nota padat sejarah spm (ting 4&5)

223

Upload: asia-pacific-university-of-technology-innovation

Post on 22-Jan-2018

211 views

Category:

Education


33 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)
Page 2: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)
Page 3: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

Hak cipta terpelihara. Untuk kegunaan bukan-komersial sahaja.

Page 4: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

Kandungan

TINGKATAN 4 TINGKATAN 5

BAB 1

Kemunculan Tamadun Awal

Manusia

1

BAB 1

Kemunculan Dan Perkembangan

Nasionalisme Di Asia Tenggara

109

BAB 2

Peningkatan Tamadun 15

BAB 2

Nasionalisme Di Malaysia

Sehingga Perang Dunia Kedua

122

BAB 3

Tamadun Awal Asia Tenggara 28

BAB 3

Kesedaran Pembinaan Negara

Dan Bangsa

136

BAB 4

Kemunculan Tamadun Islam Dan

Perkembangannya Di Makkah

41

BAB 4

Pembinaan Negara Dan Bangsa

Malaysia

152

BAB 5

Kerajaan Islam Di Madinah 51

BAB 5

Pembinaan Negara Dan Bangsa

Yang Merdeka

162

BAB 6

Pembentukan Kerajaan Islam Dan

Sumbangannya

63

BAB 6

Pengukuhan Negara Dan Bangsa

Malaysia

166

BAB 7

Islam di Asia Tenggara 69

BAB 7

Sistem Pemerintahan Dan

Pentadbiran Negara Malaysia

177

BAB 8

Pembaharuan Dan Pengaruh Islam

Di Malaysia Sebelum Kedatangan

Barat

82

BAB 8

Pembangunan Dan Perpaduan

Untuk Kesejahteraan 193

BAB 9

Perkembangan Di Eropah 94

BAB 9

Malaysia Dalam Kerjasama

Antarabangsa

2016

BAB 10

Dasar British Dan Kesannya

Terhadap Ekonomi Negara

101

Page 5: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

i

Peperiksaan dah hampir dan masa semakin suntuk?

YA. SPM bermula esok! Arghh!!!

Belajar nota ringkas dan padat dalam eBook ini.

Ada masalah memahami sesuatu topik?

YA, tak paham lagi topik ni huhuhu... Saya tak akan

cemerlang dalam subjek ini :(

Jangan risau! Klik link atau imbas kod QR di sudut kanan atas pada muka surat topik tersebut dan

tontonilah video EduNation yang berkaitan.

(Panduan lanjut boleh didapati di muka surat sebelah.)

Terima kasih, EduNation! Saya dah pakar dalam subjek ini sekarang!

TIDAK, saya OK jerr...

TIDAK, ada masa lagi kut, tapi saya nak mula belajar sekarang.

Ah, anak murid cemerlang ni! Klik link atau imbas kod QR di sudut kanan atas dalam eBook ini dan tontonilah video EduNation. Gunakan nota dalam buku

ini sebagai panduan.

(Panduan lanjut boleh didapati di muka surat sebelah.)

Cara Menggunakan eBook EduNation

Page 6: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

ii

Panduan Lanjut untuk Menonton Video EduNation

Anda boleh menonton video EduNation sejarah melalui EMPAT cara-cara di bawah:

CARA 1: Dengan menggunakan ‘link’ atau pautan

1. Halakan tetikus (mouse) pada pautan (link) di sudut kanan atas setiap topik.

2. Tekan Ctrl dan klik pautan itu pada masa yang sama

ATAU

Copy dan Paste pautan itu pada browser.

ATAU

Taipkan pautan dalam browser.

3. Video yang berkenaan akan terpapar pada browser anda.

CARA 2: Dengan menggunakan kod QR untuk menonton video

menggunakan telefon bimbit

1. Turun muat (download) app ‘QR Code Reader’ dalam telefon bimbit anda.

2. Halakan pengesan (scanner) pada kod QR di sudut kanan atas setiap topik.

3. Buka link yang dikesan.

4. Video yang berkenaan akan terpapar pada browser anda.

CARA 3: Melalui laman web EduNation

1. Pergi ke www.edunation.my.

2. Pada bahagian kiri atas skrin, pilih ‘Videos’.

3. Pada bahagian kotak-kotak yang berwarna-warni, klik ‘SEJARAH’

4. Pilih Tingkatan yang berkenaan.

5. Pilih Bab yang berkenaan.

6. Video akan terpapar pada browser anda.

7. Anda juga boleh menonton video EduNation untuk subjek-subjek yang lain.

Secara PERCUMA!

CARA 4: Melalui Youtube

1. Pergi ke www.youtube.com.

2. Taipkan ‘EduNation sejarah’ pada search bar.

3. Pilih playlist Tingkatan 4 atau Tingkatan 5.

4. Anda juga boleh mengakses playlist Sejarah Form 4 di sini: http://goo.gl/npmDkR

dan playlist Sejarah Form 5 di sini: http://goo.gl/dB3EQv.

8. Pilih video yang berkenaan.

9. Tontonlah juga video EduNation untuk subjek-subjek yang lain melalui

Youtube. Secara PERCUMA!

Page 7: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

iii

Tips menonton video EduNation

1. Jika anda ingin mempercepatkan atau memperlahankan video,

tekan butang setting di sudut kanan bawah skrin video Youtube

tersebut. Klik ‘speed’ dan seterusnya pilih kelajuan yang dikehendaki.

Semakin besar nombor, semakin tinggi kelajuannya.

2. Jika anda ingin menonton video pada skrin penuh, klik butang

fullscreen Selepas itu, tekan butang Esc pada keyboard atau klik

butang exit fullscreen .

3. Klik http://goo.gl/cJI9Os dan tontonilah juga video-video The Sejarah

Show, di mana topik-topik Sejarah diperkenalkan melalui lukisan!

Page 8: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 1

KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

1.0 - Zaman Pra-Sejarah Tonton video di sini:

goo.gl/8WkYOy

Zaman Pra-

Sejarah Ciri-ciri

Zaman

Paleolitik

dan Mesolitik

1. Manusia hidup secara nomad (berpindah-randah)

2. Tempat tinggal mereka di tepi tasik, lembah sungai & dalam gua

3. Hidup secara berkumpulan dalam kelompok keluarga

4. Menyara hidup dengan memburu binatang, menangkap ikan & memungut hasil hutan

5. Peralatan diperbuat daripada batu yang mengutamakan fungsi daripada nilai seni.

Zaman

Neolitik

1. Membina penempatan kekal

2. Hidup bermasyarakat dalam kelompok besar

3. Menyara hidup dengan bercucuk tanam seperti padi di China sejak 8000 tahun lalu

4. Padi juga ditanam di Non Nok Tha & Ban Kao di Thailand serta di Gua Sireh di Sarawak

5. Penternakan binatang seperti biri-biri di Iraq

6. Tembikar dicipta melalui teknik putar di Gua Musang

7. Wujudnya pengkhususan kerja

8. Keupayaan mengeluarkan barang dan makanan yang berlebihan telah membawa

kepada sistem barter.

9. Di akhir zaman ini munculnya kumpulan yang mampu yang mampu menghasilkan

barangan logam.

Zaman

Logam

1. Penggunaan logam besi menyebabkan manusia mampu mencipta perahu dan rumah

2. Dengan adanya perahu, manusia mula menerokai lautan dan meningkatkan kegiatan

perdagangan.

3. Di peringkat awal, kegiatan perdagangan hanya di kawasan pinggir pantai

4. Sesetengah kawasan telah berkembang menjadi bandar atau kota.

5. Contoh dua bandar purba: Jericho di Jordan (8000 Sebelum Masihi) dan Catal Huyuk di

Turki (6500 Sebelum Masihi)

Soalan

1. Di manakah tempat tinggal manusia pada Zaman Paleolitik dan Mesolitik?

2. Bagaimanakah cara manusia pada Zaman Paleolitik dan Mesolitik menyara hidup?

3. Bagaimanakah kehidupan manusia pada Zaman Neolitik?

4. Mengapakah manusia Zaman Neolitik ini mampu membina penempatan kekal?

5. Berikan contoh bandar purba yang muncul pada Zaman Logam.

Jawapan:

1) Di tepi tasik, lembah sungai dan dalam gua. 2) Memburu binatang, menangkap ikan & memungut hasil hutan. 3) Mereka membina

penempatan kekal, hidup bermasyarakat dalam kelompok besar, bercucuk tanam dan menternak binatang. Mereka juga mencipta

tembikar dan mempunyai pengkhususan kerja. 4) Mereka tidak perlu berpindah-randah untuk mencari makanan kerana mereka boleh

bercucuk tanam dan menternak binatang. 5) Jericho di Jordan dan Catal Huyuk di Turki.

BAB 1

Page 9: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 2

1.1 – Makna-makna Tamadun

Tonton video di sini:

goo.gl/6SYhpH

Aspek Huraian

Maksud

Tamadun

1. Asal: Perkataan Arab (mudun, madain, madana)

2. Maksud: tinggi budi bahasa (akhlak yang baik) dan pembukaan Bandar (kemajuan)

3. Dalam bahasa Inggeris, tamadun disebut sebagai ‘civilisation’ yang berasal dari bahasa

Greek iaitu citivas yang bermaksud bandar.

Pandangan

Barat

1. Tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah seperti penulisan, undang-undang,

kesenian dan pembandaran.

2. Golden Cheldia : Pencapaian lahiriah menjadi kayu ukur kemajuan tamadun dalam

sesebuah masyarakat.

3. Riberio dan R.A.Buchanan : Pembangunan lahiriah adalah proses perkembangan

tamadun.

Pandangan

Islam

1. Tamadun merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah (akhlak yang baik).

2. Syed Naquib al-Atas : Pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang

luhur.

3. Richard Sulivan : Unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun

4. Kesimpulan : Tamadun merangkumi pencapaian lahiriah seperti kesenian dan

pembukaan kota serta pencapaian rohaniah seperti tatasusila dan moral.

Soalan

1. Apakah maksud tamadun menurut Bahasa Arab?

2. Apakah pandangan orang Barat mengenai tamadun manusia?

3. Apakah maksud tamadun menurut pandangan Islam?

Jawapan:

1) tinggi budi bahasa dan pembukaan Bandar. 2) pembangunan lahiriah seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan pembandaran.

3) Tamadun merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah.

Page 10: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 3

1.2 – Ciri-ciri Tamadun

Tonton video di sini:

goo.gl/dFuYro

Ciri-ciri

Tamadun Huraian

Penempatan

kekal

1. Cara hidup yang sistematik.

2. Peralatan baru membawa perkembangan pertanian.

3. Pengeluaran makanan meningkat.

4. Pertambahan penduduk berlaku.

Kehidupan

berorganisasi

1. Kehidupan lebih teratur.

2. Setiap lapisan masyarakat mempunyai peranan masing-masing.

3. Contoh : raja, bangsawan, rakyat, hamba

Sistem

pemerintahan

1. Raja : Ketua pemerintahan, wakil Tuhan di muka bumi.

2. Wujudnya sistem perundangan.

3. Panduan kepada masyarakat untuk menjaga keamanan dan kemakmuran

masyarakat.

Pengkhususan

kerja

(Pembahagian

kerja)

1. Lahirnya pekerja mahir.

2. Bawa kepada peningkatan hasil.

3. Berlakunya perkembangan perdagangan dengan negara luar.

4. Bawa kepada pertukaran barang, pertukaran ilmu pengetahuan, teknologi dan budaya

dengan masyarakat luar.

Agama dan

Kepercayaan

1. Manusia percaya ada kuasa ghaib yang menguasai alam.

2. Kepercayaan animisme (karut)

3. Kemudiannya dikenali sebagai politeisme: banyak tuhan.

Bahasa dan

tulisan

1. Bahasa terawal : Yunani, Sanskrit

2. Alat perhubungan dan penyebaran ilmu.

3. Tulisan terawal : hiegrolif, cuneiform, ideogram, piktograf

4. Tujuan pentadbiran : menyimpan rekod, penulisan undang-undang, hal-hal

keagamaan.

Soalan

1. Nyatakan enam ciri-ciri tamadun manusia.

2. Mengapakah penempatan kekal manusia merupakan ciri penting dalam sesebuah tamadun?

3. Apakah jenis bahasa dan tulisan zaman tamadun awal manusia?

4. Apakah kepentingan bahasa dan tulisan kepada masyarakat?

Jawapan

1) Penempatan kekal, kehidupan berorganisasi, sistem pemerintahan, pengkhususan kerja, agama dan kepercayaan, Bahasa dan tulisan. 2)

penempatan kekal membawa kehidupan manusia yang sistematik dan bermasyarakat. Dengan ini idea-idea baharu muncul yang membawa

kepada perkembangan pertanian. Sehubungan ini, pengeluaran makanan meningkat dan pertambahan penduduk berlaku. 3) Bahasa Yunani dan

bahasa Sanskrit; Tulisan hiegrolif, cuneiform, ideogram, piktograf. 4) Sebagai alat perhubungan dan penyebaran ilmu serta untuk tujuan

pentadbiran seperti menyimpan rekod, penulisan undang-undang dan hal-hal keagamaan.

Page 11: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 4

1.3 – Tamadun Mesopotamia (Bahagian 1)

Tonton video di sini:

goo.gl/hepNK2

Aspek Huraian

Pembentukan

1. Terbentuk antara Sungai Tigris dengan Sungai Euphrates

2. Maksud tamadun Mesopotamia : Tanah di antara dua sungai.

Kedudukan

1. Dua bahagian : utara Bahgdad, selatan Baghdad

2. Tamadun bermula di bahagian selatan : wilayah Sumer

Ciri-ciri

1. Membina penempatan kekal.

2. Menjalankan kegiatan pertanian.

3. Menebus guna tanah dengan membina sistem pengairan.

4. Menghasilkan makanan yang banyak.

5. Dapat menampung keperluan penduduk yang ramai.

Kesan

Wujudnya perkampungan, kemudian membentuk bandar

Terbentuknya negara kota yang terletak di sepanjang sungai.

Negara Kota Kish, Nippur, Lagash, Uruk, Ur, Eridu, Assur, Mari

Soalan

1. Apakah maksud Tamadun Mesopotamia?

2. Di manakah Tamadun Mesopotamia bermula?

3. Apakah aktiviti yang dijalankan oleh masyarakat dalam tamadun Mesopotamia?

Jawapan:

1) tanah antara dua sungai. 2) Bahagian selatan iaitu wilayah Sumer. 3) pertanian

Page 12: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 5

1.3 – Tamadun Mesopotamia (Bahagian 2)

Tonton video di sini:

goo.gl/5Gp3Pm

Aspek Huraian

Ciri-ciri

Negara Kota

1. Mempunyai ciri-ciri fizikal sendiri seperti kawasan utama iaitu pusat kota, tembok kota,

luar kota dan pelabuhan.

2. Negara kota mempunyai kubu pertahanan dan pintu gerbang.

3. Di dalam kota terdapat istana, rumah kediaman, rumah ibadat, rumah kedai dan pasar.

4. Mempunyai jalan raya yang lebar dan lurus memisahkan dengan kawasan rumah

kediaman.

5. Pusat sesebuah kota ialah rumah ibadat yang menjadi tumpuan anggota masyarakat.

6. Setiap kota mempunyai unit politik dan agama tersendiri.

7. Alat pengangkutan ialah kapal, pedati dan keldai.

Kedudukan

raja

1. Raja sebagai ketua pemerintah.

2. Raja dianggap sebagai tuhan atau wakil tuhan.

3. Raja juga sebagai pemilik negara kota.

4. Menjadi ketua tentera.

5. Menjadi ketua pendeta dan berkuasa dalam hal keagamaan.

6. Raja berkuasa melantik ahli keluarganya untuk memegang jawatan di zigurat dan

menentukan pentadbirannya.

7. Di bidang ekonomi, raja berkuasa menentukan cukai tanah, hasil pertanian dan

perniagaan.

8. Masyarakat Mesopotamia tidak menyembah raja sebagai tuhan, kecuali semasa

pemerintahan Raja Naramsin di Akad.

9. Beliau menggelarkan dirinya sebagai “Raja Empat Penjuru Alam”.

Sumbangan

Bidang

Perundangan

(Raja

Hamurabi )

1. Raja Hamurabi Memperkenalkan Kod Undang-undang Hamurabi.

2. Undang-undang ini berteraskan hak rakyat terhadap keadilan.

3. Menurut undang-undang ini, hukuman hendaklah setimpal dengan kesalahan tetapi

berbeza mengikut susun lapis masyarakat.

4. Sekiranya seseorang bangsawan mematahkan tulang bangsawan yang lain, maka

tulangnya akan dipatahkan.

5. Sekiranya seseorang bangsawan mencederakan mata rakyat atau mematahkan

tulangnya maka bangsawan akan didenda satu wang perak.

6. Kod ini mengandungi 282 undang-undang yang dipahat pada tembok dan tiang besar.

7. Kod Undang-undang ini berjaya mengelakkan wujudnya permasalahan dalam

kalangan rakyat pelbagai kaum.

8. Kod ini dikatakan dapat membantu peradaban Mesopotamia bertahan dalam jangka

masa panjang iaitu dari tahun 3500 SM hingga 539 SM.

Page 13: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 6

Soalan

1. Apakah kawasan utama dalam negara kota tamadun Mesopotamia?

2. Apakah yang terdapat di bahagian dalam negara kota tamadun Mesopotamia?

3. Apakah jenis alat pengangkutan yang digunakan oleh masyarakat tamadun Mesopotamia?

4. Siapakah yang dilantik oleh raja untuk mengetuai zigurat?

5. Apakah gelaran kepada Raja Naramsin?

6. Berikan contoh hukuman menurut Kod Undang-undang Hamurabi

Jawapan:

1) pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan. 2) istana, rumah kediaman, rumah ibadat, rumah kedai dan pasar. 3) kapal, pedati

dan keldai. 4) ahli keluarga Raja. 5) Raja Empat Penjuru Alam 6) Sekiranya seserang bangsawan mematahkan tulang bangsawan yang

lain, maka tulangnya akan dipatahkan. Sekiranya seseorang bangsawan mencederakan mata rakyat atau mematahkan tulangnya maka

bangsawan akan didenda satu wang perak.

Page 14: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 7

1.3 – Tamadun Mesopotamia (Bahagian 3)

Tonton video di sini:

goo.gl/FCgw6F

Aspek Huraian

Sumbangan

Sains dan

Teknologi

1. Tamadun Mesopotamia memberi sumbangan dalam bidang astronomi dan ilmu

matematik.

2. Penguasaan astronomi membolehkan mereka menggunakan jalan laut untuk belayar.

3. Penciptaan solar membolehkan mereka mencipta kalender yang mengandungi 12

bulan dalam setahun.

4. Perkembangan ilmu perubatan kerana kerajaan Assyria sangat mementingkan

kesihatan anggota tenteranya.

5. Penciptaan roda membawa kepada penciptaan kereta kuda dan kincir air.

6. Kincir air boleh digunakan untuk menyalurkan air ke kawasan tandus dan mengawal

banjir.

7. Menggunakan kapal untuk pengangkutan laut.

8. Memperkenalkan cara pembuatan batu bata daripada tanah liat yang digunakan

dalam pembinaan zigurat, dan seni bina terkenal seperti arca patung Raja Gudea dan

Taman Tergantung di Babylon.

Soalan

1. Apakah kepentingan penciptaan roda?

2. Bagaimanakah cara pembuatan batu-bata oleh masyarakat tamadun Mesopotamia?

3. Seni bina yang terkenal dalam tamadun Mesopotamia ialah?

Jawapan:

1) Penciptaan roda membawa kepada penciptaan kereta kuda yang telah menjadi satu pengangkutan. Penciptaan roda juga membawa

kepada penciptaan kincir air yang boleh digunakan untuk menyalurkan air ke kawasan tandus dan mengawal banjir. 2) Menggunakan

tanah liat. 3) arca patung Raja Gudea dan Taman Tergantung di Babylon.

Page 15: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 8

1.4 – Tamadun Mesir Purba (Bahagian 1)

Tonton video di sini:

goo.gl/sqcmUB

Aspek Huraian

Proses

Pembentukan

1. Manusia mula mendiami Lembah Sungai Nil pada zaman Logam.

2. Mereka menjalankan kegiatan pertanian dengan membina terusan.

3. Penempatan tetap di Lembah Sungai Nil telah berkembang menjadi kampung.

4. Gabungan kampung telah mewujudkan beberapa bandar.

5. Bandar bergabung kemudiannya membentuk nome atau daerah.

6. Firaun Menes menyatukan daerah-daerah membentuk kerajaan.

Peranan Firaun

1. Firaun merupakan raja yang berkuasa mutlak dan dianggap suci.

2. Jawatan Firaun diwarisi secara turun-temurun.

3. Zaman kerajaan lama Firaun dianggap jelmaan tuhan Horus.

4. Zaman pemerintahan dinasti ke-3 dan ke-4 Firaun digelar Raja Matahari atau Amon-Re.

5. Firaun juga ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim dan ketua pahlawan.

6. Beliau dibantu oleh golongan bangsawan dalam menjalankan pentadbiran seperti

menjaga keamanan, mengurus dan mengagihkan makanan (ketika berlaku banjir).

7. Rahib dipertanggungjawabkan oleh Firaun untuk mentadbir hal keagamaan.

8. Jurutulis dilantik untuk menulis rekod kerajaan (hasil-hasil pertanian dan cukai).

9. Seorang Firaun wanita iaitu Hatshepsut telah membina terusan dan menukar padang

pasir menjadi kawasan tanah yang subur untuk pertanian.

Soalan

1. Apakah punca terbentuknya tamadun Mesir Purba?

2. Apakah aktiviti yang dijalankan oleh masyarakat dalam tamadun Mesir Purba?

3. Apakah gelaran firaun pada zaman dinasti ketiga dan keempat?

4. Apakah jawatan yang dipegang oleh firaun?

5. Nyatakan peranan bangsawan dalam tamadun Mesir Purba.

Jawapan:

1) Manusia mula mendiami Lembah Sungai Nil pada zaman Logam. 2) Pertanian. 3) Raja Matahari atau Amon-Re 4) ketua pendeta,

pemilik tanah, ketua hakim dan ketua pahlawan 5) membantu Firaun dalam menjaga keamanan, mengurus dan mengagihkan makanan.

Page 16: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 9

1.4 – Tamadun Mesir Purba (Bahagian 2)

Tonton video di sini:

goo.gl/5EOx6w

Aspek Huraian

Sumbangan

Bidang Sains

dan Teknologi

1. Pembinaan piramid bermula daripada ilham Imhotep iaitu penasihat Firaun Djoser.

2. Pembinaan pembangunan menggunakan batu bata.

3. Penciptaan kertas dari pokok papyrus.

4. Penciptaan kertas memudahkan penyimpanan rekod.

5. Melahirkan pengamal perubatan yang mendapat status tinggi dalam masyarakat.

6. Kemajuan dalam proses memumiakan mayat.

7. Kemahiran dalam bidang fizik, kimia, perubatan dan pembedahan.

8. Perkembangan ilmu matematik dan astronomi telah digunakan untuk mengawal

keadaan banjir Sungai Nil yang berlaku setahun sekali.

9. Penukaran padang pasir menjadi kawasan pertanian dengan adanya terusan,

10. Penciptaan kalendar 365 hari berdasarkan 12 tahun setahun.

Bentuk

Kepercayaan

1. Masyarakat Mesir Purba mempercayai politeisme.

2. Tuhan orang Mesir Purba dikaitkan dengan unsur alam seperti Re (Tuhan Matahari), Ra-

Atum (tuhan Langit), Amun (Tuhan Angin).

3. Mereka percaya kepada kehidupan selepas mati.

4. Mayat perlu disimpan dan dijaga dengan teliti.

5. Makam (kubur) mayat akan dibekalkan dengan barang kelengkapan untuk kehidupan

selepas mati. Barang kelengkapan tersebut bergantung kepada status mayat tersebut.

Soalan

1. Siapakah Imhotep?

2. Berikan contoh Tuhan orang Mesir Purba.

3. Apakah bukti masyarakat Mesir Purba percaya kepada kehidupan selepas mati?

Jawapan:

1) Penasihat Firaun Djoser yang membina piramid. 2) Re (Tuhan Matahari), Ra-Atum (tuhan Langit), Amun (Tuhan Angin) 3) Selepas mati,

mayat perlu disimpan dan dijaga dengan teliti. Makam (kubur) mayat akan dibekalkan dengan barang kelengkapan untuk kehidupan

selepas mati. Barang kelengkapan tersebut bergantung kepada status mayat tersebut.

Page 17: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 10

1.5 – Tamadun Indus (Bahagian 1)

Tonton video di sini:

goo.gl/njdGq8

Aspek Huraian

Organisasi

sosial

masyarakat

1. Masyarakat terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan atasan dan golongan

bawahan.

Golongan atasan

Pendeta

Pedagang

Pendeta : ada kuasa dan pengaruh besar dalam mengawal aktiviti

masyarakat, terutamanya hal keagamaan. Pendeta

memegang tampuk pemerintahan.

Golongan bawahan

Petani

Buruh

Petani : menjalani aktiviti pertanian dan menyalurkan sebahagian

hasil tersebut kepada pihak berkuasa.

Buruh : Jaga kebersihan bandar, membina tembok dan terusan.

Ciri-ciri

istimewa

bandar

Mohenro-Daro

dan Harappa

1. Mempunyai bandar yang sistematik. Bandar dikelilingi tembok (untuk tujuan

keselamatan) dan terbahagi kepada dua bahagian.

2. Bahagian utama: Pusat pentadbiran dan keagamaan. Terdapat bangunan pentadbiran,

tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual dan pembersihan.

3. Bahagian kedua bandar: kawasan perumahan. Disusun berdasarkan blok bentuk segi

empat. Setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus.

4. Pembinaan bandar terancang diterapkan dari tamadun Mesopotamia dan tamadun

Mesir Purba.

5. Pembinaan bangunan menggunakan batu-bata dari tanah liat melalui suhu

pembakaran yang tinggi.

6. Setiap bandar mempunyai sistem kumbahan.

7. Bandar boleh dihubungi melalui sungai.

Soalan

1. Apakah peranan golongan buruh dalam Tamadun Indus?

2. Sebutkan dua buah bandar Tamadun Indus yang paling terkenal.

3. Apakah yang terdapat pada bahagian utama kedua-dua bandar tersebut?

Jawapan:

1) Jaga kebersihan bandar, membina tembok dan terusan. 2) Mohenro-Daro dan Harappa 3) Pusat pentadbiran dan keagamaan.

Terdapat bangunan pentadbiran, tempat mandi awam yang digunakan untuk upacara ritual dan pembersihan.

Page 18: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 11

1.5 – Tamadun Indus (Bahagian 2)

Tonton video di sini:

goo.gl/X3qyMw

Aspek Huraian

Kebijaksanaan

dalam

melahirkan

bandar yang

dikagumi

1. Mereka mempunyai kepakaran dari segi perletakkan bandar (meletakkan bandar di

lembah sungai) dan pengisinya (bandar utama sebagai pusat keagamaan dan

pentadbiran manakala bandar kedua sebagai kawasan perumahan).

2. Kemahiran dalam bidang geometri.

3. Kemahiran dalam bidang kesenian.

4. Kemahiran dalam bidang matematik.

5. Kemahiran dalam bidang pembinaan.

6. Pertembungan dengan tamadun Mesopotamia dan tamadun Mesir Purba.

7. Kemampuan menghasilkan bata yang kukuh melalui suhu pembakaran yang tinggi.

Agama dan

kepercayaan

1. Masyarakat Indus dikatakan telah mempunyai agama dengan penemuan patung

Proto-Siva.

Patung ini menunjukkan seseorang yang sedang duduk bersila dengan stail yoga.

Terdapat tiga tanduk di kepada yang melambangkan Dewa Brahma, Dewa Vishnu

dan Dewa Siva.

Penemuan patung Proto-Siva sangat penting dari sudut kaitannya dengan agama

Hindu.

2. Masyarakat juga percaya kepada Tuhan Ibu.

Ini dapat dibuktikan dengan penemuan patung wanita.

Jenis

Pekerjaan

1. Kegiatan ekonomi: Perdagangan, pertanian, pertukangan, pembuatan.

2. Kegiatan perdagangan melibatkan negara luar seperti dengan tamadun Mesopotamia.

Ini dapat dibuktikan dengan penemuan cop mohor Indus di Mesopotamia.

Hasil perdagangan: emas, gading gajah, manik, hasil pertanian.

3. Hasil pertanian utama: Barli, kacang

4. Ada yang terlibat dalam pembinaan, pembuatan barangan logam dan tembikar.

Soalan

1. Apakah bukti yang menunjukkan masyarakat Tamadun Indus telah mempunyai agama?

2. Senaraikan kegiatan ekonomi masyarakat dalam Tamadun Indus.

3. Apakah bukti masyarakat Indus telah menjalankan perdagangan dengan negara luar?

Jawapan:

1) penemuan patung Proto-Siva. 2) Kegiatan perdagangan, kegiatan pertanian, kegiatan pertukangan, kegiatan pembuatan 3) penemuan

cop mohor Indus di Mesopotamia

Page 19: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 12

1.6 – Tamadun Hwang Ho (Bahagian 1)

Tonton video di sini:

goo.gl/ec5N36

Aspek Huraian

Proses

Pembentukan

1. Penduduk nomad telah membina penempatan kekal di lembah Sungai Hwang Ho

kerana tanahnya subur.

2. Penempatan awal bermula di Tapak Banpo, berhampiran Bandar Sian. Aktiviti

pertanian, penternakan, memburu dan memungut hasil hutan dijalankan.

3. Perkembangan penempatan awal mewujudkan beberapa bandar. Bandar Anyang :

Pusat pemerintahan kerajaan Dinasti Shang.

4. Dinasti Chou : Tamadun tersebar hingga ke bahagian selatan Sungai Yangtze.

Sistem

pemerintahan

Dinasti Shang

1. Sistem pemerintahan beraja.

2. Pengganti raja: dilantik dalam kalangan saudara lelaki yang lebih muda atau anak

lelaki raja.

3. Raja: berkuasa secara langsung dalam kawasan pusat pentadbiran.

4. Kepercayaan masyarakat : raja dapat mandat dari Tuhan.

5. Raja dianggap mempunyai kewibawaan politik, ekonomi, sosial dan agama.

6. Raja-raja Shang tidak perlu mendapat pengesahan politik kerana mereka dari

keturunan pemerintah agama.

7. Raja dibantu oleh golongan bangsawan. Bangsawan berhak mewujudkan sistem

pemerintahan sendiri seperti pungutan cukai, pertahanan dan undang-undang.

Agama dan

kepercayaan

1. Kepercayaan animisme (karut).

2. Kepercayaan politeisme (banyak tuhan): tuhan Syurga, tuhan bumi, menyembah

sungai, bukit dan gunung.

3. Penyembahan roh nenek moyang dan melibatkan permainan muzik, tarian dan

upacara korban. Upacara diketuai oleh bomoh.

4. Bomoh juga terlibat dalam upacara penilikan dengan menggunakan tulang oracle.

Tulang oracle akan diletakkan di atas unggun api hingga menampakkan rekahan dan

rekahan tersebut akan ditafsir dengan sesuatu kejadian. (Mempercayai ramalan

bomoh)

Soalan

1. Apakah kegiatan ekonomi masyarakat dalam Tamadun Hwang Ho?

2. Apakah nama bandar yang telah menjadi pusat pentadbiran semasa zaman pemerintahan Dinasti

Shang?

3. Bagaimanakan cara pemilihan raja semasa pemerintahan Dinasti Shang?

4. Apakah peranan golongan bangsawan semasa pemerintahan Dinasti Shang?

5. Bagaimanakah cara bomoh melakukan upacara penilikan?

Jawapan:

1) pertanian, penternakan, memburu dan memungut hasil hutan. 2) Bandar Anyang 3) Pengganti raja dilantik dalam kalangan saudara

lelaki yang lebih muda atau anak lelaki raja. 4) golongan bangsawan membantu raja dalam pentadbiran. Bangsawan berhak mewujudkan

sistem pemerintahan sendiri seperti pungutan cukai, pertahanan dan undang-undang. 5) Upacara penilikan dijalankan oleh bomoh

dengan menggunakan tulang oracle. Tulang oracle akan diletakkan di atas unggun api hingga menampakkan rekahan dan rekahan

tersebut akan ditafsir dengan sesuatu kejadian.

Page 20: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 13

1.6 – Tamadun Hwang Ho (Bahagian 2)

Tonton video di sini:

goo.gl/86STj3

Aspek Huraian

Sumbangan

kepada

peradaban

manusia hari

ini

Pemerintahan Pemerintahan monarki

Gelaran raja ditukar kepada maharaja (gelaran raja masih

digunakan oleh negara Jepun).

Raja dikaitkan dengan anak syurga dan mandat dari syurga.

(Thailand)

Pertanian Sistem pengairan dibina untuk memajukan pertanian dan mengelakkan

banjir.

Teknologi Teknologi pembajakan dan penciptaan cangkul dan sabit untuk

pertanian.

Petani menggunakan batas untuk tujuan penanaman.

Penggunaan alat pertanian daripada kayu kepada besi.

Tulisan Sistem tulisan digunakan oleh orang Cina sehingga kini.

Berkembang dengan penggunaan orang Jepun dan Korea.

Kepercayaan Pemujaan roh nenek moyang

Konsep Yin (kuasa aktif) dan Yang (kuasa pasif) serta Feng Shui.

Kalendar Penciptaan kalendar 30 hari sebulan dan 360 hari setahun.

Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menanam

dan menuai.

Falsafah Pengamalan falsafah perang Sun Tzu dalam karyanya “The Art of

War” yang membincangkan selok belok perang.

Soalan

1. Senaraikan sumbangan Tamadun Hwang Ho dalam bidang pertanian.

2. Apakah sumbangan Tamadun Hwang Ho dalam bidang falsafah?

3. Apakah kepentingan kalendar kepada raja?

Jawapan:

1) Sistem pengairan dibina untuk memajukan pertanian dan mengelakkan banjir, dan penciptaan cangkul dan sabit dan teknologi

pembajakan. 2) Pengamalan falsafah perang Sun Tzu dalam karyanya “The Art of War” yang membincangkan selok belok perang.

3) digunakan untuk menentukan musim menanam dan menuai.

Page 21: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 14

Apakah pandangan anda tentang eBook Sejarah ini?

Bantulah kami untuk menambah baikkan kualitinya dengan menjawab survey

kami di: https://goo.gl/forms/iPAttk9k9VbDebNk1

Untuk mendapatkan eBook lengkap

secara PERCUMA,

sila layari:

www.edunation.my

Page 22: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 15

PENINGKATAN TAMADUN

2.0 – TAMADUN YUNANI (BAHAGIAN 1) Tonton video di sini:

goo.gl/ixsF4a

Aspek Ciri-ciri

Ciri-ciri negara

kota

1. Dalam Tamadun Yunani terdapat banyak negara kota.

2. Negara kota terbentuk daripada gabungan beberapa buah kampung dan bandar.

3. Antara negara kota yang terkenal ialah Athens, Corinth dan Sparta.

4. Setiap negara kota mempunyai acropolis and agora.

a. Acropolis ialah tempat penempatan bangunan kerajaan dan kegamaan.

b. Agora ialah tempat pertemuan rakyat dan pusat ekonomi.

5. Di luar setiap negara kota terdapat kawasan pertanian.

6. Setiap negara kota mempunyai sistem pemerintahan dan undang-undang tersendiri.

Sistem

pemerintahan

Athens

Sistem pemerintahan di Yunani telah mengalami empat perubahan sebelum sistem

demokrasi diperkenalkan.

1. Sistem Beraja – raja merupakan ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama. Raja

dibantu oleh konsul.

2. Oligarki – sistem pemerintahan dikuasai oleh konsul yang terdiri dari golongan kaya

semasa kuasa raja semakin merosot.

3. Aristokrasi – sistem pemerintahan oleh golongan bangsawan yang kaya daripada

kalangan konsul di mana mereka mempunyai kuasa yang besar dalam pemerintahan.

4. Tirani – sistem pemerintahan zalim yang menggunakan kuasa sewenang-wenangnya

oleh rakyat dan angkatan tentera yang menuntut rampasan kuasa apabila tertimbul

rasa tidak puas hati terhadap pemerintahan aristokrasi.

5. Demokrasi – sistem pemerintahan yang ditadbir oleh wakil rakyat yang dipilih oleh

rakyat melalui pilihan raya.

Soalan

1. Bagaimanakah negara kota terbentuk?

2. Apakah maksud acropolis? 3. Apakah maksud agora?

4. Apakah peranan raja dalam tamadun Yunani.

5. Apakah maksud pemerintahan oligarki?

6. Apakah maksud pemerintahan tirani?

Sistem Beraja

Oligarki Aristokrasi Tirani Demokrasi

Jawapan:

1) Hasil gabungan beberapa buah kampung dan bandar; 2) Tempat penempatan bangunan kerajaan dan keagamaan; 3) Tempat

pertemuan rakyat dan pusat ekonomi; 4) Ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama; 5) Sistem pemerintahan dikuasai oleh konsul yang

terdiri dari golongan kaya semasa kuasa raja semakin merosot; 6) Pemerintahan yang zalim, iaitu kekuasaan digunakan dengan

sewenang-wenangnya.

BAB 2

Page 23: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 16

2.0 – TAMADUN YUNANI (BAHAGIAN 2) Tonton video di sini:

goo.gl/K05xPc

Aspek Ciri-ciri

Sistem

Pentadbiran

Demokrasi di

Athens

1. Terdiri daripada Dewan Perhimpunan dan Majlis.

2. Semua warganegara lelaki dewasa boleh menjadi Ahli Dewan Perhimpunan antara

enam bulan sehingga satu tahun.

3. Dewan perhimpunan bersidang tiga kali sebulan.

4. Ahli Dewan Perhimpunan boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan.

5. Ahli Majlis mengendalikan segala keputusan Dewan Perhimpunan.

6. Ahli Dewan Perhimpunan berkuasa melantik ahli Majlis, Majstret and Juri.

Perbandingan

antara sistem

demokrasi di

Athens dengan

sistem

demokrasi di

Malaysia

Sistem demokrasi di Athens Sistem demokrasi di Malaysia

Berbentuk penyertaan langsung Berbentuk penyertaan tidak langsung, iaitu

demokrasi berparlimen.

Semua warganegara lelaki dewasa

boleh menjadi Ahli Dewan Perhimpunan

Semua warganegara lelaki dan perempuan

dewasa berumur 21 tahun ke atas boleh

menjadi Ahli Dewan Rakyat yang dipilih

melalui pilihan raya.

Perkembangan

Falsafah

Tamadun Yunani telah melahirkan banyak ahli-ahli falsafah yang mengemukakan soal nilai

individualism, kehidupan manusia dan demokrasi.

Ahli falsafah Ketokohan

Socrates 1. Pakar dalam perbincangan melalui kaedah soal jawab.

2. Beliau sentiasa mencari kebahagian masyarakat.

3. Beliau dituduh merosakkan pemikiran masyarakat dan dijatuhi

hukuman bunuh dengan cara meminum racun.

Plato 1. Menegaskan masyarakat yang sempurna merupakan masyarakat

yang diperintah oleh ahli falsafah (melalui karyanya Republic)

2. Mengasaskan akademi falsafah.

Aristotle 1. Mendalami ilmu sains dan falsafah untuk membaiki dunia dalam

karyanya Politics.

Heredotus 1. Dikenali sebagai Bapa Sejarah

2. Menghasilkan karya History of Persian Wars.

Thucydides 1. Dianggap sebagai Pengasas Sejarah Saintifik

2. Merupakan penulis sejarah yang berteraskan penyelidikan.

3. Menghasilkan karya History of the Peloponnesian War.

Soalan

1. Berapa kalikah Dewan Perhimpunan perlu bersidang dalam sebulan?

2. Apakah kata-kata Plato yang terkenal?

3. Mengapakah Thucydides digelar Pengasas Sejarah Saintifik?

Jawapan:

1) 3 kali; 2) Masyarakat yang sempurna ialah masyarakat yang diperintah oleh ahli falsafah; 3) Penulisan sejarah berteraskan penyelidikan

Page 24: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 17

2.1 – TAMADUN ROM (BAHAGIAN 1) Tonton video di sini:

goo.gl/eTvA4X

Aspek Ciri-ciri

Ciri-ciri

Pemerintahan

Republik Rom

1. Rom membentuk sebuah negara Republik pada tahun 509 S.M.

2. Kuasa tertinggi dipegang oleh 2 orang konsul dengan tujuan untuk mengimbangi

kuasa.

3. Di bawah 2 orang konsul terdapat 2 dewan: Dewan Senat dan Dewan Perhimpunan.

a. Konsul dipilih dari ahli Dewan Senat dan dilantik oleh Dewan Senat. Sebelum

seseorang ahli Dewan Senat dilantik menjadi konsul, beliau ialah praeotor

(pemerintah tentera).

b. Dewan Senat yang diwakili oleh golongan bangsawan berperanan

membincangkan hal-hal pentadbiran negara dan merangka perundangan.

c. Dewan Perhimpunan yang diwakili oleh rakyat Rom berperanan meluluskan semua

keputusan yang dibuat oleh Dewan Senat.

Sistem

Perundangan

Tamadun Rom

1. Undang-undang terawal Rom adalah dikenali sebagai Hukum Kanun 12 atau Papan

Dua Belas. Undang-undang dipahat pada kayu dan ditempatkan di tempat awam

untuk dibaca oleh rakyat Rom.

2. Maharaja Justinian mengumpul, menyatukan dan membukukan undang-undang Rom

yang kemudian dikenali sebagai Kod Undang-Undang Rom atau Undang-undang

Justinian.

3. Undang-Undang Justinian:

a. Terdiri daripada 3 cabang, iaitu undang-undang sivil, undang-undang rakyat dan

undang-undang natural (natural law).

b. Prinsip-prinsip:

i. Semua manusia sama di sisi undang-undang

ii. Seseorang tidak bersalah sehingga terbukti bersalah

iii. Keadilan terhadap setiap individu

iv. Hukuman berasaskan bukti yang cukup.

Soalan

1. Apakah tujuan kerajaan Rom memperkenalkan jawatan dua konsul?

2. Bagaimana cara perlantikan konsul dilakukan?

3. Apakah peranan Dewan Senat?

4. Mengapa undang-undang tamadun Rom dikenali sebagai Papan Dua Belas?

5. Siapakah tokoh yang membukukan undang-undang Rom?

6. Sebutkan jenis undang-undang yang terdapat dalam tamadun Rom?

Jawapan:

1) untuk mengelakkan salah seorang daripada konsul mempunyai pengaruh yang lebih kuat; 2) dilantik oleh Dewan Senat; 3) melantik

konsul, membincangkan hal-hal pentadbiran negara dan merangka perundangan; 4) Undang-undang dipahat pada kayu dan ditempatkan

di tempat awam untuk bacaan rakyat; 5) Maharaja Justinian; 6) Undang-undang sivil, undang-undang rakyat dan undnag-undang natural

Page 25: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 18

2.1 – TAMADUN ROM (BAHAGIAN 2) Tonton video di sini:

goo.gl/iAquYA

Sumbangan dalam

bidang Teknologi Huraian

Pengangkutan

1. Penciptaan layar yang lebih kukuh dan perahu yang lebih besar.

2. Kesan peningkatan ilmu pelayaran:

a. Meningkatkan aktiviti perdagangan laut

b. Perahu layar mejadi alat pengangkutan penting, khasnya dalam peperangan

dan perluasan kuasa.

Seni bina

Antara pembinaan monumen yang agung di Rom termasuk:

Binaan di

Rom

Ciri-ciri

Pantheon 1. Merupakan binaan berbentuk kubah.

2. Berfungsi sebagai tempat memuja dan menyimpan patung

dewa dan tempat menjalankan kerja-kerja awam.

Colloseum 1. Merupakan binaan berbentuk kubah.

2. Dapat memuatkan 50,000-80,000 penonton

3. Berfungsi sebagai tempat pahlawan Rom bertarung dan juga

sebagai teater.

Aqueduct 1. Merupakan saluran air dalam tanah dan dalam pintu gerbang

yang disalurkan kepada bandar Rom.

2. Teknologi aqueduct berasaskan sistem graviti.

Soalan

1. Apakah kepentingan kapal layar dalam tamadun Rom?

2. Apakah peranan senibina Pantheon?

3. Apakah peranan senibina Colloseum?

4. Apakah peranan senibina Aqueduct?

Jawapan:

1) meningkatkan aktiviti perdagangan laut, menjadi pengangkutan penting, terutamanya dalam peperangan dan perluasan kuasa; 2)

tempat memuja, tempat penyimpanan patung dewa dan tempat menjalankan kerja-kerja awam; 3) tempat pahlawan Rom bertarung dan

teater; 4) saluran air dalam tanah dan pintu gerbang yang disalurkan kepada bandar.

Page 26: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 19

2.2 – TAMADUN INDIA (BAHAGIAN 1) Tonton video di sini:

goo.gl/m3iJ3P

Aspek Huraian

Pembentukan

Tamadun India

1. Latar belakang:

a. Kemuculan tamadun India bermula selepas kejatuhan tamadun Indus

disebabkan serangan orang Aryan.

b. Orang Aryan menduduki Lembah Indus dan membawa satu budaya dan

tahap baru kepada masyarakat Lembah Indus. Tahap ini dipanggil Zaman

Vedik sempena kelahiran kitab-kitab Veda.

c. Pada zaman Vedik, agama Hindu dilahirkan.

2. Perkembangan:

a. Menjelang abad ke-7, perhatian masyarakat Indus beralih ke Lembah Ganges.

b. Pada zaman ini, dua bentuk kerajaan wujud, iaitu kerajaan kecil (janapada)

dan kerajaan besar (mahajanapada) dan semuanya mengamalkan sistem

pemerintahan beraja.

3. Penyatuan: Chandragupta Maurya menyatukan kerajaan-kerajaan kecil di India

Utara pada zaman pemerintahannya yang dikenali sebagai Dinasti Maurya.

4. Kegemilangan: Dinasti Maurya mencapai kemuncak kegemilangan pada masa

pemerintahan maharaja Asoka setelah berjaya menakluki negeri Kalinga.

Kejayaan Dinasti

Maurya dalam

pembinaan

empayar

Zaman

pemerintahan

Perluasan empayar

Chandragupta

Maurya

1. Perluasan empayar bermula.

2. Kejayaan adalah disebabkan pasukan tenteranya yang

besar (600 ekor gajah, 1,000 orang tentera berkuda dan

10,000 orang infantri)

3. Berjaya menguasai seluruh India Utara hingga ke Punjab.

4. Berjaya menewaskan Seleceus yang memerintah empayar

Seleucid di Syria dan kawasan sempadan India Barat.

Bindasura (anak

Chandragupta)

Berjaya meluaskan empayar Maurya ke Mysore di bahagian

selatan India.

Asoka (anak

Bindasura)

1. Berjaya menakluki Kalinga selepas Perang Kalinga.

2. Selepas Perang Kalinga, Asoka meluaskan kuasanya secara

lembut dengan menekankan agama Buddha.

Peristiawa Perang

Kalinga

1. Perang Kalinga menyebabkan 100,000 orang terkorban dan 150,000 orang

tercedera.

2. Peristiwa tersebut menyedihkan Asoka dan memberi kesedaran kepada Asoka

tentang akibat peperangan yang membawa penderitaan dan kematian.

3. Asoka kemudian memeluk agama Buddha dan menekankan kedamaian dan

kemajuan sosial serta menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama

Buddha dan tidak lagi menerusi ketenteraan.

Soalan 1. Apakah maksud Zaman Vedik?

2. Apakah kejayaan besar yang dicapai oleh Asoka?

Jawapan:

1) Nama Zaman Vedik diambil sempena kelahiran kitab-kitab Veda; 2) berjaya menakluki Kalinga.

Page 27: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 20

2.2 – TAMADUN INDIA (BAHAGIAN 2) Tonton video di sini:

goo.gl/e53Svi

Aspek Huraian

Sistem

Perundangan

Tamadun India

1. Kitab Dharma Sastra merupakan asas sistem perundangan tamadun India.

2. Raja bertanggungjawab memelihara kedaulatan undang-undang.

3. Denda dikenakan terhadap sesiapa yang melakukan kesalahan berdasarkan

betapa beratnya kesalahan berkenaan.

4. Golongan Brahmin mahir tentang hukum-hakam agama dan memainkan peranan

penting dalam urusan undang-undang.

5. Undang-undang maharaja disampaikan sebagai titah perintah raja pada zaman

Dinasti Maurya. Semua titah perintah tersebut diukir pada tiang batu yang

diletakkan di tepi jalan supaya boleh dibaca oleh raykat. Tiang tersebut dikenali

sebagai Tiang Asoka.

6. Maharaja Asoka ialah pemimpin yang adil kerana sentiasa berpegang kepada

konsep kesejahteraan rakyat.

Kemajuan

Tamadun India

dalam Bidang

Ekonomi

1. Dalam tamadun India, kegiatan perdagangan dalaman dan perdagangan luar

berkembang pesat.

2. Perdagangan luar berlaku:

a. antara kerajaan Maurya dengan negara luar seperti Sri Lanka, Macedonia,

Asia Tenggara dan Asia Tengah,

b. di pelabuhan utama seperti Tamralipti, Kadura, Ghantashala, Broach, Chaul,

Cambay dan Kalyan.

3. Perdagangan dalaman:

a. Berlaku di pusat perdagangan termasuklah Anga, Kalinga da Karusa.

b. Melibatkan perdagangan hasil-hasil seperti berlian, emas, gading gajah,

mutiara dan senjata.

4. Persatuan perdagangan diwujudkan di setiap bandar, contohnya persatuan

tukang kayu, tukang kulit dan tukang logam. Tujuan kelahiran persatuan adalah

untuk mengawal harga, kualiti barang dan gaji pekerja. Persatuan dikawal oleh

undang-undang dan pelaksanaan undang-undang tersebut diawasi oleh raja.

5. Mata wang emas diunakan dalam urusan jual-beli.

6. Bidang perusahaan yang mengeluarkan tekstil, kain kapas, sutera, barangan emas,

batu permata dan mutiara juga berkembang.

7. Cukai yang dikenakan terhadap pelbagai jenis hasil perdagangan seperti hasil

buah-buahan dan hasil pertanian digunakan untuk menyara raja, para pentadbir

dan ahli tentera.

Soalan

1. Apakah nama kitab perundangan dalam tamadun India?

2. Apakah itu Tiang Asoka?

3. Apakah matlamat persatuan pedagang diwujudkan?

4. Apakah hasil perusahaan yang terkenal semasa Tamadun India?

5. Mengapakah cukai dipungut?

Jawapan:

1) Kitab Dharma Sutra; 2) tiang batu yang diukir titah perintah maharaja Asoka dan ditempatkan di tepi jalan untuk dibaca oleh rakyat;

3) Untuk mengawal harga, kualiti barang dan gaji pekerja; 4) tekstil, kain kapas, sutera, barangan emas, batu permata dan mutiara; 5)

untuk menyara raja, para pentadbir dan ahli tentera.

Page 28: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 21

2.3 – TAMADUN CHINA (BAHAGIAN 1) Tonton video di sini:

goo.gl/Qkorzy

Aspek Huraian

Pembentukan

Tamadun China

1. Kawasan tamadun China adalah dari kawasan Lembah Hwang Ho hingga ke

bahagian selatan China.

2. Perluasan kawasan bermula pada zaman pemerintahan Dinasti Chin.

3. Pengasas Dinasti Chin ialah Maharaja Shih Huang Ti. Beliau meluaskan jajahan

takluknya sehingga ke Sungai Merah di Vietnam.

4. Zaman empayar merupakan zaman berlakunya banyak peperangan dan

perluasan kuasa. Jajahan takluk yang luas dapat disatukan di bawah sebuah

pentadbiran pusat.

Sistem

Perundangan

Dinasti Chin

1. Sistem perundangan berteraskan dua prinsip utama: hukuman berat dan bercorak

kolektif.

2. Undang-undang berteraskan falsafah legalisme dan digubal oleh ahli falsafah

yang bernama Han Fei Tzu pada zaman Dinasti Chin.

3. Menurut falsafah legalisme Han Fei Tzu,

a. Undang-undang tegas dapat mengawal tingkah laku manusia.

b. Undang-undang dilaksanakan tanpa rasa belas kasihan.

c. Raja memiliki kuasa yang utuh untuk menguatkuasakan undang-undang

tanpa mengira dalam apa juga keadaan. Ini bertujuan untuk membendung

tindakan liar manusia.

4. Pada zaman Dinasti Han, undang-undang berteraskan ajaran Confucius

diamalkan. Ajaran Confucius menekankan keperluan raja mempunyai pekerti baik

dan mejaga keharmonian manusia serta masyarakat.

Kemajuan

Tamadun China

dalam Ekonomi

Peningkatan ekonomi berlaku akibat daripada kemajuan dalam bidang pertanian,

perdagangan dalam negeri dan maritim, perusahaan, pembentukan persatuan

perniagaan dan perhubungan.

Bidang Ciri-ciri

Peralatan

Pertanian

1. Tenggala diperkenalkan untuk membuat batas tanaman.

2. Kolar kuda diperkenalkan untuk membolehkan kuda menarik

tenggala kayu, kereta kuda dan kereta sorong beroda, serta

penyisir tanah.

Sistem

penanaman

1. Sistem penanaman secara bergilir diperkenalkan untuk

menjaga kesuburan tanah.

2. Kawasan bukit diteres untuk dijadikan kawasan pertanian pada

zaman Dinasti Shang.

Sistem

pengairan

Pembinaan terusan dibina untuk memperoleh sumber air dalam

pertanian terkawal dan mengawal banjir.

Perusahaan,

perdagangan

dalam negeri

dan maritim,

pembentukan

persatuan

perdagangan

1. Perusahaan tembikar dan logam berkembang sejak zaman

Dinast Han.

2. Hasil perusahaan diperdagangkan di dalam negeri sendiri dan

didagangkan ke kawasan di luar China (Alam Melayu, India,

Timur Tengah dan Barat), mula-mulanya melalui jalan darat

(Jalan Sutera Darat) dan kemudian melalui Jalan Laut.

3. Di negeri China, persatuan perdagnagan terbentuk.

Sistem

perhubungan

Pembinaan jalan raya, jambatan dan alat pengangkutan juga

menyumbang kepada perkembangan ekonomi yang pesat.

Page 29: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 22

Soalan

1. Apakah yang dimaksudkan dengan zaman empayar?

2. Apakah prinsip undang-undang tamadun China?

3. Siapakah tokoh Han Fei Tzu?

4. Apakah kata-kata Han Fei Tzu dalam bidang perundangan?

5. Apakah kegunaan kolar kuda?

Jawapan:

1) zaman berlakunya banyak peperangan dan perluasan kuasa. Jajahan takluk yang luas dapat disatukan di bawah sebuah pentadbiran

pusat; 2) prinsip hukuman berat dan bercorak kolektif; 3) Ahli falsafah yang menggubal dan memperkenalkan undang-undang pada zaman

Dinasti Chin; 4) Undang-undang tegas dapat mengawal tingkah laku manusia, Undang-undang dilaksanakan tanpa rasa belas kasihan,

Raja memiliki kuasa yang utuh untuk menguatkuasakan undang-undang tanpa mengira apa juga keadaan. Ini bertujuan untuk

membendung tindakan liar manusia; 5) untuk membolehkan kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda dan kereta sorong beroda, serta

penyisir tanah.

Page 30: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 23

2.3 – TAMADUN CHINA (BAHAGIAN 2) Tonton video di sini:

goo.gl/NQklQT

Aspek Huraian

Sistem

Pendidikan

dalam

Tamadun

China

1. Tujuan utama pendidikan di China adalah untuk lulus peperiksaan awam kerajaan.

2. Terdapat 3 peringkat pendidikan di China, iaitu:

a. Pendidikan rendah: tertumpu pada kegiatan mengenal dan menghafal tulisan

ideogram dan 9 buah buku suci tanpa memahami maknanya.

b. Pendidikan menengah: tertumpu pada karangan dan sastera.

c. Pendidikan tinggi: tertumpu pada penterjemahan buku suci.

3. Terdapat 3 tahap peperiksaan awam:

a. Tahap pertama: Hsiu Tai (ijazah pertama)

b. Tahap kedua: Chun-Jen (sarjana)

c. Tahap ketiga: Chin Shih (doktor falsafah)

4. Cara peperiksaan awam dilaksanakan:

a. Peperiksaan dikendalikan dengan ketat. Jika didapati sesiapa yang meniru, hukuman

mati akan dikenakan.

b. Calon ditempatkan di dalam bilik dengan disediakan makanan dan dikurung selama

3 hari untuk menulis jawapan.

c. Pemeriksa dikurung sebelum tiba hari peperiksaan.

5. Tempat peperiksaan awam:

a. Tahap pertama dijalankan di daerah.

b. Tahap kedua diadaka di ibu kota daerah.

c. Tahap ketiga dijalankan di ibu kota empayar yang bertempat di istana, iaitu di

hadapan maharaja.

6. Tempoh peperiksaan awam:

a. Tahap pertama: 2 kali dalam tempoh 3 tahun.

b. Tahap kedua dan ketiga: 3 tahun sekali.

Seni Bina

dalam

Tamadun

China

Seni bina Ciri-ciri

Tembok

Besar

China:

1. Dibina oleh Shih Huang Ti untuk mempertahankan wilayah China daripada

serangan orang Hun (nomad).

2. Panjangnya adalah kira-kira 5,000 kilometer dan lebarnya antara 4.5 meter

hingga 9 meter dan ketinggiannya 7.5 meter.

3. Pada zaman Dinasti Ming, tembok ini disambung sehingga 6,400 kilometer.

4. Menggunakan tenaga lebih daripada 30,000 orang.

Tembok-

tembok

Bandar

1. Tembok-tembok di kawasan bandar Anyang, Changan, Loyang dan Peking

dibuat daripada batu.

2. Setiap tembok mempunyai pintu gerbang yang dikelilingi oleh parit yang

besar dan menara.

3. Kawasan di dalam tembok adalah kawasan tempat tinggal maharaja

China.

Istana 1. Istana maharaja yang masih kekal sehingga hari ini ialah Kota Larangan.

2. Di istana tersebut terdapat banyak dewan dan taman.

3. Dewan berfungsi sebagai balai penghadapan serta tempat keraian,

perjumpaan dan tempat hukuman.

Kuil Terdiri daripada beberapa buah bangunan yang merangkumi tempat tinggal,

pusat pemujaan dan ruang tetamu.

Pagoda Binaan setinggi 15 tingkat dan berbentuk oktagon atau segi empat sama.

Page 31: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 24

Soalan

1. Apakah tujuan pendidikan diperkenalkan?

2. Apakah tumpuan pendidikan peringkat rendah?

3. Bagaimana peperiksaan dijalankan?

4. Bilakah peperiksaan dijalankan?

5. Apakah tujuan Tembok Besar China dibina dan apakah ciri-cirinya?

Jawapan:

1) untuk lulus peperiksaan awam kerajaan; 2) untuk mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan 9 buah buku suci tanpa memahami

maknanya; 3) Peperiksaan dikendalikan dengan ketat. Jika didapati sesiapa yang meniru, hukuman mati akan dikenakan. Calon

ditempatkan di dalam bilik dengan disediakan makanan dan dikurung selama 3 hari untuk menulis jawapan. Pemeriksa dikurung sebelum

tiba hari peperiksaan; 4) peperiksaan tahap pertama diadakan 2 kali dalam tempoh 3 tahun manakala peperiksaan tahap kedua dan

ketiga diadakan sekali setiap 3 tahun; 5) Dbina oleh Shih Huang Ti untuk mempertahankan wilayah China daripada serangan orang Hun

(nomad); panjangnya kira-kira 5,000 km dan lebarnya antara 4.5m hingga 9m dan ketinggiannya 7.5m.

Page 32: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 25

2.4 – AGAMA DAN KEPERCAYAAN DUNIA

(BAHAGIAN 1) Tonton video di sini:

goo.gl/68FYGX

Aspek Huraian

Sejarah

Perkembangan

Agama Hindu

1. Agama Hindu muncul sejak zaman Tamadun Indus.

2. Perkataan ‘Hindu’ merujuk kepada masyarakat yang tiggal di Sungai Sindhu.

3. Zaman Vedik merupakan zaman apabila wujud kitab suci Veda yang menjadi

kitab kepada agama Hindu.

4. Agama Hindu percaya bahawa Tuhan mempunyai 3 fungi utama:

a. Mencipta (Brahman)

b. Memelihara (Vishnu)

c. Membinasa (Siva)

5. Agama Hindu mempunyai 6 aliran, iaitu Saivisme, Vaishnavisme, Saktham,

Ganapathyam, Kaumaram dan Saura.

6. Agama Hindu didominasi oleh golongan Brahmin sejak zaman empayar Maurya.

7. Masyatakat Hindu percaya kepada Hukum Karma yang berkaitan dengan

kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati.

8. Kelahiran semula adalah bergantung pada Karma dan tujuan hidup adalah untuk

mencapai Moksya, iaitu untuk mencapai tahap kebebasan mutlak dan bersatu

dengan Tuhan dan tidak akan lahir lagi ke dunia. Untuk mencapai tahap ini,

seseorang ini perlu berbuat baik semasa hidupnya.

Sejarah

perkembangan

Buddha

1. Pengasas agama Buddha ialah Siddharta Gautama dan juga dikenali sebagai

Gautama Buddha.

2. Agama Buddha muncul sebagai satu penentangan golongan Ksyatria terhadap

penguasaan golongan Brahmin dalam soal agama dan kehidupan.

3. Sistem kasta dianggap menjadikan masyarakat tidak teratur.

4. Hal ini menyebabkan Gautama Buddha cuba untuk mencari kebenaran.

5. Beliau menemui kebenaran ketika bertapa di bawah pokok bodhi di kampung

Uruveda.

6. Kebenaran yang ditemui oleh Gautama dipercayai akan melepaskan diri manusia

daripada kesengsaraan.

7. “Empat Kebenaran Mulia” menjadi asas agama Buddha dan termasuklah:

a. Dukka (penderitaan)

b. Samudaya (sebab penderitaan)

c. Nirodha (nafsu yang membawa penderitaan)

d. Marga (cara memadamkan nafsu dan keinginan)

8. Empat kebenaran mulia dalam agama Buddha boleh dicapai melalui 8 jalan:

kepercayaan yang betul, tujuan yang betul, pertuturan yang baik, perbuatan

yang baik, hidup yang baik, usaha yang baik, fikiran yang baik dan renungan yang

baik.

9. Agama Buddha menjadi agama rasmi kerajaan Maurya pada zaman

pemerintahan Asoka.

10. Agama Buddha berkembang pesat di China, Tibet, Sri Lanka dan negeri-negeri

Asia Tenggara kerana tindakan kerajaan menghantar mubaligh ke luar negara.

Soalan 1. Apakah yang dimaksudkan dengan 'Hukum Karma'?

2. Nyatakan empat asas ajaran Buddha.

Jawapan:

1) Hukum yang berkaitan dengan kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati; 2) Dukka (penderitaan), Samudaya

(sebab penderitaan), Nirodha (nafsu yang membawa penderitaan) dan Marga (cara memadamkan nafsu dan keinginan)

Page 33: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 26

2.4 – AGAMA DAN KEPERCAYAAN DUNIA

(BAHAGIAN 2) Tonton video di sini:

goo.gl/tdCFlh

Aspek Huraian

Sejarah

Perkembangan

Agama Kristian

1. Agama Kristian diasaskan oleh Jesus Christ yang berasal dari Jerusalem.

2. Tarikh 25 Disember dianggap sebagai Hari Natal oleh penganut Kristia.

3. Bible merupakan kitab agama suci Kristian yag terdiri daripada Old Testament dan

New Testament.

4. Dalam perkembangan Kristian di Eropah, penganut agama mengharungi

tentangan daripada pemerintah Rom sendiri.

5. Agama Kristian mula bertapak di Eropah pada zaman Rom, iaitu semasa

pemerintahan Constantine. Beliau mengiktiraf agama Kristian sebagai satu ajaran

yang bebas dipraktikkan oleh masyarakat Rom.

6. Sebelum kedatangan Kristian, masyarakat Rom mengamalkan pagan, iaitu

mereka tidak mempercayai atau menganut sebarang agama utama dunia.

7. Individu yang terlibat dengan perancangan dan kegiatan agama dikecualikan

daripada dikenakan kerja berat.

8. Hari Ahad dijadikan hari aktiviti agama.

Sejarah

perkembangan

Agama Islam

1. Agama Islam diwahyukan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w pada 6

Ogos tahun 610M. Bersamaan 17 Ramadan melalui malaikat Jibril di Gua Hira.

2. Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke Madinah pada 12 September tahun 622M.

Bersamaan 1 Rabiulawal untuk melindungi Islam daripada terus ditekan oleh orang

Quraisy Makkah.

3. Terdapat dua teras dalam agama Islam:

a. Akidah: keyakinan sepenuhnya terhadap keesaan Allah

b. Syariah: undang-undang yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah

(hadis)

4. Penganut Islam wajib meyakini Rukun Iman dan Rukun Islam:

Rukun Kandungan

Rukun

Iman

1. Percaya kepada Allah s.w.t

2. Percaya kepada malakat.

3. Percaya kepada kitab-kitab.

4. Percaya kepada para nabi dan rasul.

5. Percaya kepada hari kiamat.

6. Percaya kepada qadha dan qadar (ketetapan dan pelaksanaan).

Rukun

Islam

1. Pengakuan “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi

Muhammad itu pesuruh Allah”

2. Wajib menunaikan solat lima waktu sehari semalam.

3. Wajib mengeluarkan zakat.

4. Wajib berpuasa pada bulan Ramadhan.

5. Menunaikan fardu haji di Makkah bagi yang mampu.

Sejarah

Perkembangan

Ajaran

Confucianisme

1. Confucius lahir pada sekitar tahun 551 S.M. di negeri Lu dan merupakan pengasas

ajaran Confucianisme.

2. Confucius pernah menjadi pegawai kerajaan negeri Lu tetapi beliau kemudian

meletakkan jawatan dan mengembara untuk menyebarkan ajarannya.

3. Ajaran Confucius menenekankan prinsip moral yang tinggi termasuk

perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao).

4. Menurut Confucius, seseorang haruslah mendapat pendidikan untuk mencapai

ketinggian moral.

Page 34: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 27

Sejarah

Perkembanga

Ajaran Taoisme

1. Pengasas ajaran Taoisme ialah Lao Tze yang lahir di negeri Chu pada sekitat tahun

604 S.M.

2. Lao Tze menghasilkan buku yang bertajuk Tao Te Ching yang mengandungi idea

falsafah Taoisme.

3. Ajaran Taoisme menumpukan konsep Tao yang bermaksud jalan.

4. Setiap tindakan akan ditentukan oleh Tao dan manusia tidak harus bertindak

terhadap apa-apa yang berlaku (wu-wei) dan mengubah sesuatu ke arah

kebaikan kerana perkara ini adalah bertentangan dengan prinsip wu-wei dan

akan merosakkan dunia.

Soalan

1. Bagaimanakah agama Kristian boleh berkembang di Eropah?

2. Apakah yang dimaksudkan dengan 'pagan'?

3. Dimanakah Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu pertama?

4. Apakah yang dimaksudkan dengan 'syariah'?

5. Apakah konsep yang ditekankan oleh konsep confucianisme?

Jawapan:

1) Agama Kristian mula bertapak di Eropah pada zaman Rom, iaitu semasa pemerintahan Constantine. Beliau mengiktiraf agama Kristian

sebagai satu ajaran yang bebas dipraktikkan oleh masyarakat Rom; 2) orang yang tidak mempercayai atau menganut sebarang agama

utama dunia; 3) di Gua Hira; 4) undang-undang yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah (hadis); 5) prinsip moral yang tinggi

termasuk perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li) dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao).

Page 35: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 28

TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA

3.0 – Kerajaan Agraria (Part 1) Tonton video di sini:

https://goo.gl/84VYLu

Ciri-ciri Kerajaan Agraria

Maksud Kerajaan yang berasaskan pertanian, penternakan dan pemungutan hasil hutan dan

sungai

Kedudukan Kawasan tanah subur seperti di lembah sungai, kawasan bukit dan lereng gunung

berapi.

Kegiatan

Utama

Penanaman padi sawah di kawasan rendah yang memerlukan sumber air

Penanaman padi huma di lereng bukit yang kurang mendapatkan sumber air,

e.g teres, relong

Tanaman

Sampingan

Jagung, pisang, keledek, sayur-sayuran

Rempah cengkeh, lada hitam

Hasil Hutan Kayu gaharu, kayu cendana, kapur baru, tanduk, gading, damar, buah-buahan,

sarang burung

Perikanan Di sawah, paya dan sungai serta mendapatkan kulit kura-kura

Penternakan Lembu, kerbau, kambing, ayam

Pasaran Hasil yang berlebihan akan dipasarkan di bandar

Faktor

Perkembangan

Sistem pengairan yang baik, penglibatan raja dan kerajaan dalam pengurusan sistem

pengairan

Soalan

1. Apakah yang dimaksudkan dengan kerajaan Agraria?

2. Dimanakah kedudukan kerajaan Agraria?

3. Dimanakah kawasan penangkapan ikan dijalankan oleh masyarakat Agraria?

4. Sebutkan jenis-jenis binatang ternakan masyarakat Agraria.

5. Apakah faktor perkembangan kerajaan Agraria?

Jawapan:

1) Kerajaan yang berasaskan pertanian, penternakan dan pemungutan hasil hutan dan sungai 2) Kawasan tanah subur seperti di lembah

sungai, kawasan bukit dan lereng gunung berapi. 3) Di sawah, paya dan sungai serta mendapatkan kulit kura-kura 4) Lembu, kerbau,

kambing, ayam. 5) Sistem pengairan yang baik, penglibatan raja dan kerajaan dalam pengurusan sistem pengairan.

BAB 3

Page 36: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 29

3.0 - Kerajaan Agraria (Part 2) Tonton video di sini:

goo.gl/o2eCCO

Bagaimanakah kerajaan agraria berupaya berkembang sebagai kerajaan pertanian yang ulung?

1. Tanah yang subur

2. Iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun

3. Bekalan air yang mencukupi

4. Sistem pengairan yang baik

5. Peranan raja dalam membina sistem pengairan

6. Mempunyai sistem pengangkutan yang baik

7. Terdapat sumber ikan dari sungai dan tasik

Soalan

1. Apakah jenis iklim yang sesuai untuk kegiatan pertanian?

2. Apakah peranan raja dalam membantu perkembangan kerajaan Agraria?

3. Dimanakah masyarakat kerajaan awal menangkap ikan?

Jawapan:

1) panas dan lembap sepanjang tahun 2) membina sistem pengairan. 3) sungai dan tasik

Page 37: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 30

3.0 – Kerajaan Agraria (Part 3) Tonton video di sini:

goo.gl/WEKI9x

Faktor yang menyebabkan kerajaan Angkor menjadi kerajaan agraria yang terkenal

Sistem

pengairan

Mempunyai sistem pengairan yang baik

Mendapatkan sumber air daripada Sungai Mekong dan Tasek

Peranan raja

Bertanggungjawab dalam pengurusan sistem pengairan

e.g. Raja Indrabbarnam I telah membina “baray” yang mampu mengairi tanah padi

seluas 12.3 juta ekar tanah pada musim kemarau

Kesuburan

Tanah

Tasik Tonle Sap dan Lembah Sungai Mekong berperanan untuk menyubur tanah

Terutamanya selepas musim banjir disebabkan mendapatkan lumpur

Iklim Panas dan lembap sepanjang tahun

Sesuai untuk tanaman padi

Perhubungan Sungai Mekong merupakan alat perhubungan dan pengangkutan dengan kawasan

luar

Soalan

1. Dari manakah sumber air diambil untuk memajukan kegiatan pertanian?

2. Siapakah yang bertanggungjawab membina ‘baray’?

3. Apakah kepentingan ‘baray’?

4. Apakah kepentingan Sungai Mekong selain dari membekalkan sumber air?

Jawapan:

1) Sungai Mekong dan Tasek 2) Raja 3) mengairi tanah padi seluas 12.3 juta ekar tanah pada musim kemarau 4) alat perhubungan dan

pengangkutan dengan kawasan luar

Page 38: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 31

3.1 – Kerajaan Maritim (Part 1) Tonton video di sini:

goo.gl/49ideo

Ciri-ciri Kerajaan Maritim

Maksud Kerajaan yang menjalankan kegiatan perdagangan

Kedudukan Kawasan persisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan

Jenis

Pelabuhan

Pelabuhan pembekal

Pelabuhan kerajaan

Pelabuhan entrepot

Penduduk Orang tempatan

Orang laut

Pedagang luar

Bahasa Bahasa Melayu (Bahasa lingua franca)

Kemudahan

Pelabuhan

Membaiki kapal

Penyimpanan barang

Penginapan

Tempat berdagang

Bekalan air

Makanan

Kemahiran Pembuatan perahu dan kapal yang mampu belayar jauh

Barang

Dagangan

Rempah ratus

Damar

Rotan

Beras

Emas

Bijih timah

Soalan

1. Apakah yang dimaksudkan dengan kerajaan maritim?

2. Dimanakah kedudukan kerajaan maritim?

3. Sebutkan jenis-jenis pelabuhan kerajaan maritim?

4. Apakah kemudahan pelabuhan yang boleh mempengaruhi perkembangan kerajaan maritim?

5. Apakah jenis barang yang diperdagangkan?

Jawapan:

1) Kerajaan yang mengjalankan kegiatan perdagangan 2) Kawasan persisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan 3) Pelabuhan,

pembekal, Pelabuhan kerajaan, Pelabuhan entrepot 4) Membaiki kapal, Penyimpanan barang, Penginapan, Tempat berdagang, Bekalan

air, Makanan 5) Rempah ratus, Damar, Rotan, Beras, Emas, Bijih timah

Page 39: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 32

3.1 – Kerajaan Maritim (Part 2) Tonton video di sini:

goo.gl/PL7vMx

Peranan Pelabuhan

Pelabuhan

Pembekalan

Membekalkan hasil tempatan

Cth: logam, emas, timah, hasil hutan dan sumber makanan

Tempat persinggahan pedagang yang ingin mendapat barang tempatan,

Cth: Jenderam hilir dan Klang di Selangor, Kuala Terengganu dan Kuala Selinsing, Perak

Pelabuhan

Kerajaan

Menjadi pelabuhan kerajaan apabila wujudnya menjadi sebuah kerajaan di

pelabuhan itu

Masih lagi menjadi pelabuhan pembekal dan tempat berdagang dengan kawasan

berhampiran

Pedagang: Champa, Langkasuka

Pelabuhan Kerajaan: Kedah Tua, Srivijaya

Pelabuhan

Entrepot

Berasal dari pelabuhan kerajaan

Berkembang menjadi pusat perdagangan

Pusat pengumpulan barang dagangan dari sekitarnya dan dijual kepada pedagang

antarabangsa

Membeli barang dagangan antarabangsa dan diedarkan kepada pedagang dari

pelabuhan yang berhampiran

Soalan

1. Apakah peranan pelabuhan pembekal?

2. Berikan contoh pelabuhan pembekal kerajaan awal di Asia Tenggara.

3. Apakah yang dimaksudkan dengan pelabuhan kerajaan?

4. Apakah yang dimaksudkan dengan pelabuhan entrepot?

Jawapan:

1) Membekalkan hasil tempatan dan tempat persinggihan pedagang yang ingin mendapat barang tempatan 2) Jenderam hilir dan Klang

di Selangor, Kuala Terengganu dan Kuala Selinsing, Perak 3) Pelabuhan yang berasal dari pelabuhan kerajaan pembekalan dan telah

menjadi sebuah negeri 4) pelabuhan yang berasal dari pelabuhan kerajaan dan berkembang menjadi pusat perdagangan

Page 40: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 33

3.1 – Kerajaan Maritim (Part 3) Tonton video di sini:

goo.gl/MWBc2x

Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kerajaan Kedah Tua sebagai Pusat Perdagangan Penting

Kedudukan Terlindung dari tiupan angin Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut

Gunung Gunung Jerai menjadi panduan kepada kapal pada waktu malam melalui nyalaan

api

Strategik Berduduk di Selat Melaka yang merupakan laluan utama barat dan timur

Kemudahan Terdapat kemudahan menyimpan barang untuk para pedagang

Hasil tempatan

Menyediakan hasil keluaran tempatan

Cth: rotan, damar dan bijih timah

Dapat menarik minat pedagang luar

Pengumpulan

barangan luar

Tempat pengumpulan barangan luar

Cth: kain, kapas, teh, kaca, manik, tembikar dan pelita

Soalan

1. Apakah kepentingan Gunung Jerai kepada kerajaan Kedah Tua?

2. Apakah hasil barangan tempatan yang terdapat di pelabuhan Kedah Tua yang menarik minat

kedatangan pedagang luar?.

3. Pelabuhan Kedah Tua juga menjadi tempat pengumpulan barangan luar seperti?

Jawapan:

1) panduan kepada kapal pada waktu malam melalui nyalaan api 2) rotan, damar dan bijih timah 3) kain, kapas, teh, kaca, manik, tembikar

dan pelita

Page 41: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 34

3.1 – Kerajaan Maritim (Part 4) Tonton video di sini:

goo.gl/wLXLNZ

Sebab-sebab Srivijaya Mampu Menjadi

Kerajaan Maritim yang Terkenal pada Abad ke-7 hingga Abad ke-15

Tentera Mempunyai angkatan tentera laut yang besar

Mengumpul anggota dari rakyat dan orang laut yang boleh menggerunkan musuh

Keselamatan Tentera laut digunakan untuk mengawal keselamatan pedagang yang

menggunakan Selat Melaka

Strategik Kedudukan berstrategik di Selat Melaka

Laluan utama pedagang dari China dan India

Barang Menyediakan barangan keperluan pedagang luar yang dikumpul dari kawasan

pemerintahnya dan dari negeri jajahan takluknya

Kapal Mampu membaiki dan menghasilkan kapal yang besar

Soalan

1. Apakah kepentingan memiliki angkatan tentera yang besar kepada kerajaan Srivijaya?

2. Mengapakah kedudukan Srivijaya dikatakan amat strategik?

3. Dari manakah barang-barang keperluan barangan luar dikumpul?

Jawapan:

1) untuk mengawal keselamatan pedagang yang menggunakan Selt Melaka 2) Laluan utama pedagang dari China dan India 3) dari

kawasan pemerintahnya dan dari negeri jajahan takluknya

Page 42: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 35

3.1 – Kerajaan Maritim (Part 4) Tonton video di sini:

goo.gl/mO6Jxk

Sebab-sebab Srivijaya Mampu Menjadi

Kerajaan Maritim yang Terkenal pada Abad ke-7 hingga Abad ke-15

Tentera Mempunyai angkatan tentera laut yang besar

Mengumpul anggota dari rakyat dan orang laut yang boleh menggerunkan musuh

Keselamatan Tentera laut digunakan untuk mengawal keselamatan pedagang yang menggunakan

Sel Melaka

Strategik Kedudukan berstrategik di Selat Melaka

Laluan utama pedagang dari China dan India

Barang Menyediakan barangan keperluan pedagang luar yang dikumpul dari kawasan

pemerintahnya dan dari negeri jajahan takluknya

Kapal Mampu membaiki dan menghasilkan kapal yang besar

Soalan

1. Apakah kepentingan memiliki angkatan tentera yang besar kepada kerajaan Srivijaya?

2. Mengapakah kedudukan Srivijaya dikatakan amat strategik?

3. Dari manakah barang-barang keperluan barangan luar dikumpul?

Jawapan:

1) untuk mengawal keselamatan pedagang yang menggunakan Selat Melaka 2) Kedudukannya di Selat Melaka yang merupakan laluan

utama pedagang dari China dan India 3) dari kawasan pemerintahnya dan dari negeri jajahan takluknya

Page 43: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 36

3.1 – Kerajaan Maritim (Part 5) Tonton video di sini:

https://goo.gl/j7tjFm

Bagaimanakah Penduduk Maritim Berjaya Menjadi Pelaut yang Hebat

1. Kemahiran membina kapal

2. Mampu menghasilkan layar yang kukuh untuk membolehkan pelayaran jarak jauh

3. Mempunyai semangat yang tinggi untuk menerokai lautan luas

4. Mengetahui kaedah untuk sampai sesuatu tempat dengan berpandukan bintang di langit

Bukti Kerajaan Agraria dan Kerajaan Maritim Saling Bergantung antara Satu Sama Lain

1. KA membekalkan makanan seperti beras kepada KM

2. KA membekalkan tenaga kerja kepada KM

3. KA membekalkan kayu untuk membuat perahu atau kapal

4. KA menyediakan tukang yang mahir

5. KA mendapatkan binatang kenderaan seperti gajah

6. KM memasarkan lebihan hasil KA ke luar negeri

7. KM membantu untuk mendapatkan barangan mewah dari luar negara seperti China dan India

8. KM bertindak sebagai orang tengah dalam pemasaran sehingga KA mampu membuka ladang yang

luas dan penggunaan teknologi moden

Soalan

1. Apakah kepentingan penciptaan layar yang kukuh?

2. Apakah kaedah yang digunakan untuk menuju ke sesuatu tempat?

3. Dari manakah barangan mewah diperolehi?

4. Mengapakah kerajaan Agraria mampu membuka ladang yang luas?

Jawapan:

1) untuk membolehkan pelayaran jarak jauh 2) berpandukan bintang di langit 3) dari luar negara seperti China dan India 4) kerana KM

bertindak sebagai orang tengah dalam pemasaran

Page 44: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 37

3.2 – Pengaruh Hindu dan Buddha dalam

Pentadbiran Tonton video di sini:

https://goo.gl/5zaxwM

Pendapat tentang kedatangan pengaruh Hindu Buddha ke Asia Tenggara

1. Dibawa oleh golong ksyatria atau tentera melalui kaedah penaklukan

2. Dibawa oleh golongan vausya oleh pedagang melalui aktiviti perdagangan antara Asia tenggara

dengan India

3. Dibawa oleh golongan Brahmin atau pendeta melalui upacara keagamaan di istana raja kerajaan awal

4. Pengambilan unsur kebudayaan India yang menarik oleh masyarakat tempatan, lalu disesuaikan

dengan budaya tempatan dan diamalkan

Sistem pentadbiran Srivijaya dalam kerajaan awal di Asia Tenggara

Raja

4 Kumpulan Anak Raja

1. Yuvaraja 3. Raja Kumara

2. Partiyuvaraja 4. Raja Putra

(Salah seorang daripada anak raja boleh menggantikan raja kecuali raja putra kerana dia

merupakan anak gundik)

Parvada/Senapati

(ketua pentadbir pusat)

Pegawai

(Hakim Temenggung, Penghulu)

Hamba

Datu Daerah

(dilantik oleh raja)

Dilantik daripada Datu Parvanda (Keturunan raja) dan Datu Bhupati

(Bukan Keturunan Raja)

(Datu dikehendaki mengangkat sumpah di sebuah tempat suci

bernama Telaga Batu di Palembang)

Page 45: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 38

Soalan

1. Apakah peranan Brahmin dalam menjaga kedudukan raja?

2. Dalam sistem pentadbiran Srivijaya, raja dibantu oleh empat kumpulan anak raja iaitu?

3. Apakah tugas parvanda atau senapati?

4. Siapakah pegawai yang membantu Parvanda?

5. Jawatan di peringkat daerah diketuai oleh datu yang terdiri dari dua golongan iaitu?

6. Dimanakah datu yang dilantik perlu mengangkat sumpah jawatan?

Pengaruh Hindu-Buddha dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan awal di Asia Tenggara

1. Gelaran raja kepada pemerintah

2. Di bawah raja terdapat golongan Brahmin

3. Raja berkuasa mutlak dalam pentadbiran

4. Perintah raja dianggap undang-undang

5. Wujudnya kepercayaan raja merupakan bayangan tuhan

6. Raja dikatakan memilik kesaktian dengan konsep Dewa-Raja

7. Pertabalan raja diketuai oleh Brahmin

8. Raja membina kompleks kota yang melambangkan kekuasaan

9. Raja dibantu oleh pembesar seperti pegawai tentera, hakim, dan gabenor daerah

10. Brahmin mengetuai upacara keagamaan

Bagaimana raja kerajaan awal di Asia Tenggara mengukuhkan kedudukannya

1. Raja menjadi ketua pemerintah yang berkuasa mutlak

2. Bertindak sebagai pemegang khazanah negara

3. Raja bertindak sebagai ketua tentera

4. Berkuasa membuat dan melaksanakan undang-undang

5. Menggunakan Brahmin untuk meyakinkan rakyat bahawa raja adalah bayangan tuhan.

6. Raja dikatakan memiliki kesaktian

7. Menggunakan unsur mitos dan legenda dikaitkan dengan asal usul raja

8. Upacara pertabalan diadakan dengan penuh istiadat

9. Menjadikan kompleks kota sebagai pusat alam atau orde kosmos

Jawapan:

1) meyakinkan rakyat bahawa raja adalah bayangan tuhan 2) yuvaraja, pratiyuvaraja, raja kumara dan raja putra. 3) ketua pentadbir

pusat 4) hakim, temenggung dan penghulu 5) Telaga Batu di Palembang

Page 46: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 39

3.2 – Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Seni bina Tonton video di sini:

https://goo.gl/u4ylqD

Kepentingan candi kepada kerajaan awal di

Asia Tenggara

1. Merupakan monumen untuk agama Hindu

dan Buddha

2. Berperanan sebagai rumah ibadat

3. Tempat menyimpan abu mayat raja dan

keluarganya

4. Tempat menyimpan patung dewa

5. Lambang keagungan seseorang pemerintah

berdasaran kehebatan seni binanya

6. Melambangkan orde kosmos iaitu raja dan

ibu kota sebagai pusat alam

7. Melambangkan kehebatan ahli seni binanya

Ciri-ciri seni bina Candi Borobudur

1. Siap dibina dalam masa 75 tahun

2. Dibina di Jawa Tengah untuk agama Buddha Mahayana

3. Mempunyai sembilan tingkat. Setiap tingkat melambangkan satu tahap kehidupan yang diwakili oleh

patung stupa dan patung Buddha

4. Tingkat pertama terdapat ukiran cerita kehidupan Gautama Buddha

5. Bahagian teratas menggambarkan tahap nirwana iaitu tahap manusia bebas dari nafsu

6. Stupa Candi Borobudur terbahagi kepada tiga tingkat yang melambangkan kehidupan iaitu sila

(moral), Samadhi (penumpuan) dan panna (kebijaksanaan)

Soalan

1. Apakah yang dimaksudkan dengan monumen?

2. Apakah yang dimaksudkan dengan orde kosmos?

3. Siapakah yang membina candi Angkor Wat?

4. Apakah cerita yang diukir pada dinding candi Angkor Wat?

5. Apakah yang dimaksudkan dengan nirwana?

6. Stupa candi Borobudur terbahagi kepada tiga tingkat yang melambangkan?

Ciri-ciri seni bina Candi Angkor Wat

1. Dibina untuk agama Hindu di Kemboja

2. Dibina oleh Raja Suryavarnam II

3. Melambangkan orde kosmos

4. Mempunyai ketinggian 213 meter dan

keluasan kawasannya 208 hektar

5. Di bahagian tengah mempunyai tempat

pemujaan setinggi 39 meter

6. Mempunyai empat tingkat. Setiap sudut

mempunyai menara

7. Ukuran bahagian luarnya ialah 850 meter

lebar dan 1000 meter panjang

8. Tembok luarnya dibina dari batu laterit dan

batu pasir

9. Pada dindingnya terdapat ukiran

menggambarkan epik Ramayana dan

Mahabrata

Jawapan:

1) bangunan yang diperbuat daripada batu untuk memperingati orang atau peristiwa yang penting 2) raja dan ibu kota sebagai pusat

alam 4) Raja Suryavarnam II 5) epik Ramayana dan Mahabrata 6) tahap manusia bebas dari nafsu 7) sila (moral), Samadhi (penumpuan)

dan panna (kebijaksanaan)

Page 47: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 40

3.3 – Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Bahasa

dan Kesusasteraan Tonton video di sini:

https://goo.gl/C75O2B

Kepentingan bahasa Sanskrit dalam kerajaan awal di Asia Tenggara

1. Pada batu bersurat kerajaan awal mengandungi maklumat tentang agama, pemerintahan beraja dan

undang-undang

Batu bersurat di Kutei, Kedah menjelaskan tentang keturunan raja

Batu bersurat di Lembah Bujang menunjukkan arahan dan pemberitahuan yang ditunjukan oleh

pemerintah kepada rakyat

Batu bersurat di Sg, Mas, Kedah berkaitan dengan agama Buddha

2. Kesusasteraan India seperti Ramayana, Mahabrata dan Puranas ditulis dalam bahasa Sanskrit

3. Puisi Jawa seperti Negarakertagamam Sutasoma, Arjunwiwaha dan Kunjarkama juga ditulis dalam

bahasa Sanskrit

4. Terdapat beberapa perkataan Sanskrit yang mengalami pengubahsuaian ke dalam bahasa Melayu

seperti dosa, duka, derhaka, manusia, rupa, pahala, sengsara dan huruf

Pengaruh Hindu Buddha dalam bidang kesusasteraan

1. Epik Ramayana, Mahabrata dan Puranas telah menyumbang kepada unsur mitos dalam

kesusasteraan klasik di Asia Tenggara

2. Epik Ramayana dan Mahabrata juga telah mempengaruhi penceritaan lisan dan teater seperti

wayang kulit

3. Epik Mahabrata telah melahirkan naskah hikayat yang diadun dengan unsur tempatan seperti Hikayat

Pendawa Jaya dan Hikayat Sang Samba

4. Epik Ramayana telah melahirkan Hikayat Seri Rama

5. Pengaruh kesusasteraan India juga telah mempengaruhi puisi dan prosa Jawa seperti

Negarakertagamam Sutasoma, Arjunwiwaha dan Kunjarkama

Soalan

1. Apakah yang tercatat pada batu bersurat yang dijumpai di Lembah Bujang?

2. Berikan contoh perkataan Sanskrit yang telah mengalami perubahan dalam bahasa Melayu

3. Apakah epik tempatan yang dihasilkan oleh Epik Mahabrata?

4. Apakah epik tempatan yang dihasilkan oleh Epik Ramayana?

5. Pengaruh kesusasteraan ini juga mempengaruhi puisi dan prosa Jawa seperti?

Jawapan:

1) arahan dan pemberitahuan yang ditunjukan oleh pemerintah kepada rakyat 2) dosa, duka, derhaka, manusia, rupa, pahala, sengsara

dan huruf 3) seperti Hikayat Pendawa Jaya dan Hikayat Sang Samba 4) Hikayat Seri Rama 5) Negarakertagamam Sutasoma, Arjunwiwaha

dan Kunjarkana

Page 48: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 41

KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI

MAKKAH

4.1 - Masyarakat Arab Jahiliah Part 1 Tonton video di sini:

https://goo.gl/S53KLq

Aspek Huraian

Definisi

1. Jahiliah: Berasal daripada perkataan Arab – Jahala iaitu Jalil dan tidak mengetahui atau

tidak berilmu pengetahuan

2. Masyarakat Arab Jahiliah: Masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab selepas

runtuhnya Empangan Maarib di Sabak sehingga turunnya wahyu Allah kepada Nabi

Muhammad s.a.w.

Golongan

masyarakat

Arab Jahiliah

1. Masyarakat Badwi: Tinggal di kawasan gurun dan pedalaman di bahagian tengah

Semenanjung Tanah Arab

2. Masyarakat Hadari: Menetap di kawasan pesisiran pantai Semenanjung Tanah Arab

Asal gelaran

masyarakat

Arab Jahiliah

1. Mereka tidak menerima kebenaran dan tidak mengikut ajaran para Nabi dan Rasul

2. Mereka tidak menyembah Allah Yang Maha Esa tetapi meyembah berhala dan

kepercayaan Animisme

3. Kehidupan mereka kucar-kacir kerana tiada Nabi dan kitab suci untuk dijadikan panduan

4. Akhlak mereka rendah seperti bersikap kejam, angkuh, dan degil

Ciri-ciri

masyarakat

Arab Jahiliah

1. Segi Politik:

Mengamalkan sistem Kabilah: Hidup berpuak-puak

Semangat Assabiyah: Semangat kesukuan yang amat tebal di kalangan masyarakat

Peperangan sering berlaku antara Kabilah walaupun disebabkan oleh perkara kecil

2. Segi Ekonomi:

Asas perniagaan: Riba dan penindasan

Mementingkan keuntungan dan kekayaan segera

Punca pencarian: Merompak dan merampas harta Kafilah lain di padang pasir

Merompak: satu kewajipan yang harus dilakukan oleh setiap individu dalam sesebuah

Kabilah

3. Segi Sosial:

Amalan: Berjudi, meminum arak, dan berzina

Seseorang lelaki yang meminum arak sehingga mabuk dianggap lelaki yang

sempurna

Kedudukan wanita adalah rendah dan mereka tidak boleh mewarisi harta pusaka

Sesetengah keluarga menanam bayi perempuan hidup-hidup kerana mereka

dianggap menjatuhkan maruah keluarga

Lelaki boleh berkahwin dengan beberapa wanita sekaligus atau sesiapa yang

disukainya

4 jenis agama

i. Watani: Menyembah berhala

ii. Animisme: Memuja alam seperti pokok

iii. Samawi: Agama Kristian dan Yahudi

iv. Agama Hanif: Mempunyai nilai moral yang tinggi

Kepercayaan kepada Khurafat (karut/tahyul): Menilik nasib, sihir, dan mempercayai

roh orang mati akan menjadi burung

BAB 4

Page 49: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 42

Soalan

1. Nyatakan dua golongan masyarakat Arab Zaman Jahiliah.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan semangat Assabiyah?

3. Siapakah orang Khafilah?

4. Mengapakah masyarakat zaman Arab Jahiliah menanam anak bayi perempuan?

5. Nyatakan agama dan kepercayaan masyarakat Arab Jahiliah.

6. Apakah yang dimaksudkan dengan Khurafat?

Jawapan:

1) Masyarakat Badwi dan Masyarakat Hadari. 2) Semangat kesukuan yang amat tebal ataupun melampau di kalangan masyarakat. 3)

Orang yang melalui padang pasir sama ada bertujuan untuk berniaga ataupun berpindah. 4) Kerana bayi perempuan dianggap

menjatuhkan maruah keluarga. 5) Agama Watani, Animisme, Agama Samawi, dan Agama Hanif. 6) Mempercayai perkara-perkara yang

tidak logik seperti menilik nasib, sihir, dan mempercayai roh orang mati menjadi burung.

Page 50: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 43

4.1 – Masyarakat Arab Jahiliah Part 2 Tonton video di sini:

https://goo.gl/C6B7Iz

Ciri-ciri Sistem Kabilah yang menjadi amalan masyarakat Arab Jahiliah

Ciri-ciri

1. Hidup secara berpuak-puak dan berkelompok

2. Ahli Kabilah terdiri daripada suku yang sama dan tinggal dalam sesebuah kawasan

3. Setiap Kabilah mempunyai identiti dan peraturannya sendiri

4. Ahli Kabilah sangat taksub terhadap kabilah masing-masing

5. Ketua Kabilah digelar Syeikh yang menjadi lambang pepaduan

6. Antara syarat-syarat untuk menjadi Syeikh adalah mesti disukai oleh ahli Kabilah, dilantik atas persetujuan

orang ramai

7. Selain itu, Syeikh mestilah berfikiran matang, dan bersifat gagah

Punca-punca pembentukan semangat Assabiah dalam kehidupan masyarakat Arab Jahiliah

Punca-punca

1. Mereka hidup dalam Kabilah yang berasaskan keturunan

2. Setiap puak tinggal dalam kelompok masing-masing dan terikat dengan peraturan Kabilah

3. Mereka sering berkerjasama semasa menyelesaikan masalah kerana tempat tinggal mereka adalah

panas dan kering kontang

4. Sikap masyarakat yang suka berperang dan bersama-sama membuat perancangan seperti peristiwa

perang al-Basus

5. Setiap Kabilah ditanamkan sikap taksub terhadap Kabilah masing-masing

Soalan

1. Apakah gelaran yang diberikan kepada ketua Kabilah?

2. Apakah syarat-syarat untuk menjadi ketua Kabilah?

3. Bagaimanakah semangat Assabiyah boleh terbentuknya dalam kehidupan masyarakat Arab Jahiliah?

Jawapan:

1) Syeikh. Syeikh merupakan lambang perpaduan bagi ahli Kabilahnya. 2) Mestilah disukai oleh ahli Kabilah, dilantik atas persetujuan

orang ramai, berfikiran matang, dan bersifat gagah. 3) Mereka hidup berasaskan keturunan, tinggal dalam kelompok masing-masing,

sering berkerjasama untuk menyelesaikan masalah, sering membuat perancangan apabila mereka ingin berperang, dan ditanamkan sikap

taksub terhadap Kabilah oleh ketua Kabilah itu sendiri.

Page 51: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 44

4.2 - Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w Sebelum

Dilantik Menjadi Rasul Part 1 Tonton video di sini:

https://goo.gl/BQfvA2

Perkara Huraian

Biodata

1. Nama: Muhammad bin Abdullah

2. Maksud Muhammad: Terpuji

3. Tarikh Lahir: 20 April 570 M bersamaan 12 Rabiulawal, Tahun Gajah

4. Tempat Lahir: Rumah datuknya

5. Name Ibu: Siti Aminah binti Wahab

6. Ibu Susu: Halimatus Saadiah

Cabaran

hidup

1. Bapanya meninggal dunia ketika baginda masih di dalam kandungan ibunya

2. Ibunya meninggal dunia semasa baginda berusia 6 tahun

3. Kemudian, baginda dipelihara oleh datuknya Abdul Muttalib

4. Datuknya meninggal dunia semasa baginda berusia 12 tahun

5. Kemudian, baginda dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib

Pekerjaan

1. Penggembala kambing

2. Semasa usia 12 tahun, baginda seringkali mengikut bapa saudaranya berniaga di Syam

3. Semasa usia 20 tahun, baginda bekerja dengan seorang wanita yang kaya iaitu Siti

Khadijah

Perniagaan

1. Menjalankan perniagaan bersama dengan Maisara iaitu hamba Siti Khadijah

2. Kemuliaan budi pekerti, amanah, dan kebolehan baginda dalam perniagaan

menyebabkan Siti Khadijah memberikannya modal yang besar

3. Perniagaan baginda semakin berkembang

Perkahwinan

1. Ketinggian budi pekerti dan kebijaksanaan dalam berniaga baginda telah menimbulkan

rasa hormat Siti Khadijah terhadapnya

2. Oleh itu, ini telah membawa kepada perkahwinan mereka berdua

3. Semasa usia 25 tahun, baginda berkahwin dengan Siti Khadijah yang berusia 40 tahun

Soalan

1. Dimanakah tempat Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan?

2. Siapakah nama ibu susuan Nabi Muhammad s.a.w.?

3. Siapakah yang memelihara Nabi Muhammad s.a.w. setelah ibunya meninggal dunia?

4. Ketika berusia 12 tahun, dimanakah Nabi Muhammad pergi berniaga?

Jawapan:

1) Rumah datuknya. 2) Halimatus Saadiah. 3) Datuknya, Abdul Muttalib. 4) Syam.

Page 52: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 45

4.2 - Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w Sebelum

Dilantik Menjadi Rasul Part 2 Tonton video di sini:

https://goo.gl/fHKkz7

Sifat-sifat terpuji Nabi Muhammad s.a.w

Sifat Huraian

Sifat

1. Siddiq: Berkata benar

2. Amanah: Boleh dipercayai

3. Tabliq: Menyampaikan

4. Fatanah: Bijaksana

Gelaran 1. al-Amin: Baginda sentiasa dipercayai dan tidak pernah berbohong

Kewibawaan

1. Semasa usia 35 tahun, baginda telah menyelesaikan suatu peristiwa mengenai

perletakan Batu Hajar Aswad (batu hitam) di tempat asal

2. Batu ini berada di salah sebuah penjuru kaabah yang jatuh ketika Kota Mekah ditimpa

banjir

Ketua

Keluarga

1. Bersifat pengasih dan bertimbang rasa

2. Membantu isteri memasak, menampal pakaian yang koyak, melayan anak, dan

membersihkan rumah

Pergaulan 1. Sentiasa merendah diri

2. Bergaul dengan semua lapisan masyarakat tanpa mengira miskin atau kaya

3. Penyayang terhadap orang tua dan kanak-kanak

Pemaaf 1. Mudah memaafkan kesilapan orang lain

2. Contoh: Semasa baginda menawan dan membuka Kota Makkah, baginda

mengampunkan dan membebaskan orang Quraisy yang menyerah diri

Bijaksana 1. Perjanjian Hudaibiyah: Perjanjian damai yang dirangka oleh baginda

2. Kesan: Baginda berjaya menyebarkan Islam di Kota Makkah

Bersendirian 1. Baginda sering mengasingkan diri untuk mencari ketenangan

2. Beribadat di Gua Hira di puncak Bukit Thur

Wahyu

1. 6 Ogos 610 M bersamaan 17 Ramadhan: Allah menurunkan Wahyu kepada Nabi

Muhammad s.a.w. melalui malaikai Jibril di Gua Hira

2. Ketika itu, baginda berusia 40 tahun

3. Wahyu ini menjadi tanda pemisahan di antara Zaman Jahiliah dengan Zaman Islam

Soalan

1. Sebutkan empat sifat terpuji Nabi Muhammad s.a.w.

2. Apakah maksud al-Amin?

3. Nabi Muhamamad s.a.w. seorang yang bertimbang rasa terhadap keluarga. Buktikan.

4. Di manakah tempat Nabi Muhammad s.a.w. mengasingkan diri?

5. Bilakah Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu pertama?

Jawapan:

1) Siddiq, Amanah, Tabliq, dan Fatanah. 2) Sentiasa dipercayai dan tidak pernah berbohong. 3) Baginda sering membantu isterinya

memasak, menampalkan pakaian yang koyak, melayan anak, dan membersihkan rumah. 4) Gua Hira yang terletak di puncak Bukit Thur.

5) 6 Ogos 610 M bersamaan 17 Ramadhan.

Page 53: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 46

4.3 - Kerasulan Nabi Muhamaad s.a.w. Tonton video di sini:

goo.gl/1D2CfA

Wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Ciri-ciri

1. Surah al-Alaq, ayat 1-5 yang memerintahkan umat Islam supaya membaca

Kepentingan membaca dalam Islam:

i. Mendapat dan menambah ilmu

ii. Melalui pembacaan, kajian terhadap sesuatu perkara dapat dilakukan kerana sesetengah sumber-

sumber bacaan mengandungi teori-teori

iii. Dengan membaca dan mengkaji, bangsa akan mencapai kecemerlangan

iv. Ilmu yang dituntut mestilah untuk kebaikan masyarakat

2. Diturunkan pada 6 Ogos 610 M bersamaan dengan 17 Ramadhan melalui malaikat Jibril

Wahyu kedua yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Ciri-ciri

1. Surah al-Muddasir ayat 1-7 mengisytiharkan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasul atau pesuruh Allah

2. Pengisytiharan ini merupakan satu rahmat

3. Nabi Muhammad s.a.w. mula menyampaikan ajaran Islam dengan cara bijaksana dan terancang

4. Nabi Muhammad s.a.w. mula menanamkan keimanan terhadap Allah Yang Maha Esa

5. Baginda menggesa masyarakat meninggalkan amalan keji seperti menindas sesama manusia,

membunuh, dan amalan suka mencuri

Soalan

1. Apakah tujuan wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.?.

2. Apakah kepentingan membaca menurut pandangan Islam?

3. Apakah tujuan wahyu kedua diturunkan?

4. Apakah penekanan Nabi Muhammad s.a.w. di awal penyebaran Islam?

Jawapan:

1) Memerintah umat Islam supaya membaca. 2) Mendapat dan menambah ilmu, kajian terhadap sesuatu perkara dapat dilakukan, bangsa

akan mencapai kecermerlangan, dan ilmu dapat dituntut untuk kebaikan masyarakat. 3) Mengisytiharkan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai

Rasul atau pesuruh Allah. 4) Nabi Muhammad s.a.w. mula menanam keimanan/keyakinan terhadap Allah Yang Maha Esa iaitu

menyakinkan manusia Allah itu adalah Tuhan yang satu. Selain itu, Nabi Muhammad s.a.w. menggesa masyarakat meninggalkan amalan

yang keji seperti menindas sesama manusia, membunuh, dan amalan suka mencuri.

Page 54: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 47

4.4 - Penyebaran Islam Di Makkah Tonton video di sini:

goo.gl/uVfWBP

Cara-cara Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah di Makkah

Cara-cara Huraian

Secara

berahsia

1. Selama 3 tahun

2. Di kalangan keluarga dan sahabat yang terdekat sahaja

3. Abu Bakar al-Siddiq merupakan sahabat awal yang memeluk Islam

4. Kemudian, Abu Bakar menarik dan menyebarkan agama Islam kepada tokoh-tokoh

seperti Uthman bin Affan, Zubair bin Awam, dan al-Arqam bin Abu Arqam

5. Rumah al-Arqam bin Abu Arqam dijadikan pusat kegiatan Islam kerana rumahnya berada

di kawasan yang agak pedalaman

6. Tokoh bangsawan yang memeluk Islam pada peringkat awal ialah Siti Khadijah binti

Khuwailid dan Abu Bakar al-Siddiq

Secara

terbuka

1. Sebaik sahaja Nabi Muhammad s.a.w. mendapat perintah Allah

2. Nabi Muhammad s.a.w. mengadakan ceramah di rumah Ali bin Abu Talib iaitu sepupu

baginda

3. Tokoh yang kuat menentang ialah Abu Lahab iaitu bapa saudara baginda

4. Ceramah kedua diadakan di Bukit Safa setelah baginda mendapat perintah Allah melalui

surah al-Hijr, ayat 94

5. Ceramah tersebut dihadiri oleh ketua-ketua pentadbir Makkah dan orang ramai

6. Perbahasan berlaku di antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan bapa saudaranya Abu

Lahab

7. Abu Lahab telah menghina Nabi Muhammad s.a.w. sehingga keterangan ajaran Islam

oleh Nabi Muhammad s.a.w. telah terganggu

Soalan

1. Kepada siapakah Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah secara rahsia?

2. Siapakah tokoh sahabat terawal memeluk agama Islam?

3. Sebaik sahaja menerima Islam, Abu Bakar al-Siddiq berjaya mengislamkan tiga orang sahabatnya iaitu?

4. Di manakah Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah secara terbuka peringkat pertama?

5. Di manakah ceramah kedua diadakan oleh Nabi Muhammad s.a.w?

6. Siapakah tokoh Quraisy yang mengganggu Nabi Muhammad s.a.w. berceramah?

Jawapan:

1) kepada keluarga dan sahabat yang terdekat. 2) Abu Bakar al-Siddiq. 3) Uthman bin Affan, Zubair bin Awam, dan al-Arqam bin Abu

Arqam. 4) Di rumah sepupu Nabi Muhammad s.a.w., Ali bin Abu Talib. 5) Di Bukit Safa. 6) Bapa Saudara Nabi Muhammad s.a.w., Abu

Lahab.

Page 55: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 48

4.5 - Reaksi Masyarakat Arab Terhadap Islam Part 1 Tonton video di sini:

goo.gl/6k6H4d

Pendekatan yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam penyebaran Islam di Makkah

Pendekatan

1. Menjelaskan bahawa Islam memberi layanan yang sama kepada semua manusia

2. Berdakwah dengan cara lemah lembut dan berhemah

3. Tidak memaksa tetapi memujuk mereka dengan menggunakan akal yang dianugerahi Allah

4. Membandingkan nilai akhlak masyarakat Arab Jahiliah dengan nilai akhlak ajaran Islam

5. Membaca ayat al-Quran untuk menjawab pertanyaan sahabat

6. Menunjukkan contoh-contoh teladan yang baik kepada masyarakat

7. Menanamkan keimanan yang kukuh kepada pengikutnya

Sebab-sebab penentangan orang Arab Quraisy terhadap ajaran Islam

Ajaran Islam Aspek Ajaran Arab Quraisy

Menyembah Allah Yang Maha

Esa Kepercayaan

Menyembah berhala dan kepercayaan

Animism

Menganjurkan prinsip

persamaan taraf sesama

manusia

Taraf

Mengamalkan sistem darjat

Menekankan konsep

persaudaraan Persaudaraan

Suka menindas terutamanya terhadap

golongan wanita

- Jawatan

Sering bersaing untuk merebut jawatan

ketua atau pentadbir Kota Makkah

Beranggapan memeluk agama Islam

sama seperti terpaksa mengiktiraf Nabi

Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin

Makkah

Oleh itu, ini akan menggugat peluang

mereka untuk menjadi pemimpin

Menyembah Allah Yang Maha

Esa

Melarang penyembahan patung

berhala

Ekonomi

Penghalangan penyembahan patung

berhala akan menggugat perniagaan

patung mereka

Soalan

1. Berikan 3 contoh pendekatan dakwah yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

2. Apakah kepercayaan masyarakat Quraisy sebelum kedatangan Islam?

3. Dari segi politik, mengapakah masyarakat Quraisy menentang dakwah Nabi Muhammad s.a.w.?

4. Dari segi ekonomi, mengapakah mereka menentang dakwah Nabi Muhammad s.a.w.?

Jawapan:

1) Menjelaskan bahawa Islam memberi layanan yang sama kepada semua manusia, berdakwah dengan cara lemah lembut dan berhemah,

dan tidak memaksa tetapi memujuk mereka dengan menggunakan akal yang dianugerahi Allah. 2) Menyembah berhala dan kepercayaan

Animism. 3) Mereka beranggapan bahawa menerima/memeluk agama Islam sama seperti mengiktiraf Nabi Muhammad s.a.w. sebagai

pemimpin Makkah dan ini akan menggugat peluang mereka untuk menjadi pemimpin. 4) Ajaran Islam melarang penyembahan patung

berhala dan ini akan menggugat perniagaan patung mereka.

Page 56: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 49

4.5 - Reaksi Masyarakat Arab Terhadap Islam Part 2 Tonton video di sini:

goo.gl/9KUhyE

Sebab-sebab penerimaan ajaran Islam oleh sebahagian masyarakat Arab pada peringkat awal

Sebab-sebab

1. Ajaran Islam diterima oleh keluarga dan sahabat terdekat Nabi Muhammad s.a.w. pada peringkat awal

2. Di peringkat masyarakat, ajaran Islam diterima oleh golongan bawahan terutamanya golongan hamba

kerana Islam memberi layanan yang sama kepada semua manusia

3. Ajaran Islam juga diterima kerana kemurnian ajarannya yang merangkumi semua bidang

4. Pendekatan yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. iaitu melakukan penyebaran secara berlembut

Golongan hamba yang diseksa oleh tuannya kerana memeluk Islam ame

Nama Hukuman

Bilal bin

Rabah

Dijerut leher dengan tali, dijemur, diselar dengan besi panas, dan ditindih dadanya dengan

batu

Keluarga

Yassir

Dijemur di padang pasir sehingga Yassir dan isterinya Sumaiyyah mati Syahid

Amir bin

Fuhairah

Diseksa sehingga menjadi gila

Zunainah Diseksa oleh Abu Lahab sehingga menjadi buta

Cara-cara orang Arab Quraisy menentang dakwah Islam

Cara-cara

1. Mencemuh baginda dengan kata-kata nista atau penghinaan

2. Golongan hamba yang memeluk Islam diseksa dengan kejam

3. Menganggu baginda semasa beribadat seperti meletakkan benda-benda kotor di atas tenguk baginda

4. Penyair Arab mengejek baginda dengan puisi mereka

5. Memujuk baginda dengan menawarkan kedudukan, perempuan cantik, dan harta

6. Melakukan pemulauan terhadap baginda dan keluarga dengan menghebahkan melalui tulisan yang

digantung pada Kaabah

7. Membuat pakatan membunuh baginda

Soalan

1. Di peringkat masyarakat, siapakah golongan awal yang menerima Islam?

2. Mengapakah golongan bawahan mudah menerima Islam?

3. Sebaik sahaja menerima Islam, dengan cara apakah Bilal b. Rabah diseksa oleh tuannya?

4. Bagaimanakah cara masyarakat Arab Quraisy mengganggu Nabi Muhamamad s.a.w. beribadat?

5. Apakah tawaran yang diberi oleh Nabi Muhammad s.a.w. sekiranya berhenti berdakwah?

6. Bagaimanakah cara mereka melakukan pemulauan?

Jawapan:

1) Golongan hamba. 2) Islam memberi layanan yang sama kepada semua manusia. 3) Kerana Islam memberi layanan yang sama kepada

semua manusia 4) Mereka meletakkan benda-benda kotor di atas tengkuk baginda. 5) Kedudukan yang tinggi seperti ketua, perempuan

cantik, dan harta. 6) Menghebahkan melalui tulisan yang digantung pada Kaabah.

Page 57: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 50

4.5 - Reaksi Masyarakat Arab Terhadap Islam Part 3 Tonton video di sini:

goo.gl/XNTX7Z

Tindakan-tindakan Nabi Muhammad s.a.w. terhadap ancaman puak Quraisy Makkah

Tindakan-tindakan

1. Penentangan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. semakin meningkat setelah kematian bapa saudaranya

Abu Talib dan isterinya Siti Khadijah

2. Nabi Muhammad s.a.w. membenarkan orang Islam berpindah ke Habsyah untuk mengurangkan tekanan

3. Baginda dan anak angkatnya Zahid bin Harith berpindah ke Taif untuk menyebarkan Islam di tempat baru

tetapi dihalang oleh pemimpin Taif

4. Baginda kemudiannya telah menerima wahyu Allah untuk berhijrah ke Madinah

5. Masyarakat Madinah yang terdiri daripada suku Aus dan Kharaj menjemput Nabi Muhammad s.a.w ke

Madinah untuk dilantik sebagai ketua bagi menyatukan kedua-dua suku ini. Perpindahan baginda dari

Makkah ke Madinah berlaku pada tahun 622 M.

Kebaikan-kebaikan perlantikkan Nabi Muhammad s.a.w. kepada masyarakat

Kebaikan-kebaikan

1. Nabi Muhammad s.a.w. telah mencorakkan tamadun Islam kepada masyarakat Arab Jahiliah

2. Mengubah cara hidup masyarakat Arab Jahiliah kepada kehidupan yang lebih teratur

3. Menerapkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama antara satu sama lain

4. Membawa kepada perubahan politik, ekonomi, dan sosial kepada masyarakat Arab Jahiliah

Soalan

1. Mengapakah ancaman terhadap Nabi Muhammad s.a.w. semakin meningkat?

2. Untuk mengurangkan tekanan terhadap penganut Islam, Nabi Muhammad s.a.w membenarkan

mereka berhijrah ke…?

3. Nabi Muhammad s.a.w. dan anak angkatnya Zaid b. Harith berhijrah ke…?

4. Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. kemudiannya berpindah ke Madinah?

5. Mengapakah perlantikan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasul dianggap satu rahmat kepada

masyarakat?

Jawapan:

1) Kerana kematian bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Siti Khadijah. 2) Habsyah. 3) Taif. 4) Nabi Muhammad s.a.w. telah menerima

wahyu Allah untuk berhijrah ke Madinah. Tambahan pula, masyarakat Madinah telah menjemput Nabi Muhammad s.a.w. ke negeri

mereka. 5) Nabi Muhammad s.a.w. telah mencorakkan tamadun Islam kepada masyarakat Arab Jahiliah. Lebih-lebih lagi, baginda telah

mengubah cara hidup masyarakat Arab Jahiliah kepada kehidupan yang lebih teratur. Tambahan pula, baginda telah menerapkan nilai-

nilai murni seperti sikap bekerjasama antara satu sama lain. Akhir sekali, baginda telah membawa kepada perubahan politik, ekonomi,

dan sosial kepada masyarakat Arab Jahiliah.

Page 58: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 51

KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

5.1 - Perjanjian Aqabah Tonton video di sini:

goo.gl/6W4nKX

Perjanjian Aqabah I & II

Perjanjian

Aqabah Kandungan

Perjanjian

Aqabah I

1. Suku Aus dan Khazraj berjanji akan:

a. Beriman dengan Allah dan Rasul

b. Membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.

c. Tidak akan melakukan amalan seperti mencuri, minum arak, dan membunuh

bayi perempuan

Perjanjian

Aqabah II

1. Suku Aus dan Khazraj berjanji akan memeluk Islam dan mengukuhkan taat setia kepada

Nabi Muhammad s.a.w.

2. Suku Aus dan Khazraj menjemput Nabi Muhammad s.a.w. dan orang Islam berhijrah ke

Madinah

3. Mereka berjanji akan menyediakan tempat tinggal, keselamatan, dan kesediaan

mempertahankan Islam

Maksud Hijrah

Maksud

Hijrah Maksud

Dalam

Konteks

Islam

1. Hijrah merupakan perpindahan orang Islam dari Kota Mekah ke Kota Madinah dalam

usaha untuk memperkukuhkan Islam serta strategi baru untuk menyebarkan Islam

Dalam

Konteks

yang Lebih

Luas

1. Perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan keburukan dan kejahatan

2. Hijrah boleh dilambangkan dengan semangat ingin berubah seperti perubahan sikap,

cara berfikir, dan tingkah laku

Menurut

Orientalis

Barat

1. Hijrah merupakan satu pelarian

BAB 5

Page 59: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 52

Empat Hujah daripada Sarjana Islam yang Menyangkal Pendapat Orientalis Barat yang

Menyatakan Hijrah Merupakan Satu Pelarian

Hujah

1. Hijrah adalah kerana jemputan separti yang tercatat dalam Perjanjian Aqabah II

2. Ketibaan orang Islam Mekah disambut dengan meriah dan rela oleh orang Madinah

3. Orang Islam Mekah telah diberi tempat tinggal yang sewajarnya selain dijamin tentang keselamatan

mereka di Madinah

4. Nabi Muhammad s.a.w. telah dilantik sebagai pemimpin Madinah dan diterima oleh semua golongan

termasuk orang bukan Islam

Sebab-sebab Penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. dari Mekah ke Madinah

Sebab Huraian

Wahyu

1. Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu dari Allah dalam surah al-Anfal

2. Allah telah menyatakan niat dan pakatan Quraisy untuk membunuh baginda

Ancaman

1. Orang Quraisy Mekah sering mengancam dan mengganggu Nabi Muhammad s.a.w.

2. Aktiviti penyebaran Islam telah tergendala

Jemputan

1. Masyarakat Madinah menjemput Nabi Muhammad s.a.w. ke negeri mereka

2. Madinah menghadapi masalah kepimpinan kerana perebutan jawatan antara suku Aus

dan Khazraj

Strategi

1. Hijrah juga merupakan satu strategi untuk menyebarkan Islam ke tempat baru yang lebih

aman

Bersatu

1. Hijrah boleh mewujudkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu dan sempurna

Soalan

1. Sebutkan isi kandungan perjanjian Aqabah I

2. Apakah maksud hijrah dalam konteks Islam?

3. Apakah maksud hijrah dalam konteks yang lebih luas?

4. Beri satu contoh sebab utama Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke Madinah.

5. Mengapakah masyarakat Madinah menjemput Nabi Muhammad s.a.w.?

6. Senaraikan lima sebab Nabi Muhamamd s.a.w. berhijrah ke Madinah.

Jawapan:

1) Suku Aus dan Khazraj berjanji akan beriman dengan Allah dan Rasul, membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w., dan tidak akan

melakukan amalan seperti mencuri, minum arak, dan membunuh bayi perempuan. 2) Hijrah merupakan perpindahan orang Islam dari

Kota Mekah ke Kota Madinah dalam usaha untuk memperkukuhkan Islam serta strategi baru untuk menyebarkan Islam. 3) Hijrah

merupakan perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan keburukan dan kejahatan. Hijrah boleh dilambangkan dengan

semangat ingin berubah seperti perubahan sikap, cara berfikir, dan tingkah laku. 4) Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu dari Allah

dalam surah al-Anfal. 5). Madinah menghadapi masalah kepimpinan kerana perebutan jawatan antara suku Aus dan Khazraj. 6) Wahyu

Allah, ancaman orang Quraisy, jemputan masyarakat Madinah, strategi untuk menyebarkan Islam, mewujudkan masyarakat Islam yang

bersatu dan sempurna.

Page 60: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 53

Rentetan peristiwa hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah

Peristiwa Huraian

Aqabah I

1. Nabi Muhammad s.a.w. memeterai Perjanjian Aqabah Pertama dengan orang Madinah

Aqabah II

1. Nabi Muhammad s.a.w. memeterai Perjanjian Aqabah Kedua dengan orang Madinah

Tentangan

Orang

Quraisy

1. Nabi Muhammad s.a.w. mendapat tahu tentang pakatan untuk membunuhnya daripada

wahyu Allah

Perintah

Hijrah

1. Nabi Muhammad s.a.w. ke rumah Abu Bakar al-Siddiq memberi tahu beliau tentang

wahyu Allah memerintahkan baginda supaya berhijrah

Bersembunyi

di Gua Thur

1. Nabi Muhammad s.a.w. dan Abu Bakar al-Siddiq bersembuyi di Gua Thur selama tiga

malam

Madinah

1. Nabi Muhammad s.a.w. mendirikan Masjid al-Nabawi, mempersaudarakan golongan

Muhajirin dan Ansar serta membentuk Piagam Madinah

Kepentingan Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. dari Mekah ke Madinah

Kepentingan

1. Islam boleh disebarkan dengan bebas tanpa berselindung

2. Nabi Muhammad s.a.w. berjaya mendamaikan suku Aus dan Khazraj yang sering bersengketa

3. Mempersaudarakan orang Islam dari Mekah dengan orang Islam Madinah

4. Memberi gelaran Muhajirin kepada orang Mekah dan Ansar kepada orang Madinah

5. Nabi Muhammad s.a.w. mendirikan Masjid Nabawi dan dijadikan tempat beribadat, belajar, bertemu,

dan membincangkan masalah orang Islam

6. Di persekitaran masjid dibenarkan menjalankan aktiviti berjual beli

7. Tarikh hijrah dijadikan kalendar (takwim) orang Islam oleh Khalifah Umar al-Khatab

8. Nabi Muhammad s.a.w. telah menukar nama Yatrib kepada Madinah al-Munawarah atau Kota

Bercahaya

9. Hijrah menampakkan toleransi kaum dan tolong-menolong dan telah melahirkan masyarakat yang

cemerlang

10. Hijrah juga menggambarkan pengorbanan sahabat-sahabat.

a. Abu Bakar al-Siddiq sanggup bergadai nyawa dan harta

b. Ali b. Abu Talib sanggup tidur di tempat baginda

c. Abdul Rahman b. Auf mengorbankan harta

11. Hijrah memperlihatkan keberanian wanita seperti Asma iaitu anak Abu Bakar al-Siddiq yang menghantar

makanan ke Gua Thur

12. Memperlihatkan kecekapan Nabi Muhammad s.a.w. mengatur strategi

a. Semasa berhijrah baginda tidak terus ke Madinah tetapi bersembunyi di Gua Thur dan memilih

jalan selatan yang jarang digunakan oleh orang ramai

5.2 - Hijrah Tonton video di sini:

goo.gl/8yyHdV

Page 61: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 54

Soalan

1. Apakah tujuan Nabi Muhammad s.a.w. pergi ke rumah Abu Bakar al-Siddiq?

2. Berapa lamakah Nabi Muhammad s.a.w. bersembunyi dalam Gua Thur?

3. Sebaik sahaja sampai ke Madinah, apakah yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.?

4. Siapakah tokoh yang menjadikan tarikh hijrah sebagai kalendar orang Islam?

5. Nabi Muhammad s.a.w. telah menukar nama Yatrib kepada Madinah al-Munawwarah. Apakah maksud

nama Madinah al-Munawwarah?

Jawapan:

1) Nabi Muhammad s.a.w. ke rumah Abu Bakar al-Siddiq memberi tahu beliau tentang wahyu Allah memerintahkan baginda supaya

berhijrah. 2) Selama tiga malam. 3) Nabi Muhammad s.a.w. mendirikan Masjid al-Nabawi, mempersaudarakan golongan Muhajirin dan

Ansar serta membentuk Piagam Madinah. 4) Khalifah Umar al-Khatab. 5) Kota Bercahaya.

Page 62: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 55

5.3 - Piagam Madinah Tonton video di sini:

goo.gl/3T0aXL

Maksud Piagam Madinah

Maksud

1. Merupakan sebuah perlembagaan bertulis yang dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun

622M. Ianya ditulis dengan berpandukan wahyu Allah.

2. Piagam Madinah menjadi asas pemerintahan kerajaan Islam Madinah yang terdiri dari masyarakat Islam

dan bukan Islam

3. Piagam ini mencatat tentang peraturan dan tanggungjawab ketua negara dan rakyatnya. Ianya dirangka

berdasarkan persetujuan orang Islam (Muhajirin & Ansar) & bukan Islam (Yahudi).

Maksud Piagam Madinah

Aspek Huraian

Politik

1. Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin Madinah dan baginda juga sebagai hakim

yang akan menyelesaikan masalah orang Islam dan bukan Islam

Agama

1. Masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama masing-masing

2. Bebas mengamalkan adat mereka selagi tidak bertentangan dengan Islam

Sosial

1. Masyarakat Madinah dianggap sebagai satu ummah

2. Mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap negara

3. Tidak boleh bermusuh sesama sendiri

Perundangan

1. Undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh

2. Peraturan keluarga di dalam sesuatu kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan

dengan Islam

Ekonomi

1. Kerjasama antara masyarakat Madinah dituntut demi memajukan ekonomi negara

2. Penipuan dan riba dihapuskan dalam perniagaan

Pertahanan

1. Semua anggota masyarakat dikehendaki mempertahankan Madinah dari ancaman

musuh

Yahudi

1. Keselamatan orang bukan Islam khususnya Yahudi terjamin selagi mereka mematuhi

Piagam Madinah

Page 63: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 56

Kepentingan Piagam Madinah

Peristiwa

1. Merupakan model kerajaan Islam yang unggul

a. Merupakan perlembagaan yang lengkap

b. Diterima pakai oleh semua masyarakat

2. Perlembagaan merangkumi peraturan yang berkaitan dengan dunia dan akhirat

3. Amalan riba, penipuan, rasuah, dan penindasan tidak dibenarkan

a. Sifat bertimbang rasa dan bersedekah digalakkan

b. Mementingkan keadilan dan ketelusan dalam perniagaan

4. Berjaya mewujudkan masyarakat yang bersatu & aman

a. Taraf dan kedudukan rakyat sama

b. Konsep keadilan sosial dipraktikkan

5. Setiap kaum mematuhi peraturan yang ditetapkan

a. Mereka bertanggungjawab mempertahankan Madinah daripada serangan luar

6. Sistem pemerintahan yang diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. meletakkan Allah sebagai kuasa

tertinggi

Soalan

1. Bagaimanakah Piagam Madinah dibentukkan?

2. Apakah yang tercatat dalam Piagam Madinah?

3. Apakah peranan Nabi Muhammad s.a.w. menurut Piagam Madinah?

4. Apakah maksud masyarakat dianggap sebagai satu ummah?

5. Apakah bentuk kegiatan ekonomi yang tidak dibenarkan dalam Piagam Madinah?

6. Bagaimanakah kedudukan orang bukan Islam menurut Piagam Madinah?

7. Mengapakah Piagam Madinah dikatakan model kerajaan Islam yang unggul?

Jawapan:

1) Piagam Madinah dirangka dan ditulis oleh Nabi Muhammad s.a.w. berpandukan wahyu Allah. 2) Piagam Madinah mencatat tentang

peraturan dan tanggungjawab ketua negara dan rakyatnya. 3) Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin Madinah dan baginda juga

sebagai hakim yang akan menyelesaikan masalah orang Islam dan bukan Islam 4) Maksudnya masyarakat Madinah mempunyai

tanggungjawab yang sama terhadap negara 5) Penipuan dan riba. 6) Mereka dijamin keselamatan selagi mereka mematuhi Piagam

Madinah. 7) Ia merupakan perlembagaan yang lengkap, dan diterima pakai oleh semua masyarakat.

Page 64: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 57

5.4 - Perang Menurut Islam Tonton video di sini:

goo.gl/RLqUgj

Peperangan yang berlaku antara orang Islam Madinah dengan puak Quraisy Mekah

Peperangan

1. Perang Badar tahun 624M/2H

2. Perang Uhud tahun 625M/3H

3. Perang Khandak tahun 627M/5H

4. Perang Tabuk tahun 630M/8H

Peristiwa Perang Khandak (627M/5H)

Peristiwa

1. Berlaku antara orang Islam dengan orang Quraisy Mekah yang bergabung dengan Yahudi

2. Dalam peperangan ini, pihak Islam telah menggunakan strategi menggali parit di sekeliling kota

3. Pihak Islam memperolehi kemenangan kerana tenteranya mempunyai kesabaran dan ketahanan diri

yang tinggi

Prinisp-prinsip perang mengikut ajaran Islam

Peristiwa

1. Berperang bertujuan mempertahankan agama, maruah diri, dan negara

2. Boleh dilakukan dengan keizinan Allah, setelah wahyu diturunkan

3. Berperang apabila diserang musuh

4. Berperang untuk mencari keamanan agar rumah ibadat terpelihara

5. Berperang untuk menentang kezaliman dan mempertahankan diri

6. Hendaklah berdamai sekiranya musuh inginkan perdamaian

7. Semasa perang, dilarang membunuh orang lemah seperti orang tua, kanak-kanak, wanita, orang yang

sakit, dan orang yang menyerah diri.

8. Tidak dibenarkan memusnahkan tumbuh-tumbuhan, tanaman, dan binatang ternakan

9. Dilarang merobohkan tempat ibadat musuh

10. Tawanan wanita dan kanak-kanak perlu dibebaskan manakala tawanan lelaki dibebaskan dengan

bersyarat

Soalan

1. Sebutkan nama perang yang pertama antara Makkah dengan Madinah.

2. Perang Khandak atau Perang Parit berlaku pada tahun 627M/3H, mengapakah ia dinamakan Perang

Khandak atau Perang Parit?

3. Mengapakah pihak Islam memperolehi kemenangan dalam Perang Khandak?

4. Apakah tujuan perang yang dibenarkan oleh Islam?

5. Berikan contoh larangan terhadap orang Islam semasa berperang

Jawapan:

1) Perang Badar. 2) Tentera Madinah menggunakan taktik menggali parit dalam perang tersebut. “Parit” adalah “Khandak” dalam Bahasa

Arab. 3) Kerana tentera pihak Islam mempunyai kesabaran dan ketahanan diri yang tinggi. 4) Demi mempertahankan agama, maruah

diri, dan negara. 5) Tentera orang Islam dilarang membunuh orang yang lemah seperti orang tua, kanak-kanak, wanita, orang yang sakit,

dan orang yang menyerah diri. Mereka juga dilarang memusnahkan tumbuh-tumbuhan, tanaman dan binatang ternakan, serta

merobohkan tempat ibadat musuh.

Page 65: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 58

5.5 - Perjanjian Hudaibiyah Tonton video di sini:

goo.gl/VTd476

Peristiwa yang membawa kepada termeterainya Perjanjian Hudaibiyah

Peristiwa

1. Pada tahun 628M, rombongan orang Islam telah ke Mekah kerana ingin menunaikan umrah

2. Mereka telah disekat di Hudaibiyah. Nabi Muhammad s.a.w. menghantar Uthman bin Affan ke Mekah

untuk menerangkan tujuan kedatangan mereka

3. Orang Islam yang mendengar khabar angin tentang kematian Uthman telah bersumpah setia yang

dikenali sebagai “Baiah al-Ridwan”

4. Orang Arab Quraisy berasa bimbang terhadap kata sepakat orang Islam, lalu mereka menemui Nabi

Muhammad s.a.w.

5. Baginda mengadakan perjanjian dan termeterailah Perjanjian Hudaibiyah antara Nabi Muhammad

s.a.w. mewakili orang Islam dengan Suhail b. Amru mewakili orang Quraisy.

Perjanjian Hudaibiyah

Isi

1. Bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun

2. Kabilah Arab yang lain bebas memihak sama ada kepada orang Islam Madinah atau orang Quraisy

Mekah

3. Orang Islam Madinah yang memihak ke Mekah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan

4. Orang Quraisy Mekah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan

semula

5. Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya

Kepentingan Perjanjian Hudaibiyah

Peristiwa

1. Orang Islam berpeluang menunaikan ibadat haji pada tahun berikutnya iaitu tahun 629M

2. Orang Islam bebas memasuki Kota Mekah dan beribadat di Kaabah

3. Nabi Muhammad s.a.w. berpeluang berdakwah ke seluruh Semenanjung Arab

4. Agama Islam berkembang dengan pesat terutama selepas 2 tahun Perjanjian Hudaibiyah

5. Pengislaman tokoh Arab Quraisy seperti Khalid b. Al-Walid, Amru b. Al-As dan Uthman b. Talha

6. Perjanjian ini dianggap satu pengikhtirafan pemimpin Mekah terhadap kerajaan Islam Madinah

7. Memperlihatkan kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w. merangka perjanjian yang akhirnya membawa

kepada perkembangan Islam khususnya di Mekah

Page 66: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 59

Soalan

1. Apakah tujuan orang Islam ingin ke Makkah?

2. Siapakah yang dihantar oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk menerangkan tujuan kedatangan mereka

ke Makkah?

3. Apakah maksud Baiah al-Ridwan?

4. Siapakah yang mewakili pemimpin Makkah untuk bertemu Nabi Muhammad s.a.w. sehingga

termeterainya Perjanjian Hudaibiyah?

5. Berapa lamakah gencatan senjata yang dipersetujui antara Makkah dengan Madinah?

6. Beri contoh kesan penting Perjanjian Hudaibiyah terhadap agama Islam.

7. Siapakah tokoh Quraisy yang memeluk Islam selepas Perjanjian Hudaibiyah?

Jawapan:

1) Tujuan mereka adalah untuk menunaikan umrah. 2) Uthman bin Affan. 3) Bersumpah setia beramai-ramai. 4) Suhail b. Amru. 5) 10

tahun. 6) Orang Islam berpeluang menunaikan ibadat haji pada tahun berikutnya iaitu tahun 629M, orang Islam bebas memasuki Kota

Mekah and beribadat di Kaabah, dan agama Islam berkembang dengan pesat terutama selapas 2 tahun Perjanjian Hudaibiyah. 7) Khalid

b. Al-Walid, Amru b. Al-As, Uthman b. Talha

Page 67: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 60

5.6 - Pembukaan Kota Mekah – Part 1 Tonton video di sini:

goo.gl/AkrbTt

Faktor Nabi Muhammad s.a.w. ingin membuka Kota Mekah

Sebab Huraian

Sekat

Pihak Quraisy telah langgar Perjanjian Hudaibiyah dengan menyekat hak kebebasan

yang dipersetujui bersama

Strategi

Pembukaan Kota Mekah merupakan satu strategi jangka panjang bagi menentukan

penyebaran Islam

Kukuhkan

Pembukaan Kota Mekah boleh mengukuhkan kerajaan Islam Madinah kerana tiada

lagi ancaman dari orang Quraisy Mekah.

Kelahiran Kota Mekah merupakan tempat kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. dan tempat

lahirnya agama Islam

Pembunuhan orang

Bani Khuzaah

Beberapa orang Bani Khuzaah yang menyebelahi Islam telah dibunuh oleh orang

Quraisy

Cara pembukaan Kota Mekah oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Isi

1. Nabi Muhammad s.a.w. telah menyediakan empat pasukan tentera yang dianggotai oleh 10,000 orang

2. Empat pasukan ini diketuai oleh Khalid bin al-Walid, Abu Ubaidah al-Jarrah, Saad bin Ubadah, dan Zubair

b. al-Awwam

3. Mereka masuk ke Kota Mekah melalui empat arah iaitu utara, selatan, barat, dan barat daya Mekah

4. Sebaik sahaja memasuki Kota Mekah, mereka tidak mendapat tentangan besar. Penentangan kecil

hanya berlaku terhadap tentera Khalid b. al-Walid

5. Kota Mekah berjaya ditawan pada tahun 630M bersama 8 Hijrah.

Sebab Kota Mekah mudah ditawan

Peristiwa

1. Ketika Kota Mekah dikepung berlakunya pengislaman oleh tokoh Quraisy iaitu Abu Sufian dan Abas

2. Dengan pengislaman kedua pembesar ini, orang Arab Quraisy turut memeluk Islam

3. Nabi Muhammad s.a.w. telah memberi jaminan keselamatan kepada mereka yang terkepung sekiranya

mereka menyerah diri

4. Jaminan ini telah menjadi faktor utama kepada kejayaan ini

Page 68: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 61

Soalan

1. Apakah sebab serta-merta Nabi Muhammad s.a.w. membuka Kota Makkah?

2. Apakah bentuk pelanggaran perjanjiaan Hudaibiyah oleh pihak Quraisy Makkah?

3. Siapakah yang dibunuh oleh pihak Quraisy Makkah?

4. Berapa ramaikah tentera Madinah yang mengepong Kota Makkah?

5. Sebutkan nama 4 orang ketua pasukan tentera Madinah ketika mengepong Kota Makkah.

6. Siapakah tokoh Quraisy yang memeluk Islam ketika Kota Makkah dikepong?

7. Apakah faktor utama kejayaan Nabi Muhammad s.a.w. menawan Kota Makkah?

Jawapan:

1) Pihak Quraisy telah langgar Perjanjian Hudaibiyah 2) Pihak Quraisy menyekat hak kebebasan yang dipersetujui. 3) Beberapa orang Bani

Khuzaah. 4) Empat pasukan tentera yang dianggotai 10,000 orang. 5) Khalid bin al-Walid, Abu Ubaidah al-Jarrah, Saad bin Ubadah, dan

Zubair b. al-Awwam. 6) Abu Sufian dan Abas. 7) Nabi Muhammad s.a.w. telah memberi jaminan keselamatan kepada mereka yang

terkepung sekiranya mereka menyerah diri.

Page 69: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 62

5.6 - Pembukaan Kota Mekah – Part 2 Tonton video di sini:

goo.gl/A9AEe9

Apa yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. sebaik sahaja menakluki Kota Mekah

Huraian

1. Nabi Muhammad s.a.w. bertawaf sebanyak tujuh kali mengelilingi kaabah

2. Nabi Muhammad berpidato dengan membaca al-Quran di mana baginda menekankan kepentingan

perpaduan kaum

Kepentingan pembukaan semula Kota Mekah

Huraian

1. Pembukaan Kota Mekah menyebabkan kaabah terpelihara dari unsur-unsur jahiliah

2. Agama menyembah berhala di Kota Mekah dihapuskan selama-lamanya

3. Masyarakat mula mendalami ilmu pengetahuan Islam

4. Kota Mekah menjadi kota suci umat Islam seluruh dunia kerana terdapatnya kaabah

5. Pembukaan Kota Mekah membuktikan kerajaan Islam yang dibentuk di Madinah begitu kukuh

6. Pembukaan Kota Mekah juga menjadi pembuka jalan ke arah penyebaran Islam ke seluruh dunia

Soalan

1. Apakah tindakan pertama yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. setelah membuka Kota Mekah?

2. Bagaimanakah kedudukan kaabah setelah pembukaan Kota Makkah?

3. Apakah kesan pembukaan Kota Makkah oleh Nabi Muhammad s.a.w.?

Jawapan:

1) Nabi Muhammad s.a.w. bertawaf sebanyak tujuh kali mengelilingi kaabah. 2) Pembukaan Kota Mekah menyebabkan kaabah

terpelihara dari unsur-unsur jahiliah. 3) Kota Mekah menjadi kota suci umat Islam seluruh dunia kerana terdapatnya kaabah

Page 70: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 63

PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA

6.1 - Kerajaan Khulafah Al-Rashidin (Bahagian 1) Tonton video di sini:

goo.gl/H2xRsb

Konsep Khalifah

Maksud Khalifah

Bahasa Asal dari perkataan Arab yang membawa maksud pengganti (kata jamak:

khulafah)

Maksud yang lebih

luas

Pengganti yang melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran

kerajaan

Konteks Islam Tanggungjawab memelihara kemurnian agama Islam yang disampaikan oleh

Nabi Muhammad s.a.w.

Tanggungjawab seorang Khalifah

Tanggungjawab – tanggungjawab

Politik 1. Memastikan kelicinan pentadbiran

2. Mempertahankan agama dan negara Islam

3. Melantik pegawai pentadbir negara

4. Memecat pegawai pentadbir jika perlu

5. Memantapkan sistem perundangan Islam berdasarkan al- Quran dan Hadis

Sosial 1. Menjaga kebajikan rakyat

2. Menjaga dan meneruskan perintah Allah yang disampaikan melalui Nabi

Muhammad s.a.w

3. Mewujudkan perpaduan ummah melalui musyawarah

Ekonomi 1. Menguruskan kewangan, perbendaharaan negara dan baitulmal

2. Mengatur pungutan zakat, kharaj dan jizyah

Syarat- syarat untuk menjadi seorang Khalifah

Syarat – syarat

1. Lelaki yang merdeka

2. Beragama Islam

3. Berpengetahuan tentang Islam

4. Warak iaitu mematuhi perintah Allah

5. Sanggup melaksanakan perintah Allah

6. Bersifat adil

7. Mempunyai akhlak yang baik

8. Mempunyai tubuh badan yang sihat dan sempurna

9. Berfikiran cerdas

10. Pandai mentadbir

BAB 6

Page 71: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 64

Soalan

1. Apakah maksud Khalifah dalam konteks Islam?

2. Berikan 3 contoh tugas khalifah dari segi politik.

3. Apakah tugas Khalifah dari segi ekonomi?

4. Berikan 3 contoh syarat untuk menjadi Khlifah.

Jawapan:

1) Maksud khalifah dalam konteks Islam ialah tanggungjawab memelihara kemurnian agama Islam yang disampaikan oleh Nabi

Muhammad s.a.w. 2) memastikan kelicinan pentadbiran, mempertahankan agama dan negara Islam, dan melantik pegawai pentadbir

negara. 3) Tugas khalifah dari segi ekonomi ialah menguruskan kewangan, perbendaharaan negara dan baitulmal. 4) 3 contoh syarat

untuk menjadi khalifah ialah menjadi lelaki yang merdeka, beragama Islam dan bersifat adil.

Page 72: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 65

6.1 - Kerajaan Khulafah Al-Rashidin (Bahagian 2) Tonton video di sini:

goo.gl/6kcjjM

Pemerintah-pemerintah Kerajaan Khulafah al – Rashidin

Nama Khalifah Keturunan Masa Pemerintahan

Khalifah Abu Bakar al- Siddiq Bani Tamim 632M- 634M

Khalifah Umar al- Khatab Bani Adi 634M – 644M

Khalifah Uthman b. Affan Bani Umaiyyah 644M – 656M

Khalifah Ali b. Abu Talib Bani Hasyim 656M – 661M

Cara- cara pemilihan Khulafah al- Rashidin

Cara – cara Huraian

Musyawarah/ mesyuarat Contoh: perlantikan Khalifah Abu Bakar

Dicadangkan oleh Syadina Umar dan mendapat persetujuan orang ramai

Cadangan satu nama dari

Khalifah terdahulu

Contoh: perlantikan Syadina Umar

Dicadangkan oleh Khalifah Abu Bakar sebelum beliau meninggal dunia

Pencalonan beberapa nama Contoh: Perlantikan Saidina Uthman

Enam calon dicadangkan dan Uthman dipilih

Pencalonan dari sekelompok

masyarakat

Contoh: perlantikan Saidina Ali

Soalan

1. Bagaimanakah cara Abu Bakar al-Siddiq menaiki jawatan Khalifah?

2. Siapakah yang mencadangkah Umar al-Khatab sebagai Khalifah?

3. Perlantikan Uthman b. al-Affan sebagai Khalifah melalui pencalonan beberapa nama. Berapa

namakah yang dicalonkan?

Jawapan:

1) Abu Bakar al- Siddiq menaiki jawatan khalifah dengan cara musyawarah/ mesyuarat. 2) Khalifah Abu Bakar yang mencadangkan

Umar al- Khatab sebagai khalifah 3) Enam nama yang dicalonkan.

Page 73: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 66

6.2 - Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq Tonton video di sini:

goo.gl/caJdQe

Latar belakang Khalifah Abu Bakar al- Siddiq

Nama sebenar Abdullah b. Abu Quhafah

Tahun lahir 573M

Keturunan Bani Tamim

Gelaran “al- Siddiq” (bermaksud yang membenarkan)

Gelaran ini diberi kerana beliau sentiasa meyakini kebenaran kata- kata Nabi

Muhammad s.a.w

Cara pelantikan Dicadangkan oleh Saidina Umar al- Khatab dan mendapat persetujuan dari Majlis

Musyawarah

Sumbangan Saidina Abu Bakar al- Siddiq sebaik sahaja dilantik sebagai Khalifah al-

Rashidin yang pertama

Sumbangan – sumbangan

1. Berjaya mengatasi masalah perpecahan umat Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w

2. Memerangi golongan al- Riddah iaitu golongan nabi palsu, golongan murtad dan golongan yang

enggan membayar zakat

3. Mempertahankan Madinah dari ancaman Parsi dan Rom Timur

4. Membahagikan tanah Arab kepada 10 wilayah

5. Setiap wilayah diketuai oleh seorang ‘amir’

6. Memperkenalkan bayaran gaji tentera melalui hasil harta rampasan perang

7. Mempertahankan undang- undang tanah

8. Memberi hak kepada golongan mawali seperti orang Islam Arab

9. Memerintahkan Zaid b. Thabit untuk mengumpulkan semula tulisan ayat al- Quran

10. Digelar penyelamat umat Islam

Soalan

1. Siapakah nama sebenar Khalifah Abu Bakar al-Siddiq?

2. Apakah maksud al-Siddiq?

3. Siapakah yang dimaksudkan dengan golongan al-Riddah?

4. Bagi melicinkan pentadbiran, apakah pembaharuan yang dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar al-

Siddiq?

5. Bagaimanakah cara Khalifah Abu Bakar al-Siddiq membayar gaji tentera?

6. Siapakah yang diperintahkan untuk mengumpul semula tulisan al-Quran?

Jawapan:

1) Nama sebenar Khalifah Abu Bakar al- Siddiq ialah Abdullah b. Abu Quhafah. 2) Maksud al- siddiq ialah yang membenarkan. 3) Golongan

al- Riddah ialah golongan nabi palsu, golongan murtad dan golongan yang enggan membayar zakat. 4) Pembaharuan yang dilakukan

ialah membahagikan tanah Arab kepada 10 wilayah. 5) Cara beliau membayar gaji tentera ialah melalui hasil harta rampasan perang. 6)

Zaid b. Thabit telah diperintahkan untuk mengumpul semula tulisan al- Quran.

Page 74: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 67

6.3 - Khalifah Umar Al-Khatab Tonton video di sini:

goo.gl/GcMKVj

Latar belakang Khalifah Umar b. al- Khatab

Nama sebenar Umar b. Naufal

Sikap Berani, tegas

Keturunan Bani Adi

Cara pelantikan Dicadangkan oleh Khalifah Abu Bakar ketika beliau sedang sakit dan mendapat

persetujuan dari orang ramai

Perubahan yang dilakukan oleh beliau setelah dilantik sebagai seorang Khalifah

Perubahan Bukti

Majlis Syura Menubuhkan Majlis Syura yang dianggotai oleh golongan Muhaijirin dan Ansar

Tanah jajahan Membahagikan tanah jajahan kepada beberapa buah wilayah. Setiap wilayah

diketuai oleh gabenor (wali) yang bertindak sebagai pentadbir awam dan panglima

tentera

Jabatan Menubuhkan Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Percukaian dan Jabatan

Perbendaharaan Negara

Kehakiman Jabatan Kehakiman ditubuhkan dan dipisahkan dari jabatan lain. Hakim diberi gaji

yang tinggi iaitu 500 dirham. Tujuan: mengelakkan salah laku hakim

Pendidikan Mengembangkan ajaran al- Quran. Tempat belajar di persekitaran masjid

disediakan. Menghantar guru agama ke pedalaman.

Contoh: Abu Sufian dihantar mengajar orang Badwi di pedalaman

Kalender Menjadikan tarikh hijrah sebagai kalender orang islam

Ketenteraan Membentuk tentera tetap dan sukarela. Tentera tetap berpakaian seragam dan

dibayar gaji. Markas tentera di bandar, manakala kubu tentera di sempadan

menghadap musuh.

Terusan Membina terusan untuk meningkatkan pertanian yang dikenali sebagai Terusan

Amirulmukminin di Mesir dan Empangan Abu Musa di Basrah

Cukai Memperkenalkan cukai jizyah kepada golongan zimmi. Cukai khazraj berdasarkan

jenis tanaman dan kesuburan tanah

Page 75: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 68

Soalan

1. Siapakah anggota Majlis Syura yang diperkenalkan oleh Khalifah Umar al-Khatab?

2. Setiap wilayah adalah diketuai oleh wali atau gabenor. Apakah tugas wali atau gabenor?

3. Berikan beberapa contoh jabatan yang ditubuhkan oleh Khalifah Umar bagi memantapkan

pentadbiran.

4. Bagaimanakah cara Khalifah Umar mengelakkan salahlaku hakim?

5. Apakah tindakan Khalifah Umar untuk mengembangkan ajaran al-Quran?

6. Bagi meningkatkan pertanian, Khalifah Umar telah membina terusan. Antara terusan yang terkenal

ialah...?

Jawapan:

1) Anggota Majlis Syura yang diperkenalkan ialah golongan Muhaijirin dan Ansar. 2) Tugas wali atau gabenor ialah memikul jawatan pentadbir awam dan panglima tentera. 3) Beberapa contoh jabatan yang ditubuhkan bagi memantapkan pentadbiran ialah Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Percukaian dan Jabatan Perbendaharaan Negara. 4) Khalifah Umar mengelakkan salahlaku hakim dengan memberi hakim gaji yang tinggi. 5) Tindakan Khalifah Umar untuk mengembangkan ajaran al-Quran adalah dengan menyediakan tempat belajar di persekitaran masjid dan menghantar guru agama ke pedalaman. 6) Antara terusan yang terkenal ialah Terusan Amirulmukminin.

Page 76: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 69

6.4 - Khalifah Uthman Bin Al-Affan Tonton video di sini:

goo.gl/hs1yLa

Latar belakang Khalifah Uthman bin al- Affan

Nama sebenar Uthman b. Affan.

Sikap Hartawan yang bersikap dermawan, lemah lembut, bertolak ansur dan mudah simpati.

Keturunan Bani Umaiyah.

Gelaran Zun Nurain (bermaksud mempunyai dua cahaya)

Beliau diberi gelaran tersebut kerana berkahwin dengan dua puteri Nabi Muhammad

s.a.w setelah seorang darinya meninggal dunia.

Cara pelantikan Majlis Syura

Enam tokoh telah dicalonkan. Uthman dan Ali mendapat undi yang tertinggi yang

sama. Abdul Rahman b. Auf yang mempengerusikan mesyuarat akhirnya mendapat

persetujuan orang ramai melantik Uthman.

Pembaharuan yang dilakukan oleh beliau setelah dilantik sebagai Khalifah

Pembaharuan Bukti

Tentera Membina angkatan tentera laut. Merupakan pemimpin Islam pertama yang

melakukan demikian.

Empayer Meluaskan empayer Islam hingga ke Afghanistan, Samarkhan, Cyprus dan Tripoli.

Baitulmal Mengukuhkan peranan baitulmal. Dipergunakan untuk pembangunan negara,

memperkuatkan tentera laut dengan membeli kapal dan senjata.

Cukai Cukai jizyah yang dikenakan terhadap orang bukan islam dikekalkan.

Al- Quran Menyelaraskan cara bacaan al- Quran yang selama ini berbeza dari pelbagai

wilayah. Mengistiharkan naskah al- Quran yang dikenali sebagai “Mushaf

Uthmani”.

Kemudahan Membina jalan raya dan jambatan. Mendirikan rumah rehat bagi kemudahan

pengembara.

Soalan 1. Khalifah Uthman dikenali sebagai ‘Zun Nurain’. Apa maksud Zun Nurain?

2. Mengapakah beliau digelar ‘Zun Nurain”?

3. Apakah sikap Khalifah Uthman yang terkenal?

4. Berikan contoh empayar Islam yang terkenal pada zaman Khalifah Uthman.

5. Sumbangan terbesar Khalifah Uthman ialah menyelaraskan bacaan al-Quran dengan cara…?

6. Apakah kemudahan yang disediakan oleh Khalifah Uthman kepada para pengembara?

Jawapan:

1) Maksud Zun Nurain ialah mempunyai dua cahaya. 2) Beliau digelar Zun Nurain kerana beliau berkahwin dengan dua orang puteri Nabi Muhammad s.a.w setelah seorang darinya meninggal dunia. 3) Sikap Khalifah Uthman yang terkenal ialah hartawan yang bersikap dermawan, lemah lembut, bertolak ansur dan mudah simpati. 4) Contoh- contoh empayar Islam yang terkenal pada zaman Khalifah Uthman ialah Afghanistan, Samarkhan, Cyprus dan Tripoli. 5) Khalifah Uthman menyelaraskan bacaan al-Quran dengan cara mengistiharkan naskah al- Quran yang dikenali sebagai “Mushaf Uthmani”. 6) Kemudahan yang disediakan oleh Khalifah Uthman kepada para pengembara ialah rumah rehat.

Page 77: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 70

6.5 - Khalifah Ali Bin Abu Talib

Tonton video di sini:

goo.gl/H5rStL

Latar belakang Khalifah Ali bin Abu Talib

Nama sebenar Ali b. Abu Talib

Tahun lahir 602M

Keturunan Bani Hasyim

Sikap Kepahlawanan, tegas, berpengetahuan luas tentang Islam

Cara pelantikan Cadangan dari sekelompok masyarakat

Tindakan- tindakan yang dilakukan oleh beliau setelah dilantik sebagai seorang Khalifah

Tindakan Keterangan

Ketenteraan Memperkuatkan tentera Islam. Membina markas tentera di Parsi dan sempadan Syria

Keharmonian Mementingkan keharmonian negara.

Dalam peristiwa Perang Siffin, tenteranya hampir menang, tetapi pihak lawan

mengangkat al- Quran untuk berdamai. Beliau bersetuju

Ekonomi Meneruskan kutipan jizyah.

Beliau menghantar al- Asytar iaitu Gabenor Mausli dan meminta beliau mengikat

perjanjian dengan golongan zimmi agar membayar cukai.

Soalan 1. Bagaimanakah cara pelantikan Ali bin Abu Talib sebagai khalifah?

2. Apakah tindakan Khalifah Ali untuk memperkukuhkan keselamatan negara?

3. Khalifah Ali dikatakan sangat mementingkan keharmornian negara. Buktikan kenyataan ini.

4. Siapakah tokoh yang dihantar oleh Khalifah Ali untuk memungut jizyah kepada golongan zimmi?

Jawapan:

1) Cara pelantikan Ali bin Abu Talib sebagai khalifah adalah dengan cadangan dari sekelompok masyarakat. 2) Tindakan Khalifah Ali untuk memperkukuhkan keselamatan negara ialah memperkuatkan tentera islam. 3) Buktinya, dalam peristiwa Perang Siffin, tenteranya hampir menang, tetapi pihak lawan mengangkat al- Quran untuk berdamai dan beliau bersetuju. 4) Tokoh yang dihantar oleh Khalifah Ali ialah Gabenor Mausli.

Page 78: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 71

6.6 - Kerajaan Bani Umaiyah (Bahagian 1) Tonton video di sini:

goo.gl/Mi32ri

Sistem pentadbiran Kerajaan Bani Umaiyah di Damsyik

Jawatan Keterangan/ contoh

Khalifah Pemerintah tertinggi

Wazir Mengetuai pentadbiran pusat, dikenali sebagai sistem wazarah

Gabenor Mengetuai pentadbiran wilayah

Urus Setia Diketuai oleh “Pegawai Utama”, membahagikan pentadbiran kepada

beberapa bahagian seperti surat menyurat, cukai, ketenteraan, polis,

kehakiman dan pegawai urusan

Hijabah Diketuai oleh seorang “Pegawai”, tugas memeriksa orang yang ingin

menemui khalifah, mengawal keselamatan khalifah dan pemegang

amanah

Jabatan Jabatan Cukai, Jabatan Surat Menyurat, Jabatan Urusan Am, Jabatan

Urusan Cap Mohor Pemerintah

Ketenteraan Diperkemaskan dengan penubuhan Diwanul Jundi (Jabatan Ketenteraan),

pembentukan angkatan tentera darat dan tentera laut

Perundangan Hakim menjatuhkan hukuman berpandukan al- Quran, hadis, ijmak dan

ijtihad. Hakim hendaklah bertindak adil tanpa dipengaruhi oleh mana-

mana pihak

Soalan

1. Apakah tugas wazir dalam sistem pentadbiran Bani Umaiyyah?

2. Siapakah yang mengetuai pentadbiran wilayah?

3. Sistem hijabah diperkenalkan dan diketuai oleh seorang pegawai. Apakah tugas hijabah?

4. Jabatan ketenteraan pula diperkukuhkan dan diperkemaskan dengan penubuhan…?

5. Sistem perundangan Islam dilaksanakan. Hakim menjatuhkan hukuman berdasarkan…?

6. Sistem pentadbiran dibahagi kepada beberapa bahagian yang diketuai oleh pegawai utama.

Berikan contoh.

7. Untuk meningkatkan pentadbiran, beberapa jabatan diwujudkan. Apakah jabatan-jabatan tersebut?

Jawapan:

1) Mengetuai pentadbiran pusat. 2) Gabenor yang mengetuai pentadbiran wilayah. 3) Tugas hijabah ialah memeriksa orang yang ingin menemui khalifah, mengawal keselamatan khalifah dan pemegang amanah. 4) Diwanul Jundi (Jabatan Ketenteraan). 5) al- Quran, hadis, ijmak dan ijtihad. 6) Bahagian surat menyurat, cukai, ketenteraan, polis, kehakiman dan pegawai pengurusan. 7) Jabatan Cukai, Jabatan Surat Menyurat, Jabatan Urusan Am dan Jabatan Urusan Cop Mohor Perintah.

Page 79: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 72

6.6 - Kerajaan Bani Umaiyah (Bahagian 2) Tonton video di sini:

goo.gl/fWv2eV

Sumbangan- sumbangan Kerajaan Bani Umaiyah di Sepanyol

Bidang Keterangan

Pendidikan 1. Pembinaan pusat pengajian tinggi di Cordova oleh Abdul Rahman III

2. Pembinaan perpustakaan diasaskan oleh al-Hakam II

3. 17 buah pusat pengajian tinggi dan 70 perpustakaan didirikan di Andalusia

4. Pusat Keilmuan di bandar Toledo, Seville dan Granada

5. Pusat penterjemahan didirikan di Toledo untuk menterjemahkan karya Yunani

ke dalam Bahasa Arab

6. Cordova menjadi penghubung antara dunia Islam dan bukan Islam dalam

pertukaran ilmu pengetahuan

Senibina 1. Senibina terkenal Masjid Cordova, mempunyai menara, kubah beralaskan kayu

berukir dan tiang dibuat dari batu marmar

2. Mempunyai 4700 buah lampu yang menggunakan 11 tan minyak setahun

Ekonomi 1. Baitumal didirikan bagi mengimbangi pendapatan dan perbelanjaan negara

2. Pendapatan dari pungutan khazraj, zakat, usyur dan ghanimah

3. Cordova menjadi pusat ekonomi

4. Perusahaan tembikar, perhiasan dari perak dan emas

5. Memproses kulit dan membuat senjata

6. Pertanian: sistem saliran dibina serta penyelidikan untuk mendapat benih yang

berkualiti

Soalan

1. Di manakah pusat pengajian tinggi didirikan di Sepanyol oleh Khalifah Abdul Rahman III?

2. Apakah sumbangan Khalifah al-Hakam II dalam bidang ilmu pengetahuan?

3. Dalam bidang senibina, masjid yang terkenal ialah Masjid Cordova. Sebutkan ciri-ciri senibina masjid

tersebut.

4. Dari segi ekonomi, apakah tujuan baitulmal didirikan?

5. Bidang perusahaan yang terkenal ialah...

6. Dari manakah pendapatan baitulmal diperolehi?

Jawapan:

1) Pusat pengajian tinggi yang didirikan di Sepanyol oleh Khalifah Abdul Rahman III berada di Cordova. 2) Sumbangan Khalifah al- Hakam II dalam bidang ilmu pengetahuan ialah pembinaan pusat pengajian tinggi dan perpustakaan. 3) Ciri- ciri senibina masjid tersebut ialah mempunyai menara, kubah beralaskan kayu berukir dan tiang dibuat dari batu marmar. 4) Dari segi ekonomi, tujuan baitumal didirikan adalah untuk mengimbangi pendapatan dan perbelanjaan negara. 5) Bidang perusahaan yang terkenal ialah perusahaan tembikar, perhiasan dari emas dan perak, memproses kulit dan membuat senjata. 6) Pendapatan baitulmal diperolehi dari pungutan khazraj, zakat, usyur dan ghanimah.

Page 80: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 73

6.7 - Kerajaan Bani Abbasiyah (Bahagian 1) Tonton video di sini:

goo.gl/7gOXPX

Penubuhan Kerajaan Bani Abbasiyah

Penubuhan

1. Gerakan Bani Abbasiyah ditajakan oleh Ali bin Abdullah yang bergerak secara sulit

2. Nama Abbasiyah diambil sempena nama al- Abbas iaitu bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w

3. Berkempen atas nama Ahlul Bait iaitu keluarga Nabi Muhammad

4. Pusat gerakan, Khufah, Khurasan dan Humaimah

5. Gerakan ini diperkukuhkan lagi dengan penyertaan dua tokoh pahlawan iaitu Abu Salamah al- Khalal

yang mengetuai gerakan di Kufah dan Abu Muslim al- Khurasani yang mengetuai gerakan di Khurasan

6. Gerakan Abbasiyah berjaya menggulingkan Bani Umaiyah pada tahun 750M

Sumbangan Bani Abbasiyah dalam perkembangan ilmu pengetahuan

Sumbangan – sumbangan

1. Kota Baghdad dijadikan pusat kegiatan intelektual semasa pemerintahan Khalifah Harun al- Rashid dan

Khalifah al- Makmun

2. Mendirikan Baitulhikmah sebagai institusi keilmuan oleh Khalifah Harun al- Rashid

3. Menterjemahkan karya Yunani ke dalam bahasa Arab

4. Kegiatan penulisan pula dilakukan melalui tiga tahap iaitu;

Pertama: mencatat idea atau percakapan

Kedua: mengumpul hadis Nabi Muhammad s.a.w di dalam sebuah buku

Ketiga: megarang dan disusun mengikut bab

5. Ulama juga melibatkan diri dalam penulisan seperti menyusun hadis, fikah, tafsir dan sejarah

6. Ulama terkenal: Imam Malik, Ibn Ishaq, Imam Syafie, Imam Ahmad Hanbal

7. Mereka membuat pemisahan antara ilmu tafsir, ilmu sirah dan ilmu hadis

8. Penubuhan institusi pengajian tinggi telah mempertingkatkan penyelidikan dan membolehkan hasil

kajian sarjana Islam sampai ke Eropah

Soalan

1. Nama Abbasiyah diambil sempena nama…?

2. Bagaimanakah cara Bani Abbasiyah mencari sokongan masyarakat?

3. Dimanakah pusat gerakan mereka?

4. Gerakan Bani Abbasiyah semakin kukuh dengan penyertaan dua orang tokoh pahlawan iaitu...?

5. Semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid, mereka telah mendirikan baitulhikmah. Apakah itu

baitulhikmah?

6. Untuk memperbanyakkan sumber ilmu pengetahuan, kegiatan penulisan dilakukan melalui tiga cara,

iaitu…

7. Ulama memainkan peranan dalam penulisan kitab agama seperti…?

Jawapan:

1) Nama Abbasiyah diambil sempena nama al- Abbas iaitu bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w. 2) Cara Bani Abbasiyah mencari sokongan masyarakat ialah berkempen atas nama Ahlul Bait iaitu keluarga Nabi Muhammad s.a.w. 3) Pusat gerakan mereka berada di Khufah, Khurasan dan Humaimah. 4) Abu Salamah al- Khalal dan Abu Muslim al- Khurasani. 5) Baitulhikmah ialah pusat atau institusi keilmuan. 6) Mencatat idea atau percakapan, mengumpul hadis Nabi Muhammad s.a.w di dalam sebuah buku dan mengarang dan disusun mengikut bab. 7) Peranan ulama dalam penulisan kitab agama seperti menyusun hadis, fikah, tafsir dan sejarah.

Page 81: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 74

6.7 - Kerajaan Bani Abbasiyah (Bahagian 2) Tonton video di sini:

goo.gl/QnFVhT

Sebab- sebab kejatuhan Bani Umaiyah kepada Bani Abbasiyah

Sebab – sebab Huraian

Diskriminasi 1. Golongan mawali seperti bangsa Parsi dan Babar didiskriminasikan

2. Mereka tidak diberi hak mendapat jawatan yang dianggap layak

3. Dikenakan cukai yang lebih tinggi dari orang Islam Arab

4. Golongan ini menyokong gerakan Abbasiyah menentang Bani Umaiyah

Sikap Khalifah 1. Di akhir pemerintahan Bani Umaiyah, terdapat khalifah mengabaikan tanggungjawab

terhadap rakyat

2. Terdapat khalifah yang mengabaikan ajaran Islam

3. Perlantikan khalifah secara warisan

4. Menimbulkan penentangan dari golongan Syiah dan Khuwarij

Abbasiyah Kemunculan Gerakan Abbasiyah mendapat sokongan kerana menggunakan kempen

atas nama Ahlul Bait (keluarga Nabi Muhammad s.a.w)

Soalan

1. Salah satu sebab kejatuhan Bani Umaiyah kepada gerakan Bani Abbasiyah adalah kerana dasar

diskriminasi kepada golongan mawali. Buktikan.

2. Perlantikan jawatan khalifah Bani Umaiyah dilakukan secara warisan telah menimbulkan penentangan

dari golongan...?

3. Kemenangan gerakan Abbasiyah di tangan Bani Umaiyah adalah kerana mereka berkempen atas

nama…?

Jawapan:

1) Golongan mawali tidak diberi hak mendapat jawatan yang dianggap layak dan dikenakan cukai yang lebih tinggi dari orang Islam Arab. 2) Syiah dan Khuwarij. 3) Ahlul Bait iaitu keluarga Nabi Muhammad s.a.w.

Page 82: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 75

6.8 - Kerajaan Turki Uthmaniah Tonton video di sini:

goo.gl/azoxww

Faktor- faktor yang menyebabkan kerajaan Turki Uthmaniah menyebarkan Islam ke

Eropah

Faktor – faktor Huraian

Ketenteraan 1. Mereka mempunyai akidah yang kukuh dan akhlak yang tinggi

2. Mereka mempunyai semangat ghazi

3. Memiliki senjata moden seperti Meriam besar

4. Mempunyai tentera berkuda dan kumpulan infantri

5. Memiliki 300 buah kapal untuk mengawal Laut Mediteranean

6. Mempunyai kumpulan janisari

Politik Eropah 1. Kerajaan kecil Eropah berperang sesama mereka

2. Kejatuhan kerajaan Byzantine memudahkan penyebaran Islam ke di kawasan

Balkan

3. Berlakunya penyalahgunaan kuasa dan pergaduhan pemimpin

4. Kekurangan kewangan institusi gereja menyebabkan masyarakat Kristian memeluk

Islam

Dasar Kerajaan

Turki

1. Penyebaran Islam secara diplomasi

2. Menekankan kejayaan berdasarkan kecemerlangan bukan keturunan

3. Penghijrahan orang Turki termasuk pendakwah telah menarik ramai orang Kristian

memeluk Islam

Sumbangan- sumbangan Kerajaan Turki Uthmaniyah

Sumbangan – sumbangan

1. Sultan Selim menguasai Kota Mekah. Beliau dianggap pelindung umat Islam seluruh dunia

2. Sultan Suleiman I memperkenalkan “Kanun Suleiman” yang membela nyawa, harta, kehormatan setiap

individu tanpa mengira bangsa dan agama

3. Jawatan Kadi dan Mufti diwujudkan sebagai sebahagian organisasi pentadbiran Islam

4. Memperkenalkan jawatan Sheikh-ul Islam iaitu ketua ulama untuk mengeluarkan fatwa berkaitan

agama, sains dan undang- undang.

5. Membentuk Jalinan Perdagangan Dunia Islam yang berpusat di Istanbul.

6. Istanbul juga menjadi pusat perdagangan antara dunia Islam dan bukan Islam serta antara Timur dan

Barat.

7. Menggalakkan kejayaan melalui kecemerlangan.

8. Memperkembangkan pendidikan, kebudayaan, penerbitan dan penterjemahan.

9. Memperkembangkan sistem madrasah, sekolah pengetahuan akademik, sekolah sastera, maktab

tentera, maktab teknik dan kolej perubatan.

10. Menubuhkan perpustakaan di masjid, hospital dan rumah.

11. Senibina terkenal ialah Masjid Sultan Ahmad (Masjid Biru) di Istanbul.

Page 83: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 76

Soalan

1. Antara faktor kejayaan Turki meluaskan empayar adalah kerana tenteranya mempunyai semangat

gazi. Apakah yang dimaksudkan dengan semangat gazi?

2. Kekuatan tentera Turki juga adalah kerana mereka boleh menguasai Laut Mediterranean. Ini adalah

disebabkan tentera Turki mempunyai…?

3. Apakah yang dimaksudkan dengan kumpulan Janissari?

4. Kejayaan Turki menyebarkan Islam di Eropah disebabkan tumbangnya sebuah kerajaan Eropah yang

kuat iaitu...?

5. Berikan contoh cara orang Turki menyebarkan Islam di Eropah.

6. Sebaik sahaja Sultan Selim menguasai Kota Mekah, beliau digelarkan sebagai?

7. Apakah keistimewaan Kanun Suleiman?

8. Sheikhul Islam adalah ketua ulama. Beliau berkuasa untuk...?

9. Apakah peranan penting bandar Istanbul?

10. Dalam bidang pendidikan, apakah yang telah diperkenalkan oleh kerajaan Turki Uthmaniah?

Jawapan:

1) Semangat gazi ialah semangat kepahlawanan yang sangat tinggi.

2) 300 buah kapal.

3) Kumpulan Janissari bermaksud kumpulan tentera elit yang sangat terlatih di mana mereka telah diberi latihan sejak zaman kanak- kanak lagi.

4) Kerajaan Byzantine.

5) Penghijrahan orang Turki termasuk pendakwah telah menarik ramai orang Kristian memeluk Islam.

6) Pelindung umat Islam seluruh dunia.

7) Membela nyawa, harta, kehormatan setiap individu tanpa mengira bangsa dan agama.

8) Mengeluarkan fatwa berkaitan agama, sains dan undang-undang.

9) Menjadi pusat perdagangan antara dunia Islam dan bukan Islam serta antara timur dan barat.

10) Sistem madrasah, sekolah pengetahuan akademik, sekolah sastera, maktab tentera, maktab teknik dan kolej perubatan.

Page 84: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 77

6.9 - Pertembungan Tamadun Islam Dengan

Tamadun Lain Di Dunia (Bahagian 1) Tonton video di sini:

goo.gl/FGIc6L

Cara- cara pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia

Cara-cara Keterangan

Perdagangan Nabi Muhammad s.a.w berdagang hingga ke Syam, melihat tamadun Rom.

Perdagangan hingga ke Teluk Parsi, Laut Merah dan timur Laut Mediteranean

menyebabkan pertembungan dengan tamadun Parsi dan Rom.

Akhir abad ke-7M, orang Islam berdagang ke Canton, berlaku pertembungan dengan

tamadun China.

Diplomatik Kerajaan Bani Umaiyah menghantar peneroka ke Utara Selat Gibralta di Selatan

Sepanyol bertemu dengan orang bukan Islam di Cordova, Velencia dan Rhonda

Penaklukan &

Ketenteraan

Khalifah Umar menakluki Mesir, berlaku pertembungan dengan Yunani dan Rom.

Perluasan kuasa Islam ke Baghdad, berlaku pertembungan dengan tamadun Parsi.

Penaklukan Bani Umaiyah ke atas Qayrawan di Afrika Utara hingga ke pantai Sepanyol

menyebabkan pertembungan dengan tamadun Eropah.

Penguasaan tentera Islam ke atas Iraq dan Iran membawa kepada pertembungan

dengan tamadun Parsi.

Kebudayaan Kemasukan Islam ke Sepanyol telah membawa kepada kemunculan kebudayaan baru.

Lahirnya golongan Mozarab iaitu orang tempatan yang beragama Kristian tetapi

mengamalkan kebudayaan Islam dan berbahasa Arab.

Intelektual Penyebaran Islam ke Eropah menyebabkan ilmuan Islam mendalami keilmuan tamadun

Eropah.

Ilmuan Islam memperkembangkan keilmuan tersebut menurut pandangan Islam.

Soalan

1. Pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain berlaku melalui perdagangan dengan

negara…?

2. Melalui cara diplomatik, tamadun Islam bertembung dengan tamadun…?

3. Kemasukan Islam ke Sepanyol menyebabkan lahirnya golongan mozarab. Siapakah golongan

mozarab?

4. Pertembungan tamadun Islam juga berlaku melalui cara intelektual. Apakah kesan dari

pertembungan tersebut?

Jawapan:

1) Parsi, Rom dan China. 2) Sepanyol 3) Golongan mozarab ialah orang tempatan yang beragama Kristian tetapi mengamalkan kebudayaan Islam dan berbahasa Arab. 4) Ilmuan Islam mendalami keilmuan tamadun Eropah dan memperkembangkan keilmuan tersebut menurut pandangan Islam.

Page 85: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 78

6.9 - Pertembungan Tamadun Islam Dengan

Tamadun Lain Di Dunia (Bahagian 2) Tonton video di sini:

goo.gl/wjWV8v

Kesan- kesan pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia

Kesan-kesan

1. Kehidupan penganut Islam di bawah jajahan takluk berpegang kepada satu aqidah iaitu kepercayaan

kepada Allah Yang Maha Esa.

2. Sistem perundangan berasaskan kitab al- Quran dan Hadis.

3. Penerimaan Islam tidak terbatas kepada bangsa, budaya dan kedudukan geografi.

4. Perluasan kawasan penyebaran Islam dan kawasan yang diperintah oleh Islam.

5. Melahirkan pelbagai bentuk kerajaan dan masyarakat dunia Islam seperti kerajaan Delhi Mughal di

India.

6. Penguasaan kawasan yang luas membolehkan penguasaan ekonomi oleh orang Islam.

7. Perkembangan Islam di Eropah telah membawa kepada proses urbanisasi dan organisasi di bandar

dan sekitarnya.

8. Lahirnya golongan mudegar di Sepanyol iaitu orang bukan Islam mengamalkan cara hidup orang Islam.

9. Cendekiawan orang Islam dan bukan Islam bertukar maklumat dan menghasilkan teks penulisan.

10. Cendekiawan Islam menterjemahkan hasil karya penulis Greek seperti Aristotle, Gelen dan Hipocrates.

11. Penubuhan baitulhikmah membolehkan penterjemahan karya asing dihasilkan.

12. Bahan tulisan tamadun lain disimpan dan dikaji oleh orang Islam.

Soalan

1. Kehidupan penganut Islam di bawah jajahan takluk berpegang kepada aqidah apa?

2. Apakah golongan mudegar di Sepanyol?

3. Apakah kesan penubuhan baitulhikmah?

Jawapan:

1) Kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa. 2) Orang bukan Islam mengamalkan cara hidup orang Islam. 3) Kesan penubuhan baitulhikmah ialah penterjemahan karya asing dihasilkan.

Page 86: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 79

ISLAM DI ASIA TENGGARA

7.1 – KEDATANGAN ISLAM KE ASIA TENGGARA Video akan datang

Aspek Ciri-ciri

Teori & bukti

Islam datang

dari Arab

1. Tokoh: John Crawford dan disokong oleh Profesor Syed Muhammad Naquib Al-Attas.

2. Bukti John Crawford:-

Catatan China mengatakan bahawa orang Arab mempunyai banyat pusat

pedagangan dan petempatan di Canton (Amoy) sejak tahun 300M.

Pedagong Arab menguasai perdagangan laut hingga ke China.

Pedagang Arab akan bersinggah di Melaka untuk menunggu pertukaran angin

monsun.

Mereka akan membina perkampungan dan dalam kampung tersebut mereka

akan berniaga, mengumpul barangan dan berbincang tentang agama mereka.

3. Bukti Professor Syed Muhammad Naquib Al-Attas:-

Tulisan jawi dalam perkataan Arab.

Wujudnya persamaan antara bahan penulisan dan kesusasteraan di Tanah Arab

dan Asia Tenggara.

Munurut karya tempatan, syeikh-syeikh yang berasal daripada Tanah Arab

melakukan pengislaman raja di Asia Tenggara.

Adat resam dan kebudayaan tempatan dipengaruhi budaya Arab.

Kitab tempatan seperti tauhid, tafsir al-Quran dan hadis menggunakan Bahasa

Arab.

Teori & bukti

Islam datang

dari China

1. Tokoh: Emanuel Gadinho Eredia dan disokong oleh S.Q.Fatimi.

2. Bukti Emanuel Gadinho Eredia:-

Canton (Guang Zhou) adalah pusat perniagaan pedagang Islam yang

berdagang di Asia Tenggara dan menyebarkan agama Islam.

3. Bukti S.Q.Fatimi:-

Ramai pedagang Islam telah berpindah ke Asia Tenggara pada tahun 876

Masihi.

Batu Bersurat Terengganu telah menjelaskan bahawa Islam datang dari China

dan kerajaan tua di Terengganu menjalani kegiatan perdagangan.

Terdapat persamaan unsur seni bina di China dan masjid-masjid di Kelantan,

Melaka dan Pulau Jawa

Teori & bukti

Islam datang

dari India

1. Tokoh: Snouck Hurgronje (Belanda)

2. Bukti Snouck Hurgronje:-

Pedagang yang beragama Islam dari Gujerat dan Koronmandel di India

menjalani kegiatan perdagangan dengan Asia Tenggara dan ia sudah lama

wujud hubungan tersebut. Oleh itu, mereka akan menyebarkan Islam ke Asia

Tenggara semasa datang ke Asia Tenggara.

Batu nisan dan batu bersurat yang ditemui di Asia Tenggara mempunyai ciri-ciri

buatan India yang mempunyai persamaan dengan yang terdapat di Gukerat

(India) dan Koromandel.

BAB 7

Page 87: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 80

7.2 – PENYEBARAN ISLAM DI ASIA TENGGARA Video akan datang

Cara perkembangan Islam di Asia Tenggara

Aspek Ciri-ciri

Perdagangan

1. Pelabuhan utama di Selat Melaka, Teluk Siam, Laut Jawa menjadi tumpuan

pedagang beragama Islam dari Arab, China dan India.

2. Mereka akan menetap di Asia Tenggaa semasa menunggu perubahan angin

monsun.

3. Mereka akan membina perkampungan dan kampung tersebut menjadi pusat

perniagaan dan pusat untuk menyebar agama Islam.

4. Pedagang yang beragama Islam mempunyai sikap yang murni dan tingkah laku

yang baik telah menarik penduduk tempatan beragama Islam.

Perkahwinan

1. Perkahwinan Siasah: perkahwinan di kalangan kerabat diraja. Sultan Muzaffar Syah

dan Sultan Mansur Syah telah mengahwinkan puteri-puteri mereka dengan raja

Kampar, Pahang, Kedah dan lain-lain lagi dan negeri tersebut telah diislamkan.

2. Perkahwinan biasa: perkahwinan antara wanita tempatan dan pedagang Islam dari

Arab dan India. Islam tersebar dalam keluarga wanita dan sekeliling keluarga wanita

tersebut.

Pengislaman

raja dan

golongan

bangsawan

1. Raja dan golongan bangsawan mempunyai pengaruh yang sangat kuat terhadap

rakyat.

2. Apabila Raja mengamalkan agama Islam maka negeri tersebut akan diislamkan.

Kelahiran

kerajaan Islam

1. Perlak: Sultan Perlak pertama ialah Sultan Sayyid Maulana Abdul Aziz Syahdan.

Kesultanan Perlak merupakan kesultanan Islam yang pertama di Asia Tenggara.

2. Melaka: Bendahara Tun Perak telah menguasai Siak, Kampar, Aru di persisiran pantai

Sumatera. Keistimewaan daripada Melaka mendorong penyebaran Islam kepada

penduduk tempatan dengan menghantar ulama.

3. Acheh: Mempunyai kuasa yang kuat semasa pemerintahan Sultan Iskandar Muda

Mahkota Alam dan menjadi pusat perdagangan yang penting di Asia Tenggara.

Keistimewaan

Islam

1. Kemurnian Islam termasuk konsep Tuhan, hak individu dan masyarakat, kehidupan

dengan harmoni, keadilan dan bersifat mulia.

2. Mudah difahami -> mudah diterima.

3. Mengamalkan konsep liberal dan universal

4. Tidak mempunyai sistem kasta yang membezakan manusia.

Page 88: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 81

7.3 – PENGARUH ISLAM DI ASIA TENGGARA Video akan datang

Profesor Syed Muhammad Naquib Al-Attas (tokoh yang menyokong kedatangan Islam dari Arab)

menyatakan bahawa kedatangan Islam telah menjadikan Asia Tenggara mengalami Zaman Baru.

Aspek Ciri-ciri

Pemerintahan

dan

pentadbiran

1. Institusi kesultanan diperkenalkan. Raja dikenalkan sebagai Sultan.

Ini mengukuhkan kedudukan kerajaan Islam dan menjamin kewibawaan raja.

Sultan berperanan sebagai ketua negara dan bertanggungjawab untuk melantik

penasihat sultan dalam hal-ehwal agama Islam.

Raja Melaka diberi gelaran seperti Khalifatul Mukminin dan Zillulah fil’ Alam. Mata

wang syiling kerajaan Melayu Melaka juga tercatat dengan perkataan ‘ Khalifatul

Mukminin’.

Sultan merupakan khalifah Allah atau wakil Allah dalam kerajaan Islam.

2. Kerajaan Islam menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi.

3. Sultan menggunakan nama berunsur Islam. Sebagai contoh: Sultan Mansur Syah

bermakna oemerintah yang dibantu oleh Allah.

4. Kerajaan mengamalkan undang-undang syariah.

Sistem

pendidikan

1. Sebelum kedatangan Islam, pendidikan hanya untuk golongan bangsawan dan

rakyat biasa tidak mempunyai peluang untuk belajar.

2. Selepas kedatangan Islam, semua orang berpeluang untuk belajar kerana Islam tidak

mempunyai sistem kasta yang membezakan manusia.

3. Istana: tempat untuk membicarakan hukum Islam

4. Madrasah: tempat menyampaikan pendidikan secara formal.

5. Surau: tempat untuk mengajar al-Quran secara tidak formal.

6. Pondok: pusat pengajian Islam dengan menggunakan bahasa Melayu dan Arab.

7. Pendidikan di Acheh terdiri daripada peringkat rendah, peringkat menengah dan

peringkat pengajian tinggi. Kaum wanita digalakkan belajar dan berpeluang untuk

memegang jawatan dalam pentadbiran. Seramai 22 orang wanita menganggotai

Majlis Rakyat Acheh dan 9 orang wanita menjadi ahli Jawatan kuasa Kerja

Mahkamah Rakyat.

Bahasa dan

kesusasteraan

1. Tulisan jawi telah menjadi tulisan Rasmi dalam pentadbiran kerajaan Islam supaya

masyarakat Melayu boleh membaca dan menulis.

2. Bahasa Melayu bertambah mantap dan cerita panji jawa disampaikan dalam

bahasa Melayu dan ia menjadi sebagai bahasa ilmu.

3. Bahasa Melayu digunakan dalam surat-menyurat, limu pengetahuan, berdakwah,

bahasa untuk mengajar dan pembelajaran.

Cara hidup

1. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat terpengaruh dengan agama Hindu-Buddha

dan kepercayaan Animisme.

2. Selepas kedatangan Islam, cara hidup Islam diasimilasikan ke budayanya dan

menjadikan cara hidup yang lengkap dan menyeluruh.

3. Cara berpakaian: bersongkok dan bertudung.

4. kepercayaan lama seperti mempercayai keramat semakin hilang.

Ekonomi

1. Di Acheh, Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam memperkenalkan baitulmal yang

berfungsi sebagai perbendaharaan negara.

2. Sumber baitulmal seperti harta milik negara dan sumber kekayaan alam seperti

minyak, zakat dan pelaburan dan saham.

3. Islam menggalakkan orang mencari rezeki yang halal dan rajin bekerja.

4. Islam memastikan orang berdagong secare halal dan berjimat cermat.

5. Islam melarang orang mengemis, mengamalkan riba dan melaku kegiatan penipuan.

Page 89: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 82

PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA

SEBELUM KEDATANGAN BARAT

8.0 - Soalan KBKK Kepentingan Perundangan Tonton video di sini:

goo.gl/3uX4GW

Kepentingan undang-undang dalam kehidupan masyarakat

Ciri-ciri

1. Menjamin keselamatan masyarakat

2. Mengawal perilaku individu dalam masyarakat

3. Menentukan hak perwarisan harta dalam masyarakat

4. Menentukan bidang tugas setiap individu

5. Mewujudkan masyarakat yang bersistem dan berorganisasi

6. Dapat merapatkan tali persaudaraan

s

8.1 – Pengaruh Islam Terhadap Sistem Pemerintahan

Dan Pentadbiran Tonton video di sini:

goo.gl/U78pyD

Pengaruh Islam dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran di Tanah Melayu

Pengaruh

1. Penggunaan gelaran sultan yang bermaksud bayangan Allah di muka bumi

2. Sultan Mahmud Syah, Melaka, dan Sultan Abdul Ghafur Muhyidin, Pahang menggunakan geleran

“Khalifatul Mukminin”, yang bermaksud pemimpin orang mukmin.

3. Nasab keturunan sultan dirujuk kepada Iskandar Zulkarnain yang sebelum ini dikatakan dari titisan dewa.

4. Ulamak merupakan penasihat Sultan

5. Antara ulamak terkenal ialah Makhdum Sayid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Maluala Sadar Jahan,

Maulana Jalaluddin, Qadi Yusof di Kelantan, dan Tok Ku Pulau Manis di Terengganu.

6. Konsep daulat telah mengangkat kedudukan sultan ke tahap yang lebih tinggi dan menimbulkan

penghormatan rakyat terhadap institusi tersebut.

Soalan

1. Penggunaan gelaran sultan di awal nama pemerintah bermaksud…?

2. Apakah yang dimaksudkan dengan “Khalifatul Mukminin”?

3. Selepas kedatangan Islam, nasab keturunan sultan dirujuk kepada…?

4. Berikan 3 contoh ulamak terkenal yang pernah menjadi penasihat kepada sultan.

Jawapan:

1) Bayangan Allah di muka bumi. 2) Maksudnya pemimpin orang mukmin. 3) Nasab keturunan sultan dirujuk kepada Iskandar Zulkarnain

yang sebelum ini dikatakan dari titisan dewa. 4) Makhdum Sayid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Maulana Sadar Jahan.

BAB 8

Page 90: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 83

8.2 - Undang-undang Tidak Bertulis (Adat Perpatih &

Adat Temenggung) Tonton video di sini:

goo.gl/UWbGzJ

Perbezaan antara Adat Perpatih dan Adat Temenggung

Adat Perpatih Adat Temenggung

Datuk Perpatih Nan Sebatang dari

Pagar Ruyung

Diasaskan

oleh

Datuk Ketemenggungan dari Palembang

Diamalkan di Negeri Sembilan dan

Naning

Diamalkan di

Diamalkan di Melaka dan negeri lain

Dari peringkat bawah Pemilihan

ketua Secara warisan

Perkahwinan sesama suku dilarang Perkahwinan Dibenarkan dengan sesiapa sahaja selagi tidak

bertentangan dengan hukum syarak

Memberi keutamaan kepada anak

perempuan

Pembahagian

harta

Memberi keutamaan kepada anak lelaki

bertepatan dengan hukum syarak

Lebih bersifat pemulihan iaitu

dikenakan denda sekiranya

membunuh dengan tidak sengaja

Hukuman Bersifat pembalasan

Soalan

1. Siapakah yang mengasaskan Adat Perpatih?

2. Siapakah yang mengasaskan Adat Temenggung?

3. Di Tanah Melayu, dimanakah Adat Perpatih diamalkan?

4. Bagaimanakah cara pembahagian harta menurut Adat Perpatih?

5. Bagaimanakah cara pembahagian harta menurut Adat Temenggung?

Jawapan:

1) Datuh Perpatih Nan Sebatang. 2) Datuk Ketemenggungan. 3) Negeri Sembilan dan Naning. 4) Memberi keutamaan kepada anak

perempuan. 5) Memberi keutamaan kepada anak lelaki bertepatan dengan hukum syarak.

Page 91: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 84

8.3 - Undang-undang Bertulis Tonton video di sini:

goo.gl/zmon4w

Faktor-faktor undang-undang bertulis digubal

Hukum Kanun Melaka dan Undang Laut Melaka merupakan undang-undang bertulis yang awal yang digubal

oleh pemerintah Melaka.

Faktor

1. Merupakan peraturan dan hukuman bagi menjaga keadilan dalam masyarakat.

2. Buku undang-undang ini menjadi panduan kepada perjalanan pemerintahan dan pentadbiran kerajaan.

3. Menjadikan kehidupan masyarakat lebih tersusun kerana segala perlakuan, tanggungjawab, serta

hukuman tentang kesalahan yang dilakukan telah ditentukan.

4. Hukum Kanun Melaka menjelaskan tanggungjawab raja dan pembesar, pantang larang dalam kalangan

anggota masyarakat, hukuman terhadap kesalahan jenayah, undang-undang keluarga, permasalahan

ibadat, serta jenis-jenis hukuman terhadap kesalahan tertentu.

5. Undang-undang Laut Melaka menerangkan bahawa seseorang nakhoda (kapten) dalam sesebuah

kapal diertikan sebagai imam dan anak buahnya sebagai makmum.

Soalan

1. Apakah tujuan undang-undang dicipta?

2. Mengapakah undang-undang perlu ditulis atau dibukukan?

3. Apakah kebaikan terciptanya undang-undang?

4. Berikan contoh perkara yang terdapat dalam Undang-undang Laut Melaka.

Jawapan:

1) Untuk menjaga keadilan dalam masyarakat. 2) Kerana buku undang-undang menjadi panduan kepada perjalanan pemerintahan dan

pentadbiran kerajaan. 3) Kehidupan masyarakat lebih tersusun kerana segala perlakuan, tanggungjawab, serta hukuman tentang

kesalahan yang dilakukan telah ditentukan. 4) Seseorang nakhoda (kapten) dalam sesebuah kapal diertikan sebagai imam dan anak

buahnya sebagai makmum.

Page 92: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 85

8.4 - Pengaruh Islam Dalam Bidang Kesenian Tonton video di sini:

goo.gl/8FJfcv

Pengaruh Islam dalam bidang kesenian masyarakat Melayu

Pengaruh

1. Senibina masjid mempunyai dewan sembahyang, mihrab, mimbar, pancur air dan bumbung yang khusus

seperti masjid di Kelantan dan Melaka

2. Senibina istana pula dilengkapi dengan balairung, tempat persemayaman raja dan balai istiadat.

3. Rumah pula dihiasi dengan ukiran bermotifkan tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan dan geometri.

4. Seni khat epigrafi terdapat pada batu bersurat dan batu nisan seerti Batu Bersurat di Terengganu.

5. Seni khat kaligrafi digunakan sebagai hiasan di masjid, madrasah, batu nisan, barangan tembikar,

matawang & pakaian

6. Terdapat juga seni khat kufi dan nasakh

7. Seni muzik seperti daus merupakan tarian yang terkenal di Perak yang mempamerkan kepahlawanan

Syaidana Ali.

8. Mak Inang ialah sejenis tarian yang dipersembahkan di Istana Melaka.

9. Dikir, senikatanya bercampur, senikata bahasa Melayu dengan bahasa Arab

10. Ghazal sejenis puisi Arab yang memuji-muji kebesaran Islam yang terkenal di Johor

11. Nazam merupakan syair yang mengisahkan riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w. dan para sabahat.

Soalan

1. Berikan contoh apakah yang terdapat dalam senibina istana.

2. Apakah hiasan yang mula digunakan oleh masyarakat Melayu selepas kedatangan Islam?

3. Seni khat kaligrafi kebiasaanya digunakan untuk hiasan…?

4. Seni muzik dabus terkenal di negeri Perak. Seni ini mempamerkan…?

5. Mak Inang merupakan sejenis tarian yang dipersembahkan di…?

6. Ghazal sejenis puisi Arab dimana senikatanya bertujuan…?

7. Nazam pula merupakan syair yang mengisahkan…?

Jawapan:

1) Balairung, tempat persemayam raja dan balai istiadat. 2) Ukiran bermotifkan tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan dan geometri. 3) di

masjid, madrasah, batu nisan, barangan tembikar, matawang & pakaian. 4) kepahlawanan Syaidana Ali. 5) Istana Melaka. 6) memuji-

muji kebesaran Islam. 7) riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat.

Page 93: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 86

8.5 - Pengaruh Islam Dalam Pendidikan Tidak Formal Tonton video di sini:

goo.gl/mBuWP5

Pendidikan Tidak Formal

Huraian

1. Merupakan pendidikan awal yang melibatkan institusi kekeluargaan

2. Penekanan pendidikan ialah nilai moral serta pembelajaran melalui pendengaran

3. Kanak-kanak mempelajari kemahiran ibu bapa melalui pemerhatian dan latihan

4. Mereka juga diajar hal agama, kelakuan baik, cara menjaga maruah diri

5. Nilai-nilai murni diterapkan melalui cerita-cerita lisan seperti cerita binatang dan cerita jenaka

6. Kanak-kanak juga diajar pantang larang dan adat istiadat melalui pergaulan sosial

7. Kanak-kanak disnasihatkan supaya tunduk sambil menghulurkan tangan apabila lalu di hadapan orang

tua

8. Pantun, peribahasa, dan teka-teki juga digunakan untuk menyampaikan pendidikan tidak formal

Soalan

1. Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan tidak formal?

2. Berikan 1 contoh pendidikan tidak formal.

3. Bagaimanakah nilai-nilai murni diterapkan kepada kanak-kanak?

4. Bagaimanakah kanak-kanak diajar menghormati orang tua?

Jawapan:

1) Maksudnya pendidikan awal yang melibatkan institusi kekeluargaan. 2) Pemerhatian dan latihan. 3) Cerita binatang dan cerita jenaka.

4) Kanak-kanak disnasihatkan supaya tunduk sambil menghulurkan tangan apabila lalu di hadapan orang tua.

Page 94: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 87

8.6 - Pengaruh Islam Dalam Bidang Pendidikan

Formal Tonton video di sini:

goo.gl/GOZEGN

Cara-cara masyarakat Melayu menerima pendidikan agama di Tanah Melayu

Lokasi Huraian

Rumah

1. Diadakan di rumah guru al-Quran atau Tok Guru.

2. Murid-murid terdiri daripada kanak-kanak yang berusia 7-15 tahun.

Masjid

atau Surau

1. Kanak-kanak diajar pelajaran tajwid, fikah, dan cara sembahyang dan bacaan dalam

sembahyang.

2. Orang dewasa belajar pada waktu malam pelajarannya ialah fikah, usulluddin hadis, dan

tasawuf.

Madrasah

1. Terbahagi kepada 3 tahap iaitu permulaan, pertengahan, dan pengkhususan

2. Pendidikan diawasi oleh mudir

Pondok

1. Pendidikan di pondok untuk menyediakan guru agama

2. Pelajar akan menamatkan pelajaran selama 10 tahun

3. Sekolah pondok banyak terdapat di Perlis, Kedah, Patani, Kelantan dan Terengganu.

4. Contoh:

a. Kelantan – “Pondok Pulau Condong”

b. Kelantan – “Pondok Kutan”

c. Terengganu – “Pondok Pulau Manis”

d. Terengganu – “Pondok Titi Gajah”

e. Terengganu – “Pondiok Langgar”

Peranan istana sebagai pusat kegiatan intelektual dalam kerajaan Melayu tradisional

Huraian

1. Sultan Mansur Shah menerima pengajaran Islam dari Maulana Abu Bakar

2. Sultan Mahmud Shah dan Raja Ahmad berguru dengan Maulana Sadar Johan

3. Pemerintahan Melaka memberi perhatian dalam perkembangan ilmu pengetahuan, menyebabkan

ramai ulamak menetap di Melaka

4. Pemerintah Melaka amat berminat dalam ilmu pengetahuan buktinya kitab al-Dur al-Manzum karangan

Maulana Abu Bakar, telah diarak hingga ke balairung seri istana Melaka

5. Sultan Mansur Shah dikatakan sangat berminat dalam pengajian tasawuf

6. Istana berperanan sebagai tempat simpan buku hikayat; seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat

Muhammad Ali Hanafiah disimpan di istana Melaka.

7. Istana sebagai pusat pendidikan yang berkaitan dengan hal pentadbiran negara.

Page 95: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 88

Soalan

1. Apakah pembelajaran yang diajar kepada kanak-kanak di masjid atau surau?

2. Pendidikan di Madrasah terbahagi kepada 3 tahap iaitu…?

3. Apakah matlamat pendidikan pondok diperkenalkan dan berapa lamakah tempoh pembelajaran?

4. Dari siapakkah Sultan Mansur Syah menerima pengajaran Islam?

5. Apakah bukti yang menyatakan pemerintah Melaka amat berminat dalam bidang ilmu pengetahuan?

6. Istana juga dikatakan tempat menyimpan buku-buku hikayat seperti…?

Jawapan:

1) Kanak-kanak diajar pelajaran tajwid, fikah, dan cara sembahyang dan bacaan dalam sembahyang. 2) Permulaan, pertengahan,

pengkhususan. 3) Tujuannya adalah untuk menyediakan guru agama. Pelajar akan menamatkan pelajaran selama 10 tahun. 4) Dari

Maulana Abu Bakar. 5) Kitab al-Dur al-Manxum karangan Maulana Abu Bakar, telah diarak hingga ke balairung seri istana Melaka. 6)

Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah

Page 96: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 89

8.7 - Pengaruh Islam Terhadap Bahasa Dan

Kesusasteraan Tonton video di sini:

goo.gl/dbyHLW

Pengaruh Islam dari segi bahasa dalam masyarakat Melayu tradisional

Pengaruh

1. Pengenalan tulisan jawi yang berasal dari huruf Arab

2. Terdapat istilah Arab yang dijadikan Bahasa Melayu seperti adat, adil, daulat, hakim dan hukum

3. Terdapat juga istilah Arab yang berkaitan dengan bidang ilmu pengetahuan seperti fikah, tauhid, dan

tafsir

4. Bahasa Melayu berkembang menjadi bahasa ilmu dan menjadi bahasa lingua-franca di kawasan

Kepulauan Melayu

Bentuk kesusasteraan Melayu sebelum kedatangan Islam

Huraian

1. Kesusasteraan rakyat disebar secara lisan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain

2. Cerita yang menggunakan watak binatang seperti Sang Kancil sangat popular dalam masyarakat Melayu

3. Cerita-cerita jenaka seperti:

a. Pak Kadok dan Lebai Malang – menunjukkan kebodohan

b. Pak Pandir – menunjukkan watak lurus bendul

c. Pak Belalang dan Si Luncai – menggambarkan kecerdikan dan kepintaran

4. Terdapat juga cerita dongeng tetapi berunsur pengajaran seperti Batu Belah Batu Bertangkup, dan

Bawang Putih Bawang Merah.

5. Kesusasteraan lisan yang berbentuk puisi seperti pantun, teka-teki, dan gurindam

Pengaruh Islam dalam bidang kesusasteraan

Pengaruh

1. Karya kesusasteraan Melayu dipengaruhi bentuk sastera Islam seperti syair, gurindam, dan cerita hikayat

2. Peranan sastera telah berubah daripada tujuan berhibur kepada tujuan mengkritik dan berunsur

pengajaran

3. Memperkenalkan hikayat para nabi dan sahabat baginda seperti Hikayat Nur Muhammad dan Hikayat

Bulan Berbelah

4. Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah menjadi karya yang penting dan disimpan di

istana Melaka

5. Hikayat sadoran Arab-Parsi pula seperti Hikayat Abu Nawas dan Hikayat Hasan Damsyik

6. Terdapat juga karya yang berbentuk puisi seperti Syair Dahulu Kala yang ditulis oleh Tengku Ampuan

Mariam di Terengganu

Page 97: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 90

Soalan

1. Berikan contoh istilah bahasa Arab yang dijadikan bahasa Melayu oleh orang Melayu.

2. Berikan contoh istilah Arab yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan.

3. Terdapat kesusasteraan Melayu tradisional yang berunsur jenaka seperti…?

4. Berikan satu contoh cerita dongeng yang berunsur pengajaran.

5. Apakah peranan sastera Melayu selepas kedatangan Islam?

6. Berikan contoh hikayat yang berunsur pengajaran.

7. Terdapat juga karya berbentuk puisi seperti...?

Jawapan:

1) adat, adil, daulat, hakim, hukum. 2) fikah, tauhid, tafsir. 3) Pak Kadok dan Lebai Malang, Pak Pandir, Pak Belalang dan Si Luncai. 4) Batu

Belah Batu Bertangku 5) Peranan sastera Melayu telah berubah dari tujuan berhibur kepada tujuan mengkritik dan berunsur pengajaran.

6) Hikayat Nur Muhammad dan Hikayat Bulan Berbelah. 7) Syair Dahulu Kala

Page 98: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 91

8.8 - Pengaruh Islam Terhadap Gaya Hidup Tonton video di sini:

goo.gl/BfZXhR

Cara masyarakat Melayu tradisional mengekalkan kehidupan bermasyarakat setelah

kedatangan Islam

Cara

1. Masyarakat mula mementingkan hubungan persaudaraan yang dapat menjamin kesejahteraan hidup

2. Ibu bapa dan orang tua hendaklah dihormati

3. Jiran dianggap seperti keluarga sendiri

4. Memanggil orang tua dengan panggilan pangkat seperti pak long dan mak long

5. Apabila bercakap dengan orang tua hendaklah merendahkan suara

6. Tetamu hendaklah dilayan dengan hormat dan hendaklah dihidang dengan makanan dan minuman

7. Makan dimulakan dengan bacaan bismillah (dengan nama Allah)

8. Apabila datang berziarah hendaklah memberi salam dan tuan rumah pula wajib menjawabnya

9. Apabila masuk ke rumah, tetamu dan tuan rumah hendaklah bersalaman

10. Kanak-kanak dikehendaki mencium tangan orang yang lebih tua

11. Semangat gotong-royong dalam kalangan masyarakat digalakkan seperti dalam majlis perkahwinan,

majlis berkhatan, dan majlis tamat membaca al-Quran

12. Ahli masyarakat dikehendaki berpegang kepada konsep bersatu teguh, bercerai roboh yang diibaratkan

“seikat seperti sirih”, “serumpun seperti serai”, dan “sedincing seperti besi”.

Soalan

1. Berikan contoh cara memanggil orang yang lebih tua.

2. Bagaimanakah cara kita bercakap dengan orang tua?

3. Bagaimanakah cara masyarakat Melayu melayan tetamu?

4. Apakah yang perlu dilakukan sebelum makan atau minum?

5. Dalam masyarakat Melayu tradisional, sikap bergotong-royong menjadi amalan mereka seperti

majlis…?

6. Ahli masyarakat sering berpegang kepada peribahasa seperti…?

Jawapan:

1) Pak long, Mak long. 2) Dengan merendahkan suara. 3) Tetamu dilayan dengan hormat dan hendaklah dihidang dengan makanan dan

minuman. 4) Bacaan bismillah (dengan nama Allah). 5) Majlis perkahwinan, majlis berkhatan, dan majlis tamat membaca al-Quran. 6)

“Seikat seperti sirih”, “serumpun seperti serai”, “sedincing seperti besi”.

Page 99: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 92

8.9 - Pengaruh Islam Terhadap Matawang Tonton video di sini:

goo.gl/gtYZre

Ciri-ciri matawang yang terdapat pengaruh Islam dalam kerajaan Melayu tradisional

Cara

1. Di Melaka, penggunaan matawang timah tercatat nama Sultan yang memerintah dan tarikh Islam.

Berbentuk bulat dan beratnya 1 kati 8 tahil.

2. Matawang asing yang boleh digunakan di Melaka ialah matawang Pasai, Hormuz, dan Cambay.

3. Di Johor, matawang timah dikenali sebagai matawang katun.

Berbentuk bulat atau segi enam dan mempunyai tulisan jawi.

4. Matawang tertua dihasilkan semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah.

5. Matawang emas dikenali sebagai kupang dan mengandungi emas seberat 10 grains (0.65gram) dan 40

grains (2.6gram).

Setiap matawang mempunyai nama dan pangkat Sultan yang memerintah

6. Di Kedah, matawang timah berbentuk seekor ayam jantan yang hinggap di atas beberapa cincin dan

boleh dipatah dan diguna secara berasingan.

Matawang emas juga digunakan secara meluas.

Soalan

1. Apakah ciri-ciri matawang tradisional di negeri Melaka?

2. Apakah ciri-ciri matawang negeri Johor?

3. Bagaimanakah bentuk matawang negeri Kedah?

Jawapan:

1) Matawang timah tercatat nama Sultan yang memerintah dan tarikh Islam dan juga berbentuk bulat. 2) Berbentuk bulat atau segi enam

dan mempunyai tulisan jawi. 3) Berbentuk seekor ayan jantan yang hinggap di atas beberapa cincin, dan boleh dipatah dan diguna secara

berasingan.

Page 100: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 93

8.10 - Pengaruh Islam Terhadap Kegiatan

Perdagangan Tonton video di sini:

goo.gl/q9KgbB

Cara perkembangan perdagangan di Melaka sejak kedatangan Islam

Cara

1. Ajaran Islam menggalakkan perniagaan sebagai sumber rezeki yang besar

2. Aktiviti perdagangan menjadi saluran penting kepada proses perkembangan pengislaman di Melaka

3. Kedudukan Melaka yang strategik menyebabkan ramai pedagang yang datang berdagang

terutamanya pedagang Islam dari seluruh dunia

4. Wujudnya jawatan Syahbandar dan Laksamana bagi melicinkan aktiviti perdagangan

5. Wujudnya peraturan seperti termaktub dalam Undang-undang Laut Melaka yang menentukan tugas

nakhoda dan jurumudi.

6. Terdapat 84 jenis bahasa yang dipertuturkan, menunjukkan kepesatan perdagangan

7. Terdapat sistem sukat dan timbang yang diperkenalkan di bawah tanggungjawab Syahbandar

Kegiatan perdagangan yang dijalankan pada zaman kesultanan Melayu Melaka

Huraian

1. Semua pedagang diwajibkan membayar cukai terlebih dahulu sebelum barang diperdagangkan

2. Pedagang yang datang dari India, Ceylon, Arab, Siam, dan Pego dikenakan cukai sebanyak 6%

daripada jumlah barang yang dibawa

3. Pedagang dari Jepun dan China dikenakan cukai sebanyak 5%

4. Beras dan makanan tidak dikenakan cukai

5. Setelah cukai dibayar, urusan perniagaan dijalankan di bazaar-bazaar yang disediakan di sepanjang

Sungai Melaka

6. Orang asing dari kepulauan Melayu yang menetap di Melaka dikenakan cukai diraja sebanyak 3%

manakala dari kawasan lain cukainya 6%

7. Amalan riba dilarang dalam perniagaan dalam kalangan orang Islam

8. Golongan ceti dibenarkan memberi pinjaman

9. Orang kaya dikehendaki membayar zakat harta dan disimpan dalam baitulmal

Soalan

1. Apakah faktor datangnya ramai pedagang Islam ke Melaka?

2. Apakah bukti yang menunjukkan ramai pedagang luar datang ke Melaka?

3. Apakah yang perlu dilakukan oleh pedagang sebelum memulakan kegiatan perdagangan di Melaka?

4. Orang asing yang menetap di Melaka dikenakan cukai sebanyak…?

5. Orang kaya pula dikehendaki membayar zakat harta dan hasil yang disimpan di…?

Jawapan:

1) Kedudukan Melaka yang strategik. 2) Terdapat 84 jenis bahasa yang dipertuturkan, menunjukkan kepesatan perdagangan. 3) Semua

pedagang diwajibkan membayar cukai terlebih dahulu semelum barang diperdagangkan. 4) 3%. 5) dalam baitulmal.

Page 101: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 94

PERKEMBANGAN DI EROPAH

9.1 – Zaman Gelap Eropah

Tonton video di sini:

goo.gl/N0Zvlo

Peranan Ciri-ciri

Kuasa:

Raja > Baron >

Petani

Gereja

- Institusi yang sangat berpengaruh dan memiliki hartanah yang banyak.

- Mementingkan kegiatan amalan agama dan aspek keakhiratan sahaja

- Dianggap mengongkong kehidupan rakyat di Eropah.

Perdagangan

- Kegiatan perdagangan tidak meluas.

- Di kawasan perairan utara sering diganggu oleh orang Viking dan Magyar

- Ekonomi di Eropah merosot.

Soalan

1. Apakah peranan raja pada Zaman Gelap Eropah? 2. Apabila raja melindungi baron, maka sebagai balasan baron dikehendaki untuk…?

3. Baron bertanggungjawab untuk melidungi petani, maka sebagai balasan petani dikehendaki untuk…?

4. Apakah akan berlaku kepada petani sekiranya gagal membayar cukai kepada baron?

5. Bagaimanakah sikap gereja pada zaman gelap?

6. Kegiatan perdagangan tidak meluas kerana sering diganggu oleh?

Jawapan:

1) Raja menduduki tempat yang tertinggi dan boleh menyerahkan wilayah untuk ditadbir oleh baron dan memberi perlindungan kepada

baron. 2) memberi khidmat atau membayar cukai kepada raja. 3) memberi khidmat dan membayar cukai yang tinggi kepada baron.

4) terpaksa menyerahkan tanah kepada baron atau menjadi hamba. 5)Gereja Katolik amat berkuasa dan menitikberatkan kegiatan

amalan agama dan pembelajaran ilmu keakhiratan sahaja. Oleh itu, Gereja Katolik dianggap mengongkong kehidupan masyarakat

Eropah. 6) Orang gasar seperti orang Viking dan Magyar.

BAB 9

Membayar cukai kepada raja

sebagai balasan

Membayar cukai yang tinggi

kepada baron. Sekiranya gagal,

tanah petani akan dirampas and

petani akan menjadi hamba.

Memberi perlindungan

kepada petani

Raja

Baron

Petani

Memberi perlindungan

kepada baron (tuan tanah).

Kedudukan dan kuasa

Page 102: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 95

9.2 – Zaman Kemuncak Pertengahan (Bahagian 1) Tonton video di sini:

https://goo.gl/h7TlZY

Zaman Gelap Zaman Kemuncak Pertengahan

Perubahan yang berlaku pada Zaman Kemuncak Pertengah

Aspek Ciri-ciri

Gereja

- Gereja bertindak sebagai ajen penyatuan dan tidak lagi mementingkan ilmu

keakhiratan sahaja.

- Menasihati pembesar dan Baron supaya tidak lagi mengenakan cukai-cukai yang

tinggi terhadap petani.

- Pembesar dan Baron merasa takut kerana tindakan tersebut dikatakan berdosa

dalam ajaran agama. Oleh itu pembesar pun menurunkan cukai-cukai petanian.

Ekonomi

- Pertambahan penduduk Ekonomi bertambah baik

Cukai pertanian rendah kegiatan pertanian meningkat perdagangan

berkembang kemunculan bandar di Itali (Venice, Milan, Florence)

Golongan

pertengahan

Perkembangan bandar melahirkan golongan pertengahan -- (artisan, pedagang,

ahli perbankan)

Status sosial Berasaskan kekayaan dan bukan lagi pemilikan tanah.

Bidang politik

- Rakyat mula melibatkan diri dalam bidang politik wujudkan parlimen untuk

membolehkan rakyat menyuarakan pandangan.

- Rakyat diberi hak politik dan menyebabkan hubungan terjalin antara pemimpin

dengan rakyat.

Soalan

1. Apakah peranan gereja pada zaman kemuncak pertengahan?

2. Pada zaman kemuncak pertengahan telah munculnya beberapa bandar seperti...?

3. Bagaimanakah status sosial masyarakat pada zaman kemuncak pertengahan?

4. Apakah peranan parlimen?

5. Apakah kesan dari kewujudan parlimen?

Jawapan:

1) Gereja bertindak sebagai ajen penyatuan dan tidak lagi mementingkan ilmu keakhiratan sahaja. Ahli gereja menasihati pembesar dan

Baron supaya tidak lagi mengenakan cukai-cukai yang tinggi terhadap petani. 2) Venice, Milan dan Florence. 3) Kedudukan sosial

seseorang berasaskan kekayaan dan tidak lagi berasaskan pemilikan tanah. 4) Untuk membolehkan rakyat menyuarakan pandangan

mereka apabila rakyat mula melibatkan diri dalam bidang politik. 5) Rakyat diberi hak politik dan menyebabkan hubungan terjalin antara

pemimpin dengan rakyat.

Page 103: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 96

9.3 – Zaman Kemuncak Pertengahan (Bahagian 2) Tonton video di sini:

Video Akan datang

Perkembangan Renaissance ( bermula di Itali )

Aspek Ciri-ciri

Faktor

1. Perkembangan intelektual

kebudayaan Eropah bertembung dengan tamadun Islam (kurun ke-12)

Pertumbuhan universiti -> ilmu pengetahuan -> keyakinan kepada diri sendiri

2. Semangat inkuiri

keyakinan dan bersedia untuk menggunakan daya intelek -> berani

mempersoalkan tentang kepercayaan dan berani menghadapi cabaran.

3. Teknik percetakan (bermula di Mainz)

teknik -> buku dicetak -> senang mendapat ilmu pengetahuan.

Pencapaian

1. Perkembangan aktiviti sekular – aktiviti bukan bersifat keagamaan.

Humanisme: Aliran pemikiran yang mementingkan keupayaan manusia berfikir untuk

menyelesaikan masalah-masalah yang berhubung dengan manusia.

Bapa humanisme: Francesco Petrarch.

2. Perkembangan ilmu: sejarah, sastera, sains, undang-undang.

Hasil kesenian: lukisan, seni arca, seni bina yang menggambarkan alam semula jadi

melalui perasaan atau naluri ahli seni.

3. Tokoh:-

Seni lukis: Leonardo da Vinci (Itali, lukisan: potret Mona Lisa), Machiavelli (Itali)

Sains: Nicholas Copernicus, Galileo Galilei (matahari adalah pusat alam)

Seni Ukir: Ghiberti, Leonardo da Vinci, Michelangelo

Kesan

1. Politik:-

Wujud Monarki Baru – kekuasaan berasaskan kewujudan kerajaan pusat, kesatuan

kebangsaan & amalan pembayaran cukai kepada kerajaan pusat.

ii. Kuasa raja menyebabkan kuasa golongan bangsawan

Terdapat di Portugal, Sepanyol, England, Perancis & Belanda.

2. Ekonomi:-

Aktiviti perdagangan tempatan dan antarabangsa berkembang dengan pesat

menyebabkan kegiatan ekonomi sara diri semakin pupus.

Pembukaan lombong emas di Afrika Utara membangunkan ekonomi -> golongan

peniaga & pedagang

Penggunaan mata wang dalam urus niaga

Raja menyatukan ekonomi dengan menyelaraskan sistem mata wang, menjalankan

sistem cukai yang seragam dan menyelaraskan sistem timbang dan ukur.

3. Sosial:-

Mendorong perkembangan ilmu sains – fizik, kimia, biologi dan perubatan.

Manusia lebih bersedia menzahirkan emosi mereka melalui bidang muzik, lukisan &

ukiran.

Zaman Renaissance melahirkan manusia yang boleh belajar pelbagai bidang ilmu

pengetahuan dan memupuk semangat inkuiri dan berani untuk meneroka bidang

baru dan cabaran baru.

Page 104: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 97

9.4 – Zaman Gerakan Reformation Tonton video di sini:

https://goo.gl/FeTyD0

Aspek Ciri-ciri

Zaman

Reformation

1. Berasalkan dari perkataan ‘reform’. Maksud: Melaksanakan perubahan untuk

menghasilkan sesuatu yang baru atau yang lebih baik.

2. Berkaitan dengan agama Kristian.

3. Tokoh: Martin Luther, Zwingli, John Calvin

4. Berkembang hingga ke Sweden, Denmark, Norway, England.

Sebab

kemunculan

Zaman

Reformation

1. Semangat inkuiri sedang berkembang dalam Eropah.

2. Penolakan unsur tradisi oleh masyarakat Eropah.

3. Tidak puas hati terhadap kepincangan dalam pentadbiran dan amalan gereja.

4. Gereja lebih mementingkan usaha pembangunan keduniaan.

5. Berlakunya kepincangan seperti rasuah dan penyelewengan seperti penjualan Sijil

Indulgences – surat pengampunan dosa.

6. Penciptaan mesin cetak oleh Johann Gutenberg.

Bible dapat dijual dengan harga yang murah.

7. Kemunculan tokoh Reformation iaitu Martin Luther.

mencabar kedudukan gereja dan menentang penjualan indulgences.

memperkenalkan Mazhab Protestant yang berasal dari perkataan protesting.

Kesan

kemunculan

Zamn

Reformation

1. Perpecahan agama Kristian kepada Katholik dan Protestant.

2. Mazhab Protestant berkembang ke Sweden, Denmark, Norway & England.

3. Perang keagamaan berlaku di Perancis.

4. Berlakunya perang 30 tahun dan negara yang terlibat adalah Sepanyol, Jerman,

Bohemia, Denmark & Sweden. Peperangan membawa kemusnahan.

5. Kuasa gereja mula dicabar secara terbuka.

kuasa gereja semakin kurang apabila negara-negara membebaskan diri dari

penguasaan gereja Rom.

6. Pendidikan dipergiatkan untuk menyebarkan fahaman mereka.

7. Di England, Raja Hendry VIII menjadi ketua kerohanian Gereja Protestant Anglican dan

memutuskan hubungan dengan gereja Rom.

Soalan

1. Apakah yang dimaksudkan dengan reformation?

2. Siapakah tokoh gerakan ini?

3. Dimanakah gerakan reformation berkembang?

4. Apakah faktor utama berlakunya gerakan reformation?

5. Berikan contoh penyelewengan yang dilakukan oleh pihak gereja.

6. Siapakah tokoh yang memperkenalkan mesin cetak?

7. Kesan perpecahan agama Kristian telah membawa kepada perang 30 tahun yang melibatkan negara?

Jawapan:

1) Melaksanakan perubahan untuk menghasilkan sesuatu yang baru atau yang lebih baik. 2) Martin Luther, Zwingli, John Calvin.

3) Sweden, Denmark, Norway, England. 4) Perasaan tidak puas hati terhadap kepincangan dalam pentadbiran dan amalan gereja.

5) penjualan Sijil Indulgences iaitu surat pengampunan dosa. 6) Johann Gutenberg 7) Sepanyol, Jerman, Bohemia, Denmark & Sweden.

Page 105: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 98

9.5 – Zaman Penjelajahan dan Penerokaan Tonton video di sini:

https://goo.gl/Ru1pn0

Aspek Ciri-ciri

Sebab-sebab

berlakunya

penjelajahan

orang Eropah

ke Timur.

1. Mereka ingin mendapatkan bahan mentah dari Timur– emas, sutera, rempah ratus.

Rempah ratus menyedapkan makanan, memanaskan badan, menyebabkan

makanan tahan lama.

2. Mendapat galakan dan bantuan dari pemerintah seperti pemerintah Portugis (Putera

Henry) dan Raja Sepanyol (Ratu Isabella).

3. Mereka berjaya menyelesaikan persaingan untuk mendapat tanah jajahan dengan

termeterainya Perjanjian Tordesillas dimana bahagian Timur diagihkan kepada Portugal

manakala Barat diagihkan kepada Sepanyol.

i. Portugal dan Sepanyol bersaing dalam bidang penjelajahan

ii. Paus di Rom campur tangan untuk mengelakkan pergaduhan dan peperangan

antara Portugal dan Sepanyol yang beragama Katolik.

4. Perdaganan rempah ratus dan sutera telah memberi keuntungan yang besar kepada

para pedagang Eropah.

5. Orang Eropah ingin menyebarkan agama Kristian seperti yang ditekankan oleh

pengusaha gereja.

6. Kemunculan Monarki Baru di England, Perancis dan Belanda telah menggalakkan

penjelajahan dan penerokaan ke seberang laut.

7. Pemilikan tanah jajahan merupakan simbol kebanggaan kepada bangsa Eropah.

8. Kejayaan menjelajah tanah akan membawa kebanggaan kepada bangsa dan

negara.

Kesan

penjelajahan

Eropah

terhadap

masyarakat

setempat.

1. Pemimpin tempatan dikehendaki menandatangani perjanjian, mengikhtiraf kekuatan

dan kekuasaan orang Eropah.

2. Penubuhan Syarikat Berpiagam bagi menjalankan perdagangan dari Eropah hingga

ke Amerika Latin, Afrika dan Asia.

3. Kawasan luar Eropah menjadi pembekal bahan mentah untuk negara Eropah.

4. Barang yang dibawa dari timur telah memperkayakan ekonomi negara Eropah.

5. Berlakunya penyebaran agama Kristian di beberapa negara Asia Tenggara.

– Sepanyol telah menaluki Filipina lebih 300 tahun.

6. Sepanyol menaluki Mexciko dan Peru.

7. Berlakunya penghijrahan orang Sepanyol ke Amerika Latin.

8. Para pemodal Sepanyol mengeksploitasi buruh peribumi untuk bekerja di lombang dan

di ladang mereka.

9. Bermulanya petempatan Portugis di Goa, India dan Melaka serta petempatan Sepanyol

di Filipina.

Soalan

1. Antara faktor kedatangan orang Eropah ke Timur ialah untuk mandapat bahan mentah seperti…?

2. Apakah nama perjanjian yang telah menghasilkan pembahagian laluan ke Timur antara Portugis

dengan Sepanyol?

3. Apakah tujuan orang Eropah datang ke Timur selain daripada untuk mendapatkan bahan mentah?

4. Apakah kesan ekonomi kepada orang Eropah dengan penjelajahan mereka ke Timur?

5. Apakah kesan sosial kepada masyarakat Amerika Latin dengan kedatangan orang Sepanyol?

Jawapan:

1) Emas, sutera dan rempah ratus. 2) Perjanian Tordesillas. 3) Orang Eropah ingin menyebarkan agama Kristian seperti yang ditekankan

oleh pengusaha gereja. 4) Penjelajahan orang Eropah ke Timur telah memperkayakan ekonomi negara Eropah. 5) Para pemodal Sepanyol

mengeksplotasi buruh peribumi untuk bekerja di lombang dan di ladang mereka untuk mendapat perak dan emas.

Page 106: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 99

9.6 – Revolusi Pertanian Tonton video di sini:

https://goo.gl/iKfvLo

Revolusi: Perubahan dalam bidang pertanian secara besar-besaran - meningkatkan hasil pertanian.

Aspek Ciri-ciri

Sebab

berlakunya

Revolusi

Pertanian di

Britain.

1. Penduduk

Britain menghadapi pertambahan penduduk yang membawa peningkatan

permintaan makanan dan menyebabkan harga gandum meningkat.

2. Akta Pemagarah Tanah Awam (1761)

Petani kecil yang tidak mampu menanggung kos pemagaran tanah terpaksa

menjual tanah mereka kepada orang kaya.

Orang kaya menggunakan kos yang rendah untuk membeli tanah petani kecil.

3. Ladang

Orang kaya mengusahakan tanah tersebut secara besar-besaran yang

dinamakan ladang. Pada tahun 1792, hampir 500,000 ekar tanah telah dipagar.

4. Baja

Penggunaan baja asli secara meluas menjadikan tanaman lebih subur.

5. Alat

Penciptaan alat menggali dan menugal oleh Jetro Tul telah membolehkan banyak

lubang digali secara serentak dan penanaman bijih benih menjadi lebih pantas.

6. Giliran

Pengenalan sistem tanaman bergilir menyebabkan tanah sentiasa subur kerana

sistem ini melibatkan penggunaan nutrien yang berbeza.

7. Perdagangan

Peningkatan kuantiti dan kualiti hasil telah membawa kepada lebihan makanan

dan lebihan ini kemudiannya diperdagangkan.

Kesan revolusi

Pertanian di

Britain

(abad ke-18)

1. Pertanian menjadi punca ekonomi negara.

2. Kelebihan hasil pertanian telah diperdagangkan dan dieksport (cukai telah dikena)

3. Para peladang besar menjadi pedagang antarabangsa

4. Keperluan makanan mencukupi untuk menampung keperluan tenaga buruh dalam

bidang industri.

5. Bermulanya perkembangan industri sebagai salah satu punca ekonomi.

6. Kedudukan tuan tanah menjadi tokoh penting dalam masyarakat

7. Tuan tanah telah dihormati kerana mereka membolehkan makanan mudah didapati.

8. Kemunculan sistem ekonomi skala yang besar dengan pembukaan ladang dan

mengwujudkan golongan buruh dan majikan.

Soalan 1. Apakah kesan dari penambahan penduduk yang berlaku di Britain?

2. Apakah kesan apabila parlimen British meluluskan Akta Pemagaran Tanah Awam kepada petani

miskin?

3. Apakah yang berlaku akibat penciptaan peralatan menggali dan menugal oleh Jetro Tull?

4. Pengenalan sistem tanaman bergilir telah menyebabkan tanah sentiasa subur. Ini disebabkan oleh…?

5. Apakah kesan peningkatan kuantiti dan kualiti hasil?

Jawapan:

1. Peningkatan permintaan makanan dan menyebabkan harga gandum meningkat. 2. Petani kecil yang tidak mampu menanggung kos

pemagaran tanah terpaksa menjual tanah mereka kepada orang kaya dan orang kaya menggunakan kos yang rendah untuk membeli

tanah petani kecil. 3. Penciptaan alat menggali dan menugal oleh Jetro Tul telah membolehkan banyak lubang digali secara serentak dan

penanaman bijih benih menjadi lebih pantas. 4. Sistem ini melibatkan penggunaan nutrien yang berbeza. 5. Peningkatan kuantiti dan

kualiti hasil telah membawa kepada lebihan makanan dan lebihan ini kemudiannya diperdagangkan dan akhirnya pertanian menjadi

punca ekonomi negara.

Page 107: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 100

9.6 – Imperialisme Barat di Asia Tonton video di sini:

https://goo.gl/kC2WRl

Imperialisme Baru: Penjajahan pada Zaman Revolusi Perindustrian

Aspek Ciri-ciri

Faktor yang

mendorong

kedatangan

penjajah Barat

ke Asia

1. Kuasa Barat ingin mendapat bahan mentah (rempah ratus, emas, perak) yang banyak

dan berterusan.

2. Mereka ingin memasarkan hasil industri mereka ke Asia.

3. Kesan Revolusi Perindustrian mendorong kuasa Eropah seperti Britain, Jerman, Belanda,

Perancis dan Italy menjadi kuasa imperialis.

4. Penciptaan kapal wap menyebabkan kuasa Eropah berlumba-lumba untuk

mendapatkan tanah jajahan.

kapal wap perjalanannya adalah cepat, lebih selamat dan kos rendah.

memudahkan perhubungan dan mencepatkan perjalanan.

5. Kedatangan Britain didorang oleh tindakan Amerika yang mengenakan tarif untuk

melindungi industri mereka.

Revolusi perindustrian yang berlaku dalam Amerika menyebabkan persaingan

antara Britain dan Amerika kerana rakyat Amerika boleh pilih untuk membeli

pakaian tempatan atau pakaian yang datang dari Britain.

Pada tahap awal, rakyat Amerika memilih untuk membeli pakaian dari Britain

kerana kualiti lebih baik dan murah berbanding dengan pakaian yang dihasilkan

dalam tempatan.

Hasil pengeluaran dalam tempatan akan merosot kerana kurang keperluan dalam

pasaran.

Amerika mengenakan cukai pelabuhan yang tinggi -> harga barang

terutamannya pakaian dari Britain akan meningkat -> rakyat akan membeli barang

tempatan (pakaian).

Britain hilang market yang besar dalam Amerika yang mendorong kedatangan

Britain ke Asia.

6. Terdapat di antara mereka yang datang untuk menyebarkan agama Kristian kerana

mereka mendapati di Asia ini tidak dipengaruhi agama Kristian dan Asia beragama

Hindu, Buddha dan Islam.

7. Wujudnya semangat perlumbaan kerana pemilikan tanah jajahan yang luas akan

meningkatkan status mereka.

mereka akan berasa bangga sekiranya mereka memiliki tanah jajahan yang luas.

mereka akan dipuji oleh negara-negara Eropah lain sekiranya menguasai tanah

jajahan yang luas.

mempertingkatkan imej mereka sekiranya menguasai tanah jajahan yang luas.

8. Kedatangan kuasa Barat juga dikaitkan dengan kata-kata “the white man’s burden”

oleh orang Inggeris, “mission civilisatrice” oleh Perancis, tugas menyebarkan budaya

oleh orang Jerman dan “the blessings of the Anglo-Saxon protection” oleh orang

Amerika.

membawa makna masyarakat Eropah merasakan mereka bertanggungjawab

untuk meningkatkan tamadun dunia

Page 108: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 101

Dasar British dan Kesannya terhadap Ekonomi Negara

10.1 – Maksud Ekonomi Tradisional dan Maksud

Ekonomi Dagang Tonton video di sini:

https://goo.gl/EH2TsE

Aspek Ciri-ciri

Kegiatan

ekonomi

tradisonal yg

diamalkan

oleh

masyarakat

Melayu

1. Ekonomi tradisional merupakan ekonomi sara diri yang diamalkan oleh masyarakat

Melayu. 2. Kegiatan ekonomi seperti melombong, bercucuk tanam, memungut hasil hutan,

menternak dan menangkap ikan. 3. Lebihan hasil digunakan untuk pertukaran barang, kenduri kendara, zakat dan

sedekah. 4. Tanaman utamanya seperti padi, pisang, ubi dan kelapa. 5. Penternakan seperti ayam, itik, lembu dan kerbau. 6. Peralatan pertanian seperti tajak, cangkul, tugal dan tenggala. 7. Kegiatan pertanian dilakukan dengan menggunakan tenaga manusia dan binatang. 8. Di bidang perikanan peralatan seperti tali, kail, bubu dan jala. 9. Kawasan tangkapan ikan: di sungai, tasik, sawah dan pinggir pantai. 10. Aktiviti pertanian biasanya dilakukan secara bersama dalam sebuah ahli keluarga.

Kegiatan

ekonomi

dagang yang

diperkenalkan

oleh British

1. Menjalankan kegiatan pertanian dan perlombongan secara besar-besaran.

2. Menggunakan tenaga buruh yang ramai.

3. Buruh diambil dari China untuk perlombongan dan dari India untuk perladangan.

4. Ekonomi dagang memerlukan modal yang besar kerana penggunaan teknologi yang

tinggi. Contoh penggunaan kapal korek untuk perlombongan bijih timah.

5. Pasarannya agak luas terutamanya di Eropah untuk memenuhi keperluan industri

mereka.

6. Oleh itu ekonomi dagang memerlukan modal yang besar.

Kesan

kedatangan

British terhadap

ekonomi di

Tanah Melayu

1. Kegiatan ekonomi tradisional di luar bandar terpinggir.

2. Terbentuknya dua jenis ekonomi iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi dagang.

3. Tumpuan ekonomi hanya di pantai Barat manakala pembangunan pantai Timur

terabai.

4. Pembukaan lombang bijih timah dan ladang getah secara besar-besaran.

5. Kemasukan buruh Cina dan India untuk memenuhi keperluan sektor perlombongan

dan perladangan.

Soalan

1. Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi tradisional?

2. Berikan contoh kegiatan ekonomi masyarakat Melayu tradisional.

3. Apakah jenis tanaman utama yang diusahakan?

4. Di bidang pertanian, antara peralatan yang digunakan adalah seperti…?

5. Ikan ditangkap di kawasan apa?

6. Apakah maksud ekonomi dagangan?

7. Dari manakah tenaga buruh diambil oleh British untuk memajukan ekonomi dagang?

Jawapan:

1. Ekonomi sara diri yang diamalkan oleh masyarakat Melayu. 2. Contoh adalah seperti melombong, bercucuk tanam, memungut hasil

hutan, menternak dan menangkap ikan. 3. Tanaman utama yang diusahakan ialah padi, pisang, ubi dan kelapa. 4. Alat yang digunakan

dalam bidang pertanian ialah tajak, cangkul, tugal dan tenggal. 5. Kawasan tangkapan ikan ialah di sungai, tasik, sawah dan pinggir

pantai. 6. Ekonomi dagangan ialah aktiviti yang menjalankan kegiatan pertanian dan perlombongan secara besar-besaran. 7. Dari China

dan India

BAB 10

Page 109: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 102

10.2 – Kegiatan Perlombongan Bijih Timah Tonton video di sini:

https://goo.gl/rKane0

Aspek Ciri-ciri

Sejarah

perkembangan

perlombongan

bijih timah di

Tanah Melayu

sehingga

kedatangan

British

1. Pembesar Melayu:-

Kawasan perlombongan bijih timah oleh pembesar Melayu dikerjakan oleh buruh

tempatan.

Antara pembesar tersebut ialah Long Jaafar, Ngah Ibrahim, Raja Jumaat, Datuk

Kelana dan Datuk Bandar.

Bijih timah dilombong dengan menggunakan teknik mendulang di kawasan

sungai yang berhampiran.

Masyarakat Melayu menggunakan bijih timah untuk peralatan senjata, alat muzik

seperti gendang dan gong.

Sekiranya terdapat lebihan bijih timah dipasarkan ke China, Jepun dan India.

2. Pengusaha Cina:-

Penglibatan pengusaha Cina bermula sekitar abad ke-19.

Kegiatan perlombongan dipantau oleh pembesar Melayu.

Pengusaha dara China dikehendaki mendapat kebenaran dari pembesar Melayu

untuk mengusahakan perlombongan.

Pembesar Melaya akan memastikan hasil bijih timah yang dilombong dijual

kepada mereka.

Harga bijih timah ditentukan oleh pembesar Melayu.

Namun begitu terdapat pembesar Melayu memajakkan lombong bijih timah

kepada pengusaha Cina untuk mendapat keuntungan mudah.

3. British:-

Pada awal abad ke-20, industri perlombongan bijih timah mula dikuasai oleh

orang Eropah.

Pemodal Cina tidak mampu bersaing dengan pemodal Eropah.

British memperkenalkan enakmen bagi memonopoli perusahaan bijih timah.

British kemudiannya memperkenalkan kapal korek sebagai teknologi baru

kerana ia tidak memerlukan banyak tenaga pekerja dan membolehkan

pengeluaran bijih timah menjadi lebih banyak.

Pengusaha Cina terus merosot kerana tidak mampu bersaing.

Perusahaan bijih timah mula berubah dari insentif buruh kepada insentif modal.

Soalan

1. Berikan contoh tokoh pembesar tempatan yang mempunyai lombong bijih timah di Tanah Melayu.

2. Bagaimanakah cara orang Melayu melombong bijih timah?

3. Bagaimanakah cara pengusaha Cina melibatkan diri dalam perlombongan bijih timah?

4. Berikan 2 contoh tindakan British untuk memonopolikan perusahaan bijih timah.

5. Apakah kesan perusahaan bijih timah dengan kedatangan British?

Jawapan:

1. Long Jaafar, Ngah Ibrahim, Raja Jumaat, Datuk Kelana dan Datuk Bandar. 2. Bijih timah dilombong dengan menggunakan teknik mendulang di kawasan sungai yang berhampiran. 3. Pengusaha dara China dikehendaki mendapat kebenaran dari pembesar Melayu untuk mengusahakan perlombongan kerana kegiatan perlombongan dipantau oleh pembesar Melayu. 4. British memperkenalkan enakmen dan memperkenalkan kapal korek bagi memonopoli perusahaan bijih timah. 5. Perusahaan bijih timah mula berubah dari insentif buruh kepada insentif modal.

Page 110: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 103

10.3 – Perusahaan Getah (Bahagian 1 & 2) Tonton video di sini:

https://goo.gl/4tuddy

(Part 1)

Tonton video di sini:

https://goo.gl/0KUilQ

(Part 2)

Aspek Ciri-ciri

Faktor

perkembangan

penanaman

getah di Tanah

Melayu

(abad ke-20)

1. Permintaan getah yang tinggi akibat revolusi perindustrian.

2. H.N. Ridley, Pengarah Botanical Garden di Singapura, berperanan menyakinkan

peladang mengenai masa depan getah.

Oleh sbab getah adalah tanaman baru, para petani terutamanya orang-orang

Melayu pada waktu itu tidak berminat untuk menanam getah kerana tidak yakin

masa depan getah.

H.N. Ridley menjelaskan kepada para petani bahawa masa depan mereka akan

menjadi lebih baik sekiranya mereka menanam getah kerana harga getah

sangat tinggi dan boleh dijual kepada Eropah.

3. Beliau mengadakan pameran dan mengagihkan benih getah secara percuma.

Tindakan tersebut menyebabkan sebahagian para petani berminat untuk

menanam getah.

Namun berikut para petani tidak tahu caru untuk menoreh getah tanpa

merosakkan pokok getah apabila pokok getah sudah dewasa.

4. Beliau memperkenalkan teknik torehan yang dikenali sebagai sistem ibedem yang

berbentuk seperti tulang ikan kering. Sistem torehan ini tidak merosakkan pokok

getah.

Pokok getah boleh mengeluarkan getah dengan hayat yang panjang.

5. Perkembangan industri pembuatan barang - kasut getah, tayar basikal & peralatan

elektrik.

6. Kemasukan pelabur Eropah seperti syarikat Crosfield, Sime Darby & Boustead Buttery

Estate Agency mendorang perkembangan perusahaan getah.

7. Galakan dari kerajaan Bristish dengan menyediakan kadar sewa tanah dan tarif

cukai yang rendah.

Menarik para pelabuh Eropah datang untuk menanam getah.

8. Penyediaan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya dan jalan kereta api yang

menghubungkan kawasan ladang ke pelabuhan.

9. Bristish membawa masuk buruh dari selatan India untuk bekerja dengan bayaran gaji

yang rendah.

Langkah-

langkah untuk

menstabilkan

harga getah

1. British memperkenalkan Rancangan Sekatan Stevenson pada tahun 1922 untuk

menghadkan pengeluaran getah.

2. Memperkenalkan system kupon yang menghadkan jumlah hari menoreh getah.

Secara tidak langsung hasil getah akan mengurangkan.

3. Melaksanakan Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa pada tahun 1934.

4. Memperkenalkan kuota yang rendah kepada pekebun kecil getah. Pekebun kecil

menanam tanaman lain.

5. Menaikkan premium tanah untuk penanaman getah.

6. Mengelakkan penglibatan orang Melayu dalam penanaman getah.

7. Pekebun kecil tidak dibenarkan menanam getah di atas tanah sawah.

Page 111: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 104

Soalan

1. Mengapakah permintaan getah begitu tinggi di Eropah pada abad ke-20?

2. Siapakah tokoh HN. Ridley?

3. Berikan contoh tindakan HN Ridley untuk menggalakkan penanaman getah.

4. Perkembangan penanaman getah juga berlaku dengan kedatangan pelabur-pelabur Eropah

seperti…?

5. Bagaimanakah cara kerajaan menggalakkan pelabur-pelabur Eropah membuka ladang getah di

Tanah Melayu?

6. Apakah tujuan utama Rancangan Sekatan Stevenson diperkenalkan?

7. Mengapakah British memperkenalkan sistem kupon kepada penoreh getah?

8. Berikan 1 contoh tindakan British di bawah Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa.

9. Apakah tindakan British untuk menghalang pekebun kecil menanam getah?

Jawapan:

1.Permintaan getah begitu tinggi di Eropah kerana revolusi perindustrian dan perkembangan industri pembuatan barang seperti kasut getah, tayar basikal dan peralatan elektrik.

2.H.N. Ridley ialah Pengarah Botanical Garden di Singapura dan beliau berperanan menyakinkan peladang mengenai masa depan getah.

3.Beliau mengadakan pameran dan mengagihkan benih getah secara percuma. Beliau juga memperkenalkan teknik torehan untuk menoreh getah.

4.Perkembangan penanaman getah juga berlaku dengan kedatangan pelabur-pelabur Eropah seperti syarikat Crosfield, Sime Darby & Boustead Buttery Estate Agency.

5.Kerajaan menggalakkan pelabur Eropah membuka ladang getah di Tanah Melayu dengan cara-cara seperti dengan menyediakan kadar sewa tanah dan tarif cukai yang rendah.

6.Untuk menghadkan pengeluaran getah. 7.Untuk menghadkan pengeluaran getah. 8.British memperkenalkan kuota yang rendah kepada pekebun kecil getah. 9.Pekebun kecil tidak dibenarkan menanam getah di atas tanah sawah

Page 112: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 105

10.4 – Kemasukan Imigran Cina dan India ke Tanah

Melayu (Bahagian 1) Tonton video di sini:

https://goo.gl/yaX6aR

Aspek Ciri-ciri

Faktor yang

mendorong

kemasukan

buruh Cina dan

India ke

T.Melayu

1. Kepesatan pembanguan sector pertanian dan perlombongan oleh British.

British membuka lombong bijih timah secara besar-besaran dan membuka ladang

getah secara besar-besaran dan tindakan tersebut memerlukan tenaga buruh

yang banyak.

pada tahap awal masyarakat Melayu tidak mempunyai minat dalam bidang

penanaman getah dan perlombongan dan lebih berminat dalam bidang

petanian.

British mencari buruh Cina dan buruh India yang banyak untuk memenuhi

keperluan ekonomi mereka dalam T.Melayu.

2. Kekurangan buruh tempatan untuk memenuhi keperluan ekonomi di Tanah Melayu.

3. Galakan dari kerajaan British agar mereka berhijrah. British menggalakkan sesiapa

yang ingin mendapat peluang untuk mendapat pekerjaan untuk datang ke T.Melayu.

4. Penghijrahan tidak ditentang oleh masyarakat Melayu.

5. Kestabilan politik di T.Melayu.

6. Peluang pekerjaan yang luas dalam perusahaan bijih timah dan getah.

Cara

kemasukan

buruh Cina ke

T.Melayu

1. Sistem tiket kredit

Bakal imigran dikumpul oleh kheh-tau (ketua).

Kheh-tau akan dibayar dengan sejumlah wang bagi setiap imigran yang dibawa.

Mereka dibekalkan dengan tiket ke pelabuhan yang dituju.

2. System pengambilan kakitangan

Majikan menghantar pegawai ke China untuk mendapatkan buruh.

Segala perbelanjaan akan dibayar oleh majikan.

3. Sistem Pengambilan Rumah Kongsi

Pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di Negara China yang dilantik oleh

rumah kongsi.

Pegawai akan membiayai perbelanjaan buruh hingga sampai ke rumah kongsi.

Pembawa buruh akan dibayar dengan kadar yang dipersetujui oleh tuan punya

rumah kongsi.

Soalan

1. Apakah faktor utama kemasukan buruh Cina dan India ke Tanah Melayu?

2. Mengapakah British menggalakkan kemasukan buruh Cina dan India ke Tanah Melayu?

3. Bagaimanakah cara kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu?

4. Jelaskan cara kemasukan buruh Cina melalui sistem pengambilan kakitangan.

Jawapan:

1) Faktor utama kemasukan buruh Cina dan India ke Tanah Melayu ialah kepesatan pembanguan sector pertanian dan perlombongan

secara besar-besaran oleh British dan tindakan tersebut memerlukan tenaga buruh yang banyak. 2) Pada tahap awal masyarakat Melayu

tidak mempunyai minat dalam bidang penanaman getah dan perlombongan dan lebih berminat dalam bidang petanian. Oleh itu British

menggalakkan buruh Cina dan buruh India ke T.Melayu untuk memenuhi keperluan ekonomi mereka dalam T.Melayu. 3) Cara kemasukan

buruh Cina ke Tanah Melayu ialah melalui sistem tiket kredit, system pengambilan kakitangan dan system pengambilan rumah kongsi.

4) Majikan akan menghantar pegawai ke China untuk mendapatkan buruh Cina dan segala perbelanjaan pegawai akan dibayar oleh

majikan sehingga buruh sampai ke tempat majikan.

Page 113: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 106

10.4 – Kemasukan Imigran Cina dan India ke Tanah

Melayu (Bahagian 2) Tonton video di sini:

https://goo.gl/bBDH2f

Aspek Ciri-ciri

Cara

kemasukan

buruh India ke

T.Melayu

1. Sistem buruh bebas,

Mereka datang ke T.Melayu dengan perbelanjaan sendiri (menggunakan wang

simpanan mereka).

Kebaikan: Mereka bebas memilih tempat dan pekerjaan yang mereka kehendaki

di T.Melayu.

2. Sistem Kontrak – kepada buruh yang tiada wang simpanan.

Majikan membiayai tambang mereka ke T.Melayu.

Buruh bekerja dengan majikan dalam tempoh tertentu.

Bayaran gaji antara 9 – 13 sen sehari.

3. Sistem Kangani

Kangani (ketua) dihantar pulang ke India untuk mencari buruh apabila majikan

memerlukan buruh tambahan.

Kangani diberi wang pendahuluan untuk perbelanjaan buruh dari India ke

T.Melayu.

Sistem ini diharamkan (1938) – penyelewangan di kalangan kangani itu sendiri.

Kesan sosial

dengan

kemasukan

buruh China

dan India

1. Wujudnya masyarakat majmuk – masyarakat yang mempunyai pelbagai kaum.

2. Penempatan berbeza mengikut kaum.

apabila buruh Cina dan buruh India datang ke T.Melayu, British pun

mengasingkan tempat tinggal di mana orang Melayu tinggal di kawasan

kampung, orang Cina tinggal di kawasan bandar dan orang India tinggal di

kawasan ladang.

3. Perbezaan budaya dan cara hidup.

4. Jenis pekerjaan berbeza mengikut kaum.

orang Melayu terlibat dalam bidang pertanian atau menjadi nelayan.

orang Cina terlibat dalam bidang perlombongan dan perdagangan.

orang India terlibat dalam bidang perladangan terutamanya menoreh getah.

5. Tidak terdapat interaksi antara kaum.

bahasa yang berbeza dan tempat tinggal yang berbeza.

6. Perpaduan sukar dicapai.

Soalan

1. Bagaimanakah cara kemasukan buruh India ke Tanah Melayu?

2. Apakah maksud kedatangan buruh India melalui sistem buruh bebas?

3. Sistem kontrak merupakan satu sistem dimana majikan membiayai tambang buruh ke Tanah Melayu

dimana buruh tersebut dikehendaki…?

4. Berapakah bayaran gaji yang diterima oleh buruh yang datang melalui sistem kontrak?

5. Apakah yang dimaksudkan dengan Kangani?

6. Berikan 2 contoh kesan sosial kemasukan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu.

Jawapan:

1. Melalui sistem buruh bebas, sistem Kontrak dan sistem Kangani. 2. Mereka datang ke T.Melayu dengan perbelanjaan sendiri. Oleh itu

mereka bebas memilih tempat dan pekerjaan yang mereka kehendaki di T.Melayu. 3. Buruh dikehendaki bekerja dengan majikan dalam

tempoh tertentu. 4. Bayaran gaji antara 9 – 13 sen sehari. 5. Kangani adalah ketua yang dihantar pulang ke India oleh majikan untuk

mencari buruh apabila majikan memerlukan buruh tambahan. 6. Wujudnya masyarakat Majmuk dan perbezaan budaya dan cara hidup.

Page 114: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 107

10.9 – Kemunculan Bandar Tonton video di sini:

http://goo.gl/X44SAV

Bandar: kawasan yang mempunyai penduduk yang ramai, terdapat kemudahan yang mencukupi

seperti hospital, sekolah, bekalan air dan sebagainya.

Bagaimanakah Kuala Lumpur menjadi bandar?

Kawasan Kuala Lumpur mempunyai bijih timah yang banyak -> kedatangan buruh Cina untuk bekerja

untuk perlombongan bijih timah -> British kemudiannya buka lombong-lombong bijih timah yang

banyak -> peluang bekerja semakin luas -> semakin banyak orang datang ke Kuala Lumpur -> British

membina beberapa pusat kilang untuk memproseskan bijih timah supaya mudah dibawa ke

perlabuhan -> peluang pekerjaan menjadi lebih banyak di kawasan kilang -> Kebanyakan pekerja di

kilang terdiri daripada wanita -> wujudnya perkahwinan -> penduduk menjadi ramai -> sistem

kemudahan seperti jalan raya/ kereta api, hospital, sekolah -> sumber air dan elektric -> Kuala Lumpur

menjadi bandar.

Aspek Ciri-ciri

Faktor yang

mempengaruhi

kemunculan

bandar baru di

T.Melayu

1. Perkembangan perlombongan bijih timah, mengwujudkan bandar – Kuala Lumpur,

Taiping dan Seremban.

2. Perkembangan petroleum mengwujudkan bandar Miri, Sarawak.

3. Perkembangan pertanian komersial mengwujudkan bandar Johor Baru.

4. Peningkatan pengeluaran bijih timah dan getah menjadikan Melaka, Pulau Pinang

dan Klang bandar pelabuhan.

5. Pengumpulan & pengeksportan gambir serta lada hitam, mengwujudkan bandar

Kuching.

6. Perkembangan sistem pengangkutan menjadikan K.L, bandar yang berkembang

maju.

Soalan

1. Perkembangan apakah yang mendorong kemunculan bandar Kuala Lumpur?

2. Perkembangan petroleum mendorong kewujudkan bandar ... .

3. Perkembangan pertanian komersial mengwujudkan bandar ... .

4. Apakah yang mendorong Kuala Lumpur menjadikan bandar yang berkembang maju?

5. Apakah definisi bandar?

Jawapan:

1. Perkembangan perlombongan bijih timah telah mendorong kemunculan bandar Kuala Lumpur.

2. Perkembangan petroleum telah wujudnya bandar Miri, Sarawak.

3. Perkembangan pertanian komersial telah mengwujudkan bandar Johor Baru.

4. Perkembangan sistem pengangkutan seperti kereta api telah menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar yang berkembang maju.

5. Kawasan yang mempunyai penduduk yang ramai dan terdapat kemudahan-kemudahan yang cukupi seperti bekalan air, elektric,

sekolah, hospital, Klinik dan sebagainya yang memenuhi kehidupan asas penduduk.

Page 115: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 4 108

10.13 – Perusahaan Kilang dan Perkhidmatan

Kesihatan Tonton video di sini:

http://goo.gl/aX2XU5

Aspek Ciri-ciri

Sejarah

perkembangan

perkilangan di

T.Melayu

(abad ke-20)

1. Perusahaan kilang oleh British kurang diberi tumpuan.

2. Kilang awal yang didirikan ialah Syarikat Shum Yip Leong, mendirikan dua buah kilang

kasut getah untuk dieksport ke China.

3. Syarikat Kasut Bata mendirikan kilang di Klang, Selangor.

4. Syarikat Fung Keong di Klang dan Kinta Rubber Works di Ipoh Perak menghasilkan

barangan getah.

5. Syarikat United Engineers telah mendirikan kilang membina kapal korek, kapal kecil

dan mesin memproses getah.

6. Perusahaan mengetin nanas telah diusahakan oleh orang Perancis yang berpusat di

Johor.

- Nanas yang ditinkan telah dieksport ke Eropah.

7. Pemodal Cina kemudiannya mengambil alih perusahaan mengetin nanas di Johor.

Langkah yang

diambil untuk

meningkatkan

perkhidmatan

kesihatan

(T.Melayu,

Sabah,

Sarawak)

1. Hospital pertama didirikan ialah Hospital Taiping dan Hospital Kuala Lumpur.

2. Pusat kesihatan didirikan di luar bandar untuk mengawal penyakit berjangkit.

3. Di Selangor terdapat 14 buah pusat kesihatan, Pahang 2 buah dan N.Sembilan 3

buah.

4. Di Sarawak terdapat pusat perubatan di Kuching, serta klinik Sri Aman dan Sibu.

5. Hospital swasta yang pertama ialah Hospital Tung Shin di Kuala Lumpur.

6. Hospital ini hanya memberi rawatan kepada pekerja lombong Cina.

- Kerana pekerja lombong cina agak ramai dan untuk membolehkan rawatan

segera.

- Hospital ini didirikan hasil sumbangan orang perseorangan.

7. Institusi Penyelidikan Perubatan didirikan di Kuala Lumpur untuk mencari punca

penyakit dan langkah-langkah pencegahan.

8. Lembaga Sanitary Board ditubuhkan untuk menitik-beratkan kesihatan awam dan

kebersihan di bandar Kuala Lumpur.

9. Jabatan Kesihatan kemudiannya ditubuhkan untuk mengambil alih sebahagian dari

tugas Sanitary Board dalam aspek kesihatan.

Soalan

1. Berikan contoh kilang yang pertama didirikan di Tanah Melayu.

2. Dimanakah Syarikat Kasut Bata didirikan?

3. Syarikat United Engineers telah mendirikan kilang yang mengeluarkan…?

4. Sebutkan hospital yang pertama didirikan di Tanah Melayu.

5. Apakah tujuan pusat kesihatan didirikan di luar bandar?

6. Berikan contoh pusat kesihatan yang terdapat di Sarawak.

7. Apakah peranan Institusi Penyelidikan Perubatan?

8. Apakah tujuan Lembaga Sanitary Board ditubuhkan?

Jawapan:

1. kilang Syarikat Shum Yip Leong. 2. Syarikat Kasut Bata didirikan di Klang, Selangor. 3. Syarikat United Engineers telah mendirikan kilang

yang mengeluarkan kapal korek, kapal kecil dan mesin memproses getah. 4. Hospital Taiping dan Hospital Kuala Lumpur. 5. Untuk

mengawal penyakit berjangkit. 6. Klinik Sri Aman. 7. Peranan Institusi Penyelidikan Perubatan ialah untuk mencari punca penyakit dan

langkah-langkah pencegahan. 8. Lembaga Sanitary Board ditubuhkan untuk menitik-beratkan kesihatan awam dan kebersihan di bandar

Kuala Lumpur.

Page 116: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 109

KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

1.0 Faktor Berlakunya Imperialisme Barat Tonton video di sini:

goo.gl/PKojfR

Aspek Huraian

Maksud

Imperialisme

1. Imperialisme merupakan dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya

dengan menjajah negara lain.

2. Di peringkat awal, imperialisme barat berlaku secara tidak langsung dan bertujuan untuk

menguasai perdagangan rempah.

3. Apabila berlakunya revolusi perindustrian, di Eropah persaingan semakin sengit untuk

mendapatkan bahan mentah dan pasaran.

4. Portugal, Sepanyol, Belanda merupakan kuasa imperialisme Barat di Asia Tenggara.

5. Portugal mendahului kuasa imperialisme Barat apabila menguasai Melaka pada tahun

1511.

Faktor yang

mendorong

imperialisme

Barat di Asia

Tenggara

1. Kedudukan Asia Tenggara strategik, berada di antara benua China dan India.

2. Tanahnya subur untuk tanaman tebu, kopi, getah kelapa sawit dan tembakau.

3. Kaya dengan bahan mentah seperti rempah, bijih timah, kayu jati dan petroleum.

4. Bahan mentah ini diperlukan untuk memenuhi revolusi perindustrian.

5. Penggunaan kapal wap, menjimatkan kos dan mempercepatkan perjalanan.

6. Pembukaan terusan Suez (1869) dapat memendekkan jarak perjalanan Barat ke Timur.

7. Penciptaan telegraf memudahkan perhubungan, terutamanya urusan perdagangan.

8. Perluasan tanah jajahan sebagai simbol kekayaan.

9. Orang barat merasakan bertanggungjawab untuk meningkatkan tamadun dunia.

10. Mereka menggunakan slogan “beban orang putih” oleh Belanda dan British manakala

“tugas menyebarkan tamadun” oleh orang Perancis.

11. Mubaligh Kristian juga menggalakkan imperialisme untuk menyebarkan agama Kristian.

* Penyataan 1-4 merupakan keistimewaan Asia Tenggara yang mendorong berlakunya

imperialisme Barat.

Soalan

1. Apakah yang dimaksudkan dengan imperialisme?

2. Sebutkan kuasa imperialisme Barat di Asia Tenggara.

3. Apakah kekayaan bahan mentah yang terdapat di Asia Tenggara?

4. Apakah keistimewaan kapal wap?

5. Apakah slogan yang digunakan oleh orang Barat yang mendorong berlakunya imperialisme?

Jawapan:

1) Imperialisme merupakan dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain. 2) Portugal,

Sepanyol, Belanda 3) rempah, bijih timah, kayu jati dan petroleum 4) menjimatkan kos dan mempercepatkan perjalanan kerana ia

menggunakan arang batu. 5) Slogan “beban orang putih” digunakan oleh Belanda dan British manakala “tugas menyebarkan tamadun”

digunakan oleh orang Perancis dalam menjalankan imperialisme.

BAB 1

Page 117: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 110

1.2 Pentadbiran dan Nasionalisme Filipina Tonton video di sini:

goo.gl/kRR1Ib

Aspek Huraian

Bentuk

Pentadbiran

Filipina

Sebelum

Penjajahan

Sepanyol

1. Filipina terdiri daripada daerah-daerah kecil yang dikenali sebagai

barangay.

2. Setiap daerah diperintah oleh datu.

3. Di selatan Filipina pula wujudnya kerajaan Islam.

Selepas

Penjajahan

Sepanyol

1. Selepas kedatangan Sepanyol, pentadbiran diketuai oleh Gabenor

Jeneral.

2. Di peringkat wilayah pula diketuai oleh Ketua Batuk Bandar.

3. Di peringkat bandar diketuai oleh Gabenor Kecil.

4. Pentadbiran peringkat tempatan diketuai oleh Encomiendero ianya

dikenali sebagai Sistem Encomienda.

5. Tugas encomiendero ialah menjaga keamanan, mengutip cukai dan

mengkristiankan penduduk barangay.

6. Penyatuan barangay menyebabkan kemerosotan pemerintahan

tempatan.

Soalan

1. Apakah tugas Encomiendero dalam pentadbiran Sepanyol?

2. Apakah tuntutan Jose Rizal di peringkat awal perjuangannya?

3. Apakah tuntutan pertubuhan Liga Filipina?

4. Apakah bentuk perjuangan pertubuhan Katipunan pimpinan Andres Bonifasio?

5. Bagaimanakah cara perjuangan yang dilakukan oleh Aguinaldo?

6. Apakah nama pertubuhan yang ditubuhkan oleh Sergio Osmena?

Jawapan:

1) menjaga keamanan, mengutip cukai dan mengkristiankan penduduk barangay. 2) Beliau menuntut Filipina menjadi wilayah Sepanyol

dan bangsa Filipina diberi hak yang sama seperti bangsa Sepanyol serta pemberian kebebasan. 3) mendesak kerajaan Sepanyol

melakukan pembaharuan politik, ekonomi dan sosial. 4) Gerakan radikal 5) Beliau bekerjasama dengan Amerika Syarikat untuk mengusir

Sepanyol. 6) Parti Nasionalista

Page 118: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 111

1.3 Pentadbiran dan Nasionalisme Indonesia Tonton video di sini:

goo.gl/qreGTM

Aspek Huraian

Sistem

Pentadbiran

Indonesia

Sebelum

dijajah oleh

Belanda

1. Indonesia terdiri daripada beberapa buah kerajaan yang

berasingan. Contoh: Kerajaan Bantam dan Kerajaan Mataram.

2. Kerajaan ini diperintah oleh raja dan dibantu oleh golongan

pembesar.

3. Pentadbiran peringkat tempatan diketuai oleh bhupati (Pembesar

daerah).

Semasa

Zaman

Penjajahan

Belanda

1. Pentadbiran dibahagi kepada dua iaitu pentadbiran pusat dan

tempatan.

2. Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral.

3. Pentadbiran tempatan diketuai oleh pembesar tempatan tetapi

diawasi oleh pegawai Belanda.

4. Dewan tempatan ditubuhkan untuk menasihati pentadbiran Belanda

tetapi tiada kuasa perundangan.

5. Jabatan Pelajaran dan Jabatan Pertanian diwujudkan.

6. Majlis Rakyat (Volksraad) ditubuhkan oleh Belanda yang dianggap

sebagai langkah untuk menyediakan kemerdekaan.

Gerakan

Nasionalisme

Tahap

Pertama

1. Nasionalisme tahap awal lebih menekankan soal pendidikan.

2. Raden Adjeng Kartini berusaha memajukan pendidikan untuk kaum

wanita.

3. Beliau telah menerbitkan novel yang mendedahkan penindasan

Belanda.

4. Contoh novel, ‘Habis Gelap Terbitlah Terang’ dan ‘Penulisan Seorang

Puteri Jawa’.

5. Sebuah pertubuhan Islam telah ditubuhkan iaitu Muhammadiyah.

6. Tujuan untuk menyebarkan ajaran Islam sebenar dan menghindar

ancaman sekularisme Barat dan agama Kristian.

7. Pertubuhan ini banyak mendirikan sekolah, klinik dan masjid.

Tahap

Kedua

1. Nasionalisme tahap kedua bersifat lebih radikal.

2. Antara pertubuhan yang muncul ialah Sarekat Islam, Parti Komunis

Indonesia dan Parti Nasionalis Indonesia.

3. Tujuan pertubuhan ini ialah untuk menuntut kemerdekaan.

4. Parti Nasionalis Indonesia di bawah pimpinan Soekarno berjaya

mempengaruhi rakyat.

5. Beliau telah ditangkap dan dipenjarakan oleh Belanda pada tahun

1929-1931.

6. Beliau kemudiannya dibuang ke Flores (Indonesia) pada tahun 1934.

7. Belanda telah bertindak mengharamkan Parti Nasionalis Indonesia.

Page 119: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 112

Soalan 1. Bagaimanakah kedudukan pembesar tempatan di zaman pemerintahan Belanda?

2. Apakah tujuan Majlis Rakyat atau Volksraad ditubuhkan?

3. Apakah yang diperjuangkan oleh Raden Adjeng Kartini?

4. Apakah matlamat perjuangan pertubuhan Muhammadiyah?

5. Sebutkan pertubuhan-pertubuhan radikal yang ingin menuntut kemerdekaan.

Jawapan:

1) Pembesar tempatan kehilangan kuasa mentadbir kerana pentadbirannya diawasi oleh pegawai Belanda. 2) Majlis Rakyat (Volksraad)

ditubuhkan oleh Belanda yang dianggap sebagai langkah untuk menyediakan kemerdekaan. 3) memajukan pendidikan untuk kaum

wanita. 4) menyebarkan ajaran Islam sebenar dan menghindar ancaman sekularisme Barat dan agama Kristian. 5) Sarekat Islam, Parti

Komunis Indonesia dan Parti Nasionalis Indonesia

Page 120: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 113

1.4 Pentadbiran dan Nasionalisme Burma Tonton video di sini:

goo.gl/LBWL3s

Aspek Huraian

Sistem

pentadbiran

Burma

Sebelum

penjajahan

British

1. Sebelum kedatangan British, Burma mengamalkan sistem

pemerintahan beraja di bawah Dinasti Kongbaung.

2. Raja adalah ketua pemerintah dan menjadi penaung kepada sami

Buddha.

3. Di bawah raja terdapat Majlis Diraja dikenali sebagai Hluttaw.

4. Di peringkat pusat, terdapat pegawai tinggi kerajaan atau Wun

yang bertanggungjawab membantu raja.

5. Di peringkat bandar diketuai oleh Ketua Bandar atau Myothugyi

yang menjalankan pentadbiran di bandar.

6. Terdapat pegawai khas raja dikenali sebagai Ahmadun.

7. Pentadbiran daerah diketuai oleh pembesar tradisional dikenali

sebagai Athi.

Semasa

Penjajahan

British

1. Pentadbiran diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British.

2. Pemerintahan beraja di bawah Dinanti Kongbaung dihapuskan.

3. Jawatan pembesar tradisional di peringkat pusat juga dihapuskan.

4. Pengenalan Akta Kampung Ulu Burma 1887 dan Akta

Perkampungan Burma 1889, telah melenyapkan terus sistem

pentadbiran tradisional.

5. Pentadbiran daerah diambil alih oleh Myo-ok atau pegawai

bandaran.

6. Sistem perundangan Barat diperkenalkan dengan penubuhan Majlis

Perundangan.

Gerakan

Nasionalisme

Tahap

Pertama

1. Penentangan di peringkat awal dipimpin oleh golongan sami dan

golongan berpendidikan Barat.

2. Mereka menubuhkan Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906.

3. Persatuan ini bertujuan untuk mengekalkan tradisi Buddha dan

memajukan pendidikan.

4. Untuk membangkitkan semangat nasionalisme, mereka

menggunakan isu pemakaian kasut dalam kuil oleh orang British.

5. U Ba Pe yang memimpin Persatuan Belia Buddha kemudiannya

menubuhkan Majlis Am Kesatuan-kesatuan Burma (1920) yang

bersifat lebih radikal.

Tahap Kedua

1. Nasionalisme tahap kedua bermula apabila Laporan Montagu-

Celford menyatakan Burma belum bersedia memerintah sendiri.

2. Ianya telah membawa kepada Revolusi Pelajar menuntut

penubuhan universiti.

3. Golongan sami melalui Majlis Am Songha Sametgi melancarkan

pemberontakan yang diketuai oleh Saya San, iaitu bekas pongi dan

pemimpin Tharawady.

4. Liga Anti Pemisahan ditubuhkan kerana membantah pemisahan

dengan India kerana pemisahan dianggap akan melewatkan

kemerdekaan.

5. Golongan bekas siswazah menubuhkan Parti Dobama Asiayone

untuk menuntut kemerdekaan dan menggelarkan diri mereka

sebagai Thakin (Tuan).

6. Pemimpinnya ialah Aung San, Kyaw Nein dan U Nu.

7. British telah mengadakan pilihanraya pada tahun 1937.

8. Dr. Ba Maw menjadi perdana menteri pertama setelah memenangi

pilihanraya.

Page 121: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 114

Soalan

1. Bagaimanakah kedudukan raja Burma sebelum kedatangan penjajah British?

2. Apakah tindakan British yang menyebabkan terhapusnya pentadbiran tradisional Burma sepenuhnya?

3. Apakah tujuan penubuhan Persatuan Belia Buddha?

4. Apakah isu yang digunakan untuk membangkitkan semangat nasionalisme dikalangan rakyat

tempatan?

5. Apakah tujuan Liga Anti Pemisahan ditubuhkan?

Jawapan:

1) Raja adalah ketua pemerintah dan menjadi penaung kepada sami Buddha. 2) British memperkenalkan Akta Kampung Ulu Burma 1887 dan

Akta Perkampungan Burma 1889. 3) mengekalkan tradisi Buddha dan memajukan pendidikan 4) isu pemakaian kasut dalam kuil oleh orang

British 5) membantah pemisahan dengan India kerana pemisahan tersebut dianggap akan melewatkan kemerdekaan

Page 122: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 115

1.5 Pentadbiran dan Nasionalisme Vietnam Tonton video di sini:

goo.gl/tifLX7

Aspek Huraian

Sistem

Pentadbiran

Vietnam

Sebelum

penjajahan

Perancis

1. Sebelum kedatangan penjajah, Vietnam mengamalkan sistem

pentadbiran pusat yang berkuasa mutlak.

2. Setiap birokrasi diketuai oleh golongan Mandarin.

3. Sistem ini dipengaruhi oleh sistem pentadbiran Tanah Besar China.

4. Golongan ini dipilih melalui peperiksaan dalam bidang bahasa dan

kesusasteraan Cina.

Selepas

Penjajahan

Perancis

1. Semasa penjajahan Perancis , pentadbiran diketuai oleh Gabenor

General.

2. Gabenor General bertanggungjawab terus kepada pejabat tanah

jajahan di Paris.

3. Perancis kemudiannya menggabungkan Vietnam dengan Kemboja

dan Laos atas nama Union Indo-China.

4. Pentadbiran kerajaan tempatan tidak dicampuri oleh kerajaan

pusat tetapi dikehendaki membayar cukai.

Gerakan

Nasionalisme

di Indo-

China

Tahap

Pertama

1. Di peringkat awal, gerakan nasionalisme dipelopori oleh golongan

bangsawan dan pegawai dari golongan Mandarin.

2. Mereka memperjuangkan pemulihan sistem pemerintahan beraja.

3. Golongan menengah yang berpendidikan barat pula

memperjuangkan pendidikan barat dalam kalangan rakyat.

4. Phan Boi Chou memimpin revolusi dengan melancarkan

pemberontakan di Tonkin, tetapi gagal.

5. Beliau menubuhkan pertubuhan Viet Nam Quang Phu Hoi.

6. Beliau melancarkan gerakan dakyah, tetapi ditangkap.

Tahap Kedua

1. Gerakan nasionalisme tahap kedua bersikap lebih radikal.

2. Nguen Thai Hock menubuhkan Parti Viet Nam Quoc Dang Dang

(NQDD).

3. Ho Chi Minh pula menubuhkan Parti Komunis Vietnam (PKV).

4. Kedua-dua parti ini melancarkan pemberontakan tetapi gagal.

5. Nguen Thai Hock telah ditangkap dan dijatuhi hukuman mati.

6. Ho Chi Minh pula melarikan diri ke Hong Kong.

7. Gerakan nasionalisme kemudiannya bercorak sederhana bawah

pimpinan Maharaja Bao Dai.

8. Baginda dilarang terlibat dalam gerakan nasionalisme radikal.

Soalan

1. Siapakah yang mengetuai pentadbiran Vietnam sebelum dijajah?

2. Apakah syarat untuk menjadi golongan Mandarin?

3. Apakah peranan Gabenor Jeneral Perancis di Vietnam?

4. Apakah perjuangan golongan bangsawan dan golongan Mandarin?

5. Siapakah tokoh gerakan nasionalisme radikal tahap kedua?

Page 123: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 116

Jawapan:

1) Golongan Mandarin 2) Golongan ini dipilih melalui peperiksaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Cina. 3) Gabenor General

mentadbir Vietnam dan bertanggungjawab terus kepada pejabat tanah jajahan di Paris. 4) pemulihan sistem pemerintahan beraja 5)

Nguen Thai Hock dan Ho Chi Minh.

Page 124: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 117

1.6 Pentadbiran Barat di Tanah Melayu dan Kesan

Pentadbiran Barat Tonton video di sini:

goo.gl/2rzJxy

Aspek Huraian

Bentuk

Pentadbiran

British di

Tanah

Melayu

1. Semasa pentadbiran British, Melaka, Pulau Pinang dan Singapura digabungkan dikenali

sebagai Negeri-negeri Selat.

2. Ianya diketuai oleh Gabenor dan dibantu oleh Residen Kaunselor bagi ketiga-tiga negeri

tersebut.

3. Sistem Residen diperkenalkan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang dikenali

sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

4. Sistem Penasihat diperkenalkan di Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Johor dikenali

sebagai Negeri-negeri Tidak Bersekutu.

5. Tugas residen dan penasihat ialah untuk menasihati sultan dalam semua perkara kecuali

agama Islam dan adat istiadat orang Melayu sahaja.

6. Sistem pentadbiran Barat juga diperkenalkan.

7. Pentadbiran negeri dibahagi kepada beberapa daerah.

8. Raja dan pembesar Melayu hanya berkuasa dalam hal agama dan adat istiadat orang

Melayu.

9. Pentadbiran peringkat kampung yang diketuai oleh penghulu dikekalkan.

Kesan

pengenalan

Sistem

Birokrasi

terhadap

pentadbiran

tradisional

1. Terhapusnya sistem pemerintahan beraja seperti di Burma dan Indonesia dan diganti

dengan Gabenor Jeneral.

2. Di Tanah Melayu, sistem pemerintahan beraja dikekalkan tetapi peranan raja hanya

berkuasa dalam bidang agama Islam dan adat istiadat orang Melayu sahaja.

3. Berlakunya penyatuan daerah dan wilayah di bawah kerajaan pusat.

4. Ketua kerajaan pusat ialah Gabenor Jeneral atau Pesuruhjaya Tinggi.

5. Pegawai Barat mengetuai pentadbiran daerah, mengambil alih dari pembesar tempatan.

6. Di sesetengah negara, jawatan penghulu dan pembesar tempatan dikekalkan, tetapi

tugas mereka diawasi oleh pegawai Barat.

7. Tugas pembesar di peringkat pusat diganti dengan biro atau jabatan yang diketuai oleh

pegawai Barat.

8. Sistem perundangan tradisional terhapus.

9. Perundangan Barat diperkenalkan dan wujudnya Badan Kehakiman atau mahkamah.

10. Pegawai Barat mengambil alih tugas memungut cukai dari pembesar tempatan.

11. Pelbagai jenis cukai diperkenalkan oleh Penjajah Barat.

12. Balai polis ditubuhkan untuk menjaga keamanan, mengganti tugas pembesar daerah.

13. Sistem perhambaan yang dimiliki oleh raja dan pembesar dihapuskan.

14. Sistem pentadbiran Barat yang diperkenalkan akhirnya membawa kepada kemunculan

semangat nasionalisme.

Soalan 1. Apakah yang dimaksudkan dengan Negeri-negeri Selat?

2. Apakah yang dimaksudkan dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu?

3. Di negeri manakah British memperkenalkan sistem penasihat?

4. Bagaimanakah kedudukan raja dan pembesar Melayu semasa zaman pemerintahan British?

5. Apakah nama jawatan ketua pentadbir pusat di Asia Tenggara pada zaman penjajahan Barat?

Jawapan:

1) 3 buah negeri iaitu Melaka, Singapura dan Pulau Pinang. 2) Empat buah negeri iaitu Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. 3)

Johor, Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu 4) Raja dan pembesar Melayu kehilangan kuasa memerintah dan hanya berkuasa dalam

bidang agama Islam dan adat istiadat orang Melayu. 5)Gabenor Jeneral

Page 125: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 118

1.7 Pentadbiran Thailand 1 Tonton video di sini:

goo.gl/I2q7PZ

Aspek Huraian

Sistem

Pentadbiran

Semasa pentadbiran Raja Mongkut dan Raja Chulalongkom

1. Raja Mongkut telah melantik 80 orang penasihat British untuk mengetuai jabatan-jabatan.

2. Penasihat kewangan dan pelabuhan dari Britain.

3. Penasihat kastam dari Amerika.

4. Penasihat ketenteraan dari Perancis.

5. Semasa Raja Chulalongkom, baginda memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah dan

Majlis Mesyuarat Tertinggi.

6. Majlis ini merupakan penasihat raja dalam pentadbiran negara.

7. Kabinet Menteri dibentuk dan dianggotai oleh golongan bangsawan yang berpendidikan

barat.

8. Mereka mengetuai kementerian tertentu.

9. Juruaudit dilantik dari Britain untuk berkhidmat dalam perbendaharaan negara.

10. Sistem raja berperlembagaan diperkenalkan bagi menggantikan sistem raja berkuasa

mutlak.

11. Pemodenan pentadbiran inilah antara faktor penting dalam mengekalkan kemerdekaan

Thailand.

Gerakan

Nasionalisme

Tahap

Pertama

1. Nasionalisme berpunca kerana kebimbangan rakyat terhadap sistem raja berkuasa

mutlak.

2. Pendidikan barat telah mendedahkan tentang fahaman liberal, demokrasi dan raja

berperlembagaan.

3. Sikap boros raja Vajiravudh dan kelemahan pentadbirannya menyebabkan rakyat tidak

puas hati.

4. Pada tahun 1932, Nai Pridi Phanomyong dan Field Marshall Phibul Songgram menubuhkan

Parti Rakyat.

5. Beliau melancarkan revolusi serta dan berjaya menamatkan sistem raja berkuasa mutlak.

Soalan

1. Apakah pembaharuan pentadbiran Thailand semasa pemerintahan Raja Mongkut?

2. Apakah punca berlakunya gerakan nasionalisme tahap pertama?

3. Apakah kesan sistem pendidikan Barat?

4. Jelaskan mengenai Parti Rakyat?

Jawapan:

1) Baginda telah melantik 80 orang penasihat British untuk mengetuai jabatan-jabatan, penasihat kewangan dan pelabuhan dari Britain, penasihat kastam dari Amerika dan penasihat ketenteraan dari Perancis. 2) kebimbangan rakyat terhadap sistem raja berkuasa mutlak. 3)Pendidikan barat telah mendedahkan tentang fahaman liberal, demokrasi dan raja berperlembagaan. 4) Parti Rakyat ditubuhkan oleh Nai Pridi Phanomyong dan Field Marshall Phibul Songgram pada tahun 1932. Beliau melancarkan revolusi serta dan berjaya menamatkan sistem raja berkuasa mutlak.

Page 126: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 119

1.7 Pentadbiran Thailand 2

Tonton video di sini:

goo.gl/ASnr6o

Aspek Huraian

Gerakan

Nasionalisme

Tahap Kedua

1. Nasionalisme tahap kedua memperlihatkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap

penguasaan ekonomi oleh orang Barat dan orang Cina.

2. Phibul Songgram, meluluskan undang-undang untuk menyekat penguasaan ekonomi

orang Cina sebaik sahaja beliau menjadi Perdana Menteri.

3. Sekolah Cina dan akhbar Cina dibubarkan.

4. Peribumi digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi.

5. Jawatan tertinggi kerajaan hanya untuk penganut agama Buddha.

6. Nama Siam ditukar kepada Thailand, bermaksud Tanah Bebas.

7. Thailand berjaya mendapatkan semula wilayah di Indo-China dan Tanah Melayu hasil

kerjasama dengan Jepun.

Soalan

1. Mengapakah munculnya semangat nasionalisme tahap kedua di Thailand?

2. Apakah tindakan Phibul Songgram terhadap orang Cina sebaik sahaja menjadi Perdana Menteri?

3. Apakah faedah yang diperolehi oleh kerajaan Thai daripada hasil kerjasama dengan Jepun?

Jawapan:

1) Perasaan tidak puas hati rakyat terhadap penguasaan ekonomi oleh orang Barat dan orang Cina. 2) meluluskan undang-undang untuk

menyekat penguasaan ekonomi orang Cina. 3)mendapatkan semula wilayah di Indo-China dan Tanah Melayu

Page 127: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 120

1.8 Faktor Kemunculan Semangat Nasionalisme Di

Asia Tenggara Tonton video di sini:

goo.gl/zflM2c

Aspek Huraian

Dasar

Penjajah

1) Penjajah tidak memberi peluang rakyat tempat dalam pentadbiran moden.

2) Dasar Ekonomi yang menindas rakyat seperti Sistem Tanaman Paksa di Indonesia dan

Sistem Polo di Filipina.

3) Dasar keterbukaan terhadap kemasukan imigran juga menimbulkan rasa tidak puas hati

penduduk tempatan.

Pengaruh

Agama

1) Agama berjaya menyatukan rakyat untuk menghadapi penindasan dan pengaruh

kebudayaan Barat dan agama Kristian.

2) Contoh, Gerakan Islah di Indonesia dan Persatuan Belia Buddha di Burma.

Karya

Kesusasteraan

Merupakan media untuk menyampaikan mesej kesengsaraan dan penindasan

penjajah.

Contoh

Di Filipina novel Noli Me Tangere, karya Jose Rizal.

Di Indonesia, Kerikil-kerikil Tajam dan Ke Makan Bonda.

Di Tanah Melayu, Putera Gunung Tahan.

Sistem

Pendidikan

1) Penjajah mengamalkan sikap pilih kasih.

2) Sekolah yang menggunakan bahasa penjajah diberi kemudahan.

3) Pendidikan hanya terhad peringkat rendah dan terhad kepada golongan elit sahaja.

4) Di Burma pendidikan sekular, mengancam sekolah agama Buddha.

5) Di Tanah Melayu, lepasan sekolah vernakular sukar mendapatkan pekerjaan.

Pengaruh

media

1) Akhbar dan majalah menanamkan semangat anti-penjajah.

2) Contoh

Tanah Melayu – al-Ikhwan, Saudara, Warta Malaya dan Majlis.

Vietnam – Tribune dan Cloche.

Perhubungan

dan

Pengangkutan

1) Perkhidmatan telefon dan telegraf memudahkan hubungan para nasionalis.

2) Perkhidmatan jalan kereta api dan jalan raya memudahkan pada nasionalis bertemu

dan berbincang.

Pengaruh Luar

1) Kejayaan Jepun menewaskan Cina 1896 dan Rusia 1905, telah membuka mata para

nasionalisme di Asia Tenggara tentang kekuatan negara Kecil.

2) Perjuangan Mahatma Ghandi menentang British di India juga memberi inspirasi kepada

para nasionalis di Asia Tenggara.

Kemunculan

Golongan

intelektual

1) Golongan ini mendapat pendedahan falsafah Barat dan Islam.

2) Mereka sedar penjajah Barat mentadbir tanah jajahan tidak seperti mentadbir negara

mereka.

3) Golongan inilah yang memimpin nasionalisme setelah kembali ke tanah air.

Page 128: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 121

Soalan

1) Apakah kesan pengaruh pendidikan agama?

2) Berikan contoh kumpulan agama yang muncul di Asia Tenggara.

3) Berikan contoh karya kesusasteraan yang mempunyai unsur nasionalisme di Asia Tenggara.

4) Berikan contoh media yang menanamkan semangat anti penjajah.

5) Mengapakah alat perhubungan dan pengangkutan penting dalam pembangkitan semangat

nasionalisme?

Jawapan:

1) Agama berjaya menyatukan rakyat untuk menghadapi penindasan dan pengaruh kebudayaan Barat dan agama Kristian. 2) Gerakan

Islah di Indonesia dan Persatuan Belia Buddha di Burma. 3) Noli Me Tangere, Kerikil-kerikil Tajam. Ke Makan Bonda dan Putera Gunung

Tahan 4) al-Ikhwan, Saudara, Warta Malaya, Majlis, Tribune dan Cloche 5) memudahkan para nasionalis berhubung dan berbincang

berkenaan perkara-peraka nasionalisme.

Page 129: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 122

NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA

2.1 – PENENTANGAN DI NANING Tonton video di sini:

https://goo.gl/xEhAPJ

Keterangan

Sebab-sebab

penentangan

di Naning

terhadap

British

1. Dol Said di Naning tidak bersetuju dengan tindakan British meletakkan Naning sebagai

sebahagian wilayah takluknya.

2. Dol Said mengingkari arahan British, iaitu untuk menghantar 1/10 daripada hasil sebagai

ufti ke Melaka.

3. Ini menyebabkan British menghantar tentera untuk menakluk Naning pada tahun 1831.

4. Dol Said menentang British dengan bantuan ketenteraan daripada:

a. Yam Tuan Ali (Rembau)

b. Dato Kelana (Sg. Ujong)

c. Syed Shaaban (Penghulu Remai dan Recat.

d. Penghulu Gemencheh

5. Pasukan Dol Said berjaya menewaskan 150 orang tentera British pimpinan Kapten Wyllie

yang cuba menawan Taboh yang terletak di dalam daerah Naning.

6. Pada akhir tahun 1832, British dengan 1,200 orang tentera sekali lagi menyerang Naning.

7. Pada kali ini, British berjaya mengalahkan Dol Said dan pengikut-pengikutnya kerana

beliau tidak lagi mendapatkan bantuan daripada pembesar tempatan.

8. Akhirnya, Dol Said menyerahkan diri dan dibawa ke Melaka oleh British.

Soalan

1. Mengapakah Dol Said enggan membayar ufti kepada British?

2. Mengapakah Dol Said berjaya menewaskan British dalam perang pada tahun 1831?

3. Apakah faktor kekalahan Dol Said dalam perang tahun 1832?

4. Apakah yang berlaku kepada Dol Said sebaik sahaja tewas dalam peperangan dengan British?

Jawapan:

1) Penghulu Dol Said di Naning tidak bersetuju dengan tindakan British meletakkan Naning sebagai sebahagian wilayah takluknya. 2)

Beliau mendapatkan bantuan daripada pembesar-pembesar tempatan termasuklah Yam Tuan Ali (Rembau), Dato Kelana (Sg. Ujong), Syed

Shaaban (Penghulu Remai dan Recat) dan Penghulu Gemencheh. 3) Beliau tidak lagi mendapatkan bantuan daripada pembesar-pembesar

tempatan. 4) Beliau menyerahkan diri dan dibawa ke Melaka.

BAB 2

Page 130: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 123

2.2 – PENENTANGAN DI SARAWAK Tonton video di sini:

https://goo.gl/aot4BI

Keterangan

Penentangan

oleh Linggir

1. Linggir merupakan pemimpin kaum Iban di Saribas.

2. Beliau menentang penaklukan James Brooke pada tahun 1849.

3. Beliau menyerang Kapal Nemesis dekat Batang Lupar kerana James Brooke dan Kapten

Farquhar menghalang pelayarannya di Sungai Saribas.

4. Namun, Linggir dan pengikutnya tewas dalam pertempuran tersebut.

Penentangan

oleh Rentap

1. Rentap ialah pemimpin Iban di wilayah Sungai Skrang.

2. Pada tahun 1853, beliau menentang kezaliman James Brooke yang cuba

menghapuskan orang Iban di kawasan Sungai Skrang yang dianggap sebagai lanun.

3. Rentap menyerang James Brooke di Kubu Nanga dan berjaya mengusir James Brooke.

4. James Brooke bertindak balas dengan membakar kampung Rentap.

5. Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit Sadok.

6. Pada tahun 1961, tentera James Brooke menyerang dan berjaya menawan Bukit Sadok

dan mengalahkan Rentap dan pengikutnya.

7. Rentap berundur ke Sungai Entabai dan perjuangannya semakin lemah.

Syarif

Masahor

1. Syarif Masyahor ialah pemimpin di wilayah Sungai Rejang.

2. Pada tahun 1857, Syarif Masyahor menentang James Brooke kerana menguasai wilayah

di Sungai Rejang. Hal ini menyebabkan Syarif Masyahor kehilangan hak memungut

cukai daripada rakyat tempatan.

3. James Brooke telah membina sebuah kubu di Kanowit pada tahun 185 yang

kemudiannya telah diserang oleh Syarif Masahor.

4. Syarif Masyahor dibantu oleh Datu Patinggi Abdul Ghafur dan berjaya menyerang kubu

tersebut.

5. Seterusnya, Syarif Masyahor dan Datu Patinggi Abdul Ghafur menyerang Kuching tetapi

tentangan mereka gagal.

6. Syarif Masyahor melarikan diri ke Brunei tetapi kemudian diserahkan oleh Sultan Brunei

kepada British di Singapura.

7. Datu Patinggi Abdual Ghafur melarikan diri ke Betawi, Pulau Jawa tetapi beliau ditahan

oleh Belanda dan diserahkan kepada British.

Soalan

1. Mengapakah Linggir menyerang Kapal Nemesis?

2. Mengapakah Rentap menyerang James Brooke?

3. Mengapakah Syarif Masyahor menentang James Brooke?

4. Apakah tindakan Syarif Msyahor setelah berjaya menawan Kanowit?

5. Apakah kesan kekalahan Syarif Masyahor?

Jawapan:

1) James Brooke dan Kapten Farquhar menghalang pelayarannya di Sungai Saribas; 2) Beliau menentang kezaliman James Brooke yang

cuba menghapuskan orang Iban di kawasan Sungai Skrang yang dianggap sebagai lanun; 3) James Brooke cuba menguasai wilayah di

Sungai Rejang. Hal ini menyebabkan Syarif Masyahor kehilangan hak memungut cukai daripada rakyat tempatan; 4) Beliau menyerang

Kuching dengan bantuan Datu Patinggi Abdul Ghafur; 5) Syarif Masyahor melarikan diri ke Brunei tetapi diserahkan kemudian ke British

di Singapura oleh Sultan Brunei.

Page 131: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 124

2.3 – PENENTANGAN DI SABAH Tonton video di sini:

https://goo.gl/8brgzQ

Keterangan

Penentangan oleh

Mat Salleh di Sahah

terhadap Syarikat

Borneo Utara British

(SBUB)

1. Mat Salleh merupakan pemerintah daerah Sungai Sugut dan Tambunan.

2. Syarikat Borneo Utara British (SBUB) tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh

dengan melaksanakan sistem cukai kepala dan surat perahu di kawasan

pengaruh beliau.

3. Pegawai-pegawai SBUB juga memberi layanan buruk kepada penduduk

tempatan.

4. Mat Salleh ke Sandakan untuk berbincang dengan pegawai SBUB tetapi beliau

tidak dilayan, malah Gabenor Beaufort bertindak menyerang dan membakar

kampung Mat Salleh dan beliau terpaksa melarikan diri.

5. Pada tahun 1897, Mat Salleh dan pengikutnya melakukan serangan mengejut

ke atas kubu SBUB di Pulau Gaya.

6. SBUB kemudiannya menawarkan pelan damai kepada Mat Salleh dan

menyerahkan Tambunan kepada beliau.

7. SBUB telah mungkir janji dan menyebabkan Mat Salleh menyerang kubu SBUB

sekali lagi. Serangan ini dibalas oleh SBUB dengan menyerang kubu Mat Salleh.

8. Mat Salleh ditewaskan dan telah meninggal dunia pada 31hb Januari 1900.

Soalan

1. Mengapakah Mat Salleh menentang SBUB?

2. Ke manakah Mat Saleh pergi untuk berbincang dengan pegawai SBUB?

3. Apakah tindakan Gabenor Beaufort terhadap Mat Saleh?

4. Apakah tindak balas Mat Saleh terhadap SBUB?

5. Apakah tawaran perdamaian oleh Gabenor kepada Mat Saleh?

Jawapan:

1) SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat Salleh dengan melaksanakan sistem cukai kepala dan surat perahu di kawasan pengaruh

beliau; 2) Sandakan; 3) Menyernag dan membakar kampong Mat Salleh dan menyebabkannya terpaksa melarikan diri; 4) Melakukan

serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya; 5) Menyerahkan Tambunan kepada beliau.

Page 132: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 125

2.4 – PENENTANGAN DI PERAK (BAHAGIAN 1) Tonton video di sini:

https://goo.gl/R9wZoG

Keterangan

Sebab-sebab

penentangan

terhadap residen

British di Perak

1. Residen memungkiri fungsinya sebagai penasihat seperti yang termaktub dalam

Perjanjian Pangkor.

2. Pembesar menolak sistem cukai yang menghapuskan hak mereka.

3. Pembesar menolak penguasaan British terhadap kawasan mereka.

4. Pembesar menolak campur tangan British dalam adat resam dan hal-ehwal

tempatan.

5. J. W. W Birch tidak menghormati sistem sosial tempatan dan tidak tahu

berbahasa Melayu.

Soalan

1. Apakah bukti residen hanya berperanan sebagai penasihat?

2. Pada pendapat anda, mengapakah pembesar menolak sistem cukai yang diperkenalkan oleh residen?

3. Senaraikan sebab-sebab berlakunya penentangan terhadap residen di Perak?

Jawapan:

1) Perjanjian Pangkor; 2) Pembesar kehilangan sumber pendapat mereka iaitu sebahagian daripada hasil pungutan cukai; 3) residen

memungkiri fungsinya sebagai penasihat, pembesar menolak sistem cukai yang menghapuskan hak mereka, pembesar menolak

penguasaan British terhadap kawasan mereka, pembesar menolak campur tangan British dalam adat resam dan hal-ehwal tempatan,

dan J.W.W Birch tidak menghormati sistem sosial tempatan dan tidak tahu berbahasa Melayu.

Page 133: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 126

2.4 – PENENTANGAN DI PERAK (BAHAGIAN 2) Tonton video di sini:

http://goo.gl/tpngAf

Keterangan

Kronologi peristiwa

penentangan oleh

Dato Maharaja Lela

terhadap J.W.W

Birch di Perak

1. Pada 20hb Januari 1874, Perjanjian Pangkor ditandatangani oleh Sultan Abdullah

dengan Andre Clarke.

2. Pada Februari 1875, bantahan terbuka oleh Sultan Abdullah, Dato Maharaja Lela

dan pembesar Melayu Perak terhadap campur tangan British. Dato Maharaja

Lela membina kubu di Pasir Salak.

3. Pada 21hb Julai 1875, mesyuarat antara Dato Maharaja Lela dengan pembesar

Melayu Perak di Durian Sebatang untuk menentang undang-undang British.

4. Pada 12hb Sep 1875, Dato Maharaja Lela bersetuju mengambil tanggungjawab

untuk membunuh Birch selepas bermesyuarat dengan Sultan Abdullah dan

pembesar di Belanja. Sultan Ismail juga diberitahu tentang rancangan ini oleh

Sultan Abdullah.

5. Pada 31hb Okt 1875, Sultan Abdullah terpaksa menyerahkan Perak kepada

British. Mat Arshad, orang suruhan British dibunuh oleh penduduk tempatan

semasa menampal poster cukai di Pasir Salak.

6. Pada 2hb Nov 1875, J.W.W Birch dibunuh oleh Sepuntum dan Pandak Lam atas

arahan Dato Maharaja Lela di Pasir Salak.

7. Pada 13hb Nov 1876, pihak British dengn 500 orang tenteranya melancarkan

serangan ke atas Pasir Salak dan kawasan yang terlibat. Dato Maharaja Lela

dan Dato Sagor melarikan diri ke Kota Lama.

8. Pada 20hb Nov 1877, perbicaraan diadakan di Matang, Perak. Hakimnya ialah

Raja Idris dan Frank Swettenham sebagai penasihat perbicaraan.

a. Dato Maharaja Lela, Pandak Lam, Sepuntum dan Pandak Indut dijatuhi

hukuman mati.

b. Sultan Abdullah, menterinya Ngah Ibrahim, Syahbandar dan Laksamana

dibuang negeri ke Pulau Seychelles. Sultan Ismail pula dibuang negeri

ke Johor.

Soalan

1. Mengapakah para pembesar Perak menentang Residen J.W.W. Birch?

2. Mengapakah Mat Arshad dibunuh oleh penduduk tempatan?

3. Berapa ramaikah tentera British menyerang kubu di Pasir Salak?

4. Apakah hukuman terhadap pembesar Perak yang terlibat dalam pembunuhan Birch?

Jawapan:

1) Sultan Abdullah terpaksa menyerahkan Perak kepada British 2) Mat Arshad disuruh oleh British untuk menampal poster cukai di Pasir

Salak; 3) 500 orang tentera; 4) Dato Maharaja Lela, Pandak Lam, Sepuntum dan Pandak Indut dijatuhi hukuman mati; menteri, syahbandar

dan laksamana kepada Sultan Abdullah dibuang negeri ke Pulau Seychelles.

Page 134: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 127

2.6 – PENENTANGAN DI PAHANG Tonton video di sini:

https://goo.gl/LCR9C3

Keterangan

Kronologi peristiwa

penentangan oleh

Dato Bahaman

terhadap British di

Pahang

1. Penentangan di Pahang dimulakan oleh Dato Bahaman dan penentangan

berlaku selama 5 tahun.

2. Dato Bahaman dibantu oleh Tok Gajah dan Imam Rasul.

3. Penentangan berlaku kerana Dato Bahaman menentang perlaksanaan

undang-undang British yang bertentangan dengan adat resam dan sistem politik

tempatan (sistem kehakiman, pemungutan hasil tanah, sistem cukai dan

penubuhan pasukan polis luar) yang menghakis kuasa beliau sebagai Orang

Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan.

4. Beliau menentang pembinaan balai polis dalam kawasan pengaruhnya. Beliau

menyerang balai polis Lubuk Trua, apabila polis menangkap anak buahnya.

5. Dato Bahaman menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.

6. British bertindak menyerang Jeram Ampai.

7. Dato Bahaman berundur ke Kelantan.

8. Pada tahun 1896, Dato Bahaman berpindah ke Bangkok dan mendapatkan

perlindungan daripada Raja Chulalongkorn.

9. Dato Bahaman kemudian menetap di Chieng Mai dan meninggal dunia di sana.

Soalan

1. Siapakah yang membantu Dato Bahaman dalam penentangannya terhadap British di Pahang?

2. Mengapakah Dato Bahaman menyerang balai polis Lubuk Trua?

3. Apakah yang berlaku selepas Dato Bahaman dikalahkan oleh British?

Jawapan:

1) Tok Gajah dan Imam Rasul; 2) Polis menangkap anak buahnya; 3) Dato Bahaman berundur ke Kelantan dan kemudian berpindah ke

Bangkok dan mendapatkan perlindungan daripada Raja Chulalongkorn. Beliau akhirnya mentap di Chieng Mai dan meninggal dunia di

sana.

Page 135: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 128

2.7 – PENENTANGAN DI KELANTAN Tonton video di sini:

https://goo.gl/UL6l7T

Keterangan

Kronologi peristiwa

penentangan oleh

Tok Janggut

terhadap British di

Kelantan

1. Tok Janggut membantah pengenalan cukai tanah dan padi oleh penasihat

British.

2. Tok Janggut pergi ke Pasir Puteh untuk membantah perlaksanaan cukai tersebut

kepada Pegawai Daerah Pasir Puteh tetapi beliau tidak dilayan.

3. Polis dihantar untuk menangkap Tok Janggut tetapi tidak berjaya.

4. Pada tahun 1915, Tok Janggut memimpin rakyat menyerang dan menawan Pasir

Puteh.

5. Tok Janggut membentuk kerajaan di Pasir Puteh.

6. Engku Besar Jeram diisytiharkan sebagai Raja manakala Tok Janggut menjadi

Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai pegawai daerah.

7. Pada Mei 1915, British membawa tentera dari Negeri Selat dengan Kapal Perang

HMS Cadmus menyerang Saring.

8. Perjuangan Tok Janggut telah dilumpuhkan oleh serangan British yang tersusun

dan penggunaan senjatanya yang lebih moden.

9. Tok Janggut telah terkorban dalam serangan tgersebut. Mayatnya diarak

sekeliling Kota Bharu dan kemudiannya digantung di sebuah pasar dengan

kepala ke bawah dan kaki ke atas.

Soalan

1. Mengapakah Tok Janggut menentang British di Kelantan?

2. Mengapakah Tok Janggut pergi ke Pasir Puteh?

3. Apakah yang dilakukan oleh Tok Janggut setelah menawan daerah Pasir Puteh?

4. Apakah tindakan British terhadap mayat Tok Janggut?

Jawapan:

1) Membantah pengenalan cukai tanah dan padi oleh penasihat British; 2) untuk membantah perlaksanaan cukai tersebut kepada Pegawai

Daerah Pasir Puteh; 3) Tok Janggut membentuk kerajaan di Pasir Puteh. Beliau telah dilantik sebagai Perdana Menteri. 4) Mayat Tok

Janggut diarak sekeliling Kota Bharu dan digantung di sebuah pasar dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.

Page 136: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 129

2.8 – PENENTANGAN DI TERENGGANU Tonton video di sini:

https://goo.gl/rL9MZJ

Keterangan

Kronologi peristiwa

penentangan oleh

Tok Janggut

terhadap British di

Kelantan

1. Haji Abdul Rahman Limbong merupakan seorang ulama yang menentang British

kerana kurang berpuas hati dengan sistem cukai dan undang-undang tanah

British.

2. Beliau mengetuai penduduk membersihkan tanah di Kuala Telemong tanpa

menghiraukan peraturan tanah British.

3. Beliau seterusnya bersama 300 orang penduduk membuka tanah Tengku Nik

Maimunah Ibn Sultan Zainal Abidin III dari Lubuk Batu hingga Kpg Pelam.

4. British meminta jasa baik Tengku Nik Maimunah untuk menyuraikan mereka.

5. Pada Mei 1928, penduduk tempatan menyerang dan berjaya menduduki

bangunan kerajaan di Kuala Berang. Di Kuala Telemong, penduduk telah

bersiap sedia menerima arahan untuk menyerang.

6. British menggunakan nama Sultan dan membawa tiga orang pembesar Sultan

untuk menawan semula Kuala Berang. Cara ini memudahkan British kerana

rakyat Melayu tidak akan menderhaka kepada Sultan.

7. British menghantar 25 orang polis untuk menyerang Kuala Telemong dan berjaya

menumpaskan kebangkitan penduduk dan mengorbankan 11 orang.

8. British juga menghantar 50 orang polis dari Singapura untuk menangkap Haji

Abdul Rahman Limbong. Beliau berjaya ditangkap dan dibuang negeri ke

Makkah.

Soalan

1. Siapakah dia Hj Abdul Rahman Limbong?

2. Mengapakah beliau menentang British?

3. Berapa ramaikah bersama Hj. Abdul Rahaman Limbong membuka tanah Tengku Nik Maimunah?

4. Apakah tindakan British untuk menawan Kuala Berang?

5. Apakah tindakan British Di Kuala Telemong?

Jawapan:

1) Seorang ulama; 2) tidak berpuas hati dengan sistem cukai dan undang-undang British; 3) 300 orang penduduk; 4) Dengan menggunakan

kuasa dan nama Sultan; 5) Menghantar 25 orang polis untuk menyerang Kuala Telemong.

Page 137: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 130

2.9 – SOALAN-SOALAN BERUNSUR PENDAPAT Tonton video di sini:

https://goo.gl/aURYWT

Keterangan

Sebab-sebab

kegagalan

perjuangan

pemimpinan

tempatan

menentang British

1. Penentangan pemimpin tempatan bercorak setempat.

2. Pemimpin tempatan tidak mendapat bantuan dari luar manakala British

mendapat bantuan luar seperti dari Singapura, Burma dan India.

3. Terdapat persengketaan antara pemimpin-pemimpin seperti di Sungai Ujong.

4. Terdapat rakyat tempatan yang bekerjasama dengan British seperti di Perak dan

Di Kelantan.

5. British menggunakan nama Sultan untuk mendapat kemenangan mudah seperti

yang berlaku di Terengganu.

6. Senjata moden digunakan oleh British. Masyarakat tempatan tidak mempunyai

senjata moden.

Soalan

1. Apakah maksud bantuan luar?

2. Siapakah pembesar yang berseketa di daerah Sungai Ujong?

3. Apakah tindakan British untuk mendapat kemenangan mudah?

4. Dari manakah British mendapat bantuan luar?

Jawapan:

1) bantuan daripada pembesar-pembesar daripada negeri-negeri lain ataupun negara jiran; 2) antara Dato’ Syahbandar Sungai Ujong dan

Dato’ Kelana Sungai Ujong; 3) British menggunakan nama Sultan untuk mendapat kemenangan mudah; 4) tentera British dibawa dari

Singapura, Burma dan India.

Page 138: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 131

2.11 – GERAKAN NASIONALISME MELALUI MAJALAH Tonton video di sini:

http://goo.gl/oVUH3a

Keterangan

Isu-isu yang

dibangitkan

oleh Majalah-

Majalah di

Tanah Melayu

sebelum

Perang Dunia

Ke-2

Nama

majalah

Majalah Guru Majalah Pengasuh Majalah Bulan Melayu

Dikarangkan

oleh

Mohammad Dato

Muda Linggi, Yusof

Ahmad, Muhammad

Siddin Rashid

Dato Nik Muhammad Zainon Sulaiman

Isu yang

dibangkitkan

Pendidikan untuk

anak Melayu

Menyeru

perpaduan

dalam kalangn

orang Melayu

Meniupkan

semangat cinta

akan negara dan

penentangan

terhadap

penjajahan

Membaiki taraf

hidup orang

Melayu

Memajukan

bahasa dan

sastera Melayu

Mengglakkan

perpaduan

dalam kalangan

guru sebagai

pemimpin

bahasa.

Membincangkan

soal pentafsiran

Islam yang

progresif bagi

kemajuan ummah

Menggalakkan

pendidikan dalam

kalangan orang

Melayu

Memperluas ilmu

dalam semua

bidang

Memberi

pentafsiran

kepada persoalan

orang Islam

Menggesa orang

Melayu

menjauhkan diri

daripada sifat

buruk

Menggalakkan

perpaduan

dalam kalangan

guru perempuan

Melayu Johor.

Menggalakkan

wanita

mendapatkan

pendidikan untuk

kemajuan diri

Mendorong

wanita menjaga

kesopanan

dengan nilai-nilai

Islam dan budaya

Timur.

Menggalakkan

wanita menjadi

obor untuk

memajukan

bangsa.

Soalan

1. Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh Majalah Guru?

2. Apakah mesej perjuangan Majalah Pengasuh?

Jawapan:

1) pendidikan untuk orang Melayu; perpaduan dalam kalangan orang Melayu; memupuk semangat cinta akan negara dan penentangan

terhadap penjajahan; membaiki taraf hidup orang Melayu; memajukan bahasa dan sastera Melayu; menggalakkan perpaduan dalam

kalangan guru sebagai pemimpin bahasa; 2) Membincangkan soal pentafsiran Islam yang progresif bagi kemajuan ummah;

Menggalakkan pendidikan dalam kalangan orang Melayu; Memperluas ilmu dalam semua bidan; Memberi pentafsiran kepada persoalan

orang Islam; Menggesa orang Melayu menjauhkan diri daripada sifat buruk

Page 139: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 132

2.12 – GERAKAN NASIONALISME MELALUI NOVEL Tonton video di sini:

https://goo.gl/b09Vrc

Keterangan

Tema

semangat

kebangsa

an yang

dibangkitk

an melalui

novel

Novel Keris Melaka Anak Mat Lela

Gila

Putera Gunung

Tahan

Melor Kuala

Lumpur

Dikarang-

kan oleh

Ahmad Bakhtiar Ishak Hj.

Muhammad

Ishak Hj.

Muhammad

Harun

Aminurrashid

Tema

semangat

kebang-

saan

Semangat

perjuangan

menentang

penjajah

Barat seperti

Portugis

Menghargai

sumbangan

tokoh seperti

Hang Tuah

Menggunak

an sejarah

sebagai

inspirasi

untuk

mendorong

semangat

perjuangan

bangsa bagi

generasi

muda

Semangat

menentang

penjajah

oleh anak

muda

tempatan

Menghargai

warisan

bangsa

sendiri

Mencintai

tanah air

Menolak

kesenangan

demi

maruah

bangsa

Semangat

wira

pemuda

tempatan

dalam

menjaga

maruah

bangsa

Mencintai

tanah air

Berasa

bangga

dengan

kebolehan

sendiri

Seorang

gadis

tempatan

yang

menolak

cinta

pegawai

penjajah

kerana tidak

mahu

menjatuh-

kan maruah

bangsa

Kebebasan

wanita

dalam

menentukan

hala tuju

kehidupan-

nya

Wanita yang

mementing-

kan

pendidikan

moden

untuk

kebaikan

dirinya

Membuang

pandangan

negatif yang

boleh meng-

halang

kemajuan

bangsa

Soalan

1. Apakah tema novel Keris Melaka?

2. Apakah tema novel Putera Gunung Tahan?

Jawapan:

1) Semangat perjuangan menentang penjajah Barat seperti Portugis; Menghargai sumbangan tokoh seperti Hang Tuah; Menggunakan

sejarah sebagai inspirasi untuk mendorong semangat perjuangan bangsa bagi generasi muda; 2) Kebebasan wanita dalam menentukan

hala tuju kehidupan-nya; Wanita yang mementing-kan pendidikan moden untuk kebaikan dirinya; Membuang pandangan negatif yang

boleh meng-halang kemajuan bangsa.

Page 140: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 133

2.13 – GERAKAN NASIONALISME MELALUI PERSATUAN Tonton video di sini:

https://goo.gl/D4hcnT

Keterangan

Persatuan-

persatuan

dalam

gerakan

nasionalisme

Persatuan Persoalan

Kesatuan

Melayu

Singapura

(KMS)

Bertujuan untuk menjaga kepentingan sosioekonomi orang Melayu di

Singapura.

Mohammad Eunos Abdullah menjadi wakil KMS dalam pentadiran

British.

Beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat

sebagai wakil orang Melayu. Beliau mendesak bahawa kebajikan

orang Melayu Singapura mendapat perhatian British.

Beliau berjaya memperoleh sebuah kawasan penempatan khas bagi

orang Melayu di Singapura.

Persatuan

Sahabat

Pena

Malaysia

(PASPAM)

Bertujuan menggalakkan ahlinya berkenal-kenal dan bertukar-tukar

pendapat bagi memajukan diri sendiri dan bangsa.

Menggalakkan perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan orang

Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu.

Menggabungkan tenaga intelektual Melayu bagi membincangkan

nasib orang Melayu dalam soal ekonomi, pendidikan dan

perkhidmatan kerajaan.

Persatuan

Melayu

Sarawak

Mewujudkan perpaduan Melayu

Menggalakkan pendidikan

Menjaga budaya dan maruah bangsa

Menegakkan ajaran agama Islam

Persatuan

Sahabat

Pena

Sabah

Mewujudkan perpaduan dalam kalangan peniaga kecil, pegawai

rendah kerajaan dan guru sekolah Melayu.

Kesatuan

Melayu

Muda

Menggalakkan perpaduan dalam kalangan pemuda Melayu

Semenanjung dan meningkatkan pendidikan orang Melayu

Menubuhkan Melayu Raya atau Indonesia Raya dan

menggabungkan dengan Indonesia.

Kongres

Melayu

Membincangkan soal kemunduran orang Melayu dalam pendidikan

dan ekonomi

Membincangkan dasar pilih kasih British terhadap anak negeri

Mengatasi masalah sosioekonomi dan politik

Mengatasi masalah perasaan kenegerian yang memisahkan orang

Melayu

Soalan 1. Apakah matlamat perjuangan KMS?

2. Beri contoh kejayaan yang dicapai oleh KMS?

3. Apakah perbincangan yang dibuat oleh PASPAM?

4. Apakah matlamat penubuhan Persatuan Sahabat Pena Sabah?

Jawapan:

1) Kebajikan orang Melayu Singapura mendapat perhatian British; 2) Beliau berjaya memperoleh sebuah kawasan penempatan khas bagi orang

Melayu di Singapura; 3) Bertujuan menggalakkan ahlinya berkenal-kenal dan bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri sendiri dan bangsa;

Menggalakkan perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan orang Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu; Menggabungkan tenaga

intelektual Melayu bagi membincangkan nasib orang Melayu dalam soal ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan kerajaan. 4) Mewujudkan

perpaduan dalam kalangan peniaga kecil, pegawai rendah kerajaan dan guru sekolah Melayu.

Page 141: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 134

2.14 – GERAKAN NASIONALISME OLEH KESATUAN MELAYU MUDA Tonton video di sini:

https://goo.gl/0vQYkn

Keterangan

Perkembangan

Kesatuan Melayu

Muda (KMM) dalam

memperjuangkan

semangat

nasionalisme

1. Pada tahun 1939, KMM ditubuhkan dan diipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob.

2. KMM ditubuhkan untuk:

a. Menggalakkan perpaduan dalam kalangan pemuda Melayu di seluruh

Semenanjung.

b. Meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu.

c. Menubuhkan negara “Melayu Raya” atau “Indonesia Raya”

d. Menggabungkan Tanah Melayu dengan Indonesia untuk mendapat

kemerdekaan.

3. Cara perjuangan KMM:

a. KMM bekerjasama dengan Jepun untuk menghalau British.

b. KMM menjadi sebuah badan propaganda anti-British.

c. KMM mengelilingi Tanah Melayu untuk mendapat sokongan.

d. KMM menubuhkan cawangan di seluruh Tanah Melayu bagi meluaskan

propaganda anti-British.

4. Sokongan diterima daripada Maahad II Ihya Assyariff menyediakan kadet-kadet

yang dikenali sebagai tentera semut untuk menentang British

5. Ibrahim Yaakob, Ishak Hj. Mohammad dan lebih kurang 150 orang ditangkap

oleh British pada akhir tahun 1941 kerana kegiatan tersebut dan dipenjarakan di

Changi, Singapura.

Soalan

1. Apakah matlamat utama KMM menubuhkan negara Melayu Raya atau Indonesia Raya?

2. Apakah cara perjuangan Ibrahim Yaakob untuk menghalau British?

3. KMM telah mendapat sokongan dari…?

4. Apakah tindakan British terhadap KMM?

Jawapan:

1) Menggabungkan Tanah Melayu dengan Indonesia untuk mendapat kemerdekaan; 2) Bekerjasama dengan Jepun untuk menghalau

British; menjadikan KMM sebuah propaganda anti-British; KMM mengelilingi Tanah Melayu untuk mencari sokongan; menubuhkan

cawangan di seluruh Tanah Melayu bagi meluaskan propaganda anti-British; 3) Maahad II Ihya Assyariff menyediakan kader-kader yang

dikenali sebagai tentera semut untuk menentang British; 4) 5. Ibrahim Hj. Yaakob, Ishak Hj. Mohammad dan lebih kurang 150 orang

ditangkap oleh British pada akhir tahun 1941 kerana kegiatan tersebut dan dipenjarakan di Changi, Singapura

Page 142: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 135

2.15 – GERAKAN NASIONALISME SEMASA JEPUN Tonton video di sini:

https://goo.gl/JxLTWI

Keterangan

Gerakan

nasionalisme yang

menentang Jepun

Gerakan Aktiviti

Parti Komunis

Malaya (PKM)

Malayan

People’s Anti-

Japanese Army

(MPAJA)

PKM menubuhkan Malayan Peoples Anti-Japanese Army

untuk menentang Jepun melalui gerakan bawah tanah.

Mereka bekerjasama menjalankan perang gerila

terhadap Jepun.

Mereka mendapat bantuan senjata dan sokongan

daripada pihak British.

Bintang Tiga Ditubuhkan dengan ahlinya terdiri daripaada tiga kaum

penting di Tanah Melayu, iaitu Melayu, China dan India.

Mereka menjalankan perang gerila terhadap Jepun.

Force 136 Terdiri daripada pegawai-pegawai tadbir Melayu yang

bekerjasama dengan tentera British.

Pasukan ini bergerak secara gerila di hutan.

Aktif di Kedah, Johor dan Pahang.

Pasukan

Wataniah

Pahang

Pasukan sukarelawan yang menentang Jepun.

Anggotanya terdiri daripada guru, pegawai tadbir

kerajaan dan orang kampung yan sedar tentang

penindasan Jepun.

Soalan

1. Bagaimanakah cara PKM berjuang menetang Jepun?

2. Sebutkan keanggotaan kumpulan Bintang Tiga.

3. Siapakah anggota kumpulan Force 136?

4. Bagaimanakah cara Force 136 berjuang untuk menentang Jepun?

5. Siapakah anggota Pasukan Wataniah Pahang?

Jawapan:

1) Mendapat bantuan senjata dan sokongan daripada pihak British; 2) terdiri daripaada tiga kaum penting di Tanah Melayu, iaitu Melayu,

China dan India; 3) Pegawai-pegawai tadbir Melayu yang bekerjasama dengan tentera British; 4) Bergerak secara gerila di hutan; 5)

Anggotanya terdiri daripada guru, pegawai tadbir kerajaan dan orang kampung yan sedar tentang penindasan Jepun.

Page 143: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 136

KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA

3.0 - Faktor Pemangkin Nasionalisme Tonton video di sini:

https://goo.gl/yfEU6R

Faktor Huraian

Politik

1. Pengenalan sistem politik Barat yang telah memusnahkan sistem politik tempatan

2. Residen mengambil alih pentadbiran

3. Di peringkat daerah, pembesar hanya diberi pencen dan tempat mereka diambil alih

oleh pegawai British

Perkembangan

Pendidikan

1. Lahirnya golongan intelektual Melayu yang berpendidikan di luar negeri

2. Oleh itu, golongan ini menyedarkan orang Melayu untuk menolak penjajah agar tidak

memonopoli pentadbiran dan ekonomi negara

Dasar British

1. Menggalakkan kemasukan orang dagang tanpa sekatan dan diberi peluang untuk

melibatkan diri dalam ekonomi dagang

2. Ekonomi dagang seperti kegiatan perlombongan bijih timah dan perladangan getah

yang boleh dikomersialkan

3. Orang Melayu hanya kekal sebagai penanam padi

Pendudukan

Jepun

1. Menekankan kebebasan negara Asia dengan memperkenalkan konsep “Kawasan

Kemakmuran Asia”

2. Juga terkenal dengan cogan kata yang lain seperti “Asia untuk orang-orang Asia”

3. Meyakinkan orang Melayu bahawa mereka akan diberi kebebasan daripada penjajah

Barat dan berjanji untuk memberi kemerdekaan kepada orang Melayu

4. Tetapi, penjajah Jepun merupakan pemerintah yang zalim

5. Kekejaman Jepun menimbulkan perasaan benci oleh orang Melayu terhadap penjajah

tidak kira Timur atau Barat dan melakukan penindasan secara fizikal atau ekonomi

Parti Komunis

Malaya

1. Ditubuhkan oleh orang Cina yang telah dizalimi oleh penjajah Jepun

2. 1945: Penguasaan di Tanah Melayu selama 14 hari

3. Membalas dendam dan membunuh sesiapa yang pernah menyokong Jepun

4. Ramai orang Melayu yang telah dibunuh dan rumah mereka juga dibakar

Mesin cetak

1. Memudahkan penyebaran ilmu

2. Kemunculan buku atau novel yang berunsur nasionalisme, akhbar, majalah, dan kitab

agama yang boleh diterbitkan dengan banyak

3. Hasil-hasil penerbitan ini digunakan untuk menyebarkan idea nasionalisme

Gerakan Pan-

Islam

1. Gerakan intelektual Islam untuk menentang penjajah di seluruh dunia

2. Dimulakan oleh Sheikh Muhammad Abduh, pensyarah Universiti al-Azhar

3. Penulisannya disebarkan melalui majalah Al-Manar

4. Murid-murid di University al-Azhar menerjemahkan penulisannya di dalam majalah Al-

Manar ke bahasa Melayu atau bahasa tempatan dan diedarkan kepada masyarakat di

Tanah Melayu

Kesedaran

politik serantau

1. Indonesia: Hasil karya penulis-penulis besar yang menjadi sumber bacaan masyarakat

di Tanah Melayu

2. Masyarakat di Tanah Melayu yang membaca hasil karya tersebut telah menimbulkan

perasaan untuk menentang penjajah dengan menggunakan kaedah yang digunakan

oleh rakyat Indonesia

3. Kemasukan anak-anak muda Indonesia ke Tanah Melayu untuk memberi semangat

anak-anak muda di Tanah Melayu agar bangkit menentang penjajah

4. Ini telah memudahkan penyebaran semangat nasionalisme Indonesia ke Tanah Melayu

BAB 3

Page 144: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 137

Soalan

1. Apakah peranan golongan intelektual Melayu?

2. Apakah jenis ekonomi yang dikuasai oleh orang dagang?

3. Apakah cogan kata Jepun ketika ingin menjajah Negara-negara Asia Tenggara?

4. Apakah tindakan PKM yang menguasai Tanah Melayu selama 14 hari?

5. Apakah yang dimaksudkan dengan gerakan Pan-Islam?

Jawapan:

1) Menyedarkan orang-orang Melayu untuk menolak penjajah agar tidak memonopolikan pentadbiran dan ekonomi negara. 2)

Perlombongan bijih timah dan perladangan getah. 3) “Kawasan Kemakmuran Asia” dan “Asia untuk Orang Asia”. 4) Membunuh sesiapa

yang pernah menjadi penyokong Jepun pada masa dahulu dan membakar rumah-rumah mereka. 5) Gerakan intelektual Islam di seluruh

dunia dan dimulakan oleh Sheikh Muhammad Abduh.

Page 145: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 138

3.0 - Pembinaan Negara Dan Bangsa (Bahagian 1) Tonton video di sini:

https://goo.gl/8C4xxe

Konsep kerajaan menurut masyarakat Melayu tradisional

Konsep Huraian

Maksud

Kerajaan

1. Kemunculan kerajaan apabila terdapat raja

2. Raja: Kedudukan yang tinggi dan istimewa

Peranan raja 1. Memberi perlindungan politik (ancaman luar) kepada rakyat

2. Menjamin keselamatan rakyat (ancaman dalam negeri)

Peranan

rakyat

1. Menerima dan mengakui kekuasaan raja: Taat setia kepada raja yang memerintah dan

kerajaan

Sempadan

kerajaan

1. Kesetiaan rakyat kepada raja penentu sempadan sesebuah wilayah yang diperintah

Perluasan

empayar

1. Kerajaan yang kuat akan menaungi/menakluki kerajaan yang lemah

2. Tujuan: Mengembangkan empayar untuk mendapatkan sumber di tanah jajahan

3. Contoh: Kesultanan Melayu Melaka pernah memiliki tanah jajahan yang luas seperti

seluruh Tanah Melayu dan kawasan Sumatera TImur

Istilah 1. Maksud “Negeri” menurut masyarakat Melayu tradisional: Kawasan

2. Contoh: Negeri Larut, Negeri Bernam, Negeri Kerian

Soalan

1. Apakah maksud kerajaan menurut masyarakat Melayu tradisional?

2. Apakah peranan rakyat kepada raja?

3. Bagaimanakah sempadan sesebuah kerajaan ditentukan?

4. Apakah tujuan kerajaan yang kuat menakluki kerajaan yang lemah?

5. Apakah maksud negeri menurut masyarakat Melayu tradisional?

Jawapan:

1) Kemunculan kerajaan apabila adanya raja. 2) Menerima dan mengakui kekuasaan raja. Rakyat seharusnya taat setia kepada raja

yang memerintah. 3) Kesetiaan rakyat kepada raja penentu sempadan sesebuah wilayah yang diperintah. 4) Untuk mengembangkan

empayar agar mendapat sumber daripada tanah jajahan. 5) Kawasan.

Page 146: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 139

3.0 - Pembinaan Negara Dan Bangsa (Bahagian 2) Tonton video di sini:

https://goo.gl/JRhlSm

Konsep negara yang diperkenalkan oleh British

Konsep Huraian

Istilah 1. Merujuk setiap kerajaan Melayu sebagai “negeri” e.g. Negeri Melaka

2. Oleh itu, istilah “kerajaan” semakin meluput

Malayan

Union (1946)

1. Penyatuan negeri-negeri Melayu

2. Usaha British untuk membina sebuah negara dan bangsa yang moden

Persekutuan

Tanah

Melayu

(1948)

1. Menggabungkan negeri-negeri Melayu di bawah satu pentadbiran pusat

2. Melibatkan negeri Selat: Melaka, Pulau Pinang kecuali Singapura

Persekutuan

Tanah

Melayu

(1957)

1. Tuntutan yang hebat daripada rakyat dan para pemimpin menyebabkan British bersetuju

untuk memberi kemerdekaan

2. Oleh itu, negara ini dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka

Penubuhan

Malaysia

(1963)

1. Sabah dan Sarawak bersetuju untuk bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu

2. Oleh itu, negara ini telah dikenali sebagai Malaysia

Soalan

1. Mengapakah British memperkenalkan Negara Malayan Union?

2. Apakah maksud Negara Persekutuan Tanah Melayu yang diperkenalkan oleh British?

3. Penubuhan Negara Malaysia berlaku pada tahun 1963 telah menggabungkan...

Jawapan:

1) Usaha British untuk membina sebuah negara dan bangsa yang moden. 2) Negeri-negeri Melayu digabungkan di bawah satu

pentadbiran pusat yang melibatkan negeri Selat: Melaka, Pulau Pinang kecuali Singapura. 3) Sabah dan Sarawak.

Page 147: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 140

3.0 - Pembinaan Negara Dan Bangsa (Bahagian 3) Tonton video di sini:

https://goo.gl/Xe6UaT

Konsep bangsa dalam konteks negara Malaysia

Konsep Huraian

Maksud bangsa

1. Sekumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan

2. Warganegara dalam sesebuah negara

3. Bangsa Malaysia terdiri daripada beberapa kaum e.g. Melayu, Cina, India, Iban,

Kadazan

Tarikh

1. 31 Ogos 1957: Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan pembentukan bangsa

Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka

2. 16 September 1963: Penggabungan Sabah dan Sarawak dengan Persekutuan Tanah

Melayu telah membentuk negara Malaysia, maka terbentuknya bangsa Malaysia

Kedudukan

bangsa Malaysia

1. Terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum

2. Bangsa Malaysia mempunyai perbezaan dari segi bahasa, budaya, kepercayaan,

dan pendapat terhadap keduniaan

Cara bangsa

Malaysia

dibentuk/disatukan

1. Penggunaan satu bahasa iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

2. Amal kebudayaan kebangsaan e.g. kesenian orang Melayu dalam bidang muzik

atau tarian

3. Kerajaan telah memilih budaya setiap kaum yang mempunyai nilai-nilai moral dan

dicantumkan untuk dikenali sebagai budaya kebangsaan

4. Pegangan kepada prinsip Rukun Negara

Cara terbentuknya

bangsa Malaysia

1. Hasil dari perjuangan kemerdekaan

2. Pengisian kemerdekaan

3. Pengekalan kemerdekaan

Soalan

1. Apakah dimaksudkan dengan bangsa Malaysia?

2. Bilakah bangsa Malaysia dibentuk?

3. Bagaimanakah kedudukan bangsa Malaysia?

4. Bagaimana cara terbentuknya bangsa Malaysia?

Jawapan:

1) Sekumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan ataupun warganegara dalam sesebuah negara 2) 16 September 1963. 3)

Berlainan dari segi bahasa, budaya, kepercayaan dan pendapat terhadap keduniaan. 4) Hasil dari perjuangan kemerdekaan, pengisian

kemerdekaan, dan pengekalan kemerdekaan.

Page 148: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 141

3.1 - Gerakan Islah Tonton video di sini:

https://goo.gl/QbLLdo

Gerakan Islah oleh Kaum Muda yang merupakan sebuah gerakan pembaharuan atau gerakan

Reformation

Aspek Huraian

Maksud

Kaum Muda

1. Golongan yang berpendidikan Arab yang merupakan pelajar Universiti Al-Azhar di Mesir

2. Terpengaruh dengan gerakan Islah Islamiah di Timur Tengah

Tokoh-tokoh

Kaum Muda

1. Sheikh Tahir Jalaludin 4. Mohd Yunus bin Abdul Hamid

2. Syed Sheikh al-Hadi 5. Haji Abbas Mohd Taha

3. Dr. Burhanuddin al-Helmy 6. Sheikh Mohd Salim al-khalili

Akhbar dan

majalah

Kaum Muda

1. Menyebarkan atau menyampaikan perjuangan mereka

2. Al-Imam, Neraca, Idaran Zaman, Saudara, Majalah Pengasuh, dan al-Ikhwan

Matlamat

perjuangan

1. Menyeru orang Melayu supaya membetulkan pandangan mereka terhadap ajaran Islam

2. Menyampaikan ajaran Islam dari sudut kemajuan dunia

3. Menanamkan semangat berani mengkritik penjajah

4. Mengkritik raja dan pembesar kerana tidak memainkan peranan untuk memajukan orang

Melayu

5. Menggesa orang Melayu memajukan diri dari segi pendidikan, politik, dan ekonomi

Masalah

yang

dihadapi

1. Penentangan dari Kaum Tua yang menyatakan ajaran Islam hanya mementingkan

perkara yang berkaitan dengan akhirat dan fardu ain (ibadat) sahaja

2. Kaum Tua: Guru-guru agama yang mengajar di peringkat sekolah pondok

3. Kaum Tua telah berjaya mempengaruhi masyarakat untuk menolak fahaman Kaum Muda

4. Tentangan daripada British: Menggubal undang-undang agar dakwah Islam tidak boleh

dilakukan tanpa kebenaran Sultan

5. Risalah dan buku Kaum Muda dilarang dibawa masuk ke negeri-negeri Melayu

Tindakan

yang diambil

1. Hanya menumpukan dakwah Islam di negeri-negeri Selat (Negeri Melaka, Pulau Pinang,

dan Singapura) sahaja kerana tiada Raja

2. Menubuhkan Madrasah (tempat beribadat dan belajar) untuk pengajaran pendidikan

Islam, pendidikan ilmu Hisab (Matematik) dan bahasa Inggeris

3. Kaum perempuan diberi peluang untuk menuntut ilmu di Madrasah

Soalan

1. Apakah maksud gerakan Islah?

2. Apakah yang dimaksudkan dengan Kaum Muda?

3. Di manakah tumpuan dakwah Kaum Muda dilakukan?

4. Apakah peranan madrasah yang didirikan oleh Kaum Muda?

Jawapan:

1) Gerakan pembaharuan (bahasa Arab) atau Gerakan Reformation (bahasa Inggeris). 2) Golongan yang berpendidikan Arab yang

merupakan pelajar di Universiti Al-Azhar, Mesir, dan mereka juga dipengaruhi oleh gerakan Islah Islamiah di Timur Tengah. 3) Di negeri-

negeri selat iaitu Negeri Melaka, Pulau Pinang, dan Singapura. 4) Untuk pengajaran pendidikan Islam, pendidikan ilmu Hisab, dan

bahasa Inggeris. Selain itu, kaum perempuan diberi peluang untuk menuntut ilmu di Madrasah.

Page 149: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 142

3.1 - Penyatuan Itali Tonton video di sini:

https://goo.gl/zCIMCo

Pembentukan negara bangsa Itali oleh Count Camilo Benso di Cavour pada abad ke-19

Aspek Huraian

Latar

belakang

1. Itali terdiri daripada beberapa buah wilayah

2. Bahagian utara: Lombardy dan Venitia berada di bawah kekuasaan Austria

3. Rom: Berada di bawah kekuasaan Perancis

Mandat 1. Count Camilo Benso di Cavour mendapat sokongan rakyat untuk menyatukan Itali

2. Taktik: Realpolitik

Pengambilan

Lombardy

1. 1860: Count Camilo Benso di Cavour bekerjasama dengan Perancis untuk menentang

Austria dan telah berjaya memperolehi wilayah Lombardy

Pengambilan

Venitia

1. 1866: Count Camilo Benso di Cavour bekerjasama dengan Prusia untuk menentang

Austria dan Prusia menyerahkan Venetia kepada beliau sebagai balasan

Pengambilan

Rom

1. 1870: Secara sukarela, Perancis mengundurkan tentaranya dari Rom

2. Count Camilo Benso di Cavour mengambil peluang untuk menyatukan Itali

3. Terbentuknya sebuah negara bangsa Itali

Soalan

1. Apakah yang dimaksudkan dengan “realpolitik”?

2. Bagaimana cara Count Camilo Benso di Cavour berjaya mendapatkan wilayah Lombardy?

3. Bagaimana cara Count Camilo Benso di Cavour berjaya memperolehi wilayah Venitia?

4. Bagaimanakah Count Camilo Benso di Cavour berjaya memperolehi wilayah Rom?

Jawapan:

1) Menggunakan apa cara sekalipun untuk mencapai matlamat. 2) Bekerjasama dengan Perancis untuk menentang Austria yang pada

masa itu menguasai Lombardy. 3) Bekerjasama dengan Prusia untuk menyerang Austria. Setelah berjaya menyerang Austria, Prusia

menyerahkan Venetia kepada beliau sebagai balasan. 4) Secara sukarela, Perancis telah mengundurkan tenteranya dari Rom dan Count

Camilo Benso di Cavour mengambil peluang untuk menyatukan Itali.

Page 150: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 143

3.2 - Penyatuan Jerman Tonton video di sini:

https://goo.gl/z1B0Xn

Pembentukan negara Jerman oleh Otto Eduard Von Bismarck

Aspek Huraian

Latar

belakang

1. Jerman terdiri daripada beberapa buah wilayah dan pada suatu masa dahulu ia hanya

dikenali sebagai bangsa

2. Prusia: Wilayah yang terbesar di Jerman

3. Bismarck berasal daripada wilayah Prusia

Tindakan

Bismarck

1. Bercita-cita untuk menyatukan wilayah-wilayah ini menjadi sebuah negara

2. Taktik: Realpolitik, politik darah dan besi (menggunakan kekerasan)

Penyatuan

rakyat

1. Taktik: Tipu helah, pemalsuan dokumen, provokasi, penipuan, dan ugutan untuk

mencetuskan peperangan

Kesan 1. Rakyat bersedia untuk menerima satu sistem pentadbiran yang diperkenali oleh Bismarck

Soalan

1. Bagaimanakah kedudukan Jerman sebelum disatukan oleh Otto Edward Von Bismarck?

2. Bagaimanakan cara Otto Edward Von Bismack menyatukan wilayah?

3. Bagaimana cara Otto Edward Von Bismack menyatukan rakyat?

Jawapan:

1) Terdiri daripada beberapa buah wilayah dan ia hanya merupakan sebuah bangsa pada suatu masa dahulu. Wilayah yang terbesar

merupakan wilayah Prusia. 2) Menggunakan taktik realpolitik dan politik darah dan besi. 3) Menggunakan taktik tipu helah, pemalsuan

dokumen, provokasi, penipuan, dan ugutan untuk mencetuskan peperangan.

Page 151: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 144

3.3 - Penyatuan Madinah Tonton video di sini:

https://goo.gl/MLgQji

Cara-cara Nabi Muhammad s.a.w. membentuk negara Islam Madinah

Cara-cara Huraian

Prinsip 1. Prinsip agama Islam

Perlembagaan

1. Apabila Nabi Muhammad s.a.w. tiba di Madinah, baginda menyusun sebuah

perlembagaan bertulis iaitu perlembagaan Madinah

2. Perlembagaan ini mempunyai 47 fasal: Menjelaskan mengenai tugas pemimpin dan

rakyat, dan segala jenis undang-undang

3. Setelah perlembagaan ini disiapkan, baginda mula membentuk kerajaan

4. Di bawah kerajaan Madinah terdapat beberapa kaum iaitu kaum Arab, Kristian, dan

Yahudi

5. Sebagai ketua kerajaan Madinah, baginda memberi peluang kepada kaum-kaum ini

untuk memilih ketua mereka masing-masing

Penyatuan

1. Nabi Muhammad s.a.w. menyampaikan perlembagaan yang telah dibentuk kepada

semua kaum Madinah

2. Perlembagaan tersebut telah berjaya menyatukan pelbagai kaum kerana penerimaan

mereka terhadap isi kandungan perlembagaan itu

Musyawarah 1. Secara Perundingan atau perbincangan

2. Nabi Muhammad s.a.w. membentuk kerajaan melalui Musyawarah dan diplomasi

Kegemilangan 1. Madinah telah menjadi sebuah kerajaan yang gemilang kerana wujudnya kerjasama di

antara pemimpin dengan pengikutnya

Soalan

1. Bagaimanakah Nabi Muhammad S.A.W. menyatukan rakyat?

2. Apakah kesan dari pembentukan perlembagaan Madinah?

3. Apakah yang dimaksudkan dengan Musyawarah?

4. Apakah faktor yang menyebabkan Madinah menjadi sebuah kerajaan Islam yang gemilang?

Jawapan:

1) Baginda mencipta perlembagaan dahulu dan kemudian membentuk kerajaan. 2) Kaum-kaum di Madinah diberi peluang untuk

melihat perlembagaan Madinah dan mereka berpuas hati dengan perlembagaan ini yang mempunyai tugas dan tanggungjawab

pemimpin dan rakyat, dan undang-undang. Dengan itu, perlembagaan ini telah berjaya menyatukan rakyat yang terdiri daripada

pelbagai kaum kerana mereka menerima isi kandungannya. 3) Perundingan atau perbincangan. 4) Kewujudan kerjasama di antara

pemimpin dengan pengikutnya.

Page 152: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 145

3.5 - Ciri-ciri Negara Dan Bangsa Tonton video di sini:

https://goo.gl/K8yL30

Ciri-ciri negara dan bangsa Malaysia

Ciri-ciri Huraian

Negara

1. Maksud: Kawasan yang mempunyai wilayah yang terdiri daripada penduduk, sempadan,

dan pemerintah

2. Institusi pemerintahan yang tersusun

3. Tanggungjawab institusi pemerintahan:

i. Membuat dan melaksanakan keputusan politik

ii. Menguatkuasakan undang-undang, dan peraturan kerajaan

Bangsa

1. Maksud: Sekumpulan manusia yang mendiami sesebuah wilayah

2. Mempunyai persamaan dari segi bahasa, adat resam, kesenian, dan pengalaman

sejarah

3. Pengalaman sejarah: Penjajahan bangsa Malaysia oleh beberapa penjajah seperti

Portugis, Belanda, British, dan Jepun

Kerajaan

1. Maksud: Institusi pemerintahan yang bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar

sesebuah negara

2. Peranan: Pengaman dan penentu arah kehidupan masyarakat

3. Terdiri daripada Badan Perundangan (Parlimen), Badan Pelaksana (Jemaah Menteri atau

Kabinet), dan Badan Kehakiman (Mahkamah)

4. Contoh: Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dibincang dan diluluskan oleh Badan

Perundangan, dan kemudian dijadikan undang-undang. Seterusnya, Badan Pelaksana

iaitu Kementerian Pertahanan melaksanakan program PLKN. Jika seseorang enggan

menyertai PLKN, ini akan dianggap sebagai melanggar undang-undang dan akan

dibicarakan di mahkamah.

Perlembagaan

1. Peraturan bertulis yang merangkumi tugas-tugas dan tanggungjawab pemimpin dan

rakyat

2. Peraturan tertinggi yang menjadi rujukan atau panduan dalam pentadbiran negara

3. Tujuan: Memberi jaminan dan perlindungan kepada rakyat

Soalan

1. Apakah yang dimaksudkan dengan negara?

2. Apakah tanggungjawab institusi pemerintahan?

3. Apakah yang dimaksudkan dengan bangsa?

4. Di negara Malaysia, siapakah yang dikatakan kerajaan?

5. Apakah itu perlembagaan?

Jawapan:

1) Kawasan yang mempunyai wilayah yang terdiri daripada penduduk, sempadan, dan pemerintah. 2) Membuat dan melaksanakan

keputusan politik serta menguatkuasakan undang-undang , dan peraturan kerajaan. 3) Sekumpulan manusia yang mendiami sesebuah

wilayah. Bangsa juga mempunyai persamaan dari segi bahasa, adat resam, kesenian, dan pengalaman sejarah. 4) Badan Perundangan

(Parlimen), Badan Pelaksana (Jemaah Menteri atau Kabinet), dan Badak Kehakiman (Mahkamah). 5) Peraturan tertinggi yang menjadi

rujukan atau panduan dalam pentadbiran negara. Ia juga bertujuan untuk member jaminan dan perlindungan kepada rakyat.

Page 153: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 146

3.6 - Ciri-ciri Kesultanan Melayu Melaka Tonton video di sini:

https://goo.gl/Fn0vIR

Ciri-ciri negara dan bangsa kesultanan Melaka

Ciri-ciri Huraian

Wilayah 1. Kesultanan Melayu Melaka mempunyai kawasan lingkungan pengaruh yang luas

2. Empayar Melaka: Meliputi seluruh semenanjung Tanah Melayu dan Pantai Timur Sumatera

Kedaulatan 1. Raja/Sultan yang mempunyai kuasa yang mutlak untuk memerintah

2. Raja juga mewakili negeri atau kawasan pemerintahannya

Lambang

1. Hanya boleh dimiliki/digunakan oleh raja

2. Contoh: Alat Regalia (alat-alat kebesaran), Nobat (alat-alat muzik), warna (kuning

merupakan lambang diraja), bahasa (bahasa istana), undang-undang, protokol, dan

adat istiadat

Undang-

undang

1. 2 sumber undang-undang bertulis yang dipengaruhi oleh:

i. Adat: Dicipta oleh sultan dengan kerjasama para pembesar

ii. Agama: Sebahagian undang-undang Melaka mengikut undang-undang Islam

2. 2 buku undang-undang yang terkenal

i. Hukum Kanun Melaka

ii. Undang-undang Laut Melaka

Rakyat

1. Bertanggungjawab untuk menunjukkan taat setia kepada raja kerana raja adalah

pemerintah yang tertinggi

2. Bersedia untuk mempertahankan negara (negeri Melaka), menghadiri adat istiadat

kerajaan, bergotong-royong, dan sentiasa bersedia untuk mengadakan kerahan tenaga

(berkerja tanpa balasan dari segi bayaran)

Kerajaan 1. Sultan: Pemerintah tertinggi

2. Sultan dibantu oleh 4 orang pembesar di bawahnya iaitu Bendahara, Penghulu

Bendahari, Temenggung, dan Laksamana dalam pemerintahan

Soalan

1. Apakah maksud wilayah dalam Kesultanan Melayu Melaka?

2. Apakah sumber perundangan yang digunakan oleh Kesultanan Melayu Melaka?

3. Beri contoh undang-undang bertulis zaman Kesultanan Melayu Melaka?

4. Apakah yang dikatakan sebagai kerajaan dalam Kesultanan Melayu Melaka?

Jawapan:

1) Meliputi seluruh semenanjung Tanah Melayu dan seluruh bahagian Pantai Timur Sumatera.2) Undang-undang adat yang dicipta oleh

sultan dengan kerjasama para pembesar, dan sebahagian undang-undangMelaka mengikuti undang-undang Islam. 3) Hukum Kanun

Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka. 4) Sultan dan pembantunya yang terdiri daripada 4 orang pembesar di bawahnya iaitu

Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, dan Laksamana.

Page 154: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 147

3.7 - Warisan Kesultanan Melayu Melaka Tonton video di sini:

https://goo.gl/MvHwZB

Bukti-bukti sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka yang telah diwarisi di beberapa buah

negeri

Aspek Huraian

Negeri yang

diwarisi

1. Negeri Johor, Perak, Pahang

2. Sebab: Kerajaan bagi ketiga-tiga negeri tersebut diasaskan oleh kerabat diraja Melaka

Istilah

1. Sultan: Ketua negeri dan pemerintah yang tertinggi

2. Negeri Johor, Perak, dan Pahang juga menggunakan istilah “Sultan” di awal nama

pemerintah

3. Pewaris: Sekiranya sultan mangkat, maka Putera sulung daripada isteri permaisuri akan

menggantinya

4. Sekiranya sultan tidak mempunyai putera, adik lelaki baginda akan menaiki takhta

Pembesar

1. Mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan: Sultan dibantu oleh 4 orang pembesar

iaitu Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, dan Laksamana

2. Negeri Johor, Perak, Pahang juga mengamalkan sistem ini, tetapi mempunyai perbezaan

dari segi gelaran pembesar

Undang-

undang

1. Undang-undang Pahang dipengaruhi oleh Hukum Kanun Melaka yang telah disusun

semula oleh Sultan Abdul Ghafur Muhiuddin Shah

2. Juga disalin dan dipinda oleh negeri Johor dan Perak

Soalan

1. Berikan contoh beberapa negeri yang mewarisi sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.

2. Siapakah yang akan dilantik sebagai sultan sekiranya baginda mangkat?

3. Sultan yang memerintah negeri dibantu oleh sekumpulan pembesar yang dikenali sebagai...

4. Berikan contoh undang-undang negeri Melayu yang telah dipinda dari Hukum Kanun Melaka.

Jawapan:

1) Negeri Johor, Perak, dan Pahang. 2) Putera sulong daripada isteri pemaisuri. Sekiranya sultan tidak mempunyai putera, adik lelaki

baginda akan dilantik. 3) Sistem Pembesar Empat Lipatan yang terdiri daripada 4 orang pembesar iaitu Bendahara, Penghulu Bendahari,

Temenggung dan Laksamana. 4) Undang-undang Pahang,

Page 155: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 148

3.8 - Pentadbiran Negeri Sembilan Tonton video di sini:

https://goo.gl/8B6NIE

Bukti-bukti sistem pentadbiran Negeri Sembilan bercorak demokrasi

Soalan

1. Yang Di Pertuan Besar adalah pemerintah tertinggi. Bagaimanakah cara perlantikan baginda?

2. Beri contoh daerah yang diketuai oleh Undang.

3. Apakah peranan Lembaga?

4. Apakah peranan Buapak?

Yang Di Pertuan Besar

•Pemerintah tertinggi

•Dilantik oleh Undang (Ketua daerah/luak): 4 jawatan utama di bawah Yang Di Pertuan Besar

•Undang harus melantik pengganti di kalangan anak Yang Di Pertuan Besar (putera-putera)

•Baginda akan membincang segala urusan pentadbiran dengan undang/luak

Undang

•Ketua daerah atau luak

•Berkuasa untuk melantik Yang Di Pertuan Besar dari kalangan putera baginda

•Undang dilantik dari daerah Rembau, Sg. Ujong, Jelebu, dan Johol

•Undang dilantik oleh Lembaga

Lembaga

•Ketua suku anggota masyarakat

•Melantik undang

•Bertanggungjawab menjaga suku-suku di bawahnya

Buapak

•Ketua Perut

•Anggota perut dikenali sebagai anak buah

•Menjadi rujukan kepada setiap masalah terutamanya berkaitan dengan adat e.g. perkahwinan

Jawapan:

1) Baginda dilantik oleh Undang. Sekiranya Yang Di Pertuan Besar mangkat/meninggal dunia, 4 para undang tersebut akan

mengadakan mesyuarat untuk melantik penggantinya. Pengganti haruslah dilantik di kalangan anak Yang Di Pertuan Besar iaitu putera-

putera baginda. 2) Daerah Rembau, Sg. Ujong, Jelebu, dan Johol. 3) Menentukan perlantikkan undang dang menjaga suku-sukunya. 4)

Menjadi rujukan kepada setiap masalah terutamanya berkaitan dengan adat.

Page 156: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 149

3.9 - Pentadbiran Johor Tonton video di sini:

https://goo.gl/2XoNXv

Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor iaitu perlembagaan bertulis yang diperkenalkan oleh Sultan

Abu Bakar pada tahun 1985

Perkara Huraian

Raja

1. Hendaklah berbangsa Melayu

2. Berjantina lelaki

3. Beragama Islam

4. Merupakan waris pemerintah Johor: Pengganti haruslah dilantik di antara ahli keluarga

5. Berkuasa memilih Menteri Besar

Majlis Negeri 1. Pengerusi: Menteri Besar

2. Mempunyai kuasa perundangan: Membentuk undang-undang Negeri Johor

3. Membantu Raja dan Jemaah Menteri untuk mentadbir negeri

Jemaah

Menteri

1. Bertanggungjawab melantik Naib Menteri Besar (Timbalan Menteri Besar) yang

diperkenankan oleh Raja

2. Mempunyai kuasa pelaksana seperti melaksanakan keputusan yang dilakukan oleh

Majlis Negeri

3. Dilantik di kalangan pegawai kanan kerajaan yang menjadi ahli Majlis Negeri

4. Haruslah berbangsa Melayu, beragama Islam, dan merupakan rakyat negeri Johor

5. Jumlah Jemaah Menteri yang dilantik: 8-12 orang sahaja

Setia 1. Setiap pegawai yang dilantik menjadi Menteri diwajibkan mengikuti upacara angkat

sumpah taat setia kepada Raja dan Kerajaan

Bersidang

1. Jemaah Menteri akan mengadakan persidangan/mesyuarat pada:

i. Sebulan sekali

ii. Apabila dikehendaki oleh Raja, Menteri Besar, Naib Menteri Besar atau 3 di

antara Jemaah Menteri

Soalan

1. Apakah syarat untuk menjadi raja menurut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor?

2. Apakah kuasa Majlis Negeri?

3. Berikan tiga contoh syarat untuk menganggotai Jemaah Menteri.

4. Bilakah Jemaah Menteri perlu bersidang?

Jawapan:

1) Berbangsa Melayu, berjantina lelaki, beragama Islam, dan waris pemerintah Johor. 2) Kuasa perundangan. 3) Berbangsa Melayu,

beragama Islam, dan rakyat negeri Johor. 4) Sebulan sekali, ataupun apabila dikehendaki oleh Raja, Menteri Besar, Naib Menteri Besar

atau 3 di antara Jemaah Menteri.

Page 157: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 150

3.10 - Pentadbiran Kelantan Tonton video di sini:

https://goo.gl/NYvuBh

Sistem pentadbiran Jemaah Menteri yang diperkenalkan oleh Sultan Muhammad II untuk

melicinkan pentadbiran dan pemerintahan negeri Kelantan

Jemaah Tugasan

Jemaah Menteri

Penasihat Raja

Mengurus perkara-perkara penting dan urusan yang bukan sulit (tidak melibatkan hal-hal

dalaman istana)

Jemaah Menteri

Istana

Mengurus istiadat diraja dan istiadat rasmi yang melibatkan seluruh negeri Kelantan

e.g. Majlis Pertabalan Raja, Perkahwinan Putera atau Putera Raja, memaklumkan lawatan

Raja ke dalam negeri atau kampung-kampung

Jemaah Menteri

Keadilan dan

Kehakiman

Mengendalikan urusan yang melibatkan keadilan dan kehakiman (undang-undang dalam

negeri Kelantan)

Jemaah Menteri

Dalam Negeri

Menjaga keamanan dalam negeri

Jemaah Menteri

Luar

Mengurus dasar dan hal ehwal luar negeri

e.g. Menasihati Raja/Sultan dengan negeri/negara luar apa yang perlu diadakan

hubungan, memaklumkan lawatan Raja ke luar negeri

Jemaah Menteri

Perbendaharaan

Mengendalikan harta benda dan hasil mahsul/pendapatan negeri

Jemaah Menteri

Peperangan

Mengurus urusan pertahanan dan keamanan negeri

Jemaah Menteri

Pentadbir dan

Pengimarah

Negeri

Mengurus kemajuan dan pembangunan negeri

Soalan

1. Apakah tugas Jemaah Menteri Penasihat Raja?

2. Apakah tugas Jemaah Menteri Perbendaharaan?

3. Apakah tugas Jemaah Menteri Pentadbir dan Pengimarah Negeri?

Jawapan:

1) Mengurus perkara-perkara penting dan urusan yang bukan sulit. 2) Mengendalikan harta benda dan hasil mahsul/pendapatan negeri.

3) Mengurus kemajuan dan pembangunan negeri.

Page 158: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 151

3.11 - Pentadbiran Terengganu Tonton video di sini:

https://goo.gl/i6BUEY

Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu (Ittiqan-ilmuluk bi-ta'dil il-suluk) yang diluluskan oleh

Sultan Zainal Abidin III pada tahun 1911 telah membawa perubahan penting dalam pentadbiran

Aspek Huraian

Sultan

1. Syarat: Berbangsa Melayu, berjantina lelaki, beragama Islam, merupakan waris Sultan

yang memerintah iaitu anak ataupun adik

2. Dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau Jemaah Menteri

Majlis Mesyuarat

Kerajaan Negeri

1. Diketuai oleh Menteri Besar

2. Tugas: Membantu Sultan dan Jemaah Menteri dalam menjalankan urusan pentadbiran

3. e.g. Mentadbir negeri, menggubal undang-undang dan peraturan negeri, menjaga

kebajikan rakyat, menjaga keamanan negeri, dan menjalinkan hubungan dengan

negeri/negara luar

Jemaah Menteri 1. Syarat: Menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, beragama Islam, berbangsa

Melayu, dan merupakan rakyat Terengganu

2. Tugas: Berhak melantik Naib Menteri Besar dengan perkenan-perkenan Sultan

Setia 1. Menteri yang dilantik dikehendaki mengangkat sumpah taat setia kepada Sultan dan

kerajaan

Larangan 1. Waris Sultan dilarang mengkhianati pemerintah negeri dan ditegah daripada

menyerahkan negeri kepada kuasa lain

Soalan

1. Apakah syarat untuk menjadi Sultan Terengganu?

2. Berikan contoh tugas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri?

3. Apakah bidang kuasa Jemaah Menteri?

4. Berikan tiga contoh syarat untuk menganggotai Jemaah Menteri.

Jawapan:

1) Berbangsa Melayu, berjantina lelaki, beragama Islam, dan merupakan waris Sultan yang memerintah (anak atau adik). 2) Mentadbir

negeri, menggubal undang-undang dan peraturan engeri, menjaga kebajikan rakyat, menjaga keamanan negeri, dan menjalinkan

hubungan dengan negeri/negara luar. 3) Melantik Naib Menteri Besar dengan perkenan-perkenan Sultan. 4) Beragama Islam,

berbangsa Melayu, dan merupakan rakyat Terengganu.

Page 159: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 152

PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

4.1 – Malayan Union Part 1 Tonton video di sini:

goo.gl/d84UOr

Faktor-faktor Kerajaan British Memperkenalkan Pentadbiran Malayan Union

Faktor-faktor

1. Untuk menyediakan Tanah Melayu ke arah pemerintahan sendiri

2. Melahirkan sistem pentadbiran yang licin di bawah satu pentadbiran

3. Menjimatkan kos pentadbiran

a. Sebelum ini wujudnya tiga unit politik, iaitu Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu,

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

b. Untuk mengawal politik orang Melayu

c. Menjamin penguasaan ekonomi secara berterusan

4. Membentuk bangsa Malayan Union, supaya golongan imigran melupakan negara asal dan

menumpukan taat setia kepada Malayan Union

Ciri-ciri Pentadbiran Malayan Union

Ciri-ciri

1. Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, dan Negeri-negeri Selat kecuali

Singapura disatukan di bawah satu pentadbiran.

2. Gabenor British dilantik mengetuai Malayan Union

a. Perlantikan dibuat oleh Ratu England

3. Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk

4. Raja-raja Melayu menjadi Ahli Majlis Raja-raja Melayu

a. Membincangkan soal agama dan adat istiadat sahaja

5. Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir

6. Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas

7. Kewarganegaraan sama rata

a. Prinsip jus soli yang menjadi asas kerakyatan Malayan Union

BAB 4

Page 160: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 153

4.1 – Malayan Union Part 2 Tonton video di sini:

goo.gl/Bb6zmy

Faktor-faktor Orang Melayu Menentang Malayan Union Yang Diperkenalkan Oleh British pada tahun

1946

Aspek Huraian

Tindakan

1. Membantah tindakan Harold Mac Michael yang mengugut Raja-raja Melayu, bahawa

mereka akan diturunkan takhta sekiranya enggan menerima Malayan Union

2. Seperti yang terjadi kepada Sultan Badiishah, Kedah

Masa

1. Sultan tidak diberi masa yang cukup untuk berbincang dengan Majlis Mesyuarat Negeri

2. Seperti yang berlaku kepada Sultan Perak

Setia Kawan

1. Terdapat Sultan yang menandatangani Malayan Union atas dasar setia kawan dengan

British

2. Seperti Sultan Selangor dan Sultan Johor

Penghakisan

1. Penghakisan kuasa Raja-raja Melayu

2. Raja-raja Melayu hanya menjadi Ahli Majlis Raja-raja

3. Bertanggungjawab ke atas adat dan agama Islam sahaja

Kerakyatan 1. Kerakyatan yang longgar kepada orang dagang ditolak oleh orang Melayu

2. Dasar ini akan mengancam status quo orang melayu sebagai gologan pribumi

Soalan

1. Apakah bentuk ugutan Harold Mac Michael kepada Raja-raja Melayu sekiranya enggan

menandatangani pentadbiran Malayan Union?

2. Siapakah Sultan yang menandatangani Malayan Union atas dasar setiakawan?

3. Mengapakah orang Melayu menentang pemberian kerakyatan yang longgar?

4. Sebutkan mengapakah orang Melayu menentang pentadbiran Malayan Union.

Jawapan:

1) Akan diturunkan takhta sekiranya enggan menerima Malayan Union. 2) Sultan Selangor dan Sultan Johor. 3) Ia kerana dasar tersebut

akan mengancam status quo orang Melayu sebagai golongan pribumi. 4) Tindakan Harold Mac Michael yang mengugut Raja-raja Melayu,

tidak memberi masa yang cukup kepada Sultan untuk berbincang dengan Majlis Mesyuarat Negeri, penghakisan kuasa Raja-raja Melayu,

dan melonggarkan kerakyatan bagi orang dagang.

Page 161: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 154

4.1 – Malayan Union Part 3 Tonton video di sini:

goo.gl/oIWyZp

Faktor-faktor Orang Dagang dan Golong Melayu Radikal Menyokong Tindakan British

Memperkenalkan Malayan Union

Aspek Huraian

Penyatuan

1. Bersetuju dengan dasar penyatuan negeri-negeri Melayu menjadi sebuah unit politik

2. Untuk melicinkan pentadbiran

Sama rata

1. Menyokong dasar sama rata Malayan Union yang menghapuskan hak-hak

perlindungan orang Melayu

Kerakyatan

1. Kerakyatan terbuka juga disokong

2. Mereka boleh mengekalkan kerakyatan Negara asal masing-masing

Kemerdekaan

1. Mempercayai janji British akan memberi kemerdekaan Tanah Melayu

Agama 1. Penyatuan pentadbiran Islam juga disokong

2. Hal ehwal pentadbiran dipermudahkan

Fahaman

Barat

1. PKMM menyokong kerana pemimpinnya berfahaman Barat

Kuasa Raja

1. Angkatan Pemuda Insaf pimpinan Ahmad Boestamama

2. Angkatan Wanita Sedar (AWAS)

3. Barisan Tani Malaya (BATAS)

4. Menyokong Malayan Union yang menghapuskan kuasa raja

5. Mahukan konsep republik seperti di Indonesia dapat dijalankan

Soalan

1. Mengapakah orang dagang menyokong kerakyatan terbuka?

2. Mengapakah Parti Kebangsaan Melayu Malaya menyokong pentadbiran Malayan Union?

3. Berikan contoh pertubuhan yang menyokong penghapusan kuasa Raja-raja Melayu.

4. Sebutkan sebab-sebab orang dagang dan golongan Melayu radikal menyokong pentadbiran Malayan

Union.

Jawapan:

1) Ia kerana mereka boleh mengekalkan kerakyatan Negara asal masing-masing. 2) Kerana pemimpinnya berfahaman Barat. 3) Angkatan

Pemuda Insaf, Angkatan Wanita Sedar, Barisan Tani Malaya. 4) Kerana penyatuan negeri-negeri Melayu sebagai unit politik, pemberian

kerakyatan yang sama rata, kerakyatan yang terbuka, percaya kepada janji British akan beri kemerdekaan, dapat menyatukan

pentadbiran Islam, Parti Kebangsaan Melayu Melaya pemimpinnya berfahaman Barat, dan menyokong kuasa Raja-raja dihapuskan oleh

Angakatan Pemuda Insaf, Angkatan Wanita Sedar, dan Barisan Tani Malaya.

Page 162: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 155

4.1 – Malayan Union Part 4 Tonton video di sini:

goo.gl/nSlUA2

Cara-cara Orang Melayu Menentang Malayan Union

Aspek Huraian

Akhbar

1. Utusan Melayu, Majlis, Warta Negara

2. Menyuarakan bantahan secara berterusan

Demokrasi 1. Diadakan ketika Harold Mac Michael mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu

2. Contoh di Kelantan 10,000 orang dan di Kedah 50,000 orang

Persatuan 1. Melayu dihidupkan semula

2. Mereka menghantar telegram dan surat bantahan ke Penjabat Tanah Jajahan London

Kongres 1. Pada 23 Januari 1946, Dato Onn Jaafar menyeru orang Melayu berkongres

2. Menubuhkan United Malays Organization (U.M.O)

Persatuan

1. Kongres Melayu 1946 dihadiri 41 persatuan seluruh Tanah Melayu

2. Diadakan pada 1-4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman Kg. Baru, K.L.

3. Kongres bersetuju menubuhkan UMNO untuk menentang Malayan Union

Membantah 1. Kongres kedua diadakan dari 30-31 Mac 1946

2. Keputusan membantah pengisytiharan Malayan Union pada 1 April 1946

Rapat Umum

1. Orang Melayu mengadakan rapat umum di setiap bandar besar

2. Menunjukkan bantahan kepada ahli-ahli Parlimen British, iaitu L.D. Gammans dan David

Reese Williams

Raja-raja 1. Raja-raja Melayu berkumpul di Kuala Kangsar pada 28 April 1946

2. Menyatakan bantahan mereka kepada ahli-ahli Parlimen tersebut

Soalan

1. Berikan contoh akhbar yang menyuarakan bantahan terhadap Malayan Union.

2. Berapa ramaikah jumlah orang Melayu yang berdemonstrasi menentang Malayan Union?

3. Berapakah jumlah persatuan Melayu yang menyertai kongres Melayu 1946?

4. Di manakah kongres Melayu diadakan?

5. Apakah keputusan yang dicapai oleh kongres tersebut?

6. Siapakah nama wakil ahli parlimen British yang datang ke Tanah Melayu?

Jawapan:

1) Utusan Melayu, Majlis, Warta Negara. 2) 60,000 orang. 3) 41 persatuan. 4) Di Kelab Sultan Sulaiman Kg. Baru, K.L. 5) UMNO ditubuhkan

untuk menentang Malayan Union 6) L.D. Gammans dan David Reese Williams.

Page 163: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 156

4.2 – Persekutuan Tanah Melayu Part 1 Tonton video di sini:

goo.gl/K9Xfnc

Faktor-faktor Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948

Faktor-faktor

1. Ketegasan orang Melayu menentang Malayan Union di bawah pimpinan Dato Onn Jaafar

2. Perpaduan dalam kalangan orang Melayu melibatkan raja dan rakyat

3. Sokongan daripada bekas pegawai British seperti Frank Swettenham, R.O. Winstedt, George Maxwell dan

Cecil Clementi

4. Sokongan daripada pegawai-pegawai tinggi British seperti Malcolm Mac Donald, Edward Gent dan L.D

Gammans

5. Sikap orang Melayu yang sederhana

a. Hanya menulis di akhbar, berdemonstrasi dan memujuk Raja-raja menolak Malayan Union

6. Mereka menuntut rundingan untuk menolak Malayan Union dan tidak menuntut kemerdekaan

7. British bimbang orang Melayu akan terpengaruh dengan politik Indonesia yang dikuasai oleh golongan

radikal seperti PKMM, API, AWAS dan BATAS

8. Piagam Atlantik PBB 1945 tidak menggalakkan penjajahan baru. Sebaliknya menggalakkan diberi latihan

berkerajaan sendiri kepada penduduk tempatan.

Soalan

1. Siapakah bekas pegawai British di Tanah Melayu yang menyokong Persekutuan Tanah Melayu?

2. Siapakah pegawai tinggi British yang menyokong Pesekutuan Tanah Melayu?

3. Bagaimanakah cara orang Melayu menentang pentadbiran Malayan Union?

4. Sebutkan nama pertubuhan-pertubuhan Melayu yang dianggap radikal oleh British.

5. Apakah keputusan Piagam Atlantik PBB 1945?

6. Senaraikan faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.

Jawapan:

1) Frank Swettenham, R.O. Windstedt, George Maxwell dan Cecil Clementi. 2) Malcolm Mac Donald, Edward Gent dan L.D. Gammans. 3)

Orang Melayu hanya menulis di akhbar, berdemonstrasi, dan memujuk Raja-raja menolak Malayan Union, menuntuk rudingan untuk

menolak Malayan Union dan tidak menuntut kemerdekaan 4) PKMM, API, AWAS, dan BATAS. 5) Piagam tersebut tidak menggalakkan

penjajahan baru. Sebaliknya menggalakkan diberi latihan berkerajaan sendiri kepada penduduk tempatan. 6) Ketegasan orang Melayu

menentang Melayu Union di bawah pimpinan Dato Onn Jaafar, perpaduan dalam kalangan orang Melayu, sokongan daripada bekas

pegawai dan pegawai-pegawai tinggi British, sikap orang Melayu yang sederhana, dan kebimbangan British bahawa orang Melayu akan

terpengaruh dengan politik Indonesia yang dikuasai oleh golongan radikal.

Page 164: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 157

4.2 – Persekutuan Tanah Melayu Part 2 Tonton video di sini:

goo.gl/VsQYR7

Tuntutan Orang Melayu terhadap British dalam Jawatankuasa Eksekutif bagi Pembentukan

Persekutuan Tanah Melayu

Tuntutan

1. Raja-raja Melayu dan UMNO menolak semua prinsip Malayan Union

2. Mereka mahukan sebuah persekutuan seperti konsep Negeri-negeri Melayu Bersekutu

3. Mereka menolak kerakyatan terbuka Malayan Union

4. Meminta dasar perlindungan terhadap negeri-negeri Melayu dan orang Melayu dipulihkan

5. Menuntut pemulihan Raja-raja Melayu sebagai ketua orang Melayu

Soalan

1. Apakah tuntutan utama orang Melayu kepada Jawatankuasa Eksekutif?

2. Apakah maksud kerakyatan terbuka Malayan Union?

3. Apakah tuntutan terakhir orang Melayu dalam Jawatankuasa Esekutif?

Jawapan:

1) Menolak semua prinsip Malayan Union, mahukan sebuah persekutuan seperti konsep Negeri-negeri Melayu Bersekutu, menolak

kerakyatan terbuka Malayan Union, meminta dasar perlindungan terhadap negeri-negeri Melayu dan orang Melayu dipulihkan, dan

pemulihan Raja-raja Melayu sebagai ketua orang Melayu. 2) Golongan imigran boleh dapat kerakyatan secara mudah, maka boleh

mengekalkan kerakyatan negara asal. 3) Mereka menuntut Raja-raja Melayu sebagai ketua orang Melayu dipulihkan.

Page 165: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 158

4.2 – Persekutuan Tanah Melayu Part 3 Tonton video di sini:

goo.gl/Dtwqkr

Tindakan yang Diambil oleh AMCJA-PUTERA Setelah Diketepikan dari Jawatankuasa

Eksekutif dalam Rundingan Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu

Tindakan

1. AMCJA-PUTERA menentang British dan UMNO kerana jawatankuasa ini tidak mewakili orang dagang dan

Melayu Radikal

2. Mereka bertindak dengan mengadakan ceramah politik, demonstrasi , dan mogok.

3. Mereka mencadangkan Perlembagaan Rakyat iaitu:

a. Singapura disatukan dengan Tanah Melayu

b. Sebuah Kerajaan Pusat dan Majlis Negeri-negeri dipilih

c. Raja-raja Melayu mempunyai kuasa sebenar dan bertanggungjawab terhadap rakyat

d. Kedudukan istimewa orang Melayu dikembalikan

e. Adat istiadat dan agama Islam dikawal oleh orang Melayu

f. Kerakyatan yang sama

g. Merah dan putih menjadi bendera Tanah Melayu

h. Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan

i. Pertahanan dan hal ehwal luar negeri, tanggungjawab bersama British dan Tanah Melayu

j. Warganegara Tanah Melayu harus dinamai Melayu

Soalan

1. Mengapakah AMCJA dan PUTERA menentang British dan UMNO dalam Jawatankuasa Esekutif?

2. Apakah tindakan AMCJA dan PUTERA untuk menentang British?

3. Apakah cadangan yang dikemukakan oleh AMCJA dan PUTERA?

4. Berapa perkara yang telah dituntut oleh AMCJA dan PUTERA dalam perlembagaan rakyat?

Jawapan:

1) Ia kerana Jawatankuasa Eksekutif tidak mewakili orang dagang dan Melayu Radikal. 2) Mereka bertindak dengan mengadakan ceramah

politik, demonstrasi dan mogok. 3) Mereka mencadangkan Perlembagaan Rakyat. 4) 10 perkara.

Page 166: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 159

4.2 – Persekutuan Tanah Melayu Part 4 Tonton video di sini:

goo.gl/eWvvLQ

Kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

Tindakan

1. Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan 11 buah negeri.

2. Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British

3. Konsep Raja Berperlembagaan diwujudkan

4. Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk

5. Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang Melayu

Soalan

1. Persekutuan Tanah Melayu 1948 adalah gabungan…?

2. Siapakah yang mengetuai pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu?

3. Apakah maksud Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri?

4. Siapakah yang menjaga kedudukan istimewa orang Melayu?

Jawapan:

1) 11 buah negeri. 2) Pesuruhjaya Tinggi British. 3) Senarai Persekutuan menentukan apakah bidang kuasa kerajaan persekutuan ataupun

bidang kuasa pemimpin peringkat pusat, manakala Senarai Negeri menentukan bidang kuasa kerajaan negeri. 4) Pesuruhjaya Tinggi

British.

Page 167: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 160

4.2 – Persekutuan Tanah Melayu Part 5 Tonton video di sini:

goo.gl/HI9lNG

Sistem Pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu yang Diperkenalkan oleh British pada tahun

1948

Tindakan

1. Perkongsian kuasa antara Pesuruhjaya Tinggi British dan Majlis Raja-raja di peringkat pusat

2. Sultan menjadi ketua negeri dan berkuasa melantik Menteri Besar sebagai ketua pentadbir negeri

3. Terdapat pembahagian kuasa antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri yang dikenali sebagai

Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri.

4. Syarat kerakyatan diperketatkan

5. British mengiktiraf semula ketuanan Melayu

6. Institusi Raja Melayu dikekalkan dengan bidang kuasa dan kedudukannya yang jelas dalam pentadbiran

7. Setiap negeri mempunyai undang-undang bertulis dengan British dikenali sebagai Undang-undang Tubuh

Negeri

8. Kedudukan istimewa orang Melayu, kedudukan Negeri-negeri Melayu, agama Islam, dan adat istiadat

Melayu dilindungi sebagai teras ketuanan Melayu

9. Prinsip-prinsip yang dicadang oleh UMNO dan Raja-raja Melayu dimasukkan ke dalam Perjanjian

Persekutuan

Faktor-faktor Orang Melayu Menyokong Persekutuan Tanah Melayu

Tindakan

1. Dasar perlindungan terhadap negeri Melayu dipulihkan

2. Dasar kerakyatan terbuka dimansuhkan

3. Syarat kerakyat diketatkan

4. Kedaulatan Raja-raja Melayu dipulihkan

5. Konsep Raja Berperlembagaan diperkenalkan

6. Perkongsian kuasa antara Majlis Raja-raja dengan Pesuruhjaya Tinggi British

7. Wujudnya pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri

8. British mengikhtirafkan orang Melayu sebagai penduduk pribumi

9. Kedudukan agama Islam terpelihara

Soalan

1. Siapakah yang berkuasa di peringkat pusat dalam pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu?

2. Siapakah yang berkuasa melantik Menteri Besar?

3. Setiap negeri mempunyai undang-undang bertulis sendiri. Ini dikenali sebagai?

4. Senaraikan lima sistem pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu yang diperkenalkan oleh British.

5. Bagaimanakah kedudukan orang Melayu dalam pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu?

Jawapan:

1) Pesuruhjaya Tinggi British dan Majlis Raja-raja. 2) Sultan. 3) Undang-undang Tubuh Negeri. 4) Perkongian kuasa antara Pesuruhjaya

Tinggi British dengan Majlis Raja-raja, Sultan sebagai ketua negeri dan diberi kuasa melantik Menteri Besar, pembahagian kuasa antara

Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri, syarat kerakyatan yang diperketatkan, konsep Raja Berperlembagaan, institusi Raja Melayu

dikekalkan. 5) Orang Melayu diikhtiraf sebagai penduduk pribumi.

Page 168: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 161

4.3 – Pergerakan Politik Di Sarawak Tonton video di sini:

goo.gl/jgHNsK

Penentangan Rakyat Sarawak Akibat Penyerahan Sarawak oleh Vyner Brooke kepada

Kerajaan British

Aspek Huraian

Penyerahan

1. Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British pada 8 Feb 1946

2. Tindakan ini bercanggah dengan Perlembagaan 1941

Bantahan

1. Tindakan ini dibantah oleh Datu Patinggi Abang Hj. Abdillah (Ketua Melayu Sarawak)

2. Persatuan Dayak Sarawak (PDS)

3. Persatuan Melayu Sarawak (PMS)

Isytihar

1. British mengisytiharkan Sarawak sebagai Tanah Jajahan Mahkota British pada 1 Julai 1946

Penentangan

1. Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS)

2. Barisan Pemuda Sarawak (BPS)

3. Barisan Pemuda Melayu (BPM) Sibu

4. Parti Dayak Sarawak (PDS)

Demonstrasi

1. Kaum Ibu dalam Persatuan Melayu Sarawak mengadakan demonstrasi

2. Menghantar surat bantahan kepada kerajaan British

Amaran

1. British mengeluarkan Surat Pekeliling Bil 9 yang memberi arahan akan mengambil

tindakan kepada kakitangan kerajaan yang terlibat

Jawatan

1. Seramai 338 orang kakitangan awam meletak jawatan sebagai melahirkan bantahan

Bunuh

1. Kemuncak penentangan berlaku apabila Rosli Dhobi membunuh Gabenor Sarawak,

Duncan Stewart pada 3 Disember 1949

Tindakan

1. British menjatuhkan hukuman gantung kepada Rosli Dhobi dan tiga orang rakannya yang

terlibat

Soalan

1. Siapakah yang bertanggungjawab menyerah Sarawak kepada kerajaan British?

2. Siapakah tokoh dan persatuan yang menentang penyerahan Sarawak kepada British?

3. Sebutkan pertubuhan yang menentang pengisytiharan Sarawak sebagai tanah jajahan mahkota British.

4. Apakah tindakan Kaum Ibu dalam Persatuan Melayu Sarawak?

5. Apakah isi kandungan Surat Pekeliling Bil 9?

6. Apakah kemuncak penentangan penyerahan Sarawak kepada British?

Jawapan:

1) Vyner Brooke. 2) Dato Patinggi Abang Hj. Abdillah. 3) Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak, Barisan Pemuda Sarawak, Barisan

Pemuda Melayu Sibu, Parti Dayak Sarawak. 4) Mereka mengadakan demonstrasi dan menghantar surat bantahan kepada kerajaan British.

5) Ia mengandungi arahan bahawa tindakan akan diambil terhadap kakitangan kerajaan yang terlibat dalam penentangan karajaan

British. 6) Apabila Rosli Dhobi membunuh Gabenor Sarawak, Duncan Stewart pada 3 Disember 1949.

Page 169: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 162

PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

5.2 – Pakatan Murni Tonton video di sini:

goo.gl/T6PYLu

Usaha yang telah dilakukan oleh penduduk Persekutuan Tanah Melayu untuk mengadakan

Pakatan Murni sebelum penubuhan Parti Perikatan

Pakatan Murni

1. Merupakan usaha semua kaum untuk mewujudkan kerjasama.

2. Menghasilkan satu bentuk tolak ansur politik.

3. Merupakan jalan penyelesaian untuk menyatukan penduduk pelbagai kaum.

4. Setiap kaum mempunyai tuntutan sendiri dan diselesaikan secara rundingan.

Langkah – langkah ke arah Pembentukan Pakatan Murni.

Langkah – langkah

1. Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum di Pulau Pinang.

2. Di peringkat awal, jawatankuasa ini diwakili oleh orang Melayu dan orang Cina sahaja.

3. Jawatankuasa ini kemudiannya diperbesarkan dengan enam orang pemimpin Melayu, enam

orang pemimpin Cina, seorang wakil kaum India, seorang wakil kaum Sri Langka, seorang wakil

kaum Serani dan seorang wakil kaum Eropah.

4. Jawatankuasa telah bersetuju menubuhkan RIDA untuk membantu orang Melayu di luar bandar.

5. Kerakyatan negeri diberi kepada golongan imigran yang lahir di Tanah Melayu dengan syarat ibu

bapa mereka telah menjadi warganegara Tanah Melayu.

6. Dato’ Onn Jaafar mencadangkan UMNO membuka keahlian kepada semua kaum tetapi

cadangannya telah ditolak oleh ahli UMNO.

7. Dato’ Onn Jaafar meninggalkan UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya,

8. Tunku Abdul Rahman menjadi presiden UMNO telah menganjurkan Konvensyen Kebangsaan

bersama MCA.

9. Konvensyen ini kemudiannya telah mengasaskan pembentukan Parti Perikatan.

Kejayaan Parti Perikatan dalam melaksanakan Pakatan Murni

Pelaksanaan

1. Dalam pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur, Parti Perikatan menang 9 dari 12 buah kerusi

yang dipertandingkan.

2. Pilihan raya Majlis Perbandaran di beberapa bandar Parti Perikatan menang 26 dari 37 buah kerusi

yang dipertandingkan.

3. Dalam pilihan raya negeri, Parti Perikatan menang 226 dari 268 buah kerusi yang dipertandingkan.

4. Pada tahun 1955, Parti Perikatan disertai oleh MIC.

5. Pilihan raya Majlis Perundang Persekutuan, Parti Perikatan menang 51 dari 52 buah kerusi yang

dipertandingkan.

6. Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Ketua Menteri Tanah Melayu.

BAB 5

Page 170: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 163

Soalan

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Pakatan Murni?

2. Apakah tujuan Pakatan Murni dibentukkan?

3. Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum(JHAK) telah diperbesarkan dengan penyertaan?

4. JHAK kemudiannya telah bersetuju menubuhkan agensi RIDA. Apakah peranan RIDA?

5. Bagi mewujudkan perpaduan kaum dengan cepat, apakah yang telah dicadangkan oleh Dato’ Onn

Jaafar?

6. Apakah tindakan Dato’ Onn Jaafar apabila cadangannya ditolak oleh ahli UMNO?

7. Apakah tindakan Tunku Abdul Rahman sebaik sahaja dilantik sebagai Presiden UMNO?

8. Dalam pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan tahun 1955, berapa kerusikah dimenangi oleh Parti

Perikatan?

Jawapan:

1) Pakatan Murni merupakan usaha semua kaum untuk mewujudkan kerjasama. 2) Tujuan Pakatan Murni dibentukkan adalah untuk

Menghasilkan satu bentuk tolak ansur politik dan Merupakan jalan penyelesaian untuk menyatukan penduduk pelbagai kaum. 3)

Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum(JHAK) telah diperbesarkan dengan penyertaan enam orang pemimpin Melayu, enam orang

pemimpin Cina, seorang wakil kaum India, seorang wakil kaum Sri Langka, seorang wakil kaum Serani dan seorang wakil kaum Eropah.

4) RIDA berperanan untuk membantu orang Melayu di luar bandar. 5) Dato’ Onn Jaafar mencadangkan UMNO membuka keahlian

kepada semua kaum. 6) Dato’ Onn Jaafar meninggalkan UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya. 7) Sebaik sahaja dilantik

sebagai Presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman menganjurkan Konvensyen Kebangsaan bersama MCA. 8) Dalam pilihanraya Majlis

Perundangan Persekutuan tahun 1955, Parti Perikatan menang 51 dari 52 buah kerusi yang dipertandingkan..

Page 171: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 164

5.2 – Suruhanjaya Reid Tonton video di sini:

goo.gl/LSFWAA

Suruhanjaya Reid

Menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merdeka. Kenyataan ini merujuk kepada

penggubalan perlembagaan baru bagi Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

Isu yang menjadi panduan Suruhanjaya Reid dalam menggubal perlembagaan.

Isu – isu

1. Pembentukan sebuah persekutuan yang kuat.

2. Pemberian kuasa autonomi kepada negeri.

3. Isu kedudukan Raja – raja Melayu.

4. Pengwujudan satu bangsa persekutuan.

Penerimaan cadangan Suruhanjaya Reid menunjukkan wujudnya tolak ansur antara pemimpin

Melayu dan bukan Melayu. Perkara yang dipersetujui oleh pemimpin tersebut:

Perkara –perkara

1. Kerakyatan jus soli

2. Kedudukan istimewa orang Melayu.

3. Islam sebagai agama rasmi.

4. Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan.

Isi – isi penting yang termaktub dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

Isi – isi penting

1. Pembentukan sebuah kerajaan Persekutuan.

2. Diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British.

3. Konsep Raja Berperlembagaan diwujudkan.

4. Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri dibentuk.

5. Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang Melayu,

6. Islam menjadi agama rasmi Persekutuan.

7. Tiga jenis kerakyatan diwujudkan iaitu:

a) Kuat Kuasa Undang – undang

b) Permohonan

c) Naturalisasi

manakala prinsip jus soli diterima.

8. Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan.

9. Yang di – Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

Sebab-sebab Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 dianggap penting kepada negara kita:

Sebab - sebab

1. Membolehkan sebuah kerajaan demokrasi dan konsep raja berperlembagaan dibentuk.

2. Dapat mewujudkan perpaduan antara kaum.

3. Keharmonian dicapai tanpa pertumpahan darah.

4. Perlembagaan memberi hak mutlak kepada rakyat tempatan untuk mentadbir sebuah negara

yang berdaulat.

5. Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi asas kepada Perlembagaan Tanah Melayu

1957.

Page 172: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 165

Soalan

1. Berikan 2 contoh isu yang menjadi panduan Suruhanjaya Reid.

2. Apakah perkara yang dipersetujui oleh pemimpin Melayu dan bukan Melayu?

3. Siapakah yang mengetuai pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu 1957?

4. Siapakah yang menjaga hak istimewa orang Melayu?

5. Nyatakan 3 jenis kerakyatan yang diwujudkan.

6. Berikan 3 contoh mengapa perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 dianggap penting kepada

negara kita.

Jawapan:

1) Antara contoh isu yang menjadi panduan Suruhanjaya Reid ialah pembentukan sebuah persekutuan yang kuat dan pemberian kuasa

autonomi kepada negeri. 2) Perkara yang dipersetujui oleh pemimpin Melayu dan bukan Melayu ialah kerakyatan jus soli, kedudukan

istimewa orang Melayu, islam sebagai agama rasmi dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan. 3) Pentadbiran Persekutuan

Tanah Melayu 1957 diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British. 4) Hak istimewa orang Melayu Pesuruhjaya Tinggi British. 5) Kuat Kuasa

Undang – undang, permohonan dan naturalisasi. 6) Antara 3 contoh ialah sebuah kerajaan demokrasi dan konsep raja berperlembagaan

dibentuk, perwujudan perpaduan antara kaum dan keharmonian dicapai tanpa pertumpahan darah.

Page 173: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 166

PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

6.1 – Cadangan ke arah Pembentukan Malaysia Tonton video di sini:

goo.gl/uYNnDG

Cadangan penubuhan Malaysia oleh tokoh – tokoh dari dalam dan luar negeri.

Tahun Cadangan

1887 Lord Brassey, Pengarah Syarikat Borneo Utara, mencadangkan Negeri – negeri Melayu, Negeri

Selat, Sabah dan Sarawak digabungkan.

1948 Malcom Mac Donald iaitu Gabenor Jeneral Asia Tenggara mencadangkan Sarawak, Sabah,

Singapura, Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu disatukan.

1956 Dato Onn bin Jaafar mencadangkan agar Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka

dinamakan Malaysia kerana beliau yakin satu hari nanti British akan menggabungkan

Sarawak, Sabah, Brunei, Singapura dengan Tanah Melayu.

1955 Lim Yew Hock dan David Marshall mencadangkan penubuhan Malaysia.

1959 Lee Kuan Yew mendesak British berunding dengan Tunku Abdul Rahman untuk

menggabungkan Tanah Melayu dengan Singapura sahaja.

27 Mei

1961

Tunku Abdul Rahman bersetuju dengan Gagasan Malaysia. Persetujuan ini dinyatakan dalam

majlis makan tengah hari anjuran Persatuan Wartawan Luar Negeri di Hotel Adelpi, Singapura.

Soalan

1. Pada tahun 1948, Malcom Mac Donald mencadangkan penubuhan Malaysia dengan gabungan…?

2. Mengapakah Dato Onn mencadangkan Tanah Melayu untuk dinamakan Malaysia pada hari

kemerdekaan tahun 1956?

3. Tahun 1959, Lee Kuan Yew mendesak British berunding dengan Tunku Abdul Rahman. Apakah tujuan

desakan tersebut?

4. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman bersetuju dengan gagasan Malaysia. Dimanakah persetujuan

itu dinyatakan?

5. Sebutkan nama-nama tokoh yang pernah mencadangkan penubuhan Malaysia.

Jawapan:

1) Malcom Mac Donald mencadangkan penubuhan Malaysia dengan gabungan Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan Persekutuan

Tanah Melayu. 2) Dato Onn mencadangkan Tanah Melayu untuk dinamakan Malaysia kerana beliau yakin satu hari nanti British akan

menggabungkan Sarawak, Sabah, Brunei, Singapura dengan Tanah Melayu. 3) Tujuannya ialah untuk menggabungkan Tanah Melayu

dengan Singapura sahaja. 4) Persetujuan itu dinyatakan di Hotel Adelpi, Singapura. 5) Lord Brassey, Malcom Mac Donald, Dato Onn bin

Jaafar, Lim Yew Hock, David Marshall, Lee Kuan Yew dan Tunku Abdul Rahman.

BAB 6

Page 174: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 167

6.2 - Faktor Faktor Pembentukan Malaysia

Tonton video di sini:

goo.gl/R1dV7J

Faktor yang mendorong cadangan penubuhan Malaysia

Faktor – faktor

1. Penubuhan Malaysia diharap akan menjadi benteng untuk menghadapi ancaman komunis

kerana pengalaman Tanah Melayu membanteras komunis semasa darurat.

2. Dapat mempercepatkan kemerdekaan Sabah dan Sarawak kerana mereka belum mampu

berkerajaan sendiri.

3. Merupakan satu proses dekolonisasi British terhadap negara – negara di Asia Tenggara.

4. Perhimpunan Agung PBB tahun 1960 telah membuat usul agar tanah jajahan dimerdekakan.

5. Penubuhan Malaysia dapat mewujudkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian.

6. Sumber ekonomi Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Brunei dapat dimanfaatkan untuk

mengukuhkan ekonomi.

7. Dengan kemasukan Sabah, Sarawak dan Brunei dapat mengimbangkan kadar pertumbuhan

kaum.

8. Memperlihatkan kesepakatan antara Tanah Melayu dengan Sabah, Sarawak dan Singapura.

Soalan

1. Apakah faktor pendorong penubuhan Malaysia dari segi keselamatan Negara?

2. Apakah kepentingan penubuhan Malaysia kepada Sabah dan Sarawak?

3. Apakah usul Perhimpunan Agung PBB 1960?

4. Mengapakah penubuhan Malaysia dikatakan akan mengukuhkan ekonomi?

Jawapan:

1) Faktor pendorong penubuhan Malaysia dari segi keselamatan Negara ialah menjadi benteng untuk menghadapi ancaman komunis

kerana pengalaman Tanah Melayu membanteras komunis semasa darurat. 2) Kepentingannya ialah mempercepatkan kemerdekaan

Sabah dan Sarawak kerana mereka belum mampu berkerajaan sendiri. 3) Usul Perhimpunan Agung PBB 1960 ialah agar tanah jajahan

dimerdekakan. 4) Penubuhan Malaysia dikatakan akan mengukuhkan ekonomi kerana dapat mewujudkan pelaburan dan

perkembangan industri pertanian.

Page 175: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 168

6.3 - Reaksi Terhadap Pembentukan Malaysia

Tonton video di sini:

goo.gl/kL4iTA

Reaksi parti politik di Tanah Melayu, Sabah, Sarawak terhadap penubuhan Malaysia.

Reaksi – reaksi

1. Di Tanah Melayu kebanyakan parti politik meyokong tetapi pendekatannya berbeza. Parti PAS

dan Barisan Sosialis mahu idea ini dirunding terlebih dahulu di kalangan penduduk tempatan.

UMNO pula mahukan gabungan Sabah, Sarawak dan Brunei sahaja tanpa Singapura.

2. Di Sabah, pada bulan September 1961 parti politik Sabah membentuk Parti Perikatan Sabah yang

terdiri dari parti UNKO, USNO, Parti Momogun, Parti Bersatu dan Parti Demokratik. Kesemua parti ini

menyokong penyertaan Sabah ke dalam Malaysia.

3. Di Sarawak, di peringkat awal parti politik Sarawak menentang kerana inginkan kemerdekaan

terlebih dahulu. Pada bulan Oktober 1962, lima buah parti iaitu PANAS, SNAP, BERJASA, SCA dan

PESAKA membentuk Parti Perikatan Sarawak dan menyokong menyertai Malaysia. Hanya parti

SUPP yang menentang.

Soalan

1. Apakah reaksi parti PAS dan Barisan Sosialis tehadap cadangan penubuhan Malaysia?

2. Apakah reaksi parti UMNO terhadap cadangan penubuhan Malaysia?

3. Di Sabah, terbentuknya Parti Perikatan Sabah dengan gabungan pelbagai parti. Apakah reaksi parti-

parti ini mengenai penubuhan Malaysia?

4. Mengapakah parti-parti politik menentang kemasukan Sarawak ke dalam Malaysia pada peringkat

awal?

Jawapan:

1) Reaksinya ialah mahu idea ini dirunding terlebih dahulu di kalangan penduduk tempatan. 2) Reaksinya ialah mahukan gabungan

Sabah, Sarawak dan Brunei sahaja tanpa Singapura. 3) Reaksi parti – parti ini ialah menyokong penyertaan Sabah ke dalam Malaysia. 4)

Parti-parti politik menentang kerana inginkan kemerdekaan terlebih dahulu.

Page 176: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 169

6.4 - Reaksi Sabah Dan Sarawak Terhadap

Pembentukan Malaysia Tonton video di sini:

goo.gl/kZ1s9F

Tuntutan Sabah dan Sarawak sebagai syarat menyertai Malaysia.

Tuntutan – tuntutan

1. Perkara 20 menyenaraikan tuntutan Sabah dan Sarawak untuk dimasukkan ke dalam

Perlembagaan Malaysia yang baharu oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK).

2. Tuntutan ini akan memberi perlindungan hak dan kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak.

3. Memasukkan hak wilayah asingan dalam pembentukan perlembagaan Malaysia.

4. Antara hak wilayah asingan ialah

a) Ketua Negeri

b) Bahasa Kebangsaan

c) Agama Islam

d) Kedudukan istimewa penduduk peribumi

e) Imigresen

f) Kerakyatan

g) Peruntukan kewangan

h) Pelajaran

Sebab – sebab parti politik dari Sabah dan Sarawak bersetuju menjadi sebahagian dari negara

Malaysia.

Sebab – sebab

1. Kerajaan British dan Persekutuan Tanah Melayu mempertimbangkan pandangan dan permintaan

penduduk Sabah dan Sarawak.

2. Sikap toleransi yang ditunjukkan oleh pemimpin dari Tanah Melayu seperti

a) Tunku Abdul Rahman

b) Tun V.T. Sambanthan

c) Tun Tan Siew Sin

3. Kerjasama dari pemimpin Sabah dan Sarawak seperti

a) Datu Mustapha Datu Harun

b) Temenggung Jugah

c) Donald Stephen

d) Ong Kee Hui

e) Stephen Kalong Ningkan

Soalan

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Perkara 20?

2. Apakah antara tuntutan Sabah dan Sarawak dalam menyertai Malaysia?

3. Sikap toleransi pemimpin Tanah Melayu telah mendorong kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam

Malaysia. Siapakah antara pemimpin tersebut?

4. Di Sabah dan Sarawak juga wujudnya kerjasama antara pemimpin. Ini termasuk pemimpin seperti...?

Page 177: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 170

6.5 - Reaksi Brunei Terhadap Penubuhan Malaysia Tonton video di sini:

goo.gl/4s5J7L

Reaksi yang berlaku di Brunei mengenai penubuhan Malaysia.

Reaksi – reaksi

1. Di peringkat awal Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong gagasan Malaysia.

2. Parti Rakyat Brunei menentang gagasan Malaysia kerana mereka berhasrat ingin menubuhkan

Persekutuan Borneo dengan gabungan Brunei, Sabah dan Sarawak.

3. Parti Rakyat Brunei juga beranggapan gagasan Malaysia merupakan satu bentuk

neokolonialisme.

4. Sultan Brunei dan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri, menangguh untuk menyertai

gagasan Malaysia.

5. AM Azahari melancarkan pemberontakan di bawah Tentera Nasionalis Kalimantan Utara yang

Jawapan:

1) Perkara 20 menyenaraikan tuntutan Sabah dan Sarawak untuk dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia yang baharu oleh

Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK). 2) Antara tuntutan Sabah dan Sarawak ialah kemasukkan hak wilayah asingan dalam

pembentukan perlembagaan Malaysia seperti Ketua Negeri, Bahasa kebangsaan, agama Islam, kedudukan istimewa penduduk

peribumi, imigresen, kerakyatan, peruntukan kewangan dan pelajaran. 3) Antara pemimpin tersebut ialah Tunku Abdul Rahman, Tun

V.T. Sambanthan dan Tun Tan Siew Sin. 4) Pemimpin seperti Datu Mustapha Datu Harun, Temenggung Jugah, Donald Stephen, Ong Kee

Hui dan Stephen Kalong Ningkan.

Page 178: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 171

ditubuh di beberapa buah bandar di Brunei, Sabah dan Sarawak. Beliau juga mendapat bantuan

dari Indonesia dan Filipina.

6. Pemberontakan AM. Azahari telah berjaya dipatahkan dengan bantuan tentera British. Beliau

kemudiannya melarikan diri ke Manila dan kemudiannya mendapat perlindungan di Indonesia.

Soalan

1. Siapakah pemimpin Brunei yang menyokong penubuhan Malaysia pada peringkat awal?

2. Mengapakah Parti Rakyat Brunei menentang kemasukan Brunei ke dalam Malaysia?

3. Apakah anggapan Parti Rakyat Brunei terhadap gagasan Malaysia?

4. Apakah tindakan Sultan Brunei apabila Parti Rakyat Brunei menentang kemasukan Brunei ke dalam

Malaysia?

5. Apakah tindakan AM Azahari apabila Sultan Omar Ali Saifuddin tidak membatalkan kemasukan Brunei

ke dalam Malaysia?

6. Mengapakah pemberontakan AM Azahari akhirnya gagal?

Jawapan:

1) Pemimpin Brunei tersebut ialah Sultan Omar Ali Saifuddin. 2) Parti Rakyat Brunei menentang kerana mereka berhasrat ingin

menubuhkan Persekutuan Borneo dengan gabungan Brunei, Sabah dan Sarawak. 3) Anggapan Parti Rakyat Brunei ialah mereka

beranggapan gagasan Malaysia merupakan satu bentuk neokolonialisme. 4) Sultan Brunei dan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan

Negeri, menangguh untuk menyertai gagasan Malaysia. 5) AM Azahari melancarkan pemberontakan di bawah Tentera Nasionalis

Kalimantan Utara yang ditubuh di beberapa buah bandar di Brunei, Sabah dan Sarawak. 6) Pemberontakan AM Azahari akhirnya gagal

kerana pemberontakannya berjaya dipatahkan dengan bantuan tentera British.

Page 179: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 172

6.6 - Reaksi Filipina Terhadap Penubuhan Malaysia Tonton video di sini:

goo.gl/KMfbF4

Reaksi Filipina terhadap pembentukan Malaysia:

Reaksi – reaksi

Tuntutan Kerajaan Filipina pimpinan Presiden Macapagal menuntut hak ke atas Sabah pada Jun

1962. Tuntutan ini berdasarkan pajakan antara Sultan Jamalul Alam dengan Voron Von

Overback.

Jual Overback kemudiannya menjual haknya kepada Alfred Dent. Alfred Dent kemudiannya

mendapat Piagam Diraja dari British. Tahun 1881, Syarikat Borneo Utara (SBUB)

ditubuhkan. SBUB memerintah Sabah sehingga kedatangan Jepun.

Serah Tahun 1946, SBUB menyerahkan pemerintahan Sabah kepada kerajaan British.

Batal Pada 22 Januari 1958, Sultan Esmail Kiram, waris terakhir Sultan Sulu mengistiharkan

pajakan ke atas Sabah di tamatkan.

Ikhtiraf Pada Jun 1966, Filipina telah mengikhtiraf penubuhan Malaysia. Pengikhtirafan ini

diberikan menerusi usaha membaiki hubungan melalui pertubuhan MAPHILINDO

(Malaysia, Filipina dan Indonesia.)

Soalan

1. Mengapakah Presiden Macapagal Filipina menuntut hak ke atas Sabah?

2. Setelah Jepun tewas dalam Perang Dunia Kedua, apakah yang berlaku ke atas Sabah?

3. Apakah yang telah diisytiharkan oleh Sultan Esmail Kiram, waris Sultan Sulu, pada 22 Januari 1958?

4. Pada Jun 1966, Filipina mengikhtiraf penubuhan Malaysia menerusi…?

Jawapan:

1) Presiden Macapagal Filipina menuntut hak ke atas Sabah kerana berdasarkan pajakan antara Sultan Jamalul Alam dengan Voron Von

Overback. 2) SBUB menyerahkan pemerintahan Sabah kepada kerajaan British. 3) Sultan Esmail Kiram mengistiharkan pajakan ke atas

Sabah di tamatkan. 4) Filipina mengikhtiraf penubuhan Malaysia menerusi usaha membaiki hubungan melalui pertubuhan

MAPHILINDO.

Page 180: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 173

6.7 - Reaksi Indonesia Terhadap Penubuhan Malaysia Tonton video di sini:

goo.gl/xE7hwy

Tindakan yang diambil oleh Indonesia untuk menentang pembentukan Malaysia.

Tindakan Huraian

Tentangan Indonesia berpendapat pembentukan Malaysia merupakan satu bentuk neokolonisme.

PKI Parti Komunis Indonesia mempengaruhi Presiden Soekarno mengistiharkan konfrontasi.

Konsep “Ganyang Malaysia” diumumkan pada 20 Januari 1963.

Intip Menghantar pengintip ke Tanah Melayu untuk memusnahkan gagasan Malaysia dari

dalam secara sulit.

Gangguan Berlakunya serangan ke atas kapal – kapal nelayan di Tanah Melayu dan

pencerobohan ruang udara.

Serangan Mereka kemudiannya melancarkan serangan melalui Johor, Sabah dan Sarawak.

Memburukkan Indonesia kemudiannya memburukkan nama Malaysia di negara Afro – Asia dan

negara Dunia Ketiga.

Tindakan Malaysia untuk menghadapi ancaman dari Indonesia.

Tindakan Huraian

Bantuan Malaysia mendapat bantuan daripada tentera Komanwel seperti Britain, Australia, New

Zealand dan Kanada.

Bantahan Tunku Abdul Rahman menghantar surat bantahan kepada Setiausaha Agung PBB

berhubung dengan pencerobohan Indonesia terhadap Tanah Melayu, Sabah dan

Sarawak.

Lawatan Tun Abdul Razak mengadakan lawatan ke negara – negara Afrika menjelaskan

kedudukan sebenar hubungan diplomatik antara Indonesia dengan Malaysia.

Rundingan Satu rundingan diadakan antara Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan menubuhkan

MAPHILINDO untuk menyelesaikan masalah.

Soalan

1. Mengapakah Indonesia menentang penubuhan Malaysia?

2. Presiden Indonesia mengisytiharkan konfrantasi terhadap Malaysia dengan konsep…?

3. Apakah tujuan Indonesia menghantar pengintip ke Tanah Melayu?

4. Tindakan penentangan Indonesia terhadap Malaysia semakin agrasif. Buktikan.

5. Apakah tindakan Malaysia bagi menghadapi pencerobohan tentera Indonesia?

6. Apakah tujuan Tun Abdul Razak mengadakan lawatan ke negara-negara Afrika?

7. Apakah tindakan Tunku Abdul Rahman untuk menyelesaikan tentangan Indonesia?

Jawapan:

1) Indonesia menentang penubuhan Malaysia kerana Indonesia berpendapat pembentukan Malaysia merupakan satu bentuk

neokolonisme. 2) Presiden Indonesia mengisytiharkan konfrantasi terhadap Malaysia dengan konsep Ganyang Malaysia. 3) Tujuan

Indonesia ialah untuk memusnahkan gagasan Malaysia dari dalam secara sulit. 4) Antara buktinya ialah Indonesia melakukan serangan

ke atas kapal – kapal nelayan di Tanah Melayu dan pencerobohan ruang udara. 5) Tindakan Malaysia ialah mendapat bantuan daripada

tentera Komanwel seperti Britain, Australia, New Zealand dan Kanada. 6) Tujuan Tunku Abdul Razak ialah untuk menjelaskan kedudukan

sebenar hubungan diplomatik antara Indonesia dengan Malaysia. 7) Tindakan Tunku Abdul Rahman adalah mengadakan satu rundingan

antara Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan menubuhkan MAPHILINDO.

Page 181: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 174

6.8 - Reaksi Singapura Terhadap Penubuhan Malaysia Tonton video di sini:

goo.gl/uOYLWC

Reaksi yang berlaku di Singapura mengenai penubuhan Malaysia.

Reaksi – reaksi

1. Pada Disember 1961, Majlis Undangan Negeri Singapura meluluskan penggabungan Singapura

dengan Malaysia.

2. Lee Kuan Yew pemimpin Parti Tindakan Rakyat menyokong gabungan dengan Tanah Melayu

kerana bimbang dengan pengaruh Parti Barisan Sosialis yang kuat.

3. Barisan Sosialis menentang pembentukan Malaysia kerana beranggapan ianya merupakan satu

bentuk penjajahan baru.

4. Parti Buruh pimpinan David Marshall juga menentang penyertaan Singapura ke dalam Malaysia.

5. Parti Rakyat Bersatu pimpinan Ong Eng Guan mahukan kerajaan Singapura mendapatkan

pandangan rakyat.

6. Satu referendum mengenai penggabungan diadakan pada 1 September 1962. Dalam

referendum tersebut majoriti pengundi Singapura memilih penggabungan diadakan.

Soalan

1. Mengapakah Parti Tindakan Rakyat Singapura pimpinan Lee Kuan Yew menyokong gabungan

Singapura dengan Tanah Melayu?

2. Mengapakah Parti Barisan Sosialis menentang penubuhan Malaysia?

3. Apakah reaksi Parti Rakyat Bersatu terhadap penubuhan Malaysia?

4. Satu referendum mengenai penggabungan diadakan. Apakah keputusan referendum tersebut?

Jawapan:

1) Parti Tindakan Rakyat Singapura pimpinan Lee Kuan Yew menyokong gabungan Singapura dengan Tanah Melayu kerana bimbang

dengan pengaruh Parti Barisan Sosialis yang kuat. 2) Parti Barisan Sosialis menentang penubuhan Malaysia kerana beranggapan ianya

merupakan satu bentuk penjajahan baru. 3) Reaksi Parti Rakyat Bersatu terhadap penubuhan Malaysia ialah mahukan kerajaan

Singapura mendapatkan pandangan rakyat. 4) Keputusan referendum tersebut ialah Singapura memilih penggabungan diadakan.

Page 182: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 175

6.9 - Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum Dan

Suruhanjaya Cobbold Tonton video di sini:

goo.gl/bHLey9

Tokoh – tokoh yang menganggotai Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum.

Tokoh – tokoh

1. Donald Stephens

2. Tunku Abdul Rahman

3. Ong Yoke Lin

4. Lee Kuan Yew

5. Tun Datu Mustapha Datu Harun

Peranan yang telah dimainkan oleh Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum pada tahun 1961.

Peranan – peranan

1. JPPK berperanan menerangkan kepada orang ramai tentang gagasan Malaysia.

2. Mengumpulkan pandangan dan menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia.

3. JPPK telah bermesyuarat sebanyak 4 kali iaitu di Jesselton (Sabah), Kuching (Sarawak), Kuala Lumpur

dan Singapura.

4. Pada Februari 1962, mereka menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold.

5. Memorandum ini mengandungi permintaan dan pandangan masyarakat Sabah dan Sarawak untuk

dimasukkan ke dalam perlembagaan baru.

Peranan Suruhanjaya Cobbold yang dibentuk oleh kerajaan British.

Huraian

Anggota Pegawai British, Lord Cobbold, Anthony Abell dan David Watherston. Rakyat tempatan,

Dato Wong Pow Nee dan Tan Sri Ghazali Shafie.

Tujuan Suruhanjaya ini bertujuan meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang

penubuhan Malaysia, membuat penilaian dan mengemukakan cadangan.

Laporan Suruhanjaya ini telah membuat laporan iaitu 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak

menyokong tanpa syarat, 1/3 menyokong dengan syarat kepentingan mereka dilindungi

dan 1/3 mahu merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia.

Cadangan a) Perlembagaan Malaysia harus berteraskan Perlembagaan Tanah Melayu

b) Sabah dan Sarawak berkuasa menentukan dasar imigresennya

c) Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan

d) Jaminan hak dan kedudukan bumiputera Sabah dan Sarawak

e) Tarikh penubuhan Malaysia

Soalan

1. Apakah matlamat utama Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum diwujudkan?

2. Dimanakah Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum telah mengadakan mesyuarat sebanyak

empat kali?

3. Siapakah yang mengetuai Suruhanjaya Cobbold?

4. Apakah tujuan utama Suruhanjaya Cobbold dibentukkan?

5. Apakah keputusan yang diperolehi oleh Suruhanjaya Cobbold?

Page 183: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 176

Jawapan:

1) Matlamat utama Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum diwujudkan ialah untuk menerangkan kepada orang ramai tentang

gagasan Malaysia. 2) Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum telah mengadakan mesyuarat sebanyak empat kali di Jesselton

(Sabah), Kuching (Sarawak), Kuala Lumpur dan Singapura. 3) Suruhanjaya Cobbold diketuai oleh Lord Cobbold. 4) Tujuan utama

Suruhanjaya Cobbold dibentukkan ialah meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang penubuhan Malaysia, membuat

penilaian dan mengemukakan cadangan. 5) keputusan yang diperolehi oleh Suruhanjaya Cobbold ialah 1/3 penduduk Sabah dan

Sarawak menyokong tanpa syarat, 1/3 menyokong dengan syarat kepentingan mereka dilindungi dan 1/3 mahu merdeka dahulu

sebelum menyertai Malaysia.

Page 184: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 177

Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia

7.1 – MAKSUD PERLEMBAGAAN DAN DEMOKRASI

BERPARLIMEN Tonton video di sini:

goo.gl/OqaOAX

Aspek Ciri-ciri

Maksud

Perlembagaan

a. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada

pembentukan sesebuah kerajaan. b. Perlembagaan merangkumi prinsip dan peraturan sebagai panduan kepada

kerajaan untuk melaksanakan kuasa mentadbir negara. – Sesesiapa yang dipilih oleh rakyat menjadi kerajaan atau pemerintah maka

mereka akan menggunakan Perlembagaan sebagai bantuan untuk mentadbir

negara. c. Parti politik yang memerintah mendapat panduan hala tuju pentadbiran negara,

menjamin, dan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat.

Maksud

demokrasi

berparlimen

dan raja

berperlemba-

gaan

a. Demokrasi bermaksud rakyat melibatkan diri dalam pemerintahan negara.

b. Rakyat berpeluang membentuk kerajaan dan berhak menukar kerajaan dalam

pilihanraya – Negara mengamalkan sistem Demokrasi

c. Pilihanraya diadakan untuk memilih Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan

Undangan Negeri.

– Ahli Dewan Rakyat: memilih pemimpin negara – Ahli parlimen

– Ahli Dewan Undangan Negeri – pemimpin yang dipilih untuk mentadbir negeri.

d. Kuasa pemerintahan terbahagi kepada tiga – Badan Perundangan, Badan

Pelaksana, Badan Kehakiman.

e. Perdana Menteri menjadi ketua kerajaan.

f. Parlimen berperanan menggubal undang-undang – memperkenalkan undang

yang baru, menambah dan mengubahsuai

g. Parti politik ditubuhkan untuk menyatu dan memelihara kepentingan kaum

masing-masing.

h. Raja merupakan pemerintah tertinggi negara dan negeri.

i. Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.

j. Pemerintahannya dibantu oleh Perdana Menteri.

Sebab

perlembagaan

negara

dianggap luhur

(tinggi)

a. Perlembagaan Malaysia mengatasi kuasa Yang di-Pertuan Agong, Parlimen,

Jemaah Menteri dan Mahkamah.

b. Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong tertakluk kepada perlembagaan.

c. Ada perkara-perkara tertentu Agong tidak boleh buat kerana ada peraturan dan

undang.

d. Parlimen memperolehi kuasa daripada perlembagaan.

e. Semua undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan adalah tidak

sah.

f. Perkara 75 dalam perlembagaan menyatakan undang-undang negeri yang

bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dengan

sendirinya.

g. Perlembagaan memperuntukkan kuasa kepada mahkamah untuk membatalkan

akta yang diluluskan di luar kuasa parlimen.

BAB 7

7 7 7

Page 185: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 178

Soalan

1. Apakah maksud perlembagaan?

2. Apakah tujuan perlembagaan ditulis?

3. Apakah maksud demokrasi berparlimen?

4. Di Malaysia, apakah tujuan pilihanraya diadakan?

5. Sistem pemerintahan negara kita terbahagi kepada tiga badan iaitu…?

6. Siapakah yang berkuasa menggubal undang-undang negara kita?

7. Apakah bukti perlembagaan negara dianggap luhur?

Jawapan:

1. Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan. 2. Tujuan

perlembagaan ditulis untuk memastikan parti politik yang memerintah mendapat panduan hala tuju pentadbiran negara, menjamin, dan

menunaikan tanggungjawab kepada rakyat. 3. Demokrasi berpalimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam pemerintahan negara dan

rakyat berpeluang membentuk kerajaan dan berhak menukar kerajaan dalam pilihanraya. 4. Pilihanraya diadakan untuk memilih Ahli

Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri. 5. Sistem pemerintahan negara kita terbahagi kepada tiga badan iaitu Badan

Perundangan, Badan Pelaksana, Badan Kehakiman. 6. Parlimen yang berkuasa menggubal undang-undang negara kita. 7. Bidang kuasa

Yang di-Pertuan Agong tertakluk kepada perlembagaan dan ada perkara-perkara tertentu Agong tidak boleh buat kerana ada peraturan

dan undang.

Page 186: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 179

7.2 – PINDAAN PERLEMBAGAAN PART 1 Tonton video di sini:

goo.gl/3NzjGO

Soalan

1. Perkara yang tidak boleh dipinda dalam perlembagaan Malaysia

a. Pemerintahan beraja sebagai ketua negara dan negeri.

b. Parlimen tidak boleh menghapuskan sistem pemerintahan beraja.

c. Agama Islam sebagai agama rasmi negara.

d. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

e. Hak istimewa orang Melayu dan pemberian jawatan dalam perkhidmatan awan, biasiswa,

kemudahan pendidikan, pemberian lesen perniagaan dan perdagangan.

2. Sebab perlembagaan negara perlu dipinda dari masa ke semasa

a. Untuk melindungi kepentingan rakyat dan negara.

b. Untuk melicinkan pentadbiran negara.

c. Supaya sentiasa releven dan sesuai dengan keperluan semasa.

d. Menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah dan kandungannya dipatuhi

rakyat dengan rela hati.

e. Melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka.

– kebebasan untuk bersurai tetapi tidak boleh mempersoalkan agama, bangsa dan kaum orang lain.

f. Mengelakkan individu dari bercakap sewenang-wenangnya.

g. Mengelakkan perbalahan kaum.

h. Memelihara keselamatan, ketenteraman dan keharmonian masyarakat berbilang kaum.

3. Contoh pindaan perlembagaan

a. Akta Hasutan: -

Akta hasutan telah dipinda bagi menghadkan seseorang individu dari bercakap sewenang-

wenangnya ke atas perkara sensitif. Tujuannya untuk menjaga perpaduan kaum, memelihara

keselamatan dan ketenteraman.

- mengelakkan Kes 916 berulang

- Sebagai rakyat Malaysia tidak boleh menghinakan bangsa, kaum, agama orang lain supaya Kes

916 tidak akan belaku lagi.

b. Imuniti:

Pemansuhan imuniti (kekebalan) bagi Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu yang

memerintah negeri dari kesalahan jenayah.

Page 187: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 180

7.2 – PINDAAN PERLEMBAGAAN PART 2 Tonton video di sini:

goo.gl/lXOgvt

Kaedah Cara pindaan perlembagaan boleh dilakukan di Parlimen

Pertama

Persetujuan lebih suara dua pertiga (2/3) Dewan Parlimen dan dipersetujui oleh Majlis

Raja-raja. Antaranya:-

Tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja Melayu. (Raja-raja mempunyai imuniti dan sistem

tersebut tidak boleh dipinda)

Kewarganegaraan.

Keutamaan Yang di-Pertuan Agong & Raja Permaisuri Agong, Raja-Raja dan Yang di-

Pertuan Negeri.

Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.

Perubahan sempadan negeri.

Kedua

Persetujuan majoriti dua pertiga (2/3) Dewan Parlimen dan kelulusan Yang Dipertuan

Negeri Sabah & Sarawak. Antaranya:-

Keanggotaan dan bidang kuasa mahkamah Sabah & Sarawak

Hak dari kuasa kerajaan negeri untuk menahan kemasukan orang yang bukan dari

Sabah dan Sarawak (Akta Imigresen 1961 – Akta yang wujud dalam Sabah &

Sarawak sahaja: kerajaan boleh menghalang sesiapa yang didapati akan menimbul

masalah seperti perpaduan kaum terhadap rakyat Sabah dan Sarawak masuk ke

negeri Sabah dan Sarawak walaupun orang tersebut adalah rakyat Malaysia.

Perkara perundangan dan pemerintahan kuasa negeri, agama, bahasa dan hak

istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.

Ketiga

Persetujuan lebih suara dua pertiga (2/3) Dewan Parlimen.

Tidak perlu mendapat kelulusan dari Majlis Raja-Raja dan Yang Dipertuan Negeri Sabah

& Sarawak.

Perkara-perkara yang tidak disebut dalam mana-mana tiga kaedah pindaan.

Keempat

Persetujuan lebih suara Dewan Parlimen (tidak memerlukan 2/3 Dewan Parlimen).

Antaranya:

Pindaan Jadual 2,6 & 7, Bhg III tentang kewarganegaraan, bentuk sumpah, ikhrar,

pemilihan, dan persaraan Ahli Dewan Negara serta persempadanan pilihanraya.

Perkara 74, pindaan boleh dibuat berkaitan Senarai Persekutuan dan Senarai

Bersama

Perkara 76, Parlimen boleh membuat undang-undang dalam Senarai Negeri yang

melibatkan pelaksanaan persetian atau konvensyen antara persekutuan dengan

mana-mana negeri lain.

Page 188: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 181

Soalan

1. Bagaimanakah pindaan perlembagaan dibuat dengan kaedah pertama?

2. Berikan 3 contoh perkara yang boleh dipinda dengan kaedah pertama.

3. Bagaimanakah pindaan perlembagaan dibuat dengan cara kaedah kedua?

4. Berikan 2 contoh perkara yang boleh dipinda dengan kaedah kedua.

5. Bagaimanakah pindaan perlembagaan dibuat dengan kaedah ketiga?

6. Bagaimanakah pindaan perlembagaan dibuat dengan kaedah keempat?

Jawapan:

1. Dalam pindaan perlembagaan dibuat dengan kaedah pertama ia perlu dipersetujukan oleh lebih suara dua pertiga (2/3) Dewan

Parlimen dan dipersetujui oleh Majlis Raja-raja. 2. Antara contoh ialah tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja Melayu, Kewarganegaraan dan

keutamaan Yang diPertuan Agong & Raja Permaisuri Agong, Raja-Raja dan Yang diPertuan Negeri. 3. Pindaan perlembagaan yang

dibuat dengan cara kaedah kedua memerlukan persetujuan majoriti dua pertiga (2/3) Dewan Parlimen dan kelulusan Yang Dipertuan

Negeri Sabah & Sarawak. 4. Antara contoh ialah Keanggotaan dan bidang kuasa mahkamah Sabah & Sarawak dan hak dari kuasa

kerajaan negeri untuk menahan kemasukan orang yang bukan dari Sabah dan Sarawak. 5. Pindaan perlembagaan yang dibuat dengan

kaedah ketiga memerlukan persetujuan lebih suara dua pertiga (2/3) Dewan Parlimen. 6. Pindaan perlembagaan yang dibuat dengan

kaedah keempat memerlukan Persetujuan lebih suara Dewan Parlimen.

Page 189: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 182

7.3 – YANG DIPERTUAN AGONG PART 1 Tonton video di sini:

goo.gl/gR3mIq

Aspek Ciri-ciri

Pengenalan

tentang Yang

Di-Pertuan

Agong

a. Merupakan jawatan ketua negara yang diwujudkan sejak tahun 1957 (sejak

merdeka).

b. Baginda menjadi simbol keutuhan dan perpaduan rakyat di negara ini.

- Rakyat diajar supaya taat setia kepada raja dan negara.

c. Yang Di-Pertuan Agong bertindak mengikut Perlembagaan Malaysia dan nasihat

Perdana Menteri.

- dalam kes untuk memecat menteri lain

d. Baginda tidak boleh bertindak sendirian kecuali dalam perkara tertentu yang

memerlukan budi bicara baginda untuk membuat keputusan.

e. Yang di-Pertuan Agong dipilih dari sembilan buah Negeri Melayu secara bergilir-

gilir selama 5 tahun.

- Yang Di-Pertuan Agong yang pertama berasal dari Negeri Sembilan

- Yang kedua dari Selangor

- Yang ketiga dari negeri Perlis

- Yang keempat dari Terengganu

- Yang kelima dari Kedah

- Yang keenam dari Kelantan

- Yang ketujuh dari Pahang

- Yang kelapan dari Johor

- Yang kesembilan dari negeri Perak.

- Yang kesepuluh balik ke Negeri Sembilan

f. Pemilihan Yang Di-Pertuan Agong dibuat oleh Majlis Raja-Raja mengikut

peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.

Soalan

1. Bilakah jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan?

2. Bagaimanakah cara pemilihan jawatan Yang di-Pertuan Agong dijalankan?

3. Siapakah yang memilih Yang di-Pertuan Agong?

Jawapan:

1.Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan sejak tahun 1957.

2.Yang di-Pertuan Agong dipilih dari sembilan buah Negeri Melayu secara bergilir-gilir selama 5 tahun.

3.Majlis Raja-Raja yang memilih Yang Di-Pertuan Agong mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.

Page 190: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 183

7.3 – YANG DIPERTUAN AGONG PART 2 Tonton video di sini:

goo.gl/GYkFmq

Aspek Ciri-ciri

Bidang kuasa

Yang Di-

Pertuan Agong

a. Ketua:-

Sebagai ketua negara Yang DiPertuan Agong mengetuai tiga badan iaitu Badan

Perundangan (parlimen), Badan Pelaksana (menteri), dan Badan Kehakiman.

b. Parlimen:-

Yang DiPertuan Agong berkuasa memanggil dan membuburkan Parlimen.

Apabila Yang DiPertuan Agong telah membuburkan parlimen, pilihanraya akan

bermula untuk memilih ahli parlimen yang terbaru.

c. Tentera:-

Baginda merupakan ketua tertinggi angkatan bersenjata. Baginda berkuasa

mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan

yang dibicarakan di Mahkamah Tentera.

d. Keistimewaan:-

Baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara hak keistimewaan orang

Melayu.

e. Mesyuarat:-

Baginda boleh menitahkan Majlis Raja-Raja bermesyurat sekiranya diperlukan

bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan

Raja-Raja Melayu.

f. Agama:-

Yang diPertuan Agong merupakan ketua agama Islam bagi negeri baginda

sendiri dan di Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak.

g. Menteri:-

Yang diPertuan Agong mempunyai kuasa dan budi bicara melantik Perdana

Menteri. Baginda berkuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri

dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri.

h. Darurat:-

Yang diPertuan Agong berkuasa mengisytiharkan undang-undang darurat di

bawah “Undang-undang X” jika mendapati keselamatan negara terancam.

Rakyat tidak dibenarkan untuk keluar dari rumah dalam masa yang ditetapkan

i. Perlantikan:-

Baginda berkuasa melantik Pengerusi dan 3 orang Ahli Suruhanjaya Pilihanraya,

Ahli Perkhidmatan Kehakiman, Pengerusi & Timbalan Pengurusi Suruhanjaya

Perkhidmatan Awam, Peguam Negara, Ketua Audit Negara, dan mentauliahkan

duta-duta negara kita.

Soalan

1. Sebagai ketua Negara, Yang diPertuan Agong mengetuai tiga badan. Nyatakan tiga badan ini.

2. Apakah bidang kuasa Yang diPertuan Agong?

3. Sebagai ketua tertinggi angkatan bersenjata, apakah bidang kuasa Yang diPertuan Agong?

4. Yang diPertuan Agong merupakan ketua agama Islam di…?

Jawapan:

1. Yang DiPertuan Agong mengetuai tiga badan iaitu Badan Perundangan, Badan Pelaksana, dan Badan Kehakiman. 2. Yang DiPertuan

Agong berkuasa memanggil dan membuburkan Parlimen. 3. Baginda berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman

terhadap kesalahan yang dibicarakan di Mahkamah Tentera. 4. Yang diPertuan Agong merupakan ketua agama Islam bagi negeri baginda

sendiri dan di Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak.

Page 191: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 184

7.4 – BADAN PERUNDANGAN Tonton video di sini:

goo.gl/kpIvI9

Aspek Ciri-ciri

Pengenalan

tentang

Parlimen

a. Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal

undang-undang di negara kita.

b. Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan

Rakyat.

Ciri Dewan

Negara

a. Dewan Negara merupakan dewan yang tertinggi dalam pemerintahan negara

kita.

b. Mempunyai 69 orang ahli yang juga digelar sebagai Senator.

c. Seramai 26 orang Senator dilantik mewakili setiap negeri tanpa melalui pilihan

raya. (13 jumlah negeri dan setiap negeri 2 orang Senator = 26 orang Senator)

d. Dua orang dilantik mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang

mewakili Wilayah Persekutuan Labuan. (3 orang Senator)

e. Seramai 40 orang lagi dilantik oleh Yang diPertuan Agong berdasarkan

perkhidmatan cemerlang dalam perkhidmatan awam, atau profesional, atau

mewakili golongan minoriti sesuatu kumpulan seperti orang asli.

f. Tempoh seseorang memegang jawatan Senator selama 3 tahun.

g. Senator mestilah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun dan adalah

warganegara Malaysia.

h. Senator boleh dilantik menjadi Ahli Jemaah Menteri.

Ciri Dewan

Rakyat

a. Ahli Dewan Rakyat dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.

b. Mempunyai 219 orang ahli yang mewakili kawasan pilihan raya seluruh negara.

c. Tempoh jawatan bagi anggota Dewan Rakyat ialah lima tahun sekali.

d. Peranan utama Dewan Rakyat ialah menggubal dan meluluskan undang-

undang negara.

Soalan

1. Parlimen juga dikenali sebagai Badan Perundangan. Apakah peranan parlimen?

2. Parlimen Malaysia terdiri daripada…

3. Ahli Dewan Negara juga dikenali sebagai Senator. Berapakah jumlah ahli Dewan Negara yang

terdapat dalam parlimen Malaysia?

4. Berapa lamakah tempoh jawatan yang dipegang oleh ahli Dewan Negara?

5. Apakah syarat untuk menjadi anggota Dewan Negara?

6. Berapa lamakah tempoh jawatan seseorang ahli Dewan Rakyat?

7. Apakah peranan utama Dewan Rakyat?

Jawapan:

1. Parlimen bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara kita. 2. Parlimen terdiri dari Yang diPertuan Agong, Dewan Negara

dan Dewan Rakyat. 3. Seramai 69 jumlah ahli Dewan Negara yang terdapat dalam parlimen Malaysia. 4. Tempoh seseorang ahli Dewan

Negara untuk memegang jawatan senator adalah selama 3 tahun. 5. Senator mestilah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun dan adalah

warganegara Malaysia. 6. Tempoh jawatan bagi anggota Dewan Rakyat ialah lima tahun sekali. 7. Peranan utama Dewan Rakyat ialah

menggubal dan meluluskan undang-undang negara.

Page 192: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 185

7.5 – BADAN PELAKSANA ATAU JEMAAH MENTERI

Tonton video di sini:

goo.gl/VHYQGQ

Aspek Ciri-ciri

Tugas Jemaah

Menteri atau

Badan

Pelaksana

a. Membuat dasar tertinggi Negara. b. Menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara.

- Melaksanakan kuasa eksekutif di kerajaan pusat. c. Perdana Menteri merupakan ketua Jemaah Menteri.

Peranan

kementerian

sebagai Badan

Pelaksana

a. Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri juga mengetuai sesebuah

kementerian atau beberapa kementerian.

b. Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan di

bawah kementeriannya (semua dasar-dasar adalah untuk menjadikan Malaysia

sebagai negara yang kemakmuran dan canggih).

c. Merancang pembangunan ekonomi dan sosial di negara kita.

d. Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan

Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik.

e. Seseorang Menteri yang tidak diberi tugas dalam kementerian tertentu dikenali

sebagai Menteri Tak Berportfolio.

– beliau diberi tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri.

Soalan

1. Apakah tugas utama Jemaah Menteri atau Badan Pelaksana?

2. Apakah tugas setiap kementerian?

3. Setiap menteri akan dibantu oleh…?

4. Seseorang menteri yang tidak diberi tugas khas adalah dikenali sebagai…?

Jawapan:

1.Tugas utama Jemaah Menteri ialah membuat dasar tertinggi Negara dan menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua

perkara.

2.Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan di bawah kementeriannya.

3.Setiap kementerian akan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik.

4.Seseorang menteri yang tidak diberi tugas khas adalah dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio.

Page 193: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 186

7.6 – BADAN KEHAKIMAN ATAU MAHKAMAH

Tonton video di sini:

goo.gl/jTgDZa

Aspek Ciri-ciri

Fungsi Badan

Kehakiman

a. Badan Kehakiman berkuasa mendengar perkara yang berkaitan dengan kes sivil

dan jenayah.

b. Perkara sivil yang berkaitan dengan saman biasanya memerlukan affidavit -

pernyataan di bawah sumpah.

c. Perkara jenayah pula melibatkan kanun keseksaan – hukuman penjara.

d. Badan kehakiman juga boleh menentukan kesahihan undang-undang yang

dibuat oleh Parlimen.

- Kesahihan makna sah atau tidak sah

- Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen mesti melalui tiga step – lulus di

Dewan Rakyat, bawa ke Dewan Negara dan mendapat kebenaran Yang

diPertuan Agong.

- Sekiranya undang-undang tersebut tidak dapat persetujuan majoriti dua pertiga

(2/3) Dewan Parlimen, maka undang tersebut tidak sah dan Badan kehakiman

boleh membatalkan undang-undang tersebut kerana tidak sah.

e. Badan Kehakiman juga boleh mentafsirkan Perlembagaan Persekutuan dan

Perlembagaan Negeri.

f. Untuk melaksanakan tugas kehakiman mahkamah telah diwujudkan.

g. Mahkamah boleh mengisytiharkan undang-undang bertulis kerajaan Persekutuan

atau Kerajaan Negeri.

h. Mahkamah juga boleh mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah disisi

undang-undang.

Ciri institusi

kehakiman

a. Semua hakim dilantik oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

b. Yang diPertuan Agong juga berkuasa menentukan pelantikan, kenaikan pangkat

dan perlucutan jawatan seseorang hakim.

c. Hakim tidak boleh dipecat sewenang-wenangnya tanpa sebab yang

munasabah – Hakim merupakan seseorang yang mewakili keadilan.

d. Hakim tidak dibenarkan terlibat dalam bidang politik.

e. Hakim dilindungi dari pengaruh politik untuk menjamin keadilan dan

kesaksamaan undang-undang.

Mahkamah Persekutuan

Mahkamah Rayuan

Mahkamah Tinggi Malaya

Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sabah

Mahkamah Sesyen

Mahkamah Majistret

Page 194: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 187

Soalan

1. Apakah yang dimaksudkan dengan perkara sivil?

2. Apakah maksud afidavit?

3. Apakah yang juga boleh ditafsirkan oleh Badan Kehakiman?

4. Siapakah yang berkuasa melantik hakim?

5. Mengapakah hakim tidak dibenarkan terlibat dalam bidang politik?

Jawapan:

1.Perkara sivil yang berkaitan dengan saman biasanya memerlukan affidavit.

2.Affidavit merupakan pernyataan di bawah sumpah untuk memastikan perkara yang berkaitan adalah benar.

3.Badan Kehakiman boleh mentafsirkan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.

4.Yang diPertuan Agong yang berkuasa melantik hakim.

5.Hakin tidak dibernarkan terlibat dalam bidang politik supaya beliau dilindungi dari pengaruh politik untuk menjamin keadilan

dan kesaksamaan undang-undang.

6.

Page 195: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 188

7.7 – PILIHANRAYA Tonton video di sini:

goo.gl/Lxva1z

Aspek Ciri-ciri

Tugas

Suruhanjaya

Pilihan Raya

a. Menjamin pilihan raya yang adil dan bebas tanpa sebarang tekanan.

b. Menentukan sempadan pilihan raya.

c. Menjalankan pendaftaran pemilih.

d. Mengendalikan pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.

– Pilihan raya umum: dilangsungkan di seluruh negara untuk memilih wakil dalam

Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

– Pilihan raya kecil: dilangsungkan apabila berlakunya kekosongan kerusi dalam

Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dengan sebab tertentu seperti kematian

atau pelucutan jawatan.

Proses pilihan

raya

Mengikut susunan!

a. Yang diPertuan Agong akan membubarkan parlimen.

b. Suruhanjaya pilihan raya(SPR) akan menetapkan tarikh penamaan calon dan

tarikh pengundian.

– tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian adalah tarikh yang berbeza.

c. Penamaan calon yang bertanding.

d. Parti-parti yang bertanding akan menyediakan manifesto (janji-janji) pilihan raya.

e. Pelancaran kempen pilihan raya –mempromosi manifesto mereka.

f. SPR mengumumkan tempat pengundian dan tempat pengiraan undi.

g. Pemberian kertas undi yang mengandungi lambang parti calon yang bakal

dipilih.

h. Pengundi akan memangkah calon pada kertas undi dan memasukkan ke dalam

peti undi.

i. Pengiraan kertas undi.

j. Pengumuman keputusan oleh pegawai SPR.

Syarat menjadi

pengundi

a. Pengundi hendaklah mendaftar nama dalam Senarai Daftar Pemilih.

b. Warganegara Malaysia dan berumur 21 tahun ke atas.

c. Bermastautin (menetap) atau tidak bermastautin (tidak menetap).

– kampung di Johor tapi menetap di KL, jadi boleh berundi di KL.

d. Tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan

Undangan Negeri.

e. Mengundi dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja.

f. Pasukan keselamatan, pelajar dan pegawai yang berkhidmat di luar negara

mengundi melalui pos.

Syarat menjadi

calon dalam

pilihan raya

a. Mestilah warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas.

b. Bermastautin di Malaysia

c. Sempurna akal – tidak ada penyakit seperti penyakit jiwa.

d. Tidak muflis – supaya wang rakyat tidak akan salah guna

e. Tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam.

f. Tidak disabitkan kesalahan oleh mahkamah.

g. Boleh bertanding atas nama parti atau individu sebagai calon bebas.

h. Hendaklah mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon.

Page 196: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 189

Soalan

1. Apakah tugas Suruhanjaya Pilihanraya?

2. Siapakah yang berkuasa membubarkan parlimen?

3. Selepas penamaan calon, apakah tindakan parti-parti politik yang bertanding?

4. Apakah yang perlu dilakukan oleh pengundi setelah mendapat kertas undi dari SPR?

5. Berapakah usia seorang warganegara yang layak mengundi?

6. Bagaimanakah cara pasukan keselamatan dan warganegara yang berada di luar negara mengundi?

Jawapan:

1.Menjamin pilihan raya yang adil dan bebas tanpa sebarang tekanan, menentukan sempadan pilihan raya, menjalankan

pendaftaran pemilih dan mengendalikan pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.

2.Yang diPertuan Agong yang berkuasa untuk membubarkan parlimen.

3.Parti-parti yang bertanding akan menyediakan manifesto (janji-janji) pilihan raya dan melancarkan kempen pilihan raya

4.Pengundi akan memangkah calon pada kertas undi dan memasukkan ke dalam peti undi.

5.Umur 21 ke atas seorang warganegara yang layak untuk mengundi.

6.Pasukan keselamatan, pelajar dan pegawai yang berkhidmat di luar negara boleh mengundi melalui pos.

Page 197: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 190

7.8 – LAMBANG-LAMBANG NEGARA PART 1 Tonton video di sini:

goo.gl/QGgEsh

Aspek Ciri-ciri

Sejarah

terciptanya

lagu

kebangsaan

a. Sebelum merdeka, lagu kebangsaan kita ialah lagu kebangsaan British iaitu God

Save the Queen kerana pada masa itu Malaysia dijajah oleh British.

b. Pasukan Pancaragam Polis Diraja memperkenalkan 4 lagu tetapi lagu Terang

Bulan iaitu lagu kebangsaan negeri Perak, terpilih kerana adanya unsur

kemelayuan.

c. Pemilihan lagu ini dibuat oleh Tengku Abdul Rahman yang mengetuai

sekumpulan Jemaah Hakim di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur.

d. Majlis Raja-Raja Melayu telah memperkenalkan keputusan Jemaah Hakim

tersebut.

e. Lirik lagu Negaraku telah digubah semula oleh En. Saiful Bahri berdasarkan lagu

Terang Bulan.

Kepentingan

Lagu

Kebangsaan

a. Menggambarkan kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bahagi kepada negara –

Negaraku, Tanah tumpahnya darahku.

b. Menggambarkan ketaatan rakyat kepada raja – Raja kita selamat bertakhta.

c. Menuntut kita supaya sentiasa bersyukur kepada Tuhan yang mengurniakan kita

keamanan – Rahmat bahagia Tuhan kurniakan.

d. Dapat membangkitkan semangat patrotik cintakan tanah air.

e. Semua rakyat Malaysia berasa bangga dengan lagu kebangsaan.

Maksud yang

terdapat pada

Jata Negara

a. Warna

– Hitam dan putih melambangkan negeri Pahang.

– Merah dan kuning melambangkan negeri Selangor.

– Hitam, putih dan kuning melambangkan negeri Perak.

– Hitam dan kuning melambangkan Negeri Sembilan.

b. Lima bilah keris pada perisai melambangkan negeri Perli, Kedah, Kelantan,

Terengganu dan Johor.

c. Pokok Pinang melambangkan negeri Pulau Pinang.

d. Bulan sabit berwarna kuning bermaksud Islam sebagai agama rasmi manakala

bintang berpecah 14 melambangkan gabungan 14 buah negeri di Malaysia.

(Wilayah persekutuan adalah kira sebuah negeri)

e. Cogankata:”Bersekutu Bertambah Mutu” bermaksud semangat permuafakatan

akan mempereratkan lagi perpaduan antara negeri di Malaysia.

f. Dua ekor harimau menyokong perisai bermaksud keberanian.

g. Jata negeri: Lambang Sabah dan Sarawak.

h. Bunga raya: Lambang bunga kebangsaan negara kita.

i. Pokok Melaka: Lambang negeri Melaka.

Page 198: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 191

Soalan

1. Sebelum merdeka, lagu kebangsaan negara kita ialah...?

2. Lagu Negaraku diambil dari lagu kebangsaan negeri Perak iaitu…?

3. Siapakah yang memilih lagu kebangsaan negara kita?

4. Lirik lagu negaraku telah digubah oleh…?

5. Berikan 1 contoh kepentingan lagu kebangsaan dicipta.

6. Lima bilah keris yang terdapat pada Jata Negara melambangkan…?

7. Apakah cogankata yang terdapat pada Jata Negara?

8. Apakah maksud cogankata pada Jata Negara?

Jawapan:

1.Sebelum merdeka, lagu kebangsaan negara kita ialah lagu kebangsaan British iaitu God Save the Queen.

2.Lagu Negaraku diambil dari lagu kebangsaan negeri Perak iaitu Terang Bulan.

3.Tengku Abdul Rahman yang memilih lagu kebangsaan negara kita

4.Lirik lagu negaraku telah digubah oleh En. Saiful Bahri.

5.Ia menggambarkan kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bahagi kepada negara.

6.Lima bilah keris pada perisai melambangkan negeri Perli, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.

7.Cogankata yang terdapat pada Jata Negera ialah ”Bersekutu Bertambah Mutu”.

8.Ia bermaksud semangat permuafakatan akan mempereratkan lagi perpaduan antara negeri di Malaysia.

Page 199: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 192

7.8 – LAMBANG-LAMBANG NEGARA PART 2 Tonton video di sini:

goo.gl/kCpm5m

Aspek Ciri-ciri

Sejarah

terciptanya

bendera

negara

a. Majlis Perundangan mengadakan pertandingan reka bentuk bendera peringkat

kebangsaan.

b. Sejumlah 373 pereka bentuk telah mengambil bahagian dan 3 reka bentuk

terpilih hingga peringkat akhir.

c. Majlis Perundangan dan akhbar The Malay Mail menjemput orang ramai memberi

pendapat tentang reka bentuk bendera tersebut.

d. Pada 28 Nov 1949, akhbar The Malay Mail mengistiharkan reka bentuk bendera

ciptaan En. Mohammad Hamzah, iaitu seorong arketik kerajaan Johor telah

terpilih.

e. Pada 22&23 Feb 1950, beberapa pindaan telah dibuat sebelum diluluskan oleh

Majlis Perundangan Persekutuan.

f. King George VI kemudiannya telah memperkenalkan reka bentuk bendera

Persekutuan.

Lambang yang

terdapat pada

bendera

a. Warna merah: Keberanian.

b. Warna putih: Kesucian.

c. Warna biru: perpaduan rakyat berbiliang kaum.

d. Warna kuning: kedaulatan raja-raja Melayu.

e. Bintang berpecah 14: 14 buah negeri dalam Persekutuan Malaysia.

f. Bulan sabit berwarna kuning: agama Islam sebagai agama rasmi.

g. Empat belas jalur terdiri daripada warna merah dan putih: gabungan negeri di

Malaysia.

Kepentingan

Jalur Gemilang

a. Bendera kebangsaan dapat membezakan Malaysia dengan negara lain.

b. Berperanan membangkitkan semangat perjuangan.

c. Dapat menimbulkan rasa bangga terhadap negara kita.

d. Dikibarkan ketika majlis-majlis rasmi seperti Hari Kebangsaan dan Hari Keputeraan

Yang diPertuan Agong.

e. Kita akan rasa lebih patriotik apabila Jalur Gemilang dikibarkan.

f. Lambang perpaduan masyarakat.

g. Lambang kedaulatan negara.

Soalan

1. Bagaimanakah cara bendera negara kita dicipta?

2. Akhbar The Malay Mail telah mengisytiharkan kemenangan reka bentuk bendera ciptaan…?

3. Apakah maksud bulan sabit pada bendera negara kita?

4. Berikan contoh majlis rasmi yang membawa kepada pengibaran berdera kita.

5. Jelaskan kepentingan Jalur Gemilang kepada negara kita.

Jawapan:

1.Majlis Perundangan mengadakan pertandingan reka bentuk bendera peringkat kebangsaan.

2.Akhbar The Malay Mail telah mengisytiharkan kemenangan reka bentuk bendera ciptaan En. Mohammad Hamzah.

3.Bulan sabit berwarna kuning melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi.

4.Contoh majlis rasmi yang membawa kepada pengibaran berdera kita Hari Kebangsaan dan Hari Keputeraan Yang diPertuan

Agong.

5.Ia adalah Lambang perpaduan masyarakat dan lambang kedaulatan negara.

Page 200: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 193

PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK

KESEJAHTERAAN

8.1 – Rancangan Malaya Pertama & Rancangan

Malaya Kedua Tonton video di sini:

goo.gl/op1aaF

Rancangan Malaya Pertama (1956 – 1960)

Matlamat

1. Membangunkan kawasan luar bandar

2. Merapatkan jurang perbezaan antara bandar dengan luar bandar

3. Mengurangkan kadar kemiskinan dikalangan penduduk luar bandar

4. Mempelbagaikan ekonomi negara supaya tidak bergantung hanya kepada getah dan

bijih timah sahaja

Strategi

Pembangunan

1. Pembukaan tanah baru untuk tujuan pertanian

2. Penanaman semula getah oleh pekebun kecil dan pembukaan ladang digalakkan

3. Mempelbagaikan hasil pertanian

4. Perlombongan bijih timah dipergiatkan

5. Perkhidmatan disediakan seperti kesihatan, pendidikan dan perhubungan

6. Pembinaan balai polis, kem tentera, mahkamah dan rumah kakitangan kerajaan

7. Agensi RIDA ditubuhkan untuk memberi pinjaman kepada pekebun kecil

8. Membantu memasarkan hasil pertanian dan menggalakkan orang Melayu terlibat

dalam perniagaan

9. Agensi FELDA berperanan membuka tanah baru secara besar-besaran untuk

penanaman getah dan kelapa sawit

10. Agensi FAMA membantu petani mengatasi masalah memasarkan

Rancangan Malaya Kedua & Rancangan Malaysia Pertama

Matlamat 1. Memberi tumpuan terhadap kemudahan infrastruktur sosial seperti pelajaran, kesihatan

dan perumahan

Langakah

dalam

Rancangan

Malaya Kedua

1. Menubuhkan Bilik Gerakan Negara untuk menyelaras kegiatan pembangunan pada

peringkat negeri, daerah dan kampung

2. Memperkenalkan Buku Merah yang mengandungi program pelaksanaan dan kaedah

mengesan tahap pencapaian

Soalan

1. Apakah matlamat utama Rancangan Malaya Pertama dilancarkan?

2. RIDA ditubuhkan untuk memberi pinjaman kepada petani kecil. Selain daripada itu, apakah peranan

RIDA?

3. Apakah peranan agensi FELDA?

4. Apakah peranan agensi FAMA?

5. Apakah matlamat utama Rancangan Malaya Kedua dilancarkan?

6. Apakah tujuan Buku Merah diperkenalkan?

Jawapan:

1) Membangunkan kawasan luar bandar 2) Membantu memasarkan hasil pertanian dan menggalakan orang Melayu terlibat dalam perniagaan 3) membuka tanah baru secara besar-besaran untuk penanaman getah dan kelapa sawit 4) membantu petani mengatasi masalah memasarkan 5) Memberi tumpuan terhadap kemudahan infrastrktur sosial seperti pelajaran, kesihatan dan perumahan 6) Memperkenalkan Buku Merah yang mengandungi program pelaksanaan dan kaedah mengesan tahap pencapaian

BAB 8

Page 201: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 194

8.2 - Rancangan Malaysia Pertama

Tonton video di sini:

goo.gl/SQJqeg

Rancangan Malaysia Pertama

Tindakan

1) Memastikan semua program pembangunan memfokuskan kesejahteraan rakyat bagi

membentuk integrasi nasional di antara penduduk Sabah, Sarawak, dan Semenanjung

2) Mempelbagaikan ekonomi dalam sektor pertanian dan juga perindustrian

3) Pembukaan tanah baru oleh FELDA dipergiatkan seperti rancangan Tiga Segi Jengka,

Johor Tenggara & Pahang Tenggara

4) Penubuhan Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA) menjalankan

pembangunan ekonomi luar bandar

5) MARA atau Majlis Amanah Rakyat dan Bank Bumiputera ditubuhkan untuk

menggalakkan penyertaan bumiputera dalam sektor perusahaan dan perdagangan

6) Penubuhan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) bertujuan untuk menggiatkan lagi

penyertaan bumiputera dalam perdagangan dan perindustrian

7) Menubuhkan Institusi Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI), menjalankan

penyelidikan dan memperkenalkan teknologi bagi meningkatkan pertanian kecuali

getah

8) Menubuhkan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan Lembaga

Penasihat Tarif untuk membangunkan sektor perindustrian

9) Meluluskan Akta Pelaburan tahun 1969 yang berfungsi menggalakkan kemunculan

industri baru

Usaha dalam

memajukan

sektor

perindustrian

1) Kerajaan menumpukan perkembangan industri berat yang berasaskan pelaburan

modal kerana penggunaan teknologi tinggi

2) Perkembangan perusahaan industri berat memerlukan tenaga kerja mahir

3) Menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) pada akhir tahun 1980

4) HICOM berperanan mengenal pasti, memulakan dan mengurus industri berat dengan

cekap seperti yang dikendalikan oleh sektor swasta

5) Untuk menggiatkan perindustrian dan menggalakkan pelaburan asing, perusahaan

baru telah dibuka di Skudai, Senawang, Bintulu, Menggatal dan Likas

6) Menubuhkan zon perdagangan bebas di Bayan Lepas dan di Sg Way

7) Melancarkan Pelan Induk Perindustrian untuk menyediakan hala tuju pembangunan

industri dan strategi pembangunan industri

8) Pengenalan Dasar Penswastaan dan Dasar Persyarikatan Malaysia kerana melibatkan

sektor swasta dalam pembangunan ekonomi negara di samping mengurangkan beban

kewangan kerajaan

9) Penubuhan Permodalan Nasional Berhad dengan memperkenalkan Amanah Saham

Nasional bagi mengimbangi pemilikan harta dan saham bumiputera

Soalan

1. Berikan contoh pembangunan pertanian yang dilakukan oleh FELDA.

2. Apakah peranan agensi FELCRA?

3. Apakah peranan MARA dan Bank Bumiputera?

4. Apakah tujuan agensi MARDI ditubuhkan?

5. Apakah peranan HICOM?

6. Apakah tujuan Amanah Saham Nasional diperkenalkan?

Jawapan:

1) Pembukaan tanah baru 2) menjalankan pembangunaan ekonomi luar bandar 3) menggalakkan penyertaan bumiputera dalam

sektor perusahaan dan perdagangan 4) menjalankan penyelidikan dan memperkenalkan teknologi bagi meningkatkan pertanian

kecuali getah 5) mengenal pasti, memulakan dan mengurus industri berat dengan cekap seperti yang dikendalikan oleh sektor swasta

6) mengimbangi pemilikan harta dan saham bumiputera

Page 202: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 195

8.3 – Dasar Ekonomi Baru (DEB) Tonton video di sini:

goo.gl/O67VU7

Rancangan Malaysia Kelima

Tindakan

1. Kerajaan melonggarkan peraturan mengawal hak milik syarikat

2. Melonggarkan syarat hak milik pelesenan sektor swasta

3. Melonggarkan syarat pelaburan modal asing

4. Meningkatkan pelaburan sektor perindustrian berorientasikan eksport

5. Meningkatkan kecekapan pengurusan agensi kerajaan

6. Penubuhan Perbadanan Pelancongan Malaysia bagi melancarkan industri

pelancongan negara dengan melancarkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990

7. Penekanan juga diberi dalam bidang penyelidikan dan pembangunan dengan

meningkatkan kecekapan, tenaga tempatan dan peningkatan produktiviti

Dasar

Pertanian

1. Untuk memaksimumkan pendapatan sektor pertanian dengan meningkatkan

kecekapan sektor pengurusan sumber ekonomi negara

2. Memaksimumkan pendapatan pekebun kecil

3. Memajukan komoditi utama yang berpotensi untuk dieksport

4. Menggalakkan pembukaan tanah baru di bawah Rancangan FELDA

5. Memperkenalkan program pembangunan in-situ iaitu memulihkan tanah yang

berproduktiviti rendah

Dasar

Penswastaan

Malaysia

1. Dilancarkan oleh Dato Seri Dr Mahathir Mohammad pada bulan Mac 1983

2. Untuk memindahkan perkhidmatan tertentu kepada sektor swasta

3. Mengurangkan beban kewangan kerajaan

4. Meningkatkan produktiviti dan kualiti barang

5. Mempercepatkan pembangunan ekonomi negara

6. Unit Perancang Ekonomi (UPE) telah ditubuhkan

7. UOE berperanan sebagai jawatankuasa penswastaan yang memberi garis panduan

kepada kementerian atau jabatan yang menjalankan penswastaan

Dasar

Persyarikatan

Malaysia

1. Diperkenalkan pada 25 Feb 1983

2. Untuk merangsang sektor swasta dalam pembangunan negara

3. Malaysia dianggap sebagai sebuah syarikat yang dimiliki secara bersama oleh

kerajaan dan swasta. Semua kakitangan kerajaan dan swasta merupakan pemilik

saham

4. Sebuah panel perunding antara pihak kerajaan dan swasta telah ditubuhkan

5. Pegawai kerajaan ditempatkan dalam sektor swasta untuk berkongsi kepakaran

6. Sektor swasta juga perlu memahami dasar kerajaan dan mengutamakan kepentingan

nasional

7. Pihak kerajaan pula akan memberi perkhidmatan sokongan

Soalan

1. Berikan 2 contoh tindakan kerajaan untuk menjayakan Rancangan Malaysia Kelima.

2. Apakah matlamat Dasar Pertanian Negara diperkenalkan?

3. Apakah yang dimaksudkan dengan pembangunan in-situ?

4. Apakah matlamat Dasar Penswastaan dilancarkan?

5. Apakah peranan Unit Perancangan Ekonomi (UPE)?

6. Apakah matlamat Dasar Persyarikatan Malaysia dilancarkan?

Jawapan:

1) Membasmikan kemiskinan tanpa mengira kaum; Melibatkan semua kaum dalam sektor ekonomi seperti pertanian dan

perniagaan 2) Untuk memaksimumkan pendapatan sektor pertanian dengan meningkatkan kecekapan sektor pengurusan sumber

ekonomi negara 3) memulihkan tanah yang berproduktiviti rendah 4) Untuk memindahkan perkhidmatan tertentu kepada sektor

swasta 5) Mempercepatkan pembangunan ekonomi negara 6) 2. Untuk merangsang sektor swasta dalam pembangunan negara

Page 203: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 196

8.4 – Rancangan Malaysia Kelima Tonton video di sini:

goo.gl/8MKb05

Dasar Ekonomi Baru, DEB (1970 – 1990)

Matlamat

1. Membasmikan kemiskinan tanpa mengira kaum

2. Membaiki taraf hidup rakyat bandar dan luar bandar dengan cara meningkatkan daya

pengeluaran negara

3. Menyusun semula masyarakat yang berbilang kaum dengan menghapuskan

pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi

4. Melibatkan semua kaum dalam sektor ekonomi seperti pertanian dan perniagaan

5. Mengurangkan pergantungan negara pada bahan makanan yang diimport dengan

mempelbagaikan tanaman

6. Menekankan penyertaan bumiputera dalam sektor ekonomi seperti perusahaan dan

perdagangan dengan penubuhan PERNAS, UDA, dan HICOM

7. Memperkenalkan Dasar Penswastaan, Dasar Persyarikatan Malaysia dan Dasar

Pertanian Negara

Agensi

Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) – menstabilkan harga padi

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) – membangun dan memodenkan industri

perikanan serta meningkatkan taraf hidup nelayan

Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) – membangunkan bandar baru

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Getah (RISDA) – membantu pekebun kecil

getah dari segi penyelidikan dan penanaman semula getah

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) – membantu golongan petani melibatkan diri

dalam kegiatan koperasi

Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) – memajukan sektor perindustrian dan

perniagaan yang berkaitan dengan petroleum

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) – menggalakkan perindustrian dan

perdagangan dengan menyediakan tapak perindustrian, perumahan, ruang pejabat

dan kedai

Permodalan Nasional Berhad (PNB) – berperanan mengimbangi pemilikan harta

bumiputera

Soalan

1. Mengapakah kerajaan melancarkan Dasar Ekonomi Baru?

2. Untuk menjayakan DEB, kerajaan juga telah memperkenalkan beberapa dasar seperti…?

3. Apakah peranan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia?

4. Apakah matlamat RISDA ditubuhkan?

5. Matlamat penubuhan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri ialah…?

Jawapan:

1) Membasmikan kemiskinan tanpa mengira kaum 2) Dasar Penswastaan, Dasar Persyarikatan Malaysia dan Dasar Pertanian Negara 3)

membangun dan memodenkan industri perikanan serta meningkatkan taraf hidup nelayan 4) membantu pekebun kecil getah dari segi

penyelidikan dan penanaman semula getah 5) menggalakan perindustrian dan perdagangan dengan menyediakan tapak perindustrian,

perumaham, ruang pejabat dan kedai

Page 204: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 197

8.5 – Dasar Hala Tuju Cara Baru & Dasar

Kependudukan Tonton video di sini:

goo.gl/b7ieW8

Dasar Hala Tuju Cara Baru

1. Bermatlamat membangunkan kawasan luar bandar

2. Meningkatkan pendapatan petani dan pekerja desa melalui penglibatan dalam bidang pelaburan dan

program usahawan desa yang terlibat dalam industri pembuatan barang

3. Mengelompokkan kampung-kampung menjadi penempatan besar supaya kemudahan dapat

disediakan

4. Pelaksanaan projek pembangunan oleh agensi kerajaan untuk meningkatkan pendapatan penduduk

luar bandar

Matlamat Dasar Kependudukan Negara

1. Dilancarkan oleh Dato Seri Dr Mahathir Mohammad pada 29 Mac 1984

2. Untuk mencapai 70 juta penduduk menjelang tahun 2100

3. Memberi kesan positif kepada tenaga kerja, peningkatan produktiviti dan peluasan pasaran

4. Menyumbang ke arah kekuatan politik dan keselamatan negara

5. Menyelaraskan kadar pertumbuhan penduduk dengan kadar pembangunan sosioekonomi negara

seperti pendidikan, perumahan, kesihatan dan peluang pekerjaan

6. Memastikan pertambahan penduduk tidak akan mendatangkan masalah kepada negara

Soalan

1. Apakah matlamat Dasar Hala Tuju Cara Baru yang diperkenalkan oleh kerajaan?

2. Apakah tindakan kerajaan untuk menjayakan Dasar Hala Tuju Cara Baru?

3. Apakah matlamat Dasar Kependudukan diperkenalkan?

4. Apakah kesan dari Dasar Kependudukan kepada ekonomi?

Jawapan:

1) membangunkan kawasan luar bandar 3) Untuk mencapai 70 juta penduduk menjelang tahun 2100 4) Memberi kesan positif kepada

tenaga kerja, peningkatan produktiviti dan peluasan pasaran

Page 205: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 198

8.6 – Akta Bahasa Kebangsaan Tonton video di sini:

goo.gl/oqWSze

Langkah-langkah untuk meningkatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

1. Menubuhkan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1956

2. Melancarkan “Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa”

3. Melancarkan slogan “Bahasa Jiwa Bangsa” pada tahun 1960

4. Menubuhkan sekolah menengah yang menggunakan bahasa kebangsaan seperti Sek. Alam Shah,

Sek. Sri Puteri dan Sek. Sultan Abdul Halim

5. Menukar bahasa penghantar di sekolah rendah Inggeris kepada bahasa kebangsaan secara

berperingkat-peringkat pada tahun 1970

6. Menubuhkan Universiti Kebangsaan yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar

pada tahun 1977

7. Menggantikan bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar di semua

sekolah pada tahun 1982

8. Menggunakan bahasa Melayu di mahkamah pada tahun 1990

Soalan

1. Apakah peranan Dewan Bahasa dan Pustaka?

2. Untuk meningkatkan penggunaan bahasa Melayu, apakah slogan yang dilancarkan oleh kerajaan?

3. Berikan contoh sekolah menengah yang terawal menggunakan bahasa kebangsaan?

4. Apakah institusi pengajian tinggi yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar?

Jawapan:

1) meningkatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan 2) Bahasa Jiwa Bangsa 3) Sek. Alam Shah, Sek. Sri Puteri dan Sek. Sultan

Abdul Halim 4) Universiti Kebangsaan

Page 206: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 199

8.7 – Dasar Kebudayaan Kebangsaan & Sukan Alat

Perpaduan Tonton video di sini:

goo.gl/m367ig

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

1. Lahir daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang dilanjurkan oleh Kementerian

Kebudayaan Belia dan Sukan pada tahun 1971

2. Menjadi panduan dan mengekalkan identiti negara

3. Mempunyai tiga prinsip

Kebudayaan rakyat asal sebagai tunjang

Budaya lain yang sesuai boleh diterima

Agama Islam sebagai panduan dalam dasar tersebut

4. Berobjektif untuk memperkukuhkan perpaduan melalui kebudayaan

5. Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan

6. Bertujuan meningkatkan kualiti kehidupan dari aspek kemanusiaan dan keharmonian agar seimbang

dengan pembangunan sosioekonomi

Langkah-langkah untuk menjadikan sukan sebagai alat perpaduan

1. Penyertaan atlet dalam sukan tidak mengira ideologi atau fahaman politik

2. Aktiviti sukan tidak mengehadkan penyertaan kepada sesuatu kaum sahaja tetapi memberi peluang

kepada sesiapa yang berminat

3. Di peringkat sekolah, sukan merupakan aktiviti kokurikulum yang sangat digalakkan

4. Untuk menggalakkan aktiviti sukan, Majlis Sukan Sekolah-sekolah ditubuhkan di peringkat daerah,

negeri, dan kebangsaan

5. Temasya Sukan (SUKMA) diadakan dua tahun sekali dan telah memainkan peranan mengeratkan

perpaduan antara kaum dan hubungan antara negeri

Soalan

1. Bagaimanakah Dasar Kebudayaan Kebangsaan dilahirkan?

2. Apakah tujuan dasar ini digubalkan?

3. Sebutkan prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

4. Untuk menggalakkan aktiviti sukan, kerajaan telah bertindak menubuhkan...?

5. Apakah tujuan Temasya sukan SUKMA yang diadakan dua tahun sekali?

Jawapan:

1) Lahir daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang dilanjurkan oleh Kementrian Kebudayaan Belia dan Sukan pada tahun

1971 2) Menjadi panduan dan mengekalkan identiti negara 3) Kebudayaan rakyat asal sebagai tunjang; Budaya lain yang sesuai boleh

diterima; Agama Islam sebagai panduan dalam dasar tersebut 4) Majlis Sukan Sekolah-sekolah 5) mengeratkan perpaduan antara kaum

dan hubungan antara negeri

Page 207: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 200

8.8 – Dasar Pendidikan Kebangsaan Tonton video di sini:

goo.gl/C2bXK1

Langkah-langkah untuk pembentukan dasar pendidikan kebangsaan sebelum merdeka

Laporan Barnes

1950

Mencadangkan sekolah vernakular Melayu, Cina dan Tamil dibubarkan dan

digantikan dengan sekolah kebangsaan

Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar pada peringkat rendah dan

bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar pada peringkat menengah dan tinggi

Ditentang oleh masyarakat Cina kerana menganggap bahasa ibunda Cina akan

terjejas

Laporan Fen-

Wu 1951

Mencadangkan sekolah vernakular Cina terus kekal walaupun bersetuju dengan

sistem pendidikan kebangsaan

Ordinan

Pelajaran 1952

Mencadangkan dua sistem persekolahan yang menggunakan dua bahasa

penghantar, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu

Pengajaran bahasa Cina dan Tamil disediakan sekiranya ada permintaan dari ibu

bapa

Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan sekolah Melayu

Tidak dapat dijalankan kerana tentangan masyarakat Cina dan India kerana

kekurangan kewangan dan ancaman pengaruh komunis pada masa itu

Penyata Razak

1956

Mencadangkan sistem pendidikan yang sama untuk semua penduduk dan

penyeragaman kokurikulum

Sekolah Umum (rendah) menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar

Sekolah Jenis Umum (rendah) menggunakan bahasa Inggeris, Cina atau Tamil

sebagai bahasa pengantar

Sekolah menengah Melayu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa

pengantar dan sekolah menengah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris sebagai

bahasa pengantar

Pelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris wajib diajar di kedua-dua sekolah

Matlamat pendidikan ialah untuk membentuk bangsa yang bersatu melalui

pendidikan

Dijadikan Ordinan Pelajaran 1957

Soalan

1. Apakah bentuk sistem pendidikan negara yang dicadangkan oleh Laporan Barnes?

2. Jelaskan cadangan Ordinan Pelajaran 1952.

3. Mengapakah cadangan Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat dilaksanakan?

4. Menurut Penyata Razak 1956, dua jenis sekolah akan diperkenalkan iaitu Sekolah Umum dan Sekolah

Jenis Umum. Apakah maksud sekolah tersebut?

5. Apakah matlamat utama Penyata Razak diperkenalkan?

Jawapan:

1) sekolah vernakular Melayu, Cina dan Tamil dibubarkan dan digantikan dengan sekolah kebangsaan 2) dua sistem persekolahan yang

menggunakan dua bahasa penghantar, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu 3) kerana tentangan masyarakat Cina dan India kerana

kekurangan kewangan dan ancaman pengaruh komunis pada masa itu 4) Sekolah Umum (rendah) menggunakan bahasa Melayu sebagai

bahasa penghantar; Sekolah Jenis Umum (rendah) menggunakan bahasa Inggeris, Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar 5) untuk

membentuk bangsa yang bersatu melalui pendidikan

Page 208: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 201

8.9 – Jawatankuasa Kabinet & Falsafah Pendidikan

Negara Tonton video di sini:

goo.gl/5B3sLS

Penubuhan Jawatankuasa Kabinet 1974

1. Mengkaji semula pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan

2. Menilai sejauh mana dasar pelajaran kebangsaan dapat melahirkan tenaga manusia yang diperlukan

oleh negara

3. Mengenal pasti sejauh mana dasar pelajaran dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan

berdisiplin

4. Penekanan terhadap 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira

5. Kenaikan darjah secara automatik

6. Penekanan terhadap pelajaran vokasional dan sukatan pelajaran sekolah swasta

7. Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran wajib dalam peperiksaan

8. Penekanan terhadap kokurikulum dan disiplin

9. Kurikulum Baru Sek, Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sek. Menengah (KBSM) 1988

menekankan perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek

Falsafah Pendidikan Negara

a) Pendidikan merupakan usaha yang berterusan untuk memperkembangkan potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu

b) Untuk melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani

c) Meningkatkan kemahiran berfikir, kecerdasan intelek, kreatif dan berilmu pengetahuan

d) Penguasaan 3M iaitu kemahiran membaca, menulis dan mengira

e) Melahirkan warganegara yang berakhlak mulia, berdisiplin, bertanggungjawab dan berketerampilan

f) Memiliki sifat jati diri dan mampu menghadapi cabaran

g) Mengutamakan bidang sains, teknologi dan vokasional bagi memenuhi keperluan industri

h) Mampu memberi sumbangan terhadap keharmonian, kemakmuran keluarga, masyarakat dan

negara

Soalan

1. Berikan 2 contoh matlamat penubuhan Jawatankuasa Kabinet 1974.

2. Jawatankuasa Kabinet KBSR & KBSM diperkenalkan untuk memberi penekanan terhadap…?

3. Berikan 2 contoh matlamat Falsafah Pendidikan Negara dilancarkan.

4. Apakah yang dimaksudkan dengan penguasaan 3M?

Jawapan:

1) Megkaji semula pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan; Menilai sejauh mana dasar pelajaran kebangsaan dapat melahirkan tenaga

manusia yang diperlukan oleh negara 2) perkembbangan jasmani, emosi, rohani dan intelek 3) Untuk melahirkan masyarakat yang

seimbang dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani; penguasaan 3M 4) Membaca, Menulis dan Mengira

Page 209: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 202

8.10 – Laporan Rahman Talib Tonton video di sini:

goo.gl/igb3jh

Akta Pelajaran 1961

1. Bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat

2. Sekolah Umum dijadikan Sekolah Kebangsaan

3. Sekolah Jenis Umum dijadikan Sekolah Jenis Kebangsaan

4. Sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris ditukar kepada bahasa Melayu

5. Pelajaran percuma diberi kepada semua jenis sekolah rendah

6. Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah menengah

7. Pelajaran agama Islam diajar di sekolah kerajaan yang mempunyai pelajar tidak kurang 15 orang

8. Di Sekolah Kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil akan diajar sekiranya terdapat sekurang-kurangnya

15 orang pelajar

9. Semua peperiksaan awam akan diadakan dalam bahasa kebangsaan

10. Laporan Rahman Talib dijadikan Akta Pelajaran 1961

Soalan

1. Di bawah Laporan Rahman Talib, nama sekolah rendah ditukar kepada…?

2. Pelajaran agama Islam diajar di sekolah kerajaan sekiranya apa berlaku…?

3. Di sekolah kebangsaan, mata pelajaran bahasa Tamil dan bahasa Cina akan diajar sekiranya...?

4. Laporan Rahman Talib akhirnya dikenali sebagai…?

Jawapan:

1) Sekolah Umum dijadikan Sekolah Kebangsaan; Sekolah Jenis Umum dijadikan Sekolah Jeni Kebangsaan 2) pelajar tidak kurang 15

orang 3) terdapat sekurang-kurangnya 15 orang pelajar 4) Akta Pelajaran 1961

Page 210: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 203

8.11 – Rukun Negara Tonton video di sini:

goo.gl/1EJTja

Peristiwa yang membawa kepada

pengenalan Rukun Negara

a) Ekoran berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang

telah mengancam ketenteraman,

keamanan dan keselamatan negara

b) Penubuhan Majlis Gerakan Negara

(MAGERAN) dipertanggungjawabkan

mengambil alih pentadbiran negara

c) MAGERAN telah menubuhkan Majlis

Perundingan Negara untuk membincang

dan menilai isu perpaduan negara

d) Majlis Perundingan Negara kemudiannya

memperkenalkan ideologi negara yang

dikenali sebagai Rukun Negara

Kepentingan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam usaha mencipta perpaduan

Kepercayaan

kepada Tuhan

Menunjukkan agama merupakan pegangan paling utama rakyat Malaysia

Rakyat beragama mudah diurus menjadi warganegara yang baik dan

bertanggungjawab

Perlembagaan Malaysia menetapkan Islam merupakan agama rasmi tetapi agama

lain mudah diamalkan

Kesetiaan

kepada Raja

dan Negara

Menuntut semua rakyat Malaysia memberi kesetiaan kepada raja dan negara

Yang diPertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja Melayu merupakan ketua

negeri

Raja merupakan simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa bumiputera

Penderhakaan kepada raja bermaksud penderhakaan kepada negara

Keluhuran

perlembagaan

Perlembagaan merupakan undang-undang utama bagi sesebuah negara dan

dianggap luhur, unggul serta suci

Keluhuran perlembagaan menuntut rakyat menerima, mematuhi, menyanjung dan

mempertahankannya

Kedaulatan

undang-

undang

Menuntut rakyat Malaysia menghormati undang-undang dengan tidak melakukan

kesalahan di sisi undang-undang

Rakyat akan hidup aman damai apabila kedaulatan undang-undang terpelihara

Rakyat bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan

dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak

Kesopanan

dan kesusilaan

Nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu

Prinsip ini menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling

menghormati

Soalan

1. Apakah peristiwa yang berlaku yang membawa

kepada pengenalan Rukun Negara?

2. Apakah tugas Majlis Gerakan Negara

(MAGERAN)?

3. Majlis Perundingan Negara diwujudkan untuk…?

4. Majlis Perundingan Negara memperkenalkan

ideologi iaitu…?

5. Berikan 2 contoh matlamat Rukun Negara yang

diperkenalkan

6. Keluhuran perlembagaan menuntut rakyat supaya…?

Matlamat Rukun Negara

a) Mengukuhkan perpaduan kaum di kalangan

rakyat Malaysia

b) Memelihara corak hidup yang demokratik

c) Mencipta sebuah masyarakat yang adil

d) Menjamin sikap liberal terhadap tradisi

kebuayaan yang pelbagai

e) Membina masyarakat progresif yang akan

menggunakan sains dan teknologi

Jawapan:

1) Peristiwa 13 Mei 1969 2) mengambilalih pentadbiran negara 3)

untuk membincang dan menilai isu perpaduan negara 4) ideologi

negara yang dikenali sebagai Rukun Negara 5) Memelihara corak

hidup yang demokratik 6) menerima, mematuhi, meyanjung dan

mempertahankannya

Page 211: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 204

8.12 – Malaysia Ke Arah Negara Maju Wawasan

2020 Tonton video di sini:

goo.gl/7fXCXK

Cabaran-cabaran dalam pencapaian Wawasan 2020

Membina bangsa

Malaysia yang bersatu

padu.

Dicapai melalui Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Bahasa Kebangsaan,

Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan

Membina masyarakat

berjiwa bebas, tenteram

dan berkeyakinan.

Masyarakat Malaysia perlu berjiwa bebas, berperasaan tenteram, bersikap

terbuka, berkeyakinan diri, bangga dengan apa yang dicapai dan gagah

menghadapi pelbagai cabaran

Memupuk dan membina

masyarakat demokratik

yang matang.

Masyarakat yang mempunyai kebebasan untuk memilih kerajaan.

Segala perasan tidak puas hati dan teguran kepada kerajaan dan

pemimpin perlu disalir melalui saluran tertentu dalam suasana mesra dan

membina

Mewujudkan

masyarakat yang

bermoral dan beretika

Masyarakat yang perlu diseimbangkan dengan kemajuan fizikal dalam

bentuk masyarakat berbudaya unggul.

Kepatuhan kepada agama, keberkesanan sistem pendidikan dan

keunggulan institusi kekeluargaan merupakan sumber pembinaan

masyarakat yang bermoral dan beretika

Mewujudkan

masyarakat yang

matang, liberal dan

bertoleransi.

Masyarakat yang tidak bertindak secara melulu.

Menghindarkan diri dan fahaman sempit dan berfikiran terbuka serta sedia

menerima perubahan dan pendapat orang lain.

Pengamalan demokrasi membolehkan masyarakat memilih kerajaan

dengan matang

Membina masyarakat

yang maju dan saintifik.

Masyarakat yang mampu menyerap segala perubahan persekitaran untuk

membina kecemerlangan.

Penguasaan ilmu pengetahuan bertunjangkan sains dan teknologi.

Mempunyai budaya ilmu bagi menjana produktiviti dan amalan kreatif dan

inovatif

Mewujudkan

masyarakat berbudaya

penyayang.

Masyarakat yang bermuafakat, saling memahami, menghormati,

bekerjasama dan saling bantu-membantu.

Asas kepada masyarakat penyayang ialah kepatuhan kepada agama, nilai-

nilai murni amalan tradisi dan institusi kekeluargaan.

Kasih sayang dalam masyarakat bermula dari kasih sayang dalam keluarga

Menjamin masyarakat

yang adil dan saksama

ekonominya.

Kemahuan sesebuah negara hanya dirasai oleh kelompok tertentu dan

boleh membawa kepada rasa tidak puas hati serta boleh mencetuskan

rusuhan kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969.

Bagi menjaminkan ekonomi, kerajaan melancarkan Rancangan

Pembangunan Lima Tahun, Rancangan Pembangunan Luar Bandar, Dasar

Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional.

Memupuk dan membina

masyarakat makmur.

Masyarakat yang hidup dalam kemewahan dan mempunyai taraf hidup

yang tinggi.

Pada masa yang sama, tiada masyarakat yang hidup melarat dalam

kemiskinan.

Pendapatan isi rumah berada pada tahap yang begitu tinggi, begitu juga

dengan pendapatan negara

Page 212: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 205

Soalan

1. Cabaran pertama Wawasan 2020 ialah untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu.

Bagaimanakah perpaduan boleh dicapai?

2. Apakah maksud membina masyarakat yang demokratik?

3. Apakah maksud membina masyarakat yang matang?

4. Apakah syarat untuk membentuk masyarakat yang bermoral dan beretika?

5. Apakah maksud masyarakat yang berbudaya penyayang?

6. Bagi menjamin keadilan ekonomi, kerajaan telah melancarkan beberapa rancangan seperti…?

7. Apakah yang dimaksudkan dengan masyarakat yang makmur?

Jawapan:

1) melalui Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan

2) Masyarakat yang mempunyai kebebasan untuk memilih kerajaan. 3) • Segala persaan tidak puas hati dan teguran kepada kerajaan dan

pemimpin perlu disalur melalui saluran tertentu dalam suasana mesra dan membina 4) Kepatuhan kepada agama, keberkesanan sistem

pendidikan dan keunggulan institusi kekeluargaan merupakan sumber pembinaan masyarakat yang bermoral dan beretika 5) Masyarakat

yang bermuafakat, saling memahami, menghormati, bekerjasama dan saling bantu-membantu 6) Rancangan Pembangunan Lima Tahun,

Rancangan Pembangunan Luar Bandar, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional. 7) • Masyarakat yang hidup dalam

kemewahan dan mempunyai taraf hidup yang tinggi.

Page 213: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 206

MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA

9.1 – Perang Dingin Tonton video di sini:

goo.gl/lF1GhR

Perang Dingin

1. Terbentuk daripada blok dunia yang berasaskan geopolitik

2. Tidak berlaku sebarang konflik bersenjata secara langsung

Sebab-sebab Berlakunya Perang Dingin

Sebab

1. Perbezaan ideologi dan fahaman politik

2. Persaingan kuasa Blok Kapitalis yang diketuai oleh Amerika dengan Blok Komunis yang diketuai oleh

Soviet Union

3. Kedua-dua blok ini cuba menunjukkan kekuatan masing-masing

4. Mereka cuba meluaskan pengaruh masing-masing di Eropah dan di Asia melalui bantuan ekonomi dan

ketenteraan

5. Mereka juga cuba mempengaruhi Negara Dunia Ketiga dengan tawaran pertahanan dan ekonomi

Kesan-kesan Perang Dingin

Kesan

1. Terbentuknya blok dunia kepada Blok Kapitalis, Blok Komunis dan Blok Dunia Ketiga

2. Terbentuknya pakatan tentera oleh Amerika dan sekutunya yang dikenali sebagai NATO

3. Soviet Union dan negara komunis menubuhkan Pakatan Warsaw

4. Amerika Syarikat membentuk Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO) untuk menyekat pengaruh

komunis

5. Berlakunya perlumbaan senjata antara Blok Kapitalis dengan Blok Komunis

BAB 9

Kuasa-kuasa

Besar Perang

Dingin

Amerika Syarikat Soviet Union

Page 214: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 207

Soalan

1. Bagaimanakah boleh berlakunya Perang Dingin?

2. Sebutkan dua kuasa Eropah yang terlibat dalam Perang Dingin.

3. Sebab utama berlakunya Perang Dingin ialah perbezaan fahaman politik yang membentuk dua blok

iaitu…?

4. Kedua-dua blok ini cuba mencari sokongan di Eropah dan Asia melalui…?

5. Mereka juga mempengaruhi negara dunia ketiga dengan cara…?

6. Kesan Perang Dingin terbentuknya blok dunia kepada tiga iaitu…?

7. Amerika Syarikat telah membentuk pakatan tentera yang dikenali sebagai…?

8. Apakah yang dibentuk oleh Soviet Union dan sekutunya?

Jawapan:

1) Perang Dingin terbentuk daripada blok dunia berasaskan geopolitik tanpa berlakunya sebarang konflik berenjata. 2) Amerika Syarikat,

Soviet Union. 3) Blok Kapitalis dan Blok Komunis. 4) meluaskan pengaruh masing-masing di Eropah dan di Asia melalui bantuan ekonomi

dan ketenteraan. 5) tawaran pertahanan dan ekonomi. 6) Blok Dunia Ketiga. 7) NATO. 8) Pakatan Warsaw.

Page 215: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 208

9.2 – Perang Dunia Pertama Tonton video di sini:

goo.gl/xiyejB

Faktor-faktor yang Mendorong Tercetusnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1914-1918

Faktor

1. Penyatuan oleh negara-negara kecil Eropah menjadi sebuah negara bangsa yang besar seperti Jerman

dan Itali

2. Sikap negara Eropah yang suka mempamerkan kekuatan masing-masing

3. Mereka juga bersaing untuk membesarkan tanah jajahan seperti Jerman, Itali, Britain, Perancis, Austria-

Hungary dan Rusia

4. Kuasa besar mula bersaing untuk membentuk lingkungan pengaruh masing-masing untuk mendapatkan

bahan mentah untuk memasarkan barangan siap mereka

5. Persaingan ini telah menyebabkan munculnya sistem pakatan di negara Eropah

6. Perikatan Kuasa Tengah terdiri daripada Austria-Hungary dan Jerman

7. Pakatan Bertiga terdiri dari Rusia, Perancis dan Britain

Peristiwa yang Mempercepatkan Berlakunya Perang Dunia Pertama 1914-1918

Faktor

1. Archduke Franz Ferdinand iaitu pewaris Raja Austria-Hungary dan isterinya telah dibunuh ketika melawat

bandar Sarajevo di Bosnia

2. Pembunuhan telah dilakukan oleh seorang pemuda Serbia pada 28 Jun 1914

3. Austria-Hungary mendapat sokongan daripada Jerman dalam pengisytiharan perang ke atas Serbia

4. Serbia pula mendapat mendapat sokongan dari Rusia

5. Jerman telah bertindak menyerang Perancis melalui negara Belgium

6. Tindakan ini telah menimbulkan kemarahan sekutunya Britain

7. Britain kemudiannya melibatkan diri dengan menyerang Jerman

8. Itali yang pada peringkat awalnya bersikap berkecuali kemudiannya bertindak menyokong Rusia dan

Britain

9. Sebuah kapal dagang Amerika telah ditembak oleh Jerman ketika melalui Selat Inggeris

10. Amerika bertindak membantu Pakatan Bertiga yang membawa kepada kekalahan Jerman

Soalan

1. Salah satu faktor yang mendorong berlakunya Perang Dunia Pertama ialah persaingan antara kuasa

Eropah untuk meluaskan tanah jajahan seperti…?

2. Perikatan Kuasa Tengah terdiri daripada…?

3. Pakatan Bertiga terdiri dari…?

4. Apakah peristiwa yang berlaku yang mempercepatkan berlakunya Perang Dunia Pertama?

5. Siapakah yang membunuh pewaris Raja Austria-Hungary?

6. Mengapakah British melibatkan diri dalam perang dengan bertindak menyerang Jerman?

7. Mengapakah Amerika Syarikat melibatkan diri dalam Perang Dunia Pertama dengan membantu

Pakatan Bertiga?

Jawapan:

1) Jerman, Itali, Britain, Perancis, Austria-Hungary, dan Rusia. 2) Austria-Hungary dan Jerman. 3) Rusia, Perancis dan Britain. 4) Archduke

Franz Ferdinand iaitu pewaris Raja Austria-Hungary dan isterinya telah dibunuh ketika melawat bandar Sarajevo di Bosnia. 5) Seorang

pemuda Serbia. 6) Jerman teah bertindak menyerang Perancis melalui negara Belgium. Tindakan ini telah menimbulkan kemarahan

sekutunya Britain. 7) Sebuah kapal dagang Amerika telah ditembak oleh Jerman ketika melalui Selat Inggeris.

Page 216: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 209

9.3 – Perang Dunia Kedua Tonton video di sini:

goo.gl/KnWyh1

Faktor-faktor yang Menyebabkan Berlakunya Perang Dunia Kedua

Faktor

1. Jerman tidak puas hati dengan Perjanjian Versailles kerana mereka kehilangan tanah jajahan

2. Jerman dipaksa membayar ganti rugi kepada negara yang menang

3. Jerman diarah mengurangkan angkatan tenteranya

4. Kemunculan Adolf Hitler sebagai pemimpin baru Jerman yang memimpin Parti Nasional Socialis

5. Hitler melanggar Perjanjian Versailles, apabila membesarkan angkatan tentera

6. Beliau berjaya mengembalikan semangat nasionalis dalam kalangan rakyatnya

7. Itali pula marah kepada Pakatan Bertiga kerana tidak mendapat apa-apa tanah jajahan

8. Benito Musolini yang menjadi pemimpin Itali bertindak menyerang Habsyah

9. Beliau kemudiannya menceroboh Perancis pada tahun 1940

10. Jepun pula melancarkan dasar Meiji dengan matlamat menjadikan Jepun negara industri dan kuasa

ketenteraan

11. Jepun berasa bertanggungjawab untuk membebaskan negara Asia dari cengkaman penjajah Barat

12. Jepun menceroboh Mancuria dan China

13. Amerika berasa bimbang dengan tindakan Jepun

14. Amerika Syarikat kemudiannya menandatangani Perjanjian Washington untuk menyekat bahan mentah

ke Jepun

15. Amerika juga menghadapi masalah kemelesetan ekonomi

Peristiwa yang Mencetuskan Perang Dunia Kedua

Peristiwa

1. Jerman melancarkan serangan ke atas Poland dari arah barat, manakala Soviet Union bertindak

menyerang Poland dari arah timur

2. Tindakan Jerman menyebabkan Britain dan Perancis mengisytiharkan perang ke atas Jerman

3. Jepun melancarkan serangan mengejut ke atas Pearl Harbour dan berjaya memusnahkan angkatan

perang Amerika di Lautan Pasifik

4. Jepun kemudiannya menewaskan British di Tanah Melayu dan Singapura pada September 1942

5. Amerika Syarikat, Britain, Perancis, dan Soviet Union membentuk pakatan dikenali sebagai Kuasa

Bersekutu

6. Jerman Itali dan Jepun membentuk pakatan dikenali sebagai Kuasa Paksi

7. Kuasa Bersekutu akhirnya berjaya mengalahkan Jerman dalam perang di Eropah

8. Amerika Syarikat kemudiannya menumpukan perhatian sepenuhnya atas Jepun

9. Atas arahan Presiden Amerika Syarikat, Harry Truman, bom atom digugurkan di Hiroshima untuk

mengelakkan perang berpanjangan

10. Dua hari kemudian bom atom kedua digugurkan di Nagasaki yang menyebabkan kekalahan Jepun

Page 217: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 210

Soalan

1. Kemunculan Adolf Hitler telah berjaya menyatukan rakyat Jerman. Apakah yang beliau menubuhkan?

2. Apakah tindakan Hitter yang langgar Perjanjian Versailles?

3. Mengapakah Italy marah kepada Pakatan Bertiga?

4. Jepun juga mula terlibat dalam Perang Dunia Kedua. Apakah yang telah berlaku?

5. Apakah tindakan Amerika Syarikat ke atas Jepun?

6. Apakah yang berlaku sebaik sahaja Jerman menyerang Poland?

7. Kemunculan Kuasa Bersekutu dianggotai oleh…?

8. Kuasa Paksi pula dianggotai oleh…?

9. Bagaimanakah Jepun dikalahkan dalam Perang Dunia Kedua?

Jawapan:

1) Parti Nasional Socialis. 2) Beliau membesarkan angkatan tentera. 3) Itali tidak mendapat apa-apa tanah jajahan. 4) Jepun menceroboh

Mancuria dan China. 5) Amerika Syarikat menandatangani Perjanjian Washington untuk menyekat bahan mentah ke Jepun. 6) Britain dan

Perancis mengisytiharkan perang ke atas Jerman. 7) Amerika Syarikat, Britain, Perancis, dan Soviet Union. 8) Jerman, Itali dan Jepun. 9)

Amerika Syarikat menggugurkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki.

Page 218: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 211

9.4 – Faktor Yang Mempengaruhi Dasar Luar

Malaysia Tonton video di sini:

https://goo.gl/HSBKqb

Matlamat dan Tujuan Penubuhan Persatuan Asia Tenggara (ASA)

Huraian

1. Untuk melindungi negara anggota dari ancaman komunis

2. Menjalin kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial

3. Memberikan dan menyediakan kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi

dalam kalangan negara anggota

4. Mengekalkan serta menjamin keselamatan dan kestabilan politik negara-negara serantau

Faktor-faktor Penubuhan Persatuan Asia Tenggara (ASA) Dibubarkan

Faktor

1. Tidak ada kerjasama yang erat dalam kalangan anggota

2. ASA dianggap pertubuhan yang anti pemerintahan Presiden Soekarno di Indonesia

3. Timbulnya kesangsian kerana Malaysia mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Britain sementara

Filipina dan Thailand mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Amerika Syarikat

4. Pertelingkahan yang berlaku antara Malaysia dengan Filipina tentang penubuhan Malaysia telah

membawa kepada pembubaran ASA.

Page 219: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 212

9.5 – Pertubuhan Komanwel Tonton video di sini:

https://goo.gl/JAASxU

Latar Belakang Komanwel

Huraian

1. Dibentuk pada tahun 1931

2. Dianggotai oleh bekas tanah jajahan British yang merdeka

3. Keanggotaannya 54 negara

4. Sekretariatnya di London yang didirikan pada tahun 1965

5. Matlamat penubuhan untuk mewujudkan semangat setiakawan dalam kalangan negara anggota dan

mewujudkan kerjasama dalam pelbagai bidang

6. Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) akan diadakan dua tahun sekali

7. Bahasa Inggeris merupakan bahasa perhubungan antara negara anggota

8. Sistem pentadbiran negara anggota mengikut sistem pentadbiran British

9. Sistem perundangan dan kehakiman juga berdasarkan sistem British

10. Raja Britain merupakan Ketua Komanwel

11. Semua anggota Komanwel dianggap setaraf

Faedah yang Diperolehi oleh Malaysia apabila Menyertai Komanwel

Faedah

1. Membantu Malaysia dalam menghadapi ancaman komunis

2. Melalui perjanjian pertahanan Malaysia dengan Britain, Australia dan New Zealand akan

mempertahankan Malaysia jika diserang musuh

3. Membantu Malaysia semasa berkonfrontasi dengan Indonesia

4. Menjadi tuan rumah dalam mesyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM) di Kuala Lumpur tahun

1989

5. Pengisytiharan Deklarasi Langkawi

6. Eksport Malaysia ke negara Komanwel dikenakan cukai yang rendah

7. Di bawah Rancangan Colombo, menyediakan bantuan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan

8. Malaysia berjaya menganjurkan sukan Komanwel tahun 1998

9. Malaysia dapat menyuarakan penentangan terhadap dasar Aparteid di Afrika Selatan

Soalan

1. Siapakah anggota Pertubuhan Komanwel?

2. Apakah matlamat Pertubuhan Komanwel ditubuhkan?

3. Berapakah jumlah negara anggota Komanwel?

4. Siapakah yang menjadi ketua Komanwel?

5. Sebaik sahaja menyertai Komanwel, Malaysia telah menandatangani Perjanjian Pertahanan dengan…?

6. Di bawah Rancangan Colombo, apakah yang telah disediakan oleh Komanwel?

Jawapan:

1) Bekas tanah jajahan British yang merdeka. 2) Matlamat penubuhan adalah untuk mewujudkan semangat setiakawan dalam kalangan

negara anggota dan mewujudkan kerjasama dalam pelbagai bidang. 3) 54. 4) Raja Britain. 5) Britain, Australia dan New Zealand. 6)

Bantuan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan.

Page 220: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 213

9.7 – Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) Tonton video di sini:

goo.gl/mTyjxO

Latar Belakang NAM

Huraian

1. Ditubuhkan pada September 1961 semasa kemuncak Perang Dingin

2. Ahlinya dari negara membangun di Asia, Afrika dan Amerika Selatan

3. Anggotanya terdiri dari 113 buah negara, manakala 16 negara sebagai pemerhati dan 28 negara

merupakan tetamu jemputan

4. Malaysia NAM menganggotainya pada tahun 1970

Matlamat Penubuhan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)

Matlamat

1. Mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong blok barat atau blok komunis

2. Mengelakkan campurtangan asing dalam hal ehwal sesebuah negara

3. Menghormati kedaulatan sesebuah negara

4. Menyelesaikan pertelingkahan secara rundingan

5. Mewujudkan persefahaman serta menghormati hak asasi manusia

Peranan Malaysia dalam Pergerakan Negara-Negara Berkecuali

Peranan

1. Dalam sidang kemuncak NAM ke-7 di New Delhi (1987), Malaysia telah membuat usul kerjasama

ekonomi, isu Palestin dan Benua Antartika

2. Dalam sidang kemuncak ke-8 di Harare (Zimbabwe), Malaysia membuat cadangan mengenai Dasar

Aparteid di Afrika Selatan

3. Pada tahun 1989, Malaysia diberi penghormatan apabila dipilih sebagai Naib Presiden dalam sidang

kemuncak NAM di Belgrade, Yugoslavia

4. Malaysia dilantik sebagai ahli Kumpulan 16 yang membincangkan isu keganasan politik negara anggota

5. Pada tahun 2003, Malaysia menjadi tuan rumah dalam sidang kemuncak NAM ke-13

6. Dalam sidang kemuncak ini dua negara anggota baru didaftarkan iaitu Timur Leste dan Pulau Catalina

7. Deklarasi Kuala Lumpur dikeluarkan tentang kedudukan Palestin dan serangan Amerika ke atas Iraq

Soalan

1. Bilakah NAM ditubuhkan?

2. Ahlinya terdiri dari negara…?

3. Apakah matlamat utama NAM ditubuhkan?

4. Dalam Sidang Kemuncak NAM Ke-7 di New Delhi , Malaysia telah membuat usul…?

5. Dalam Sidng Kemuncak NAM di Belgrade Yugoslavia, Malaysia dipilih sebagai…?

6. Malaysia telah dipilih sebagai Ahli Kumpulan 16 yang berperanan untuk…?

7. Dalam Sidang Kemuncak NAM ke-13 di Malaysia, dua buah negara baru menyertai NAM iaitu…?

Jawapan:

1) September 1961. 2) Negara membangun di Asia, Afrika dan Amerika Selatan. 3) Mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong blok

barat atau blok komunis. 4) …kerjasama ekonomi, isu Palestin dan Benua Antartika. 5) Naib Presiden. 6) …membincangkan isu keganasan

politik negara anggota. 7) Timur Leste dan Pulau Catalina.

Page 221: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 214

9.8 – Pertubuhan Negara-Negara Selatan Tonton video di sini:

goo.gl/1ftq3j

Negara-Negara Selatan

Huraian

1. Negara-Negara Selatan juga dikenali sebagai Negara Dunia Ketiga

2. Negara-negara ini mempunyai banyak persamaan dari segi latar belakang ekonominya dan pernah

dijajah oleh kuasa Barat

3. Negara-negara ini masih bergantung kepada negara maju dalam pemasaran bahan mentah

4. Negara-negara ini tidak mempunyai kepakaran dan modal untuk memproses bahan mentah menjadi

barangan siap

5. Pergantungan kepada negara maju ini membawa kepada sistem perdagangan yang tidak adil seperti

kawalan terhadap harga barang mentah

6. Pengenalan kadar faedah yang tinggi terhadap pinjaman oleh negara maju merupakan sesuatu yang

membebankan

7. Matlamat kumpulan ini adalah untuk mengatasi harga eksport bahan-bahan mentah dan meningkatkan

kerjasama ekonomi dan teknikal dalam kalangan negara anggota tanpa bergantung kepada negara

maju

Peranan yang Dimainkan oleh Malaysia dalam Negara-Negara Selatan

Peranan

1. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Selatan-Selatan

2. Suruhanjaya ini kemudiannya dikenali sebagai Kumpulan 16 atau G15 pada tahun 1989

3. Sidang kemuncak G15 yang pertama diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1990

4. G15 telah merancang kerjasama dalam bidang

a. Sains dan teknologi

b. Penubuhan Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan di Kuala Lumpur

c. Penubuhan Sistem Keistimewaan Perdagangan Global

d. Penubuhan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangn

Soalan

1. Apakah persamaan antara Negara-Negara Selatan?

2. Mengapakah Negara-negara Selatan masih bergantung kepada negara maju dalam proses

pemasaran?

3. Apakah matlamat Pertubuhan Negara-Negara Selatan?

4. Bagi mengatasi masalah Negara-Negara Selatan, apakah yang dicadangkan oleh Perdana Menteri

Dato Seri Dr. Mahathir?

5. G15 telah bekerjasama dalam bidang ekonomi. Berikan 2 contoh kerjasama tersebut.

Jawapan:

1) Mereka pernah dijajah oleh kuasa Barat. 2) Negara-negara Selatan tidak mempunyai kepakaran dan modal untuk memproses bahan

mentah menjadi barangan siap. 3) Untuk mengatasi harga eksport bahan-bahan mentah dan meningkatkan kerjasama ekonomi dan

teknikal dalam kalangan negara anggota tanpa bergantun kepada negara maju. 4) Penubuhan Suruhanjaya Selatan-Selatan. 5) Sains dan

teknologi, penubuhan Sistem Keistimewaan Perdagangan Global.

Page 222: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)

TINGKATAN 5 215

9.9 – Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) Tonton video di sini:

goo.gl/VTYtbc

Matlamat Penubuhan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)

Matlamat

1. OIC ditubuhkan dengan matlamat mengeratkan hubungan antara negara Islam dalam pelbagai bidang

2. Bersuara dalam satu nada bagi kepentingan umat Islam

3. Mengelakkan persengketaan sesama negara Islam

4. Memastikan tempat-tempat suci umat Islam dihormati dan tidak dicemari

5. Memberi bantuan kepada negara Islam yang kurang maju seperti Sudan, Nigeria dan Chad

6. Memberi bantuan kepada negara Islam yang bermasalah seperti menghantar pasukan perubatan di

Lubnan, Bosnia dan Afghanistan

7. Menubuhkan Bank Pembangunan Islam bagi memberikan perkhidmatan kewangan kepada negara

anggota

Peranan Malaysia dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)

Peranan

1. Idea penubuhan OIC dicetuskan oleh Tungku Abdul Rahman, tahun 1971

2. Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Setiausaha Agung OIC pertama

3. Malaysia menjadi perantara menyelesaikan peperangan Iran dengan Iraq

4. Menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk mendapatkan semula tanah air mereka dari Israel

5. Menjadi tuan rumah Persidangan OIC tahun 1974 & 2003

6. Menganjurkan persidangan menentang pengganas dalam kalangan negara Islam

7. Tawaran biasiswa kepada pelajar dari negara OIC yang belajar di University Islam Antarabangsa (UIAM)

8. Mencadangkan penggunaan dinar emas dalam kalangan negara Islam

Faedah yang Diperolehi oleh Malaysia dengan Menyertai Pertubuhan OIC

Faedah

1. Mendapat pinjaman dari Bank Pembangunan Islam untuk melaksanakan projek demi kepentingan rakyat

2. Mendapat bantuan dari OIC ketika penubuhan UIAM

3. Menerima pengiktirafan Tunku Abdul Rahman sebagai Setiausaha Agung OIC pertama

4. Menjadi tuan rumah Persidangan OIC tahun 2003 di Putrajaya

Soalan

1. Apakah matlamat utama Pertubuhan OIC? 2. OIC telah membantu negara anggota yang kurang maju seperti..? 3. OIC juga membantu negara anggota yang bermasalah seperti…?

4. Siapakah tokoh yang mencadangkan penubuhan OIC?

5. Berikan 3 contoh peranan Malaysia dalam OIC.

Jawapan:

1) Untuk mengeratkan hubungan antara negara Islam dalam pelbagai bidang. 2) Sudan, Nigeria, dan Chad. 3) Lubnan, Bosnia, dan

Afghanistan. 4) Tungku Abdul Rahman. 5) Menjadi tuan rumah Persidangan OIC tahun 1974 & 2003, menganjurkan persidangan

menentang pengganas dalam kalangan negara Islam, dan mencadangkan penggunaan dinar emas dalam kalangan negara Islam.

Page 223: Nota Padat Sejarah SPM (Ting 4&5)