nota sivik tingkatan 3 adat resam dan pantang larang masyarakat

5
ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG MASYARAKAT ADAT URUSAN PERKAHWINAN KAUM MELAYU Adat merisik Adat merisik dijalankan bagi memastikan gadis pilihan lelaki Itu belum berpunya. Pihak lelaki akan menghantar ibu bapa atau saudara mara. Lazimnya sebentuk cincin belah rotan akan diberikan kepada pihak perempuan. Adat meminang Pada masa ini pihak lelaki dan perempuan akan berunding untuk menetapkan tarikh pertunangan. Perbincangan juga berkisar tentang hantaran. Adat bertunang Wakil pihak lelaki akan datang ke rumah perempuan dengan membawa hantaran yang terdiri daripada tepak sirih atau siri junjung, sebentuk cincin dan hantaran lain. Wakil kedua belah pihak akan berbincang tentang belanja perkahwinan, tempoh pertunangan dan hal-hal lain. Wakil pihak lelaki akan manyarungkan cincin pertunangan. Adat nikah Pengantln lelakl akan membaca lafaz nikah di depan Tok Kadi. Selepas saksi berpuas hati dengan lafaz tersebut, maka kedua mempelai selamat diijabkabulkan. Adat berinai Dijalankan di mana mempelai akan ditepung tawar Perkahwinan Kedua-dua mempelai akan memakai pakaian pengantin. Pengantin akan bersanding di atas pelamin. Semasa adat bersanding diadakan, adat menepung tawar turut dilakukan. KAUM CINA Adat merisik Adat merisik dilakukan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati. Pertemuan antara kedua-dua pihak biasanya diadakan di restoran. Ia bagi mengeratkan hubungan kedua-dua buah keluarga. Perbincangan adalah berkaitan latar belakang keluarga dan asal keturunan. Adat meminang Dijalankan setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing. Seorang wakil pihak lelaki akan ke rumah si gadis bagi membincangkan perkara- perkara berkaitan perkahwinan. Ibu si gadis akan berbincang dengan wakil pihak lelaki berkenaan mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang sesuai. Adat bertunang Hari bertunang ditetapkan berdasarkan kelendar cina. Khidmat tukang tilik digunakan untuk menentukan tarikh perkahwinan yang sesuai. Jika dilakukan pada tarikh yang tidak sesuai, ditakuti sesuatu perkara tidak elok akan berlaku. Perkahwinan Pada hari perkahwinan, kedua-dua mempelai akan dihias indah. Mereka akan disandingkan. Selepas bersanding mereka akan dibawa bertemu keluarga masing-masing untuk meminta restu. Pada sebelah malam diadakan jamuan makan di dewan, restoran atau rumah. Tetamu yang datang akan memberi angpau kepada pasangan pengantin. Pasangan pengantin kemudian akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan di hadapan saksi.

Upload: jesmani

Post on 16-Jan-2016

267 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

PENDIDIKAN SIVIK TINGKATAN 3SIVIK TINGKATAN 3 ADAT RESAM

TRANSCRIPT

Page 1: NOTA SIVIK TINGKATAN 3 Adat Resam Dan Pantang Larang Masyarakat

ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG MASYARAKAT

ADAT URUSAN PERKAHWINAN

KAUM MELAYU

Adat merisik

Adat merisik dijalankan bagi memastikan gadis pilihan lelakiItu belum berpunya. Pihak lelaki akan menghantar ibu bapa atau saudara mara. Lazimnya sebentuk cincin belah rotan akan diberikan kepada pihak perempuan.

Adat meminang

Pada masa ini pihak lelaki dan perempuan akan berunding untukmenetapkan tarikh pertunangan. Perbincangan juga berkisar tentang hantaran.

Adat bertunang

Wakil pihak lelaki akan datang ke rumah perempuan dengan membawa hantaran yang terdiri daripada tepak sirih atau siri junjung, sebentuk cincin dan hantaran lain. Wakil kedua belah pihak akan berbincang tentang belanja perkahwinan, tempoh pertunangan dan hal-hal lain. Wakil pihak lelaki akan manyarungkan cincin pertunangan.

Adat nikah

Pengantln lelakl akan membaca lafaz nikah di depan Tok Kadi.Selepas saksi berpuas hati dengan lafaz tersebut, maka kedua mempelai selamat diijabkabulkan.

Adat berinai Dijalankan di mana mempelai akan ditepung tawar

Perkahwinan Kedua-dua mempelai akan memakai pakaian pengantin. Pengantin akan bersanding di atas pelamin. Semasa adat bersanding diadakan, adat menepung tawar turut dilakukan.

KAUM CINA

Adat merisik

Adat merisik dilakukan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati. Pertemuan antara kedua-dua pihak biasanya diadakan di restoran. Ia bagi mengeratkan hubungan kedua-dua buah keluarga. Perbincangan adalah berkaitan latar belakang keluarga dan asal keturunan.

Adat meminang

Dijalankan setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing. Seorang wakil pihak lelaki akan ke rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Ibu si gadis akan berbincang dengan wakil pihak lelaki berkenaan mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang sesuai.

Adat bertunang

Hari bertunang ditetapkan berdasarkan kelendar cina. Khidmat tukang tilik digunakan untuk menentukan tarikh perkahwinan yang sesuai. Jika dilakukan pada tarikh yang tidak sesuai, ditakuti sesuatu perkara tidak elok akan berlaku.

Perkahwinan Pada hari perkahwinan, kedua-dua mempelai akan dihias indah. Mereka akan disandingkan. Selepas bersanding mereka akan dibawa bertemu keluarga masing-masing untuk meminta restu. Pada sebelah malam diadakan jamuan makan di dewan, restoran atau rumah. Tetamu yang datang akan memberi angpau kepada pasangan pengantin. Pasangan pengantin kemudian akan menandatangani dua

Page 2: NOTA SIVIK TINGKATAN 3 Adat Resam Dan Pantang Larang Masyarakat

pucuk surat perkahwinan di hadapan saksi.

KAUM INDIA

Adat merisik

Orang tengah akan membantu dalam kerja-kerja merisik. Sewaktu merisik beberapa perkara diambil kira

1. Faktor etnik, subetnik, kasta, agama2. Status ekonomi dan sosial

Kunjungan ke rumah pengantin

Bakal pengantin lelaki akan ke rumah bakal pengantin perempuan bagi melihat paras bakal pengantin perempuan. Bakal pengantin perempuan yang memakai sari akan melayani tetamu termasuk bakal pengantin lelaki. Wakil pengantin perempuan pula akan bertandang ke rumah lelaki. Namun bakal pengantin perempuan tidak turut serta.

Adat penyesuaian bakal pengantin

Adat penyesuaian bakal pengantin dijalankan. Terdapat beberapa aspek yang perlu diambil kira bagi menentukan kesesuaian pengantin.

Ikat janji

Selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak, ikat janji dilakukan. Bakal pengantin lelaki akan melafazkan ikat janjimenyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. Perkahwinan pun akan diumumkan kepada orang ramai.

Pemberian hadiahAdat pemberian hadiah atau parisam umpama sebuah majlis pertunangan. Pihak lelaki akan memberi hantaran kepada pihak perempuan dalam jumlah ganjil.

Sebelum majlis perkahwinan

Kad jemputan dalam bilangan ganjil dibawa ke kuil untuk bersembahyang. Penyediaan thaali iaitu lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada leher pengantin. Adat Mukuurtta Kaal diadakan pada hari yang baik.

Perkahwinan Dimulakan dengan upacara ikat janji dengan memberi hadiah. Upacara dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pasangan hidup bahagia.

KAUM KADAZAN DI SABAH

Perkenalan Pemuda Kadazan akan menyatakan keinginannya untuk berkahwin kepada ibu bapanya.

Merisik Bapa pihak lelaki akan pergi ke rumah pihak perempuan untuk meminang. Ibu bapa pihak perempuan akan memberikan kata putus.

Pertunangan

Pertanyaan akan dilangsungkan apabila jumlah hantaran atau nopung dipersetujui oleh pihak perempuan dan lelaki. Setelah nopung diterima oleh pihak perempuan, tarikh perkahwinan akan ditetapkan.

Perkahwinan

Kira-kira sebulan selepas bertunang, perkahwinan akan dilangsungkan. Sahabat handai dan sanak saudara akan dijemput menghadiri majlis perkahwinan yang berlangsung. Para tetamu akan turut serta menari tarian Sumazau pada majlis perkahwinan tersebut.

Page 3: NOTA SIVIK TINGKATAN 3 Adat Resam Dan Pantang Larang Masyarakat

KAUM IBAN

Merisik

o Dalam masyarakat Iban, perkahwinan biasanya ditentukan oleh pengantin lelaki.

o Ibu bapa atau wakil akan bertandang ke rumah gadis untuk merisik apabila seorang teruna berkenan kepada seorang gadis.

o Pada masa itu, syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan. o Keluarga pihak lelaki akan menghantar rombongan

meminang gadis itu jika dipersetujui.

Meminang dan bertunang

o Rombongan meminang daripada pihak lelaki dihantar tidak kurang daripada 5 orang dan palingramai 20 orang yang terdiri daripada orang tua.

o Syarat-syarat perkahwinan ditetapkan seperti mas kahwin.o Setelah mencapai kata sepakat, ayah pihak lelaki

menanggalkan lapit atau tali pinggang perak atau sebilah pedang sebagai tanda pertunangan.

o Tarikh dan hari perkahwinan dibincangkan.o 2 atau 3 hari kemudian wakil pihak lelaki akan

memaklumkan berita pertunangan.

Perkahwinan

o Pihak lelaki akan menyediakan perbelanjaan dan barang yang harus diberikan kepada keluarga perempuan.

o Keluarga perempuan akan memburu binatang untuk disembelih pada hari perkahwinan.

o Kedua-dua pihak lelaki dan perempuan akan melantik wakil masing-masing untuk menguruskan jemputan kahwin.

o Wakil tersebut akan membawa beberapa utas tali bersimpul kepada tuai rumah yang bertanggungjawab membuka simpulan tali itu setiap hari.

o Pada hari perkahwinan rombongan lelaki akann berarak ke rumah pengantin perempuan dengan menaiki perahu atau berjalan kaki mengikut jalan darat.

o Di sepanjang jalan, rombongan pihak lelaki akan memukul gong.

o Sebaik sahaja tiba di hadapan rumah pengantin perempuan, tembakan meriam akan dilepaskan.

Page 4: NOTA SIVIK TINGKATAN 3 Adat Resam Dan Pantang Larang Masyarakat

ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG MASYARAKAT

ADAT MENYAMBUT KELAHIRAN ANAK

1. Kaum Melayu:i. Adat melenggang perut

- Adat ini dijalankan e atas wanita yang mengandung anak sulung.- Adat ini dilakukan ketika usia kandungan 7 atau 8 bulan.- Kebiasaannya pada hari melenggang perut, kenduri doa selamat

akan diadakan dan ibu mengandung dipakaikan dengan pakaian baru.

ii. Kelahiran anak- Selepas anak dilahirkan, si ibu akan berpantang selama 44 hari.- Bidan akan memandikan si ibu dan bayi pada malam hari ketiga,

ketujuh, kedua puluh dan keempat puluh empat.

iii. Bayi naik buaian- Bayi akan dimasukkan ke dalam buaian yang menggunakan

songket atau batik dan dihias dengan bunga-bungaan.- Di kiri dan kanan buaian akan diikat dengan selendang.

Selendang itu akan ditarik perlahan-lahan.- Masyarakat Melayu menjalankan adat ini serentak dengan adat

memberi nama dan adat mencukur rambut.

iv. Adat bercukur.- Bayi akan dipakaikan dengan pakaian cantik- Bayi akan diletakkan di atas tilam kecil atau didukung oleh bapa

atau datuknya.- Bayi seterusnya dibawa ke tengah majlis dan para hadirin

bergilir-gilir menggunting sedikit rambut bayi tersebut.- Kemudian rambut bayi dicukur.- Rambut tadi akan dimasukkan ke dalam air kelapa.

v. Adat turun tanah- Adat ini bagi meraikan anak yang baru pandai berjalan. - Turun tanah bermakna seseorang anak kecil dilepaskan untuk

memijak tanah sebagai lambang meneruskan hidup.

2. Kaum Cinai. Sewaktu mengandung

- Wanita yang mengandung akan dikawal dalam setiap perbuatan mereka.

- Ibu mertua bertanggungjawab menjaga menantunya yang sedang mengandung dan bukan suaminya.

ii. Selepas kelahiran- Adat-adat seperti berpantang, kenduri, mencukur rambut dan

memberi nama diamalkan oleh masyarakat Cina.

iii. Berpantang

Page 5: NOTA SIVIK TINGKATAN 3 Adat Resam Dan Pantang Larang Masyarakat

- Wanita yang baru melahirkan anak berpantang selama 40 hari.- Mereka tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dikhuatiri masuk

angin.- Pusat bayi akan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada

perutnya bagi mengelak dimasuki angin.

iv. Kenduri- Kenduri diadakan ketika bayi berumur sebulan.- Mereka akan membuat kuih berwarna merah dan kuning

berintikan kacang dan tausu serta telur yang diwarnakan merah.

v. Cukur rambut – dilakukan kerana mempercayai rambut bayi yang dilahirkan adalah rambut sementara.

vi. Memberi nama – nama yang diberi kepada bayi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti kekayaan, kemewahan dan kesejahteraan.

3. Kaum Indiai. Sewaktu mengandung

- Adat Valaikaappu dilakukan ketika kandungan sulung wanita menjangkau usia 7 hingga 9 bulan.

- Wanita hamil akan dipakaikan dengan sebentuk gelang.- Seterusnya upacara memandikan wanita hamil dilakukan.- Para cumanggali yang terdiri daripada kaum wanita yang telah

bersuami dan mempunyai anak akan melakukan upacara ini.

ii. Selepas bersalin- Sebaik sahaja bayi lahir, akan dibisikkan Gayatri Mantiram iaitu

sejenis mantera di telinga bayi sebelum tali pusat dipotong.- Ia supaya bayi mendengar nama Tuhan dan membawa rahmat.- Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni

di sekitar kawasan rumah bersama duit tembaga, serbuk kunyit, garam dan pinang.

- Bayi yang baru dilahirkan akan disapu madu bercampur minyak sapi pada lidahnya.

- Ia dipercayai boleh membawa kecantikan dan supaya bayi tidak diserang penyakit.

iii. Selepas kelahiran- Sebelum bayi dibawa masuk ke rumah, upacara aalati dilakukan

bagi mengelakkan bala.- Upacara mendodoi bayi (taalaattu) sambil bercerita agar

menjadi seorang yang berguna.