nota sejarah pendidikan negara

10
SEJARAH PENDIDIKAN NEGARA Penyata Razak (1956) 1. Menteri Pelajaran ketika itu Y.B. Dato' Tun Abdul Razak Hussein menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak (1956). 2. Cadangan-cadangan dalam penyata tersebut telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 3. Tujuan Penyata Razak adalah a. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah b. Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu c. Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan d. Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif.

Upload: aya-adam

Post on 15-Feb-2015

41 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Sejarah Pendidikan Negara

SEJARAH PENDIDIKAN NEGARA

Penyata Razak (1956)

1. Menteri Pelajaran ketika itu Y.B. Dato' Tun Abdul Razak Hussein

menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa

perubahan dalam sistem pendidikan dan laporan ini dikenali

sebagai Penyata Razak (1956).

2. Cadangan-cadangan dalam penyata tersebut telah dimaktubkan dalam

Ordinan Pelajaran 1957

3. Tujuan Penyata Razak adalah

a. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa

perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah

b. Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India

sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu

c. Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan

antara kaum dapat dikurangkan

d. Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk

melahirkan masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan

progresif.

Page 2: Nota Sejarah Pendidikan Negara

e. Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap

dan berkesan

f. Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih ,

lieral dan progresif

g. Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan

memperkembangkan sistem pendidikan

4. Syor untuk perubahan dalam Penyata Razak

P O S T E D B Y G U R U K A M P U N G A T   6 : 4 1 P M  1 C O M M E N T S

Fakta Pendidikan Zaman Penjajahan

Sejarah Pendidikan Sebelum Penjajahan

1. Sistem pendidikan adalah berasaskan sistem pondok yang diadakan di

madrasah dan di sekolah-sekolah agama.

2. Sekolah agama atau madrasah pesat dalam tahun 7920-an hingga

1940-an. Contohnya, di Pondok Langgar, Pokok Sena di Kedah,

Pondok Bukit Mertajam Seberang Prai dan Madrasah Al-Masyhur di

Pulau Pinang.

3. Sekolah agama atau madrasah lebih sistematik daripada sekolah

pondok, iaitu dari segi kurikulum (berstruktur), waktu belajar (tetap)

dan peralatan (kerusi meja).

4. Ditubuhkan dengan tujuan melahirkan pelajar yang bennoral tinggi.

5. Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan pada sekolah agama atau

madrasah. Sekolah-sekolah ini tidak dapat melahirkan masyarakat

Page 3: Nota Sejarah Pendidikan Negara

Islam yang moden kerana tiada penekanan kepada Sains, Matematik

dan Bahasa Inggeris.

Sekolah Vernakular

1. Sekolah vernakular merujuk kepada sekolah yang menggunakan

bahasa ibunda dalam pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan

(P&P) di sekolah.

2. Terdapat tiga jenis sekolah vernakular, iaitu Melayu, Cina dan Tamil.

3. Sekolah vernakular Melayu yang pertama sekali ditubuhkan ialah

pada tahun 1855, iaitu di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

4. Sekolah Melayu Gelugor, Pulau Pinang menggunakan bahasa Melayu

sebagai bahasa pengantar.

5. Pada tahun 1872, A.M. Skinner memperkenalkan persekolahan dua

sesi, iaitu:

i. Pagi

a. Bahasa Melayu, Matematik, Ilmu Alam

b. dan mata pelajaran vokasional

ii. Petang

a. Bahasa Arab

b. dan al-Qur'an

Page 4: Nota Sejarah Pendidikan Negara

6. Kekurangan guru merupakan faktor tiada sekolah menengah Melayu

pada waktu itu. Ini telah mendorong sehingga tertubuhnya dua buah

maktab perguruan, iaitu

i. MPSI Tanjung Malim pada tahun 1922 dan

ii. MPPM di Melaka pada tahun 1935.

7. Sekolah vernakular Cina ditubuhkan pada tahun 1815 oleh kumpulan

pendakwah baru Persatuan Pendakwah London. Terdapat juga

sekolah Cina yang dibuka oleh orang perseorangan.

8. Sekolah Cina menggunakan bahasa Cina/Mandarin (Kuv Yu) sebagai

bahasa pengantar, manakala guru-guru dan buku teks diimpot dari

Negara China.

9. Contoh sekolah vernalular Cina ialah

i. SJK (C) Hua Lian, Tanjung, Perak dan

ii. SJK (C) Chung Hwa, Kota Bharu, Kelantan.

10. Kelas Bahasa Cina diadakan di semua `Free School', iaitu di

Melaka, Pulau Pinang dart Singapura, namun la gagal dan telah

dihentikan.

11. Sekolah vernakular'I'amil menggunakan bahasa Tamil sebagai

bahasa pengantar. Guru, kurikulum dart buku teks diimpot dart India.

Contohnya, SJK (T) Manikavasagam, Tanjung Malim, Perak.

12. Pada tahun 1925, Kod Buruh berkuat kuasa, di mana semua

estet vang mempunyai 10 orang kanak-kanak dalam umur

persekolahan diwajib menyediakan sekolah yang bertujuan

rnembasmi buta huruf.

13. Sekolah Inggeris hanya terdapat di kawasan bandar dart

menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

14. Pendidikan bahasa Inggeris mula diperkenalkan di kalangan

anak bangsawan Melayu pada tahun 1905. Penang Free School

Page 5: Nota Sejarah Pendidikan Negara

(1816 ) merupakan sekolah Inggeris pertama yang ditubuhkan. Guru-

guru yang mengajar di sekolah Inggeris ini terdiri daripada paderi

yang mendapat pendidikan di Eropah.

Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British

1. Ciri-ciri sekolah pada zaman penjajahan:

a. Setiap jenis sekolah khusus mengikut kaum.

b. Kurikuium sekolah berbeza.

c. Lokasi sekolah bagi setiap kaum terpisah.

d. Bahasa pengantar berlainan, contoh sekolah Cina bahasa

pengantarnya ialah bahasa Mandarin.

2. Pada tahun 1854, Syarikat Hindia Tirnur mengeluarkan arahan

kepada Gabenor Negeri-negeri Selat untuk menyediakan laporan

tentang status dan keadaan pendidikan agar tindakan selanjutnya

dapat diambil.

3. Pada tahun 1855, sekolah Melayu dibuka di Bayan Lepas, Pulau

Pinang dan diikuti dengan dua buah sekolah Melayu di Singapura,

iaitu di Telok Belanga dan Kampung Gelam.

4. Pada zaman pernerintahan British di Tanah Melayu, sekolah Inggeris

mula diperkenalkan. Contohnya,

i. King Edward VII, Taiping di Perak dan

ii. Clifford School, Kuala Lipis, Pahang.

5. Sekolah pondok masih diteruskan di kalangan penduduk Melayu.

Sekolah vokasional Melayu juga telah diadakan untuk melatih

kumpulan buruh.

Page 6: Nota Sejarah Pendidikan Negara

6. A.M. Skinner, Nazir Sekolah pada tahun 1870-an telah merombak

sekolah Melayu dan menjadikannya dua sesi, iaitu sesi pagi untuk

pelajaran biasa

dari sesi petang untuk pembelajaran agama.

7. Senario di sekolah-sekolah Cina pula agak berbeza kerana sekolah-

sekolah

ini dibiayai oleh masyarakat Cina yang terdiri daripada golongan

peniaga. Sekolah-sekolah Cina ini berkembang pesat dan diteruskan

ke peringkat sekolah menengah.

8. Di peringkat awal, iaitu pada tahun 1917, sekolah Cina mula

mendapat bantuan dari Negara China dan telah menggunakan bahasa

"Kuo Yue" : Mulai tahuu 1920-an, sekolah-sekolah ini diberi pilihan

sama ada untuk mendapat bantuan dari Negara China atau kerajaan

tempatan.

9. Sekolah-sekolah tamil mula berkembang selaras dengan

perkembangan dalam sektor perladangan kopi, getah dan kelapa

sejak tahun 1870-an. Sekolah Tamil telah diadakan untuk majikan

estet dan hanya di peringkat sekolah rendah sahaja.

10. Kanun Buruh diterima pakai di Negeri-negeri Melayu Bersekutu

mulai tahun 1923 clan membuat peruntukkan agar sekolah-sekolah

Tamil diberi kemudahan mengajar kepada anak-anak pekerja buruh.

11. Walau bagaimanapun, sekolah-sekolah lnggeris yang

dikendalikan oleh mubaligh Kristian adalah terbuka kepada semua

kanak-kanak tanpa mengira ras dan agama. Sistem pendidikan ini

sejak awal lagi telah meninggalkan kesan yang mendalam dari segi

meningkatkan persaingan hebat di kalangan semua kaum.

12. Sejak pertengahan tahun 1870-an, kaedah pengajaran yang

digunakan adalah `monitoral system' di mana guru-guru dibawa dari

England clan kos perbelanjaan untuk tujuan ini kian meningkat.

Justeru, Jawatankuasa Wooley pada tahun 1870-an telah membuat

penelitian dan mencadangkan agar alternatit lain diperoleh clan hasil

daripada laporan ini, maka sistem "bekerja sambil belajar" telah

diperkenalkan.

Page 7: Nota Sejarah Pendidikan Negara

13. Dalarn aspek latihan pula, sejak awal lagi telah diberikan

latahan profesional. Justeru, guru-guru pada awalnya dihantar ke

Kolej Raffles dan ke luar negara untuk tujuan latihan. Mulai tahun

1920-an, dua buah institusi tempatan diwujud untuk menyediakan

latihan perguruan. Maktab Perguruan Sultan Idris (1922 ) dan

Maktab Latihan Perguruan Perempuan Melayu di Melaka ditubuhkan

(1935) untuk melatih guru-guru dari Negeri-negeri Selat, Negeri-

negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.

14. Pendudukan Jepun telah banyak menjejaskan perkembangan di

dalam bidang pendidikan. Selepas Jepun meninggalkan Tanah

Melayu, sekolah dan kolej berfungsi kembali setelah proses membaiki

bangunan dan melengkapkan kemudahan serta peralatan sekolah siap

selepas tahun 1946.

Sejarah Pendidikan Selepas Kemerdekaan

1. Terdapat tiga jenis laporan penting yang menjadi asas kepada sejarah

pendidikan elepas kemerdekaan, iaitu:

i. Laporan Barnes (1950)

a. Disediakan pada tahun 1951 oleh L.J. Barnes.

b. Laporan ini disediakan dengan tujuan untuk menyiasat

keduclukan clan memperbaiki pendidikan orang Melayu.

c. Terdapat beberapa cadangan di dalam Laporan

Barnes ini, iaitu:

i. Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan.

Page 8: Nota Sejarah Pendidikan Negara

ii. Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu

sebagai bahasa pengantar.

iii. Pelajaran bahasa Cina clan Tamil akan disediakan

jika terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin

mempelajari bahasa ibunda mereka.

iv. Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan

bahasa lnggeris wajib diajar di sekolah Melayu.

d. Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Barnes.

Antaranya ialah:

i. Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar

yang digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasa

Melayu.

ii. Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu,

Cina dan Tamil ditukarkan kepada sekolah

kebangsaan. Di mana sekolah-sekolah ini akan

menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa

Melayu.

1. Laporan Fenn-Wu (1951)

1. Diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu - Negara

China) dan Dr. Wu (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).

2. Mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak

masyarakat Cina yang menganggap laporan tersebut bertujuan

menghapuskan bahasa dan budaya orang Cina.

3. Terdapat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya

menjadi asas kepada Ordinan Pelajaran (1952).

4. Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Fenn-Wu. Antaranya

ialah:

Page 9: Nota Sejarah Pendidikan Negara

a. Sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dan

menggunakan tiga bahasa, iaitu Melayu, Cina dan Tamil,

dan bahasa kebangsaan juga diadakan.

b. Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris)

dikekalkan.

c. Sekolah-sekolah vokasional teruss dikembangkan untuk

menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang

diperlukan untuk pembangunan negara.

5. Ordinan Pelajaran (1952)

a. Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan

British untuk mengkaji Laporan Barnes dan Fenn-Wu.

b. Laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai Ordinan

Pelajaran (1952). Sekolah Kebangsaan - corak sistem

persekolahan kebangsaan, iaitu Sekolah vernakular Cina

dan Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan

kebangsaan.

c. Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai bahasa ketiga.

d. Walau bagaimanapun, Ordinan Pelajaran (1952) ini tidak

menjadi kenyataan disebabkan masalah kewangan.

Rumusan

Dalam era pendidikan ini, wujud dikotomi akibat kurikulum yang digunakan

berbeza antara kaum. Di mana sekolah menggunakan bahasa pengantar

masingmasing dan lokasi sekolah juga berbeza mengikut sektor ekonomi

yang diceburi oleh kaum masing-masing. Apa yang jelas pada ketika ini

adalah bahawa fikiran clan aspirasi yang berlainan di kalangan masyarakat

pada masa itu.

P O S T E D B Y G U R U K A M P U N G A T   6 : 4 1 P M  6 C O M M E N T S