nota pep

139
NOTA PEP.ASAS USAHAWAN Nota Pep. Asas Keusahawan Soalan 1 - Terangkan konsep Keusahawanan dan definisai Usahawan Menurut Schumpeter keusahawanan sebagai syarikat yg melaksanakan kombinasi baru bagi i. pembangunan produk dan perkhidmatan baru, ii. sumber baru untuk bahan mentah, iii. keadah baru, iv. pengeluaran pasaran baru dan v. orgnisasi berbentuk baru. Cole mendefinasi keusahawanan sebagai aktiviti yg mendatangkan manafaat melalui pembangunan perniagaan yg berorientasikan keuntungan. Aspek asas keusahawanan: 1.Melibatkan proses penciptaan yang hasilnya mewujudkan manafaat yang baru. 2.Penekanan kpd kreativiti dlm mengolah sumber syarikat. 3.Mahu meningkatkan kesejahteraan Soalan 2 - Nyatakan Sumber modal untuk memulakan aktiviti seorang usahawan. a.Pembiayaan modal ekuiti • Simpanan peribadi • Kawan-kawan dan saudara-mara • Pelabur persendirian lain b.Pembiayaan modal hutang i. Pembekal dan peminjam berasaskan aset sebagai sumber pembiayaan • Kredit perdagangan • Pinjaman pembelian peralatan dan sewa pajak peralatan ii. Bank perdagangan dan bank saudagar • Jenis pinjaman bank • Kriteria pemberian pinjaman • Panduan untuk membuat pinjaman iii.Agensi-agensi kerajaan yang memberikan sumber pembiayaan kewangan iv.Sumber pembiayaan kewangan lain • Perbadanan besar • Firma-firma modal teroka • Jualan saham Soalan 3. Nyatakan jenis-jenis Francais

Upload: abdul-hafiz-kamarulzaman-chegu

Post on 06-Aug-2015

194 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: NOTA PEP

NOTA PEP.ASAS USAHAWAN

Nota Pep. Asas Keusahawan

Soalan 1 - Terangkan konsep Keusahawanan dan definisai UsahawanMenurut Schumpeter keusahawanan sebagai syarikat yg melaksanakan kombinasi baru bagi i. pembangunan produk dan perkhidmatan baru, ii. sumber baru untuk bahan mentah, iii. keadah baru, iv. pengeluaran pasaran baru dan v. orgnisasi berbentuk baru.Cole mendefinasi keusahawanan sebagai aktiviti yg mendatangkan manafaat melalui pembangunan perniagaan yg berorientasikan keuntungan.

Aspek asas keusahawanan:1.Melibatkan proses penciptaan yang hasilnya mewujudkan manafaat yang baru. 2.Penekanan kpd kreativiti dlm mengolah sumber syarikat.3.Mahu meningkatkan kesejahteraan

Soalan 2 - Nyatakan Sumber modal untuk memulakan aktiviti seorang usahawan.

a.Pembiayaan modal ekuiti• Simpanan peribadi• Kawan-kawan dan saudara-mara• Pelabur persendirian lain

b.Pembiayaan modal hutangi. Pembekal dan peminjam berasaskan aset sebagai sumber pembiayaan• Kredit perdagangan• Pinjaman pembelian peralatan dan sewa pajak peralatanii. Bank perdagangan dan bank saudagar• Jenis pinjaman bank• Kriteria pemberian pinjaman• Panduan untuk membuat pinjamaniii.Agensi-agensi kerajaan yang memberikan sumber pembiayaan kewanganiv.Sumber pembiayaan kewangan lain• Perbadanan besar• Firma-firma modal teroka• Jualan sahamSoalan 3. Nyatakan jenis-jenis Francais

i. Bentuk perniagaan francaisii. Pemegang francais berformatiii. Francais pengilangan produkiv. Lesen bertanda dagang/ jenamav. Francais wakil pengedarvi. Penganjur

Page 2: NOTA PEP

Soalan 4.Nyatakan kebaikan dan kelemahan Francais

Kebaikan perniagaan francais kpd francais i. Produk/perkhidmatan yg punyai kelebihan kompetitifii. Pengalaman lalu bukan satu keutamaniii. Keperluan modal yg tidak membebankaniv. Kurang persaiangan dlm perniaganv. Meningkatkan kadar kejayaanKebaikan perniagaan francais kpd francaisori. Perluas jariangan perniagan dgn cepatii. Mendapat kelebihan dp dorongan kejayaan yg tinggi di kalangan francaisiii. Pengagihan kuasaiv. Meningkatkan daya saingKelemahan perniagaan francais kpd francaisi. Perniagaan dibawah kawalan franchisorii. Kongsi imej burukiii. Bebanan bayaran perkhidmatan pengurusaniv. Tahap pengbolehsuaian yg rendahv. Tidak punyai kekuatan kepelbagaian dlm perniagaanKelemahan perniagaan francais kpd francaisori. Francis bukan pekerja syarikatii. Percanggahan objektifiii. Pemilihan farancis yg x sesuaiiv. Mudah terdedah kpd saingan.

Soalan 5. Senaraikan faktor-faktor Yang Dipertimbangkan Apabila Memulakan Perniagaan

i.Modalmodal cukup- bergantung kepada saiz dan jenis perniagaan, lokasi perniagaan, dan jumlah kredit yang hendak diberikan kepada para pelanggan.-boleh datang daripada simpanan sendiri atau pinjaman daripada sahabat handai atau sanak saudara ataupun dari bank.

ii.Lokasi (Tempat Perniagaan)lokasi yang strategik -tempat yang mempunyai daya kuasa beli yang tinggi dan kurang persaingan.

iii.Jenis dan saiz perniagaanmenentukan jenis dan saiz perniagaan- Jenis perniagaan bersesuaian dengan kebolehan, pengetahuan dan pengalamannya.Saiz perniagaan hendaklah juga bersesuaian dengan modal yang ada, kebolehan, pengalaman dan pengetahuan untuk mengawal dan mengurus perniagaan itu

iv.Persainganpersaingan yang akan dihadapinya. -mengenal pasti pesaing-pesaing, bilangannya, saiz perniagaan mereka, kekuatan dan kelemahan mereka dan sambutan para pelanggan terhadap perniagaan mereka.

v.Undang-undang dan peraturanmesti mengetahui undang-undang, peraturan-peraturan serta akta-akta yang mengawal perjalanan

Page 3: NOTA PEP

perniagaan dalam negara kita agar tidak melanggar undang-undang, peraturan, atau akta yang boleh menghalang perjalanan perniagaan.

vi.Sumber bekalanperlu mengetahui tempat-tempat di mana ia mendapat bekalan barang-barang dengan seberapa murah dan mudah.Usahawan harus tahu pembekal mana yang dapat menawarkan diskaun dan kredit yang lebih baik.

Soalan 6. Nyatakan strategi memulakan Perniagaan

Langkah-langkah yang Perlu Diambil Sebelum Memulakan Perniagaani. Menyediakan satu rancangan perniagaanii. Berunding dengan pakar runding perniagaaniii. Membuat keputusan tentang entiti perniagaaniv. Memilih jenis sumber kewanganv. Memilih lokasi perniagaanvi. Mencari idea perniagaan

Soalan 7 – Senaraikan ciri-ciri usahawan berjaya

i. Dorongan ke arah kejayaan – ada semangat &keupayaan maju.ii. Mengambil risiko yg diperhitungkan – makin tinggi risiko; makin besar untung.iii. Personaliti baik – rajin, tekun, berazam dan tabah.iv. Berinisiatif &bertanggungjawab – terhadap perkara yg diamanahkan dgn ciri-ciri positif dlm diri.v. Keyakinan terhadap kebolehan dirivi. Menitikberat mutu kerja yg tinggi.vii. Kebolehan membuat keputusan – tepat dlm semua keadaanviii. Menggunakan strategi-strategi pengaruh – utk mempengaruhi, memujuk,menyakinkan demi kecekapan rangkaian.ix. Dapat lihat peluangx. Mempunyai maklumat dan visixi. Kreatif dan inovatif

Soalan 8 – Kenapa nak jadi usahawani. Minat & kepuasanii. Pencapaian matlamat – nak kaya keiii. Statusiv. Keselamatanv. Kuasa

Soalan 9 – Senaraikan 4 komponen penting di dalam proses kreatif.

Page 4: NOTA PEP

i. Pengumpulan pengetahuan / latarbelakangSiasat&kumpul matlumat dgn baca,bincang,bengkelii. Proses inkubasiRehatkan minda&lakukan aktiviti yg x berkaitaniii. Pengalaman ideamendapatkan idea&jalan penyelesaian (eureka)iv. Penilaian dan pelaksanaanmengenalpasti idea yg boleh dilaksanakan.

Soalan 10 – Nyatakan 2 bentuk persekitaran yang mempengaruhi bidang keusahawanan.

a.LUARANi. Makro - ekonomi- Politik & Undang-undang- Sosio-Budaya- Teknologi

ii. Mikro - Pelanggan-Pembekal - kerajaan&agensi- intitusi kewangan- pesaing- NGOb.DALAMANi. Cara perniagaan beroperasiii. Norma-norma yg pengaruh budayaiii. Sumber - kewangan, fizikal, manusia, Tekonologi, Reputasi dan organisasi

Soalan 11 – Mengapakah rancangan perniagaan sangat penting.

Rancangan Perniagaan ialah alat berkesan utk meng-organisasikan matlamat dan objektif mereka utk menjelaskan seluas mungkin sesuatu perniagaan itu beroperasi.

Rancangan perniagaan penting kerana:-i. menentukan tahap kejayaanii. mengenalpasti masalah yg berpotensiiii. mencari jalan penyelesaian tanpa alami kesan sejagativ. menetapkan fokus terhadap objektif-objektifnyav. sebagai tanda aras kedua-dua pencapaian matlamat dan masalah yg memerlukan penambahbaikkan.vi. Dokumen tugasan utk menilai semula kemajuan dan matlamat perniagaan masa depanvii. Mengurangkan kelemahan dan kegagalan.viii.Mencari sumber kewangan atau pelabur luarix. Untuk menilai potensi sesuatu perniagaanx. Mencari dana yg diperlukan dan bagaimana pembayaran

Page 5: NOTA PEP

balik dana dilakukan.

Soalan 12 – Senaraikan bentuk-bentuk perniagaan.

i. Perniagaan milik tunggalii. Perniagaan berkongsiiii. Syarikat Terhadiv. Syarikat Sendirian Berhadv. Syarikat Awam Berhadvi. Membeli dan ambilalih perniagaan sedia adavii. Membeli perniagaan Francais

Soalan 13 – Nyatakan kelebihan dan kekurangan perniagaan berkongsi.

a.Kelebihani. > mudah dan murah didaftar berbanding syarikat. X banyak prosedur dan kehendak perundangan.ii. Sumber modal lebih banyak krn boleh tambah bilangan ahli dan modalnya sekali.iii. Tanggungjawab dan beban tugas boleh diagih di antara ahli ini boleh dilanjutkan kepada kongsi idea dan kemahiran.iv. Hubungan di antara sumbangan ahli dan ganjaran dapat dilihat jelas.

b.Kekurangani. Kongsi niaga maka kongsi risiko, kesilapan dan tindakan undang-undang.ii. Keuntungan kena bagi 2 atau 3atau 67iii. Kesenimbungan terhad jika rakan kongsi matiiv. Potensi berlaku konflik dgn rakan kongsi tinggi

Soalan 14 – Nyatakan Kekuatan dan kelemahan perniagaan keluarga.

Kekuatan Kelemahan1.semangat kekitaan spt. Ilmu 1.Terlalu rigid dan sukar fleksibel,keputusan cepat, buat perubahan ke atas maruah dan kepercayaan cara/kaedah2.Perspektif jangkapanjang 2.Pengurusan pengganti-an memecahbelahkan hubungan keluarga .3.Bersedia berkorban masa susah 3.Isu emosi ganggu Perniagaan.4.Kurang birokrasi dan fleksibel 4.Tiada ketua pemimpin5.Sumber kewangan mudah 5.Struktur x jelas, pem-bahagian kerja kabur.6.Sumber manusia – mudah dida- 6.Cabaran niaga pati asal minat. i.susah buat p’baharuanii.susah alih pewarisiii.Modal j/panjang sukar.7.Sumber syarikat – Budaya keluarga 7.Sis ganjaran lemah

Page 6: NOTA PEP

Budaya syarikat. Ok keluarga ok Syarikat.8.Bebas bertindak,berdikari dan 8.Kepimpinan- x lebih berkuasa kawal niaga. Kuasa, semua sama9.Memperbaiki hubungan kelurga 9.Nepotisme –pilih Kasihdgn utamakanKeluarga dan sukar tarik Pengurusan professional10.Pengasuhan ahli keluarga yg muda 10.Ketangangan kewangan dgn ambikesempatan

Soalan 15 – Nyatakan kaedah-kaedah untuk ke pasaran antarabangsa.

a.PENGEKSPORTANi. Eksport tak langsuang ( guna ejen )ii. Eksport langsung ( usahawan kendali sendiri )

b.USAHASAMA- 2 atau 3 firma bergabung

c.PELESENAN – beri hak dan lesen kpd firma luar negeri dgn balasan royaliti.

d.FRANCIS – perjanjian yg benarkan penjualan atau pengeluaran dgn guna nama, tanda niaga atau hakcipta.

e.PERDAGANGAN BALAS- eksport satu produk dibayar dgn import satu produk dari firma sama di luar negeri dgn kaedah barter, belian bebas,pampasan dan offset

Page 7: NOTA PEP

EXAM FEVER PP2 2012 : KEUSAHAWANAN

SOALAN 1

Dengan memberikan contoh yang sesuai, terangkan bagaimana usahawan mendapat idea dari sumber-sumber berikut:

(i) Pelanggan

(ii) Produk yang sedia ada

(iii) Dasar kerajaan

(iv) Jururunding profesional

SOALAN 2

Huraikan bagaimana setiap ciri usahawan yang berikut dapat melahirkan usahawan yang berjaya.

Kreatif dan inovatif

Lokuskawalan [6]

SOALAN 3

Bagaimanakah seseorang usahawan yang inovatif dan kreatif dapat mengurangkan pembaziran sumber? [8]

SOALAN 4

Huraikan tiga jenis modal asas sesebuah perniagaan.[9]

SOALAN 5

Page 8: NOTA PEP

Jelaskan pembiayaan modal ekuiti dengan modal hutang. [6]

SOALAN 6

Huraikan sumber kewangan berdasarkan sumber formal dan sumber tidak formal.[8]

SOALAN 7 i. Terangkan maksud rancangan perniagaan.[3]

ii. Huraikan empat kepentingan rancangan perniagaan kepada usahawan.[8]iii.Terangkan empat pihak yang memerlukan rancangan perniagaan dan berikan satu contoh setiap satu.[8]

Page 9: NOTA PEP

BAB 1 PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

“Apa yang kita dengar mengenai keusahawanan yang dikatakan oleh pemikiran pengurusan di Amerika adalah salah. Ia bukan magik, bukan misteri dan tidak ada kena mengena dengan baka. Keusahawanan adalah disiplin dan boleh dipelajari.”

Peter F. Drucker

1.1 Evolusi Keusahawanan

Perkataan ‘entrepreneur’ datang dari perkataan bahasa Perancis “entrepredre” yang bermakna “to undertake”. Dalam bahasa Melayu ianya boleh dimaksudkan sebagai “untuk mengambil alih”.

Zaman Konsep dan Teori

Pada zaman pmulaan

bmula zaman Marco Polo yg melakukan perjln pdagangan ke Timur Tengah.

mtangani kontrak perjanjian dgn kapitalis yg merupakan penanggung risiko yg pasif.

keuntungan akan dibahagikan diantara kapitalis dgn pedagang tsb.

Pada zaman ptengahan

mereka sbg sorg yg tlibat di dlm mjaga & mengawal proj produksi yg besar.

mgunakan sumber yg disediakan oleh krjn.

mereka tidak menanggung sbrg risiko krn mereka adalah seorg yg mengawal kerja2 pbinaan spt bangunan awam & gereja.

Abad ke Tdpt hub diantara risiko & usahawan.

Page 10: NOTA PEP

17

Mereka mnandatangi kontrak pjanjian & kerajaan utk sediakan perkhid/ mbekalkan produk yg tlh ditentukan.

Harga kontrak adalah tetap jadi rugi / untung ditanggung oleh usahawan.

Pakar ekon Richard Cantillion bpdpt mereka mrupakan penerima risiko.

Abad ke 18

mereka dipisahkan drp pbekal kapital (pemodal).

Ini kerana pkembangan ind & pciptaan yg blaku diseluruh dunia. spt Eli Whitney & Thomas Edison merupakan seorg pgguna kapital, BUKAN pbekal modal

Abad ke 19 dan 20

bidang pengurusan spt pereka cipta (mencipta idea, produk, teknologi baru) dikenali sebagai usahawan.

Abad ke 21

mereka sbg seorg hero utk pasaran Free Enterprise.

mencipta banyak produk & perkhidmatan serta sanggup menghadapi banyak risiko

ramai orang mengatakan usahawan adalah perintis (pelopor) di dalam mencipta perniagaan baru

1.2 Konsep Keusahawanan

1.2.1 Keusahawanan

Menurut Histrich & Peter (1988), keusahawanan adalah suatu proses dinamik utk mcipta dimana menanggung risiko besar di dlm ‘equity’, masa & komitmen kerjaya / proses mcipta sesuatu yg baru dgn mgambil kira masa & usaha dgn mgambil kira risiko kewangan, psikologi & sosial serta menerima manfaat daripadanya.

Tdpt empat aspek asas di dalam keusahawanan:

Page 11: NOTA PEP

1) mcipta sesuatu proses yang baru & mpunyai nilai kpd usahawan & pasaran dimana proses tersebut dibangunkan.

2) perlukan kesetiaan thdp masa & usaha yg dilakukan.

3) individu yg sanggup menerima bbg risiko di dlm bidang pniagaan masing2 terutama dr aspek kewangan, psikologi & sosial.

4) menerima banyak ganjaran iaitu kebebasan, kepuasan peribadi dan keuntungan.

Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinasikan keusahawanan sebagai suatu proses inovasi dan penciptaan melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi, alam sekitar (environment) dan proses, dengan kerjasama rangkaian di dalam kerajaan, pendidikan dan kelembagaan (institution).

1.2.2 Siapakah Usahawan?

perintis (pelopor)

pengesan peluang yang ada

membawa kepada pendapat baru (innovate)

prestasi yg baik mjadi satu piawai di dlm era ‘free enterprise”.

Menurut Scaborough dan Zimmerer (1988) “Seorg yg mcipta suatu pniagaan baru & mghadapi suatu keadaan yg tidak pasti demi utk mperolehi keuntungan & ptumbuhan dgn mgenal pasti peluang & myediakan sumber utk mcapainya. Usahawan selalunya bmula hanya dgn idea yg ada & selalunya idea yg mudah & myediakan sumber yg perlu utk memindahkan idea tsb kpd pniagaan yg bersesuaian.”

Kuratko dan Hodgetts (2004) -

“Seorg yg brusaha utk mengatur, mengurus & mgambil risiko di dlm pniagaan. Usahawan juga adalah pemangkin kpd perubahan ekonomi yg mgunakan carian dgn maksud ttentu, perancangan teliti & ptimbangan yg sesuai apabila mbuat sbrg proses pniagaan. Dgn optimistik & komited, usahawan bekerja dgn kreatif utk mperolehi sumber baru & mperbaharui sumber yg lama kpd kapasiti yg baru, semua ini hanya bertujuan untuk mencipta keuntungan.”

1.3 Kepentingan Keusahawanan

pemangkin kpd perubahan & pkembangan ekonomi.

meningkatkan kadar per kapita pgeluaran & pdptan.

Page 12: NOTA PEP

mlibatkan prubahan kpd struktur pniagaan & masyarakat dgn cara ptumbuhan & pningkatan pengeluaran.

membina produk / perkhidmatan baru di dlm pasaran.

mendorong para pemodal (pelabur) untuk melabur & menyebabkan ekonomi berkembang, pekerjaan baru tercipta dan mengurangkan kadar pengangguran.

mencipta produk baru dan memberikan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak manusia.

mencari kaedah yg lebih baik utk memaksimakan sumber dan mengurangkan pembaziran.

mendorong pembahagian kekayaan.

1.4 Mitos (dongeng) Mengenai Keusahawanan

Mitos (dongeng) Fakta

seorang yang bertindak/berbuat sesuatu, bukan seorang pemikir

mereka juga merupakan seorg pemikir & pelaksana.

merancang sesuatu dgn teliti.

menyediakan pelan alternatif sekiranya mgalami kegagalan.

Usahawan dilahirkan secara semula jadi, tidak boleh dicipta

kajian tlh mbuktikan usahawan boleh diajar & dipelajari.

Ia mpunyai model, proses & tdpt kajian kes yg mbolehkan topik tsb dipelajari

Usahawan selalunya seorang pencipta

tdpt byk usahawan yg bjaya bukannya pcipta spt Ray Kroc tlh jadikan McDonald sbh syt mkanan segera tbesar di dunia.

idea kreatif & inovatif di adalah ciri2 yg blh dipelajari

Page 13: NOTA PEP

Usahawan adalah bersifat akademik & merupakan seorang yg tidak dpt menyesuaikan diri (anti sosial)

Menurut sejarah, pendidikan & organisasi sosial tidak mengesahkan usahawan.

usahawan tdk lagi dianggap sbg seorg yg tidak dpt myesuaikan diri ttp sbgi seorg profesional.

Keusahawanan mesti sepadan (fit) dengan “Profile”

byk buku & artikel yg myenaraikan ciri2 usahawan yg bjaya.

ia hanya bdasarkan kpd kajian kes yg dilakukan ke atas org yg telah berjaya.

utk capai profil 100% seorg usahawan adalah mustahil.

Kebanyakkan usahawan yg bjaya hari ini tidak mpunyai kesemua ciri2 profil apabila memulakan perniagaan

Kesemua usahawan memerlukan wang

benar, peniagaan perlukan kapital & kebanyakkan punca kegagalan perniagaan adalah tidak cukup pbiayaan.

wang adalah sumber ttp bukan semuanya bgantung kpd wang

Semua usahawan bergantung kepada nasib

“berada pada tempat yang betul pada masa yang betul”

wbgm “Keuntungan tjadi bila psediaan mjumpai peluang”.

yg penting, seorg usahawan mestilah mbuat rancangan, psediaan, tekad, keinginan, pgetahuan & inovatif

Kebodohan (ketidaktahuan)

Kunci utama utk kejayaan adalah perancangan yg teliti &

Page 14: NOTA PEP

adalah kebahagiaan (kepuasan) untuk usahawan

persediaaan yg mencukupi.

perlu mengenal pasti kekuatan & kelemahan, tetapkan masa serta sediakan rancangan utk mengatasi sebrg masalah dgn melalui perancangan yg teliti

Usahawan mencari kejayaan ttp mgalami kegagalan yg tinggi.

Usahawan belajar dr kegagalan sendiri serta kegagalan orang lain sbg rujukan & panduan mereka dimasa akan datang.

Usahawan adalah penanggung risiko yang ekstrim

Risiko merupa elemen utama di dalam proses keusahawanan.

usahawan selalunya mencari informasi & mbuat prancangan sebelum melakukan sbg aktiviti selalu melakukan kerja secara moderat dan mengira risiko yang akan berlaku

1.5 Pembangunan Keusahawanan di Malaysia

bermula seawal zaman Kesultanan Melaka apabila penduduk tempatan berurusniaga dengan pedagang asing.

British tlh menukarkan struktur sosial dgn mjlnkan pemerintahan “Pecah & Perintah”. iaitu kaum Melayu sbg pentadbir & disektor pertanian, kaum Cina disektor perlombong & berniaga, & India disektor perladangan. Hasilnya, kaum Cina lebih kedepan dlm soal pniagaan bbanding dgn kaum Melayu & kaum India.

Selepas merdekaan, kerajaan telah mengfokuskan kepada keusahawanan sehinggalah sekarang.

DEB (1971-1990), Dasar Pbangunan Negara (1990-2000) & Wawasan 2020, semua pihak mengalakkan & mberi sokongan terhadap pembangunan keusahawanan di Malaysia.

Krjn tlh mberikan pgiktirafan kpd keusahawanan krn mrk blh myumbang kpd pbangunan negara. Tahun 1995, krjn menubuhkan Kem. Pbangunan Keusahawanan sbg badan yg mgawal & mpromosi pbangunan keusahawanan & kini tlh ditukar kpd Kem. Pbangunan Keusahawanan & Koperasi.

Page 15: NOTA PEP

BAB 2 MENGENAL PASTI CIRI2 KEUSAHAWANAN

2.1 Ciri-ciri Usahawan yang berjaya

Inisiatif dan bertanggungjawab

mencari dan mengambil inisiatif & sanggup bertanggungjawab terhadap apa yang akan berlaku serta menyelesaikan masalah yg timbul.

Komitmen yang tinggi

Komitmen membantu usahawan untuk mengatasi ancaman dan rintangan di dalam perniagaan serta terhadap idea dan pelaburan bagi menentukan kejayaan pelaburan yang mereka usahakan.

Orentasi Peluang (kesempatan)

Usahawan mpunyai kebijaksanaan di dlm mcari peluang yg ada & mcari peluang pniagaan baru serta kebolehan utk meraih peluang tsb.

Mengambil Risiko Secara Sederhana

Mereka bukanlah sorg yg mgambil risiko secara mbabi buta tlh diambil kira segala kemungkinan demi utk mgelakkan usahawan tsb menanggung risiko yg tidak sepatutnya.

Keyakinan dan Optimistik

Usahawan mpunyai keyakinan diri yg tinggi dgn itu tidak hairanlah byk usahawan yg pernah gagal berkali2 akhirnya mjadi seorg usahawan yg bjaya.

Kreatif dan Inovatif

Fikiran yg kreatif, inovatif & daya imaginasi, usahawan blh mhasilkan produk yg khusus & perkhid kpd para pengguna & kreativiti ini boleh dipelajari.

Mencari Maklumbalas (Seeking Feedback)

Page 16: NOTA PEP

Usahawan suka mgetahui bgm prestasi mereka & sering kali cuba mperbaikinya melalui m/balas yg diterima.

Menuju ke arah Kejayaan (Drive to Achieve)

Kejayaan merupakan motivasi utama utk seorg usahawan serta mpunyai semangat utk myelesaikannya, mgejar cita-cita yg mcabar & wang sekadar menunjukkan kejayaan yg mereka kecapi ttp bukan pemacu motivasi.

Kebolehan menentukan Visi

Mereka mpunyai visi / konsep ttp tidak semua usahawan mpunyai visi diawal pbukaan firma ttp visi dibangunkan stlh usahawan mula myedari apa yg tlh blaku kpd firma tsb.

Kemahiran Mengatur (Skilled at Organising)

Usahawan bkebolehan memilih & mgumpul para pekerja spt yg dikehendaki utk mjayakan tugas tsb & bkebolehan utk mengurus sumber mereka secara bkesan utk menukarkan visi mjadi realiti.

Kawalan Fokus Dalaman

Gagal / bjaya berada di dlm kawalan & pengaruh mereka, mereka blh mpengaruhi akibat yg akan blaku hasil dr tindakan yg mereka lakukan.

Toleransi terhadap Kegagalan

Usahawan tidak mudah kecewa, putus asa & sedih apabila mgalami kegagalan. Mereka belajar dr kegagalan berbanding dgn kejayaan.

Lebih Bertenaga(High level of Energy)

Usahawan adalah lebih bsemangat utk mbolehkan mereka mgung beban yg besar & tekanan yg akan mereka hadapi.

Semangat Berpasukan (Team Building)

Usahawan yg bjaya selalunya mpunyai standard (kualiti) yg tinggi, bsemangat utk mbantu syarikat bkembang & mbangun.

Page 17: NOTA PEP

Berdikari (Independent)

Mereka suka menyelesaikan sesuatu tugas mengikut cara mereka &mempunyai kuasa (hak) untuk membuat keputusan yang penting.

Fleksibel

Mereka amat fleksibel & bkebolehan utk menukar cara & mengikut kehendak pelanggan dan suasana perniagaan krn ekonomi dunia yang sering berubah, sikap tegas(ketegasan) seringkali membawa kepada kegagalan.

2.2 Usahawan Menilai Diri Sendiri

Terdapat banyak cara untuk menguji potensi seseorang untuk menjadi seorang usahawan. Robinson, Stimpson, Huefner dan Hunt (1991) adalah antara yang menyediakan interaktif secara talian (online). Ia menyediakan ujian dan kuiz mengenai keusahawanan untuk menguji tahap kita untuk menjadi usahawan.

2.3 Perbezaan diantara Ahli Perniagaan (Businessman), Pengurus (Manager) dan Usahawan (Entrepreneurs)

a) Perbezaan diantara ahli perniagaan dengan usahawan

Usahawan tidak sama dengan ahli perniagaan, wbgm semua usahawan adalah ahli perniagaan. Ahli perniagaan, terutama ahli perniagaan kecil-kecilan sebahagiannya mempunyai ciri-ciri seorang usahawan tetapi ciri-ciri tersebut hanyalah merupakan paras yang rendah bagi seorang usahawan.

Ahli Peniagaan Kecil Usahawan

Memulakan aktiviti pniagaan dgn tujuan utk mperoleh keuntungan utk menanggung keluarga

Memulakan perniagaan, mgambil alih kepimpinan & mgembangkan pniagaan (pelaburan) utk memenuhi impian sendiri & mcapai prestasi spt yg dikehendaki

Risiko yang rendah Risiko yang sederhana

Menjadi pengikut. Hanya melabur apabila Mengambil kira semua risiko. (produk atau

Page 18: NOTA PEP

sesuatu tersebut telah diuji dan dibuktikan oleh pasaran

usaha tersebut belum dibuat oleh org lain, maka segala risiko perlu di ambil kira)

b) Perbezaan diantara pengurus konvensional dan usahawan

Pengurus Konvensional Usahawan

Sangat mgikut peraturan & pantang larang Melihat peraturan hanya sebagai panduan

Sensitif thadap masa hadapan & sanggup menunda ganjaran

Konsep masa hadapan bgantung kpd keinginan peribadi & tidak mudah putus asa

Amat mlukan sambutan (penerimaan)Mpunyai perasaan kearah mgawal, kejayaan & bt/jawab. Blh manipulasi & mpergunakan orang lain

Boleh mengenal pasti sebrg masalah yg dihadapi. Mbuat peranc dgn teliti

Tidak sabar dengan diskusi & teori. Lebih kpd tindakan & suka menurut kata hati.

Daftar:

Optimistic – seorang yang berfikiran positif terhadap sebarang halangan

Creative – berkebolehan menghasilkan sesuatu novel (entah le) dan mengeluarkan idea yang berguna.

Innovative – berkebolehan mencipta sesuatu yang unik. Satu kualiti yang sangat perlu ada pada setiap usahawan.

TOPIK 3: MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVATIF KEUSAHAWANAN

3.1 Apa itu kreativiti?

Page 19: NOTA PEP

Kreativiti melibatkan perkembangan yang tiada tolok bandingnya dan jawapan kepada masalah dan peluang yang diperolehi.

Kreativiti amat mustahak untuk bertindakbalas kepada masalah yang kompleks di dalam persekitaran perniagaan di mana ianya selalunya penuh dengan permasalahan yang tidak tetap.

3.2 Proses Kreativiti

Secara amnya, idea tersebut diperkembangkan dari proses kreatif yang mana imaginasi individu akan membayangkan,memasukkan dan memajukan dan seterusnya akan dilaksanakan dan sebagai pulangan usahawan dan organisasi akan mendapat manfaatnya.

Menurut Kuratko dan Hodgetts (2004), terdapat empat fasa(langkah) utama di dalam proses kreatif iaitu:

1) Pgumpulan Pengetahuan (Knowledge Accumulation)

2) Inkubasi (Incubation) à Penetasan???

3) Idea

4) Penilaian dan Pelaksanaan

A) PENGUMPULAN PENGETAHUAN

PERLU BERSEDIA MENGUMPUL SEMUA INFORMASI & MELAKU PENYELIDIKAN YG BKAITAN. INI MELIBATKAN AKITIVITI MBACA, PBINCANGAN DGN RAKAN YG BEKERJA DLM BIDANG YG SAMA, MENGHADIRI SEMINAR PROFESIONAL / BENGKEL & SEBAGAINYA

B) INKUBASI

Pembangkitan idea yang kreatif amatlah dialu-alukan tanpa mengira dari mana sumber datang. Perkara seperti ini boleh berlaku semasa tidur, berehat, membaca bahan yang tidak berkaitan dengan masalah tersebut, bermain badmintan atau sedang meditasi

c) Idea

Page 20: NOTA PEP

Jalan penyelesaian atau jawapan untuk masalah sedia ada telah dijumpai akhirnya. Dikenali sebagai ‘faktor eureka’. Kadang-kadang seseorang boleh memperolehi idea untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara tidak sengaja.

d) Penilaian dan Pelaksanaan

Menukar idea tersebut menjadi realiti. Ini merupakan satu fasa yang sukar kerana ia memerlukan keberanian, disiplin, keyakinan yang tinggi dan ketekunan.

3.3 Sekatan Terhadap Kreativiti

a) Kepercayaan Peribadi (Personal Beliefs)

Masalah utama yg menjadi pghalang kpd kreativiti adalah kepercayaan yg kita tidak kreatif ttp perlulah kita belajar utk mjadi seorang yg kreatif.

b) Takut kepada Kritikan (Fear of Criticism)

Mereka takut org akan mgatakan idea mereka gila, bodoh & tidak praktikal oleh itu tidak akan melakukan pkara yg bbeza & hanya jadi pengikut.

c) Pengurusan yg berlebihan (Over-Management)

Persaingan, tugasan, jadual yg padat, tpt kerja yg tidak selesa & pmintaan segera akan myebabkan kurangnya daya kreativiti pekerja tsb akan lakukan tugas hanya utk mmenuhi kehendak tugasan.

d) Tekanan (Stress)

Tekanan myebabkan mereka merasa tidak pasti sama ada dpt melakukan tugas tsb dengan efektif & melemahkan tenaga seseorang malah ia tidak elok utk kesihatan.

3.4 Bagaimana untuk membina idea yang kreatif

a) Brainstorming

Page 21: NOTA PEP

Brainstorming adalah teknik yg berkuasa & selalu digunakan utk mhasilkan idea. Semasa sessi brainstorming, setiap ahli kumpulan akan mcadangkan idea & idea tsb kemudiannya akan dibincang bsama. Kump brainstorming selalunya diantara 4 – 7 org. William, 2000 mjelaskan tdpt 4 peraturan apabila melakukan brainstorming:

i) lagi banyak idea, lagi baik

ii) semua idea perlu diterima, walaupun idea tersebut nampak macam gila / tidak betul

iii) gunakan idea ahli group yang lain untuk memperolehi lebih banyak idea

iv) Idea bbentuk kritikan / penilaiain tidak dibenarkan

b) Analogi Paksaan (Forced Analogy)

Analogi paksaan teknik yg bguna & amat bkesan utk mjana idea. Sebuah idea akan dibandingkan dgn masalah yg mpunyai sedikit / tiada kaitan langsung utk mdapat pandangan baru. Perhub secara paksaan boleh mbantu mbina pandangan baru & juga mcari jln alternatif yg lain. Utk mbina suatu hub, ia mmlukan pilihan tdpt sesuatu objek / kad bgambar yg akan mbantu mjana idea. Pilih objek / kad tsb secara rawak dan apa jenis hubungan yg boleh dipaksa.

c) DO IT

D à Define problem (k/pasti masalah & jika masalah tsb nampaknya tlalu besar, pecahkan masalah tsb kpd bahagian-bahagian yang kecil & ringkaskan )

O à Open mind and apply creative technique

(Bfikiran tbuka & lakukan teknik kreatif iaitu keluarkan idea sebanyak yg mungkin tanpa mengira ia baik / buruk)

Ià Identify best solution (k/pasti penyelesaian tbaik)

T à Transform (pembinaan produk yg bsesuaian dari idea yg dihasilkan, pasaran & strategi perniagaan. Ia selalunya melibatkan masa, kos dan tenaga)

d) Peta Minda (Mind Mapping)

Teknik ini membolehkan sorg menggunakan gambar / perkataan utk mengurus (organise) dan mbangunkan pdpt bagi membantu kita ‘melihat’ sesuatu masalah & jalan penyelesaiannya.

Mind mapping digunakan juga semasa:

Page 22: NOTA PEP

Brainstorming

Mengambil nota (taking notes)

Myegarkn ingatan mrk (refreshing memory)

Peta minda (Mind mapping) juga boleh digunakan utk mjana produk baru, myelesaikan masalah, plan strategi / mbangunkan sesuatu proses. Sama spt brainstorming, semakin berserabut hub tsb semakin baik. Oleh itu, jln pyelesaian yg benar2 inovatif akan dpt dihasilkan.

e) Kumpulan Nominal (Nominal Group)

Mjana idea & mcari jln penyelesaian dgn cara bsemuka (face-to-face) dlm satu kump; setiap ahli kump akan mcatatkan idea mereka & setiap ahli kump akan myatakan idea mereka & idea tsb akan dibincangkan utk mperolehi pjelasan & penilaian. Akhirnya setiap ahli kumpulan akan mengundi secara senyap idea mana yg terbaik.

CIRI-CIRI INDIVIDU YANG KREATIF

Individu kreatif adalah sorg yg merendah diri (humble) dan bangga diri (proud) dalam waktu yang sama.

Kebanyakkan individu yg kreatif perasaan yg amat kuat (passionate) mengenai kerja mereka, walaupun begitu mrk juga mrupakan seorg yg sangat obj mengenainya.

Individu kreatif adalah berani utk mcuba idea yg baru.

Individu kreatif bsifat tbuka apabila menerima kritikan.

Individu kreatif mpunyai kombinasi sorg yg suka bmain & sorg yg disiplin / seorg yg bt/jawab & tidak bt/jawab.

Ind kreatif sering kali mpunyai kawalan diri yg baik.

Ind kreatif, ind yg mpunyai matlamat tidak tergesa2 & mbuat ptimbangan di dlm mbuat sebrg keputusan

Ind kreatif sanggup mgambil risiko yg tlh dik/pasti.

3.6 Apa itu Inovasi?

Kreativiti adalah syarat awal kpd inovasi. Menurut Kinicki dan Williams (2003), inovasi adalah kaedah mcari jln utk mghasilkan produk baru, produk & perkhid yg lebih baik. Oleh itu, setiap skt samaada berasaskan keuntungan/tidak, tidak akan mbenarkan syt mrk bpuas hati dgn apa yg ada, terutama sekali apabila pesaing akan mghasilkan idea yg kreatif.

Page 23: NOTA PEP

Usahawan mcipta pmintaan baru di dlm pasaran dgn menukar kombinasi faktor pgeluaran utk mcipta sesuatu yg baru..

3.7 Jenis Inovasi

Penciptaan (Invention) – mcipta produk, pkhid/ proses yg baru & yg asli/tidak pernah dicuba. Spt: Penciptaan telegraph oleh Samuel Morse

Perluasan (Extension) – Penambahan / tambahan kpd produk, pkhid / proses yg sedia ada. Spt: Samsung yg tkenal dgn produk elektrik & elektronik tlh mpluaskan pniagaan kpd automobil.

Duplikasi (Duplication) – Proses mbuat pendua thdp produk, pkhid/proses yg ada. Proses ini bukan sekadar meniru bulat2 ttp menambah fungsian tambahan kpd produk, pkhid/proses sedia ada. Spt: Fungsi tel bimbit di mana tlh mpunyai fungsian tambahan spt pemain mp3, MMS & WAP.

Perpaduan (Synthesis) – Proses utk mgabkan bah2 lain utk mjadi sesuatu produk/ aplikasi yg baru dgn mgambil kira bberapa idea/ barang yg tlh sedia ada. Spt: Gab diant komputer/rangkaian mghasilkan Internet.

3.8 Sumber kepada Inovatif

a) Secara tidak sengaja (Unexpected Events)

Peristiwa yg tidak disangka memberi peluang yg baik sekali utk usahawan krn kejayaan / kegagalan yg tidak disangka blh mjadi sumber utama kepada inovatif apabila sesuatu tersebut tidak menarik perhatian atau tidak dirancang.

b) Konsep pengetahuan yang baru – Pengetahuan baru blh diperoleh melalui pbacaan, mghadiri seminar / persidangan / perbincangan diantara para profesional.

c) Perubahan Demografis – Perubahan demografis thdp umur, peringkat pdidikan, pdapatan & jenis pekerjaan tlh mjadi sumber utama kpd inovatif kpd usahawan. Penukaran thdp ciri2 demografis tlh mcipta peluang yg besar utk usahawan.

d) Keperluan Proses (Process Needs)

Keperluan proses perlu wujud di dlm proses perniagaan, industri / pkhid. Ia akan mjadikan proses yg sedia ada mjadi spurna, mgantikan mana yg lemah, mereka bentuk semula proses sedia ada dan sbg. Semua ini menyediakan peluang utk usahawan utk mhasilkan produk, pkhid/proses yg sesuai dgn

Page 24: NOTA PEP

kehendak & keperluan pguna. Contoh: di dlm proses utk mjadi masyarakat yg sihat, manusia akan mula melakukan lebih kerap senaman. Dgn ini, usahawan boleh myediakan pusat penjagaan kesihatan untuk mereka yang berminat.

3.9 Halangan kepada Inovasi

a) Organisasi tidak mengalakkan inovatif

Sesetengah organisasi berpuas hati dgn apa yg ada & tidak mahu sebrg perubahan. Ini boleh mengancam budaya & prosedur organisasi tsb & kemungkinan perubahan akan mgancam kedudukan mrk. Jadi, pihak pengurusan akan menolak/mengelak utk mberi phargaan kpd inovatif di dlm organisasi & adakan batasan diantara jabatan yg blainan turut juga mhalang blakunya komunikasi utk inovatif idea dikalangan kakitangan.

b) Tidak cukup sumber

Sesetengah organisasi hendakkan perubahan dan inovatif tetapi menghadapi kekurangan sumber seperti sumber manusia, kewangan dan kelengkapan yang menjadi satu benda yang penting untuk menjayakan inovatif.

c) Tingkah laku tradisi pihak pengurusan

Pihak pengurusan mahu mengawal kakitangan drp mjadi kreatif. Ini blaku apabila pgurusan dikawal olh k/tangan yg tlh lama btugas & mereka ini masih mengekalkan cara mereka berfikir dan menolak sebarang perubahan.

Selain dari halangan berpunca dari organisasi, terdapat juga halangan datang dari sikap individu itu sendiri seperti:

Takut untuk mencuba (fear to trying)

Takut untuk melakukan kesilapan

Motivasi yang salah (improper motivation)

Takut kepada perubahan

Takut kepada kegagalan (fear to fail)

Page 25: NOTA PEP

Tidak percaya pada diri sendiri – individu tersebut merasa diri mereka terlalu tua atau tidak pandai untuk melakukan tugas tersebut.

3.10 Pentingnya Kretiviti dan Inovatif untuk Usahawan

a) Utk memastikan organisasi bjaya mengharungi halangan – Mbolehkan sesebuah organisasi btahan dalam j/panjang krn sesebuah organisasi tidak lagi boleh menunggu pmintaan drp pengguna, organisasi haruslah boleh mengeluarkan sesuatu yang unik untuk para pelanggannya.

b) Untuk meneroka pasaran baru

Seorg usahawan yg kreatif & inovatif akan sentiasa bfikir utk mguasai pasaran baru dgn mgenalkan produk & pkhid baru. Spt: apabila Philips mperkenalkan pemain DVD yg ptama di pasaran pd 1995, ia bjaya menguasai pasaran seluruh dunia.

c) Untuk mengguna sumber asli

Usahawan seharusnya mgunakan sumber ini tanpa melakukan sebrg kerosakkan kpd alam sekitar. Malah kreativiti & inovatif adalah pcipta sumber. Usahawan adalah seorg yg b/jawab utk mcipta ‘nilai’ thdp sumber asli tsb utk kegunaan manusia.

3.11 Strategi untuk mengalakkan Kreativi dan Inovatif

i) Kenal pasti kebolehan sendiri – adalah penting utk mgetahui yg kita mampu utk selesaikan masalah secara kreatif & inovatif. Ttp bhati2 dgn kebolehan sendiri agar ia tidak mjadi phalang kpd mencari jln penyelesaian.

ii) Tukar persepsi (pandangan) anda – Cuba melihat sesuatu masalah/peluang dr bbagai sudut. Mguji masalah & peluang tsb dgn memecahkannya mjadi pecahan2 kecil, cari masalah sebenar/jln penyelesaian yg tbaik.

iii) Tukar budaya orgnisasi – Organisasi mesti mengalakkan kakitangan mereka menjadi kreatif dan inovatif. Berikan ganjaran kepada kakitangan yang melebihi di dalam mencipta sesuatu yang unik.

Page 26: NOTA PEP

iv) Sanggup menghadapi kegagalan (Dare to fail) – Setiap kegagalan atau kesilapan haruslah dijadikan pendorong untuk maju di dalam mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Bab 4 Penilaian Persekitaran Pelaburan (Ventures Environment Assessment)

PENGENALAN

Perniagaan mengenai persekitaran pelaburan selalunya membincangkan mengenai pasaran, pengurusan ekonomi dan sebagainya.

4.1 Komponen Persekitaran pelaburan (The components of ventures’ environment)

Usahawan bukan sahaja perlu mengkaji suasana persekitaran semasa memulakan perniagaan mereka tetapi mereka perlu juga mengkajinya semasa pelaburan/perniagaan mereka sedang berkembang. Persekitaran adalah situasi dimana operasi pelaburan perniagaan berlaku. Persekitaran pelaburan boleh dibahagikan kepada dua bahagian:

1) Pandangan Makro – pandangan persekitaran luaran

2) Pandangan Mikro – pandangan persekitaran luaran dan dalaman

a) Persekitaran Luaran (External Environment)

Persekitaran luaran boleh mempengaruhi keputusan perniagaan yang akan dibuat untuk jangka masa panjang dan merupakan unsur yang tidak boleh dikawal.

Persekitaran Makro terdiri daripada unsur berikut:

Politik dan Undang-undang yang dibuat (Legislation)

Ekonomi

Kebudayaan Sosial

Page 27: NOTA PEP

Teknologi

Kuratko dan Hodgetts (2004) membincangkan Persekitaran Mikro terhadap pelaburan perniagaan adalah sebahagian daripada Persekitaran Luaran Pelaburan, tetapi ia secara langsung boleh mempengaruhi keputusan dan aktiviti usahawan. Ini juga dikenali sebagai Persekitaran Industri atau Persekitaran Tugas.

Persekitaran Mikro mengandungi unsur-unsur berikut:

Pengguna

Pesaing (Competitors)

Pembekal

Institusi Kewangan

Organisasi bukan Kerajaan

Agensi Kerajaan

Persekitaran dalaman atau persekitaran industri juga dikenali sebagai Persekitaran Bersifat Persaingan di dalam Model Porter 5 Forces yang mana termasuk ancaman terhadap kemasukkan pesaing baru, produk tiruan (pengganti) dan kuasa tawar menawar pembekal dan pembeli. Institusi kewangan boleh dianggap sebagai Persekitaran Umum manakala Organisasi bukan Kerajaan dan Agensi Kerajaan boleh dikategorikan di bawah politik dan undang-undang yang dibuat.

b) Persekitaran Dalaman (Internal Environment)

Persekitran Dalaman juga turut mempengaruhi keputusan yang akan dibuat oleh usahawan. Walau bagaimanapun, usahawan boleh mengawal unsur ini. Persekitaran Dalaman organisasi terdiri daripada unsur berikut:

Struktur Organisasi

Budaya

Sumber

4.2 Pengaruh Persekitaran Makro

Page 28: NOTA PEP

Sebelum ini telah dinyatakan persekitaran makro melibatkan unsur seperti politik dan undang-undang yang dibuat, ekonomi makro, teknologi dan kebudayaan sosial. Dalam bahagian ini, kita akan menerangkan kesemua unsur tadi dan pengaruhnya terhadap usahawan.

4.2.2 Politik dan undang-undang yang dibuat

Politik dan undang-undang yang dibuat adalah sebahagian dari persekitaran makro yang yang mana setiap kumpulan yang berlainan akan bersaing untuk memperolehi perhatian dan sumber. Ini adalah keadaan mana usahawan menggunakan kekuatan politik yang mereka ada. Selalunya usahawan terpaksa menerima unsur politik dan undang-undang yang dibuat untuk pelaburan (tugas) baru yang akan dibuat. Mereka perlu patuh dan menerima polisi, undang-undang yang dibuat dan peraturan dimana perniagaan tersebut dijalankan.

Politik & Undang-undang yang dibuat à Isu global à

a) Halangan Perdagangan & tarif

b) Risiko politik

c) Perjanjian Perdagangan à Isu nasional à

d) Cukai e) Peraturan

Isu Global

a) Halangan Perdagangan dan Tarif

Halangan perdagangan dan tarif dikenakan terhadap barangan dan perkhidmatan yang didagangkan dalam pasaran antarabangsa. Ini akan menghalang sumber aliran bebas dari negara lain selaku perlindungan kepada industri tempatan. Contoh: Sekatan Perdagangan telah dikenakan pada industri automobil di Malaysia.

b) Risiko Politik

Ini merujuk kepada kemungkinan untuk berlakunya ketidak stabilan, rasuah dan keganasan di dalam negara atau kawasan dimana perniagaan itu dilakukan. Di kawasan yang risiko politik yang tinggi, adalah sukar dan mahal untuk usahawan membeli, melindungi dan mengatur sumber. Risiko lain termasuk

Page 29: NOTA PEP

politik dan keganasan fizikal, pemerasan dan korupsi akan melibatkan rasuah atau pembayaran yang tidak beretika akan berlaku. Ini akan menambah kepada kos untuk pelaburan baru.

c) Perjanjian Perdagangan

Terdapat aliran untuk meningkatkan perjanjian perdagangan diantara negara. AFTA sebagai contoh. Usahawan Malaysia haruslah mempertimbangkan mengenai AFTA apabila membuat keputusan untuk berdagang di pasaran antarabangsa. Matlamat AFTA adalah untuk meningkatkan produtiviti ekonomi di dalam pasaran serantau.

Isu Nasional

d) Cukai

Ini merupakan faktor kepolitikan utama yang harus dihadapi oleh usahawan pada peringkat nasional. Kesan cukai atas operasi perniagaan adalah seperti berikut:

Mengurangkan tunai yang sedia ada untuk pelabur perniagaan untuk melabur.

Sesetengah cukai menguntungkan pada perniagaan tertentu sahaja dan merupakan keadaan yang merugikan kepada perniagaa lain.

e) Peraturan

Sebagai contoh peraturan adalah peraturan mengenai penggunaan dadah. Walau bagaimanapun, adakalanya perniagaan menerima kesan negatif terhadap peraturan tersebut. Ini melibatkan tambahan kos kepada perniagaan untuk kertas kerja, ujian, pemantauan dan pelaksanaan.

Kerana itu, usahawan haruslah menilai persekitaran politik sepenuhnya untuk kenal pasti ancaman atau peluang yang ada. Secara amnya, kesetabilan politik sesuatu negara dimana operasi perniagaan dilakukan akan memberikan peluang kepada usahawan untuk memulakan perniagaan atau mengembangkan perniagaan mereka.

4.22 Ekonomi

Persekitaran ekonomi memainkan peranan penting di atas kejayaan atau kegagalan sesuatu pelaburan. Persekitaran ekonomi makro melingkari kesemua produk dan penghasilan perkhidmatan, pengedaran, penjualan dan pengunaan. Usahawan perlu menganalisa persekitaran ini pada paras global, nasional dan tempatan dimana operasi perniagaan mereka dijalankan. Setiap perniagaan saling berhubung kait

Page 30: NOTA PEP

antara satu sama lain di dalam tiga tahap tadi pada persekitaran ekonomi makro. Walau bagaimanapun, usahawan harus mengenal pasti paras mana yang memberikan lebih banyak kesan kepadanya. Usahawan haruslah meninjau, memantau, meramalkan dan mentaksirkan keadaan makro ekonomi yang akan memberi kesan kepada pelaburan baru. Mereka haruslah berupaya untuk melihat perubahan terhadap ekonomi dan berupaya untuk menetukan pembolehubah yang berkaitan untuk dianalisa.

Di bawah disenaraikan soalan-soalan yang harus ditimbulkan oleh usahawan mengenai persekitaran ekonomi untuk pelaburan baru demi melihat secara keseluruhan iklim perniagaan.

Apakah keadaan ekonomi semasa?

Apakah suasana pasaran buruh?

Adakah kadar faedah berbahaya atau stabil?

Apakah nilai pertukaran mata wang?

Berapa banyak firma yang ada di dalam industri yang sama?

Adakah firma tersebut dalam berbagai saiz dan ciri, atau semua firma tadi serupa?

Apakah pemusatan geographical firma di dalam industri tersebut?

Adakah firma hanya memenuhi kehendak pasaran domestik?

Adakah terdapat peluang untuk pergi ke pasaran antarabangsa?

Apakah pertandingan semula jadi untuk perniagaan?

4.2.3 Kebudayaan Sosial

Persekitaran kebudayaan sosial terdiri daripada dua aspek:

Demografis

Aliran budaya dalam masyarakat

Page 31: NOTA PEP

a) Perubahan demografis

Berlaku atas sebab perubahan bilangan penduduk, kumpulan etnis dan struktur bilangan penduduk menurut umur, jantina, lokasi geographical dan bilangan penduduk distribusi pendapatan. Kesemua unsur ini menjadi faktor sumbangan kepada kehendak pengguna, kuasa membeli dan kapasiti industri. Walau bagaimanapun perubahan aliran demografis adalah diluar kawalan usahawan. Usahawan perlu menilaikan perubahan demografis demi untuk kenal pasti peluang perniagaan yang ada. Contoh: Penambahan jumlah kanak-kanak di dalam masyarakat akan menghasilkan peluang perniagaan seperti pelajaran, makanan dan pakaian kanak-kanak.

b) Aliran Sosial

Berhubungkan dengan sopan dan tingkah laku dimana manusia itu tinggal. Cara hidup mengambarkan cita rasa dan kecenderungan manusia. Usahawan perlu menilai dan memantau pertukaran cara hidup demi untuk mengenal pasti peluang perniagaan. Pembolehubah yang memerlukan perhatian adalah:

i) pembentukan rumah tangga

ii) ragam pekerjaan dan kadar tenaga buruh

iii) tahap pendidikan

iv) Corak pembelanjaan

v) Corak waktu lapang (leisure)

Usahawan boleh menggunakan informasi data yang ada dari sumber umum dan sendiri untuk menilai dan memantau perubahan ini. Usahawan juga mesti meramalkan dan menilai segala perubahan yang berlaku untuk memperolehi keuntungan.

4.2.4 Teknologi

Cabang pengetahuan yang berkenaan dengan industri seni, sains gunaan, kejuruteraan, proses, hasil penemuan atau kaedah boleh ditakrifkan sebagai teknologi. Analisis teknologi memerlukan penilaian dan pemantauan dari mula produk tersebut dibangunkan dan dikomersilkan. Perubahan teknologi berada dalam dua keadaan iaitu Penemuan Tulin (pure invention) dan Proses Inovatif.

a) Penemuan Tulin

Penemuan tulin merujuk kepada penciptaan sesuatu yang baru berbeza dari teknologi sedia ada atau produk. Untuk ini, penciptaan selalunya mempunyai nilai ekonomi dan tidak mempunyai saingan pada

Page 32: NOTA PEP

peringkat awal dan selalunya dimonopoli oleh individu yang mempunyai hak undang-undang terhadap penemuan tersebut. Walaupun begitu, terdapat kelemahan kerana tiada pasaran untuk penemuan tersebut pada peringkat awal pasaran. Penemuan baru mencipta pasaran dan peluang untuk perniagaan. Contoh: penemuan semikonduktor mencipta peluang perniagaan di dalam bidang komputer.

b) Proses Inovatif

Proses inovatif merujuk kepada perubahan kecil terhadap rekabentuk, produk formulasi dan pengeluaran, bahan dan pengedaran. Menilai dan memantau perubahan teknologi bukannya perkara yang mudah kerana bukan mudah memperolehi maklumat. Malah saintis yang terlibat didalam kajian awal tidak mengetahui nilai komersil yang dicapainya. Walau bagaimanapun, ia merupakan satu kelebihan dan peluang untuk usahawan sekiranya ia mengetahui informasi tersebut.

4.3 Persekitaran Mikro

Persekitaran mikro untuk pelaburan baru adalah juga merujuk kepada persekitaran industri. Persekitaran ini mempengaruhi aktiviti keusahawanan dan sukar untuk usahawan mempengaruhi elemen ini di dalam industri. Usahawan memerlukan perancangan dan melaksanakan strategi tertentu untuk mendapat kelebihan bersaing di dalam industri. Pengaruh terbesar industri adalah penguna, pesaing, pembekal, institusi kewangan, agensi kerajaan dan organisasi bukan kerajaan.

a) Pengguna

Pengguna merupakan kumpulan sasaran utama di dalam perniagaan. Mereka mengunakan barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh industri. Pengguna boleh menjadi individu di dalam masyarakat seperti: surirumah, pekerja, pelajar atau sekumpulan manusia. Pengguna adalah ‘raja’ di dalam sistem pasaran. Sesetengah produk digunakan oleh pengguna industri seperti pengedar, agen, pemborong dan peruncit. Kumpulan manusia seperti ini mempengaruhi keputusan usahawan.

b) Pesaing

Usahawan yang ingin melakukan perniagaan baru mestilah menganalisis pesaing mereka di dalam industri. Pesaing adalah mereka yang berniaga untuk memenuhi kehendak pengguna yang sama atau mempunyai peluang untuk berkhidmat kepada pengguna tersebut. Mereka boleh mengenal pasti pengguna (untuk perniagaan sedia ada) atau bakal pengguna (untuk perniagaan baru) dengan bertanya di mana mereka membeli produk atau perkhidmatan. Usahawan boleh mengenali mereka dengan melalui direktori perniagaan.

Page 33: NOTA PEP

Analisis grid boleh digunakan sebagai alat untuk menganalisis dan menentukan tahap persaing di dalam industri. Usahawan juga boleh mengenal pastik kekuatan dan kelemahan pesaing mereka dengan alat ini dan membantu mereka memulakan pelaburan baru.

c) Pembekal

Pembekal adalah kumpulan kedua yang mempengaruhi aktiviti keusahawanan. Mereka boleh menaikkan harga barangan atau perkhidmatan yang mereka jual. Mereka juga boleh mengurangkan kualiti produk dan perkhidmatan yang ada di pasaran.

d) Insitusi Kewangan

Insitusi kewangan merupakan punca luaran untuk membaiyai perniagaan baru atau mengembangkan perniagaan yang sedia ada. Pinjaman dari institusi kewangan bukan sahaja sukar diperolehi untuk perniagaan baru kerana tidak mempunyai rekod semula ini tetapi terpaksa membayar kadar faedah yang mana akan membebankan perniagaan baru. Oleh demikian, institusi kewangan mempunyai pengaruh secara langsung terhadap usahawan.

e) Agensi Kerajaan

Kerajaan mempengaruhi aktiviti keusahawanan melalui pelaksanaan polisi. Contoh: Dasar Ekonomi Baru, Polisi Penswastaan dan Dasar Pertanian. Sesetengah polisi memberi kesan secara langsung kepada aktiviti keusahawanan. Polisi dan peraturan yang kerajaan laksanakan mempunyai objektif dan tujuan tertentu. Kerajaan juga menyediakan sokongan kepada usahawan.

f) Organisasi Bukan Kerajaan

Persatuan Pengguna, Organisasi Politik, Kumpulan Agama, Persatuan Perniagaan, Kumpulan Pencinta Alam Sekitar dan sebagainya merupakan organisasi bukan kerajaan yang mempengaruhi usahawan. Kumpulan ini mempengaruhi usahawan melalui kempen terhadap produk atau perkhidmatan dan dengan penyebaran maklumat mengenai sesuatu produk. Dengan ini boleh mempengaruhi pengguna dan memberikan tekanan kepada kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap sesuatu isu.

4.4 Organisasi Persekitaran Dalaman

Page 34: NOTA PEP

Organisasi Persekitaran Dalaman terdiri daripada sumber, struktur dan budaya. Kesemua unsur ini mempengaruhi usahawan di dalam membuat keputusan dan aktiviti yang dilakukan. Usahawan perlu menilai kekuatan dan kelemahan perniagaan mereka sebelum membuat sebarang keputusan atau formulasi sebarang strategi.

a) Sumber

Antara sumber dalaman di dalam organisasi adalah usahawan itu sendiri, kewangan, sumber manusia, harta yang nyata dan harta tidak nyata, teknologi dan reputasi. Ciri-ciri peribadi keusahawanan, kemahiran, tenaga, idea, pengetahuan dan pengalaman adalah sebahagian daripada sumber usahawan. Kesemua sumber ini akan proses bersama di dalam perniagaan untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan.

b) Struktur

Struktur organisasi mestilah sesuai dengan pelaburan baru untuk membolehkan ia menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran.

c) Budaya

Budaya dan nilai positif haruslah dimasukkan ke dalam organisasi perniagaan untuk kebaikan kesemua sumber manusia.

4.5 Pengenalan kepada Peluang Perniagaan

Peluang boleh wujud di atas kertas atau sebagai idea. Peluang boleh menukar situasi yang buruk atau rugi menjadi situasi yang baik atau menguntungkan. Menurut Myzuka (2000), peluang boleh didefinasikan sebagai:

“Suatu konsep perniagaan yang jika ditukar menjadi produk atau perkhidmatan yang nyata oleh pengusaha perniagaan, ia akan menghasilkan keuntungan kewangan.”

Peluang selalunya dikaitkan dengan pengalaman, hobi dan persekitaran sosial usahawan.

Page 35: NOTA PEP

Peluang juga boleh dijelaskan sebagai aliran luaran yang positif atau perubahan yang menyediakan kemungkinan yang unik (tersendiri) dan jelas untuk memberikan nilai pada inovatif dan penciptaan. Peluang juga boleh didefinasikan sebagai keupayaan untuk mencipta yang baru yang melibatkan pengetahuan, teknologi, ekonomi, politik, sosial dan keadaan (suasana) demografis.

Kebanyakkan peluang yang baik dalam perniagaan tidak selalunya muncul (timbul) tetapi keputusannya adalah berpunca dari sikap usahawan yang berwaspada di dalam mengenal pasti peluang yang bakal mereka perolehi. Kebanyakkan usahawan tidak mempunyai cara formal untuk mengenal pasti peluang perniagaan yang ada. Walau bagaimanapun, pengguna, rakan sejawat perniagaan, rakan di dalam sistem pengedaran dan orang teknikal adalah sumber yang terbaik untuk mendapatkan idea pelaburan yang baru.

4.5.1 Pengenalan kepada Peluang: Fasa Proses Perspektif terhadap Keusahawanan

Pengenalan kepada peluang adalah satu fasa utama di dalam Proses Perspektif terhadap keusahawanan. Proses keusahawanan bermula apabila seorang atau lebih manusia mengenal pasti peluang yang ada. Peluang ini sendiri dihasilkan oleh faktor ekonomi, teknologi dan sosial. Penumpuan kepada faktor ini, memberikan peluang kepada pelabur baru yang berminat.

Menurut Mukesh Chatter di dalam Baron & Shane (2004), perubahan ekonomi, teknologi dan keadaan sosial akan mencipta peluang; tetapi tiada apa akan berlaku pada peluang ini sehingga adanya orang yang mempunyai motivasi dan bertenaga untuk mengenali peluang tersebut.

Usahawan sepatutnya boleh mengenali, mengejar dan merebut peluang perniagaan yang ada. Usahawan yang berjaya adalah mereka yang berjaya merebut dan mengejar peluang tersebut. Sesetengah usahawan merampas peluang melalui eksplorasi dan sesetengah usahawan mendapat peluang dari keadaan yang untung. Usahawan yang mengejar peluang seharusnya menambahkan nilai produk atau perkhidmatan mereka untuk menarik pelanggan, pengedar dan penjual. Peter Drucker, adalah seorang penulis pengurusan yang terkenal telah mengenal pasti tujuh potensi sumber untuk memperolehi peluang dari konteks luaran seperti yang ditunjukkan jadual di bawah:

Page 36: NOTA PEP

No Peluang dari Sumber Keadaan/Kedudukan

1 Keadaan yang tidak diduga.

Peluang boleh juga diperolehi apabila situasi dan kejadian yang tidak diharapkan. Kejadian tersebut boleh terjadi secara tidak diduga sama ada berita kejayaan/baik atau beriya kegagalan/buruk boleh menjadi suatu peluang yang baik untuk usahawan mengejarnya.

2 Bertentangan (tidak logik)

Situasi yang tidak logik boleh berlaku apabila terdapat ketidak stabilan yang muncul. Sebagai contoh: Adalah terdapat peluang untuk direbut apabila cara pemikiran konvensional tidak lagi menjadi perkara benar. Di dalam situasi begini, usahawan yang berupaya memikirkan sesuatu cara diluar tradisi akan memperolehi peluang tersebut.

3 Keperluan proses

Peluang keusahawanan boleh diperolehi dari proses yang ditemui hasil dari proses kajian dan pembangunan yang dilakukan oleh para pengaji dan pakar teknikal yang menghasilkan produk dan perkhidmatan. Malah sebelum sesuatu penemuan ditemui, berbagai peluang yang akan wujud untuk digunakan oleh usahawan semasa proses tersebut.

4Struktur industri dan pasaran

Perubahan teknologi, nilai sosial dan citarasa pengguna boleh menukar struktur industri dan pasaran. Situasi seperti ini akan memberikan usahawan peluang untuk melakukan sesuatu yang inovatif terhadap produk dan perkhidmatan yang mereka tawarkan.

5 Demographics

Pertukaran demograhics akan mempengaruhi industri dan pasaran terhadap sasaran pasaran dan segmen pasaran. Ini boleh menjadi peluang kepada usahawan untuk melibatkan diri dan memenuhi kehendak penduduk.

6 Perubahan Persepsi (perhatian)

Persepsi adalah satu pandangan realiti. Pertukaran terhadap persepsi boleh mempengaruhi hati manusia secara profil psikographics terhadap nilai yang mereka ada, apa yang mereka percaya, dan apa yang mereka ambil berat. Pertukaran sikap dan nilai ini boleh mencipta peluang

Page 37: NOTA PEP

pasaran untuk para usahawan.

7 Pengetahuan baru

Pengetahuan baru adalah sumber peluang untuk usahawan. Contoh pengetahuan baru adalah teknologi baru dan penemuan baru yang boleh menjadi sumber informasi untuk keusahawan mencipta. Dengan mengunakan pengetahuan ini , usahawan boleh menghasilkan produk dan proses baru, serta berupaya untuk bersaing dengan produk keluaran lain.

4.5.2 E-Commerce (perdagangan) adalah suatu peluang baru

Evolusi elektronik perdagangan telah mencipta banyak peluang baru dan perniagaan baru. Walau bagaimanapun, membina dan memasarkan perniagaan melalui e-commerce boleh memakan kos yang tinggi. E-commerce memberi peluang usahawan untuk menukar idea kepada pasaran baru yang mengasyikkan. Usahawan boleh menggunakan katalog di laman web untuk mempromosi dan menjual produk mereka secara ‘online’. Teknologi yang menggunakan e-commerce menawarkan informasi yang memberi bantuan kepada pengguna membuat keputusan.

Informasi di dalam e-commerce boleh dicapai 24 jam sehari, dengan data yang dikemaskini setiap setengah jam (bergantung kepada syarikat tersebut le). Ia membolehkan syarikat membawa pelanggan untuk mengalami pengalaman web dari mula sehingga akhir. Ia juga boleh menawarkan perkhidmatan secara peribadi yang sesuai mengikut kehendak individu tersebut dan membolehkan interaktif antara pengguna dan syarikat itu sendiri. Perkara yang paling penting adalah e-commerce boleh mengurangkan kos transaksi.

4.6 Penilaian Terhadap Peluang Perniagaan

Sama ada peluang tersebut dikenal pasti dari pandangan pengguna, teman sejawat perniagaan, melalui rakan atau orang teknikal. Setiap peluang mestilah ditapis dan dinilai dengan berhati-hati. Penilaian merupakan elemen yang paling kritikal bagi proses keusahawanan. Jadual pada muka surat 41 (modul OUM), menunjukkan proses penilaian yang mana melihat ciptaan dan lamanya kesempatan itu ada, ia adalah nyata dan mengetahui nilai sebenar, dan ia membezakan kelebihan di dalam persekitaran yang penuh dengan persaingan.

Page 38: NOTA PEP

Kesempatan (peluang) mestilah sesuai dengan kepandaian individu dan matlamat usahawan tersebut. Plan taksiran kesempatan (peluang) mestilah pendek, fokus terhadap peluang tersebut dan bukan pada keseluruhan pelaburan (venture). Plan tersebut mestilah mempunyai asas untuk membuat keputusan sama ada untuk bertindak terhadap peluang yang ada atau tidak. Plan perniagaan yang baik mesti dibangunkan untuk mengeksploitasi peluang yang ada. Sumber untuk peluang tersebut mestilah juga ditentukan. Akhirnya, usahawan mestilah menggunakan sumber tersebut untuk melaksanakan plan perniagaan tersebut.

Aspek terhadap Proses Keusahawanan

4.6.1 Magnitude(besarnya) Terhadap Peluang

Magnitud terhadap peluang bergantung kepada faktor di bawah:

Nilai yang usahawan itu mahu cipta.

Saiz peluang yang akan menarik perhatian pelabur

Kenal pasti dan menilai peluang

Membina plan perniagaan

Sumber yang diperlukan

Mengurus syarikat

Ø Ciptaan dan lamanya peluang yang ada

Ø Nyata dan mengetahui nilai sebenar

Ø Risiko dan pulangan terhadap peluang tersebut

Ø Peluang melawan kemahiran dan matlamat individu

Ø Situasi persaingan

Ø Judul Halaman

Ø Kandungan

Ø Executive summary

1.0 Penerangan terhadap perniagan

2.0 Penerangan terhadap industri

3.0 Plan pemasaran

4.0 Plan Pengeluaran

5.0 Plan Organisasi

6.0 Ringkasan

Ø Apendik

Ø Sumber usahawan yang sedia ada

Ø Jurang sumber dan pembekal yang ada

Ø Sumber boleh dicapai apabila dikehendaki

Ø Corak pengurusan

Ø Kunci yang berbagai untuk kejayaan

Ø Kenal pasti dan kemungkinan masalah yang ada

Ø Melaksanakan sistem kawalan

Page 39: NOTA PEP

Faktor ekonomi yang memerlukan kecekapan menggunakan aset.

Keperluan perniagaan untuk menarik rakan sepasukan untuk menjayakan perniagaan.

Walau bagaimanapun, usahawan berasaskan perkembangan tidak hanya mempertimbangkan magnitud peluang yang ada tetapi mesti juga menimbangkan harapan kadar pertumbuhan akan datang. Kadar pertumbuhan yang terlalu pantas untuk jangka masa yang lama akan memberikan kesan yang negatif kerana ia memerlukan peruntukkan kewangan yang banyak dan berterusan. Manakala sekiranya kadar pertumbuhan yang terlalu rendah akan menyebabkan usahawan gagal menimbulkan keinginan untuk mencipta dan tidak berjaya menarik pelabur.

Peluang yang baik datang dalam tiga situasi:

Peluang yang asli mesti menjadi petunjuk kepada peluang lain

Peluang yang baik boleh memaksa organisasi untuk mengembangkan kemahiran yang boleh mempengaruhi untuk pencarian lebih banyak idea baru

Pelaksanaan terhadap peluang mestilah dilakukan secara berkumpulan atau pengkongsian

Usahawan juga harus menimbangkan persekitaran persaingan seperti syarikat baru perlu hidup di dalam industri yang luar dan perlu mencari jalan untuk bersaing dan membuat duit.

4.6.2 Sumber kepada Peluang: Sumber (asal mula) terhadap Pelaburan Baru

Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, peluang (kesempatan) adalah situasi dimana perubahan teknologi, (terutama) ekonomi, politik, sosial atau keadaan demographics akan menghasilkan sesuatu yang baru. Jadual di bawah menunjukkan lima contoh peluang yang berbeza apabila berlaku perubahan teknologi

No Jenis Peluang Perubahan teknologi

Contoh idea perniagaan yang dihasilkan

Alasan

Page 40: NOTA PEP

dari peluang tersebut

1Produk atau perkhidmatan baru

Internal combustion engine

Automobil

Ia digunakan utk mengerakkan automobil

2 Cara baru mengurus

InternetPenjualan buku secara online

Internet membolehkan penjual menjual produk tanpa mebuka kedai

3 Pasaran baru Peti sejukPetisejuk kapal

Petisejuk di dalam kapal memboleh penjualan daging keseluruh negara

4 Pengeluaran cara baru

KomputerRekabentuk menggunakan komputer

Komputer membenarkan pereka mencipta produk tanpa membina prototaip secara fizikal

5 Bahan mentah baru

Minyak Penghasilan petrol

Petrol dihasilkan dari kilang penapisan untuk digunakan pada kenderaan

Page 41: NOTA PEP

4.6.3 Peluang (kesempatan) dan Firma Baru

Syarikat yang telah lama bertapak akan melakukan kerja yang lebih baik di dalam mengeksploitasikan peluang yang jika dibandingkan dengan syarikat yang baru. Apabila syarikat telah berniaga beberapa ketika, ia telah mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan syarikat baru seperti yang ditunjukkan pada jadual di bawah.

No Kelebihan Alasan

1

Proses pembelajaran (learning curve)

Syarikat baru belum lagi habis proses pembelajaran dan masih menghasilkan produk dan pasaran yang kurang baik. Walau bagaimanapun, hasil akan bertambah baik apabila telah lama menghasilkannya

2 Reputasi

Kajian telah menunjukkan manusia suka membeli produk dari pengedar yang mereka kenali dan percaya

3 Aliran Wang (tunai)

Sekiranya perniagaan berjaya, mereka mempunyai aliran tunai yang positif yang boleh digunakan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan baru, Mereka juga boleh mengunakan wang tersebut untuk melabur di dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan baru untuk memenuhi permintaan pengguna

4 Skala ekonomi Skala ekonomi memberi manfaat kepada syarikat yang telah kukuh berbanding dengan syarikat baru kerana

Page 42: NOTA PEP

ia telah pun menghasilkan produk dan perkhidmatan. Syarikat yang telah kukuh ini berhadapan dengan kos yang jauh lebih rendah dari syarikat baru kerana ia telah menghasilkan lebih banyak produk atau perkhidmatan

5 Aset sampingan

Aset sampingan akan digunakan oleh usahawan untuk menghasilkan produk baru atau pengedaran produk. Syarikat baru selalunya menghadapi masalah untuk bersaing dengan syarikat yang telah kukuh kerana mereka kekurangan aset sampingan

Kelebihan syarikat yang kukuh berbanding syarikat baru

Dimensi Peluang Apakah Pilihannya

Bergantung sepenuhnya terhadap reputasi

Mempunyai kekuatan proses pembelajaran

Mengambil banyak kapital

Berkehendakkan skalau ekonomi

Memerlukan aset sampingan di dalam pemasaran dan pengedaran

Bergantung kepada peningkatan kebaikan produk

Mengunakan kemampuan untuk membinasakan inovasi

Tidak memberi keperluan kepuasan pada pengguna yang telah menggunakan produk dari firma utama

Bergantung sepenuhnya kepada inovatif yang diskret

Bergantung kepada kapital manusia

Syarikat yang telah kukuh

Syarikat yang telah kukuh

Syarikat yang telah kukuh

Syarikat yang telah kukuh

Syarikat yang telah kukuh

Syarikat yang telah kukuh

Syarikat baru

Syarikat baru

Page 43: NOTA PEP

Syarikat baru

Syarikat baru

GLOSARI

Venture Environment

(Persekitaran Pelaburan)Situasi di mana operasi pelaburan syarikat berlaku

External Environment

(Persekitaran Luaran)

Juga dikenali sebagai persekitaran mikro. Persekitaran diluar organisasi yang mengandungi elemen seperti: politik dan undang-undang yang dibuat, ekonomi, budaya sosial dan teknologi

Industrial Environment

(Persekitaran Industri)

Juga dikenali sebagai persekitaran mikro iaitu sebahagian daripada persekitaran luaran yang mengandungi elemen seperti: pengguna, pesaing, pembekal, Institusi kewangan, agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan (NGO)

Internal Environment (Persekitaran Dalaman)

Situasi di dalam organisasi dimana mengandungi struktur organisasi, budaya dan sumber

Trade barriers and tariff (Sekatan perdagangan dan tarif)

Dikuat kuasakan oleh kerajaan terhadap barang dan perkhidmatan yang didagang di pasaran antarabangsa

Social-cultural

(Budaya Sosial)

Merujuk kepada demographics dan budaya pasaran pada masyarakat

Resources based competitives analyses

Grid yang boleh digunakan sebagai alat untuk menganalisa dan meletakkan paras kedudukan (rank) pesaing di dalam industri

Business opportunity (Peluang Perniagaan)

Adalah konsep perniagaan menjadi nyata apabila idea bertukar menjadi produk atau perkhidmatan yang akan membawa keuntungan kepada syarikat

Page 44: NOTA PEP

UJIAN 1

Kenapa ushawan perlu menilai persekitaran pelaburan mereka?

Senaraikan komponen keusahawanan persekitaran pelaburan?

Nyatakan persekitaran makro untuk pelaburan baru?

Nyatakan persekitaran mikro dan persekitaran dalaman untuk syarikat baru?

Bagaimana anda mengenal pasti peluang perniagaan?

Terangkan proses fasa perspektif terhadap keusahawanan?

Bagaimana anda menilai peluang perniagaan?

UJIAN 2

Kenapa usahawan perlu mengetahu mengenai politik dan undang-undang yang dibuat berdasarkan dimana operasi syarikat akan dijalankan.

Beri contoh dari isu global yabg pengusaha perlu tahu.

Apakah persoalan yang penting mengenai persekitaran ekonomi untuk pelaburan baru?

Apakah rupabentuk perubahan teknologi?

Kenapa usahawan perlu menilai persekitaran dalaman?

Senaraikan sumber peluang perniagaan?

Bagaimana e-commerce boleh membantu usahawan?

Apakah faktor-faktor peluang?

TOPIK 5: PELAN PERNIAGAAN

PENGENALAN

Page 45: NOTA PEP

Persekitaran perniagaan pada masa kini adalah dinamik, komplek dan sentiasa berubah mengikut keadaan. Dalam untuk meraih dan memastikan kelebihan dalam persaingan, seorang usahawan mesti mempunyai satu perancangan perniagaan yang baik. Perancangan perniagaan merupakan salah satu alat pengurusan untuk mencapai objektif perniagaan. Oleh kerana itu, sesebuah syarikat mestilah menyediakan perancangan perniagaan yang dapat meyakinkan dan menarik minat para pelabur.

Para pelabur lebih bersedia dan berkeyakinan untuk melabur di dalam sesuatu perniagaan apabila mereka percaya perancangan perniagaan itu realistik dan akan di ramalkan akan membawa keuntungan kepada perniagaan. Apabila pengurusan perniagaan disediakan berdasarkan maklumat yang betul, para pelabur akan mempunyai keyakinan kepada pasaran, barangan dan perkhidmatan syarikat. Ketelitian pada pelan perniagaan akan menghasilkan kecekapan pengurusan, pengalaman dan latarbelakang perniagaan.

5.1 Apa itu Pelan Perniagaan?

Pelan Perniagaan adalah dokumen bertulis yang menerangkan secara terperinci keseluruhan pelan perniagaan dimana usahawan bermaksud untuk menyertainya. Walaupun usahawan telah bertahun-tahun di dalam dunia perniagaan, pelan perniagaan yang telah dibuat dengan teliti membolehkan usahawan untuk menilai semula perniagaan yang sedang dijalankan atau melakikan pertimbangkan untuk membuka perniagaan baru. Walaubagaimanapun pelan perniagaan merupakan pelan masa hadapan syarikat, dipersembahkan dalam format perniagaan piawai yang logik dan realistik. Pelan perniagaan mestilah menceritakan idea dan cita-cita dengan jelas. Untuk menyempurnakan perkara ini, pelan mestilah termasuk tiga perkara yang dinyatakan:

i) Fokus kepada bukti, ianya menunjukkan kepakaran usahawan di dalam perniagaan yang mereka cenderung untuk menyertainya.

ii) Memahami sasaran pelanggan yang usahawan tentukan dengan mengenalpasti dan menyenaraikan pelanggan yang diharapkan.

iii) Untuk memenuhi kehendak para pelabur dan pemberi hutang sebelum salah satu daripada mereka bersedia untuk melabur di dalam perniagaan tersebut.

Menurut Patricia Utton (2001), pelan perniagaan ialah satu program yang lengkap ataupun lakaran peta setiap yang dapat dibayangkan perkara-perkara yang usahawan perlu ambil semasa mengemukakan sesuatu perniagaan. Ianya meliputi banyak hal, pelan dapat menjelaskan apa yang usahawan bertujuan

Page 46: NOTA PEP

untuk melakukan, bagaimana hendak melakukannya, bila usahawan hendak melakukannya, dimana hendak melakukannya dan mengapa usahawan percaya yang ideanya bernas dan dapat membuat keuntungan daripadanya. Kesimpulannya, ianya merupakan petunjuk yang tersusun untuk mencapai matlamat usahawan dalam menjalankan perniagaan.

Disamping itu, pelan perniagaan merupakan peralatan yang sesuai untuk menyemak faktor dan pengujian meliputi praktikal idea sebelum di masukkan di dalam tindakan. Ianya memberi usahawan peluang untuk harapan yang realistik dan tindakan ke atas perniagaan yang dijalankan. Dengan kata lain, ianya menolong usahawan untuk mengenalpasti kelebihan dan kekurangannya, dan perkara terperinci yang usahawan perlu mengambil berat ialah peluang untuk meraih keuntungan dan ancaman yang harus dihadapi. Semua perkara ini akan menentukan bagaimana mereka akan mencapai kejayaan yang besar di dalam bidang perniagaan.

Pada amnya, usahawan perlu untuk menyediakan pelan perniagaan yang berkesan untuk perkara seperti:

a) Ianya memaksa usahawan untuk menyusun pemikiran mereka dalam bentuk logik dan berstruktur.

b) Ianya membantu mereka untuk mencipta rangka kerja perniagaan dengan mengenalpasti aktiviti, tangungjawab dan objektif yang hendak dicapai.

c) Ianya mendorong usahawan untuk melihat sesuatu secara realiti dan mencari kelemahan yang ada sebelum ianya benar-benar berlaku.

d) Ianya menolong usahawan untuk membuat strategi untuk mencapai semua objektif.

e) Ianya bertindak sebagai pelan tindakan kerja atau garis panduan dalam menjalankan perniagaan mereka.

f) Ia membolehkan mereka untuk mengenalpasti sekatan yang mungkin akan mereka hadapi apabila menjalankan perniagaan.

Page 47: NOTA PEP

5.2 Kepentingan dalam Pelan Perniagaan

Pelan perniagaan adalah sangat penting kepada usahawan untuk pelbagai masalah:

Meningkatkan peluang untuk mencapai kejayaan

Pelan perniagaaan yang lengkap boleh dikenali melalui pencapaian yang sepatutnya dicapai didalam perniagaan. Pelan perniagaan akan menentukan perubahan yang sepatutnya diambil untuk memastikan kejayaannya. Setiap perubahan yang perlu diambil mestilah mengambil kira struktur organisasi, pengenalan kepada teknologi baru, teknik pengeluaran terbaru dan program terbaru untuk kepentingan meningkatkan komitmen dan produktiviti mereka. Usahawan juga perlu meningkatkan pengetahuan dan kepakaran, dengan ini ia meningkatkan peluang untuk mencapai kejayaan.

Membina Misi Perniagaan

Pelan perniagaan boleh menjelaskan misi dan visi perniagaan. Ini membolehkan usahawan membuat keputusan yang betul dan mengambil tindakan yang tepat di masa hadapan. Misi dan Visi akan berfungsi seperti rumah api untuk membolehkan usahawan benar-benar tahu kemana mereka akan bergerak. Usahawan mestilah memberitahu misi dan visi kepada para pelabur untuk mendapat keyakinan daripada mereka.

Menentukan Pesaing Utama

Pelan perniagaan membolehkan usahawan menentukan siapakah pesaing utama meraka, kekuatan dan kelemahan mereka dan menentukan stretegi yang betul untuk menghadapi mereka. Semua ini akan dilakukan oleh penganalisa untuk mengenalpasti pengeluaran pesaing ataupun perkhidmatan bahagian pemasaran mereka. Usahawan perlu mengenalpasti semua pesaing untuk setiap produk dan perkhidmatan dan cuba untuk menentukan berapa lama masa diambil sebelum pesaing baru masuk kedalam pasaran.

Menentukan Jalan yang betul untuk Menguruskan Perniagaan

Page 48: NOTA PEP

Pelan perniagaan memberi ruang kepada para usahawan dan pekerjanya untuk membina strategi yang efektif untuk menjalankan perniagaan. Mereka boleh menentukan siapa, bila dan bagaimana untuk menawarkan pengetahuan mereka, kepakaran dan kemampuan dalam menjalankan perniagaan. Usahawan mesti juga menentukan bahawa produk dan perkhidmatan mereka selari dengan citarasa pelanggan, polisi kerajaan dan sebarang perubahan dalam persekitaran perniagaan.

Meningkatkan Keyakinan Pemegang Saham

Setiap pelabur yang berminat didalam perniagaan berkeinginan untuk mengetahui kekuatan syarikat seperti kewangan, sumber kekayaan dan keadaan syarikat. Maklumat ini diperlukan untuk para pelabur menentukan pulangan mereka terhadap pelaburan yang dikeluarkan. Seperti contoh, sebelum sesuatu institusi kewangan bersetuju untuk memberi pinjaman yang diperlukan oleh usahawan samada untuk memulakan ataupun memperkembangkan perniagaan, mereka mestilah hendak tahu harapan terhadap perniagaan itu, dan kemampuan untuk mereka membayar semula pinjaman. Dalam hal yang berlainan, pembekal juga perlu tahu kekuatan kedudukan kewangan usahawan sebelum mereka membuat persiapan untuk memberi hutang terhadap barangan mereka. Agensi kerajaan juga perlu tahu latar belakang dan keseluruhan berkaitan perniagaan sebelum mereka memberi kebenaran untuk syarikat berkenaan beroperasi.

Menentukan Rintangan (Kekangan) Dalam Perniagaan

Semasa menjalankan perniagaan, usahawan akan menghadapi banyak rintangan. Rintangan ini akan menyebabkan kegagalan ataupun memperlahankan kemajuan usahawan sekiranya ianya tidak diuruskan dengan betul. Walaubagaimanapun, usahawan perlu tahu apakah rintangan yang bakal dihadapi sebelum menjalankan perniagaan dan mengambil tindakan yang perlu untuk menghadapinya. Usahawan tahu sejauh mana rintangan akan menjejaskan dirinya dan perniagaannya.

Sebagai Alat Pengukur Kejayaan

Pelan perniagaan merupakan peralatan operasi yang mana, sekiranya disediakah dengan betul, akan membantu usahawan dengan lebih berkesan untuk mencapai kejayaan. Pelan perniagaan akan memberi usahawan untuk menetapkan sasaran yang realistik bagi mencapai kejayaan. Walaubagaimanapun, pelan perniagaan akan menyediakan penilaian asas dan mengawal kemajuan syarikat di masa hadapan,

Page 49: NOTA PEP

dalam hal keuntungan, kos dan kualiti. Ianya juga digunakan untuk mencapai target, untuk menganalisa kehendak pelanggan, kekuatan pesaing dan keadaan ekonomi dalaman dan luaran.

5.3 Siapa yang memerlukan Pelan Perniagaan?

Pelan perniagaan sangat penting kepada pelbagai pihak. Diantara yang memerlukan pelan perniagaan adalah:

a) Kumpulan Pengurusan

Pelan perniagaan membolehkan kumpulan pengurusan memikirkan masa, usaha dan bantuan yang diperlukan untuk menjayakan matlamat syarikat. Ia dapat memberikan mereka peluang untuk melakukan analisis kritikal situasi yang akan menghalang perjalanan perniagaan. Selain dari itu, ia juga boleh memberikan gambaran awalan perubahan yang mungkin akan berlaku dimasa hadapan. Kumpulan pengurusan juga mesti menganalisa sebab musabab kejayaan dan kegagalan syarikat, ancaman dan peluang yang akan mereka hadapi dimasa hadapan. Oleh itu, kumpulan pengurusan perlu membina dan memeriksa strategi dan kelebihan yang sepatutnya perlu dinyatakan dan dikatakan secara jelas untuk memastikan perkembangan syarikat. Pihak kumpulan pengurusan bertanggungjawab untuk menetapkan tanda aras (benchmark) yang sesuai supaya syarikat mengetahui mereka telah mencapai kejayaan. Selain dari itu, pelan perniagaan akan memudahkan kumpulan pengurusan untuk mengenal pasti kesukaran dan halangan yang dihadapi oleh para pekerja untuk mencapai sasaran.

b) Pemegang Saham (Pelabur)

Pelan perniagaan juga amat penting kepada pemegang saham. Mereka perlu mengetahui bagaimana syarikat akan diselenggarakan (diuruskan) kerana kelulusan mereka adalah diperlukan sekiranya terdapat perubahan kepada sasaran dan strategi syarikat. Ini kerana mereka perlu mengetahui sebarang keputusan (ketetapan) baru sebelum mereka boleh meluluskan. Pelan Perniagaan merupakan dokumen yang penting sekali bagi mereka kerana mereka memainkan peranan penting untuk menilai secara kritikal terhadap draf pelan tersebut. Usahawan mesti menyatakan kepada mereka pasaran di masa hadapan, seperti mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa. Pelan perniagaan juga penting untuk pelabur baru atau perniagaan baru dalam usaha memastikan perniagaan tersebut menarik perhatian pelabur.

c) Bank atau Pemberi Pinjaman

Sebelum sebarang permohonan diluluskan, bank akan melakukan penelitian terhadap pelan perniagaan usahawan tersebut. Pelan tersebut akan memberikan mereka tanda atau petunjuk mengenai pulangan yang boleh mereka perolehi dari pinjaman yang diberikan dan membolehkan mereka menyukat

Page 50: NOTA PEP

(mensasarkan) keadaan pelaburan dan keuntungan yang akan diperolehi dalam tempoh masa yang munasabah. Pelan perniagaan juga boleh memberikan bank idea mengenai strategi dan keutamaan perniagaan tersebut. Ini haruslah jelas tertulis (dinyatakan) di dalam pelan dan mestilah dilaksanakan dengan tetap pada keseluruhan strategi polisi jabatan, objektif tugasan dan keperluan laporan. Dari pelan perniagaan, bank juga akan dapat memastikan sama ada usahawan tersebut boleh memperolehi geran (grants) kerajaan dan cukai insentif.

d) Pengguna

Pengguna juga berminat untuk mengetahu pelan perniagaan mengenai syarikat tersebut yang mana mungkin akan mempengaruhi keputusan mereka untuk mengunakan produk atau perkhidmatan yang syarikat itu tawarkan. Isu yang menarik perhatian termasuklah kualiti dan keselamatan terhadap produk syarikat tersebut. Untuk mendapatkan keyakinan pengguna, pelan perniagaan mestilah juga disertakan dengan harga produk, ketahanan, ciri-ciri, dan sokongan tambahan atau perkhidmatan lepas jualan (after sales services). Pengguna akan berasa lebih yakin sekira produk tersebut menggunakan teknologi baru, diluluskan oleh pihak tertentu seperti SIRIM dan JAKIM, dan selaras (selari) dengan budaya mereka (pengguna).

e) Pembekal

Pembekal memerlukan pelan perniagaan tersebut untuk menimbangkan kelulusan dalam memberikan hutang (kredit) perniagaan. Pembekal juga ingin melihat kebolehan perniagaan tersebut membayar balik hutang mereka dalam masa yang ditetapkan. Pelan perniagaan yang baik berupaya memberikan gambaran jelas mengenai kemampuan perniagaan tersebut.

f) Para Pekerja

Kebanyakkan bakal pekerja memerlukan informasi (maklumat) mengenai pembangunan dan prestasi syarikat sebelum mengambil keputusan untuk memasuki organisasi tersebut. Mereka boleh mendapatkan maklumat tersebut daripada pelan perniagaan.

5.4 Elemen Penting Untuk Pelan Perniagaan Yang Baik

Setiap pelan perniagaan yang berjaya perlu disertakan sekali dengan perkara di bawah keana ia merupakan element penting untuk menunjukkan Pelan Perniagaan yang dihasilkan adalah yang terbaik.

a) Ringkasan Eksekutif (Executive Summary)

Page 51: NOTA PEP

Ringkasan Eksekutif merupakan bahagian yang paling penting di dalam pelan perniagaan. Ini adalah bahagian pertama yang perlu diberi perhatian dan ia boleh memberitahu pembaca di mana kedudukan syarikat itu sekarang dan kemana arah tujunya. Antara yang ada di dalam ringkasan eksekutif adalah:

I. Kenyataan Misi Syarikat

II. Tarikh bila perniagaan akan dimulakan

III. Nama Pengasas dan peranan yang akan mereka lakukan

IV. Jumlah pekerja

V. Lokasi perniagaan dan cawangan atau cabang tambahan

VI. Penerangan mengenai kilang atau kemudahan

VII. Produk yang akan dihasilkan

VIII. Nama Bank pembiayai

IX. Kemajuan dan perkembangan syarikat

X. Status kewangan

XI. Ringkasan pelan masa hadapan pihak pengurusan

b) Analisis Pasaran

Bahagian Analisis pasaran mengambarkan pengetahuan usahawan mengenai industri yang ingin diceburi. Ia juga menerangkan pandangan secara menyeluruh dan kesimpulan terhadap kajian permasaran yang telah dilakukan. Walau bagaimanapun penerangan secara terperinci haruslah tidak diletakkan pada bahagian ini tetapi diletakkan pada lampiran (appendix). Bahagian ini mesti mengandungi deskripsi dan tinjauan mengenai industri, maklumat matlamat pasaran, keputusan ujian pemasaran, masa memimpin (lead times) dan penilaian terhadap persaingan.

c) Strategi Pemasaran dan Jualan

Pemasaran adalah proses mencipta dan menarik perhatian pengguna kepada perniagaan. Usahawan sepatutnya menyedari pengguna merupakan nadi utama perniagaan mereka. Pelan perniagaan mesti mengandungi ramalan penjualan berdasarkan analisis pemasaran. Di bahagian ini, perkara paling penting adalah untuk menjelaskan strategi pemasaran. Strategi pemasaran mestilah sesuatu proses penilaian yang dilakukan secara berterusan dan tersendiri (unique) untuk syarikat tersebut. Keseluruhan strategi pemasaran mesti mengandungi strategi untuk menembusi pasaran, perkembangan perniagaan, saluran pengedaran dan komunikasi. Keseluruhan strategi penjualan mesti mengandungi strategi penjualan yang bertenaga dan aktiviti penjualan. Adalah amat penting juga memasukkan bajet pemasarangn di dalam bahagian ini.

Page 52: NOTA PEP

d) Perkhidmatan atau Barisan Produk (Produk line)

Bahagian ini menerangkan keunikan perkhidmatan atau produk yang syarikat tawarkan dan faedah yang akan diperolehi oleh pengguna sedia ada dan bakal pengguna. Usahawan mesti fokus kepada kelebihan yang ada dengan mengenal pasti masalah sedia ada pada produk atau perkhidmatan dengan menyediakan jalan penyelesaiannya.

e) Organisasi dan Pengurusan

Bahagian ini mengandungi struktur organisasi syarikat, butir terperinci mengenai pemilikan syarikat, profile mengenai kumpulan pengurusan dan kelayakkan ahli dalam lembaga pengarah, pelan upah dan bajet pentadbiran.

f) Permohonan Pembiayaan

Bahagian ini fokus kepada jumlah pembiayaian yang diperlukan untuk memulakan perniagaan atau mengembangkan perniagaan. Jika perlu, ia boleh mengandungi senario yang berlainan untuk pembiayaian diterima dan jika pembiayaan tidak diterima dan kesannya terhadap perniagaan. Oleh itu, di bahagian ini mengandungi kos pelaksanaan projek, termasuk pembiayaan modal, pembiayaan operasi, keperluan pembiayaan untuk masa hadapan (5 tahun kehadapan), bagaimana mereka akan menggunakan pembiayaan yang diterima dan strategi kewangan jangka panjang yang akan memberi impak (kesan) terhadap kemajuan kewangan syarikat.

g) Kewangan

Kewangan mesti dibangunkan selepas analisis pemasaran dan objektif dinyatakan dengan jelas. Bahagian ini, usahawan menunjukkan secara terang anjuran kewangan seperti prestasi aliran tunai, keuntungan dan kerugian. Serta anjuran ‘balance sheet’ (ini utk akaun kira-kira).

h) Lampiran (Appendix)

Bahagian lampiran mesti menyediakan pembaca bahan secara am sahaja. Dengan kata lain, pelan perancangan utama tidak dimasukkan di bahagian ini. Pelan perniagaan adalah alat komunikasi. Ia akan dilihat oleh ramai orang. Lampiran mengandungi sejarah perhargaan, resume pengurus utama, gambar produk, surat rujukan, Kajian pemasaran secara terperinci, artikel dari majalah berkaitan, lesen, permit, dokumen undang, salinan sewaan, permit bangunan, kontrak dan senarai penasihat perniagaan, termasuk peguam dan akauntan.

5.5 Panduan Menyediakan Pelan Perniagaan

Page 53: NOTA PEP

Untuk menghasilkan pelan perniagaan yang efektif, terdapat enam panduan untuk menyediakannya.

1. Pelan Perniagaan Mestilah Ringkas

Pastikan pelan perniagaan seringkas yang boleh tanpa mengabaikan deskripsi mengenai pelaburan dan keupayaan. Nyatakan semua isu penting yang akan menarik perhatian para pelabur dan tinggalkan perincian (details) kedua untuk perjumpaan (meeting) dengan para pelabur.

2. Perlu Fokus (tumpuan)

Jangan membuat berbagai spekulasi. Perhatian perlu ditumpukan kepada satu atau dua perkhidmatan atau barangan dan pasaran kerana perniagaan baru tiada pengalaman untuk merebut banyak peluang.

3. Mengumumkan orang yang terlibat dan peranannya

Jangan letakkan yang tidak bernama, orang misteri di dalam pihak pengurusan. Seperti Mr. X yang mana menyertai syarikat sebagai Naib Pengerusi Kewangan. Pelabur mesti nak tahu siapakah sebenarnya Mr.X dan apakah komitmennya.

Hindarkan dari menggunakan bahasa yang sukar difahami

Jangan terangkan teknikal produk ataupun proses pengilangan menggunakan bahasa yang sukar difahami dan hanya orang yang pakar sahaja mengetahuinya. Kebanyakkan pelabur tidak suka melabur di dalam apa yg mereka tidak fahami atau tidak faham cadangan tersebut.

Informasi mestilah berdasarkan pengetahuan

Jangan menganggar penjualan berasaskan kepada kemampuan kilang. Oleh itu perancang mestilah menganggarkan potensi penjualan dengan teliti berasaskan kepada kajian pemasaran dan dari anggaran ini, keperluan kemudahan pengeluaran dapat ditentukan. Seterusnya, kenyataan (ayat) yang digunakan pastikan tidak umum (samar-samar), tidak terang atau tidak kukuh kerana ia akan memperlihatkan perancangan tersebut seperti ahli fikir yang dangkal (shallow) dan tidak jelas. Jika perancangan ingin menggunakan data yang kukuh, dia perlulah menganalisa masa yang lampau, masa sekarang dan unjuran kadar perkembangan dan saiz pasaran.

Perlu Realistis (realistic) dan mempunyai matlamat(Objective)

Perancangan mesti kelihatan realistis dan mempunyai matlamat di dalam membuat penilaian dan membicara mengenai risiko.

Page 54: NOTA PEP

5.6 Kesukaran yang bersembunyi(pitfalls) perlu dihindari semasa Perancangan

Menurut Kuratko (2004), terdapat beberapa bahaya yang terselindung yang patut dihindari oleh usahawan dalam membuat pelan perniagaan. Sesetengahnya adalah masalah yang kerap dilakukan oleh usahawan. Disertakan beberapa kesalahan yang kerap dilakukan dan langkah untuk mengatasinya.

Pitfalls Fakta Cara mengatasi

Tiada tujuan yg realistik

Sesetengah pelan perniagaan tidak mengandungi matlamat yg nak dicapai dan tujuan yg nyata untuk usahawan mencapainya, tiada tempoh masa yg ditetapkan, tiada keutamaan dan tiada langkah-langkah diambil.

Mengandungi perancangan yg jelas dengan langkah-langkah yg perlu dlm masa ditetapkan

Kegagalan utk menghadapi rintangan

Kadang-kadang usahawan terlalu memberanikan diri mengenai idea mereka dan tidak melihat kemungkinan masalah yang akan timbul. Tiada tanda yang menunjukkan masalah tesebut, tiada pengakuan berlakunya kesilapan aau kelemahan yang ada pada plan dan pelan sokongan tidak ada.

Kalau boleh hindari masalah ini dengan menyenaraikan rintangan yang akan datang dan langkah untuk mengatasinya.

Tiada

Komitmen dalam kerja yang dilakukan

Usahawan kurang komitmen dalam perniagaan. Mereka tidak sepatutnya menunjukkan bahawa mereka tidak mengambil berat terhadap perniagaan seperti sering melengahkan, tidak hadiri temujanji, tidak mahu mengeluarkan modal sendiri dan hanya hendak memperolehi keuntungan segera.

Usahawan sepatutnya mengikuti temujanji yang penting dan bersedia untuk membuktikan komitmen kewangan untuk perniagaan mereka.

Kelemahan dalam perniagaan atau pengalaman teknikal

Pelabur melihat usahawan melalui pengalaman dan tidak hanya idea, dan siapa yang betul-betul berpengetahuan di dalam perniagaan yang dicadangkan. Usahawan perlu menunjukkan pengetahuannya dan latarbelakangnya dalam dunia perniagaan.

Mereka perlu membuktikan pengalaman peribadi dan latarbelakang pelaburan tersebut dan sekiranya mereka tidak mempunyai kemahiran atau pengetahuan tertentu. Mereka mesti mendapatkan bantuan dari mereka yang pakar.

Page 55: NOTA PEP

Tiada pasaran yang sesuai

Usahawan tidak mengenalpasti potensi pelanggan untuk barangannya. Banyak barangan yang berpotensi tidak sampai ketangan pelanggan kerana tiada pasaran yang sesuai atau tiada pasaran untuk barangan tersebut

Menentukan segmen pasaran secara khusus dan membuktikan kenapa dan bagaimana produk atau perkhidmatan akan sampai ketangan kumpulan sasaran.

Usahawan perlu menghindari bahaya yg terselindung yang telah dibincangkan bagi memastikan perniagaan mereka berjaya. Ini akan membantu usahawan mengukuhkan kedudukan dalam membuat pelan perniagaan yag efektif.

DAFTAR

Business Plan – dokumen bertulis yang menerangkan dengan terperinci secara keseluruhan pelan perniagaan dimana usahawan berniat untuk melibatkan diri.

Executive Summary – Bahagian di dalam pelan perniagaan yang boleh memberitahu pembaca arah tunjuk syarikat tersebut.

Management Function – Terdiri daripada empat element seperti perancangan, menguruskan, kepimpinan dan kawalan.

Ujian 1

Berikan definasi pelan perniagaan

Senaraikan tiga elemen yang perlu dimasukkan di dalam pelan perniagaan

Kenapa usahawan perlukan pelan perniagaan?

Bagaimana pelan perniagaan meningkatkan kepercayaan para pelabur?

Siapa yang memerlukan pelan perniagaan?

Page 56: NOTA PEP

Ujian 2

Kenapa para pelabur, bank atau pemberi pinjaman memerlukan pelan perniagaan?

Jelaskan dengan panjang lebar setiap element di bawah dengan merujuk kepada bahagian 5.4 di dalam modul

Executive Summary

Analisis Pasaran

Organisasi dan Pengurusan

Strategi Pemasaran dan Penjualan

Pekhidmatan (servis) atau Barisan Produk (Product line)

Permohonan Pembiayaan

Kewangan

Lampiran (appendix)

Apakah itu analisis pasaran?

Apakah elemen yang sepatutnya dimasukkan di dalam strategi pemasaran dan penjualan?

Apakah panduan di dalam menyediakan pelan perniagaan yang baik?

Apakah kesukaran yang tersembunyi (pitfalls) yang perlu anda elakkan sebagai usahawan di dalam perumusan terhadap pelan perniagaan?

BAB 6 MEMULAKAN PERNIAGAAN USAHAWAN BARU

PENGENALAN

Page 57: NOTA PEP

“Di Amerika Syarikat, kajian mendapati semakin ramai orang memulakan perniagaan mereka sendiri dari berkahwin atau memperolehi bayi! Satu dari 25 orang dewasa aktif secara langsung untuk memulakan perniagaan”

Zimmerer dan Scarborough

Pengurusan Perniagaan Kecil dan Keusahawanan

6.1 Jenis-jenis Pelaburan

Usahawan mempunyai berbagai cara untuk memulakan pelaburan. Selalunya terdapat tiga cara pelaburan iaitu:

a) Bermula (start-up)

b) Membeli syarikat yang telah sedia ada.

c) Franchising

6.2 Bermula (start-up)

Paragraf di bawah menerangkan dengan lebih lanjut mengenai ‘start-up’:

a) Definasi Start-up

Merupakan syarikat yang baru dibina. Ia adalah proses di mana usahawan membuka perniagaan baru dari mula lagi. Sebahagian dari perniagaan ini dibuka kerana:

Banyak usahawan memulakan perniagaan baru untuk diri mereka sendiri.

Selalunya usahawan menggunakan perbelanjaan sendiri yang diperolehi dari wang simpanan sendiri atau meminjam dari pihak lain.

Usahawan yang memulakan perniagaan dari mula, perlu mempunyai banyak pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan minat terhadap bidang yang mereka ceburi.

Perniagaan yang bermula dari awal selalunya terlibat di dalam hasil ciptaan produk atau perkhidmatan baru.

Page 58: NOTA PEP

b) Fasa Start-up

Semua pelaburan baru perlu menghadapi tiga fasa iaitu:

Fasa Prestart-up

Bermula dari sekadar idea dan akhirnya menjadi jalan untuk membuka perniagaan

Fasa Start-up

Mula memperkenalkan aktiviti penjualan dan akhirnya membuka suatu perniagaan yang konkrit

Fasa Poststartup

Ia akan tamat apabila perniagaan tersebut ditutup atau bungkus atau usahawan tidak mempunyai kawalan terhadap perjalanan entiti perniagaan tersebut

Walau bagaimanapun, fokus utama untuk pembangunan pelaburan hanya semasa fasa prestart-up dan fasa start-up. Pada kedua-dua fasa ini, lima faktor kritikal yang perlu diambil kira untuk dikaji terhadap pelaburan baru adalah:

Pelaburan haruslah tunggal (uniqueness)

Saiz pelaburan permulaan (start-up)

Jangkaan penjualan dan keuntungan selaku pelaburan bergerak di dalam fasa start-up

Kesediaan produk pada kedua-dua fasa (prestartup & startup)

Kesediaan pengguna pada kedua-dua fasa

c) Kelebihan dan kelemahan Start-up

Page 59: NOTA PEP

Kelebihan Kelemahan

Bebas membuat keputusan sendiri seperti persoalan bila, macam mana dan jenis produk atau perkhidmatan

Ia memerlukan banyak masa, wang dan usaha yang gigih untuk mencari lokasi strategik, mendapatkan lesen, membeli mesin, mencari pembekal baru, upah dan melatih pekerja baru untuk menjalankan aktiviti pengiklanan

Berpeluang menggunakan satu idea dan mengembangkan idea sendiri dengan mengikut emosi pengguna.

Pada peringkat permulaan pelaburan, usahawan akan memperoleh keuntungan yang minima atau kerugian kerana kos pembelanjaan yang tinggi semasa memulakan perniagaan

Bebas untuk memilih lokasi, kilang, peralatan, produk atau perkhidmatan, pekerja, pembekal dan bank. Peluang seperti ini boleh menentukan kejayaan di dalam pelaburan

Tiada rekod sejarah perniagaan yang membolehkan usahawan meramalkan penjualan, pembelanjaan dan keuntungan.

Kemampuan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini, polisi, prosedur dan komitmen undang-undang yang ada pada firma

Tidak ada pengguna asal, usahawan perlu berusaha lebih keras untuk menarik pelanggan baru dan perniagaan berkembang dengan perlahan dan mengambil masa untuk memperolehi keuntungan.

Reputasi perniagaan tidak akan terjejas kerana ia merupakan pelaburan baru.

Kesukaran untuk memperolehi pinjaman dari institusi kewangan kerana institusi kewangan kurang yakin dengan perniagaan baru berbanding dengan perniagaan yang telah lama bertapak

Kemampuan untuk melakukan perubahan perniagaan

Page 60: NOTA PEP

6.3 Membeli Perniagaan Sedia Ada

a) Definasi “Membeli Perniagaan Sedia Ada”

Membeli perniagaan sedia ada atau mendapatkan sama ada saham atau kesemua aset kepunyaan syarikat atau perniagaan tersebut. Membeli syarikat yang telah mapan (kukuh) akan mengurangkan kerja berbanding dengan memulakan perniagaan dari mula. Menurut pandangan pakar peniagaan, membeli perniagaan yang telah mapan merupakan cara yang paling selamat dan efektif untuk usahawan berkecimpung dalam perniagaan. Bagaimana pun, kita harus menggunakan banyak masa dan usaha untuk mencari perniagaan yang sesuai untuk kita. Dengan membeli syarikat sedia ada, ia membolehkan syarikat mengembang dan menyediakan peluang untuk memasuki pasaran baru.

b) Langkah dan proses membeli Perniagaan Sedia Ada

Apabila membeli perniagaan sedia ada, terdapat beberapa langkah dan proses yang perlu diambil kira iaitu:

(i) Keutamaan Peribadi

Usahawan perlu mempertimbangkan faktor peribadi, cara hidup dan aspirasi (cita-cita). Kita harus memikirkan apa yang boleh kita kepada perniagaan dan apa yang akan kita perolehi sebagai pulangan.

- Pengharapan anda mengenai perolehan – apakah kadar keuntungan yang diperlukan untuk menampung keperluan hidup anda?

- Komitmen anda – adakah anda bersedia untuk bekerja kuat dan menyediakan wang yang banyak untuk digunakan di dalam perniagaan agar mencapai kejayaan?

- Kekuatan anda – Perniagaan jenis mana yang sesuai dengan latar belakang, pengalaman dan kemahiran anda?

- Jenis perniagaan – Berhad, Sdn. Bhd, Enterprise yang anda minta untuk membeli

- Sektor perniagaan yang anda berminat – belajar sebanyak yang boleh mengenai industri yang telah anda pilih untuk membolehkan anda membuat perbandingan perniagaan yang berbeza.

(ii) Peluang Perniagaan

Page 61: NOTA PEP

- Anda boleh melihat peluang perniagaan dengan membaca iklan, berbincang mengenai peluang dengan broker perniagaan dan memeriksa dari sumber industri. Perlu menahan diri dari godaan membeli perniagaan yang nampaknya bagus pada pandangan pertama; berhenti dahulu (step back) dan lihat objektif syarikat tersebut.

- Buat temujanji dengan penjual perniagaan atau broker untuk permulaan pengenalan mengenai peluang yang ada. Mereka sepatutnya menyediakan secara ringkas laporan kewangan, sejarah, harga dan sebab perniagaan tersebut dijual. Ini membolehkan anda mengetahui mengenai perniagaan tersebut dan sudah berapa lama perniagaan hendak dijual.

(iii) Meninjau Kembali Keupayaan Mencapai Sasaran

Keupayaan mencapai sasaran mesti dihalusi untuk menentukan bagaimana ia telah diuruskan dan dijaga. Untuk perniagaan berasaskan perkhidmatan, berjumpa dengan para pekerja dan pengguna. Sediakan ‘checklist’ terhadap maklumat yang dikehendaki, ini termasuk:

- Akaun kewangan yang lengkap mengenai operasi, termasuk semua pulangan cukai pendapatan dan cukai jualan sekurang-kurangnya untuk tiga tahun.

- Senaraikan semua aset yang akan dipindah milik kepada pemilik baru, termasuk pecahan untuk semua inventori yang sama seperti perkiraan yang terakhir dahulu.

(iv) Aturan untuk Pembiayaan (Financing)

Tanpa pembiayaan yang sempurna, tidak ada perniagaan yang dapat maju kehadapan dengan jayanya. Terdapat beberapa pilihan untuk memperolehi pembiayaan. Mereka mesti memilih dengan berhati-hati agar ia sesuai dengan kehendak mereka. Pemberi hutang selalunya memerlukan:

- Butir terperinci mengenai perniagaan dan jualan

- Akaun untuk tiga tahun sebelum ini

- Anggaran kewangan (sekiranya tiada mempunyai rekod kewangan)

- Butir terperinci mengenai aset dan liabiliti anda.

(v) Menjalan due diligence (Conduct due diligence)

Nota: diligence = kerajinan, ketekunan

Due diligence seperti pekerjaan seorang detektif. Ia adalah proses mengumpul maklumat dengan menjalankan penyiasatan, carian dan pertanyaan dan ia adalah amat penting dalam membeli saham atau aset. Hasil yang diperolehi dari due diligence (penyiasatan) boleh membantu anda membuat keputusan:

- Sama ada meneruskan proses pembelian (acquistion)

Page 62: NOTA PEP

- Sama ada membeli saham atau aset

- Berapa banyak yang perlu dibayar dan bagaimana meletakkan harga untuk dibeli.

- Apakah perkara yang perlu dimasukkan di dalam perjanjian pembelian agar anda dilindungi

Proses ini sepatutnya memberikan panduan untuk anda membuat keputusan dengan menyediakan maklumat dalaman yang berguna di dalam perniagaan baru dan memberikan anda angaran yang baik mengenai nilai transaksi yang sepatutnya diambil. Jaminan dan ganti rugi sepatutnya diperolehi dari pembekal adalah sebahagian dari perjanjian.

(vi) Perjanjian Rasmi (formal)

Persediaan untuk perjanjian rasmi memberikan setiap pihak berpeluang untuk melihat perjanjian secara asas dan menyenaraikan semua perkara kecil yang mungkin tidak dibincangkan antara kedua pihak semasa proses awalan tawar menawar. Tiga komponen asas yang perlu di dalam perjanjian rasmi adalah:

Elemen Asas

Bahagian pertama daripada perjanjian selalunya merangkumi elemen asas seperti:

- pihak yang terlibat

- aset atau saham yang diperlu

- harga pembelian

- perubahan harga pembelian

- bagaimana

- bila harga pembelian dan perubahan akan dibayar

- bagaimana cukai dikendalikan

Gambaran dan jaminan

- Gambaran dan jaminan akan diberikan oleh penjual merupakan perkara yang penting dalam pembelian perniagaan. Pertama, anda harus menimbangkan fakta, isu yang penting untuk anda membuat keputusan untuk membeli perniagaan, dan jumlah wang yang sanggup anda bayar. Kemudian, dengan menggunakan hasil dari penyiasatan (due diligence) yang telah dilakukan anda boleh melihat sama ada gambaran dan jaminan yang telah diberikan adalah benar atau palsu. Ini dilakukan untuk memastikan tidak ada fakta tersembunyi yang tidak diketahui oleh anda, atau penjual tidak cuba mengelirukan anda dengan beberapa perkara yang penting.

Penutup perkara (closing matters)

Page 63: NOTA PEP

- Bahagian ini di dalam perjanjian biasanya menentukan tarikh terakhir dan apa pertukaran perlu dilakukan pada masa tarikh penutup tersebut. Bahagian ini juga akan menyatakan sebarang syarat khas yang perlu dipenuhi sebelum penjualan dapat dilaksanakan. Syarat khas yang selalu dikenakan untuk penutup (closing) perjanjian:

- Semua gambaran dan jaminan adalah benar dan tepat sehingga pada tarikh penutupan.

- Anda akan menerima pembelian aset atau saham bebas dari sebarang beban (halangan) kecuali perkara yang telah anda setuju sebelum ini.

- Sebarang lesen atau kebenaran khas telah anda terima.

- Sebarang sijil kebenaran dari kerajaan telah anda terima.

- Sebarang dokumen lain yang berkaitan dengan perjanjian perniagaan telah ditanda tangani dan diterima.

- Pembayaran tender telah anda lakukan seperti yang dinyatakan di dalam perjanjian.

(vii) Sedia untuk Perniagaan

Pada langkah ini, anda merupakan pemilik kepada syarikat baru. Sekiranya anda telah melakukan kaji selidik (due diligence) dan perjanjian jual beli yang baik, anda berada dalam keadaan baik untuk mencapai kejayaan. Anda mungkin perlu berjumpa dengan pemilik asal untuk mendapatkan khidmat perundingan (nasihat). Oleh itu adalah menjadi satu langkah yang bijak sekiranya anda mempunyai hubungan yang baik dengan pemilik asal. Anda juga mungkin perlu bantuan yang berterusan walaupun perjanjian jual beli telah selesai, ini kerana kerja anda baru sahaja bermula.

c) Kelebihan Membeli Syarikat Sedia Ada

Terdapat 10 kelebihan membeli syarikat yang sedia ada.

Perlaksanaan Segera (Immediate Operations) – sebahagian kerja asas telah dilakukan untuk memulakan perniagaan.

Mudah memperolehi pinjaman (Easier financing) – mudah untuk memperolehi pinjaman kerana syarikat tersebut telah mempunyai rekod pencapaian.

Aliran Wang Tunai Pantas (Quick cash flow) – inventori dan senarai pemiutang yang sedia ada boleh menghasilkan pendapatan pada hari pertama perniagaan diambil alih.

Page 64: NOTA PEP

Pasaran untuk produk atau perkhidmatan telah sedia ada.

Pengguna sedia ada (existing customers) – mereka telah mempunyai pengguna setia, pendapatan yang dipercayai, reputasi kepada pemberi modal dan mempunyai rangkaian perhubungan yang berguna.

Pelan perniagaan dan kaedah pemasaran telah sedia ada.

Para pekerja sedia ada (asal) telah mempunyai pengalaman.

Banyak masalah yang telah dikenal pasti telah berjaya diselesaikan.

Anda boleh menjual semula perniagaan tersebut.

Persaingan yang kurang (Less competition) – membeli perniagaan boleh menghapuskan persaingan yang wujud sekiranya anda membuka perniagaan dari mula.

d) Kelemahan Membeli Syarikat Sedia Ada

Terdapat 7 kelemahan membeli syarikat yang sedia ada.

Harga (cost) – anda selalunya perlu melabur sejumlah wang yang banyak sebagai pendahuluan dan kena membuat bajet untuk bayaran khidmat pakar seperti peguam (solicitors), pengukur (surveyor), akauntan dan sebagainya.

Sekiranya perniagaan tersebut terkebelakang (neglected), anda terpaksa melabur lebih daripada harga belian syarikat untuk memastikan kejayaan syarikat tersebut.

Perjanjian Tunggakan (Outstanding Contracts) – Anda perlu menghormati atau berunding semula mana-mana perjanjian atau kontrak yang telah ditangani oleh pemilik yang lama.

Masalah – mungkin terdapat masalah di dalam perniagaan tersebut yang tidak kelihatan semasa proses membelinya. Pastikan anda mengetahui kenapa pemilik hendak menjual syarikat tersebut.

Konflik Peribadi (Personal Conflicts) – Anda mungkin bertengkar atau tidak sehaluan dengan pengurus dan pekerja sedia ada.

Produk Kuno (obsolete goods) – Inventori dan peralatan mungkin telah lama (tidak boleh dipakai lagi)

Page 65: NOTA PEP

Hutang yang tidak dapat diambil (Uncollectable receivable) – Pemiutang yang ada di dalam senarai kemungkinan tidak akan membayar hutang mereka.

6.4 Franchising

(a) Definasi Franchising

Franchise merupakan aturan (perjanjian) di mana pemilik asal membenarkan tanda perniagaan (trademark), nama perniagaan atau hak cipta milik mereka untuk digunakan dan dijual barangan atau perkhidmatan.

(b) Kelebihan Franchising

(i) Latihan dan Asuhan/panduan (Training & Guidance)

Kelebihan pembelian francais jika dibandingkan dengan memulakan perniagaan baru atau membeli perniagaan sedia ada adalah latihan dan panduan yang akan diberikan kepada pembeli francais.

(ii) Jenama yang sudah terkenal (Brand-Name Appeal)

Individu yang membeli franchise nasional yang telah dikenali, terutama yang besar dan ternama akan mempunyai peluang yang sangat baik untuk berjaya. Orang lebih suka membeli produk atau perkhidmatan dari franchise nasional daripada membeli kedai yang kurang dikenali jenamanya.

(iii) Bukti-bukti kejayaan (Proven Track Record) – Franchisor yang sedia ada telah terbukti berjaya. Sebagai sebuah organisasi, mereka telah berada dipasaran sekurang-kurangnya 5 tahun sehingga 10 tahun dan mempunyai lebih dari 50 buah kedai (francais). Oleh itu, sudah terbukti kejayaannya apabila semua kedai melapurkan laporan kewangan yang memberansangkan.

(iv) Bantuan Kewangan – Franchise ada pelaburan yang baik kerana franchisor boleh membantu bakal pemilik untuk memperolehi bantuan kewangan untuk menjalankan operasi perniagaan. Malah terdapat franchisors yang mengeluarkan modal mereka dan hanya perlu membayar setelah operasi perniagaan telah berjalan dengan baik. Dengan kata lain, membeli franchise adalah satu cara yang baik untuk memperolehi bantuan kewangan.

(c) Kelemahan Franchising

(i) Yuran Franchise

Tidak ada yang percuma di dunia ini. Semakin berjaya franchiser, maka yuran semakin tinggi. Yuran franchise nasional boleh mencecah RM 5K sehingga RM100K. Franchise yang kecil mungkin mengenakan bayaran yang murah. Pembeli juga harus mengeluarkan modal untuk bangunan dan produk untuk

Page 66: NOTA PEP

disimpan. Franchise perlu membayar royalti yang berterusan mengikut hasil jualan pada kadar 5 sehingga 12%. Selalunya franchise perlu ada 25 sehingga 50% wang tunai sebagai permulaan perniagaan dan bakinya boleh dipinjam dari organisasi tersebut. Kos untuk francishing termasuklah perbelanjaan:

- Yuran franchising

- Insuran

- Membuka produk inventori

- Perbaikan reka bentuk dan penyewaan (remodelling & leasehold)

- Bayaran utiliti, gaji, hutang servis

- Bayaran penyimpan kira-kira dan akaun, yuran guaman dan para profesional

- Lesen kerajaan setempat dan negeri

- Permit dan sijil kebenaran

(ii) Dikawal oleh Franchisor (Franchisor Control)

Dalam sebuah organisasi yang besar, syarikat mengawal semua aktiviti para pekerja. Situasi yang sama juga berlaku pada syarikat kecil. Sekiranya individu membuka syarikat perniagaan sendiri, ia berkuasa penuh untuk menjalankan segala aktiviti yang ingin dilakukan. Franchisor mengawal operasi untuk memastikan keseragaman boleh dicapai. Sekiranya usahawan tidak mengikut arahan, lesen franchise tidak akan disambung semula selepas tamat kontrak.

(iii) Janji tidak dipenuhi (Unfulfilled Promises)

Ada sesetengah kes, franchisors yang kurang nama, para franchisees (usahawan) ini tidak memperolehi apa yang dijanjikan. Banyak franchisees dapati jenama tersebut gagal menarik perhatian pelanggan. Malah terdapat banyak bantuan yang dinyatakan sebelum ini tidak ditunaikan. Harga barang yang dibeli dari syarikat franshisor adalah jauh lebih mahal dari harga pasaran. Sekiranya franchisees membuat aduan, lesen mereka akan ditamatkan, diambil atau tidak diperbaharui.

6.5 Struktur perniagaan yang sah untuk perniagaan baru

Sebelum memilih jenis perniagaan yang ingin dijalankan, bakal usahawan perlu tahu struktur perniagaan yang sesuai dengan pelaburan mereka. Usahawan bertanggungjawab untuk mengetahui perubahan undang-undang percukaian, situasi bebanan (liabiliti), keupayaan modal dan kerumitan membentuk perniagaan.

Page 67: NOTA PEP

Terdapat tiga struktur organisasi iaitu Perniagaan Tunggal (sole proprietorship), Syarikat Perkongsian(partnership) dan Syarikat Syarikat (corporation). Setiap jenis struktur organisasi mempunyai kelebihan dan kelemahannya sendiri.

6.5.1 Perniagaan Tunggal (sole proprietorship)

Suatu perniagaan yang dipunyai oleh seorang pemilik. Macam syarikat enterprise yang perlu bayar RM 25 untuk dapatkan lesen perniagaan. Individu ini mempunyai hak mutlak terhadap keuntungan dan memikul segala hutang dan bebanan perniagaan. Individu mempunyai tanggunjawab yang tidak terbatas kerana perniagaan dan aset peribadinya berdiri dibelakang segala operasi yang dijalankan. Sekiranya perniagaan tidak dapat memenuhi bebanan kewangan, pemilik terpaksa menjual kereta, rumah dan apa saja yang boleh melunaskan hutangnya.

Untuk menjalankan perniagaan tunggal, seseorang memerlukan lesen perniagaan sama ada dari kerajaan setempat atau negeri atau kedua-duanya. Individu boleh menggunakan nama syarikat seperti DonationWare atau menggunakan namanya sendiri sebagai nama syarikat seperti ‘Syarikat Rozaimy’. Bayaran yg dikenakan untuk Syarikat DonationWare adalah RM 50 setahun. Manakala ‘Syarikat Rozaimy’ dikenakan RM 25 setahun.

Page 68: NOTA PEP

Kebaikan dan Keburukan Perniagaan Tunggal

Kelebihan Kelemahan

Mudah untuk ditubuhkan

tidak perlu formal dan kurang pembatasan di dalam menubuhkan syarikat. Tidak memerlukan kebenaran atau sedikit kebenaran dari kerajaan. Tidak mahal untuk ditubuhkan

Tanggungan tidak terhad

individu yang memiliki perniagaan tunggal bertanggungjawap sepenuhnya terhadap untuk perniagaan. Tanggungan ini meliputi kesemua harga/aset pemilik.

Keuntungan hak mutlak pemilik

perniagaan tunggal tidak perlu berkongsi keuntungan

Tidak mempunyai kesinambungan

syarikat enterprise (tunggal) mungkin pincang atau ditamatkan perniagaan apabila pemilik sakit atau mati

Membuat keputusan dan mengawal tetap (vest) dalam tangan pemilik

tidak perlu rakan untuk meminta nasihat di dalam menjalankan operasi perniagaan

Kurang modal

selalunya syarikat enterprise mempunyai modal yang sikit jika dibandingkan dengan organisasi seperti Perkongsian dan Syarikat

Page 69: NOTA PEP

Fleksibilitas (flexibility)

pengurusan berupaya untuk menjawab dan membuat keputusan dengan cepat sebarang keperluan perniagaan seharian

Sukar memperolehi pinjaman jangka panjang

Oleh kerana enterpise bergantung kepada seorang pemilik, maka sukar untuk beliau memperolehi pinjaman jangka panjang

Secara relatif bebas dari kawalan kerajaan

Kerajaan kurang campur tangan dalam urusan perniagaan tunggal

Pandangan dan pengalaman yang terhad

operasi bergantung kepada seorang individu maka kemampuan, latihan dan pengalaman akan menghadkan arah tuju dan skop perniagaan

Bebas dari dikenakan cukai perniagaan syarikat

Perniagaan tunggal dikenakan cukai sebagai cukai individu bukan cukai perniagaan (cukai perniagaan 28%)

Page 70: NOTA PEP

6.5.2 Perniagaan Perkongsian (Partnerships)

Perniagaan perkongsian melibatkan perkongsian dua atau lebih orang yang bertindak sebagai pemilik bersama terhadap perniagaan tersebut untuk memperolehi keuntungan. Setiap dari mereka akan menyumbangkan duit, buruh atau kemahiran dan setiap dari mereka berkongsi sama ada keuntungan ataupun kerugiaan yang dialami oleh syarikat. Walaupun bukan suatu kemestian untuk menyatakan bahagian masing-masing secara bertulis, namun ia digalakkan kerana jika berlaku sesuatu, makhamah akan mengandaikan pembahagian keuntungan, kerugian, pengurusan aset dan lain-lain dibahagi secara sama rata KECUALI ianya dinyatakan secara bertulis (perjanjian). Perjanjian perkongsian menyatakan dengan jelas sumbangan kewangan dan pengurusan untuk setiap rakan kongsi dan dengan jelas merancangkan peranan setiap rakan kongsi di dalam perniagaan perkongsian.

Di bawah adalah contoh informasi yang ditulis di dalam perjanjian.

Nama, maksud, kedudukan (domicile)

Berapa lama perjanjian itu berkuat kuasa

Ciri perkongsian (am atau terhad, aktif atau senyap)

Sumbangan rakan kongsi (pada permulaan , pada tarikh belakangan)

Pembahagian keuntungan dan kerugian

Gaji

Hak rakan kongsi untuk kesinambungan

Kematian rakan kongsi (pembubaran dan ditamatkan)

Melepaskan dari hutang

Perbelanjaan perniagaan (kaedah menguruskannya)

Hutang terpisah (seperate debts)

Kuasa/Hak (kuasa individu rakan perkongsian di dalam melakukan perniagaan)

Buku, rekod dan cara membuat membuat kira-kira

Menjual kepentingan pengkongsian

Page 71: NOTA PEP

Usaha perantaraan (arbittration)

Penyelesaian dari pembantahan

Tambahan, penukaran atau perubahan terhadap pengkongsian

Perbuatan yang diperlukan dan dilarang

Kekurangan dan kelemahan

Pengurusan kakitangan

Sebagai tambahan kepada ayat yang ditulis, usahawan perlu mempertimbangkan beberapa perbezaan perjanjian perkongsian. Bergantung kepada keperluan, satu atau lebih perjanjian diperlukan. Perkara yang penting perlu diingat adalah: sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi mesti menjadi rakan kongsi am yang bertanggungjawab terhadap hutang syarikat dan siapa yang mempunyai tanggungan tiada had.

Kelebihan dan Kelemahan Perkongsian

Kelebihan Kelemahan

Mudah untuk ditubuhkan

Peraturan undang-undang dan perbelanjaan adalah sedikit jika dibandingkan dengan enterprise atau Syarikat.

Tanggungan tidak terhad sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi

Meskipun sebahagian rakan kongsi mempunyai tanggungan yang terhad, sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi am akan mempunyai tangunggan tidak terhad

Ganjaran Secara langsung

Rakan kongsi memberi rangsangan (motivasi) dengan memberi sepenuh tenaga mereka dengan cara berkongsi keuntungan

Tidak mempunyai kesinambungan

Sekiranya ada rakan kongsi yang mati, gila atau mengundur diri dari perniagaan, perjanjian perkongsian tamat dengan sendirinya. Walau bagaimanapun operasi perniagaan boleh berjalan seperti biasa kerana rakan kongsi lain boleh mengambil rakan kongsi baru

Memudahkan Perkembangan dan Kemajuan

Dalam perkongsian, adalah berkemungkinan untuk memperolehi modal dan kepakaran tambahan berbanding dengan perniagaan

Secara relatif sukar memperolehi modal yang besar

Kebanyakkan perkongsian menghadapi masalah untuk memperolehi modal yang besar

Page 72: NOTA PEP

tunggal

terutama apabila melibatkan pinjaman jangka panjang. Selalunya harga kekayaan rakan kongsi menentukan jumlah modal perkongsian yang boleh dikenalkan terutama semasa perniagaan dimulai

Fleksibilitas (Flexibility)

Perkongsian selalunya berupaya untuk memberi maklum balas dan keputusan dengan pantas untuk keperluan perniagaan

Dibatasi perbuatan seorang rakan kongsi

Rakan kongsi am boleh melakukan kontrak dan tanggungan boleh dibuktikan mendatangkan bencana kepada perniagaan secara amnya dan kepada rakan kongsi lain

Secara relatif bebas dari kawalan dan peraturan kerajaan

Campur tangan kerajaan adalah sangat sedikit dalam operasi perkongsian

Kesukaran membuang kepentingan rakan kongsi

Untuk membeli kepentingan rakan kongsi adalah sukar kecuali aturan khusus di dalam perjanjian ada tercatat

Kemungkinan keuntungan Cukai

Kebanyakkan rakan kongsi membayar cukai sebagai cukai individu, dengan ini mereka terlepas dari cukai perniagaan yang tinggi

6.5.3 Syarikat (Corporation)

Syarikat adalah “an artificial being, invisible, intangible and existing only in contemplation of law” (Supreme Court Justice Johm Marshall, 1819). Dengan demikian, Syarikat (corporation) adalah terpisah dari entiti undang-undang terhadap individu yang menjadi pemiliknya.

Di Malaysia, organisasi perniagaan berasaskan kepada Akta Syarikat 1965. Akta ini menjadi undang-undang yang menguasai semua syarikat di Malaysia. Akta ini disahkan pada April 15 1966 dan diubah beberapa kali pada tahun 1969. 1971, 1985, 1986 dan terakhir pada tahun 1987. Akta ini berdasarkan kepada undang-undang syarikat yang disahkan di Australia dan di United Kingdom.

(a) Sifat-sifat(ciri-ciri) Syarikat

Page 73: NOTA PEP

(i) Hak dan Tanggungjawab

Syarikat mempunyai tanggungjawab terhadap kepemilikan terhadap modal dan tindakan undang-undang terhadap yang lain atau sebaliknya. Walau bagaimanapun Syarikat tidak boleh mengambil tindakan terhadap individu itu sendiri. Apa saja tindakan yang diambil dilakukan oleh agen perlaksana.

(ii) Jangka Hayat (life span)

Jangka hayat Syarikat tiadak bergantung kepada ahli-ahli. Syarikat akan diteruskan walaupun terdapat ahli yang mati atau keluar dari Syarikat. Walau bagaimanapun Syarikat boleh ditamatkan sekiranya semua ahli tidak berminat untuk meneruskan perniagaan.

(iii) Tanggungan/liabiliti (liabilities)

Tanggungan setiap ahli di dalam Syarikat adalah terhad kepada jumlah saham yang dilanggan (dimiliki). Oleh itu, ahli tidak bertanggungjawab atas apa yang berlaku pada Syarikat walaupun ianya diisthiyarkan bangkrup. Syarikat tidak sama dengan perniagaan tunggal dan pengkongsian dimana di dalam Syarikat terdapat pemisahan di dalam aset peniagaan dan aset peribadi. Dengan kata lain, tanggungan hutang atau pemiutang tidak boleh menuntut aset individu untuk menyelesaikan hutang Syarikat.

(Nota: aku ubah ayat di atas. Tetapi maksudnya lagi jelas iaitu kalau guna syarikat tunggal atau perkongsian, hutang boleh dituntut dari aset peribadi pemilik TETAPI untuk Syarikat TIDAK BOLEH)

(iv) Ahli-ahli (members)

Syarikat mesti mempunyai sekurang-kurangnya dua ahli yang adalah penduduk tetap Malaysia. Dua ahli ini mestilah bertindak sebagai direktor dan menjadi orang penting dalam Syarikat. Dalam Syarikat, ahli akan memilih Lembaga Pengarah (board of directors), di mana mereka akan bertanggungjawab di dalam perjalanan Syarikat serta mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan di dalam Akta Syarikat 1965.

(b) Jenis-jenis Syarikat

Terdapat tiga jenis Syarikat di dalam akta 1965:

(i) Syarikat Terhad oleh Saham (Corporation Limited by Share)

Syarikat jenis ini banyak beroperasi di Malaysia. Tanggungan ahli terhad kepada jumlah modal yang dikeluarkan oleh pemegang saham.

Page 74: NOTA PEP

(ii) Syarikat Terhad oleh Jaminan (Corporation Limited by Guarantee)

Tanggungan ahli adalah terhad berdasarkan jumlah tertentu yang telah dipersetujui oleh semua ahli seperti yang tercatat di dalam memorandum perkongsian. Syarikat jenis ini selalu ditubuhkan untuk tujuan menganjur atau menaja aktiviti riadah, hiburan, memajukan industri, seni, sains, agama dan sebagainya yang penting untuk masyarakat. Sekiranya Syarikat ini memperolehi keuntungan, kesemua keuntungan tidak boleh dibahagikan kepada ahli-ahli, tetapi akan dimasukkan semula pelaburan tambahan untuk mencapai visi dan matlamat, Syarikat ini bukan semata-semata untuk membuat keuntungan. Sebagai contoh: Syarikat jenis amanah, tabung dan kebajikan yang bertujuan membantu mereka yang miskin, memberi biasiswa kepada pelajar miskin atau membina hospital untuk orang yang tidak bernasib baik.

(iii) Syarikat Tidak Terhad oleh Saham (Corporation Unlimited by shares)

Tanggungan ahli adalah tidak terhad. Perbezaan diantara Syarikat dan perkongsian adalah Syarikat mempunyai entitinya sendiri, Sesetengah organisasi jenis ini adalah seperti firma broker, firma saham and firma arsitektural (architectural).

(c) Ciri-ciri Syarikat Terhad oleh Saham (Corporation Limited by Share)

Syarikat mesti mempunyai modal berkongsi dan boleh dikategori kepada tiga kategori seperti berikut:

(i) Syarikat Sendirian (Private Corporation) – Sendirian Berhad

(ii) Syarikat Awam (Public Corporation)

(iii) Syarikat Asing (Foreign Corporation)

Syarikat Swasta

Kebanyakkan syarikat atau Syarikat terbentuk sama ada usahawan kecil atau besar adalah dari jenis Syarikat Terbatas oleh Saham. Syarikat boleh dikategori sebagai Syarikat Swasta (Private Company) atau Sendirian Berhad (Private Limited Company) sekiranya mereka mengikut peraturan di bawah:

(i) Jumlah ahli tidak kurang dari 2 dan tidak lebih dari 50 ahli dalam sesuatu masa.

(ii) Mesti mempunyai ketaatan sepenuhnya kepada kuasa untuk membuat pemindahan saham ahli-ahli.

Page 75: NOTA PEP

(iii) Syarikat atau syarikat tidak dibenarkan untuk membuat pilihan untuk menjual atau berlangganan saham atau obligasi kepada masyarakat umum.

(iv) Masyarakat umum tidak dibenarkan menyimpan wang dengan Syarikat untuk masa tertentu.

(v) Syarikat atau syarikat mesti mempunyai ayat “Sdn. Bhd. “ atau “Sendirian Berhad” dihujung nama syarikat tersebut.

Selain dari peraturan yang dinyatakan tadi, syarikat Sendirian Berhad mesti mempunyai dokumentasi yang jelas mengenai peraturan dalaman untuk rujukan pretasi mengenai aktiviti perniagaan dan pimpinan untuk pelaksanaan yang lebih lanjut. Keperluan syarikat Sendirian Berhad seperti di bawah:

Setiausaha Syarikat (Company Secretary)

Auditor Syarikat (Corporation Auditor)

Cap (tanda) Syarikat (Corporation Seal)

Kuasa Peguam (Power of Attorney) à kena check ni.

Memorandum Perkongsian (Memorandum of Association)

Artikel Perkongsian (Articles of Association)

Berkongsi Modal (Capital Share)

Lembaga Pengarah (Board of Directors)

Pemegang Saham

Pejabat berdaftar (Registered Office)

(d) Kelebihan dan kelemahan Syarikat

Kelebihan Kelemahan

Tanggungan Terhad

Pemegang saham mempunyai tanggunan yang terhad bergantung kepada pelaburan mereka. Paling teruk pun kehilangan wang pelauran

Aktivit Terhad

Akitiviti syarikat adalah terhad kepada piagam dan pelbagai undang-undang

Page 76: NOTA PEP

mereka

Pemindahan Hak milik

Pemilikan boleh dipindahkan melalui penjual saham kepada pembeli yang berminat

Perwakilan tidak mencukupi

Pemegang saham majoriti di dalam syarikat akan berkuasa (outvotes) terhadap pemegang saham yang kecil

Jangka hayat tidak terhad

Syarikat mempunyai jangka hayat yang terpisah dan bebas dari pemilik, boleh beroperasi dalam jangka masa yang tidak terhad

Peraturan

Peraturan kerajaan yang banyak dan laporan diperlukan oleh agensi tempatan dan kerajaan selalunya memberi kesan yang besar terhadap kertas kerja dan birokrasi.

Mudah memperolehi modal yang besar

Modal boleh diperolehi dengan mendapatkan pinjaman jangka pendek dengan menggunakan aset perniagaan atau jaminan peribadi dari pemegang saham majoriti.

Perbelanjaan Organisasi

Sejumlah besar wang diperlukan untuk menubuhkan syarikat.

Meningkatkan kemampuan dan kemahiran

Berupaya menarik banyak individu kemampuan dan berkemahiran, dari barisan pemegang saham utama sehingga kepada pengurus profesional di dalam syarikat.

Cukai Dua Kali

Cukai pendapatan dikena kepada keuntungan syarikat dan pendapatan individu serta dividen yang diperolehi.

Perbandingan Tiga Jenis Perniagaan

Ciri-ciri Tunggal Perkongsian

Syarikat

Page 77: NOTA PEP

Cara penubuhan

Ditubuhkan sendiri oleh pemilik

Ditubuhkan dengan perjanjian antara rakan kongsi

Ditubuhkan dengan cara berdaftar dengan pendaftar Syarikat

Kedudukan undang-undang

Tidak ada entiti berasingan, perniagaan

Tidak ada entiti undang-undang yang berasingan

Selalunya ada entiti undang-undang yang nyata dan berasingan dari pemilik

Tanggungan

Tanggungan tidak terhad

Tanggungan tidak terhad (kecuali rakan kongsi terhad di dalam pengkongsian terhad)

Tanggungan terhad terhadap pemegang saham. Pemegang saham tidak bertanggungjawab diatas hutang syarikat.

Jangka Hayat

Ditentukan oleh pemilik, automatik bubar apabila pemilik mati

Ditamatkan bergantung kepada perjanjian dengan rakan kongsi, kematian seorang atau lebih rakan kongsi, rakan kongsi keluar dari pengkongsian, muflis dll

Boleh kekal selamanya

Page 78: NOTA PEP

Pemindahan kepentingan

Kepentingan boleh dipindah milik kepada individu lain dan tamat di situ sahaja

Walaupun kepentingan rakan kongsi boleh dipindahkan, ia tidak mempunyai kuasa penuh terhadap pengkongsian

Saham boleh dipindah milik

Pengurusan

Bergantung sepenuhnya kepada kebijaksanaan pemilik

Setiap rakan kongsi mempunyai suara dan kuasa yang sama penting kecuali dinyatakan di dalam perjanjian perkongsian

Pemegang saham memilih pengarah yang kemudian akan menentukan polisi dan menentukan pegawainya

Page 79: NOTA PEP

Cukai

Pemilik membayar cukai pendapatan individu terhadap keuntungan syarikat

Setiap rakan kongsi membayar cukai secara pro data terhadap keuntungan bersih tanpa mengira sama ada ia dibahagikan atau tidak

Cukai dua kali, syarikat membayar cukai pendapatan terhadap keuntungan bersih, tanpa potongan untuk dividen, dan pemegang saham yang menerima dividen perlu membayar cukai tersebut

Bayaran organisasi, bayaran lesen tahunan dan laporan tahunan

Tidak ada Tidak ada Semua diperlukan

Perjanjian perdagangan ke negara lain

Tidak ada batasan

Tidak ada batasan

Selalunya mesti berkelayakkan untuk menjalankan perniagaan dan memperolehi sijil dari pihak berkuasa

Cara penubuhan

Ditubuhkan sendiri oleh pemilik dengan tujuan untuk

Ditubuhkan dengan perjanjian untuk memperolehi keuntunga

Ditubuhkan dengan membuat perjanjian dengan rakan kongsi. Surat akuan

Page 80: NOTA PEP

memperolehi keuntungan. Mesti didaftarkan di pejabat pendaftaran syarikat

n dalam perniagaan, sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi sebagai rakan kongsi am dan yang lain rakan kongsi terhad, surat akuan rakan kongsi terhad difailkan, piagam mesti dikeluarkan oleh negeri

tanggungan terhad rakan kongsi difailkan, piagam dikeluarkan oleh pejabat pendaftaran syarikat

6.6 Sumber Modal Untuk Aktiviti Keusahawanan

Terdapat berbagai sumber modal yang boleh usahawan perolehi untuk memulakan, mengembangkan dan membangunkan perniagaan. Jangkamasa yang diperlukan bergantung kepada jenis sumber kewangan yang sesuai untuk anda dan perniagaan anda. Terdapat enam sumber kewangan:

(i) Simpanan Peribadi

Simpanan peribadi anda adalah sumber pertama modal anda. Ia merupakan simpanan yang anda simpan untuk suatu jangkamasa di dalam akaun simpanan, akaun semasa, simpanan di rumah atau tunai yang boleh digunakan apabila diperlukan. Selalunya simpanan peribadi akan cepat kehabisan apabila usahawan memulakan perniagaan.

Page 81: NOTA PEP

(ii) Keluarga dan Kawan-kawan

Apabila anda kehabisan wang dari simpanan peribadi, tempat seterusnya untuk memperolehi wang adalah dari keluarga dan kawan-kawan. Mereka mungkin rakan sejawat yang mampu memberikan pinjaman. Walaupun ia mungkin merupakan idea yang baik masa tersebut, kadang kala mereka mahukan anda memulangkan wang mereka semasa anda sedang kesempitan wang. Oleh itu adalah amat penting anda membuat perjanjian bertulis untuk mengelakkan berlakunya kekeliruan nanti.

(iii) Akaun Persaraan

Anda telah membuat simpanan untuk hari persaraan. Oleh itu, anda boleh menggunakan wang ini untuk membangunkan perniagaan anda. Walau bagaimanapun, pembangunan teknologi perniagaan penuh dengan risiko. Sekiranya perniagaan anda gagal, anda perlu lebih berjimat cermat sepanjang persaraan.

(iv) Bank dan Institusi Kewangan Lain

Institusi seperti ini memberikan pinjaman kepada orang yang mempunyai aset yang bertindak sebagai jaminan kepada pinjaman tersebut. Terdapat tiga jenis pinjaman dari institusi kewangan iaitu:

a) Pinjaman Jangka Panjang – dipinjam dari sumber luaran untuk jangka masa di antara 5 sehingga 25 tahun. Cagaran komersil atau perjanjian pinjaman jangka panjang dari bank utama adalah contoh pinjaman jangka panjang. Duit tersebut boleh digunakan untuk pembukaan aset tetap seperti kilang dan peralatan.

b) Pinjaman Jangka Sederhana – sebarang pinjaman diantara 2 – 7 tahun boleh dikategori sebagai pinjaman jangka sederhana. Bantuan kewangan selalunya mengenai perjanjian anda dengan organisasi yang memberikan pinjaman. Pinjaman ini akan dapat membayar sewa beli, sewaan dan perjanjian pinjaman.

c) Pinjaman Jangka Pendek – Overdraft adalah jenis pinjaman jangka pendek yang selalu digunakan. Walaupun kadar bayaran yang dikenakan adalah tinggi, anda mempunyai kelebihan kerana hanya perlu membayar faedah (bunga) pada jumlah wang yang dikeluarkan. Seperti mana pinjaman bank lain, anda harus membayar faedah samada anda mengunakan semua pinjaman tersebut atau tidak.

(v) Pinjaman Kerajaan

Kerajaan mengambil sikap positif untuk membantu perniagaan dan industri secara keseluruhannya. Kerajaan telah memberikan geran atau subsidi pinjaman untuk mengalakkan pelaburan dan

Page 82: NOTA PEP

pembangunan. Terdapat program kerajaan sedia ada yang boleh mengurangkan dengan berkesan kadar faedah pinjaman bank dan membolehkan para peniaga membuat pinjaman. Secara amnya, kerajaan membantu untuk mengurangkan kadar pengangguran dan juga perkembangan dan perbaikan industri terutama kawasan pendalaman.

(vi) Pasaran Saham

Modal jenis ini boleh diperolehi dengan menawarkan saham syarikat kepada orang awam. Saham awam perlu mendapat kelulusan dari pihak kerajaan. Selalunya, perkhidmatan pelaburan dari bank digunakan. Sebagai pertukaran kepada pelaburan modal, anda perlu menawarkan peratusan pemilikan syarikat tersebut. Dengan ini ia memberikan para pelabur kuasa yang terhad untuk mengawal syarikat dan berkongsi keuntungan mengikut peratusan pemilikan. Ia mungkin dalam bentuk dividen.

Uian 1

Jelaskan jenis-jenis perniagaan

Terangkan fasa start-up

Senaraikan langkah-langkah untuk membeli syarikat sedia ada.

Terangkan kelebihan dan kelemahan start up dan membeli perniagaan sedia ada.

Ujian 2

Apa itu franchising?

Secara ringkas terangkan kelemahan dan kelebihan struktur franchise.

Terangkan struktur undang-undang untuk perniagaan baru.

Bincangkan sumber modal untuk usahawan.

BAB 7 RANGKAIAN USAHAWAN

PENGENALAN

Page 83: NOTA PEP

Rangkaian adalah peralatan perniagaan yang memainkan peranan penting untuk kejayaan usahawan. Sekiranya usahawan mempunyai rangkaian yang baik untuk pengguna luaran dan dalaman, ia akan menjadi mudah untuk usahawan memperolehi kelebihan terhadap peluang perniagaan dan menyelesaikan masalah mengenai perniagaan mereka. Hubungan rangkaian yang baik membolehkan mereka mendapatkan sokongan dan kerjasama dari lingkaran rangkaian. Oleh itu, setiap usahawan perlu membina kemahiran rangkaian, kerana ia akan menjadi pemangkin kepada pencapaian sasaran dan objektif perniagaan.

7.1 Apa Itu Rangkaian

Rangkaian adalah hasil dari strategi hubungan yang lepas dan sumber untuk strategi akan datang. Hubungan yang betul dan tanggungan adalah keputusan dari sumber yang mana syarikat asalnya membawa kepada rangkaian, pengalaman yang ia dapat dan pelaburan yang dibuat dari hubungan tersebut. Ini bermaksud, selain dari analisa tambahan mengenai portfolio perhubungan syarikat dan memahami apa itu rangkaian, ini juga melibatkan penyenarai semua sumber tambahan yang dibina melalui pergaulan. Ini boleh dianalisa melalui pandangan konvensional berdasarkan kuasa yang mungkin ada pada syarikat.

7.2 Kelebihan Mempunyai Rangkaian Yang Baik

(a) Kemudahan Mencapai (Accessibility)

Rangkaian adalah amat penting untuk usahawan mendapat sama ada sumber nyata atau tidak nyata secara langsung atau tidak langsung. Antara sumber nyata adalah sokongan kewangan, pemindahan teknologi dan kemudahan mencapai maklumat untuk mengeluarkan produk, harga dan masa yang sesuai dengan kehendak pasaran. Manakala sumber tidak nyata adalah seperti sokongan moral, pimpinan dan kepercayaan yang diberi oleh pelbagai kumpulan kepada usahawan di dalam menjalankan operasi perniagaan.

(b) Reputasi

Reputasi merujuk kepada kebolehan dimana usahawan mesti menunjukkan ciri kepimpinan atau cuba mempengaruhi di dalam membuat keputusan terhadap rakan rangkaian lain, berdasarkan kepada pengalaman mereka. Reputasi yang baik membolehkan usahawan menarik perhatian rakan ke dalam lingkaran rangkaian untuk memberikan keutamaan kepada produk atau perkhidmatan yang dihasilkan oleh mereka.

Page 84: NOTA PEP

(c) Jangkaan/Pengharapan (Expectations)

Ini boleh memudahkan atau menyekat kebebasan aktiviti syarikat. Sebagai contoh, rakan rangkaian mungkin mengharapkan yang syarikat tersebut secara efektif menentukan harga untuk banyak syarikat lain. Dengan kata lain, syarikat tersebut diandaikan tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga apabila produk tersebut berkurangan di dalam pasaran atau menurut kepada persaingan konvensional atau menetapkan piawai ethik yang tinggi dari yang lain.

7.3 Apa Itu Strategi Rangkaian?

Strategi bermaksud usahawan adalah seorang yang impikan masa hadapan dan mengambil langkah tertentu untuk mencipta masa hadapan tersebut. Strategi rangkaian kemudian memperolehi perjelasan terhadap matlamat dan objektif yang usahawan ingin capai di dalam menjalankan perniagaan dengan menggunakan sepenuhnya interaksi dengan rakan rangkaian mereka dan menentukan cara tindakan terbaik yang perlu dilakukan. Ketika melakukan tindakan, adalah amat penting kepada usahawan untuk memahami dimana mereka sekarang dan kemana mereka hendak tuju. Rangkaian yang berjaya adalah hasil dari perancangan betul dan berhati-hati dalam membangunkan dan melaksanakan. Usahawan perlu mencari jalan dan cara untuk mencipta rangkaian yang baik dan memperolehi manafaat semaksima yang boleh darinya. Rangkaian mestilah menjadi salah satu taktik utama dalam pemasaran untuk kebanyakkan profesional bebas dan pemilik perniagaan kecilan. Usahawan mesti menggunakan rangkaian pusat pengguna (client-centered networking) untuk mengurangkan kos dan masa dalam memperolehi dan menyebarkan maklumat. Dalam jangka panjang, membina strategi perniagaan akan menghasilkan ganjaran kepada usahawan dengan aliran pelanggan baru tetap selain memelihara pelanggan sedia ada.

7.4 Jenis Rangkaian

Terdapat dua jenis rangkaian iaitu rangkaian rasmi dan rangkaian tidak rasmi.

(a) Rangkaian Rasmi (Formal Networking)

Rangkaian rasmi adalah hubungan yang sedia ada diantara pelbagai orang yang mempunyai hubungan symbiotic dengan usahawan. Mereka yang mempunyai pertalian rangkaian amatlah perlu bersedia untuk mengambil sikap inisiatif untuk mencipta peluang perniagaan dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi didalam belenggu rangkaian. Setiap rakan di dalam lingkaran rangkaian mesti bersedia berkongsi pengalaman dan kekuatan untuk memperolehi kelebihan bersama.

Page 85: NOTA PEP

(b) Rangkaian Tidak Rasmi (Informal Networking)

Rangkaian tidak rasmi terjadi melalui hubungan semasa zaman kanak-kanak, rakan kepada salah seorang keluarga dan orang yang berkongsi minat atau hobi yang sama. Ini membolehkan usahawan berbincang mengenai perniagaan secara tidak formal tanpa perlu membuat temujanji.

Rangkaian tidak rasmi memberi peluang kepada usahawan untuk memperolehi maklumat baru atau pertukaran maklumat. Perkhidmatan yang didapati dari rangkaian tidak rasmi selalunya percuma atau dengan bayaran yang minima. Selalunya rangkaian tidak rasmi membolehkan usahawan memperolehi sokongan pendapat, nasihat, moral dan kewangan. Dengan sokongan tersebut ia dapat membantu usahawan memperolehi lebih keyakinan dan meningkatkan kebolehan mereka dalam membuat keputusan dan mengurankan risiko perniagaan. Rakan dalam rangkaian tidak rasmi boleh melibatkan kawan, mentor dan profesional.

7.5 Pentingnya Rangkaian

(a) Membina Keyakinan (build confidence)

Dalam perniagaan, usahawan mungkin akan menghadapi keadaan yang tidak pasti, sebagai contoh: pelaburan, kerugian, persaingan dan produk yang tidak bolem menebusi pasaran. Rangkaian yang baik boleh mengurangkan keadaan yang tidak pasti ini. Usahawan boleh memperolehi informasi yang boleh dipercayai mengenai peluang pelaburan, pasaran saham dan produk pilihan. Rangkaian juga membantu usahawan untuk menghadapi perubahan di dalam persekitaran perniagaan seperti:

(i) Strategi pesaing bertukar

(ii) Pertukaran demographics

(iii) Pertukaran kepuasan pelanggan

(b) Mengurangkan Birokrasi (reduce bereaucracy)

Birokrasi yang keterlaluan akan melambatkan proses aktiviti perniagaan. Rangkaian boleh mengurangkan birokrasi di dalam membuat keputusan melalui:

(i) Mempercepatkan proses permohonan

Page 86: NOTA PEP

(ii) Menjimatkan masa, kewangan dan sumber lain

(iii) Menghalang usahawan dari melakukan kesalahan yang sama berulang kali

(iv) Mengelakkan berlaku aktiviti-aktiviti tolak menolak dalam urusan yang dilakukan (Avoid passing the buck phenomenon) – contoh: bila kita pergi kaunter A, org kat kaunter A suruh pergi ke kaunter C, dan org kat kaunter C pulak kata. “ini bukan kat sini, cuba pergi kaunter Z”…

(c) Meningkatkan Informasi (Increase Information)

Rangkaian akan meningkatkan reputasi usahawan dikalangan rakan mereka di lingkaran rangkaian, mereka akan tahu apa yang usahawan itu lakukan. Pada masa yang sama, usahawan boleh mendapat informasi mengenai siapa yang boleh melakukan apa dan maklumat ini penting untuk usahawan itu berjaya.

(d) Membina Kepercayaan (develop trust)

Kepercayaan adalah faktor yang paling penting apabila membuat rangkaian. Dengan kepercayaan, rakan di dalam lingkaran rangkaian akan bersedia memberikan perhatian yang lebih terhadap produk atau perkhidmatan yang usahawan sediakan. Kepercayaan juga akan memberikan motivasi kepada orang untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan usahawan tersebut dari mulut ke mulut.

(e) Wujud Situasi Tanggungan (Exist Dependent Situation)

Kejayaan seseorang mungkin datang dari sumbangan orang lain. Mungkin kejayaan anda datang dari sumbangan orang lain. Manusia memang sering kali bergantung kepada orang lain. Oleh itu, apa yang kita lakukan mestilah memberi manfaat kepada yang lain. Setiap orang mesti mempunyai semangat simbiotik. Oleh itu, konsep ‘give and take’ adalah satu kemestian untuk membina hubungan rangkaian yang baik.

(f) Sumber Kreativiti (Source of Creativity)

Rangkaian juga merupakan sumber kepada kreativiti untuk usahawan menjalankan perniagaan. Kumpulan yang berlainan di dalam lingkaran rangkaian akan membantu membina idea baru untuk mencipta produk atau perkhidmatan baru, dan cara baru menghasilkan produk dan pemasaran. Sebagai tambahan, rakan di dalam lingkaran rangkaian akan menyediakan peluang perniagaan yang baru. Semua idea ini mungkin datang dari kawan, rakan sekerja, pelanggan dan pengedar. Sokongan dan pelbagai sumbangan dari pelbagai rakan di dalam lingkaran rangkaian membolehkan usahawan untuk:

(i) Meningkatkan kualiti produk

(ii) Meningkatkan pengedaran

Page 87: NOTA PEP

(iii) Meningkatkan teknik pengeluaran

(iv) Meningkatkan teknik yang lebih baik ‘khidmat lepas jualan’

(v) Mencadangkan cara baru mempromosikan produk (barangan)

7.6 Bagaimana Untuk Menubuhkan Strategi Rangkaian Untuk Usahawan

Terdapat tiga cara untuk usahawan menubuhkan strategi rangkaian seperti:

(a) Cipta Perancangan Yang Baik (Create Good Planning)

Usahawan perlu mempunyai perancangan yang baik untuk mencapai kejayaan di dalam proses keusahawanan dan pengurusan. Setiap perancangan mesti bermula dengan menanya soalan pada diri sendiri mengenai cita-cita yang ingin dicapai, kekuatan, kelemahan dan apa yang anda ingin capai dengan menggunakan rangkaian.

(b) Tanya Diri Sendiri (Ask Yourself)

Setiap usahawan perlu tahu apa yang ingin dicapai di dalam melakukan rangkaian. Usahawan harus bertanya pada diri sendiri mengenai apa yang dikehendaki dan berapa banyak hubungan rangkaian yang diperlukan di dalam satu bulan. Kemudian anda harus kenal pasti pelanggannya, keuntungan jenis yang ingin diperolehi di dalam perniagaan dan apakah sumbangan yang boleh anda berikan kepada yang lain.

(c) Belajar Teknik Rangkaian (Learning Networking Technique)

Sebagai usahawan, anda perlu mengenali perhubungan yang relevan untuk anda masuk seperti persatuan perniagaan, sukan dan komputer. Kemudian anda mesti membuat satu usaha untuk menghadiri mesyuarat atau keramaian, yang mana akan memberikan manfaat kepada peniagaan anda. Anda harus mengumpul segala maklumat yang berkaitan dan mengenali lebih ramai orang yang mempunyai perniagaan yang sama seperti anda.

7.7 Usahawan dan Rangkaian

Page 88: NOTA PEP

Untuk menjadi usahawan yang berjaya, seseorang mesti mempunyai kekuatan untuk bekerjasama dengan yang lain. Di sini dinyatakan strategi untuk membina rangkaian yang efektif:

Bersedia untuk mendengar

Bersedia untuk bertolak ansur

Kemahiran di dalam memberikan keyakinan

Sangat suka kepada keamanan

Apabila kita bersedia mendengar pendapat orang lain, kita akan memperolehi sedikit idea yang boleh membantu kita berubah. Kita perlu bertolak ansur dengan orang lain dan menunjukkan keyakinan kita. Setiap usahawan yang berhajat untuk mempunyai strategi rangkaian yang baik mesti mempunyai kualiti ini. Sebarang kegagalan untuk membina rangkaian yang baik akan melibatkan:

Kenaikan kos

Membuat masa

Membuat sumber syarikat

Merosakkan reputasi usahawan

Merosakkan reputasi syarikat

Menghasilkan dilema

7.8 Strategi Gabungan Rangkaian (Strategic Networking Consolidation)

Strategi ini adalah teknik yang digunakan di dalam membina hubungan diantara usahawan dan orang lain untuk membina rangkaian yang baik. Hubungan yang baik dengan orang lain boleh membantu kita membuat perubahan positif. Strategi ini juga boleh membantu usahawan untuk mengatasi perubahan yang berlaku. Strategi adalah seperti di bawah:

(a) Strategi untuk Gabungan Rangkaian

Strategi ini adalah teknik untuk membina hubungan diantara usahawan dengan orang lain yang mempunyai kemahiran berniaga dan sesiapa yang akan terlibat di dalam perniagaan di masa hadapan.

Page 89: NOTA PEP

Sebagai tambahan, usahawan mesti melakukan ikhtiar untuk menyimpan orang lain di dalam ingatan walaupun mereka tidak terlibat di dalam sebarang peniaga waktu itu. Terdapat banyak cara untuk membina strategi gabungan rangkaian. Antaranya adalah:

Lawatan

Ikut serta penjumpaan formal atau informasi

Berikan cenderamata

Hantar kad

Hantar kad ucapan taniah

Hantar kad ucapan takziah

Kad jemputan

Surat

Balas surat

Kad perniagaan

Email

Facsimile

Telefon

(b) Strategi untuk Membina Keyakinan Diri

Usahawan mesti menunjukkan kebolehan mereka, keperibadian (personality) dan kemahiran apabila tanggungjawab diberikan kepada mereka. Mereka juga harus menunjukkan sikap bertanggungjawab dan memastikan orang yang telah memberikan mereka tanggungjawab itu berpuas hati dan dengan ini mereka akan diberi lebih tanggungjawab di masa hadapan. Apabila kita membuat perubahan kita mesti bertanggungjawab untuk melakukannya sebaik mungkin, dengan itu idea kita tidak akan gagal. Sedikit perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah:

Berkebolehan melakukan sesuatu yang orang lain tidak boleh lakukan

Berkebolehan menyelesaikan masalah yang orang lain tidak boleh selesaikan

Berkebolehan menghasilkan idea yang berguna apabila dikehendaki

Berkebolehan untuk menunjukkan yang kita boleh bersaing dengan yang lain

Berkebolehan untuk membuat penjelasan (tafsiran/penerangan)

Page 90: NOTA PEP

Berkebolehan menunjukkan yang kita menjadi tempat rujukan pada orang lain

Mesti sentiasa betul dalam membuat sebarang keputusan

Membuatkan seseorang berasa selesa atau gembira apabila berkomunikasi dengan kita

Pernyataan atau pengucapan tidak menunjukkan yang kita seorang pemimpin yang cuba mendominasi mereka

Berkebolehan untuk mengawal nada suara apabila berbual

Tidak mengambil kesempatan ke atas orang lain

Selalu bersedia bercakap benar

Bersedia untuk menerima pendapat orang lain

Bersedia untuk menerima dan menghargai orang lain dan kebolehan mereka

Menerima nasihat orang dan memberi nasihat kepada orang lain

Berkebolehan mengawal diri sendiri

Fleksibel

Sanggup memberi dan menerima (give & take) apabila berlaku konflik

Strategi seperti ini boleh membantu usahawan untuk mengatasi banyak hal peribadi yang tidak memuaskan dan membolehkan anda untuk menjalankan perniagaan sebaik mungkin dengan orang yang terlibat sama.

7.9 Teknik Untuk Membina Keyakinan Di Kalangan Usahawan

Sebagai usahawan, anda mesti mempunyai keyakinan dari kebanyakkan orang. Orang akan lebih berkeyakinan dengan usahawan tersebut sekiranya ia boleh menunjukkan kebolehannya untuk melakukan kerja dengan baik. Terdapat sedikit strategi yang boleh memberikan anda keyakinan diri:

(a) Berkomunikasi secara efektif dan dengan penuh keyakinan

Untuk berkomunikasi dengan baik, anda perlu bersedia dengan informasi dan data yang tepat. Anda juga perlu ingat bahawa orang yang mendengar pendapat anda mungkin mempunyai pendapat yang berlainan. Hadapi perubahan dengan penuh keyakinan dan bersedia untuk bercakap mengenai sebarang masalah dan idea untuk menyelesaikan masalah yang ada.

Page 91: NOTA PEP

(b) Buktikan kebolehan anda kepada orang lain

Orang akan yakin dengan anda apabila mereka tahu anda boleh melakukan tugas yang telah diamanahkan. Sebagai usahawan, anda perlu membuktikan yang anda berkemampuan untuk menguruskan sebarang perubahan dan memberikan panduan kepada orang lain untuk menghadapi perubahan tersebut.

(c) Tunjukkan keprihatinan anda terhadap orang lain

Tunjukkan yang anda bersedia untuk membantu orang lain. Apabila anda bersedia untuk membantu orang lain, mereka akan sentiasa mengingati anda. Anda boleh memberi panduan kepada orang yang menghadapi masalah terhadap perubahan yang berlaku.

(d) Selalu bersikap adil

Sekiranya anda tidak bersikap adil, ia akan memusnahkan rangkaian yang telah anda bina. Oleh itu, elakkan dari tidak berlaku adil semasa memberi nasihat, begitu juga apabila memberi bantuan, manfaat dan perhatian. Anda mesti menyesuaikan diri terhadap sebarang perubahan di dalam kumpulan.

(e) Selalu bersedia untuk mengakui kesalahan sendiri

Setiap manusia akan melakukan kesilapan. Oleh itu apabila anda melakukan kesilapan bersedia untuk mengakuinya. Dengan tindakan ini, ia menunjukkan anda seorang yang jujur pada padangan orang lain. Anda juga harus bersedia bertanya mengenai apa yang anda tidak faham. Elakkan bertanya soalan yang bertujuan untuk menguji orang lain. Apabila anda mengeluarkan idea anda kepada orang lain, anda perlulah bersedia menghadapi perubahan. Ini kerana anda mungkin akan menerima lebih banyak idea. Anda harus membuat keputusan yang baik.

(f) Tunjukan semangat berpasukan

Kita juga harus senantiasa menganggap diri kita sebahagian dari kumpulan dan memastikan orang lain berasa juga berasa begitu. Elakkan menyendiri atau menyisih orang lain. Kita mesti bersikap mesra dengan semua rakan dalam kumpulan untuk mengetahui perasan mereka terhadap organisasi. Dengan ini kita boleh bekerjasama untuk menyelesaikan masalah dan membuat sebarang perubahan baru.

(g) Berkeyakinan dengan orang lain (kita yakin dengan kebolehan orang lain)

Apabila kita menunjukkan keyakinan kita terhadap orang lain, mereka juga akan cenderung mempercayai kita. Salah satu cara untuk menunjukkan bukti kita adalah dengan bersedia berkongsi

Page 92: NOTA PEP

maklumat. Apabila kita menunjukkan keyakinan, orang akan terima idea kita dan kerjasama dari mereka akan mudah diperolehi.

7.10 Halangan Di Dalam Membina Strategi Rangkaian

Terdapat 5 halangan utama yang perlu usahawan elakkan di dalam membina strategi rangkaian yang efektif. Sekiranya kita gagal melaksanakan strategi rangkaian yang efektif, kita akan gagal untuk menerima perubahan. Yang pertama, usahawan perlu mengambil inisiatif untuk mengenal pasti kelemahan diri sendiri. Lima halangan tersebut adalah:

(a) Emosi

Halangan boleh berlaku dari kekurangan (kecacatan) emosi di dalam sifat, keperibadian dan ego yang ada pada usahawan. Halangan ini akan mencipta ruang sosial yang akan memisahkan usahawan dengan orang lain. Ruang sosial akan menyebabkan usahawan gagal menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku. Halangan emosi disebabkan oleh elemen atau kekurangan di dalam keperibadian usahawan tersebut.

Kebangkitan secara agresif

Ketakutan

Ucapan yang berbau mengkhianati memperlihatkan kecenderungan negatif kepada kuasa prinsip kepimpinan

Cuai dalam melakukan aktiviti

Pemikiran dan perlakuan yang kelihatan seperti menyatakan satu cadangan lebih baik dari cadangan yang lain

Keangkuhan (arrogance)

Kemunafikan (kepura-puraan)

Kearah menjadi kesempurnaan tetapi melakukannya terlalu ekstrim

Seorang pemimpin yang tidak tahu anggapan mengenai adat

Tidak pernah tepati masa

Enggan mengaku kesalahan sendiri

Tidak sudi memberi perhargaan kepada kebolehan dan kemampuan orang lain

Page 93: NOTA PEP

(b) Fizikal

Halangan fizikal mungkin timbul dari usahawan yang tidak mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri atau sikap tidak keperihatinan beliau mengenai tingkah laku dan cara pemakaian. Usahawan yang mempunyai masalah mengenai tingkah lakunya sendiri, akan gagal menyakinkan rakan sekerja. Ini kerana mereka merasakan usahawan tersebut tidak berupaya utnuk mengurus organisasi dengan baik. Rakan sekerja ini akhirnya cenderung menerima sebarang perubahan yang dicadangkan oleh usahawan tersebut. Di bawah disenaraikan tingkah laku fizikal yang akan menjadi halangan untuk membina strategi rangkaian.

Pakaian tidak sesuai

Penampilan fizikal kelihatan seperti seorang yang tidak sihat atau kepenatan

Kurang atau tidak mempunyai kemahiran pengurusan

Tingkah laku yang sering gelisah

Tingkah laku atau ucapan yang menunjukkan kurangnya keyakinan

Habit yang mengelak dari memandang mata (elak eye contact) secara terus semasa bercakap

Wajah yang tidak mesra

Pergerakkan badan yang salah (body language) semasa berkomunikasi dengan orang lain

Percakapan dengan nada yang tidak tepat

(c) Psikologi

Faktor dan keperibadian akan mempengaruhi tata rupa psikologi seorang usahawan dan akhirnya akan mengganggu kebolehannya untuk membina strategi rangkaian. Halangan psikologi akan mempengaruhi usahawan untuk berinteraksi dengan orang lain. Sebagai contoh; sekiranya usahawan seorang yang suka menyendiri, beliau akan menghadapai masalah untuk membina rangkaian yang efektif. Usahawan yang mempunyai psikologi yang seimbang akan mempunyai peluang yang lebih cerah untuk mendapat inspirasi dan keyakinan serta mempunyai peluang yang besar untuk membawa perubahan yang bermakna kepada organisasi. Seseorang yang tidak mempunyai keseimbangan akan memperlihatkan pengaruh yang tidak baik dan akan menghadapi masalah memperolehi sokongan.

Halangan psikologi:

Kegelisahan/kegugupan

Tidak boleh membuat keputusan

Page 94: NOTA PEP

Masalah emosi yang dihasilkan dari perasan yang kuat seperti kebencian atau kemarahan terhadap orang lain

Kesunyian/keseorangan

Kekecewaan/kegagalan

Kegagalan mencapai cita-cita

Keseganan/pemalu

Sangat memerlukan pengesahan dan penerimaan

Keinginan untuk menjadi istimewa (mengatasi yang lain)

Obsessive passion

Tidak berkebolehan membincangkan masalah

(d) Kelakuan

Cara kita berkelakuan boleh menentukan sama ada kita rapat atau jauh dari orang lain. Kelakuan yang baik akan menolong kita menghasilkan perubahan yang baik. Kelakuan yang tidak baik termasuklah:

Memfitnah orang lain

Cuai dalam membuat keputusan

Selalu hendak menjadi yang pertama

Sering menganggu orang lain

Membuatkan orang lain rasa seperti dibodohkan

Berpura-pura tahu semua perkara

Berfikir dan bertindak seolah-olah beliau tidak akan melakukan kesilapan

Keengganan menerima pendapat

Tidak menghargai sumbangan orang lain

(e) Pengucapan/Pernyataan (expressions)

Page 95: NOTA PEP

Pengucapan boleh membantu membina strategi rangkaian dan juga boleh merosakkan rangkaian yang baik. Cara kita memperlihatkan diri kita adalah amat penting. Apabila kita gagal untuk memperlihatkan diri kita, kita mungkin dengan mudah menyinggung orang lain. Memperolehi sokongan mereka dalam rangkaian akan menjadi sukar. Pengucapan yang perlu dielakkan adalah:

Pengucapan yang menunjukkan kekuasaan

Contoh: “Anda mesti siapkan kerja ini”

“Kenapa anda tidak pernah membuat kerja yang diberi”, “Jangan buat apa yang aku buat, tetapi buat apa yang aku suruh”

Pengucapan yang berupa mengusik atau ejekan, Contoh: “Kerja yang mudah macam ini pun awak tak boleh siapkan dalam dua hari”, “Dia tidak tahu apa-apa pun, tetapi berlagak macam tahu semua apabila dihadapan pemimpin”

Pengucapan yang menunjukkan sifat yang komplek yang kurang baik (memburukkan diri sendiri). “Sebagai seorang yang cuai dan malang, saya rasa saya tidak boleh membuat perniaggan ini”. “Orang macam saya ni, siapalah yang sudi nak tolong dalam perniagaan”

Pengucapan yang menunjukkan perangainya ego. “Saya yakin saya boleh melakukan kerja ini kerana saya mempunyai 10 tahun pengalaman”

Sebagai usahawan, beliau perlu mengelakkan diri dari 5 halangan ini apabila membina strategi rangkaian. Dengan keyakinan melaksanakan pengetahuan yang ia ada, usahawan akan boleh membina rangkaian yang efektif untuk berjaya dalam perniagaan. Rangkaian seperti ini akan memberi banyak kelebihan kepada usahawan dan juga orang lain di dalam rangkaian. Usahawan yang bersemangat untuk mencapai cita-cita melalui rangkaian yang baik akan memahami yang beliau TIDAK boleh bekerja keras untuk menguasai orang lain. Sebagai ganti, adalah penting untuk mencari kerjasama dan kesepakatan kepada semua yang terlibat dan sebarang situasi dimana perubahan perlu dilakukan, buah fikiran rakan lain perlu diambil kira. Melayan rakan sekerja atau rakan sejawat dengan pertimbangan dan rasa hormat akan menghasilkan keputusan yang lebih baik daripada cuba mengawal, mengancam atau menyinggung mereka ke dalam pengajuan(submission).

BAB1

1 Sebutkan empat aspek asas di dalam keusahawanan.

Page 96: NOTA PEP

4 aspek asas di dalam keusahawanan itu terdiri daripada;

5) Penglibatan di dalam mencipta sesuatu proses yang baru yang mempunyai nilai kepada usahawan dan pasaran dimana proses tersebut dibangunkan.

6) Memerlukan kesetiaan terhadap masa dan usaha yang dilakukan.

7) Sanggup menerima berbagai risiko di dalam bidang perniagaan masing-masing terutama dari aspek kewangan, psikologi dan sosial.

8) Menerima banyak ganjaran apabila menjadi seorang usahawan àkebebasan, kepuasan peribadi dan keuntungan.

Apakah 10 mitos keusahawan?

1 Usahawan adalah seorang yang bertindak/berbuat sesuatu, bukan seorang pemikir

2 Usahawan dilahirkan secara semula jadi, tidak boleh dicipta

3 Usahawan selalunya seorang pencipta

4 Usahawan adalah bersifat akademik dan merupakan seorang yang tidak dapat menyesuaikan diri (anti sosial)

5 Keusahawanan mesti sepadan (fit) dengan “Profile”

6 Kesemua usahawan memerlukan wang

7 Semua usahawan bergantung kepada nasib

8 Kebodohan (ketidaktahuan) adalah kebahagiaan (kepuasan) untuk usahawan

9 Usahawan mencari kejayaan tetapi mengalami kegagalan yang tinggi.

10 Usahawan adalah penanggung risiko yang ekstrim

3 Bincangkan kepentingan keusahawanan.

Menjadi pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi.

Mmeningkatkan kadar per kapita pengeluaran dan pendapatan

Page 97: NOTA PEP

Melibatkn perubahn kpd struktur perniagaan n masy. Perubahn ini disertai oleh pertumbuhn n peningkatn pengeluarn.

Aktiviti pembaharuan (inovasi) juga menjadi pendorong para pemodal (pelabur) utk melabur di dalam peluang baru yg dicipta.

Melalui proses pembaharuan (inovasi) mencipta pelaburan baru di dlm dunia perniagaan, di mana ia akan menyebabkan ekonomi berkembang, pekerjaan baru tercipta n mengurangkan kadar pengangguran.

Melalui proses kreativiti n innovasi mencipta produk baru n memberikan perkhidmatan utk memenuhi kehendak manusia. Ia menyediakan produk or perkhidmatan yg diperlukan oleh pengguna. Di dlm menghasilkan produk n perkhidmatan yg baik, mereka akan mencari kaedah yg >baik untuk memaksimakan sumber n mengurangkan pembaziran. Dengan ini, masy akan mendapat produk n perkhidmatan yg >baik pada harga yg >murah.

Membantu memperbaiki kehidupan berjuta manusia melalui produk n perkhidmatan baru yg diperkenalkan kpd pasaran.

Individu yg bukan sahaja mencipta kekayaan tetapi turut sama mendorong pembahagian kekayaan.

4 Berikan senario pembangunan keusahawanan di Malaysia.

Bermula seawal zaman Kesultanan Melaka apabila penduduk tempatan berurusniaga dgn pedagang asing.

British memerintah Tanah Melayu, menjalankan pemerintahan “Pecah dan Perintah”. Kaum Melayu bekerja sebagai pentadbir n disektor pertanian, kaum Cina berkerja dilombong n berniaga, manakala kaum India bekerja disektor perladangan. Hasilnya, kaum Cina >kedepan dlm soal perniagaan berbanding dengan kaum lain.

Selepas kemerdekaan.. Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Dasar Pembangunan Negara (1990-2000) n Wawasan 2020, semua pihak mengalakkn n memberi sokongn terhadap pembangunn keusahawann di M’sia.

Kerajaan memberikan galakan pembangunan keusahawanan n memberikan pengiktirafan kpd keusahawann kerana mereka boleh menyumbang kpd pembangunan negara. Tahun 1995, ditubuhkan Kementerian Pembangunn Keusahawann sebagai badan yg mengawal n mempromosi pembangunn keusahawann di M’sia.

Kini, kementerian tersebut telah ditukar kepada Kementerian Pembangunan Keusahawanan n Koperasi.

Page 98: NOTA PEP

5 Siapakah usahawan?

Kuratko dan Hodgetts (2004) mendefinasikan usahawan sebagai:

“Seorang yg berusaha utk mengatur, mengurus n mengambil risiko di dlm perniagaan. Usahawan juga adalah pemangkin kpd perubahan ekonomi yg menggunakan carian dgn maksud tertentu, perancangan teliti n pertimbangan yg sesuai apabila membuat sebarang proses perniagaan. Dgn optimistik n komited, usahawan bekerja dgn kreatif utk memperolehi sumber baru n memperbaharui sumber yg lama kpd kapasiti yg baru, semua ini hanya bertujuan utk mencipta keuntungan.”

6 Nyatakan evolusi keusahawanan

Zaman permulaanà Bermula seawal zaman Marco Polo yang melakukan perjalanan perdagangan ke Timur Tengah (Far East). Marco Polo telah menandatangani kontrak perjanjian dengan kapitalis untuk menjual produk mereka. Kapitalis merupakan penanggung risiko yang pasif. Pedagang yang berlayar memainkan peranan aktif di dalam urusan perdagangan, menerima segala risiko fizikal dan emosi. Setelah pedagang berjaya menjual barangan tersebut, keuntungan akan dibahagikan diantara kapitalis dengan pedagang.

Zaman pertengahanà Seseorang yang terlibat di dalam menjaga dan mengawal projek produksi yang besar. Menggunakan sumber yang disediakan oleh kerajaan dan tidak menanggung sebarang risiko.

Abad ke 17à Keusahawanan adalah orang yang menandatangi kontrak perjanjian dengan kerajaan untuk meyediakan perkhidmatan atau membekalkan produk yang telah ditentukan. Harga kontrak adalah tetap. Oleh itu kerugian atau keuntungan ditanggung sepenuhnya oleh usahawan. Pedagang, petani, juru tukang dan sebagainya adalah seorang usahawan. Mereka membeli pada harga tertentu dan menjualnya pada harga yang tidak pasti, dengan ini mereka menanggung risiko.

Abad ke 18àUsahawan dipisahkan daripada pembekal kapital (pemodal). Ini berlaku kerana perkembangan industri & penciptaan yang berlaku diseluruh dunia. Sebagai contoh: Eli Whitney dan Thomas Edison merupakan seorang pengguna kapital, BUKAN pembekal modal

Abad ke 19 dan 20à Usahawan tidak selalu dikaitkan dengan pengurusan. Pada pertengahan abad 20an, pereka cipta (mencipta idea, produk, teknologi baru) dikenali sebagai usahawan.

Abad ke 21à Usahawan mencipta banyak produk dan perkhidmatan serta sanggup menghadapi banyak risiko di dalam usahanya.

Bab 2

1 Terangkan 10 ciri-ciri utama seorang usahawan yang berjaya?

Page 99: NOTA PEP

- Inisiatif dan bertanggungjawab

- Usahawan adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap apa yang akan berlaku. Mereka mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah dimana tidak ada pemimpin lain yang sanggup mengambilnya.

- Komitmen yang tinggi

- Komitmen usahawan terhadap idea dan pelaburan mereka menentukan kejayaan pelaburan yang mereka usahakan.

- Orentasi Peluang (kesempatan)

- Berkebolehan mencari peluang yang ada dan mempunyai kebolehan untuk meraih peluang tersebut.

- Mengambil Risiko Secara Sederhana (Moderate Risk Taker)

- Segala risiko yang bakal dihadapi telah diambil kira.

- Keyakinan dan Optimistik

- Keyakinan diri yang tinggi di atas kebolehan mereka untuk mencapai kejayaan. Bersikap optimistik terhadap kejayaan yang akan mereka kecapi dan sikap ini berdasarkan kepada keadaan sebenar.

- Kreatif dan Inovatif

- Melalui fikiran yang kreatif, inovatif dan daya imaginasi, usahawan boleh menghasilkan produk yang khusus dan perkhidmatan kepada para pengguna. Kreativiti boleh dipelajari.

- Mencari Maklumbalas (Seeking Feedback)

- Aktif mencari dan menggunakan maklumbalas yang diterima sebagai cara untuk memperbaiki prestasi mereka.

- Menuju ke arah Kejayaan (Drive to Achieve)

- Kejayaan merupakan motivasi utama untuk seseorang usahawan. Wang bukan merupakan pemacu motivasi kepada usahawan.

- Kebolehan menentukan Visi (Ability to Set Vision)

- Usahawan tahu apa yang ingin mereka capai. Mereka mempunyai visi atau konsep untuk firma mereka.

- Kemahiran Mengatur (Skilled at Organising)

- Berkebolehan memilih dan mengumpul para pekerja seperti yang dikehendaki untuk menjayakan tugas tersebut. Menukarkan visi menjadi realiti.

- Kawalan Fokus Dalaman (Internal Locus of Control)

Page 100: NOTA PEP

- Usahawan percaya kejayaan atau kegagalan sesuatu usaha adalah bergantung kepada diri mereka sendiri.

- Toleransi terhadap Kegagalan

- Tidak mudah kecewa, putus asa dan sedih apabila mengalami kegagalan. Mereka belajar dari kegagalan. Percaya mereka lebih banyak belajar dari kegagalan.

- Lebih Bertenaga(High level of Energy)

- Lebih bersemangat berbanding dengan kebanyakkan orang. Usahawan perlu lebih Menanggung beban yang besar dan tekanan yang akan mereka hadapi.

- Semangat Berpasukan (Team Building)

- Mempunyai standard (kualiti) yang tinggi, bersemangat untuk membantu syarikat berkembang dan membangun.

- Berdikari (Independent)

- Menyelesaikan sesuatu tugas mengikut cara mereka. Mahu mempunyai kuasa (hak) untuk membuat keputusan yang penting.

- Fleksibel

- Usahawan tidak tegas terhadap perniagaan (pelaburan) mereka. Amat fleksibel dan berkebolehan untuk menukar cara mereka mengikut kehendak pelanggan dan suasana perniagaan.

2 Adakah seorang yang mempunyai ciri tersebut boleh menjadi seorang usahawan yang berjaya? Kenapa?

Boleh, ini kerana 16 ciri-ciri yang dinyatakan di atas merupakan kajian yang telah dilakukan terhadap tokoh usahawan yang telah pun berjaya. Ini kerana semua ciri yang dinyatakan di atas merupakan ciri-ciri yang positif.

3 Apakah maksud “mempunyai komitmen yang tinggi untuk usahawan”?

Kejayaan sesuatu usaha bergantung kepada komitmen usahawan tersebut. Komitmen membantu usahawan untuk mengatasi ancaman dan rintangan di dalam perniagaan. Komitmen usahawan terhadap idea dan pelaburan mereka menentukan kejayaan pelaburan yang mereka usahakan.

4 Mengapa kita selaku seorang usahawan perlu mengambil ujian “menilai diri sendiri”?

Tujuan menguji diri sendiri adalah untuk mengetahui kecenderungan seseorang individu itu untuk menjadi usahawan. Ianya tidak menentukan sama ada seseorang boleh menjadi usahawan atau tidak. Setiap individu mempunyai peluang untuk menjadi usahawan. Maka dengan menggunakan penilaian

Page 101: NOTA PEP

secara “online”, kita boleh mengetahui tahap mana kita berada dan membuat sesuatu untuk membaiki paras kita untuk mencapai tahap keusahawanan.

5 Perbezaan diantara ahli perniagaan dengan usahawan

Ahli perniagaan kecil-kecilan, betul ke? Tidak semua ahli perniagaan adalah usahawan. Walaubagaimanapun semua usahawan adalah ahli perniagaan. Sebahagian ahli perniagaan mempunyai ciri-ciri seorang usahawan tetapi ciri-ciri tersebut hanyalah merupakan paras yang rendah bagi seorang usahawan.

Ahli Peniagaan Kecil

àMemulakan aktiviti perniagaan dengan tujuan untuk memperolehi keuntungan untuk menanggung keluarga

àRisiko yang rendah

àMenjadi pengikut. Hanya melabur apabila sesuatu tersebut telah diuji dan dibuktikan oleh pasaran

Usahawan

àMemulakan perniagaan, mengambil alih kepimpinan dan mengembangkan perniagaan (pelaburan) untuk memenuhi impian sendiri dan mencapai prestasi seperti yang dikehendaki

àRisiko yang sederhana

à Mengambil kira semua risiko. (produk atau usaha tersebut belum dibuat oleh orang lain, maka segala risiko perlu di ambil kira)

5 Siapakah dia peniaga kecilan? Berikan contoh spesifik?

Ahli Peniagaan Kecil

Page 102: NOTA PEP

àMemulakan aktiviti perniagaan dengan tujuan untuk memperolehi keuntungan untuk menanggung keluarga

àRisiko yang rendah

àMenjadi pengikut. Hanya melabur apabila sesuatu tersebut telah diuji dan dibuktikan oleh pasaran

a. Bincangkan perbezaaan diantara pengurus konvenstional dan usahawan.

Pengurus Konvensional

àSangat mengikut peraturan dan pantang larang

àSensitif terhadap masa hadapan dan sanggup menunda ganjaran

àAmat memerlukan sambutan (penerimaan)

àBoleh mengenal pasti sebarang masalah yang dihadapi. Membuat perancangan dengan teliti

Usahawan

àMelihat peraturan hanya sebagai panduan

àKonsep masa hadapan bergantung kepada keinginan peribadi. Tidak mudah putus asa

àMempunyai perasaan kearah mengawal, kejayaan dan bertanggungjawab. Boleh manipulasi dan menpergunakan orang lain

àTidak sabar dengan diskusi dan teori. Lebih kepada tindakan dan suka menurut kata hati.

Bab 3

1. Apa itu kreativiti? Berikan definasi kretiviti?

Kreativiti melibatkan perkembangan yang tiada tolok bandingnya dan jawapan kepada masalah dan peluang yang diperolehi.

Kreativiti amat mustahak untuk bertindakbalas kepada masalah yang kompleks di dalam persekitaran perniagaan di mana ianya selalunya penuh dengan permasalahan yang tidak tetap.

2. Secara ringkas terangkan proses kreatif.

E) PENGUMPULAN PENGETAHUANÀPERLU BERSEDIA MENGUMPUL SEMUA INFORMASI DAN MELAKU PENYELIDIKAN YANG BERKAITAN. INI MELIBATKAN AKITIVITI MEMBACA, PERBINCANGAN

Page 103: NOTA PEP

DENGAN RAKAN YANG BEKERJA DALAM BIDANG YANG SAMA, MENGHADIRI SEMINAR PROFESIONAL ATAU BENGKEL DAN SEBAGAINYA

F) INKUBASIÀPEMBANGKITAN IDEA YANG KREATIF AMATLAH DIALU-ALUKAN TANPA MENGIRA DARI MANA SUMBER DATANG. PERKARA SEPERTI INI BOLEH BERLAKU SEMASA TIDUR, BEREHAT, MEMBACA BAHAN YANG TIDAK BERKAITAN DENGAN MASALAH TERSEBUT, BERMAIN BADMINTAN ATAU SEDANG MEDITASI

g) IdeaàJalan penyelesaian atau jawapan untuk masalah sedia ada telah dijumpai akhirnya. Dikenali sebagai ‘faktor eureka’. Kadang-kadang seseorang boleh memperolehi idea untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara tidak sengaja.

h) Penilaian dan PelaksanaanàMenukar idea tersebut menjadi realiti. Ini merupakan satu fasa yang sukar kerana ia memerlukan keberanian, disiplin, keyakinan yang tinggi dan ketekunan.

3. Bagaimanakah cara untuk memperolehi maklumat yang relevan untuk pengumpulan pengetahuan.

Mengumpul semua informasi dan melaku penyelidikan yang berkaitan. Ini melibatkan akitiviti membaca, perbincangan dengan rakan yang bekerja dalam bidang yang sama, menghadiri seminar profesional atau bengkel dan sebagainya.

4. Terangkan langkah-langkah pernilaian untuk proses kreatif.

Menukar idea tersebut menjadi realiti.

Ini merupakan satu fasa yang sukar kerana ia memerlukan keberanian, disiplin, keyakinan yang tinggi dan ketekunan.

Kebolehan menentukan idea yang boleh dilaksana dan dipratikkan akan menentukan kejayaan usahawan di dalam sesuatu perniagaan.

Apabila sesuatu idea mula timbul(muncul) dari fasa ketiga dalam idea kasar, usahawan perlu mengubah idea tersebut dan menukarnya kepada bentuk idea yang terakhir.

Usahawan tersebut boleh memilih idea yang terbaik untuk memulakan aktiviti perniagaan yang menguntungkan.

5. Senaraikan dan terangkan halangan untuk kreativiti?

a) Kepercayaan Peribadi (Personal Beliefs)

Kepercayaan yang kita tidak kreatif.

b) Takut kepada Kritikan (Fear of Criticism)

Page 104: NOTA PEP

Sesetengah orang takut menerima kritikan. Mereka takut orang akan mengatakan idea mereka gila, bodoh dan tidak praktikal.

c) Pengurusan yang berlebihan (Over-Management)

Tugasan yang bertimbun, jadual yang padat dan permintaan segera akan menyebabkan kurangnya daya kreativiti.

d) Tekanan (Stress)

Tekanan berlaku apabila manusia merasakan mereka menghadapi permintaan yang terlalu tinggi, keadaan mendesak atau peluang yang diterima dan mereka merasa tidak pasti sama ada dapat melakukan tugas tersebut dengan efektif.

6. Bagaimana anda mengeluarkan idea kreatif?

Brainstroming

Analogi Paksaan (Forced Analogy)

Do it

Peta Minda (Mind Mapping)

Kumpulan Nominal (Nominal Group)

7. Terangkan singkatan DO IT.

DO IT singkatan untuk:

D à Define problem (kenal pasti masalah)

O à Open mind and apply creative technique (Berfikiran terbuka dan laksanakan teknik kreatif)

I à Identify best solution (kenal pasti penyelesaian terbaik)

T à Transform (lakukan)

8. Bagaimana caranya MIND mapping boleh menjana idea?

Teknik ini membolehkan seseorang menggunakan gambar atau perkataan (word phases) untuk mengurus (organise) dan membangunkan pendapat secara ‘non linear’. Ia membantu kita ‘melihat’ sesuatu masalah dan jalan penyelesaiannya.

Page 105: NOTA PEP

Digunakan untuk menjana produk baru, menyelesaikan masalah, plan strategi atau membangunkan sesuatu proses.

Menjana idea dan menyelesaikan masalah tidak semestinya difikirkan secara logikal. Sekiranya suatu idea dijana dari idea lain, jangan cuba menganalisanya dahulu. Tuliskan sahaja idea tersebut di dalam mind map. Sama seperti brainstorming, semakin berserabut hubungan tersebut semakin baik. Dengan cara ini, jalan penyelesaian yang benar-benar inovatif akan dapat dihasilkan.

9. Apa itu kumpulan nominal?

Kumpulan nominal digunakan untuk menjana idea dan mencari jalan penyelesaian dengan cara bersemuka (face-to-face) di dalam sesebuah kumpulan; setiap ahli kumpulan akan mencatatkan idea mereka sebanyak yang mungkin di dalam helaian kertas.

Setiap ahli kumpulan akan menyatakan idea dan seterusnya idea tersebut akan dibincangkan untuk memperolehi penjelasan (clarification) dan penilaian.

Ahli kumpulan akan mengundi secara senyap idea mana yang terbaik.

10 Senaraikan lapan ciri seorang individu yang kreatif

Seorang yg merendah diri (humble) n bangga diri (proud) dalam waktu yg sama.

Perasaan yg amat kuat (passionate) mengenai kerja mereka, walaupun begitu mereka juga merupakan seorang yg sangat objektif mengenainya.

Berani utk mencuba idea yg baru.

Bersifat terbuka apabila menerima kritikan.

Kombinasi seorang yg suka bermain (playfulness) n seorang yg disiplin or seorang yg bertanggungjawab n tidak bertanggungjawab.

Mempunyai kawalan diri yg baik.

Mempunyai matlamat (goal-directed), tidak tergesa-gesa n membuat pertimbangan di dlm membuat sebarang keputusan

Sanggup mengambil risiko yg telah dikenal pasti.

11 Apa itu inovasi?

Page 106: NOTA PEP

Setelah usahawan menjalani proses kreatif dan memperolehi jalan penyelesaian terbaik, langkah mereka kemudian akan melakukan aplikasi dan seterusnya melakukan inovasi. Kreativiti adalah syarat awal kepada inovasi. Hari ini, inovasi dipercayai merupakan kunci kepada kejayaan banyak organisasi.

Inovasi adalah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk baru, produk & perkhidmatan yang lebih baik.

12 Terangkan secara ringkas empat jenis inovasi

Penciptaan (Invention) – mencipta produk, perkhidmatan atau proses yang baru. Ia mestilah yang asli atau tidak pernah dicuba.

Perluasan (Extension) – Penambahan or tambahan kpd produk, perkhidmatan or proses yg sedia ada.

Duplikasi (Duplication) – Proses membuat pendua (replication) terhadap produk, perkhidmatan atau proses sedia ada. Proses ini bukan sekadar meniru bulat-bulat tetapi menambah fungsian tambahan kepada produk, perkhidmatan atau proses sedia ada.

Perpaduan (Synthesis) – Proses untuk mengabungkan bahagian-bahagian lain untuk menjadi sesuatu produk or aplikasi yang baru dengan mengambil kira beberapa idea atau barang yang telah sedia ada.

13 Berikan beberapa contoh untuk setiap inovasi

Penciptaan (Invention) – Penciptaan telegraph oleh Samuel Morse

Perluasan (Extension) – Samsung yang terkenal dengan produk elektrik dan elektronik telah memperluaskan perniagaan mereka kepada automobil.

Duplikasi (Duplication) – Fungsi telefon bimbit membolehkan kita berhubung dengan rakan tanpa mengira waktu dan lokais. Tetapi kini, telefon bimbit telah mempunyai fungsian tambahan seperti pemain mp3, MMS dan WAP.

Perpaduan (Synthesis) – Gabungan diantara komputer dan rangkaian menghasilkan Internet.

14 Bagaimanakah usahawan memperolehi idea untuk produk baru, perkhidmatan dan proses?

i) Kenal pasti kebolehan sendiri – ukur baju sendiri

Tukar persepsi (pandangan) anda – Cuba melihat sesuatu masalah or peluang dari berbagai sudut.

ii) Tukar budaya orgnisasi – Mengalakkan kakitangan mereka menjadi kreatif dan inovatif. Berikan ganjaran kepada kakitangan yang melebihi di dalam mencipta sesuatu yang unik.

iii) Sanggup menghadapi kegagalan (Dare to fail) – Setiap kegagalan atau kesilapan haruslah dijadikan pendorong untuk maju di dalam mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Page 107: NOTA PEP

15 Apakah halangan untuk inovasi?

a) Organisasi tidak mengalakkan inovatif

b) Tidak cukup sumber

c) Tingkah laku tradisi pihak pengurusan

d) Takut untuk mencuba (fear to trying)

e) Takut untuk melakukan kesilapan

f) Motivasi yang salah (improper motivation)

g) Takut kepada perubahan

h) Takut kepada kegagalan (fear to fail)

i) Tidak percaya pada diri sendiri

16 Mengapakah kreatif amat penting untuk usahawan.

a) Untuk memastikan organisasi berjaya mengharungi halangan

b) Untuk meneroka pasaran baru

c) Untuk mengguna sumber asli

BAB 4

UJIAN 1

Kenapa ushawan perlu menilai persekitaran pelaburan mereka?

Senaraikan komponen keusahawanan persekitaran pelaburan?

Nyatakan persekitaran makro untuk pelaburan baru?

Nyatakan persekitaran mikro dan persekitaran dalaman untuk syarikat baru?

Bagaimana anda mengenal pasti peluang perniagaan?

Terangkan proses fasa perspektif terhadap keusahawanan?

Bagaimana anda menilai peluang perniagaan?

Kenapa usahawan perlu mengetahui mengenai politik dan undang-undang yang dibuat berdasarkan di mana operasi syarikat akan dijalankan.

Page 108: NOTA PEP

Beri contoh dari isu global yg pengusaha perlu tahu.

Apakah persoalan yang penting mengenai persekitaran ekonomi untuk pelaburan baru?

Apakah rupa bentuk perubahan teknologi?

Kenapa usahawan perlu menilai persekitaran dalaman?

Senaraikan sumber peluang perniagaan?

Bagaimana e-commerce boleh membantu usahawan?

Apakah faktor-faktor peluang?

UJIAN 2

BAB 5

Ujian 1

Berikan definasi pelan perniagaan

Senaraikan tiga elemen yang perlu dimasukkan di dalam pelan perniagaan

Kenapa usahawan perlukan pelan perniagaan?

Bagaimana pelan perniagaan meningkatkan kepercayaan para pelabur?

Siapa yang memerlukan pelan perniagaan?

Ujian 2

Kenapa para pelabur, bank atau pemberi pinjaman memerlukan pelan perniagaan?

Jelaskan dengan panjang lebar setiap element di bawah dengan merujuk kepada bahagian 5.4 di dalam modul

Executive Summary

Analisis Pasaran

Organisasi dan Pengurusan

Strategi Pemasaran dan Penjualan

Pekhidmatan (servis) atau Barisan Produk (Product line)

Permohonan Pembiayaan

Kewangan

Page 109: NOTA PEP

Lampiran (appendix)

Apakah itu analisis pasaran?

Apakah elemen yang sepatutnya dimasukkan di dalam strategi pemasaran dan penjualan?

Apakah panduan di dalam menyediakan pelan perniagaan yang baik?

Apakah kesukaran yang tersembunyi (pitfalls) yang perlu anda elakkan sebagai usahawan di dalam perumusan terhadap pelan perniagaan?

BAB 6

Ujian 1

Jelaskan jenis-jenis perniagaan

Terangkan fasa start-up

Senaraikan langkah-langkah untuk membeli syarikat sedia ada.

Terangkan kelebihan dan kelemahan start up dan membeli perniagaan sedia ada.

àDefinasi Start-up

Merupakan syarikat yg baru dibina. Ia adalah proses di mana usahawan membuka perniagaan baru dari mula lagi. Sebahagian dari perniagaan ini dibuka kerana:

Banyak usahawan memulakan perniagaan baru utk diri mereka sendiri.

Selalunya usahawan menggunakan perbelanjaan sendiri yg diperolehi dari wang simpanan sendiri or meminjam dari pihak lain.

Usahawan yg memulakan perniagaan dari mula, perlu mempunyai byk pengalaman, pengetahuan, kemahiran n minat terhadap bidang yg mereka ceburi.

Perniagaan yg bermula dari awal selalunya terlibat d’dlm hasil ciptaan produk or perkhidmatan baru.

àKelebihan Membeli Syarikat Sedia Ada

Perlaksanaan Segera (Immediate Operations) – sebahagian kerja asas telah dilakukan utk memulakan perniagaan.

Mudah memperolehi pinjaman (Easier financing) – mudah utk memperolehi pinjaman kerana syarikat tersebut telah mempunyai rekod pencapaian.

Aliran Wang Tunai Pantas (Quick cash flow) – inventori n senarai pemiutang yg sedia ada boleh menghasilkan pendapatan pd hari pertama perniagaan diambil alih.

Page 110: NOTA PEP

Pasaran utk produk or perkhidmatan telah sedia ada.

Pengguna sedia ada (existing customers) – mereka telah mempunyai pengguna setia, pendapatan yg dipercayai, reputasi kpd pemberi modal n mempunyai rangkaian perhubungan yg berguna.

Pelan perniagaan & aedah pemasaran telah sedia ada.

Para pekerja sedia ada (asal) telah mempunyai pengalaman.

Byk masalah yg telah dikenal pasti telah berjaya diselesaikan.

Anda boleh menjual semula perniagaan tersebut.

Persaingan yg kurang persaingan (Less competition) – membeli perniagaan boleh menghapuskan persaingan yg wujud sekiranya anda membuka perniagaan dari mula.

àKelemahan Membeli Syarikat Sedia Ada

Harga (cost) – anda selalunya perlu melabur sejumlah wang yg banyak sebagai pendahuluan n kena membuat bajet utk bayaran khidmat pakar seperti peguam (solicitors), pengukur (surveyor), akauntan n sebagainya.

Sekiranya perniagaan tersebut terkebelakang (neglected), anda terpaksa melabur lebih daripada harga belian syarikat utk memastikan kejayaan syarikat tersebut.

Perjanjian Tunggakan (Outstanding Contracts) – Anda perlu menghormati or berunding semula mana-mana perjanjian or kontrak yg telah ditangani oleh pemilik yg lama.

Masalah – mungkin terdapat masalah di dalam perniagaan tersebut yg tak kelihatan semasa proses membelinya. Pastikan anda tahu kenapa pemilik nak menjual syarikat tersebut.

Konflik Peribadi (Personal Conflicts) – Anda mungkin bertengkar or tidak sehaluan dgn pengurus n pekerja sedia ada.

Produk Kuno – Inventori n peralatan mungkin tlh lama (tak boleh dpakai lagi)

Hutang yg tak dpt diambil (Uncollectable receivable) – Pemiutang yg ada di dlm senarai kemungkinan tak akan membayar hutang mereka.

Ujian 2

Apa itu franchising?

Secara ringkas terangkan kelemahan dan kelebihan struktur franchise.

Terangkan struktur undang-undang untuk perniagaan baru.

Bincangkan sumber modal untuk usahawan.

Page 111: NOTA PEP

àfaktor kritikal yg perlu diambil kira utk dikaji terhadap pelaburan baru adalah:

Pelaburan haruslah tunggal (uniqueness)

Saiz pelaburan permulaan (start-up)

Jangkaan penjualan n keuntungan selaku pelaburan bergerak di dalam fasa start-up

Kesediaan produk pd kedua-dua fasa (prestartup & startup)

Kesediaan pengguna pd kedua-dua fasa

Terima Kasih Pn Yatie A. Wahid di atas sumbangan beliau