nota penting

Upload: chabu

Post on 09-Jan-2016

259 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

berkaitan cerita pt

TRANSCRIPT

Nota Penting: Sila ubah suai borang soal selidik mengikut kreativiti anda, termasuk penambahan soalan yang relevan.Contoh Rasmi Borang Soal Selidik Tugasan Geografi PT3 2014Kaedah kajian yang digunakan dalam tugasan ini adalah borang soal selidik. Sebanyak 200 sukarelawan (Bilangan Respondens) di Taman Cheras Kuala Lumpur (Tempat Tinggal Anda) telah terlibat dengan soal selidik yang telah dijalankan.Borang Kaji SelidikTugasan Pentaksiran Tingkatan 3 GeografiTajuk: Kajian Mengenai Isu Pencemaran Udara Di Bandaraya Kuala LumpurBahagian A: Latar BelakangBagi setiap item, sila tandakan (x) atau isi tempat kosong pada ruangan yang berkaitan.1. Nama Penuh: __________________________2. Jantina: [ ] Lelaki [ ] Perempuan3. Umur: __________ tahun4. Bangsa:[ ] Melayu[ ] Cina[ ] India[ ] Lain-lain (__________) Sila nyatakan3. Pekerjaan:[ ] Kakitangan awam[ ] Kakitangan swasta[ ] Tidak bekerja/ PelajarBahagian B: Pengetahuan Am Pencemaran Udara4. Pada pendapat anda, apakah punca pencemaran udara di kawasan anda?[ ] Pembakaran terbuka[ ] Asap kenderaan[ ] Pembalakan[ ] Perkilangan5. Apakah kesan pencemaran udara?[ ] Hujan asid[ ] Penipisan Lapisan Ozon[ ] Pemanasan global[ ] Menjejaskan kesihatan6. Apakah langkah mengurangkan pencemaran udara?[ ] Kempen kesedaran[ ] Penggunaan petrol tanpa blumbum[ ] Penanaman semula[ ] Kitar semula~~~SEKIAN TERIMA KASIH~~~Update Terkini: Jawapan Lengkap Tugasan Geografi PT3 2014 Pe

Sumber: Contoh Rasmi Borang Soal Selidik Tugasan Geografi PT3 2014 | melvister.com

Takrifan Definisi Pencemaran Udara Tugasan Geografi PT3Pencemaran udara boleh didefinisikan sebagai gas berbahaya yang terhasil di ruang udara akibat aktiviti manusia atau alam semula jadi yang boleh menjejaskan kesihatan manusia serta hidupan lain (1 Markah). Selain itu, pencemaran udara juga boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat, ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera (1 Markah). Contoh pencemar udara adalah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum tembaga dan sisa radioaktif (1 Markah). Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya dan letusan gunung berapi. (1 Markah) Antara kesan pencemaran udara adalah penipisan lapisan ozon, jerebu, hujan asid dan pemanasan bumi. Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda. ( 1 Markah)

Sumber: Takrifan Definisi Pencemaran Udara Tugasan Geografi PT3 | melvister.com

Contoh Karangan Faktor/ Punca Pencemaran UdaraPunca berlakunya pencemaran udara di bandaraya Kuala Lumpur disebabkan oleh beberapa faktor antaranya adalah aktiviti perindustian kilang, pembakaran terbuka, asap rokok, kenderaan motor dan pengguna hawa dingin.Kenderaan bermotor merupakan punca utama kepada isu pencemaran udara di bandaraya Kuala Lumpur (1 Markah). Penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, motor, dan kapal terbang melepaskan asap kenderaan yang mengandungi gas berbahaya atau bertoksik seperti karbon monoksida ke udara (1 Markah). Selain itu, kenderaan yang tidak melakukan servis berkala turut mencemarkan udara apabila kenderaan seperti ini melepaskan asap hitam yang berlebihan ke ruang udara (1 Markah).Selain itu, pembakaran terbuka secara berleluasa juga merupakan antara salah satu faktor kepada pencemaran udara di sekitar Kuala Lumpur (1 Markah). Contohnya, pembakaran terbuka seperti dikawasan hutan mahupun kediaman juga boleh menyebabkan masalah jerebu (1 Markah). Ini berikutan asap hasil pembakaran terbuka beralih ke sekitar bandaraya Kuala Lumpur mengikut arah tiupan angin. (1 Markah)Disamping itu, aktiviti perindustrian yang pesat di Kuala Lumpur menyebabkan pencemaran udara dikawasan ini semakin terjejas (1 Markah). Contoh aktiviti perindustrian seperti kilang pembuatan kereta, elektronik, dan penghasilan baja. Kilang biasaannya melepaskan asap tanpa pemasangan alat penapis udara akan menyebabkan terjadinya pencemaran udara. (1 Markah)Penggunaan sistem hawa dingin juga antara salah satu faktor pencemaran udara (1 Markah). Di Kuala Lumpur, penghawa dingin biasanya digunakan disetiap kediaman bagi mengelakkan cuaca panas disamping manghasilkan udara yang dingin dan nyaman (1 Markah). Namun, penggunaan penghawa dingin akan menyebabkan gas chlorofluorocarbon atau CFC terhasil dan jika gas ini dilepaskan dengan banyak, lapisan ozon di udara akan bertambah nipis.(1 Markah)Asap rokok juga menyumbang kepada masalah pencemaran udara di bandaraya ini (1 Markah). Tabiat orang ramai yang merokok ditempat awam seperti kawasan menunggu bas dan tempat riadah hanya menjejaskan tahap kualiti udara (1 Markah). Aktiviti merokok juga akan melepaskan asap toksik ke udara dan membahayakan kesihatan orang sekeliling jika menghidu asap tersebut. (1 Markah

Sumber: Faktor Punca Pencemaran Udara Tugasan Geografi PT3 2014 | melvister.com

Contoh Karangan Kesan Pencemaran Udara Tugasan Geografi PT3 2014Antarakesan pencemaran udara adalah menjejaskan kesihatan manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, penyebab kejadian hujan asid, jerebu, kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon.Kesan pencemaran udara terhadap Kesihatan Manusia adalah menjejaskan sistem pernafasan. Karbon monoksida gas yang terhasil daripada pembakaran asap ekzoz kereta boleh mendatangkan bahaya kepada paru-paru. Bahan tercemar seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari. Bahan tercemar seperti gas ozon boleh menyebabkan inflamasi pada paru-paru dan ketidakupayaan untuk bergerak. Habuk,asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia.Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan. Contohnya, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada pendudukdibumi juga terganggu.Bahan cemar seperti sulfur dioksida juga menyebabkan haiwan terancam dan terbunuh. Kematian haiwan itu disebabkan oleh penghadaman makanan haiwan yang tercemar setelah terdedah kepada bahanbahan toksid yang terdapat di dalam udara. Contoh lain adalah keracunan yang disebabkan oleh plumbum (Pb) yang telah membawa maut kepada haiwan.Kesan pencemaran udara boleh menyebabkan penipisan Lapisan Ozon. Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk merupakan faktor utama penipisan lapisan ozon. Seperti sedia maklum, lapisan ozon berfungsi untuk melindungi manusia daripada sinaran terus pancaran matahari. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit kepada manusia.Selain itu, pencemaran udara juga boleh menyebabkan kesan rumah hijau dan pemanasan global. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gaskarbon dioksida dan terkumpul di dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitaranya menjadi panas.Fenomena jerebu pula kebiasaannya berlaku ketika cuaca panas dan kering. Jerebuadalah kesan daripada pencemaran udara hasil daripada pembakaran terbuka yang berleluasa. Udara yang tercemar dengan jerebu hanya mengandungi debu yang berbahaya terhadap sistem pernafasan manusia. Disamping itu, jerebu juga boleh menjejaskan tahap jarak penglihatan manusia.

Sumber: Kesan Pencemaran Udara Tugasan Geografi PT3 2014 | melvister.com