [email protected], membuka
bilik gerakan 24 jam dan menyediakan kemudahan call-centre
yang beroperasi 24 jam.
Memperkenalkan program pengguna bijak ~ iaitu denganmemberi pengiktirafan kepada hypermarket, supermarket,
pasar serta restoran yang bekerjasama dengan KPDN & HEP
menjual barangan mereka dengan harga berpatutan. Premis
perniagaan yang dipilih akan dibenarkan menggunakan logo
pengguna bijak yang dikeluarkan oleh Kementerian bagi
memaklumkan kepada pengguna mengenai pengiktirafan yang
diberi kepada premis ini.
Khidmat Sukarelawan Pemantauan Harga ~ Menggerakkan
Sukarelawan Pemantauan Harga yang kini berjumlah 14,000
orang di seluruh negara bagi memantau kenaikan harga
barangan dan melaporkan jika berlaku kenaikan harga di
tempat mereka kepada Kementerian bagi diambil tindakan.
Bekerjasama dengan KEMAS ~ Mengadakan kerjasama
dengan KEMAS yang mempunyai 15,000 anggota meliputi
semua kawasan parlimen di seluruh negara bagi membantu
memantau kenaikkan harga dan melaporkan kepada KPDN &
HEP untuk tindakan seterusnya.
Menggalakkan orang awam menyertai persatuan pengguna~ Menggalakkan lebih ramai penyertaan orang awam dalam
persatuan pengguna supaya pengguna lebih peka terhadap isu
kepenggunaan terutama berhubung dengan harga barang.
Meningkatkan penguatkuasaan ~ Pegawai-pegawai
Penguatkuasa di seluruh negara telah diarah meningkatkan
penguatkuasaan bagi memastikan para peniaga tidakmengambil kesempatan menaikkan harga secara tidak
-
7/27/2019 nota subsidi
19/25
18
berpatutan, peraturan penggunaan tanda harga ke atas semua
barang yang dijual secara runcit dipatuhi, bekalan barangan
mencukupi dengan harga yang berpatutan dan peniaga
mematuhi undang-undang serta beretika.
13. Selain daripada subsidi minyak, adakah subsidi lain yang
diberi oleh Kerajaan?
Ya. Terdapat beberapa jenis bantuan yang diberi oleh Kerajaan
bertujuan untuk meringankan beban rakyat terutama golongan
berpendapatan rendah dan golongan sasar yang ditetapkan. Ia
boleh dikategorikan kepada subsidi dan lain-lain bantuan.
Subsidi adalah diterima secara terus oleh pengguna atau
pengeluar / pengusaha seperti subsidi minyak, persekolahan
seperti bantuan makanan dan pinjaman buku teks, subsidi
bantuan harga padi dan subsidi baja, subsidi kepada orang asli,
pengangkutan udara ke kawasan pedalaman Sabah dan
Sarawak dan sebagainya.
Lain-lain bantuan adalah dalam bentuk perkhidmatan yang
diberikan oleh Kerajaan dengan harga bayaran minimum atau
percuma. Di antaranya adalah rawatan perubatan di klinik dan
hospital Kerajaan, pendidikan di sekolah rendah, menengah
dan di institusi pengajian tinggi awam, biasiswa dan pinjaman
pelajaran.
14. Berapakah jumlah subsidi sosial yang telah ditanggung oleh
Kerajaan?
Di samping subsidi minyak, terdapat beberapa lagi subsidi
sosial yang ditanggung oleh Kerajaan di mana jumlah subsidi
pada tahun 2003-2005 adalah seperti di jadual :-
-
7/27/2019 nota subsidi
20/25
-
7/27/2019 nota subsidi
21/25
20
asas, benih dan baja di mana sebanyak RM2,000 dibiayai
melalui ses dan RM5,000 adalah subsidi Kerajaan.
o Bagi pinjaman pertanian di bawah Bank Pertanian
Malaysia, petani menikmati pinjaman dengan kadar 3.75peratus setahun berbanding kadar pasaran sebanyak 8.9
peratus. Pada tahun 2005, perbezaan kadar faedah
pinjaman ini berjumlah RM9.4 juta telah juga ditanggung
oleh Kerajaan.
o Pinjaman di bawah Dana Nelayan LKIM juga menikmati
kadar faedah yang rendah sebanyak 3.75 peratus setahundi mana pada tahun 2005 sebanyak RM2 juta ditanggung
oleh Kerajaan akibat perbezaan kadar faedah pasaran.
Pendidikan
o Kementerian Pelajaran telah membelanjakan sebanyak
RM1.5 bilion untuk membantu murid daripada keluargamiskin melalui lapan program/skim. Perbelanjaan ini
termasuklah RM626 juta bagi Program Makanan
Tambahan dan Program Susu Sekolah, RM161.6 juta bagi
Skim Pinjaman Buku Teks, RM200 juta untuk Biasiswa
Kecil Persekutuan, Biasiswa Kelas Persediaan Universiti
dan bantuan kewangan kepada anak angkatan tentera
yang berkhidmat dengan Pasukan Pengaman PBB danRM377.5 juta untuk kemudahan asrama bagi murid yang
tinggal jauh dari sekolah. Sebanyak RM120 juta pula
adalah bantuan kepada murid sekolah rendah membeli
pakaian seragam dan peralatan sekolah dan RM181.9 juta
di bawah Skim Baucer Tuisyen.
o Untuk mahasiswa / mahasiswi yang meminjam dariPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),
-
7/27/2019 nota subsidi
22/25
21
mereka hanya dikenakan kadar faedah sebanyak 3.0
peratus setahun untuk pinjaman mereka sedangkan tabung
berkenaan terpaksa membayar faedah pada kadar 5.0
peratus setahun kepada KWSP. Kerajaan melalui PTPTN
memberikan subsidi kadar faedah sebanyak 2.0 peratuskepada setiap pelajar yang mendapat pinjaman di bawah
PTPTN.
o Mahasiswa / mahasiswi juga dapat menikmati yuran
pengajian yang lebih rendah berbanding dengan kos bagi
pengajian yang agak serupa di institusi pendidikan tinggi
swasta seperti ditunjukkan di jadual berikut :
JADUAL 4
Perbandingan Kos Pengajian di IPTA dan IPTS
BidangPengajian
KosProgram di
IPTA
(A)
Yuran yangDikenakan
(B)
Kos YangDitanggung
Kerajaan
(A - B)
KosProgram di
IPTS
BBA 21,582 4,700 16,882 38,657
Sains Komputer 32,861 5,700 27,161 36,568
Kejuruteraan 53,130 6,500 46,630 50,664
Perubatan 275,518 9,800 265,718 271,317
Undang-undang 38,227 5,800 32,427 72,800
Farmasi 66,283 5,000 61,283 109,241
Sains 48,512 5,000 43,512 59,943
Sastera 20,551 4,200 16,351 65,072
Kesihatan
o Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM7 bilion pada
tahun 2005 di bawah perbelanjaan mengurus berbanding
kutipan daripada perkhidmatan perubatan, kesihatan dan
pergigian berjumlah RM150 juta. Ini bermakna Kerajaan
memberikan bantuan sebanyak RM6.85 bilion untuk rakyat
menerima rawatan kesihatan Kerajaan. Kerajaan juga telah
-
7/27/2019 nota subsidi
23/25
22
membelanjakan sebanyak RM9.3 bilion di bawah
peruntukan pembangunan RMKe-8 untuk meningkatkan
kemudahan kesihatan.
o Malah, ramai yang tidak sedar bahawa bayaran bagirawatan kesihatan yang dibayar oleh rakyat adalah kecil
berbanding dengan kualiti perkhidmatan yang diterima.
Kanak-kanak di bawah satu tahun dan rawatan imunisasi
adalah percuma. Begitu juga kepada pelajar, golongan
kurang upaya, pesara dan anggota perkhidmatan awam
serta pasukan beruniform adalah diberikan rawatan
kesihatan percuma manakala bagi warganegara yang laindikenakan bayaran paling minimum seperti berikut :
JADUAL 5
Kadar Caj Kemudahan Kesihatan Kerajaan
Rawatan Caj (RM)
Caj Pesakit Luar 1.00
Rawatan pesakit dalam 10.00
Accouchmen & bersalin 10.00
Fisioterapi 20.00
Cabut sebatang gigi 15.00
Filing sebatang gigi 15.00
Tampal gigi 40.00
Kikis gigi 40.00
Gigi palsu penuh 200.00
-
7/27/2019 nota subsidi
24/25
23
o Bayaran minimum yang dikenakan bagi kemasukkan
ke wad adalah seperti berikut :
JADUAL 6
Kadar Caj Kemasukan Wad di Hospital Kerajaan
Caj Wad sehari (RM)
Jenis Wad Warganegara Pesara
Wad kelas 1 (seorang berhawa dingin) 80.00 10.00
Wad kelas 1 (bilik berdua berhawadingin)
60.00 10.00
Wad kelas 1 (bilik bertiga & lebih sertaberhawa dingin)
30.00 5.00
Wad kelas 2 (bilik berhawa dingin) 20.00 1.50
Wad kelas 3 (bilik berhawa dingin) 3.00 Percuma
Wad psikiatrik 10.00 -
o Caj yang dikenakan oleh klinik dan hospital Kerajaan
adalah jauh lebih murah jika dibanding dengan caj yang
dikenakan oleh klinik atau hospital swasta seperti
dinyatakan di bawah :
JADUAL 7
Kadar Konsultansi di Hospital Kerajaan
Caj (RM)
Jenis Rawatan Pengamal Am Pakar
Konsultansi jangka masa pendek 15.00 35.00
Konsultansi jangka masa panjang 25.00 50.00
Konsultansi berpanjangan 35.00 100.00
Perumahan
o Kerajaan juga telah melaksanakan Program Perumahan
Awam Kos Rendah (PAKR) di bawah RMKe-8 di mana
sebanyak 27,006 unit rumah kos rendah telah dibina untuk
golongan berpendapatan rendah.
-
7/27/2019 nota subsidi
25/25
o Di kawasan bandar raya dan bandar yang lebih besar,
Program Perumahan Rakyat Bersepadu (PPRB) telah
dilaksanakan bertujuan untuk penempatan semula
setinggan. Sebanyak 37,241 unit rumah kos rendah telahsiap dibina dan disewakan kepada golongan
berpendapatan rendah dengan kadar sewa minimum
sebanyak RM124 sebulan.
Tenaga elektrik
o Dari segi bekalan tenaga elektrik, kadar tarif yang tetapkankepada pengguna domestik dan lampu awam adalah lebih
rendah daripada harga sebenar. Dalam hubungan ini,
jumlah subsidi yang ditanggung adalah sebanyak RM349
juta kepada pengguna domestik dan RM77 juta bagi lampu
awam pada tahun 2005.
o Selain itu, kadar sebenar tarif elektrik yang dibekalkankepada kesemua pengguna adalah juga pada harga yang
telah disubsidi apabila mengambil kira bahawa gas asli
yang dibekalkan oleh PETRONAS bagi penjanaan tenaga
elektrik telah ditetapkan oleh Kerajaan pada paras RM6.40
setiap mmbtu berbanding harga pasaran sebanyak
RM30.84 setiap mmbtu.
Unit Perancang EkonomiJabatan Perdana Menteri24 Mac 2006www.epu.jpm.my