nota sejarah ting 2 bab 3

17
NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA DAN JOHOR BENTENG KESELAMATAN BRITISH PETA KONSEP Pengenalan 1. Setelah berjaya menguasai Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, British berhasrat untuk menguasai Negeri-Negeri Melayu Utara dan Johor.

Upload: fauziatun

Post on 10-Jun-2015

9.704 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA DAN JOHOR BENTENG KESELAMATAN BRITISHPETA KONSEP

Pengenalan 

1. Setelah berjaya menguasai Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu,                 British berhasrat untuk menguasai Negeri-Negeri Melayu Utara dan Johor.

2. Penguasaan terhadap negeri-negeri tersebut adalah bertujuan untuk menghalang kemaraan  

kuasa-kuasa Eropah lain di Asia Tenggara.

3. British berjaya mengukuhkan kedudukannya di negeri-negeri itu dengan menempatkan             seorang Penasihat British.

Negeri-Negeri Melayu Utara Penampan Keselamatan Di Tanah Melayu

1. British telah muncul sebagai sebuah kuasa imperialis yang besar pada akhir kurun ke-19.

2. Negara-negara di Asia Tenggara yang kaya dengan hasil buminya telah menjadi                           tumpuan kepada kuasa-kuasa besar Eropah seperti Perancis, Jerman, Amerika Syarikat dan     Rusia.

3. Perancis berminat dengan Lembah Menam Chao Phraya dan merancang untuk                               membina Segenting Kra  yang akan mengancam perdagangan British di Singapore.

4. Jerman berminat untuk mengambil Pulau Langkawi manakala Amerika Syarikat pula ingin           mendapatkan Terengganu dan Rusia berhasrat untuk menduduki Ujung Salang.

5. Oleh itu, amatlah penting bagi British untuk meluaskan tanah jajahannya ke seluruh Tanah       Melayu.

6. Pada tahun 1897, British telah menandatangani perjanjian dengan Siam untuk menghalang         mana-mana kuasa lain mendapatkan tanah jajahan daripada Siam.

7. Namun, perjanjian itu gagal dicapai apabila sultan-sultan negeri Melayu Utara telah                     berhubung dengan kuasa lain.                                                                                                                

PETA NEGERI-NEGERI MELAYU                                                                                                              TIDAK BERSEKUTU

8. Contohnya, Sultan Terengganu telah menerima Amerika Syarikat untuk membuka                   petempatan di Pulau Redang dan Sultan Kelantan telah memberikan konsesi tanah seluas       776 966 hektar kepada Duff Development Company.

9. British kemudiannya telah menandatangani satu lagi perjanjian dengan Siam yang                       dinamakan Perjanjian Pengisytiharan British-Siam pada tahun 1902.

10. Perjanjian ini menyatakan bahawa Negeri-Negeri Melayu Utara diletakkan dibawah naungan     Siam dan British akan meletakkan beberapa wakilnya di sana sebagai penasihat sultan.

11. Penasihat sultan ini ialah Meadowe Frost di Kedah, W.A.Graham di Kelantan, H.E.Duke di         Perlis. Sementara itu di Terengganu tiada penasihat sultan diletakkan dengan syarat                 Terengganu tidak akan memberikan sebarang konsesi kepada kuasa asing.

12. Perjanjian Bangkok pada tahun 1909 pula telah memberikan Negeri-Negeri Melayu Utara             kepada British.  Raja-raja Melayu tidak berunding dengan British mengenai perjanjian ini         lalu terpaksa mengakuinya.

13. Antara syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian Bangkok (1909) :                                      

(a)   Siam menyerahkan negeri Kedah, Perlis, Kelantan, dan Terengganu kepada British.     (b)   Siam tidak akan menyewakan mana-mana wilayahnya tanpa kebenaran British.      (c)   British menyerahkan Hak Wilayah Asingan kepada Siam.

Penasihat British Mengancam Kedaulatan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

1.   British berjaya meluaskan kekuasaannya di Neger-Negeri Melayu Utara melalui Perjanjian         Bangkok.2.   Penasihat British telah dilantik di negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis.3.   Perubahan pentadbiran dan peraturan baru yang diperkenalkan oleh British telah                 menggugat kedudukan dan kekuasaan raja-raja Melayu.

                    

                                                Sultan Abdul Hamid Halim Shah(Kedah)

1.   Perjanjian Bangkok 1909 tidak diiktiraf oleh Sultan Abdul Hamid Halim Shah.  Baginda juga enggan menerima Penasihat British.

2.   Namun pada tahun 1910, British tetap melantik George Maxwell sebagai Penasihat British           di Kedah.

3.   George Maxwell cuba menerapkan pengaruh Barat dalam pentadbiran Kedah untuk                     mengukuhkan kuasa British. Antaranya ialah :                                                                                    (a)   Cuti umum pada hari Ahad.                                                                                                             (b)   Penggunaan kalendar Masihi.       (c)   Surat rasmi ditapis oleh Penasihat British.                                                                              

(d)   Bahasa Inggeris digunakan dalam penulisan surat rasmi dan perundangan.                           (e)   Melantik pegawai British dalam pentadbiran Kedah.

4.   Tindakan George Maxwell telah menimbulkan rasa tidak puas hati anggota Majlis                       Mesyuarat Negeri yang diketuai oleh Tunku Mahmud.

5.   Antara usaha yang dilakukan oleh Tunku Mahmud untuk mengekalkan identiti negeri Kedah     ialah:

      (a)   Cuti umum pada hari Jumaat.                                                                                                          (b)   Penggunaan kalendar Hijrah.                                                                                                         (c)   Surat rasmi tidak perlu ditapis.                                                                                                       (d)   Bahasa Melayu digunakan dalam penulisan surat rasmi dan perundangan.                             (e)   Keutamaan diberikan kepada orang Melayu dalam pentadbiran Kedah.

                                                                                                                      

   

 Raja Syed Alwi (Perlis)            

                1.   Raja Syed Alwi membantah tindakan siam menyerahkan negeri Perlis kepada British.

2.   Baginda juga enggan menerima Penasihat British tetapi tidak dihiraukan oleh British.                 Malah British tetap melantik Kapten Meadowe Frost sebagai Penasihat British.

3.   Meadowe Frost cuba mengukuhkan kuasa dengan menggubal undang-undang dan                     memperkenalkan jabatan baru seperti:     (a)   Jabatan Hasil dan Cukai.                                                                                                            (b)   Mahkamah Tinggi.                                                                                                                       (c)   Mahkamah Kadi.

4.   Penguasaan terhadap Jabatan Kewangan merupakan strategi British untuk menguasai               pentadbiran Perlis.

                   

Sultan Muhammad IV (Kelantan)

1.   Pada tahun 1910, Sultan Muhammad IV telah menandatangani perjanjian dengan British             bagi menempatkan J.S. Mason sebagai Penasihat British.

2.   Kuasa untuk mentadbir jajahan telah diambil alih oleh pegawai British pada tahun 1915.

3.   British juga turut menguasai beberapa jabatan penting seperti Mahkamah Tinggi, Jabatan      

Polis dan Pejabat Tanah.

     Sultan Muhammad II (Terengganu)

1.   Perlantikan Penasihat British di Terengganu tidak diiktiraf oleh Sultan Zainal Abidin III.

2.   Baginda telah berjumpa dengan Pesuruhjaya Tinggi British di Singapura untuk membuat            bantahan,namun British tetap melantik W.L. Conlay sebagai wakil British pada tahun 1910.

3.   Wakil British hanya berkuasa dalam pengurusan hal ehwal luar negeri Terengganu sahaja.

4.   Untuk memastikan kedaulatan dan kemerdekaan Terenggany terpelihara, Sultan Zainal               Abidin III telah menggubal perlembagaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu           pada tahun 1911.

5.   Pada tahun 1918, Sultan Muhammad II dilantik menjadi sultan menggantikan Sultan Zainal         Abidin III yang mangkat pada tahun 1918.

6.   Atas desakan British, Sultan Muhammad II telah menandatangani satu perjanjian di                     Singapura dan J.L. Humphreys telah dilantik sebagai Penasihat British.

7.   Baginda turun takhta kerana enggan tunduk kepada tekanan British.

8.   Keadaan ini telah memberi peluang kepada British untuk menguasai Terengganu apabila         Jabatan Kastam, Jabatan Perubatan, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Tanah dan Galian       diletakkan di bawah Penasihat British.

Pemodenan Johor Melambatkan Campur Tangan British

 TEMENGGUNG DAENG IBRAHIM PEMIMPIN YANG BERWIBAWA (1825 - 1862)

                                                       Temenggung Daeng Ibrahim

1.   Johor merupakan sebuah negeri yang dapat mengekalkan kedaulatannya sehingga tahun         1914 kerana menjalankan persahabatan dengan British dengan memperkenalkan sistem             birokrasi moden serta kebijaksanaan pembesarnya menjalankan pentadbiran.

2.   Antara pembesar yang berwibawa pada masa itu ialah Daeng Ibrahim yang berkhidmat               semasa pemerintahan Sultan Hussein dan Sultan Ali.  Beliau telah menjadi Temenggung             Johor setelah ayahnya Temenggung Abdul Rahman meninggal dunia pada tahun 1825.

3.   Beliau telah menandatangani perjanjian dengan Temenggung Ibrahim dan Sultan Hussein         yang membolehkannya menjadi pemerintah di Johor kecuali di kawasan Kesang.

4.   Beliau juga telah mengasaskan pusat pentadbiran di Tanjung Puteri dan memajukan                   ekonomi Johor dengan membawa masuk orang Cina untuk mengusahakan ladang lada             hitam melalui Sistem Kangcu.

SULTAN ABU BAKAR "BAPA PEMODENAN JOHOR" (1862 - 1895)

     Sultan Abu Bakar

1.   Sultan Abu Bakar juga seorang sultan yang berwibawa. Beliau telah menaiki takhta Johor     pada tahun 1862 dan diberi gelaran Datuk Temenggung Abu Bakar Seri Maharaja Johor.

2.   Baginda telah mempelajari pentadbiran Eropah lalu memodenkan pentadbirannya dengan     mengadakan mahkamah, perkhidmatan pos dan Jabatan Kerja Raya.

3.   Baginda juga telah membina sekolah, hospital, jalan raya, pasukan polis dan tentera untuk   kesejahteraan rakyatnya.

4.   Pada zaman pemerintahan baginda, Johor telah muncul sebagai pengeksport lada hitam         yang terbesar di dunia.

5.   Pada zaman pemerintahan baginda juga, baginda telah menandatangani Perjanjian               Persahabatan antara Johor dengan British pada tahun 1885 yang yang mengiktiraf Johor           sebagai negeri yang berdaulat dan Sultan Abu Bakar telah diiktiraf sebagai Sultan Johor            yang sah.

6.   Dalam perjanjian itu juga, kedudukan Sultan Johor adalah lebih tinggi daripada Pesuruhjaya       British dan baginda boleh berhubung terus dengan kerajaan British.

7.   Pegawai British yang berada di Johor tidak bertugas sebagai Penasihat British tetapi hanya   bertugas sebagai Konsul.

8.   Baginda juga telah mengisytiharkan Undang-undang Tubuh Johor sebagai perlembagaan       negeri yang banyak membawa permodenan kepada negeri Johor.

9.   Ketokohan yang terserlah dalam diri Sultan Abu Bakar telah diiktiraf oleh pemerintah           British dan beliau telah digantikan oleh anakandanya, Sultan Ibrahim.

             

PEMIMPIN JOHOR YANG BERWIBAWA

               Dato' Jaafar bin Muhammad

1.   Dato' Jaafar bin Muhammad merupakan seorang setiausaha Johor yang pertama pada         tahun 1868 dan Menteri Besar Johor yang pertama pada tahun 1882 hingga 1919 dan                  digelar sebagai Datuk Bentara.

2.   Semasa beliau menjadi Menteri Besar, beliau telah mewajibkan pegawai British yang             berkhidmat di Johor supaya memakai pakaian rasmi Johor dan bendera Union Jack                   dikibarkan lebih rendah daripada bendera negeri Johor sebagai lambang kedaulatan negeri.

3.   Selain itu, beliau juga telah mewajibkan penggunaan Bahasa Melayu dalam penulisan surat   rasmi kerajaan.

4.   Dato' Abdul Rahman bin Andak pula merupakan Setiausaha Sulit Sultan pada tahun 1885   dan juga Setiausaha Kerajaan Johor pada tahun 1893 hingga 1909 dan telah dianugerahi            Dato' Seri Amar Diraja.

    Dato' Abdul Rahman Andak5.   Beliau menjaga hal ehwal hubungan luar negeri antara British dan Johor dan menjadi              

perintis kepada Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa Johor 1888 lalu menjadikan     Bahasa Johor sebagai bahasa yang terulung di Tanah Melayu.

           Dato' Muhammad Salleh bin Perang6.   Dato' Muhammad Salleh bin Perang pula pernah memegang jawatan seperti Pesuruhjaya          

British, Ketua Jabatan Ukur dan Ketua Jabatan Tanah dan telah dianugerah gelaran Dato'         Bentara Luar.

7.   Beliau telah melukis peta pembangunan Johor dengan menunjukkan semua jalan dan             bandar yang akan dimajukan seperti di Endau, Muar, Segamat, Tangkak dan Batu Pahat.

8.   Seorang lagi pemimpin yang penting ialah Dato' Muhammad Ibrahim Munsyi.  Beliau           merupakan Ketua Jabatan Pendidikan Johor yang pertama pada tahun 1883 dan telah                

dianugerah gelaran Dato' Bentara Alam dan juga Bapa Pendidikan Melayu Johor.

           Dato' Muhammad Ibrahim Munsyi9.   Beliau telah mewajibkan pendidikan kepada semua rakyat Johor dan telah mendirikan                

banyak sekolah.  Beliau juga telah dilantik sebagai Timbalan Menteri yang pertama pada           tahun 1893.

JOHOR DI AMBANG PENJAJAHAN BRITISH

1.  British mahu menguasai negeri Johor kerana takut Johor akan dikuasai oleh kuasa lain             dengan menandatangani Perjanjian Persahabatan 1885 dengan meletakkan hal ehwal Johor     di bawah kawalan British.

2.  British juga telah menubuhkan Lembaga Penasihat Johor untuk menasihati sultan supaya         meminjam wang sebanyak 200 000 dolar dari Negeri-Negeri Selat untuk membina landasan       kereta api dari Johor ke Singapura.

3.  Tindakan British ini telah dikesan oleh Dato' Abdul Rahman Andak lalu beliau telah                     menasihati sultan supaya tidak menerima nasihat British itu.

4.   British telah menasihatkan Gabenor Negeri-Negeri Selat supaya Dato' Abdul Rahman                 dibersarakan dan dihantar ke London dengan tujuan untuk menyingkirkan beliau.

5.   Sultan Ibrahim pula terpaksa meminda Undang-undang Tubuh Johor bagi membolehkan             pihak British menjadi ahli dalam Majlis Mesyuarat Negeri.

6.   Pada tahun 1914, Douglas Campbell telah dilantik sebagai Penasihat British.

Sultan Ibrahim

Kesimpulan

1. Seluruh Tanah Melayu Berjaya dikuasai oleh British setelah Johor turut menerima Penasihat   British pada tahun 1914.

2. British telah menempatkan Residen British di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan                 Penasihat British di Negeri-Negeri Melayu Utara.

3. Namun bidang tugas Penasihat British adalah terhad berbanding Residen British.