nota penyediaan produk
TRANSCRIPT
LANGKAH-LANGKAH DALAM PENYEDIAAN DAN PEMBANGUNAN PRODUK
MENGENALPASTI IDEA & MANFAAT PRODUK Setiap perniagaan harus bermula dengan suatu idea yang unik dan memberi manfaat kepada masyarakat pengguna.
Contohnya idea untuk mengeluarkan produk penjimatan letrik boleh membantu meringankan bebanan para pengguna terutamanya yang terlalu banyak menggunakan letrik setiap hari .
Setiap idea hebat yang diterjemahkan kepadaBeberapa produk yang bermanfaat akan mendapat sambutan daripada masyarakat pengguna dan tentunya akan memberiPendapatan yang lumayan kepadaPencipta,pengilang,pengedar dan juga peruncit.
LANGKAH-LANGKAH DALAM PENYEDIAAN & PEMBANGUNAN PRODUK
PENENTUAN HARGA & PEMBUNGKUSANProduk yang mempunyai rekabentuk pembungkusan yang menarik dan harga yang wajar biasanya akan lebih menarik perhatian pengguna. Pembungkusan yang menarik juga seringkali menggambarkan kualiti sesuatu produk.
SEGMEN PEMASARAN & MATLAMAT Tidak semua lapisan boleh membeli dan ingin membeli produk kita. Justeru penyediaan produk juga harus diambil kira tentang segmen pasaran yang tepat. Sekiranya kita ingin menjual produk kecantikan kepada warga emas yang berusia 65 tahun ke atas dan tinggal di kampong,produk tersebut tentu tidak dapat dijual dengan sempurna.
PROMOSI & PUBLISITI Sebaik dan sehebat manapun produk yang dihasilkan,tanpa promosi dan publisiti,produk tersebut tidak akan dikenali oleh pengguna dan ini akan mempengaruhi keinginan membeli mereka. Hasilnya produk kita tidak dapat dijual dan gagal mencapai target.
KHIDMAT SELEPAS JUALAN Syarikat yang menghargai pelanggan dengan memiliki polisi selepas jualan yang sistematik dan lebih prihatin serta mesra pengguna akan sentiasa diingati dan memungkinkan mereka mendapat pelanggan yang setia dan memperkenalkan kepada rakan-rakan mereka yang lain.