nota sains tingkatan 2 bab 4 (saling bersandaran antara organisma hidup)

5
Saling Bergantung Antara Organisma Hidup 1. Habitat adalah tempat tinggal semula jadi organisma, di mana organisma mendapat tempat berlindung, makanan dan pasangan. 2. Spesies adalah kumpulan organisma yang mempunyai ciri- ciri yang sama/ ciri sepunya & boleh membiak sesama sendiri di kalangan mereka bagi menghasilkan keturunan. 3. Populasi / kependudukan adalah sekumpulan organisma sama spesies yang hidup di dalam habitat yang sama. - populasi adalah populasi belalang di sebuah padang. 4. Komuniti / masyarakat terdiri daripada beberapa jenis populasi bebas daripada organisma yang hidup dan tinggal bersama-sama dalam satu habitat. - komuniti sesebuah kolam adalah terdiri daripada semua mikroorganisma, tumbuhan air dan haiwan yang hidup di dalam kolam tersebut. 5. Ekosistem terdiri daripada banyak komuniti (benda hidup) bersama dengan persekitaran bukan hidup seperti air, udara dan cahaya. 6. Ekologi ialah kajian berkenaan hubungan antara benda- benda hidup serta hubungan antara benda-benda hidup dan persekitaran. 7. Semua organisma yang hidup di dalam sesuatu habitat berinteraksi/ bergantung antara satu sama lain bagi mengekalkan keseimbangan di dalam habitat tersebut - membentuk satu ekosistem yang seimbang.

Upload: tuisyen-dewan-hj-ali

Post on 29-Dec-2015

4.140 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Nota Sains Tingkatan 2, Bab 4, Saling Bersandaran Antara Organisma Hidup)

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Sains Tingkatan 2 Bab 4 (Saling Bersandaran antara Organisma Hidup)

Saling Bergantung Antara Organisma Hidup

1. Habitat adalah tempat tinggal semula jadi organisma, di mana organisma mendapat tempat berlindung, makanan dan pasangan.

2. Spesies adalah kumpulan organisma yang mempunyai ciri-ciri yang sama/ ciri sepunya & boleh membiak sesama sendiri di kalangan mereka bagi menghasilkan keturunan.

3. Populasi / kependudukan adalah sekumpulan organisma sama spesies yang hidup di dalam habitat yang sama. - populasi adalah populasi belalang di sebuah padang.

4. Komuniti / masyarakat terdiri daripada beberapa jenis populasi bebas daripada organisma yang hidup dan tinggal bersama-sama dalam satu habitat. - komuniti sesebuah kolam adalah terdiri daripada semua

mikroorganisma, tumbuhan air dan haiwan yang hidup di dalam kolam tersebut.

5. Ekosistem terdiri daripada banyak komuniti (benda hidup)

bersama dengan persekitaran bukan hidup seperti air, udara dan cahaya.

6. Ekologi ialah kajian berkenaan hubungan antara benda-

benda hidup serta hubungan antara benda-benda hidup dan persekitaran.

7. Semua organisma yang hidup di dalam sesuatu habitat berinteraksi/ bergantung antara satu sama lain bagi mengekalkan keseimbangan di dalam habitat tersebut - membentuk satu ekosistem yang seimbang.

Page 2: Nota Sains Tingkatan 2 Bab 4 (Saling Bersandaran antara Organisma Hidup)

Interaksi antara organisma 1. Interaksi:

a) Mangsa-pemangsa - Digunakan dalam kawalan biologi populasi haiwan

perosak - Kawalan biologi

: ialah satu kaedah kawalan populasi haiwan perosak yang menggunakan pemangsa semula jadi & bukannya bahan kimia. Ia murah, selamat & tidak membahayakan alam sekitar dan haiwan lain.

b) Persaingan

2. Simbiosis: a) Mutualisme b) Parasitisme c) Komensalisme

Jaringan makanan

1. Jaringan makanan ialah rantaian yang menunjukkan bagaimana tenaga dalam makanan dipindahkan daripada pengeluar kepada pengguna.

2. Jaringan makanan – terdiri daripada beberapa rantai makanan yang berhubungan

Page 3: Nota Sains Tingkatan 2 Bab 4 (Saling Bersandaran antara Organisma Hidup)

3. Pengeluar – tumbuhan hijau/ alga yang membuat makanan sendiri.

4. Pengguna – haiwan yang memakan tumbuhan/ organisma lain.

5. Pengurai – organisma(bakteria dan kulat) yang menguraikan oragnisma mati kepada molekul yang lebih ringkas.

6. Piramid nombor menunjukkan bilangan organisma pada setiap peringkat rantai makanan.

Page 4: Nota Sains Tingkatan 2 Bab 4 (Saling Bersandaran antara Organisma Hidup)

7. Gangguan pada mana-mana aras piramid nombor akan mempengaruhi bilangan organisma pada semua aras yang lain.

Keseimbangan persekitaran

1. Organisma hidup adalah saling bergantung. Contoh Bekalan gas.

:

- Manusia dan haiwan mendapatkan gas oksigen untuk pernafasan daripada tumbuh-tumbuhan hijau yang menjalankan fotosintesis. - Tumbuhan hijau mendapatkan gas karbon dioksida untuk fotosintesis daripada manusia dan haiwan apabila mereka bernafas.

Sumber makanan.

- Tumbuhan adalah sumber makanan yang utama bagi haiwan dan manusia. - Haiwan juga adalah sumber makanan kepada manusia dan haiwan-haiwan lain.

Perlindungan.

- Haiwan seperti monyet dan burung adalah saling bergantung untuk mendapat perlindungan (pokok). - Tumbuhan seperti pakis dan lumut juga bergantung pada tumbuhan lain atau pokok untuk menjadi tuan rumah.

2. Contoh saling bergantung antara benda hidup dan benda

bukan hidup, adalah: Tumbuhan memerlukan cahaya matahari & karbon

dioksida untuk menjalankan fotosintesis. Bumi, air dan mineral terlarut adalah diperlukan untuk

tumbesaran tanaman. Manusia dan haiwan memerlukan oksigen untuk

bernafas.

Fotosintesis

Page 5: Nota Sains Tingkatan 2 Bab 4 (Saling Bersandaran antara Organisma Hidup)

1. Proses yang dilakukan oleh tumbuhan hijau & alga untuk membuat makanan dengan menggunakan:

• karbon dioksida • air • kehadiran cahaya matahari glukosa + oksigen • klorofil

2. Fotosintesis

a) membolehkan tumbuhan membuat makanan sendiri. Haiwan bergantung pada tumbuhan untuk sumber tenaga.

b) adalah penting untuk mengekalkan kandungan karbon dioksida & oksigen dalam udara. cahaya matahari

karbon dioksida + air ---------------> glukosa + oksigen klorofil

Pemeliharaan & Pemuliharaan Organisma Hidup.

1. Memelihara – mengekalkannya dalam keadaan asal, tanpa ancaman.

2. Memulihara – melindunginya daripada ancaman

3. Contoh: a) Menanam semula pokok setelah penyahhutanan. b) Mengadakan hutan simpanan c) Mengadakan pusat pembiakkan d) Melarang pemburuan haram, pembalakan haram dan

penangkapan ikan yang keterlaluan e) Membina lebih banyak pusat perlindungan haiwan f) Membina lebih banyak taman alam semula jadi, taman

botani atau taman negara g) Melaksanakan Akta Perlindungan Hidupan Liar dan

Akta Perhutanan Negara