nota reka cipta t3.doc

5
LATIHAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU – TINGKATAN 3 BAB 1 : TAJUK : REKA CIPTA 1.1 Pengenalpastian Masalah 1. Merupakan _____________ yang membantu mengenalpasti masalah yang dihadapi. 2. ______________ yang dikenalpasti dan dipilih dapat menyelesaikan masalah yang ada serta memenuhi ________________ dan kehendak pengguna. 1.2 Mengenalpasti Masalah 1. _______________ yang ingin dicari boleh didapati daripada kejadian dan keadaan persekitaran. 2. Masalah yang dikenalpasti boleh dinyatakan dengan jelas serta boleh _________________. 1.3 Mengumpul Maklumat dan Data 1. Pengumpulan maklumat dan data boleh dilakukan dengan beberapa cara a. Pengalaman _______________ b. _________ selidik c. ________________ d. ________________ internet e. ________________ guru f. ________________ dan penyelidikan g. ______________ 1.4 Menganalisis Maklumat 1. Mendapatkan satu rumusan tentang _______________ yang diperoleh. 2. Mengkaji kekuatan dan _______________ melalui maklumat yang diterima. 3. Membantu mencetuskan _________ untuk menyelesaikan masalah. 1.5 Menyenaraikan Pelbagai Idea Penyelesaian Masalah 1. Membuat beberapa ____________ idea yang dapat menyelesaikan masalah. 2. Menyoal diri dengan soalan-soalan seperti bolehkah digunakan dalam situasi lain, menggunakan __________ lain, mengubah dimensi, digabungkan, dan ditukar bentuk. 3. Membuat sesi perbincangan dan sumbang __________. diselesaikan proses sendiri kelemahan Projek Soal Melayari bahan saran Bimbingan lakaran maklumat idea Pemerhatian Lawatan keperluan Pembacaan Masalah Pemilihan Idea

Upload: ibrahanis

Post on 04-Sep-2015

68 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Latihan & Nota

TRANSCRIPT

NOTA REKACIPTA T3.doc.docx

LATIHAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN 3BAB 1 : TAJUK : REKA CIPTA

1.1Pengenalpastian Masalah

1. Merupakan _____________ yang membantu mengenalpasti masalah yang dihadapi.2. ______________ yang dikenalpasti dan dipilih dapat menyelesaikan masalah yang ada serta memenuhi ________________ dan kehendak pengguna.

1.2Mengenalpasti Masalah

1. _______________ yang ingin dicari boleh didapati daripada kejadian dan keadaan persekitaran.2. Masalah yang dikenalpasti boleh dinyatakan dengan jelas serta boleh _________________.

1.3Mengumpul Maklumat dan Data

1. Pengumpulan maklumat dan data boleh dilakukan dengan beberapa cara a. Pengalaman _______________b. _________ selidikc. ________________d. ________________ internete. ________________ guruf. ________________ dan penyelidikang. ______________

1.4Menganalisis Maklumat

1. Mendapatkan satu rumusan tentang _______________ yang diperoleh.2. Mengkaji kekuatan dan _______________ melalui maklumat yang diterima.3. Membantu mencetuskan _________ untuk menyelesaikan masalah.

1.5Menyenaraikan Pelbagai Idea Penyelesaian Masalah

1. Membuat beberapa ____________ idea yang dapat menyelesaikan masalah.2. Menyoal diri dengan soalan-soalan seperti bolehkah digunakan dalam situasi lain, menggunakan __________ lain, mengubah dimensi, digabungkan, dan ditukar bentuk.3. Membuat sesi perbincangan dan sumbang __________.

diselesaikanprosessendirikelemahanProjek

SoalMelayaribahansaranBimbingan

lakaranmaklumatideaPemerhatianLawatan

keperluanPembacaanMasalah

Pemilihan Idea

Menilai dan Memilih Idea Yang Paling Sesuai.

1. Faktor-faktor penting dalam pemilihan idea ialah keupayaan diri, mesra alam, kepentingan produk, pengetahuan dan kemahiran, cara pembuatan, bahan dan komponen.

Perekaan Projek

1. Menggunakan nota, maklumat, lakaran, lukisan kerja 2D dan 3D.

Melakar Reka Bentuk Projek

1. Lakaran bertujuan untuk menurunkan idea secara grafik ke atas kertas.2. Penggunaan kertas grid isometri dan graf dapat membantu kerja lakaran.3. Nota ringkas boleh dicatatkan untuk menerangkan idea.4. Lakaran ini dinilai dan diperbaiki kelemahannya.

Pemilihan Reka Bentuk

Menilai dan Memilih Konsep Reka Bentuk

1. Faktor-faktor penting dalam pemilihan reka bentuk ialah fungsi, rupa bentuk, kesesuaian bahan, kaedah pembinaan, ketahanan, kos, kemasan, keselamatan dan nilai komersial.2. Penilaian dibuat setelah reka bentuk dikaji dan diselidik dengan senarai semak.

Membuat Lukisan Kerja Berdasarkan Unjuran Ortografik

1. Unjuran ortografik menunjukkan pelan, pandangan hadapan dan sisi objek.2. Lukisan kerja menunjukkan bentuk, saiz, dan pendimensian yang lebih terperinci dan tepat.3. Lukisan isometri, lukisan oblik, lukisan terurai, lukisan terperinci , dan lukisan keratan termasuk dalam lukisan kerja.

Perancangan Pembinaan Projek

1. Melibatkan aspek perancangan jenis bahan, masa, alatan,dan jadual kerja.2. Pembinaan melibatkan proses mengukur, menanda, memotong, mencantum dan kemasan projek.

Mengenal pasti Bahan dan Kesesuaiannya

1. Bahan terdiri daripada bahan logam, bukan logam dan komposit.2. Bahan bukan logam terdiri daripada papan lapis, kayu, MDF, mounting board, perspek. Bahan logam terdiri daripada aluminium, keluli dan loyang. Bahan komposit seperti seramik.3. Kesesuaian bahan memenuhi kehendak reka bentuk seperti ringan, tahan lasak, penebat haba, kukuh dan tidak berkarat.

Mengenal pasti dan Memilih Alatan dan Mesin

1. Alat pengukur digunakan untuk mengambil dan memindahkan ukuran seperti pembaris keluli, pita ukur, jangka tolok, tolok dawai piawai dan jangka sudut.2. Alat menanda digunakan untuk menanda pada bahan projek seperti pensel, kapur, penggarit, penanda pusat dan penanda titik.3. Alat memotong digunakan untuk membuang bahagian yang tidak diinginkan daripada bahan asal. Contohnya pisau pemotong perspek, gergaji tangan, gergaji puting, gunting dan pemotong dawai.

Membuat Jadual Kerja dan Mengira Kos Pengeluaran

1. Jadual kerja merupakan suatu perancangan masa dan aktiviti dalam melaksanakan projek reka bentuk.2. Jadual kerja bertujuan untuk mengawal urutan, tempoh dan waktu membuat kerja supaya kerja dapat dijalankan dengan cekap dan teratur.

Contoh jadual kerja

MingguAktiviti12345

Perbincangan

Merancang bahan dan alat

Menyedia bahan

Mengukur dan menanda

Memotong bahan

Memasang komponen

Kemasan

Menguji prototaip

3. Kos pengeluaran = kos bahan + kos upah + kos overhed.4. Kos bahan = jumlah perbelanjaan membeli bahan projek5. Kos upah = bilangan pekerja x bilangan jam bekerja x kadar upah sejam.Pembinaan, Pengujian dan Pengubahsuaian Projek.

Mengukur, Menanda dan Memotong

1. Proses mengukur ialah proses menentukan saiz bahan yang diperlukan dari lukisan kerja.2. Proses menanda dilakukan pada bahagian yang hendak dipotong, digurudi dan dibuat tanggam.3. Memotong ialah proses memotong bahagian yang tidak diperlukan dengan kerja-kerja menggerudi, menggergaji, memotong, menatal dan mericih/meraut.

Pembinaan dan Mencantum Bahagian Projek.

1. Proses membina dan mencantum ialah kerja-kerja menyambungkan komponen-komponen bahan dengan mengglu, merekat, memaku, meribet, menskru dan menggunakan tanggam mengikut lukisan kerja.

Memeriksa dan Menguji Sambungan dan Pemasangan

1. Sambungan dan cantuman projek serta komponen perlu diperiksa dan diuji ketepatannya.

Membuat Kemasan

1. Kemasan dijalankan setelah projek siap dipasang dan dicantum.2. Bahan kemasan yang digunakan mestilah sesuai dengan bahan dan komponen yang digunakan.3. Tepung penyumbat (wood filler) untuk meratakan permukaan projek sebelum menyapu syelek, cat licau, dan varnish.

Menguji dan Menilai Projek

1. Projek diuji untuk melihat sama ada ia berfungsi dengan sempurna dan mencapai matlamatnya untuk menyelesaikan masalah.2. Memberi peluang melihat kebaikan dan kelemahan projek.3. Perancangan pengubahsuaian dapat dirancang untuk membaiki kelemahan projek dengan menggunakan senarai semak.

Pendokumentasian

1. Satu laporan bertulis yang lengkap mengandungi penerangan tentang ciptaan projek.2. Tujuan pendokumentasian hasil reka cipta adalah:a. sebagai bahan bukti dan sokonganb. untuk menfailkan permohonan perlindungan patenc. untuk rujukan projek dan pembuatand. meyakinkan para pengeluar untuk menghasilkan produk secara komersial.e. Penentuan strategi pemasaran.

Mengumpul dan Merekodkan Maklumat Berkaitan Projek Yang Dibina

1. Maklumat yang dimasukkan dalam dokumentasi perlu disusun dengan kemas dan teratur.2. Format penulisan dokumentasi perlu mengandungi :a. Tajuk projek perlu ringkas, jelas dan tepat.b. Latar belakang pernyataan masalah, produk sedia ada, dan cadangan projek perlu dinyatakan.c. Matlamat dan objektif - nyatakan tujuan dan objektif projek.d. Deskripsi bahan dan komponen, jadual kerja, proses kerja.e. Bahan-bahan rujukan sumber rujukan yang digunakan perlu disenaraikan.f. Lampiran maklumat dalam bentuk data, katalog yang berkaitan projek perlu dilampirkan.

Membuat Persembahan Projek

1. Bertujuan menyampaikan maklumat reka cipta yang dicadangkan kepada murid lain supaya boleh dipertimbangkan untuk dilaksanakan.2. Terdapat tiga perkara dalam persembahan iaitu dokumentasi, projek reka cipta, dan persembahan sama ada lisan, bantuan grafik atau perisian komputer.3. Guru dan rakan akan memberi maklum balas pada akhir persembahan.4. Projek yang berfungsi dengan baik dan dapat menyelesaikan masalah yang dikenal pasti diiktiraf sebagai berjaya.